Bahagaian I: Teori pembelajaran untuk pendidikan kanak-kanak

Teori mempunyai asas ilmu, ilmu membantu dalam beramal. “Jangan beramal tanpa ilmu ... Perkembangan Sosial Peringkat Kanak-kanak Prasekolah (3-6 tahun...

50 downloads 423 Views 589KB Size
Bahagaian I: Teori pembelajaran untuk pendidikan kanak-kanak Prof. Madya Dr. Supyan Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Konsep Pembelajaran

Tahap ilmu Ilmu wahyu  Ilmu laduni  Ilmu intuisi  Ilmu akal  Ilmu pancaindera – awal kanak-kanak 

Konsep Pembelajaran Apa itu pembelajaran?  Adakah apabila pelajar melihat buku atau TV atau video Youtube itu bermakna pembelajaran berlaku?  Adakah mendengar cikgu mengajar itu sudah ada pembelajaran?  Bagaimana kita tahu pembelajaran itu berlaku pada seseorang pelajar? 

Dr. Supyan Hussin, UKM

Mengapa perlu memahami teori?





 



 

Teori mempunyai asas ilmu, ilmu membantu dalam beramal. “Jangan beramal tanpa ilmu” Guru bertanggungjawab mencorakkan kanak-kanak Guru merancang pengajaran lebih kemas dan berkesan Guru menyediakan bahan-bahan yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak Guru mengubahsuai pendekatan pengajaran mengikut perkembangan kanak-kanak Guru menangani permasalahan yang timbul semasa mengajar Rasa lebih sayang dan tahu untuk menyayanginya

Dr. Supyan Hussin, UKM

Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran - Kaedah pendidikan/ pentarbiyahan Behavioris  Kognitif  Konstruktivis 

Pemerhatian Teori Prinsip

Aplikasi dalam peganjaran Dr. Supyan Hussin, UKM

Memahami teori pembelajaran

Pendekatan dalam membentuk 

Behavioris Stimulus-Respon, asas kepada proses pembelajaran  Penguasaan ilmu dan kemahiran melalui ulangan  Insentif dan hukuman  Modelling: memerhati, meniru, membaiki 

Dr. Supyan Hussin, UKM

S-R Hadiah-denda Proses ulangan

S-R Hadiah-denda Proses ulangan Penggantian hadiah

Memahami teori pembelajaran kognitif

Pendekatan dalam membentuk 

Kognitif Potensi otak untuk mengingat, menyimpan, menjana, berkreatif  Pembelajaran secara berperingkat  Eksploitasi deria untuk pembelajaran berkesan 

Dr. Supyan Hussin, UKM

Taksonomi berfikir Mengecam Mengenal

Tahap 1

Menyusun Mengklasifikasi Tahap 2 Membezakan Menunjuk sebab-akibat Menganalisis Mesintesis Membina Menghargai

Tahap 3

Memahami teori pembelajaran

Teori Kognitif

Piaget 

Tahap perkembangan    

Dr. Supyan Hussin, UKM

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) – ilmu pancaindera Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) ilmu pancaindera dan ilmu akal Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) ilmu akal Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa) ilmu akal

Memahami teori pembelajaran kognitif

Tahap keperluan manusia

Abraham Maslow

ISLAM

Potensi diri Persepsi/ Kesedaran diri Identiti/Kepunyaan Menyayang dan disayangi Keselamatan

Makan. minum, pakai, tempat tinggal

Dr. Supyan Hussin, UKM

Kognitif – mental/ilmu Teori Kognitif

Prinsip  Asas mental dan daya berfikir  Maklumat dan ilmu  Akal boleh bantu keyaikinan kefahaman  Akal boleh berfikir secara kreatif dan kritikal  Akal boleh bantu kawal hati/emosi

Dr. Supyan Hussin, UKM

Aplikasi  Memberi didikan asas agama  Faham bacaan dan hafalan  Memperbanyak sumber input untuk peningkatan daya fikir disediakan sebanyak mungkin  Alat bantu mengajar  Aktiviti melibatkan penggunaan deria

Bahagian II: Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

Apa beza antara Perkembangan dan Pertumbuhan? Proses perkembangan adalah perubahan yang berlaku dari segi kualiti. Perubahan yang berlaku tidak boleh diukur secara kuantiti.

 

Perkembangan manusia merupakan satu proses yang rumit dan berlaku secara terus menerus dari peringkat awal kejadian bayi hinggalah ke akhir hayat. Proses ini menunjukkan hubungan rapat di antara struktur badan manusia, tugas tiap-tiap anggota dan kematangan system urat saraf.

Pertumbuhan merupakan satu proses secara kuantiti perubahan fizikal yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu masa ke masa yang lain.



   

Saiz, struktur badannya membesar, tinggi dan berat badan;Organ-organ bahagian dalaman seperti otak juga membesar. Akan mula meninggalkan ciri-ciri keanak-anakannya dan menambah ciri-ciri yang baru. Melalui peringkat pertumbuhan yang sama, tetapi kadar pertumbuhannya berlainan. Masa atau kadar pertumbuhan yang cepat berlaku pada kanak-kanak dalam lingkungan umur 0-2 tahun dan 10-16 tahun.

Dr. Supyan Hussin, UKM

Perkembangan Fizikal Peringkat Kanak-kanak Prasekolah (3-6 tahun)





 

Pertambahan berat badan dan tinggi tidak begitu pesat berbanding dengan pada peringkat bayi. Ketinggian orang dewasa ialah lebih kurang dua kali ganda ketinggian semasa berumur dua tahun. Ini bermakna pertambahan ketinggian kanak-kanak selepas dua tahun sangat lambat. Mengikut kajian, tinggi kanak-kanak bertambah dari 7.62cm hingga 10.16cm saja dalam masa setahun semasa mereka dalam lingkungan umur 3-6 tahun. Kadar pertumbuhan otot amat pesat dan pada masa yang sama berat badannya juga bertambah. Kandungan lemak pada bahagian anggota tertentu pada peringkat ini bersesuaian dengan keperluan pergerakan kanak-kanak ini.

Dr. Supyan Hussin, UKM

Perkembangan Motor Peringkat Kanak-kanak Prasekolah (3-6 tahun)







 

 

Kanak-kanak mula belajar mengawal sistem perkumuhan. Apabila umurnya meningkat tiga tahun, kanak-kanak akan memanggil ibu bapa setiap kali dia mahu ke tandas. Setelah umurnya 2 tahun, kanak-kanak mulai menyuap makanan sendiri dengan menggunakan sudu. Perkembangan ini pesat berlaku apabila ia berumur 4 tahun. Umur 3 tahun, kanak-kanak mulai pandai menanggalkan pakaiannya sendiri, dan 4 tahun ia pandai memakai pakaian sendiri(menarik zip dan mengenakan butang). Umur 5 tahun - kebolehan memakai pakaian sendiri. Kanak-kanak mulai pandai mengimbangi badan selepas umurnya 3 tahun. Imbangan badan yang baik membolehkan kanak-kanak itu memanjat, menangkap bola, bermain gelongsor, duduk seimbang diatas buaian dan menggunakan banyak lagi alat-alat di tempat permainan. Kanak-kanak 3 tahun boleh mengayuh basikal beroda tiga. Kanak-kanak 3 tahun – 6 tahun boleh memegang pensel dan berus serta boleh menggunting kertas. Pada umur ini, kanak – kanak boleh menconteng saja, tetapi apabila umurnya dalam lingkungan 4 – 7 tahun, ia mulai mencuba-cuba melukis gambar apa yang ada di sekelilingnya seperti kereta, bola atau ibu bapa sendiri.

Dr. Supyan Hussin, UKM

Perkembangan Emosi Peringkat Kanak-kanak Prasekolah (3-6 tahun)

 



 





Gerak balas kanak-kanak dalam lingkungan umur ini telah menjadi menyeluruh dan tidak lagi cara tidak menentu. Kanak-kanak mula menunjukkan reaksi seperti menendang, membaling benda, mengeraskan badan, membanting diri, menyorok dan seterusnya menyatakan apa yang tidak disukainya. Kanak-kanak itu bergantung kepada apa yang dialaminya iaitu tentang cara untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendaki dengan mudah dan cepat dan cara yang mendatangkan kepuasaan yang diterima masyarakat. Secara am terdapat dua cara bagaimana kanak-kanak belajar iaitu kebiasaan melakukan sesuatu dan cara meniru. Perbuatan mengikut kebiasaan berlaku dengan mudah dan cepat di kalangan kanak-kanak di peringkat ini, oleh kerana kanak-kanak belum mempunyai kebolehan membuat pertimbangan dan penilaian terhadap sesuatu hal dengan cara yang kritis. Kanak-kanak juga belum mengenal sesuatu perkara yang tidak rasional. Meniru tingkahlaku emosi orang lain yang dilihat oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang menghadapi perkara yang sama akan memberi gerakbalas yang sama dengan cara meniru. Apabila kanak-kanak itu melihat orang dewasa melepaskan rasa marah atau rasa gembira dengan cara yang tertentu, mereka akan berfikir itulah cara yang terbaik mereka lakukan dan cara mencontohinya..

Dr. Supyan Hussin, UKM

Perkembangan Bahasa Peringkat Kanak-kanak Prasekolah (3-6 tahun)









 

Perkembangan bahasa amat pesat, berbeza daripada kanak-kanak yang berumur 3 tahun kerana kanak-kanak yang berumur tiga tahun sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana yang sesuai, dapat mengawal dan tahu menggunakan bahasa. Mereka banyak bercakap, suka bertanya, suka main ayat-ayat dan bercakap tentang apa saja yang menarik minatnya. Cara mereka menjawab meleret-leret ; disamping itu kanak-kanak sudah pandai memberi komen tentang diri seseorang. Usianya 5 tahun – penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa secara kritis dan khusus tetapi mereka kurang yakin pada diri sendiri. Perkembangan bahasa berlaku dengan pesat disebabkan oleh rangsangan sosial. Kanak-kanak pada peringkat ini bergaul lebih luas dengan cara bermain bersamasama rakan-rakan sebayanya. Mereka boleh membilang, mengenal warna dan dapat menamakan sesuatu objek dengan betul. Kanak-kanak pada peringkat ini juga sudah mula belajar membaca. Kajian telah dibuat oleh pendidik terhadap kanak-kanak yang berumur lewat 5 tahun – 6 ½ tahun tentang kebolehan mereka membaca.

Dr. Supyan Hussin, UKM

Perkembangan Sosial Peringkat Kanak-kanak Prasekolah (3-6 tahun)



 





Usia 4 tahun – kanak-kanak akan mula bermain dengan rakan sebayanya. Kanak-kanak ini apabila dibiarkan bergaul dengan kanak-kanak lain akan merasa bahawa kehadirannya diperlukan dalam kumpulan itu. Semasa bergaul kanak-kanak dapat menunjukkan satu gerak balas sosial sebagai satu tindakan terhadap kawan-kawannya. Peringkat ini kanak-kanak lebih suka membuat sesuatu dengan sendiri. Dia tidak suka ibubapa atau adik beradik menolong. Ketika ini perhubungan sosialnya berkembang pesat. Dia lebih suka berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan benda – benda yang menarik minatnya. Umur 3 hingga 4 tahun merupakan peringkat penting dalam pembentukan tingkahlaku sosial kanak- kanak. Kanak-kanak mula menunjukkan sifat dan peranannya, dia mula bersikap liar dan ingin tahu tentang masyarakat disekelilingnya.

Dr. Supyan Hussin, UKM

Jangkaan pencapaian dalam pembelajaran untuk sukatan pelajaran

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 4 tahun – bersedia untuk ke prasekolah Mental/bahasa  Tanya solan berulang kali  Minta penerangan kenapa  Suka perkataan baru dan ulang perkataan yang pelik  Tumpuan masa masih pendek  Suka main fantasi, peranan dan bercakap seorang  Lukisanya lebih simbolik  Ingin tahu tentang sains, dirinya, ketuhanan  Suka meneroka, mencuba  Suka cerita, tentang persekitaran rumah dan kaitkan perkataan dengan peristiwa  Sukakan cerita dengan watak dirinya dan happy ending  Bercakap dengan ayat yang penuh  Boleh didedah kepada bahan intelek, seperti komputer  Boleh cerita ikut peristiwa awal, tengah dan akhir Dr. Supyan Hussin, UKM

Sosial  Suka berkawan dengan rakan sebaya lelaki dan perempuan  Suka main olok-olok/ peranan/mask-masak  Boleh bekerjasama dengan rakan  Kurang egosentrik  Tunggu giliran  Ikut peraturan  Berkeyakinan diri dengan dunia sekelilingnya  Daya tumpuan yang pendek bergantung kepada minat

Fizikal  Bersemangat, buat kerja dengan cepat  Kayuh basikal 3 roda  Melompat, memanjat, menangkap bola, berdiri sebelah kaki  Melukis bentuk orang tapi belum sempurna  Pakai pakaian sendiri  Terlatih ke tandas  Motor halus lebih baik, rantai manik  Permainan sejajar

Apakah implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran?

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 5 tahun – prasekolah Mental/bahasa  Tahu rasa, bentuk, warna, bunyi, bau  Boleh bilang 1-10  Memadan dan mengkelas. Boleh membaca jika dibimbing dari awal.  Suka imaginasi, main peranan.  Boleh buat andaian  Suka cerita imiginasi  Mudah hafal lagu atau serita yang diminati  Boleh cerita ikut turutan dan peristiwa  Suka pada cerita keluarga, haiwan  Daya tumpuan 15-20 minit  Perlu bahan yang maujud untuk pembelajaran

Sosial  Menunjukkan ciri kepimpinan  Main dalam kumpulan dan main berperatuleh berkongsi dan bertolak ansur  Suka berkawan tapi ikut jamtina  Mula ada pendirian tentang seseorang  Menyedari konsep jantina, kecantikan  Sukakan pujian dan ganjaran  Berbangga dengan hasil kerja  Berikan kepercayaan untuk membuat tugas rumah

Fizikal  Aktif dan agresif-lompat, lari, teng-teng tendang dan sepak dan tangkap bola  Perlukan aktiviti aktif, pasif, luar dan dalam bangunan  Merantai manik, menyemat butang besar, lakaran manusia belum lengakap  Kawalan jari untuk menulis dan melukis meningkat lebih baik

Apakah implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran? Dr. Supyan Hussin, UKM

Antara ciri-ciri perkembangan 6 tahun – prasekolah dan bersedia ke sekolah Mental/bahasa  Pemikiran lebih kompleks dan abstrak.  Banyak cakap dan beri pendapat dari bertanya.  Faham ayat yang panjang.  Membilang 1-100  Tolak dan campur.  Membaca  Lukisan lebih lengkap, kompleks, dan bererti.  Suka irama dan muzik terkini  Suka dengar cerita, baca cerita dari buku bergambar.  Boleh cipta cerita sendiri  Ayat dan bahasa seperti orang dewasa  Boleh buat andaian dan kesimpulan  Mula faham komsep ketuhanan.  Asal manusia  3,000 kosakata setahun  10,000-14,000 jumlah kosakata. Dr. Supyan Hussin, UKM

Sosial  Berkeyakinan  Suka bermain dalam kumpulan  Bermain mainan berperaturan dan koperatif  Suka pujian dan memuji orang lain seperti guru, emak dan rakan baiknya  Boleh tulis surat, memo dan ambil pesanan  Suka membantu rakan orang dewasa dan jalankan tugas  Membutang, memakai baju sendiri.

Fizikal  Lebih agresif berbanding dengan umur 5 tahun  Suka meneroka persekitaran mencabar  Suka permainan kasar, bertumbuk dsb.  Berbasikal 2 roda  Bermain dalam kumpulan  Mahir tulis, lukis  Tidak lagi memerhati, suka terlibat sama  Berikan aktiviti seimbang antara aktiviti pasif dan aktif

Apakah implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran?

Bahagian III: Kaedah pengajaran

Pembelajaran aktif vs pasif

Pembelajaran aktif vs pasif

Implikasi dalam kaedah pengajaran



Belajar melalui bermain 



Pendekatan bersepadu/gabung jalin. 



Topik yang menarik minat, isu semasa, peristiwa.

Pendekatan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritikal (KBKK) 



Kesepaduan bidang pengalaman (muzik, bahasa, lukisan)

Perdekatan bertema 



Aktiviti yang menyeronokkan, interaksi dengan persekitaran dan penerokaan.

Aktiviti merangsang dan menggalakkan penjanaan penghasilan idea.

Pendekatan emosi/rohani 

Hubungkait dengan nilai.

Dr. Supyan Hussin, UKM

Implikasi dalam pembelajaran; Ciri-Ciri

     

   

Dinamis Menyeronokkan dan mengembirakan. Menarik (tidak membosankan) Interaktif atau dua-hala (pasangan) dan pelbagai hala (kumpulan) Relevan dengan tahap perkembangan mental, fizikal, emosi, sosial, rohani kanak-kanak berkenaan. Pengkayaan dan pemantapan Pengiktirafan pencapaian Rangsangan untuk maju Persaingan yang sihat Kerjasama pasukan

Dr. Supyan Hussin, UKM

Apa yang kanak-kanak mahu dan perlu? 









Kasih sayang, perhatian, pujian, penghargaan, tumpuan dan jagaan Di asuh dan dibimbing, diberi peluang untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman. Ruang untuk meneroka isi alam melalui proses pembelajaran. Ruang untuk menyatakan perasaan dan isi hati (bukan melalui bahasa) Sentiasa ingin tahu mengenai sesuatu yang baru; ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa memahami akibatnya.

Dr. Supyan Hussin, UKM

PERSEPSI

Apa yang anda nampak?

PERSEPSI

Apa yang anda nampak?

PERSEPSI

Apa yang anda nampak?

Persepsi

Persepsi Kefahaman Perkataan

Abstrak

Gambarajah Peta Gambar Slaid Filem Model Objek

Konkrit

Membuat/Melakukan

Situasi Menyeluruh

Peranan Teknologi ABM Lebih banyak deria digunakan lebih cepat dan lebih mudah pelajar memahami apa yang diajar.

Objektif APD  







Membantu guru menunjuk-ajar dengan lebih jelas Meningkat minat dan tumpuan pelajar Membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah dan lebih baik Memberi ilustrasi dan contoh dengan lebih berkesan Membantu pelajar mengingat sesuatu yang dipelajari untuk jangka panjang

Latihan

Daya ingatan dan gaya pembelajaran 10 % dapat diingat dari apa yang dilihat

50 % dapat diingat dari apa yang didengar dan dilihat

20 % dapat diingat dari apa yang didengar

80 % dilihat, didengar, dan dibuat

Begley, Newsweek, May 31, 1994, p. 47 Supyan Hussin, UKM

Menangani gelagat pelajar Ada pelajar yang:  cepat, lambat dan sederhana.  takut ke sekolah.  suka sendirian.  mudah menangis.  suka merajuk.  suka buli pelajar lain.  suka merengek atau mengeliseh.  hiperaktif.  usik orang lain.

DSHUKM

…menangani gelagat pelajar Ada pelajar yang:  tak mahu buat kerja.  buat hal lain ketika belajar.  takut untuk membaca nyaring apabila disuruh.  mudah belajar secara visual, atau auditori atau kinestetik  suka termenung atau mengelamun  lebih berani dari yang lain.  asyik menguap.  asyik tengok cikgu saja

DSHUKM

Mengapa? Bagaimana tanganinya?  

  



Fahami teori dan model pembelajaran Fahami teori pembangunan manusia Fahami psikologi dan sosiologi manusia Fahami latarbelakang pelajar Fahami kelebihan dan kekurangan jenis komunikasi Fahami tindakan yang perlu diambil

Kesimpulan 

Keperluan kepada peningkatan dan pengkayaan ilmu pengajaran



Keperluan kepada pembaikan berterusan dalam pengajaran



Keperluan kepada peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran



Pemantapan profesionalisma dalam pengajaran

Dr. Supyan Hussin, UKM