2012 hbml4103 perbezaan antara

5.6 Penggunaan Bahasa Istana. 5.7 Penggunaan Aksara Jawi. 6.0 Perbezaan Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu. Moden Dari Sudut Pembentukan ...

5 downloads 372 Views 225KB Size
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2012

HBML4103

PERBEZAAN ANTARA BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU MODEN DARI SUDUT PERKATAAN (MORFOLOGI) DAN AYAT (SINTAKSIS)

NO. MATRIKULASI

:

680408055358002

NO. KAD PENGNEALAN

:

680408055358

NO. TELEFON

:

019-6217877 / 06-6852942

E-MEL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

NEGERI SEMBILAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

1

2.0

Bahasa Melayu Klasik

1

3.0

2.1

Definisi Bahasa Melayu Klasik

2.2

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

2.3

Konsep dan Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden 3.1

Definisi Bahasa Melayu Moden

3.2

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

4.0

Maklumat teks Hikayat Lama

5.0

Perbezaan Bahasa Melayu Klasik Dan Bahasa Melayu Moden Dari Sudut Perkataan (Morfologi)

6.0

5.1

Penggunaan Tulisan

5.2

Pengaruh Kosa Kata Asing

5.3

Pengulangan Perkataan

5.4

Penggunaan Kata Pangkal Ayat

5.5

Penggunaan Kosa Kata Klasik

5.6

Penggunaan Bahasa Istana

5.7

Penggunaan Aksara Jawi

6

7

8

Perbezaan Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden Dari Sudut Pembentukan Ayat (Sintaksis) 6.1

18

Penggunaan Ayat Yang Panjang, Berulang-ulang dan Berbelit-belit

7.0

6.2

Penggunaan Ayat Pasif Dan Songsang

6.3

Penggunaan Gaya bahasa

6.4

Unsur Sensasi

6.5

Unsur Perlambanagan

Rumusan Rujukan

33

HBML4103

1.0

PENGENALAN

Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai penutur aslinya terlebih dahulu iaitu orang Melayu. Beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Van Heine dari Austria telah mengemukakan teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok Austronesia. Kelompok manusia dari Yunan, China ini kemudiannya berhijrah dan akhirnya menduduki beberapa wilayah di Asia Tenggara. Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bermula dengan bahasa Melayu Kuno, diikuti dengan bahasa Melayu Klasik dn akhirnya bahasa Melayu Moden. Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara terhadap ketiga-tiga bahasa tersebut. Bahasa Melayu Kuno dipercayai dipengaruhi oleh bahasa Sankrit dan agama Hindu yang kuat, manakala bahasa Melayu Klasik Dipengaruhi oleh bahasa Arab dan agama Islam dan bahasa Melayu Moden pula banyak menerima pengaruh bahasa penjajah iaitu bahasa Inggeris. Namun begitu, penulisan ini akan lebih memberi tumpuan terhadap bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden serta meninjau perbezaan antara kedua-dua bahasa tersebut daripada sudut perkataan (morfologi) dan ayat (sintaksis).

2.0

BAHASA MELAYU KLASIK

2.1

Definisi Bahasa Melayu Klasik

Sebelum huraian yang lebih mendalam diberikan terhadap bahasa Melayu Klasik, takrifan mengenai bahasa tersebut perlulah difahami terlebih dahulu. Kamus Dewan (1986 : 590) mentakrifkan perkataan klasik sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama, yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai iaitu yang tinggi dan abadi nilainya. Berdasarkan takrifan tersebut ianya jelas mengambarkan bahawa bahasa Melayu Klasik telah diperakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Akan tetapi disebabkan perubahan masa dan zaman, bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para ilmuan

1

HBML4103

dan

pengkaji

untuk

menggunakannya

atau

menyelidiki

pertumbuhan

dan

perkembangannya.

2.2

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Menurut Awang Sariyan, bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu, iaitu selepas bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno. Ianya dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa ini diasaskan sewaktu wujudnya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah pemerintahan Sultan Malikul Salih. Oleh yang demikian bahasa ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan kedatangan agama dan kebudayaan Islam.

Pada abad ke-13, kehadiran agama Islam di Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu pada ketika itu terutamanya dari aspek kosa kata, struktur kata dan hasil tulisannya. Kewujudan bahasa Melayu Klasik pada ketika itu juga telah dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Batu Bersurat Minye Tajuh di Aceh (1930). Ianya merupakan batu bersurat pertama yang ditemui dengan penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi, Allah, rahmat dan sebagainya. Ini disusuli dengan penemuan berikutnya iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung yang mempunyai sedikit perbezaan dari segi bahasanya.

Pada abad ke-14 pula, bahasa Melayu Klasik dipercayai kian berkembang dengan wujudnya tulisan Jawi atau disebut juga sebagai tulisan Arab berbahasa Melayu. Zaman permulaan bahasa ini telah ditandai dengan kemunculan prasasti di Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau bersamaan dengan 1303 Masihi. Bukan itu sahaja, prasasti bahasa Melayu Klasik juga banyak terdapat di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa pulau yang lainnya. Ianya juga turut ditenmui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.

2

HBML4103

Kemunculan bahasa Melayu Klasik juga telah dibuktikan dengan penemuan beberapa manuskrip Melayu lama. Sejumlah kira-kira 10,000 naskah manuskrip lama didapati tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua merupakan surat kiriman Sultan Pernate yang berasal dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang ditulis pada tahun 1521 dan 1522.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan berada di zaman kegemilangannya semasa berada di bawah pemerintahan kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Keadaan ini berpunca kerana kerajaan-kerajaan tersebut telah menjadi lokasi yang penting bagi kegiatan perdagangan, perkembangan agama Islam dan seterusnya perkembangan bahasa.

Zaman keagungan bahasa Melayu dikatakan berlangsung pada zaman Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu yang telahpun menerima Islam berjaya membina dan meluaskan empayar serta jajahan takluknya. Secara tidak langsung ianya telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. Ianya telah digunakan secara meluas dalam pentadbiran dan juga aktiviti perdagangan sehingga berupaya menjadi bahasa “linguafranca” kepada para pedagang. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai alat penyebar kepada agama Islam di seluruh kepulauan Melayu. Bukan sahaja mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi, perbendaharaan katanya juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk menzahirkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan kesultanan Melayu Melaka ini telah tergambar menerusi “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya yang sangat tinggi nilainya.

2.3

Konsep dan Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik.

Bahasa Melayu Klasik tidak dapat ditentukan dengan jelas dari aspek fonologinya. Awang Sariyan menyatakan perlambangan bunyi vokalnya terdiri daripada tiga vokal sahaja iaitu ‘i’, ‘a’ dan ‘u’ yang berasal daripada vokal Arab alif, ya dan wau. Namun begitu, bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam bahasa Melayu hari ini iaitu ‘a’, ‘e’ peper, ‘e’ taling, ‘i’, ‘o’ dan ‘u’. Bunyi 3

HBML4103

konsonan bagi bahasa Melayu Klasik pula sama seperti yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Dalam Bahasa Melayu Klasik bunyi getaran konsonan ‘r’ jelas menggunakan huruf “ra” dalam bahasa Arab. Penggunaan pada hujung suku kata akhir tertutup mengambarakan bunyi getaran itu hidup dan tidak senyap. Bunyi diftongnya pula dilihat mempunyai persamaan dengan bunyi diftong bahasa Melayu Moden, iaitu ‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’.

Aspek tatabahasa pula didapati mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu Moden terutamanya penggunaan imbuhan. Keadaan yang sama juga terjadi bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis pula, ayat-ayat yang terkandung dalam bahasa ini terdiri daripada empat pola ayat dasar iaitu ayat tunggal, ayat majmak, ayat kompleks dan ayat pasif.

Pengaruh Islam yang semakin kuat menjadikan bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari aspek kosa kata, struktur ayat dan juga bentuk tulisan. Antara ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

a. Penggunaan ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit. b. Mengandungi banyak ayat pasif dan ayat songsang. c. Menggunakan bahasa istana. d. Seringkali menggunakan kosa kata klasik seperti ratna, mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), masyghul (bersedih), sahaya dan lainlain. e. Kerap menggunakan

perdu perkataan (kata

pangkal

ayat)seperti

sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya. f. Banyak menggunakan partikal ‘lah’ dan ‘pun’. g. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelabagai bidang bahasa. h. Turut menggunakan aksara Jawi yang dipinjam dari bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

4

HBML4103

i. Frasa dan ayatnya banyak menerima pengaruh dari bahasa Arab terutamanya dalam kitab-kitab Melayu Klasik seperti frasa maka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du) ataupun pada ayat sunat berbuka atas tamar. Frasa ayat tersebut diperolehi hasil daripada terjemahan teks-teks bahasa Arab.

3.0

BAHASA MELAYU MODEN

Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hinggalah sekarang. Bahasa ini dipercayai berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara. Keadaan ini telah mengakibatkan bahasa Portugis, bahasa Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris mula bertapak di Nusantara, dan seterusnya mempengaruhi bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu Klasik, tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat.Namun begitu, bahasa Melayu Moden ini tidak menerima sistem pembentukan bahasa tersebut. Ianya juga tidak mengenepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang pernah diguna pakai sebelumnya.

Banyak istilah-istilah daripada bahasa Inggeris diterima pakai dalam Bahasa Melayu Moden bagi tujuan mengungkap pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari masa ke semasa.Keadaan ini berlaku kerana tamadun Melayu dan bahasanya tidak mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian. Keterbukaan bahasa Melayu Moden menerima unsur-unsur bahasa asing telah menajadikannya semakin dinamik dan dapat meneruskan kelangsungannya.

Tidak seperti Bahasa Melayu Kuno atau Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Moden tidak mampu berkembang secara bersendirian. Catatan sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu Moden telah mengalami beberapa perancangan dan pembangunan oleh sebuah badan bahasa yag ditubuhkan khas iaitu Dewan Bahasa dan 5

HBML4103

Pustaka (DBP). Bahasa Melayu Moden telah diangkat statusnya sebagai bahasa kebangsaan melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

3.1

Definisi Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang. Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara. Dalam tempoh tersebut, bahasa Eropah, bermula dengan bahasa Portugis, diikuti dengan bahasa Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris telah bertapak di nusantara dan seterusnya telah mempengaruhi bahasa Melayu.

3.2

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu Moden telah mengalami dua fasa perkembanagan. Ianya dikenali sebagai fasa sebelum Perang dunia Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua. Jika dilihat sebelum Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu Moden mendapat kedudukan yang tinggi, ekoran daripada kecemerlangan sebelumnya. Sungguhpun kerajaan British yang mentadbir Tanah Melayu pada ketika itu, pegawaipegawainya dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan lulus dalam ujian bahasa yang diadakan bagi membolehkan mereka berhubung dengan penduduk tempatan dengan mudah dan lancar. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya terdapat ramai pegawai atasan British seperti Brown, Kilkinson, Maxwell, Winstedt, Dussek, Marsden, Skinner dan lain-lain didapati mahir dalam menggunakan bahasa Melayu.

Sebaliknya, selepas Perang Dunia Kedua, British telah mengubah dasarnya dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Individu yang berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan diberi keutamaan untuk bekerja dengan pemerintah Inggeris. Akibat dari itu, ramai pelajar Melayu telah diberikan pendidikan Inggeris dan dihantar berkursus di England. Mereka telah menggunakan

6

HBML4103

Bahasa Inggeris dalam urusan seharian. Pada ketika itu, individu yang boleh berbahasa Inggeris dianggap sebagai orang bijak dan bertaraf tinggi.

Namun begitu, apabila negara kita mencapai kemerdekaan, status bahasa Melayu telah dikembalikan. Perkara 152 Perlembangaan Persekuatuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan wajib digunakan dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Status bahasa Melayu ini telah diperkukuhkan lagi dengan pengubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Selain digunakan dalam institusi pendidikan, bahasa Melayu juga telah diperluaskan penggunaannya dalam urusan kehakiman, persidangan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

4.0

MAKLUMAT TEKS HIKAYAT LAMA

Penulis telah memilih Hikayat Hang Tuah sebagai sumber rujukan bagi menerang dan memperlihatkan perbezaan antara bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden dari sudut perkataan (morfologi) dan ayat (sintaksis).

Hampir setiap bangsa di dunia ini mempunyai karya epik atau hikayatnya yang tersendiri. Jikalau orang India terkenal dengan Ramayana dan Mahabharata, orang Greek bangga dengan Iu’ad dan Odyssey, orang Inggeris mengagungkan Beowulf manakala dalam masyarakat Melayu, Hikayat Hang Tuah merupakan antara karya epik yang menjadi kebanggaan bangsa.

Tidak dapat ditentukan bilakah Hikayat Hang Tuah ditulis dan siapakah pengarangnya. Namun ada yang menganggarkan ianya ditulis di antara tahun 1641 dan 1736. Hikayat Hang Tuah tidak ditulis keseluruhannya dalam tempoh yang singkat atau masa yang sama. Ini terbukti dengan penggunaan bahasa dan teknik penyampaian cerita yang tidak sama. Sebagai sebuah hasil karya sastera Melayu lama yang unggul, Hikayat

7

HBML4103

Hang Tuah mengandungi banyak ciri sastera antaranya mitos, unsur epik, firasat dan sebagainya.

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik Melayu yang lahir pada zaman kegemilangan masyarakat Melayu tradisional. Kisahnya mencakupi segala pesanan dan gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh bangsa Melayu di zaman moden ini. Ianya mengisahkan

Hang

Tuah

bersama-sama

empat

orang

rakannya

yang

telah

memperlihatkan watak terpuji dengan ciri-ciri kepahlawanan yang unggul serta kesetiaan yang tinggi terhadap sahabat dan rajanya. Namun begitu persahabatan yang akrab antara Hang Tuah dengan Hang Jebat berakhir dengan konflik dan tragedi yang menyayat hati. Hikayat ini juga mengambarkan sistem sosiobudaya Melayu di zaman feudalnya. Hang Tuah dan Hang Jebat jelas mewakili masyarakatnya pada ketika itu memperlihatkan nilainilai kepahlawanan atau keperwiraan yang tinggi. Prinsip ketaatan mutlak terhadap raja merupakan prinsip feudal yang mungkin bercanggah dengan cita-cita dan keadilan yang terpendam dijiwa manusia. Justeru itu, ianya telah membuat Hang Jebat memberontak terhadap raja. Prinsip ketaatan terhadap raja jugalah telah mejerat Hang Tuah yang dijatuhi hukuman mati, manakala raja jugalah yang telah menghalalkan pembunuhan Hang Jebat yang dianggap sebagai penderhaka.

Tegasnya Hikayat Hang Tuah wajar dijadikan bahan tatapan untuk generasi hari ini. Jikalau dahulu ianya dianggap sebagai sebuah karya epik yang tidak berfaedah, namun sekarang tumpuan dan perhatian harus diberikan terhadap nilai-nilai sastera yang terkandung di dalamnya.

5.0

PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU

MODEN DARI SUDUT PERKATAAN (MORFOLOGI)

Dua zaman yang bertentangan dan jarak masa antara keduanya yang terlalu jauh, pastinya mengundang pelbagai perbezaan antara bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik dipercayai berkembang dari abad ke-13 hinggalah ke abad 17 (Asmah Omar, 1985). Manakala bahasa Melayu Moden merupakan bahasa yang 8

HBML4103

diguna pakai pada hari ini. Berikut akan dihuraikan beberapa perbezaan yang telah dikenal pasti antara kedua-dua bahasa tersebut dari aspek perkataan atau morfologi.

5.1

Penggunaan Tulisan

Bahasa Melayu Klasik dikatakan terpisah dari bahasa Melayu Kuno apabila wujudnya tulian Jawi (Asmah Omar, 1993). Sebelum ini, tulisan yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam bahasa Melayu Kuno adalah tulisan “palava” (Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam, 1986). Namun begitu kedatangan Islam telah membawa perubahan yang amat ketara terhadap masyarakat Melayu ketika itu. Perubahan bukan sahaja dari aspek tauhid dan akidah malahan sistem tulisan masyarakat Melayu ketika itu turut berubah. Sebagaimana yang diketahui tulisan Jawi adalah berasal dari tulisan Arab. Pendakwahpendakwah Islam berketurunan Arab telah menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan Jawi. Tujuan utama berbuat demikian adalah bagi memudahkan bacaan. Bagi memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah tulisan tersebut telah dimansuhkan.

Sistem ejaan yang digunakan dalam hikayat ini merupakan sistem ejaan Jawi. Penggunaan huruf Jawi atau tulisan Arab ini dapat dilihat dengan jelas sekali menerusi perkataan “Bismillahirrahmanirrahim” dan wabihinastainubihi” yang kerap kali digunakan di dalam Hkayat hang Tuah. Perkataan tersebut telah ditulis dengan menggunakan huruf Jawi. Keadaan ini berbeza dengan karya-karya bahasa Melayu Moden yang telah menerima pengaruh tulisan Rumi yang berasal dari Barat. Kecuali karya-karya atau buku-buku yang bercorak keagamaan, bahasa Melayu Moden menggunakan tulisan rumi sepenuhnya dalam setiap karya yang dihasilkan.

5.2

Pengaruh Kosa Kata Asing

Antara ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah pengaruh kosa kata asing. Bahasa Melayu Klasik dilihat banyak menerima fonemfonem dari bahasa Arab (Abdullah Hassan, 1992).Antara yang kerap kali digunakan contohnya ‘kh’, ‘z’ dan ‘sy’. Penggunaan fonem-fonem ini digunakan dengan begitu 9

HBML4103

meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera yang bercorak keagamaan, cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Antara contoh perkataan yang dikesan menerusi Hikayat Hang Tuah yang menggunakan fonem Arab adalah seperti akhirat, syarat dan zaman.

Bahasa Melayu Klasik juga dilihat telah menerima pelbagai jenis kosa kata asing seperti Arab dan Sanskrit dalam pelbagai bidang seperti keagamaan, undang-undang , kesusasteraan, pemerintahan, pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Ini bermakna bahasa Melayu Klasik telah menyerap perkataan Arab dan Sanskit ke dalam bahasa Melayu ketika itu. Keadaan tersebut telah menyebabkan pertambahan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Pinjaman dari perkataan Arab umpamanya adalah berpunca dari kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara.

Seperti mana yang telah sedia maklum, Hikayat Hang Tuah membabitkan penceritaan yang berlatarkan masa yang panjang dan latar yang luas. Tidak seperti Sejarah Melayu yang ditulis oleh seorang yang mahir dalam bahasa Arab dan dipengaruhi oleh agama Islam, Hikayat Hang Tuah masih mengambarkan alam fikiran Melayu sebelum meluasnya agama tersebut. Penggunaan kata-kata dan gaya bahasa Arab didapati kurang sekali kecuali pada bahagian-bahagian tertentu. Berdasarkan dari pembacaan hikayat tersebut, penulis mendapati penggunaan kosa kata yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah dipengaruhi oleh tiga jenis pengaruh bahasa asing yang utama iaitu pengaruh Hindu, Islam dan Panji Jawa.

Di dalam Hikayat Hang Tuah, ada menceritakan watak yang diberi nama Sang Perta Dewa. Beliau telah memberikan nama “Bukit Siguntang Mahabiru” kepada sebuah bukit yang subur dengan tumbuh-tumbuhan. Tempat tersebut kemudiannya telah dijadikan negeri atau penempatan. Adalah dipercayai bahawa penggunaan “Mahabiru” dalam konteks ini adalah sama dengan perkataan “Mahaviru” yang bermaksud bukit suci (mengikut kepercayaan tradisi Hindu). Mengikut kepercayaan agama Hindu bukit Mahariru merupakan kediaman dewa-dewa Vishnu dan Shira. Dengan wujudnya kata10

HBML4103

kata tersebut, pengarang berharap ianya dapat mengambarkan kesaktian yang dikaitkan dengan dewa-dewa dalam karya ini. Gelaran “Laksamana” yang dianugerahkan kepada Hang Tuah dipercayai berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud tanda atau markah keutamaan. Gelaran Laksamana diberikan kepada Hang Tuah yang merupakan lambang kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya terhadap raja-raja. Ianya meyerupai watak Laksamana dalam Hikayat Seri Rama.

Fenomena ini berbeza dengan karya Melayu Moden yang didapati lebih banyak menerima pengaruh bahasa Inggeris dan Arab dari bahasa-bahasa yang lainnya.

Bahasa Melayu Klasik turut menampakkan ciri-ciri pengaruh dari bahasa Arab. Perkataan-perkataan Arab telah digunakan dengan meluasnya dalam bahasa tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kosa kata dan perbendaharaan kata bahasa Melayu Klasik pada ketika itu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arab dikatakan berpunca dari kurangnya perkataan-perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara.

Keadaan ini dapat diperjelaskan menerusi contoh-contoh perkataan yang ditemui di dalam Hikayat Hang Tuah. Terdapat beberapa perkataan yang telah menampakkan ciri-ciri pengaruh Islam dengan begitu jelas sekali. Perkataan Arab sering digunakan sebagai

mukadimah

dalam

karya-karya

bahasa

Melayu

Klasik.

Contohnya

“Bismillahirrahmanirrahim” dan wabininastainubihi” yang merupakan pembuka kata yang mengungkapkan kebesaran dan keagungan Allah yang sememangnya dituntut dalam agama Islam. Selain dari perkataan-perkataan tersebut terdapat banyak lagi perkataanperkataan Arab-Parsi yang digunakan dalam hikayat ini. Perkataan -perkataan tersebut adalah seperti Allah subhanahuwata’ala, assalamualaikum, muallim, mua’azzam, alkisah,hatta, alkisah,ikrar, takzim dan banyak lagi. Penggunaan kata-kata Arab-Parsi yang banyak di dalam hikayat ini telah membuktikan pengaruh Islam yang kian berkembang sehingga mempengaruhi kosa kata yang digunakan pada ketika itu. 11

HBML4103

Penggunaan kosa kata pinjaman Arab-Parsi juga boleh didapati menerusi karya bahasa Melayu Moden. Perkataan-perkataan seperti Allah, insyaallah dan sebagainya juga ada digunakan. Namun pendedahannya tidak sehebat seperti dalam bahasa Melayu Klasik. Penggunaannya dilhat sangat terhad dan kata-kata pinjaman tersebutditulis dalam tulisan rumi, tidak seperti karya bahasa Melayu Klasik yang menggunakan tulisan Arab bagi kata-kata pinjaman terutamanya kata-kata yang berfungsi sebagai “mukadimah”.

Penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu Klasik bukan sahaja menerima pengaruh dari bahasa Sanskrit, Arab dan Parsi, malahan ianya turut dipengaruhi oleh bahasa Jawa. Penggunaan perkataan seperti Kyai, aji, ubun-ubun, fakanira, manira, kula dan sebagainya jelas menunjukkan pengaruh Jawa yang begitu meluas di dalam Hikayat hang Tuah ini. Pengaruh Panji jawa begitu ketara sekali terutamanya apabila nama kerabat diraja dan golongan bangsawan Melaka dan Terengganu menggunakan gelaran Jawa. Ini jelas dapat dilihat berdasarkan nama-nama yang diberikan kepada kedua-dua puteri baginda raja Melaka, iaitu Raden Bahar dan Raden Baju. “Raden” merupakan gelaran diraja yang sering digunakan kepada putera raja Jawa yang sama ertinya seperti gelaran Tengku, Engku dan Raja yang digunakan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu Moden. Panggilan Kyai pula adalah gelaran yang diberikan kepada para alim ulama. Ianya sering kali digunakan dalam Hikayat Hang Tuah. Perkataan “Kyai” ini pula samalah ertinya dengan perkataan Ustaz, Imam, Haji dan Lebai yang sering digunakan oleh masyarakat hari ini iaitu menerusi bahasa Melayu Moden.

5.3

Pengulangan Perkataan

Gaya bahasa melibatkan cara dan gaya seseorang pengarang menyampaikan buah fikiran dan pandangannya sendiri melalui hasil karyanya. Gaya bahasa yang baik melibatkan banyak penggunaan perbendaharaan kata. Salah satu dari ciri-ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah dari segi pengulangan kata. Perbendaharaan kata yang digunakan di dalam bahasa Melayu Klasik didapati banyak menggunakan pengulangan perkataan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila penelitian 12

HBML4103

terhadap Hikayat hang Tuah dilakukan. Pengulangan perkataan-perkataan tertentu banyak didapati di dalam karya hikayat ini. Sebagai sebuah hasil karya klasik, gaya bahasa pengulangan adalah perkara yang lazim didapati.

Perkataan-perkataan yang sering kali digunakan secara berulang-ulang di dalam Hikayat Hang Tuah adalah :

a. setelah b. alkisah c. hatta d. maka e. sebermula f. arakian g. syahadan h. sekalian

Berdasarkan penelitian penulis terhadap kandungan hikayat ini terutamanya pada halaman dua belas dan tiga belas, bilangan penggunaan perkataan ‘maka’ telah diulang sebanyak dua puluh tiga kali sementara bagi perkataan ‘hatta’ pula ianya telah diulang tulisannya sebanyak empat kali.

Pada masa yang sama terdapat juga pengulangan perkataan bagi kata ganda yang terdapat di dalam hikayat ini. Kata ganda yang dimaksudkan adalah seperti :

a. raja-raja b. anak-cucu c. sekali-sekala d. bunyi-bunyian e. orang besar-besar f. bermain-main g. anak bini 13

HBML4103

Disamping itu pengulangan bagi kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung juga kerap berlaku dalam bahasa Melayu Klasik. Hikayat Hang Tuah sendiri telah memperlihatkan beberapa contoh pengulangan kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung yang sering digunakannya.Jadual 5.3 di bawah dapat menjelaskan lagi antara pengulangan kata yang sering digunakan d dalam hikayat ini. Bil

Jenis Pengulangan Kata

Contoh-contoh

1

Kata Tunjuk

itu, sana, maka

2

Kata Hubung

yang, dan, atau

3

Kata Penegas

lah, pun

Pengulangan bagi perkataan-perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu Klasik dilihat berbeza dengan bahasa Melayu Moden. Penggunaan kata berulang dilihat tidak berlaku di dalam bahasa Melayu Moden. Penulis berpendapat antara punca utama yang menyebabkan berlakunya pengulangan kata di dalam bahasa Melayu Klasik adalah disebabkan kurangnya perbendaharaan kata pada ketika itu. Keadaan ini juga berpunca akibat dari pengaruh bahasaSanskrit dan Arab yang pernah digunakan sebelumnya oleh masyarakat Melayu pada zaman tersebut.

Berbeza dengan bahasa Melayu Moden, kesedaran tentang penggunaan nahu bahasa Melayu yang betul dan pembangunan pengistilahan amat dititik beratkan dalam bahasa Melayu Moden. Ini dapat dibuktikan dengan penghasilan Pelita Bahasa Melayu oleh Pendita Za’ba sekitar tahun 1940 yang menghuraikan kaedah nahu bahasa Melayu atau aturan rangkanya mengikut pengaruh atau acuan nahu bahasa Inggeris. Nahu Za’ba lebih menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam penggolongan kata. Disamping itu penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956, juga telah membawa perubahan yang besar terhadap bahasa Melayu yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Di antara matlamat penubuhannya adalah untuk :

memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan. memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan. mengubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. 14

HBML4103

5.4

Penggunaan Kata Pangkal Ayat

Selain daripada ciri-ciri yang telah dibincangkan, aspek lain yang turut membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah mengenai penggunaan kata pangkal ayat. Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan kata pangkal ayat atau disebut sebagai perdu perkataan. Antara perdu perkataan yang sering digunakan dalam hasil karya yang menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun an sebagainya.

Penggunaan kata pangkal ayat ini turut terdapat dikesan pada Hikayat Hang Tuah. Antara contoh kata pangkal ayat yang digunakan adalah seperti berikut :

Syahadan maka paduka ayahanda bonda pun terlalu amat kasih akan anakanda baginda itu. Hatta berupa lamanya maka Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggan pun besarlah, makin besar makin bertambah baik rupanya. Hatta beberapa raja-raja hendak meminang dia, tiada juga diberikan oleh ayahanda bonda baginda.

Penggunaan kata pangkal ayat ini dilihat tidak memberi sebarang fungsi atau makna dalam sesebuah ayat yang diwakilinya. Sekiranya ia tidak digunakan atau diabaikan, makna sesebuah ayat tidak akan berubah.Berdasarkan keterangan tersebut, penggunaan bahasa Melayu Moden hari ini dilihat tidak lagi kerap menggunakan kata pangkal ayat. Oleh itu, petikan di atas boleh ditafsirkan atau ditulis semula tanpa menggunakan kata pangkal ayat seperti berikut :

Maka paduka ayahanda bonda pun terlalu amat kasih akan anakanda baginda itu. Beberapa lama kemudian, Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggan pun besarlah, semakin bertambah cantik paeras rupanya sehingga beberapa orang raja berhajat untuk meminang tetapi telah ditolak oleh ayahanda dan bondanya.

15

HBML4103

Berdasarkan petikan di atas yang telah dituliskan semula dengan menggunakan bahasa Melayu Moden, jelas sekali menampakkan maksud yang sama dari petikan yang asal. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa karya-karya yang menggunakan bahasa Melayu Moden telah mengabaikan perdu perkataan ini kerana ianya tidak memberi sebarang maksud atau makna tertentu dalam karya mereka.

5.5

Penggunaan Kosa Kata Klasik

Selain dari ciri-ciri yang telah dibincangkan, bahasa Melayu Klasik juga dilihat sering kali menggunakan kosa kata klasik yang berasal dari Arab, Jawa, Siam, Sanskrit dan lainlain lagi. Antara contoh kosa kata klasik yang dimaksudkan adalah seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran, sahaya, masygul dan lain-lain lagi.

Bagi memperlihatkan penggunaan yang meluas kosa kata ini di dalam karya bahasa Melayu Klasik, jadual yang berikutnya ini akan menunjukkan antara contoh kosa kata klasik yang digunakan dalam Hikayat Hang Tuah beserta terjemahannya yang dilakukan dalam bahasa Melayu Moden.

Jadual 5.5 : Penggunaan Kosa Kata Klasik Dalam Hikayat Hang Tuah Kosa Kata Klasik

Asal

Terjemahan

Ke

Dalam

bahasa Melayu Moden aviad

Arab

putih

adika

kawi

tuanku

amum

Siam

pangkat

bagi

anak bingkis

bangsawan

arkian

barang pemberian

andalan

sesudah itu

bajuzirah

cagaran

berpelik

Sanskrit

baju besi

bersuaka

bersubang kecil

bertandak

berlindung 16

gol

HBML4103

Berdasarkan jadual di atas, ianya jelas memperlihatkan perbezaan perkataan dan sebutan bagi kosa kata klasik dengan kosa kata terjemahan yang dilakukan ke dalam bahasa Melayu Moden. Walaupun mempunyai maksud yang sama, akan tetapi perkataan tersebut disebutkan dengan dua cara yang berbeza.

5.6

Penggunaan Bahasa Istana

Tidak dapat dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik kerap beraku berbanding di dalam karya bahasa Melayu Moden. Watak utama di dalam karya bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri, anakanda dan sebagainya. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa istana amat diperlukan di dalam karya bahasa Melayu Klasik bagi mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja.

Perkara ini dapat dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang diptik dari Hikayat Hang Tuah yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad (2008 : 5) yang berbunyi :

Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda baginda itu dengan inang pengasuh dan dayang-dayang sepertinya. Maka tuan puteri Kemala Ratna Peling gan dipeluk cium dan ditangisinya oleh ayahanda baginda.

Namun begitu penggunaan bahasa istana ini, kurang digunakan di dalam bahasa Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Karya-karya yang menggunakan bahasa Melayu Moden didapati bertemakan tentang kehidupan insan dalam kelompok masyarakat biasa. Oleh itu penggunaan bahasa istana dalam karya bahasa Melayu semakin hari semakin ditinggalkan dalam masyarakat Melayu Moden.

17

HBML4103

5.7

Penggunaan Aksara Jawi

Berbeza dengan ciri bahasa Melayu Moden, bahasa Melayu Klasik didapati sering menggunakan aksara Jawi iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arabyang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan. Ciri-ciri penggunaan aksara Jawi ini adalah berpunca dari kesan pengaruh Islam ke dalam bahasa Melayu ketika itu. Kedatangan Islam ke alam melayu telah memberikan impak yang begitu besar. Roh Islam bukan sahaja terpancar pada diri individu malahan turut dapat dikesan dalam istilah dan ungkapan bahasa. Istilah dan ungkapan Islam ini telah diterima pakai oleh masyarakat Melayu ketika itu sebagai perantara dalam komunikasi atau dalam penghasilan sesebuah karya. Tokoh-tokoh Islam seperti Hamzah Fansuri dan Raja Ali Riau banyak membantu dalam perkembangan istilah Islam ini.

Ciri-ciri ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan bahasa Melayu Moden terutama yang membabitkan penghasilan karya sastera. Penulisan karya sastera bahasa Melayu Moden tidak lagi menggunakan aksara Jawi ini kecuali pada karya-karya yang bercorak keagamaan. Kesan pengaruh penulisan bahasa penjajah terutamanya bahasa Inggeris sama sekali telah melengkapkan penggunaannya di dalam penulisan bahasa Melayu Moden.

6.0

PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU

MODEN DARI SUDUT PEMBENTUKAN AYAT (SINTAKSIS)

Bahasa Melayu Klasik bukan sahaja telah memperlihatkan beberapa perbezaan dengan bahasa Melayu Moden dari sudut pembentukan perkataan malahan telah memperlihatkan beberapa perbezaan dari aspek pembentukan ayat. Antara aspek-aspek yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden dari sudut sintaksis adalah seperti yang berikut :

a. penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang, berbelit-belit dan meleret-leret. b. mempunyai bentuk ayat pasif dan songsang. 18

HBML4103

c. penggunaan frasa atau ayat pengaruh Arab. d. penggunaan unsur humor. e. penggunaan unsur-unsur penyembahan. f. penggunaan unsur perlambangan g. memasukkan unsur-unsur sensasi. h. unsur kiasan atau perbandingan. i. gaya bahasa sindiran. j. penggunaan pantun dan peribahasa.

6.1

Penggunaan Ayat Yang Panjang, Berulang-Ulang dan Berbelit-Belit

Penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit merupakan ciri utama yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden dari sudut sintaksis. Selain dari itu, ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik juga dianggap meleret-leret terutama sekali apabila menerangkan sesuatu perkara. Ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden ini dapat dikesan melalui beberapa baris ayat yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah.

Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaiannya terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan - datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna mutu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6)

Contoh ayat di atas, jelas mengambarkan kepada kita bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada ayat yang panjang strukturnya. Bagi contoh ayat di atas ianya menggunakan sebanyak lima puluh tujuh patah perkataan dalam satu ayat. Bilangan perkataan tersebut jelas membuktikan kepada

19

HBML4103

kita bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik adalah terdiri aripada ayat yang panjang strukturnya.

Berdasarkan análisis yang dilakukan terhadap ayat tersebut, penulis telah mendapati antara punca utama ayat berkenaan didapati panjang adalah kerana penggunaan beberapa patah perkataan telah diulang beberapa kali. Berikut dipaparkan análisis bilangan perkataan yang terdapat dalam contoh ayat tersebut.

Bil Perkataan

Bilangan Ulangan

1

tuan puteri

2

2

dan

2

3

segala

2

4

itu

4

5

turun

2

6

terlalu

2

7

datang

2

8

pun

2

9

Sang Perta Dewa

2

10

turun

2

Jadual 6.1 : Kekerapan Bilangan Ulangan Perkataan

Berdasarkan jadual 6.1, sebanyak sembilan patah perkataan dikesan telah diulang tulis sebanyak dua kali, manakala perkataan “turun” telah diulang sebanyak empat kali. Oleh yang demikian jelaslah kepada kita bahawa antara punca yang menjadikan ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik didapati panjang dan meleret-leret adalah faktor ulangan perkataan.

Selain terdapatnya unsur pengulangan perkataan, sesebuah ayat bahasa Melayu Klasik juga didapati panjang dan meleret-leret kerana berpunca daripada gaya bahasa hiperbola yang biasa terdapat di dalam hasil sastera klasik. Gaya bahasa hiperbola bermakna sesuatu perkara itu diceritakan secara berlebih-lebihan. Tujuan utama 20

HBML4103

penggunaan gaya bahasa jenis ini adalah untuk menekankan keistimewaan sesuatu benda atau perkara. Disamping penggunaannya juga diharapkan dapat meninggalkan kesan yang mendalam dan berkekalan diingatan para pembacanya.

Menerusi contoh ayat yang diberi, jelas kelihatan daripada wacana-wacana pemerian pengarang terhadap kecantikan dewa-dewa yang turun dari kayangan. Antara contoh gaya bahasa hiperbola berbunyi :

Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaian terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6)

Di dalam bahasa Melayu Moden pengulangan sesuatu perkataan di dalam sesebuah ayat tidak berlaku. Sekiranya sesuatu perkataan diulang beberapa kali dalam sesebuah ayat ianya dianggap sebagai suatu kelemahan terhadap binaan ayat tersebut. Penggunaan imbuhan ‘nya’ boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Pengarang harus sedar bahawa sesebuah ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit akan menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menikmati sesebuah karya.

Contoh ayat yang berulang-ulang kali penampilannya boleh dilihat pada contoh ayat yang berikutnya :

Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genablah bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya sikapnya. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah,halaman 11)

Berdasarkan contoh ayat di atas, penulis mendapati ianya telah diulang sebanyak empat kali dalam satu muka surat. Ayat tersebut dituliskan sebanyak empat kali bagi 21

HBML4103

menjelaskan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Hal ini bertentangan dengan gaya penuliasan bahasa Melayu Moden yang mementingkan ketepatan maklumat bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu ayat-ayatnya dituliskan dengan lebih ringkas tanpa meninggalkan sebarang maklumat penting.

6.2

Penggunaan Ayat Pasif Dan Songsang

Selain daripada penggunaan ayat yang berulang-ulang, ciri-ciri lain yang turut dikesan dalam bahasa Melayu Klasik ialah terdapatnya pendepanan predikat dalam sesuatu ayat yang digunakan. Pendepanan predikat dalam ayat ini juga disebut sebagai penyongsangan ayat. Terdapat pelbagai-bagai jenis pendepanan predikat ini antaranya adalah :

a. pendepanan predikat kata kerja b. pendepanan objek c. pendepanan kata pelengkap

Hal yang sedemikian berlaku berpunca daripada pengaruh nahu bahasa Arab yang terdapat di dalam bahasa Melayu Klasik itu sendiri. Antara contoh-contoh ayat yang menunjukkan ciri-ciri penyongsangan ayat adalah seperti yang berikut :

Setelah sudah bermuat maka nakoda itu pun turunlah keperahunya lalu berlayar ke Palembang. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 13)

Hatta, beberapa lamanya belayar itu, maka nakhoda itu pun hampirlah akan sampai ke Palembang. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 13)

22

HBML4103

Berapa antaranya maka dilihat oleh Hang Tuan dari jauh, maka kelihatan perahu belayar tiga buah menuju perahu mereka itu. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 37)

Ciri-ciri penyongsangan ayat-ayat bahasa Melayu Klasik dilihat berbeza dengan ciri-ciri penyongsangan ayat-ayat bahasa Melayu Moden. Menurut Nik Safiah Karim (2010), ayat tunggal dalam bahasa Melayu Moden boleh terbentuk dalam susunan biasa dan boleh juga dalam susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Menurutnya lagi, unsur yang dikedepankan hendaklah diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan. Dalam bahasa Melayu Moden, terdapat sekurang-kurangnya dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat iaitu :

i.

pendepanan seluruh predikat

ii.

pendepanan sebahagian daripada predikat

Antara berikut menunjukkan contoh proses pendepanan yang terdapat dalam bahasa Melayu Moden.

a.

Perangainya baik sungguh. (susunan biasa)

b.

Baik sungguh perangainya (ayat songsang yang telah didepankan seluruh predikatnya)

6.3

Penggunaan Gaya bahasa

Gaya bahasa melibatkan cara dan ayat seseorang pengarang menyampaikan buah fikiran dan pandangannya sendiri. Antara gaya bahasa bagi karya bahasa Melayu Klasik adalah seperti berikut :

23

HBML4103

a.

bahasa kiasan / perbandingan

b.

bahasa pertentangan

c.

penggunaan peribahasa

d.

penggunaan pantun

6.3.1 Gaya Bahasa Kiasan

Salah sebuah karya bahasa Melayu Klasik iaitu Hikayat Hang Tuah didapati banyak menggunakan bahasa kiasan bagi mengambarkan tindak tanduk watak ataupun sesuatu benda. Dengan adanya penggunaan bahasa kiasan ini gambaran sesuatu peristwa dapat di sampaikan dengan jelas dan menarik. Peristiwa-peristiwa yang melibatkan penggunaan bahasa kiasan ini ialah :

a.

Ular cintamani yang ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa telah digambarkan sebagai : …….. rupanya dan besarnya seperti pisang emas dan warnanya seperti emas sepuluh mutu. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 43)

b.

Pelanduk Putih yang menerajang anjing Raja Melaka ke dalam sungai itu digambarkan : ……. seekor pelanduk putih, seperti kambing besarnya. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 67)

c.

Kecantikan dan kejelitaan Tun Teja di bandingkan dengan, ……. bulan purnama empat belas haribulan, gilang gemilang, berkilaukilauan. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah,halaman 111)

24

HBML4103

6.3.2 Gaya Bahasa Pertentangan

Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa Melayu Moden adalah gaya bahasa pertentangan sering digunakan.

Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa Melayu Moden adalah wujudnya gaya bahasa pertentangan. Gaya bahasa pertentangan sebenarnya bertujuan untuk mencela, mengkritik dan meyakiti hati seseorang. Biasanya gaya bahasa pertentangan ini wujud dalam pertuturan dan penulisan bahasa Melayu Klasik. Kata-kata kritikan tersebut biasanya ditujukan oleh seseorang penutur kepada watak yang lain.

Menerusi Hikayat Hang Tuah beberapa ayat yang menggunakan gaya bahasa pertentangan telah dikenal pasti. Antaranya adalah, “Cis? Si Tuah itu hendak menunjukkan laki-lakinya kepadaku? Tetapi Si Tuah itu bukan padanku; padanku Raja Melaka juga. Adapun pertikamanku yang empat ribu ini kuamuk di dalam negeri Melaka itu sejam lamanya; syahadan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh belas ruang itu. Jikalau tiada kuperbuat demikian seperti cakap ini, bukanlah anak raja Terengganu”. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 254)

Kata-kata kritikan ini dilemparkan oleh Megat Terengganu setelah mengetahui peristiwa penculikan Tun Teja. Megat Terengganu sengaja menonjol-nonjolkan kelebihan dirinya sendiri dengan mempersendakan kekuatan Hang Tuah dan juga pertahanan negeri Melaka.

Pengarang mewujudkan sekali lagi penggunaan bahasa sarkasme melalui watak Megat Terengganu di dalam petikan di bawah. 25

HBML4103

“Cis? Sang maniaka itu hendak menunjukkan laki-lakinya pada aku. Jika sampai aku ke Melaka, yang pertikamanku empat ribu orang ini kuamukkan di dalam negeri Melaka itu sejam lamanya dan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh belas ruang itu. Jika tiada kuperbuat seperti cakapku ini, bukanlah anak raja Terengganu.” (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 259)

Pada kali ini, kata-kata sindiran tersebut dilemparkan kepada Raja Melaka. Dengan adanya perulangan penggunaan bahasa sarkasme, pengarang berharap dapat menghidupkan suasana penceritaan. Para pembaca seakan-akan dapat merasai suasana dan latar berlakunya peristiwa tersebut.

6.3.3 Gaya Bahasa Sindiran

Gaya bahasa sindiran atau satira banyak didapati di dalam hikayat bahasa Melayu Klasik tetapi tidak pada karya moden. Pengarang mewujudkan gaya bahasa ini bertujuan untuk mengejek dan menyindir sesuatu perbuatan ataupun watak di dalam sesebuah karya sastera. Penggunaan gaya bahasa sindiran ini jelas kelihatan pada Hikayat Hang Tuah menerusi kata-kata yang diucapkan oleh Bendahara Paduka Raja semasa menyindir para pegawainya, iaitu : Maka kata Bendahara , “Naiklah ke atas balai itu duduk. Tuan-tuan sekalian hendak ke mana datang pada hamba ini, kerana hamba ini bukan pegawai raja? Adakah pegawai raja meninggalkan temannya? Jika hamba pegawai, pada ketika itu juga hamba memberi balas akan orang yang henak membunuh hamba itu?” (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 425)

26

HBML4103

Semasa Patih Kerma Wijaya mengetahui bahawa Ratu Lasem telah mengambil anaknya, Ken Sumirat tanpa memberitahu kepadanya, kata-kata sindiran di bawah telah diucapkan olehnya. “Lihatkan ratu Lasem ini memberi aku malu! Beberapa aku membuat kebaktian padanya tiada juga kelihatan padanya dan beberapa pula negeri kukalahkan tiada juga berguna kebaktianku…..” (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 51)

Pengarang juga menggunakan gaya bahasa satira semasa menggambarkan katakata sindiran yang ditujukan oleh Hang Tuah kepada Patih Gajah Mada. Wacana dialog tersebut adalah seperti berikut. Maka sahut Tun Tuah, “Pada bicara manira, janganlah seperti pelenter itu tiadakan manira tikam, jikalau penggawa Majapahit itu sekalipun manira tikam juga.” (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 163)

Kata-kata pedas yang dilemparkan oleh Hang Tuah ini dirasai oleh Patih Gajah Mada sehinggakan dia malu tersipu-sipu.

Gaya bahasa satira sekali lagi digunakan oleh pengarang dalam pertuturan Raja Melaka setelah mendengar fitnah Patih Kerma Wijaya terhadap Hang Tuah. Kata-kata baginda adalah : “Wahai Si Tuah! Harapnya aku akan dia maka berbuat pula akan aku demikian ini.” (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 206)

27

HBML4103

6.3.3 Gaya Bahasa Hiperbola

Gaya bahasa hiperbola biasanya terdapat dalam hasil-hasil karya klasik. Namun begitu gaya bahasa ini jarang ditemui di dalam karya bahasa Melayu Moden. Gaya bahasa hiperbola bermakna menceritakan sesuatu perkara ataupun benda secara berlebih-lebihan. Tujuan penggunaan gaya bahasa jenis ini adalah untuk menekan tentang keistimewaaan perkara ataupun benda yang disebut-sebutkan. Cara begini berjaya meninggalkan kesan yang berkekalan dalam ingatan seseorang pembaca.

Contoh penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat dilihat daripada pemerian pengarang tentang kekayaan dan keagungan saudagar Nala Sang Guna di Benua Keling. Petikan daripada Hikayat Hang Tuah menjelaskan, …… sehingga gedung berisi harta jua dua puluh gedung dan gedung yang berisi emas dan perak tujuh buah; lain daripada itu, gedung yang berisi dagangan daripada kain dan permata dan mutiara dan suf, sakhlat, ainul-banat dan tembaga suasa dan timah berpuluh gedung ….. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 425)

Semasa menceritakan keagungan Benua Cina pula, pengarang juga menggunakan gaya bahasa hiperbola. Hal ini jelas kelihatan daripada wacana pemerian pengarang tentang rumah-rumah berhala dan patung-patung di bahagian tengah negeri Cina. Di antaranya berbunyi : …… indah-indah perbuatannya dan berbagai-bagai rupa binatang ditulisnya, seperti binatang hidup rupanya, sehingga tiada berkata-kata dan bernyawa juga; disuruhnya berdiri ia berdiri, disuruhnya duduk ia duduk, disuruhnya berkata-kata ia berkata-kata……. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 446

28

HBML4103

6.3.4 Penggunaan Peribahasa

Penggunaan peribahasa di dalam ayat-ayat bahasa Melayu Klasik berupaya menjadikan sesebuah karya semakin menarik. Penggunaan jelas membayangkan ketinggian budi dan pekerti penutur dan penulisnya.

Bagi memperlihatkan contoh-contoh penggunaan

peribahasa dalam karya bahasa Melayu Klasik penulis telah memetik beberapa potong ayat yang dikesan menggunakan peribahasa ini.

6.3.5 Penggunaan Pantun

Penggunaan pantun digunakan oleh pengarang dengan tujuan mengindahkan jalan cerita serta meninggalkan kesan yang mendalam dalam ingatan pembaca. Malahan teknik penggunaan pantuan adalah satu teknik yang biasa digunakan dalam hasil-hasil sastera klasik. Dengan adanya penggunaan pantun, sesuatu peristiwa dapat disampaikan dengan lebih jelas.

Di dalam Hikayat Hang Tuah, terdapat satu adegan di mana Hang Tuah berbalas pantun bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berbalas pantun sambil bersuka ria di taman larangan Betara Majapahit. Hang Jebat dan Hang Kasturi memulakan pantun tersebut, iaitu,

Hang Jebat Hang kasturi Budak-budak raja Melaka Jika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196)

29

HBML4103

Selepas itu, Hang Kasturi berpantun sekali lagi, iaitu,

Gajah lekir kuda beraksa Di mana kuhempaskan Sama lebur sama binasa Orang kayu di manakan aku tunangkan. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196)

Tiba giliran Hang Lekir berpantun,

Adakah perisai bertali rambut Rambut dipintal akan cemara Adakah bisa tahu takut Kami pun muda lagi perkasa. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196)

Gaya bahasa Melayu Klasik dilihat telah memasukkan pelbagai unsur seperti yang telah dibincangkan iaitu bahasa kiasan, bahasa pertentangan, hiperbola, peribahasa dan pantun. Penggunaan elemen-elemen gaya bahasa ini dilakukan dengan tujuan menarik minat pembaca terhadap sesebuah karya sastera yang dihasilkan. Selain dari bertujuan menzahirkan perasaan negetif iaitu mengejek dan menyindir ianya juga digunakan untuk memberikan penekanan terhadap sesuatu keistimewaan sesuatu perkara atau benda. Elemen ini amat dititik beratkan di dalam bahasa Melayu Klasik bagi meninggalkan kesan yang berkekalan di ingatan sesorang pembaca. Namun begitu menerusi gaya bahasa Melayu Moden elemen-elemen yang telah dibincangkan tidak begitu ketara penampilannya. Pertuturan dan penulisan dalam bahasa Melayu Moden dilihat lebih bersifat terbuka, telus dan berterus terang. Ini adalah kerana masyarakat moden hari ini lebih bersikap terbuka dan berterus terang dalam mentafsir sesuatu perkara. Mereka juga mahukan sesuatu perkara itu disampaikan dengan tepat dan cepat tanpa ada unsur-unsur lain yang mengelirukan pendengar dan pembaca.

30

HBML4103

6.4

Unsur Sensasi

Sebagai usaha menjadikan sesebuah karya sebagai magnum opus (karya agung) dan diminati oleh pembaca zaman berzaman, beberapa unsur sensasi yang menarik minat pembaca telah dimasukkan ke dalam karya-karya bahasa Melayu Klasik. Pembaca dan pendengar di zaman tersebut amat meminati kisah-kisah yang berupa sejarah, cerita mitos, lagenda, cerita rakyat dan juga penglipur lara. Kisah-kisah ini telah disampaikan dalam pelbagai bentuk anataranya dialog, hiperbola, unsur anachronism, wasiat, kawat atau sumpah setia dalam bentuk surat kiriman, perlakuan watak seperti monolog, interiormonolog, gambaran suspen dan mimpi. Kesemua unsur-unsur ini telah diaplikasikan dengan menggunakan gaya bahasa yang indah melalui elemen-elemen bahasa seperti simile, metafora, personafikasi dan pengulangan cerita.

Di dalam karya-karya Melayu Klasik pengarang memasukkan unsur-unsur perwatakan dengan amat berkesan seperti unsur interior-monolog, contohnya, “Maka Seri Bentara pun fikir dalam hatinya, terlalu sekali ingatnya orang enam ini. Demikian hendaknya orang yang disuruh oleh tuannya seperti telur sepeti pecah sebuah pecah semuanya”.

Unsur interior-monolog adalah berbeza dengan unsur monolog kerana ianya membabitkan fikiran di dalam hati yang tidak mungkin diucapkan. Unsur-unsur tersebut telah digarap dengan sempurna sekali oleh pengarangnya.

Pengarang Hikayat Hang Tuah ialah seorang yang bijak menggunakan bahasa. Segala aspek daripada elemen-elemen bahasa telah digunakan dengan sempurna dalam karyanya ini. Dia menggunakan unsur simile seperti “terlalu amarah seperti ular berbelitbelit”. “Suaranya terlalu manis seperti buluh perindu”. Unsur simile bukan sahaja indah tetapi tepat perbandingannya. Pengarang juga menggunakan metafora seperti “burung terbang lakunya”. “Memakai dastar bunga dikarang gajah gemulong”. Unsur ini memperindahkan gaya karangan yang sememangnya terlalu indah itu. 31

HBML4103

Selain itu pengarang juga menggunakan unsur personafikasi yang dapat menghidupkan atau memberi sifat-sifat manusia pada objek-objek bukan manusia seperti buah-buah yang berkata : “Ambillah aku, aku baik, manis daripadanya”.

Peristiwa ini berlaku ketika Hang Tuah dan rakan-rakannya pergi ke Gunung Wirana Pura hendak berguru dengan Sang Persanta Nala.

Selain itu, terdapat dalam hikayat ini ayat-ayat dan ungkapan bahasa Melayu silam yang sungguh indah yang sudah pupus penggunaannya kini seperti “keluar masuk tidaklah berpintu lagi”’ ertinya bebas keluar masuk.

6.5

Unsur Perlambangan

Kewujudan unsur perlambangan di dalam karya bahasa Melayu Klasik juga merupakan antara ciri yang membezakannya dengan bahasa Melayu Moden. Ketika pengarang menceritakan kelemahan dan kejatuhan Hang Tuah dan negeri Melaka ianya telah disampaikan secara analogi dan dalam bentuk simbol serta perlambangan supaya kejatuhan dan penurunan martabat Hang Tuah dan Melaka itu tidak dirasai oleh pembaca dan juga pendengar. Pengarang telah mengaitkan peristiwa mahkota raja Melaka terjatuh dalam Selat Singapura, Hang Tuah berjaya mengambilnya tetapi sebelum tiba di perahu, seekor buaya putih telah tiba lalu menyambar Hang Tuah menyebabkan mahkota yang dipegangnya itu dan kerisnya (Taming Sari) terjatuh semula ke dasar laut. Laksamana Melaka itu tidak berdaya lagi untuk menyelam untuk mengambil mahkota dan keris itu kerana berasa lemas. Sejak kerisnya hilang, Hang Tuah dikatakan sering demam dan raja Melaka sering sakit.

Sebenarnya peristiwa tersebut hanya suatu yang simbolik bagi mengambarkan Hang Tuah sudah tua dan tidak lagi berdaya untuk membantu mendaulatkan negeri 32

HBML4103

Melaka dan kesultanan Melaka sehinggalah mahkota raja (kerajaan) jatuh ke tangan Feringgi (buaya putih) kerana raja tunduk melihat ikan emas (terpengaruh dengan kekayaannya). Buaya sebenarnya adalah simbolik bagi melambangkan Portugis yang datang dari laut. Buaya putih juga turut melambangkan kuasa Barat (Feringgi) yang merampas kekuasaan Melayu Melaka secara tipu helah iaitu ketika raja dan orang besarbesar sedang bertemasya. Mahkota raja yang jatuh ke laut melambangkan hilangnya kedaulatan bangsa Melayu.

Dilihat dari penggunaan lambang dan sindiran ini, Hikayat hang Tuah dapat bertahan sebagai sebuah hasil sastera yang boleh dimegahkan oleh bangsa Melayu. Sehingga ke hari ini belum ada sebuah hasil sastera Melayu

Moden yang mampu

menghasilkan sebegitu dalam seni dan keindahan sasteranya.

Teknik penceritaan secara anologi seperti ini menjadi ciri penting dalam karyakarya Melayu Klasik bagi merealisasikan berlakunya sesuatu peristiwa yang menyedihkan atau keruntuhan sesuatu kerajaan dengan cara terhormat dan bermaruah. Ciri-ciri ini nyata berbeza sama sekali dengan hasil karya-karya hari ini yang menggunakan bahasa Melayu Moden kerana unsur perlambangan dilihat begitu berat untuk dinilai oleh para pendengar dan pembacanya.

7.0

RUMUSAN

Berdasarkan huraian yang telah dibuat, sejarah perkembangan bahasa Melayu dapat diperhatikan menerusi teks kesusasteraan Melayu lama. Hasil daripada kajian ini telah memperlihatkan beberapa perbezaan antara bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden terutamanya perbezaan dari segi penggunaan perkataan dan juga susunan ayat. Bahasa Melayu Klasik dilihat sering menggunakan ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit. Ianya juga sering menggunakan ayat pasif , songsang dan bahasa istana. Penggunaan kosa kata klasik dan perdu perkataan menjadikan sesebuah ayat yang terkandung dalam bahasa Melayu Klasik berbelit-belit dan sukar difahami. Ayatnya juga banyak menerima pengaruh bahasa Arab dengan penggunaan aksara Jawi dan kosa kata 33

HBML4103

Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa. Fenomena ini berbeza dengan bahasa Melayu Moden dimana perkataan-perkataan yang digunakan mencakupi semua bidang sementara ayat-ayatnya pula lebih mudah difahami, tersusun dan jelas maksudnya. Ini adalah kerana bahasa

Melayu Moden telah dibangunkan oleh badan

yang

bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun begitu hasil karya klasik perlu dipelihara agar ianya menjadi tatapan warisan akan datang.

34

HBML4103

RUJUKAN

Abu Bakar Hamid, 1975. Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasbullah Ibrahim, 1993. Ulasan dan contoh jawapan Hikayat Hang Tuah. Selangor: Pan Asia Publications Sdn Bhd. Ibrahim Hamzah, 1983. Kesasteraan Melayu Moden STPM. Kota Bharu: Penerbitan Seri Kota. Kassim Ahmad, 2008. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah karim, etc, 2010. Tatabahasa Dewan edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. W. Shamsuddin M. Yusoff, 1976. Sejarah sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Pustaka Antara Zainon S. Ahmad, 1987. Sastera Melayu moden untuk STPM. Kuala Lumpur: Penerbitan Elman.

35