AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN

450 dibincangkan, iaitu menunjukkan bahawa tiada hubungan yang antara gaya kepimpinan transformasi pemimpin sekolah dengan kepuasan kerja guru...

12 downloads 703 Views 222KB Size
AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENTADBIR SEKOLAH RENDAH DI SARAWAK Kong Chung Bing, Mohd Izham Mohd Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor ABSTRAK Kepimpinan transformasi merupakan gaya kepimpinan yang berkesan untuk meningkatkan kepuasan kerja. Namun, sebahagian kajian lepas telah menunjukkan tiada hubungan antara amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru. Tambahan pula, kajian lepas kurang mengkaji tentang amalan kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja dalam kalangan pentabir sekolah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan amalan kepimpinan transformasi dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir sekolah rendah di Sarawak. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan di mana data dianalisis secara deksriptif dan inferensi melalui korelasi Pearson dan regrasi berganda. Seramai 30 orang pentadbir sekolah rendah telah menyertai kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Hasil kajian menunjukkan golongan pentadbir mengamal kepimpinan transformasi (skor min= 4.06) dengan pertimbangan individual yang paling dominan (skor min= 4.19) diikuti oleh pengaruh yang ideal (skor min= 3.93) dan tahap kepuasan kerja pentadbir adalah tinggi (skor min= 3.95). Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja pentadbir. Kesimpulannya, amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir adalah tinggi dan mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja. Kata kunci: Kepimpinan transformasi, pengaruh yang ideal, pertimbangan individual, kepuasan kerja, pentadbi

PENDAHULUAN Para pemimpin sekolah termasuk golongan pentadbir sekolah disaran supaya mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan dan berkualiti bagi merealisasikan pelbagai jenis dasar transformasi sistem pendidikan yang dilaksanakan baru-baru ini. Selain sifat kepimpinan seseorang pemimpin atau pentadbir sekolah, kepuasan kerja guru juga merupakan elemen yang penting dan perlu dipertimbangkan dalam menentukan pencapaian sesebuah sekolah. Perubahan pesat yang melanda dunia pendidikan bukan sahaja mendatangkan reformasi sistem pendidikan negara kita, malahan turut menyebabkan tugas hakiki guru semakin meningkat. Peranan pentadbir sekolah sebagai agen perubahan pertama yang sering diperkatakan telah membeban dan membawa tekanan kepada guru di sekolah. Akibat tuntutan yang banyak daripada pelbagai pihak bagi menyahut arus perubahan dalam sistem pendidikan, kepuasan kerja guru juga menurun.

448

LATAR BEKALANG KAJIAN Pelbagai harapan tinggi yang diletakkan kepada sekolah dalam usaha untuk menyediakan generasi muda dengan kemahiran asas yang secukupnya bagi menghadapi cabaran pada zaman globalisasi (Aminudin Mansor 2014). Demi merealisasikan aspirasi negara yang dihasratkan, pemimpin sekolah merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin sekolah menuju ke tahap pencapaian yang cemerlang. Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas telah mengkaji tentang isu kelemahan pelbagai gaya kepimpinan pihak pentadbir semasa memimpin sekolah. Antara kelemahan ailah gaya kepimpinan pengetua yang bersifat autokratik, birokratik, menggunakan cara komunikasi sehala, kekurangan interaksi dengan guru, tidak melaksanakan permintaan guru dan kurang melakukan pengurusan pengupayaan. Kelemahan-kelemahan ini dianggap sebagai punca utama yang menjejaskan tahap dan kepuasan kerja guru di sekolah (Abdul Shukor 2004, Vishalache 2005, Azlin 2006). Kajian deskriptif yang dijalankan terhadap guru teknikal daerah Johor Bahru menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja guru, antaranya ialah kepimpinan pengetua (Norani & Ruzilayati 2011). Manakala Woo (2007) menunjukkan gaya kepimpinan yang berkesan mampu meningkatkan kepuasan kerja guru kepuasan kerja. Kajian tentang kesan gaya kepimpinan pengetua terhadap kepuasan kerja guru di Turkey menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi pengetua mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kajian juga mendapati bahawa tahap kepuasan kerja guru meningkat apabila gaya kepimpinan pengetua berubah dari transaksi kepada transformasi (Aydin et al. 2013). Kenyataan ini juga didapati dalam kajian lain di mana terdapat hubungan positif yang kuat antara amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru (Nursuhaila 2007, Serina 2008, Mohd Aziz 2008, Mohamad Zabidi 2009, Tafri 2010, Anna dan Ishak 2012). Kajian-kajian ini menunjukkan keberkesanan kepimpinan transformasi dipengaruhi oleh keempat-empat dimensi dan merupakan isu amalan kepimpinan yang perlu dititikberatkan dalam kalangan pemimpin sekolah. Di setiap sekolah, guru besar akan dibantu oleh golongan pentadbir dalam pengurusan sekolah. Golongan pentadbir ini terdiri daripada guru-guru penolong kanan sekolah, iaitu guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid, guru penolong kanan kokurikulum, penyelia petang dan ketua panitia. Golongan pentadbir ini merupakan orang yang paling dekat dan selalu mentadbir bersama dengan guru besar dan memainkan peranan yang penting untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab pentadbiran sekolah sekirannya guru besar tidak berada di sekolah. Dalam pengurusan pentadbiran, guru besar sebagai pemimpin utama sesebuah sekolah memerlukan sokongan dan kerjasama daripada golongan pentabdir yang bertanggungjawab, cekap dan berwibawa bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran di sekolah.

PERNYATAAN MASALAH Dalam keperluan barisan pemimpin untuk mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai dan berkesan, kepimpinan transformasi memainkan peranan yang penting dalam usaha merealisasikan hasrat KPM yang ternyata dalam PPPM 2013 – 2025. Kini, tugas seseorang guru bukan sahaja fokus kepada mengajar tetapi juga perlu berhadapan dengan pengurusan pentadbiran, terutamanya golongan pentadbir di sekolah. Beban tugas yang dihadapi oleh guru telah mendatangkan isu yang lain seperti gangguan emosi, tekanan dan ketidakpuasan kerja dalam kalangan guru (Mohd Nor Jaafar dalam Mohd Rizal 2010). Justeru, Jazmi (2009) telah mencadangkan amalan kepimpinan transformasi golongan pentadbir disebabkan golongan pentadbir seperti guru besar dan penolong kanan akan berhadapan dengan guru sekolah yang merupakan elemen-elemen yang memerlukan perhubungan kemanusiaan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa hasil kajian yang bercanggah dengan dapatan kajian yang

449

dibincangkan, iaitu menunjukkan bahawa tiada hubungan yang antara gaya kepimpinan transformasi pemimpin sekolah dengan kepuasan kerja guru. Sebahagian kajian turut menunjukkan bahawa bukan kesemua dimensi bagi kepimpinan transformasi mempunyai hubungan dengan tahap kepuasan kerja guru (Intan 2013, Hishamuddin Shah, Mohd Rizal dan Sipian 2013, serta Wahid et al. 2014). Tambahan pula, kebanyakan kajian yang dijalankan hanya menumpukan kepada amalan kepimpinan guru besar dan hubungan dengan kepuasan kerja guru sekolah. Namun, kajian tentang kepimpinan golongan pentadbir yang lain iaitu guru-guru penolong kanan dan kepuasan kerja guru-guru penolong kanan sendiri jarang dijalankan.

TUJUAN KAJIAN Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji amalan kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir (guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid, guru penolong kanan kokurikulum dan ketua panitia) sekolah rendah di Sarawak.

OBJEKTIF KAJIAN   

Menentukan amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir di sekolah-sekolah rendah. Menentukan tahap kepuasan kerja pentadbir di sekolah-sekolah rendah. Mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja pentadbir.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Kerangka konseptual kajian ini mengkaji kepimpin transformasi dan kepuasan kerja pentadbir berpandukan kepimpinan transformasi Slocum & Hellrigel (2007) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1: Kerangka konseptual kajian

Berdasarkan Rajah 1, kajian ini mempunyai dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah bebas ialah amalan kepimpinan transformasi manakala pemboleh ubah bersandar ialah tahap kepuasan kerja bagi pentadbir sekolah rendah di Sarawak.

450

KAJIAN LITERATUR Teori Kepimpinan Transformasi Berpandu kepada teori yang diasaskan oleh Burns (1978), dan kemudian dikembangkan oleh Bass (1985), kepimpinan transformasi merujuk kepada suatu proses di mana seorang individu mempengaruhi individu yang lain untuk melakukan perubahan. Terdapat empat konstruk kepimpinan transformasi, iaitu karisma atau pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, motivasi berinspirasi dan rangsangan intelektual. Konstruk yang dikaji ini merupakan amalan pemimpin dalam kepimpinan yang berlandaskan prinsip kepimpinan transformasi. Menurut Slocum & Hellriegel (2007), kepimpinan transformasi melibat menjangka masa depan, memberi inspirasi kepada pengikut untuk memahami dan menghayati wawasan kemungkinan yang baru, membangunkan orang lain untuk menjadi pemimpin atau pemimpin yang lebih baik, serta menubuh organisasi atau kumpulan kepada komuniti pembelajaran yang mencabar dan memberi ganjaran. Kepimpinan transformasi ini juga mengandungi empat dimensi iaitu pertimbangan individual, motivasi berinspirasi, pengaruh yang ideal dan rangsangan intelektual.

Teori Kepuasan Kerja Menurut Kreither & Kinicki (2007) serta Manthis & Jackson (2006), kepuasan kerja adalah sebagai persepsi positif pekerja terhadap pekerjaan sendiri yang boleh membawa kepada seseorang pekerja dan menyebabkan seseorang itu bertindak secara positif terhadap pekerjaannya. Jazmi (2009) turut menyatakan bahawa kepuasan kerja merujuk kepada satu keadaan emosi yang menyeronokkan di mana hasil daripada tafsiran seseorang terhadap pekerjaannya sebagai menyenangkan. Manakala Woo (2007) telah mendefinisikan kepuasan kerja sebagai reaksi emosi dan perasaan suka atau tidak yang ada pada seseorang pekerja terhadap kerjanya. Kepuasan ini merupakan pengembangan naluri keseronokan sendiri yang boleh diperoleh daripada pekerjaannya. Teori Herzberg (1993) menekankan kerja merupakan perkara yang berpotensi untuk menimbulkan motivasi dan kepuasan kerja. Walau bagaimanapun, Herzberg juga memperkenalkan dua faktor, iaitu faktor motivasi dalaman atau konteks pekerjaan di mana merupakan perkara yang dapat menimbulkan motivasi atau kepuasan kerja, dan faktor kesihatan yang dikenali sebgai motivasi luaran atau konteks pekerjaan. Herzberg menerangkan lagi terdapat dua jenis faktor yang mampu mendorong seseorang untuk berusaha bagi mencapai kepuasan sehingga menjauhkan diri daripada ketidakpuasan. Justeru, Teori Dua Faktor Herzberg menggabungkan faktor ketidakpuasan iaitu hygiene (keperluan rendah) dengan faktor kepuasan, iaitu motibasi (keperluan tinggi).

DAPATAN KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI DENGAN KEPUASAN KERJA Kajian Zuriman (2013) tentang hubungan antara gaya kepimpinan transformasi dan transaksi pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah daerah Kuala Terengganu Utara turut mendapati bahawa kepimpinan transformasi mempunyai hubungan positif dengan kepuasan kerja guru dan berada pada tahap yang tinggi. Menurut Ali, Sidow dan Guleid (2013), hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif anatara gaya kepimpinan transformasi dan transaksi dengan kepuasan kerja pengajar. Antara kedua-dua jenis gaya kepimpinan ini, kepimpinan transformasi mempunyai hubungan yang lebih dengan kepuasan kerja dalam kalangan pengajar di Universiti Mogadishu berbanding dengan kepimpinan transaksi.

451

Dalam kajian Muhammad Amin, Saeeda Sha dan Ijaz Ahmad Tatlah (2013) tentang hubungan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja fakultidi universiti awam di Pakistan menunjukkan terdapat hubungan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja fakulti secara keseluruhannya. Antara tiga jenis gaya kepimpinan, gaya kepimpinan transformasi mempunyai hubungan positif yang paling kuat dengan kepuasa kerja fakulti. Menurut Aniza (2014) dalam kajian kajian terhadap kepimpinan transformasi ketua jabatan dan hubungannya dengan kepuasan kerja pensyarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) menunjukkan bahawa hubungan antara kepimpinan transformasi dari dimensi pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, ransangan intelektual dan motivasi berinspirasi dengan kepuasan kerja pensyarah. Manakala kajian Thalahuddin (2016) tentang amalan kepimpinan transformasional pengetua dan kepuasan kerja guru di Sekolah Agama Bantua Kerajaan (SABK) negeri Perak mendapati bahawa keempat-empat dimensi dalam amalan kepimpinan transformasional pengetua mempunyai hubungan pada tahap sederhana, signifikan dan positif dengan kepuasan kerja guru. Analisis korelasi turut menunjukkan bahawa hubungan antara dimensi pertimbangan individu dan kepuasan kerja adalah kuat dan diikuti dengan dimensi lain yang hanya pada tahap sederhana. Dimensi pertimbangan individu merupakan faktor peramal kepada kepuasan kerja guru. Menurut Intan (2013) tentang kajian di sekolah menengah daerah Pasir Gudang yang menunjukkan dimensi kepimpinan transformasi paling dominan ialah aspek bertimbang rasa secara individu. Analisis korelasi juga mengesahkan bahawa pengaruh ideal dan motivasi berinspirasi mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kepuasan kerja guru.

METODOLOGI KAJIAN REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan di mana data dianalisis secara deksriptif dan inferensi melalui korelasi Pearson dan regrasi berganda. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data dalam kajian ini.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Dalam penyelidikan ini populasi kajian ialah penolong kanan dan ketua panitia yang bertugas di 3 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Sungai Bidut. Teknik pensampelan tujuan digunakan dalam kajian ini bagi tujuan mengkaji amalan kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir. Oleh itu, jumlah keseluruhan golongan pentadbir (guru-guru penolong kanan dan ketua panitia) sekolah rendah di daerah Sungai Bidut yang seramai 36 orang dipilih sebagai responden. Sebanyak 36 borang soal selidik telah diedarkan tetapi hanya sebanyak 30 sahaja borang berjaya dikumpul balik. Maka seramai 30 responden telah terlibat dalam kajian ini.

INSTRUMEN KAJIAN Instrumen borang selidik digunakan bagi pengumpulan data dalam kajian ini. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A mengumpul maklumat tentang butiran peribadi dan demografi responden iaitu umur, kelayakan akademik dan pengalaman mentadbir. Item-item di bahagian B adalah untuk mengukur amalan kepimpinan transformasi pentadbir di sekolah. Item-item dalam bahagian ini ialah pernyataan tertutup berdasarkan Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang

452

digunakan oleh Noorbaizura (2007) dan Nursuhaila (2007). Manakala Bahagian C mengandungi 16 soalan berkenaan kepuasan kerja pentadbir di sekolah. Item-item yang digunakan adalah diubahsuai daripada borang soal selidik yang telah digunakan oleh Ariffin (2001) dan Ahap (2009). Bahagian B dan bahagian C dalam soal selidik ini menggunakan kaedah Skala Likert Lima.

KESAHAN, KEBOLEHPERCAYAAN DAN KAJIAN RINTIS Bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini, kajian rintis dijalankan terlebih dahulu. Bagi menjalankan kajian rintis ini, sebanyak 30 set borang soal selidik diedarkan kepada 30 orang pentadbir sekolah rendah di daerah yang berbeza di negeri Sarawak dan Sabah secara rawak. Berdasarkan kajian rintis tersebut, nilai Cronbach’s Alpha keseluruhan bagi soal selidik dalam kajian ini ialah α = 0.936. PENGANALISISAN DATA Statistik Deskriptif Statistik deskriptif yang dikendalikan dalam kajian ini bertujuan untuk menerangkan ciri-ciri sampel atau kombinasi antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Statistik deskriptif yang digunakan untuk huraian demografi responden ialah kekerapan dan peratusan. Manakala huraian untuk amalan kepimpinan transformasi bagi setiap dimensi dan kepuasan kerja pentadbir dijelaskan dengan menggunakan min dan sisihan piawai Statistik Inferensi Bagi mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja diri dalam kalangan pentadbir sekolah, Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mendapatkan nilai kolerasi (r). Bagi mengenal pasti dimensi amalan kepimpinan transformasi pentadbir yang paling dominan mempengaruhi kepuasan kerja diri, ujian regrasi berganda dijalankan.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN PROFIL RESPONDEN Demografi 30 responden (guru penolong kanan dan ketua panitia) dalam kajian ini ditunjukkan seperti dalam Jadual 1. Demografi

Responden

Kekerapan

Peratusan(%)

20-29 tahun

10

33.3

30-39 tahun

14

46.7

40-49 tahun

4

13.3

50 tahun dan ke atas

2

6.7

Jumlah

30

100.0

Sijil atau Diploma

7

23.3

Umur

Kelayakan Akademik

453

Sarjana Muda

21

70.0

Sarjana

2

6.7

Doktor Falsafah

0

0.0

Jumlah

30

100.0

5 tahun dan ke bawah

18

60.0

6-10 tahun

5

16.7

11 tahun dan ke atas

7

23.3

Jumlah

30

100.0

Pengalaman Mentadbir

Berdasarkan Jadual 1, pentadbir sekolah rendah di antara umur 30 tahun hingga 39 tahun merupakan responden yang paling ramai dalam kajian ini iaitu 14 orang (46.7%) diikuti oleh kategori umur 20 tahun hingga 29 tahun seramai 10 orang (33.3%) dan pentadbir di antara umur 40 tahun hingga 49 tahun seramai 4 orang (13.3%). Bagi responden dengan umur 50 tahun ke atas, bilangan responden adalah paling kurang iaitu seramai 2 orang (6.7%). Dari aspek demografi kelayakan akademik, majoriti responden dalam kajian ini ialah golongan pentadbir yang mempunyai kelayakan sarjana muda, iaitu 21 orang (70%), responden yang mempunyai kelayakan sijil atau diploma seramai 7 orang (23.3%), responden yang mempunyai kelayakan sarjana seramai 2 orang (6.7%) dan tiada reponden yang mempunyai kelayakan doktor falsafah (0%). Bagi aspek demografi pengalaman mentadbir, responden yang mempunyai pengalaman mengajar bagi 5 tahun dan ke bawah adalah seramai 18 orang (60.0%) diikuti responden yang mempunyai pengalaman mengajar di antara 6 tahun hingga 10 tahun adalah seramai 5 orang (16.7%) dan responden yang mempunyai pengalaman mengajar 11 tahun dan ke atas adalah seramai 7 orang (23.3%).

ANALISIS AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI DALAM KALANGAN PENTADBIR SEKOLAH RENDAH Amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah rendah berdasarkan dimensi pengaruh yang ideal dan pertimbangan individual ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir Kepimpinan Transformsi

Skor Min

Sisihan Piawai

Tahap Interpretasi

Pengaruh yang Ideal

3.93

.459

Tinggi

Pertimbangan Individual

4.19

.360

Tinggi

Keseluruhan

4.06

0.410

Tinggi

Merujuk Jadual 2, tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah rendah didapati berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 4.06 secara keseluruhannya. Kedua-dua dimesi

454

kepimpinan transformasi terpilih berada pada tahap yang tinggi. Dimensi pertimbangan Individual merupakan dimensi yang paling dominan diamalkan oleh pentadbir sekolah rendah di daerah Sungai Bidut dengan skor min paling tinggi iaitu 4.19. Walaupun dimensi Pengaruh yang Ideal bukan dimensi kepimpinan tansformasi yang paling dominan diamalkan dalam kalangan pentadbir, namun masih mencatat skor min yang tinggi iaitu 3.93.

ANALISIS TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENTADBIR SEKOLAH RENDAH Berdasarkan Jadual 3, nilai skor min bagi kepuasan kerja ialah 3.95 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja para pentadbir di sekolah rendah daerah Sungai Bidut berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.95. Jadual 3: Tahap kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir Pemboleh ubah

Skor Min

Sisihan Piawai

Tahap Interpretasi

3.95

.548

Tinggi

Kepuasan Kerja

PENGUJIAN HIPOTESIS

HUBUNGAN ANTARA DIMENSI PENGARUH YANG IDEAL DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENTADBIR Ho1¬1:Tidak terdapat hubungan antara pengaruh yang ideal dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir Jadual 4 menunjukkan analisis korelasi Pearson antara dimensi pengaruh yang ideal dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir. Jadual 4: Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara dimensi pengaruh yang ideal dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir Pengaruh yang Kepuasan Kerja Ideal Pengaruh yang Ideal

Korelasi Pearson

1

Sig. (2 hujung) N Kepuasan Kerja

Korelasi Pearson Sig. (2 hujung) N

.000 30

30

.704**

1

.000 30

455

.704**

30

Jadual 4 menunjukkan nilai pekali korelasi Person bagi hubungan antara dimensi pengaruh yang ideal dalam amalan kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir ialah r=0.704 pada tahap signifikan 0.000 (p<0.05). Oleh sebab tahap signifikan lebih kecil daripada 0.05, maka Ho1¬1 ditolak. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat antara dimensi pengaruh yang ideal bagi amalan kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir pada tahap yang signifikan.

HUBUNGAN ANTARA DIMENSI PERTIMBANGAN INDIVIDUAL DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENTADBIR Ho12:Tidak terdapat hubungan antara pertimbangan individual dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir Jadual 5 menunjukkan analisis korelasi Pearson antara dimensi pertimbangan individual dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir.

Jadual 5: Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara dimensi pertimbangan individual dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir Pengaruh yang Kepuasan Kerja Ideal Pertimbangan Individual

Korelasi Pearson

1

Sig. (2 hujung) N Kepuasan Kerja

Korelasi Pearson Sig. (2 hujung) N

.643** .000

30

30

.643**

1

.000 30

30

Jadual 5 menunjukkan nilai pekali korelasi Person bagi hubungan antara dimensi pengaruh yang ideal dalam amalan kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir ialah r=0.643 pada tahap signifikan 0.000 (p<0.05). Oleh sebab tahap signifikan lebih kecil daripada 0.05, maka Ho1¬2 ditolak. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara dimensi pertimbangan individual dalam amalan kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir pada tahap yang signifikan. Kesimpulannya, kedua-dua dimensi amalan kepimpinan transformasi (pengaruh yang ideal, pertimbangan individual) dalam kalangan pentadbir sekolah rendah di daerah Sungai Bidut mempunyai hubungan dengan tahap kepuasan kerja diri. Hasil dapatan kajian ini menyokong kajian lepas di mana terdapat hubungan yang kuat antara kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja (Muhammad Amin, Saeeda Sha dan Ijaz Ahmad Tatlah, 2013).

456

DIMENSI KEPIMPINAN TRANSFORMASI YANG PALING DOMINAN MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA PENTADBIR Jadual 6 menunjukkan rumusan model analisis regrasi berganda. Jadual 6: Rumusan model analisis regrasi

Model

R

R Square

.715a

1

Adjusted R Square

.511

Std. Error of the Estimate

.475

.39714

a. Predictors: (Constant), Pertimbangan Individual, Pengaruh yang Ideal

Berdasarkan kepada Jadual 6, dimensi pertimbangan individual dan pengaruh yang ideal bagi amalan kepimpinan transformasi dalam kajian ini memberikan pengaruh yang signifikan dengan sebanyak 47.5% terhadap tahap kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir sekolah rendah.

Jadual 7: Rumusan koefisien analisis regrasi berganda

Model

Unstandardized Coefficients B

1 (Constant)

Std. Error

Standardized Coefficients

t

Sig.

Beta

.095

.869

.109 .914

Pengaruh yang Ideal

.635

.274

.532 2.318 .028

Pertimbangan Individual

.324

.350

.212

.926 .363

Jadual 7 pula merumuskan bahawa dimensi pengaruh yang ideal merupakan dimensi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir yang paling dominan bagi mempengaruhi kepuasan kerja diri dengan menyumbang sebanyak 63.5% (t=2.3418, sig.=0.028) pada tahap yang signifikan (p<0.05). Walaupun amalan dimensi pertimbangan individual dalam kalangan pentadbir adalah tinggi, namun dimensi pengaruh yang ideal menyumbang lebih banyak kepada kepuasan kerja. Dapatan kajian ini menyokong kajian lepas yang menunjukkan bahawa pertimbangan individual merupakan dimensi yang paling dominan dalam amalan kepimpinan transformasi tetapi dimensi pengaruh yang ideal mempunyai hubungan yang lebih kuat dengan kepuasan kerja (Intan, 2013).

CADANGAN Berdasarkan hasil dapatan kajian, beberapa cadangan diutarakan untuk rujukan dan pertimbangan golongan pentadbir sekolah dan pihak – pihak lain yang berminat untuk meningkatkan lagi keberkesanan amalan kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja diri atau subordinat. Cadangan adalah seperti berikut: a) Golongan pentadbir sekolah termasuk guru besar disarankan supaya mengekal dan meningkatkan amalan dimensi pengaruh yang ideal dan pertimbangan individual. Ini disebabkan kajian lepas dan kajian ini mendapati bahawa dua dimensi ini dapat mempengaruhi dan meningkatkan kepuasan kerja.

457

b) Pentadbir sekolah perlu mempunyai kesedaran diri bahawa tingkah laku diri yang baik dapat mempengaruhi kepuasan kerja diri. Oleh itu, golongan pentadbir yang merupakan pemimpin sekolah perlu memberi teladan yang baik supaya dapat dicontohi oleh subordinatnya. c) Para pentadbir terutamanya ketua panitia baharu perlulah diberi peluang untuk menghadiri kursus kepimpinan dan pengurusan dalam bidang pendidikan supaya mereka dapat memahami dengan lebih terperinci mengenai kesukaran dan cabaran yang akan dihadapi semasa memimpin sesebuah sekolah. Selain itu, guru-guru yang belum dilantik sebagai pemimpin juga digalakkan untuk menghadiri kursus berkenaan sebagai persediaan pada masa yang akan datang. d) Pihak pentadbir sekolah harus meluangkan masa untuk lebih memahami faktor-faktor yang akan mempengaruhi kepuasan kerja diri dan juga subordinat. Hal ini demikian kerana kepuasan kerja juga dipengaruhi oleh faktor yang lain seperti hubungan dengan rakan sebaya, penyeliaan, persekitaran sekolah, budaya kerja, cara komunikasi dan pencapaian akademik murid. Aspek kepuasan kerja ini harus dititikberatkan demi meningkatkan motivasi untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

PENUTUP Walaupun amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah adalah penting tetapi golongan pentadbir perlu mengubahsuaikan dimensi amalan transformasi atau gaya kepimpinan yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan yang dihadapi di sekolah supaya tidak mengetepikan keperluan dan kepentingan diri sendiri serta subordinat. Oleh itu, golongan pentadbir perlulah sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia menerima sebarang kritikan positif yang membina dalam membantu mereka memahami situasi yang berlaku di sekolah serta mempertingkatkan kepuasan kerja di sekolah. Secara kesimpulannya, amalan kepimpinan transformasi wajar ditingkatkan dalam kalangan pentadbir sekolah di Malaysia kerana telah terbukti keberkesanannya kepada peningkatan kepuasan kerja supaya dapat membawa kemajuan dan kecemerlangan terhadap sesebuah sekolah. Beberapa cadangan penambahbaikan kajian dibincangkan supaya dapat memberi panduan dan menambahbaikan kajian selanjutnya khususnya kajian mengenai amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir di sekolah.

RUJUKAN Abdul Shukor Abdullah. 2004. Kepimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikan cemerlang. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 12. Institut Aminudin Baki. Ali, A. Y. S., Sidow, M. A. & Guleid, H. S. 2013 Leadership styles and job satisfaction: empirical evidence from Mogadishu universities. European Journal of Management Sciences and Economics, 1(1), 1-10. Aminudin Mansor. 2014. Guru dan cabaran semasa. Utusan Online, 14 Mei 2014. Aniza Dahri. 2014. Hubungan kepimpinan transformasional ketua jabatan dengan kepuasan kerja pensyarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Artikel 2/2014 PTSS, Arau Perlis. Anna Felicia, Ishak Sin, 2012. Hubungan Antara Kepimpinan transformasi Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 7: 1-12. Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru.

458

Aydin, A., Sarier, Y. & Uysal, S. 2013. The Effect of School Principals' Leadership Styles on Teachers' Organizational Commitment and Job Satisfaction. Educational Sciences: Theory and Practice, 13(2), 806811. Azlin Norhaini Mansor. 2006. Amalan pengurusan pengetua: satu kajian kes. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bass, B.M. 1985. Leadership and Performance Beyond Expectations. New York: The Free Press. Burns, J. M. 1978. Leadership. New York: Harper & Row. Hishamuddin Shah bin Mokri, Mohd Rizal & Sipian. 2013. Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Kurang Murid Gemilang Tujuh Segamat, Johor. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-20: 1-14. Institut Aminuddin Baki. Intan Nor Farinie binti Abd Majid. 2013. Hubungan Gaya Kepimpinan Transformasi Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Menengah Darah Pasir Gudang. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Jazmi Bin Md Isa. 2009. Gaya Kepemimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru: Kajian Perbandingan antara SMKA dengan SMK. Disertasi Sarjana. Universiti Utara Malaysia. Kreither, R., Kinicki, A. 2007. Organisational behavior. New York, US: Mcgraw-Hill/Irwin. Manthis, R.L., Jackson, J.H. 2006. Human Resource Management. South-Western College Publishing. Australia. Mohamad Zabidi Abdullah. 2009. Kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Mohd Aziz Saad. 2008. Gaya kepemimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sebuah sekolah dalam daerah Maran, Pahang. Kertas projek Sarjana Kepengetuaan. Universiti Malaya. Mohd Nor Jaafar. 2005. Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan Kepuasan Kerja Guru: Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan dengan Sekolah Kurang Berkesan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, InstitutAminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia (Mohd Rizal 2010). Muhammad Amin, Saeeda Sha & Ijaz Ahmad Tatlah. 2013. Impact of Principals/Directors’ Leadership Styles on Job Satisfaction of the Faculty Members: Perceptions of the Faculty Members in a Public University of Punjab, Pakistan. Journal of Research and Reflections in Education, 7, 2nd ser., 97-112. Diperoleh dari http://www.ue.edu.pk/jrre Norani, Mohd Nor & Ruzilayati Ramli. 2011. Mengenalpasti Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia. Nursuhaila Ghazali. 2007. Tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua sekolah menengah Bandar Tangkak. Tesis sarjana Pengurusan Pentadbiran Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Serina Jaafar. 2008. Kepimpinan transformasi pengetua di sebuah sekolah menengah berprestasi tinggi di hulu selangor. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

459

Slocum, J.W. & Hellriegel, D. 2007. Fundamentals of Organizational Behavior. USA : Thomson South Western. Tafri Mohd Amin. 2010. Amalan kepimpinan transformasi pengetua dan keupayaan kepimpinan guru sekolah menengah di Pahang. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Thalahuddin, A. 2016. Amalan kepimpinan transformasional pengetua dan kepuasan kerja guru di SABK negeri Perak. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Vishalache Balakrishnan. 2005. Work ethics and empowerment within Malaysian schools. Kertas Kerja 2nd Asia Pacific Business Conference. Anjuran Universiti Teknologi Mara. Putrajaya, 1 – 3 September. Wahid, N., Pakah, N. & Abd Wahab, J. 2014. Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Berprestasi Tinggi Negeri Johor. International Seminar On Global Education II, 3, 2695-2710. Woo, Yoke Ling. 2007. Kepuasan kerja guru-guru aliran pendidikan teknikal dan vokasional di sekolahsekolah menengah teknik di negeri Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. Zuriman bin Abdul Rahman. 2013. Hubungan gaya kepemimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah daerah Kuala Terengganu Utara. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

460