2010

MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN DAN JAKSA SESI AKADEMIK 2009/2010 KOLEJ UNGKU OMAR ... keranjang dan badminton akan dibincangkan lebih lanjut bersama Peng...

83 downloads 727 Views 99KB Size
MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN DAN JAKSA SESI AKADEMIK 2009/2010 KOLEJ UNGKU OMAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BIL 5/2009 Tarikh Masa Tempat

: : :

2 September 2009 (Rabu) 10.30 malam Bilik Mesyuarat KUO

Hadir: Prof. Madya Mejar Dr. Samsu Adabi Mamat Pn. Zaidah Mustapha En. Mat Yusof Achin En. Ramalinggam A. Rajamanickam En. Muhammad Ashahadi Dzulkafli Cik Ng Yen Peng En. Mashrom Muda Cik Nur Farhanah Abdul Aziz En. Mohd Hafizuddin Ab Ghani En. Lee Kook Guan En. Chan Kai Yip Cik Nishata Royan Rajendran Royan Cik Chong Yee May Sharizal Ismail Muhammad Ibrahim Othman Raihan Abd. Karim Amilia Melan Abdus-salam Morshidi Malarveli Retinam Woon King Chai Theepa Maratha Muthu Nasihah Rasyiqah Ainuddeen Mohd ‘Udzair Depanaik Tey Kiat Loong Muhammad ‘Ubaidullah Mohd Kheir Muhammad Shahir Abu Naim Zafirah Mohamad Nor

Pengetua/Pengerusi Timb.Pengetua Pengurus Felo Kanan Felo Penghuni Felo Penghuni Felo Penghuni Felo Penghuni Felo Penghuni Felo Penghuni Felo Penghuni Felo Penghuni Felo Penghuni YDP Jaksa NYDP Jaksa Setiausaha Jaksa Bendahari Jaksa Jaksa Jaksa Jaksa Jaksa Jaksa Jaksa Jaksa Jaksa Jaksa Felo Penghuni/ Pencatat

1

Hadir Bersama: En. Mohd Yusof Yaccob

Pengurus Asrama

Tidak Hadir Dengan Kenyataan: Nur Ehsan Mohd Said Mohamad Izharudin Che Amat

Felo Penghuni Jaksa

I. ALU-ALUAN 1.0. Pengerusi berterima kasih kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan kehadiran Pengurus dan Penyelia Asrama. 2.0. Pengerusi merakamkan ucapan tahniah kepada semua Felo Penghuni KUO yang baru dilantik. II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 1.0. En. Muhammad Ashahadi Dzulkafli mengesahkan minit mesyuarat Bil. 4/2009 dengan pindaan dan disokong oleh saudara Sharizal Ismail. III. PERKARA BERBANGKIT Mesyuarat dimaklumkan; 1.0. Penyediaan kamera video akan dibincangkan kemudian dengan menggunakan peruntukan kewangan pada sesi akan datang 2.0. Pihak kolej akan menyediakan 2 lot tempat meletak kenderaan untuk Jaksa dan berkemungkinan penyusunan semula ruang meletak kenderaan akan dilakukan 3.0. Perkembangan semasa berkenaan Program Wayang Pacak ialah:

3.1.

Organisasi pelaksana telah dibentuk dengan melibatkan semua Jaksa dan pelajar daripada kumpulan Karisma

3.2.

Program tersebut akan diadakan di Dataran Dewan Gemilang

2

3.3.

Setiap kolej diberi peluang untuk berniaga dan terhad untuk 10 gerai sahaja

3.4.

Sasaran peserta adalah terdiri daripada wakil pelajar daripada setiap kolej

4.0. Pihak kolej tidak menerima sebarang maklumat dan surat jemputan berkenaan pertandingan Dekorasi Foyer sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 5.0. Surat permohonan buku log dan keperluan lain untuk kegunaan penilaian SPKG akan diberikan kepada Pengetua 6.0. Peralatan sukan Wood Ball seperti gate dapat dituntut kembali daripada Pusat Sukan UKM selepas pertandingan tersebut (SUKEM) 7.0. Kawalan dan kebenaran membuka suis lampu sorot di gelanggang bola keranjang dan badminton akan dibincangkan lebih lanjut bersama Pengurus 8.0. Pengisian Program Ihya’ Ramadhan yang akan datang ialah:

8.1.

3 September 2009 – Majlis Tahlil dan berbukan puasa untuk 80 orang

8.2.

4 September 2009 – Acara mengacau bubur lambok untuk 300 orang

8.3.

8 September 2009 – Forum Nuzul Al-Quran oleh 3 orang panel

8.4.

10 September 2009 – Majlis Penutup

9.0. Program Perayaan Bersama akan dijalankan pada 10 Oktober 2009 dan melibatkan semua warga KUO serta pihak Pengurusan Kolej 10.0.Peruntukan kewangan untuk aktiviti Jaksa akan diagih berdasarkan salinan anggaran yang telah disediakan oleh Bendahari Jaksa 11.0.Permohonan wang pendahuluan hendaklah dilakukan terlebih awal sekurangkurangnya sebulan sebelum program dilaksanakan

3

12.0.Audit kewangan kolej akan dilakukan setiap bulan oleh Juru Audit dan Unit Penguatkuasaan Bendahari UKM

13.0.Mesyuarat khas akan dibuat bersama semua Felo Penghuni dan Jaksa sekiranya terdapat sebarang perkara berbangkit Makluman: Semua Ahli Mesyuarat bersetuju; 14.0.Mesyuarat Pentadbiran dan Jaksa Sesi Akademik 2009/2010 Kolej Ungku Omar akan diadakan sebulan sekali dan dipengerusikan oleh Pengetua Makluman: Semua Ahli Mesyuarat mencadangkan; 15.0.Permohonan kemudahan asas di Wood Ball Station seperti kabinet, sinki dan soket dibuat kepada pihak JPP Tindakan : Jaksa Keusahawanan dan Pentadbiran KUO 16.0.Jadual penggunaan kemudahan gelanggang sukan dibukukan dalam saiz A3 Tindakan : Jaksa Sukan & Rekreasi dan Pentadbiran KUO 17.0.Dapatkan salinan senarai nama pensyarah FPI yang dibenarkan oleh pihak UKM untuk menjadi penceramah jemputan Tindakan : Jaksa Kerohanian 18.0.Penggunaan Bilik ICT dibincangkan terlebih dahulu dengan kumpulan penyelidik ESZ Tindakan : Pentadbiran KUO 19.0.Pihak Sekretariat Jaksa ICT & Penerbitan menguruskan 5 buah komputer baru dan 5 buah komputer lama Tindakan : Jaksa ICT & Penerbitan

4

20.0.Pihak pentadbiran mencetak 1000 salinan Takwim KUO untuk diedarkan kepada semua pelajar KUO Tindakan : Jaksa dan Pentadbiran KUO 21.0.Sesi pembentangan laporan belanjawan kewangan semasa dibuat oleh Bendahari Jaksa Tindakan : Bendahari Jaksa 22.0.Satu perjumpaan diadakan antara semua Felo Penghuni, Jaksa dan Kumpulan Karisma Tindakan : YDP Jaksa IV. LAPORAN FELO PENGHUNI Mesyuarat dimaklumkan; 1.0. Mesyuarat Felo Penghuni telah diadakan bagi membincangkan perkaraperkara berbangkit seperti berkaitan SPKG dan penggunaan Bilik Kualiti (Rujuk Minit Mesyuarat Felo Penghuni Bil. 2/2009) Makluman: Semua Ahli Mesyuarat mencadangkan; 2.0. Semua Jaksa menyerahkan kehadiran pelajar mengikut sekretariat bagi program yang telah dijalankan seperti Bengkel Kecemerlangan Akademik dan Ihya’ Ramadhan kepada Felo Penasihat Tindakan : Semua Jaksa V. LAPORAN JAKSA 1.0. Jaringan dan Alumni Mesyuarat dimaklumkan; 5.1. Program Persembahan Kebudayaan sempena International Congress 2009 anjuran AIESEC telah berlansung dengan jayanya pada 22, 26 dan 30 Ogos 2009.

5

5.2. Pihak PRO UKM telah memohon pihak KUO menyediakan laporan berkenaan program tersebut untuk dimuatkan dalam majalah Resonance VI. HAL-HAL LAIN Mesyuarat dimaklumkan; 1.0. 4 orang pelajar KUO akan menghadiri Majlis Perasmian Pelancaran Buku Felda serta Majlis Jamuan Berbuka Puasa Makluman: Semua Ahli Mesyuarat mencadangkan; 2.0. Pihak Jaksa memaklumkan kepada semua ahli sekretariat untuk menghadiri Program wayang Pacak pada 5 September 2009 di dataran Dewan Gemilang Tindakan : Semua Jaksa VII. PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.15 pagi dan mesyuarat seterusnya akan dilaksanakan pada 30 September 2009 (9.00 malam).

Disediakan oleh,

ZAFIRAH MOHAMAD NOR Felo Penghuni Kolej Ungku Omar Universiti Kebangsaan Malaysia.

17 September 2009

6