21 BAB II KAJIAN PUSTAKA Waktu telah merubah ... - UM Repository

kajian antropolinguistik di mana menurut beliau, perubahan bahasa sangat berkait ..... Penulisan warkah menggunakan bahasa istana dan bahasa halus...

6 downloads 569 Views 101KB Size
BAB II KAJIAN PUSTAKA Waktu telah merubah segalanya: jadi tiada alasan kenapa bahasa harus terhindar daripada hukum alam ini. Time changes all things: there is no reason why language should escape this universal law. (Saussure, 1915:77)

2. 0 Mukadimah Bahasa adalah budaya sesebuah bangsa. Perubahan dalam taraf sosial dan cara hidup manusia secara tidak langsung akan menjadi agen untuk mengubah bahasa dalam sesebuah komuniti. Kajian mengenai ‘perubahan bahasa’ tidak begitu popular di rantau ini berbanding di negara-negara Barat terutamanya, Eropah.

Kajian

‘perubahan bahasa’ yang paling hampir ialah yang pernah dijalankan oleh Robert Sibarani (2000) mengenai perubahan bahasa dari sudut leksikal di Sumatera Utara, Indonesia. Kajian beliau mengenai bahasa Batak lebih banyak tertumpu ke arah satu kajian antropolinguistik di mana menurut beliau, perubahan bahasa sangat berkait rapat dengan perubahan budaya. Sedangkan para ahli linguistik yang lain seperti Ferdinand de Saussure (1915), menegaskan bahawa perubahan bahasa berlaku kerana perubahan masa.

Bagaimanapun apa yang diperkatakan oleh Robert Sibarani

ataupun de Saussure hanyalah melibatkan perbezaan peristilahan dari sudut antropologi, falsafah serta linguistik sahaja.

Bahasa tetap berubah kerana telah

menjadi hukum alam.

21

Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan bahasa dari sudut perbendaharaan kata dalam tempoh seratus tahun. Ini melibatkan surat-surat Raja Melayu kepada Gabenor Francis Light (1786-1794) dengan koleksi surat rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1886-1894) kepada gabenor Inggeris dan Siam. Sejumlah dua belas pucuk surat daripada keduadua koleksi (Sir Francis Light dan Sultan Abdul Hamid) akan menjadi data kajian berbentuk analisis wacana sahaja.

Komponen perubahan bahasa dapat dikesan dengan lebih jelas dalam beberapa aspek iaitu dalam nahu, fonologi (atau sebutan), dan sintaksis (Leech, 1983) serta juga dalam morfologi. Selain itu perubahan bahasa juga dapat ditemui dengan meluasnya dalam bidang semantik.

Sungguhpun perubahan bahasa dalam semantik wujud

dalam pelbagai sudut, namun kajian ini hanya akan memberi penekanan terhadap perubahan makna denotasi dan makna konotasi sahaja.

Kajian ini juga akan

mengambil kira perubahan makna dari sudut leksikal di samping memberi penekanan terhadap perubahan bahasa dari aspek bahasa kiasan yang merupakan asas pembinaan dalam ilmu semantik.

Akhir sekali, bab ini juga akan menumpukan perhatian dan meninjau definisi warkah sosial diraja ataupun warkah sosial diraja yang akan menjadi sumber rujukan utama kajian ini secara keseluruhannya. Pemilihan warkah sosial diraja sebagai sumber kajian ialah kerana teks tersebut dilihat sebagai suatu wahana yang terkandung

22

domain-domain tertentu di dalamnya, dan dilengkapi dengan maklumat berbentuk dokumentasi yang terakam kemas dalam suatu wacana lengkap.

2.1 Perubahan Bahasa Kebanyakan kajian yang telah dijalankan berhubung dengan perubahan bahasa melibatkan aspek-aspek leksikal dan nahu.

Sesetengah bahasa di dunia telah

mengalami proses evolusi sehingga akhirnya menjadi suatu bahasa yang baru serta moden. Misalnya, evolusi bahasa telah membawa perubahan besar kepada bahasabahasa utama di dunia (Hudson, 2000) seperti bahasa Latin berubah menjadi bahasa Itali, Sanskrit menjadi akar utama kepada bahasa Hindi, bahasa Cina lama kepada bahasa Cina baru serta bahasa Mesir purba bertukar menjadi Coptic. Sekiranya kita melihat jauh ke dalam bahasa Melayu, jelas sekali bahasa Melayu sendiri mengalami proses perubahannya yang sangat ketara. Bermula dengan bahasa Melayu Purba (Nik Safiah Karim, et al., 1995), kemudian bahasa ini mengalami proses evolusi menjadi bahasa Melayu Kuno dan seterusnya menjadi bahasa Melayu Klasik sebelum wujud bahasa Melayu seperti mana yang dipertuturkan pada hari ini.

Berbicara tentang perubahan bahasa, para ahli linguistik bersependapat secara umum bahawa bahasa berubah dan disebarkan dalam tiga kaedah yang jelas. Pertamanya, perubahan dari kumpulan kepada kumpulan dan ini melibatkan beberapa faktor demografi seperti umur, status, gender (Fischer, 1958) yang dipetik daripada Fasold (1993:223) dan juga daerah geografi.

Di samping itu, Fishman (1991) pula

menambah yang faktor-faktor tekanan ekonomi, peranan media massa dan

23

pengenalan sosial (social identifiers) juga menjadi pendorong kepada perubahan ini. Selain itu, bahasa juga berubah dari segi gaya kepada gaya (Bailey, 1973b), dan perubahan ini akan juga mempengaruhi serta membentuk bahasa slanga. Walaupun begitu, sebenarnya perubahan bahasa daripada segi perkataan kepada perkataan (difusi leksikal) adalah bentuk yang paling jelas sekali (Robert Sibarani, 2000) sekiranya kita ingin melihat perubahan dalam sebuah bahasa.

Justeru, Weinreich, Labov dan Herzog (1968:188) pula telah melihat perubahan ini sebagai suatu variasi untuk meminda masalah (embedding problem) di samping berperanan untuk mengukur perubahan dari segi fonologi dalam linguistik. Bagaimanapun Sankoff dan Laberge (1989:239) yang dipetik daripada Fasold (1993:244) pula, menyifatkan perubahan ini sebagai suatu variabel sosiolinguistik atau faktor sosial yang paling penting sekali.

Ini memandangkan bahasa yang

berubah itu akan diperlukan dalam pasaran linguistik (marche linguistique) sebagai bahasa yang dapat memenuhi keperluan berbahasa untuk semua peringkat strata masyarakat. Inilah yang mendorong kenapa bahasa itu harus terus berubah.

Sehubungan itu, dalam kajian ini ‘waktu’ atau ‘masa’ telah dilihat sebagai faktor utama yang memainkan peranan penting dalam mengubah struktur bahasa. Menurut Hudson (2000) lagi, faktor-faktor seperti saiz populasi, betapa intimnya hubungan sosial penutur dengan penutur yang lain dalam sesebuah masyarakat, bilingualisme dan juga keinginan penutur untuk meninggalkan bentuk linguistik yang standard dalam sesebuah masyarakat bahasa kepada bentuk linguistik yang lain juga memberi

24

kesan kepada perubahan bahasa. Secara umumnya, perubahan bahasa juga akan mengubah tatacara pertuturan daripada yang lebih formal kepada yang lebih kasual ataupun sebaliknya. Dalam hal ini, biasanya akan melibatkan penyebaran leksikal dan gaya dari golongan atasan kepada golongan di bawah.

Perkara ini telah dijelaskan oleh Labov (1972) dalam kajiannya terhadap masyarakat atasan di Bandar New York yang antara lain ialah penekanan bunyi huruf ‘r’. Kajian William Labov difokuskan terhadap penyebaran bunyi tersebut yang dipinjam pakai dalam kalangan pembantu jualan di tiga buah pasar raya yang terkenal di New York iaitu, Saks, Klein dan Macy. Labov akhirnya telah membuat kesimpulan bahawa wujudnya peniruan gaya dan aksen (accent) yang jelas dalam kalangan pembantu pasar raya itu; yang cuba meminjam prestij pertuturan bahasa golongan atasan di bandar tersebut. Bagaimanapun Kroch (1978) pula dapat mengenal pasti bahawa tiada kes yang menunjukkan wujudnya perubahan bahasa yang sistematik sebegitu harus dimulai oleh golongan atasan. Hal ini juga kemudiannya diperakui Labov (1980) setelah Labov membuat kajian asas di sembilan buah bandar yang melibatkan beberapa bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Parsi serta Inggeris. Namun begitu yang paling jelas di sini ialah perubahan bahasa biasanya melibatkan keupayaan sesuatu bahasa menjadi semakin ringkas dan semakin mudah untuk dituturkan (Downes, 1998).

Oleh itu dalam membicarakan hal ini, Grover Hudson (2000) telah berjaya menggariskan lapan alasan kenapa sesuatu bahasa boleh dan harus berubah.

25

Pertama sekali, ialah untuk memudahkan penyebutannya (ease of articulation). Hal ini dapat ditemui sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam perubahan fonem. Terdapat dua bentuk perubahan fonem iaitu proses kehilangan fonem yang disebut sebagai deletion (‘pemotongan’) dan juga dalam proses asimilasi fonem. Kedua-dua proses ini memberi penekanan dalam perubahan bahasa dari segi perkataan dan juga frasa. Misalnya, dalam bahasa Inggeris bunyi dihentikan selepas sengauan. Oleh itu perkataan akhir /b/ yang dilafazkan pada zaman Shakespeare telah mengalami deletion, dan penyebutannya adalah tidak sama lagi seperti sekarang ini.

Keduanya, untuk menyatakan makna-makna baru (expression of new meanings). Oleh yang demikian, bahasa harus berubah untuk disesuaikan dengan kehendakkehendak baru, idea-idea baru mahupun peristiwa-peristiwa baru.

Kebanyakan

perkataan yang bermula daripada akronim menjadi lebih mantap dan disebut ramai berbanding perkataan asalnya.

Sebagai contoh pawagam (panggung wayang

gambar), flu yang dipetik dari influenza, fax singkatan kepada facsimile dan summits pula datangnya dari frasa summits meeting. Selain itu perkataan seperti e-mail, laser, scuba, dan radar menjadi lebih popular daripada perkataan asalnya. Seratus tahun yang lalu, bahasa Inggeris juga telah meniru pakai perkataan Perancis seperti amateur, envelope dan unique. Akhirnya perkataan-perkataan itu terus kekal sebagai perkataan Inggeris sehingga hari ini. Malah dalam masyarakat Malaysia akhir-akhir ini sudah wujud kecenderungan untuk memendekkan perkataan Inggeris dan kemudian menjadikannya sebagai bahasa lisan Melayu seperti ‘ori’ kependekan

26

daripada original yang membawa maksud ‘tulen’ dan kata ‘ori’ itu telah digunakan secara meluasnya. Malahan, kamus Dewan Bahasa dan Pustaka terbitan terbaru (Edisi Keempat) memuatkan kata ini sebagai entrinya yang terbaru.

Faktor yang ketiga ialah keinginan untuk mencuba perkataan-perkataan baru (desire for novelty). Perkataan baru kebiasaannya akan membawa kepada dua pendekatan sosial iaitu slanga dan jargon. Justeru, penggunaan slanga dan jargon ini akan dapat menonjolkan prestij di samping untuk menunjukkan yang peserta komunikasi itu mempunyai tanda pengenalan kumpulan komunikasinya yang tersendiri.

Malah

menurut Hudson lagi, sesetengah perkataan memang telah merujuk dari mana asal datangnya ilmu pengetahuan itu. Sebagai contoh, apabila penutur Inggeris bercakap tentang muzik, mereka tidak dapat lari daripada meminjam pakai istilah-istilah Itali dan apabila bercakap perihal bidang linguistik pula mereka juga tidak dapat menafikan sumbangan bahasa Perancis. Di samping itu Hudson menambah lagi, apabila berbicara tentang kerjaya perubatan; sekali lagi pengetahuan dalam bahasa Jerman terpaksa dinobatkan dalam menyumbang istilah-istilahnya kepada penuturpenutur bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa dalam domain-domain yang begini secara langsung menunjukkan keinginan penutur untuk mencuba perkataan-perkataan baru, lalu ini telah mendorong kenapa bahasa itu harus berubah. Di Malaysia pun slanga dan jargon yang datangnya dari bahasa Indonesia telah merebak dengan pantas dalam media massa terutamanya dalam novel dan filem.

27

Seterusnya yang keempat pula ialah untuk membiasakan diri atau penyeragaman kepada penambahan bahasa (regularization or rule extension). Perubahan bahasa dalam aspek ini hanya dalam morfologi, leksikal dan juga sintaksis. Kebiasaannya, bahasa kanak-kanak banyak memberi sumbangan terhadap perubahan bahasa terutamanya dalam aspek morfologi. Di dalam situasi ini, kita dapat lihat dengan jelas yang mutakhir ini wujudnya kecenderungan penutur menggunakan bahasa lisan kanak-kanak atau pelat kanak-kanak untuk e-mel, chatting atau mengirim SMS (Short Messages Service). Justeru, bentuk bahasa yang digunakan itu secara tidak langsung telah mengubah morfologi perkataan-perkataan dan sangat mirip sekali kepada bahasa kanak-kanak. Perubahan bahasa ini juga telah menular kepada golongan profesional yang memberi alasan, kaedah menggunakan bahasa kanak-kanak ini lebih praktikal kerana ia ringkas dan bersifat mesra serta ini secara tidak langsung juga memudahkan penyeragaman berbahasa. Keadaan ini pernah dinyatakan oleh Fasold (1993:235) yang diterjemahkan sebagai; perubahan bahasa melibatkan keupayaan sesuatu bahasa menjadi semakin ringkas dan semakin mudah untuk dituturkan. Malah sejak dulu lagi, Bloomfield (1992) menyifatkan kenapa bahasa harus menjadi semakin mudah dan ringkas ini sebagai tiada jawapan yang memuaskan dan munasabah untuk menjawabnya.

Selain itu, yang kelimanya ialah untuk mengurangkan kelebihan-kelebihan yang wujud dalam sesuatu bahasa (redundancy reduction) yang lain.

Hal ini juga

dinyatakan oleh Coulmas, (1991:4), apabila beliau membincangkan tentang bahasa

28

Jerman. Analisis beliau antara lain menyelar penggunaan bahasa Jerman yang biadab (boorish):

Ini bukanlah masa yang mudah kerana golongan atasan tidak mendapat apa-apa faedah apabila mereka menggunakan bahasa Jerman yang kasar berbanding jika mereka menggunakan bahasa Perancis yang anggun. This was not an easy time, because the upper classes had little to gain from using boorish German instead of the elegant French.

Penyusutan penggunaan bahasa Jerman pada ketika itu sangat berkait rapat dengan taraf bahasa itu sendiri. Bahasa Jerman ketika itu dianggap mempunyai banyak kekurangan (inadequate). Oleh itu menurut Coulmas (1991), bahasa Jerman sendiri telah gagal untuk membangun dan membina komunikasi moden dalam semua bidang kerana golongan atasan lebih gemar bertutur dalam bahasa Perancis (dan Latin). Beliau menambah bahawa, sekiranya Jerman ingin bersaing dengan negara maju yang lain, bahasa tersebut haruslah ditingkatkan serta diperhalusi (refined) dan harus pula berubah. Bertitik tolak dari itu, bahasa Jerman telah berubah untuk disesuaikan dengan masyarakatnya agar dapat digunakan dalam pelbagai tingkat dan golongan masyarakat.

Proses ‘membangsawankan’ bahasa Jerman telah menyebabkan bahasa tersebut berubah dan seterusnya dapat diguna pakai dengan lebih efektif serta ini secara tidak langsung dapat menolak amalan penggunaan bahasa Perancis secara berleluasa oleh

29

golongan atasan di Jerman. Malah menurut Jacob Grimm salah seorang daripada penulis cerita dongeng yang terkenal dari Jerman (Aitchison, 1993:8), yang dipetik dari Jespersen (1922:42) menegaskan:

...enam ratus tahun dahulu semua orang tahu yang pertuturan harian, kesempurnaan dan kerapian dalam bahasa Jerman yang begitu baik nahunya seperti hari ini tidak pernah diimpikan. ... six hundred years ago every rustic knew, that is to say practiced daily, perfections and niceties in the German language of which the best grammarians nowadays do not even dream. (Jacob Grimm)

Alasan Hudson yang keenam pula berkait rapat dengan alasan bahawa perubahan bahasa itu perlu kerana kesesuaian analisis minda (metanalysis). Ini adalah suatu proses yang memerlukan seseorang itu dapat menganalisis sesuatu perkataan, berdasarkan latar belakang pemahaman seseorang terhadap sesuatu bahasa. Dalam hal ini terdapat dua bentuk metanalysis. Yang pertama, proses memahami perkataan seperti –oholic dari perkataan alcoholic boleh dijadikan imbuhan untuk beberapa terma seperti chocoholic dan workaholic dikenali sebagai ‘clever metanalysis’. Kebolehan ini timbul kerana ‘kecerdikan’ minda menganalisis berdasarkan sumbangan leksikal yang sedia ada. Contoh terma ini juga dapat kita lihat apabila kita menyebut perkataan ‘China’ yang membawa maksud barangan tembikar atau seramik dan bukannya negara. Begitu juga dengan perkataan ‘shoppe’ misalnya, yang menerangkan kedai yang menjual barangan antik. Bentuk yang kedua pula ialah ‘naive metanalysis’.

Bentuk ini memberi implikasi pengetahuan kepada

30

pengguna komunikasi kerana ‘salah faham’ mereka terhadap penggunaan sesuatu bahasa yang secara tidak langsung telah memberi peluang kepada kita membentuk perubahan bahasa. Perubahan ini dapat ditemui dalam morfologi dan ini mempunyai sejarah hubung kait dengan hubungan leksikal sesuatu perkataan yang salah. Misalnya, salah dengar perkataan an apron memberi implikasi kepada penulisan perkataan a napron yang langsung tidak mempunyai maksud.

Alasan yang seterusnya ialah, memahami makna-makna yang usang atau kuno (obsolescence of meanings).

Dalam perancangan bahasa Melayu misalnya,

perkataan-perkataan yang sudah kuno atau usang telah ‘dihidupkan’ kembali dan perubahan bahasa ini telah menambah perbendaharaan kata dalam bahasa tersebut. Perkataan seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, cerakin, dermaga dan limbungan (Abdullah Hassan dan Ainon, 1995:145) serta darjat, telah digunakan dengan meluas serta berjaya pula menggantikan perkataan-perkataan yang sebelum ini berbau bahasa penjajah.

Bagaimanapun kadang-kadang makna-makna usang atau kuno

begini cuba dicantas dan akhirnya wujud pula fenomena penyusutan bahasa. Ini juga dapat dikategorikan dalam perubahan bahasa.

Hal ini dapat dibuktikan iaitu sejak zaman kedatangan Columbus, bahasa kaum Red Indian telah ‘dibunuh’ dan hal ini berterusan sehingga kini. Bahasa lisan penduduk asli kaum Red Indian seperti Navojo, Hualapai, Crow dan Tohono O’odham juga dijangka akan menghadapi masalah yang sama walaupun masih terdapat sejumlah penutur asli dalam bahasa tersebut. Kajian Crawford (1995) juga merujuk kepada

31

kajian yang telah dibuat oleh Michael Krauss (1992) di mana Krauss telah berjaya mengesan; bahawa hanya 45 daripada 175 bahasa-bahasa asli ini akan terus dikekalkan sehingga tahun 2000. Sedangkan keadaan ini berbeza sekali di New Zealand di mana bahasa Inggeris sedia menerima serap perbendaharaan kata asli Moari dalam perubahan bahasanya (Holmes, 2001).

Anda (dari luar) tidak dapat menyedarkan orang lain dari memupuk atau mengekalkan bahasa mereka. You cannot from outside inculcate into people the will to revive or maintain their languages. (Michael Krauss, 1992:19)

Akhir sekali, alasan yang kelapan ialah kerana hubungan sesuatu bahasa dengan bahasa di persekitarannya (language contact). Dalam hal ini, kita dapat kenal pasti kebanyakan bahasa sangat dipengaruhi oleh bahasa yang berada ‘dekat dengannya’ ketika bahasa tersebut mengalami proses evolusinya. Kajian yang dipelopori Lesley Milroy (1980) telah membuktikan wujudnya satu rantaian sosial antara kelas. Bagaimanapun Hudson lebih memberi tumpuan kepada hubungan antara bangsa dan daerah geografi. Misalnya, keakraban bahasa Perancis dengan Inggeris dari segi leksikal sangat dipengaruhi oleh hubungannya ketika Perancis di bawah jajahan Norman. Begitu juga dengan sistem fonologi bahasa Indo-Eropah di selatan India sangat dipengaruhi oleh penyebutan fonologi Hindi sementara bagi penutur bahasa bukan Indo-Eropah pula fonologi mereka dipengaruhi oleh bahasa Tamil dan Telegu. Peminjaman morfologi asing biasanya terjadi jika sesuatu bahasa itu mempunyai

32

hubungan yang sangat rapat dengan bahasa yang lain. Misalnya, bahasa Ma’a di timur Afrika yang telah sekian lama menjadi jiran bahasa Bantu di selatan Tanzania dan ini telah mempengaruhi imbuhan kepada kata nama untuk bahasa Ma’a. Hal begini sepatutnya tidak terjadi kerana bahasa Ma’a adalah dari keluarga bahasa Cushitic. Akhir sekali dari segi sintaksis pula, pengaruh perubahan bahasa sangat ketara bagi bahasa-bahasa di Afrika seperti Semitic, Amharic dan Cushitic yang jelas meniru sintaksis bahasa Arab.

James Crawford (1995) telah mengemukakan beberapa petanda untuk mengenal pasti jika sesuatu bahasa itu telah berubah dengan sepenuhnya. Dalam hal ini, beliau telah membuat tiga andaian iaitu: (a) Kefasihan sesuatu bahasa meningkat selaras dengan peningkatan usia sesebuah komuniti. Bagaimanapun pada peringkat generasi muda, mereka lebih gemar bertutur dalam bahasa kumpulan sendiri (slanga). (b) Penggunaan bahasa asal hanya digunakan dalam domain-domain tertentu sahaja. Misalnya, dalam domain agama dan domain kegiatan kebudayaan. (c) Peningkatan jumlah ibu bapa yang gagal mengajar anak mereka bertutur dalam bahasa yang lebih formal.

Jika ditinjau, bagaimana dan apakah elemen-elemen yang menyebabkan perubahan bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu; persoalan sosiolinguistik menjadi aspek yang paling penting. Perubahan bahasa ini berkait rapat dengan perubahan budaya bahasa Melayu itu sendiri. Masyarakat terus berubah, penggunaan bahasa halus dan

33

bahasa diraja (walaupun mempunyai nilai H-variety) yang dianggap susah dan tidak lagi digunakan orang kecuali dalam domain-domain rasmi sahaja. Hal ini dapat dilihat yang bahasa diraja hanya digunakan untuk adat istiadat pertabalan, perkahwinan diraja, anugerah pingat-pingat kebesaran ataupun sambutan hari keputeraan diraja sahaja serta dalam penulisan surat-surat menyurat diraja sahaja. Situasi yang berlaku dalam ‘masyarakat bahasa’ juga turut mempengaruhi masyarakat di sekelilingnya.

Misalnya, wujudnya juga perubahan dalam bahasa

filem Melayu, misalnya, penggunaan ‘tuan hamba’ diubah menjadi ‘encik’, ‘awak’ atau ‘mak cik” dan sebagainya. Bagaimanapun perubahan begini tidak wujud secara drastik dalam penulisan warkah sosial diraja.

2.2 Analisis Wacana Analisis wacana ditakrifkan oleh Berelson (1971) sebagai satu teknik penyelidikan lahiriah yang dibuat secara objektif, sistematik dan kualitatif. Berelson (1971) juga, menyifatkan kajian wacana sebagai suatu kajian yang menjimatkan masa serta murah perbelanjaannya, lebih-lebih lagi pula analisis wacana boleh merangkumi suatu tempoh masa panjang. Dalam hal ini, Bailey (1984) juga tidak teragak-agak untuk bersependapat dengan Berelson (1971) yang kaedah analisis wacana ini adalah berkualiti tinggi.

Walaupun begitu ramai penyelidik ragu-ragu, kerana kaedah

pengukurannya yang disifatkan sebagai tidak menggambarkan keadaan yang sebenarnya. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1988:218), wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat dan wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang di

34

dalam teks tersebut serta memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Oleh itu dalam kata lain wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap.

Kesimpulannya, analisis wacana adalah kajian mengenai satuan

bahasa yang lengkap dalam satu genre dan dalam ruang lingkup domainnya.

Analisis wacana mula popular di Amerika Syarikat dan United Kingdom sekitar tahun 50-an. Konsep ini berkembang hasil wujudnya teori yang dikemukakan oleh Firth (1964) yang mengatakan ‘makna wujud dalam konteks’. Menurut Firth, makna bukan merupakan idea yang terkandung secara tersendiri dan beku dalam perkataan sebaliknya makna ditentukan oleh keperihalan keadaan atau konteks situasi. Konsep ini juga diperjuangkan oleh Halliday yang memperjuangkan Teori Firth yang dipetik daripada Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1988:217) yang memperincikan lagi bahawa sifat dan struktur bahasa mempunyai hubungan dengan fungsi bahasa dan fungsi itu ada kaitannya dengan kebudayaan alam bahasa itu sendiri. Oleh itu, huraian struktur bahasa mestilah mengambil kira kegunaan bahasa itu dalam sesebuah masyarakat. Dipetik dari sumber yang sama, Halliday telah mengenal pasti yang bahasa itu mempunyai tiga fungsi yakni; fungsi alami, fungsi hubungan dan fungsi tekstual. Sehubungan itu, dalam fungsi tekstualnya, Halliday menjelaskan yang penggunaan bahasa dalam konteks situasi adalah satu wacana yang betul-betul hidup dan wujud.

Oleh yang demikian struktur bahasa dan intonasi dalam ayat-ayat yang terjalin secara sambung-menyambung

dalam

bentuk

teks dan

berkaitan dengan konteks

35

penggunaannya disebut sebagai wacana. Hal ini wujud dalam warkah sosial raja (warkah rasmi) yang dilihat sebagai adanya sambung menyambung antara satu wacana dengan satu wacana yang lain. Walaupun teks tersebut dikerat-kerat dalam domain-domain yang jelas, tetapi kesinambungannya antara satu masa kepada masa yang dilihat seperti satu sambungan yang jelas.

Kajian terawal analisis wacana dimulai sekitar tahun 1930 apabila Bronislaw Malinowski memulakan kajian di gugusan kepulauan Pasifik Selatan (Kepulauan Trobriad) untuk menterjemahkan teks-teks bahasa Kiriwinia ke dalam bahasa Inggeris.

Kesukaran berbuat demikian membuat Malinowski (1930) menyedari

bahawa perlunya satu peristilahan untuk mengungkap lingkungan pertuturan dan keadaan di mana tempat teks itu ditemui.

Justeru, Malinowski (1930) menggariskan yang analisis wacana harus juga memberi perhatian kepada faktor-faktor di luar linguistik seperti; (a) bahasa juga digambarkan melalui perlakuan yang dapat menjelaskan mengenai sesebuah masyarakat serta fungsi-fungsi kesedaran emotif seperti ‘penggerak bahasa’ (b) bahasa mesti dilihat dalam konteks sosial serta kepentingan maknanya bagi sesuatu ujaran untuk tujuan penggunaan dan statusnya (c) bahasa harus dilihat dari segi sejarah budaya para penuturnya secara keseluruhan iaitu sama ada secara praktis atau secara ritual.

36

Konsep Malinowski diperpanjang oleh Firth (1964) dan kemudiannya dimantapkan lagi oleh Hymes (1967).

Ahli antropologi Amerika Syarikat yang terkenal itu

memperluaskan konsep konteks situasi ini walaupun kerangka yang sama sudah pun dinyatakan oleh Firth.

Bermula daripada perlumbaan-perlumbaan ini, analisis

wacana akhirnya menjadi semakin mantap dan tepat.

Mengikut Harimurti

Kridalaksana (1978), wacana mempunyai hubungan dalam empat aspek iaitu; hubungan leksikal, hubungan nahu, hubungan fonologi dan hubungan semantik. Oleh itu dengan merujuk kepada hubungan semantik ini, analisis wacana dapat dikaji dalam dua segi iaitu apabila kita melihat aspek berikut: (a) Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana yang merupakan preposisi seperti dalam hubungan sebab dan akibat; hubungan sebab dan hasil; hubungan sebab dan tujuan; hubungan latar dan kesimpulan; hubungan syarat dan hasil; hubungan perbandingan; hubungan memperkuatkan isi serta hubungan yang ditambah (additive). (b) Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana seperti yang terdapat dalam hubungan kesatuan tajuk dan topik; hubungan sosial antara penutur dan pendengar serta laras bahasa yang digunakan.

2.3 Semantik Semantik adalah kajian tentang makna, dan sejak dulu semantik tidak dianggap sebagai bidang yang bereputasi baik. Huraian saintifiknya dianggap tidak tulen dari segi metodologinya (Chomsky, 1965). Bagaimanapun Katz dan Fodor (1963) yang dipetik daripada Akmajian et. al (1995) menyifatkan metodologi semantik hanya

37

bersandarkan kecekapan berbahasa penutur yang menghuraikan ‘makna’ sahaja. Oleh itu huraian ini hanya berdasarkan pengetahuan penutur dan tidak bersifat ilmiah. Ini sudah pasti sangat merumitkan sekiranya dikaitkan tafsiran yang berbeza antara satu individu dengan individu yang lain ketika mengungkap makna sesuatu leksikal. Keadaan akan menjadi semakin kabur sekiranya tafsiran itu pula melepasi sempadan geografi, gender, status sosial dan juga umur. Sementara itu Glucksberg & Danks (1975), menterjemahkan semantik sebagai satu set kemungkinan makna bagi sebarang kata yang dinyatakan. Menurut Glucksberg & Danks (1975) lagi, semantik merupakan set kemungkinan bagi perasaan, imej, idea, konsep, fikiran dan inferens (penyimpulan) yang mungkin dihasilkan oleh seseorang apabila sesuatu leksem tersebut didengar dan diproses.

Oleh yang demikian Glucksberg dan Danks (1975) mentafsirkan, makna sebagai ‘imej’ dan ‘konsep’. Sehubungan itu, dalam Teori Mentalis, makna dianggap sebagai suatu entiti. Sebaliknya Wittgenstein (1953) pula telah menolak Teori Mentalis itu dan mengemukakan Teori Penggunaan yang mentafsirkan makna sebagai sesuatu ungkapan yang ditentukan oleh masyarakat bahasa.

Untuk itu kita dapat mengimbau semula Model Segi Tiga Semiotik yang dikemukakan oleh Ogden dan Richard (1923) iaitu perkataan adalah berkait rapat dengan objek yang ada hubungan secara langsung dengannya. Ini bermakna, setiap masyarakat menentukan makna bagi sesuatu perkara dengan merujuk kepada sesuatu benda. Hal ini tentu sahaja dapat dilihat dengan jelas, terutamanya dalam dialek.

38

Fikiran (konsep)

Simbol (perkataan)

Rujukan (benda)

Rajah 2.0 – Model Segi Tiga Semiotik Sumber: Rajah diadaptasi daripada Ogden dan Richard (1923)

2.3.1 Makna Denotasi dan Konotasi Makna denotasi atau makna rujukan dapat ditafsirkan sebagai aspek makna yang paling rapat hubungannya dengan perlambangan atau simbol linguistik (Nida dan Taber, 1974:205).

Menurut Nida dan Taber lagi, makna konotasi pula lebih

memperlihatkan sikap emosi sebagai sumber rujukan. Untuk itu, Asim Gunarwan (1994:50) menunjukkan pengertian ini dengan mengambil contoh perkataan ‘babi’ dalam bahasa Indonesia bukan sekadar maknanya sejenis binatang dalam denotasinya tetapi membawa pengertian konotasi yang lebih luas dan mendalam sebagai mempunyai sifat negatif yakni ‘pengotor’. Sebaliknya kalau dalam bahasa Melayu di Malaysia, makna ‘babi’ membawa pengertian konotasi yang berbeza pula, iaitu dihubungkaitkan dengan terma untuk memaki hamun. Begitu juga perlambangannya dalam bahasa Inggeris. Selain itu untuk memaki hamun, dalam bahasa Inggeris

39

‘babi’ juga membawa konotasi ‘pelahap’, sebaliknya dalam slanga Inggeris Amerika pula ‘babi’ merujuk kepada polis.

Daripada kenyataan ini, apabila sesuatu maksud melibatkan pertemuan dua bahasa yang berbeza akan wujud keadaan di mana suatu titik pertemuan yang dikenali sebagai objek individu dapat dikenal pasti. Secara umumnya perkembangan erti kata atau makna kata boleh disimpulkan dalam empat peringkat sepertimana yang dinyatakan Cruttenden 1979; Reich 1976; Clark, 1977 yang dipetik daripada Asim Gunarwan (1994) yakni: (a) peringkat penyempitan erti kata (b) peringkat pemanjangan berlebihan (c) peringkat medan semantik (d) peringkat generalisasi

2.4 Warkah Sosial Diraja atau Warkah Diraja Penggunaan perkataan ‘warkah’ di sini menggambarkan surat yang ditulis oleh rajaraja atau kerabatnya. Penulisan warkah menggunakan bahasa istana dan bahasa halus. Kamus Dewan 2004, mentafsirkan warkah sebagai surat yakni; secebis kertas atau beberapa helai yang terkandung di dalamnya berita, keterangan atau perjanjian, pengakuan atau pertanyaan. Raja Mashitah Raja Ariffin (2001) pula menerangkan pengiriman berita pada peringkat awalnya dilakukan secara lisan. Bagaimanapun apabila kemahiran menulis dapat dikuasai, pengutusan surat biasanya melibatkan

40

raja-raja sahaja, kemudian keluarga diraja, seterusnya sahabat keluarga diraja dan diperluas kepada kaum saudagar dan peniaga.

Warkah yang formal ditulis oleh raja-raja Melayu sejak dulu untuk tujuan diplomatik dan perdagangan.

Asmah Haji Omar (1988:1), mendefinisikan warkah rasmi

sebagai, ‘surat rasmi boleh ditulis oleh seseorang atas nama peribadinya atau atas nama pejabat atau syarikat’. Ekoran itu, penulisan warkah rasmi oleh Sultan Kedah dan sultan-sultan lainnya dalam disertasi ini ditakrifkan sebagai menulis surat rasmi atas kedudukannya sebagai pemerintah negeri serta mewakili jajahan takluknya. The World Book Encyclopedia (1992:186) mendefinisikan penulisan warkah sebagai:

...satu cara menyampaikan mesej dalam bentuk penulisan kata-kata. Manusia menulis warkah untuk tujuan perdagangan dan peribadi. Warkah perdagangan pada umumnya lebih formal sifatnya berbanding dengan warkah yang peribadi. ...a way of communicating a message in written words. People write letter for both business and personal reasons. Business letters are generally more formal than personal letter.

Sehubungan itu, dalam kajian ini istilah warkah rasmi atau warkah diraja juga dikenali sebagai warkah sosial diraja.

41

2.5 Bahasa Halus Ahli-ahli linguistik telah menggariskan beberapa ciri-ciri dalam pembentukan bahasa halus. Hal ini telah disimpulkan oleh Amran Ahmad (1993:42) dan diringkaskan oleh penyelidik bahawa antara ciri-ciri bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu mesti merangkumi perkara berikut: (a) Pemilihan penggunaan kata-kata yang bersopan dan tinggi ertinya. (b) Penggunaan sistem nahu yang lengkap dan tersusun dengan lancar serta teratur supaya penerima tidak tergores hatinya. (c) Penggunaan sistem ganti nama yang betul dan tepat serta bersopan santun. Dalam konteks ini, apabila seseorang berbicara mestilah dimulakan dengan orang tua kemudiannya diikuti dengan individu yang lebih muda usianya. Penggunaan perkataan-perkataan tertentu misalnya, dalam suasana kematian perkataan, ‘mayat’ digantikan dengan ‘jenazah’. “Bila simpan?” bukannya, “Sudah tanam?” ‘Allahyarham, Mendiang, Almarhumah’ bukannya ‘si mati’. (d) Pemilihan peribahasa pula lebih bercorak abstrak. Kebiasaannya penerangan dapat dibuat secara berkias beribarat. Contoh, sekiranya si penutur ingin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap seorang sahabat yang melupainya kerana mendapat teman baru, dia akan menggunakan kiasan berikut: “Sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.” Bagaimanapun dalam bahasa biasa si penutur mungkin dapat berkata sebagai, “Orang sudah tidak mahu berkawan dengan kita, maklumlah sudah ada kawan baru.”

42

2.6 Bahasa Istana Bahasa istana atau juga dikenali sebagai bahasa diraja atau bahasa raja-raja (Asmah, 1987) telah mewujudkan dua jurang komunikasi yang melibatkan perbezaan sosial kelas. Warkah raja-raja Melayu menggunakan bahasa istana yang sangat jelas untuk mempersembahkan maksudnya kepada penerima warkah. Warkah daripada (atau kepada) penerima yang berbeza kedudukan sosial dan darah dirajanya akan ditulis dalam bahasa istana yang tidak sama juga.

Justeru jika diteliti dengan lebih

mendalam, secara tersiratnya seolah-olah wujud satu tatacara yang jelas mengenai taraf penerima warkah berkenaan dalam warkah sosial diraja.

Ini dapat dilihat

daripada kata pembuka surat, ganti nama dan kata sapaan yang digunakan serta gelaran yang tertentu yang diguna pakai. Ketentuan bahasa ini telah ditetapkan sejak awal oleh ‘bahasa istana’ ini. Hal ini disahkan oleh Dato’ Haji Wan Shamsudin bin Wan Mohd. Yusuf (2002:4-7), yakni warkah sosial diraja yang dikirimkan kepada adinda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Aziz (Raja Muda), Wan Muhammad Saman (Perdana Menteri), King Chulalongkorn (sahabat) dan Sir John Anderson (Pesuruhjaya Inggeris di Negeri-Negeri Melayu) berbeza gaya bahasa istananya. Hak ini dapat dikesan dengan jelas dalam bahagian mukadimah warkah beradat tersebut.

2.7 Bahasa dalam Warkah Diraja Bahasa yang digunakan dalam warkah rasmi (warkah sosial raja) ialah bahasa halus dan bahasa istana. Bahasa halus ditafsirkan oleh Asmah Haji Omar (2004) sebagai

43

bahasa yang menunjukkan kesantunan yang baik dan ini tidak hanya merujuk kepada bahasa istana.

Perkataan dan frasa-frasanya mestilah sangat halus dan

menggambarkan seni keperibadian penggunanya.

Di Nusantara ini, kehalusan

bahasa Melayu, Sunda, Madura, Bali dan Jawa dapat dilihat dari segi bahasa-bahasa tersebut yang telah meletakkan jarak antara penutur dan penerima mesej. Hal ini digambarkan dengan jelas apabila kita meninjau seni penulisan warkah diraja.

Kehalusan bahasa Jawa dapat ditinjau dari tingkat kasta bahasa Jawa itu sendiri. Dalam bahasa Jawa terdapat lima hingga enam tingkat bahasa yang dituturkan secara berlainan untuk individu yang berlainan dalam status yang tidak sama dalam masyarakat itu, ini diakui sendiri oleh Holmes (2001:101) yang diterjemahkan sebagai, bahasa Jawa sangat rumit.

Bahasa halus itu digunakan oleh kumpulan

tertinggi yang terdiri daripada mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi serta golongan bangsawan. Menurut Holmes (2001) lagi, hal ini tidak berlaku dalam bahasa Inggeris.

Walaupun wujudnya, Queen’s Language, tetapi ini hanyalah

melibatkan dari aspek penyebutan serta pemilihan perkataan dan ini bukannya bahasa berkasta sebagaimana bahasa Jawa mahupun bahasa Sanskrit.

Walaupun warkah diraja ini tidak menggunakan bahasa yang begitu rumit dengan kasta-kastanya, namun perbezaan antara sultan/raja dan penerima yang bukan sultan/raja dapat dikesan dengan jelas. Penggunaan bahasa halus di Malaysia akan hanya mengambil kira bagaimana penutur menggunakan bahasa yang bersopan dan

44

baik sahaja. Asmah Haji Omar dalam bukunya, The Linguistic Scenery in Malaysia (1992:175-86) telah mengenal pasti empat kaedah penggunaan bahasa halus iaitu; (a) kaedah menyampai sesuatu secara menyindir mesra (beating about the bush), (b) penggunaan pantun atau ayat dengan memberi pembayang untuk melahirkan maksud yang tersirat, (c) merendah diri dengan menggunakan kaedah – bertutur secara bertentangan (terbalik), dan (d) penggunaan kata pantang dan kata pengganti.

Bahasa yang digunakan dalam warkah sosial diraja, adalah bahasa yang formal dalam laras yang standard. Memandangkan warkah yang dipilih ialah surat-surat yang ditulis oleh raja-raja Melayu, sudah tentu sifat rasminya ditambah pula dengan ciriciri bahasa dirajanya yang secara tidak langsung menunjukkan ciri-ciri bahasa halusnya. Sehubungan itu, tiga ciri utama bahasa yang terkandung di dalam warkah diraja ini ialah dari sudut aneka bahasanya iaitu; bahasa formal, bahasa istana dan bahasa halus.

Selain itu, tidak dinafikan bahasa diraja berbau klasiknya yang

tersendiri.

Sungguhpun penulisan surat rasmi biasa yang menggunakan bahasa halus kurang sesuai, namun begitu dalam warkah rasmi atau warkah sosial raja, wujudnya kekecualian yang sangat ketara. Seperti yang dinyatakan, walaupun bahasa Melayu tidak seperti bahasa Jawa yang mempunyai lima atau enam tingkat kasta, namun perbezaan tingkat bahasa ini jelas ditunjukkan dalam penulisan warkah diraja jika

45

dibandingkan dengan surat rasmi tulisan orang awam.

Memandangkan bahasa

berubah, penulisan bahasa diraja dan bahasa halus dalam penulisan warkah juga secara teori seharusnya menunjukkan perubahan. Pernyataan ini diselaraskan pula dengan teori dialektologi yang dikemukakan oleh Chamber dan Trudgill (1990) yang menyifatkan wujudnya penyebaran dialek (dalam konteks ini ialah penyebaran bahasa).

Hal tersebut juga pernah ditunjukkan oleh Bailey (1973b) dalam diagram khusus untuk memperlihatkan yang bahasa berubah dan disebarkan dalam bentuk bulatan. Memandangkan bahasa istana wujud dalam bulatan yang sama dengan bahasa Melayu, penyebaran bahasa Melayu di rantau ini sepatutnya juga mempengaruhi bahasa istana. Bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya, Penyebaran dan penggunaan bahasa dalam warkah sosial diraja tidak tertakluk kepada kekangankekangan tertentu mahupun pengaruh-pengaruh tertentu secara mutlak.

Sebagai

contoh, secara teori sekiranya berlaku perubahan bahasa yang bersifat rasmi seperti perubahan dalam sintaksis dan morfologi, dan sudah pasti perubahan itu akan dimulai dengan warkah sosial diraja terlebih dahulu. Oleh yang demikian, perubahan bahasa yang wujud dalam warkah sosial diraja ini akan dijadikan kayu pengukur untuk melihat secara ‘selari’ dengan apa yang berlaku di luar kawasan istana.

Ini

memandangkan pada saat media massa belum lagi berkembang dengan pesat, apaapa perubahan bahasa yang diterima oleh istana, akan mengambil masa pula untuk ‘menular’ kepada pihak awam. Namun begitu dalam penulisan warkah sosial diraja, perubahan ini tidak ‘dituruti’ sebagaimana sepatutnya.

Perubahan bahasa istana

46

tertakluk pada hukumnya sendiri. Sejauh mana hal ini benar, akan dibincangkan dalam Bab III.

Memang benar penulisan warkah diraja mula tergelincir dari ciri-ciri bahasa klasik dan bahasa istananya. Namun, jika membandingkan warkah daripada Phya Sina Nunchit (Pemerintah Cerai Buri/Kedah) kepada William James Salmond, Residen Canselor Pulau Pinang (dalam warkah) yang berusia 170 tahun ini dengan warkah Sultan Selangor kepada Sultan Kedah ini, seolah-olah bahasa dalam warkah sosial diraja masih terikat dengan unsur-unsur klasik, halus dan istana, walaupun waktu berubah. Surat tulus ikhlas kasih sayang yang tiada berkeputusan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan iaitu daripada beta Phya Sina Nuchit... Cerai Buri. Barang diwasilkan Tuhan Seru Sekalian Alam apalah kiranya sampai kepada sahabat beta William Salmod Esq. Pulau Pinang yang akil bijaksana masyhur kepujian pandai mengambil hati segala handai taulan sekelian.... (Khamis, 9 November 1837) Sumber: Mikrofilem Perpustakaan Nasional Singapura Qulahul-Haq

Warkah yang tulus ikhlas ini adalah terbitnya daripada Paduka Kekanda Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah Alhaj, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Mudah-mudah barang diwasalkan oleh Tuhan seru sekalian alam Kemajlis Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Adinda Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah....

47

(Istana Alam Shah, 27 November 1992) Sumber: Disalin dari Pejabat D.Y.M.M. Sultan Kedah, Wisma Darulaman

Dengan membandingkan kedua-dua contoh yang berbeza masa 155 tahun, seolaholah bahasa dalam warkah sosial diraja Melayu masih terikat dengan unsur-unsur klasik, halus dan istana, walaupun waktu berubah. Ini kerana perubahan bahasa dalam warkah sosial diraja tidak begitu selari sifatnya dengan apa yang berlaku di luar istana. Dalam tempoh tersebut bahasa Melayu di luar istana telah berpindah dari bahasa klasik kepada bahasa moden.

Justeru sekiranya Teori Firth (Firthian) diguna pakai untuk membincangkan persoalan ini, rumusan yang dapat dibuat ialah penutur akan memulakan komunikasi lisan dengan menggunakan phatic communion (penggerak bahasa) dan hal ini juga wujud dalam warkah diraja. Bagaimanapun penggerak bahasa yang akan digunakan dalam penyelidikan warkah diraja ini dikenali sebagai kata sapaan pembuka surat. Untuk memulakan sesuatu komunikasi, penutur pula harus merujuk kepada latar sosiolinguistik dan tatacara (adab) berbicara (Asmah Haji Omar, 1992). Oleh yang demikian, dalam penulisan warkah sosial diraja (warkah rasmi) hal yang sama juga diambil kira untuk memulakan kepala pembuka warkah, isi kandungan warkah dan penutup warkah.

48

2.8 Genre sebagai Wacana Menurut Halliday dan Hasan (1976:2), genre merupakan satu teks (wacana) rakaman sebuah peristiwa komunikasi. Menurut mereka lagi, sesuatu teks dianggap sebagai mantap apabila dilengkapi dengan satu pengertian bahasa yang luas. Sehubungan itulah, kita dapat lihat perbezaan antara satu teks dengan teks yang lain tetapi teksteks tersebut mempunyai satu hubungan jaringan yang berterusan. Jalinan yang berterusan ini dianggap sebagai genre.

Wacana telah ditakrifkan dengan pengertian yang lebih sederhana. Abdul Razak Abdul Karim (1998) mencatatkan; wacana merupakan bahasa yang berfungsi untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu dalam konteks situasi dan ini berbeza dengan ayat-ayat yang mungkin tertera di papan tulis. Wacana atau teks boleh dilihat dalam bahasa pertuturan (lisan), penulisan atau bentuk-bentuk saranan yang digunakan untuk menyatakan apa sahaja yang difikirkan.

Sehubungan itu, Hymes (1995)

menambah semua bahasa terikat dengan konteks budaya dan konteks situasi yang dianggap sebagai genre itu. Justeru, penulisan warkah diraja adalah satu genre.

2.9 Kesimpulan Dengan merujuk kepada Rajah 2.2 berikut, dapat dirumuskan yang perubahan bahasa berlaku dalam dua cara; iaitu pengukuhan sesuatu bahasa atau penghilangan sesuatu bahasa. Kedua-dua cara ini berkait rapat dengan perubahan masa. Perubahan masa memberi kesan sama ada wujudnya pengukuhan sesuatu bahasa misalnya, Masa 1 berubah ke Masa 4 menyebabkan sesuatu kosa kata atau perbendaharaan kata bahasa

49

menjadi semakin mantap. Hal ini juga menjadi sebaliknya apabila Masa A berubah secara evolusi kepada Masa D (perubahan ke kiri dan kanan hanya menunjukkan gerakan masa sahaja dan bukannya tahun berbalik) menyebabkan sesuatu kosa kata bahasa menjadi kurang mantap dan mungkin akan hilang terus.

Dalam bahasa

penulisan diraja, perubahan bahasa boleh berlaku pada kedua-dua cara ke depan dan ke belakang.

============================================================= Masa 4 Petunjuk:

Kosa Kata Masa 3 Masa 2

Masa 1 Masa A

Masa B d) e)

Masa C

Masa D

Rajah 2.1 – Pengukuhan dan Penghilangan Kosa Kata Mengikut Perubahan Masa Sumber: Rajah disesuaikan dan diadaptasi dari Effect of Time on Linguistic Ecosystem (Kaplan & Baldauf, 1999:312) =============================================================

50