aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) - Universiti Malaya

22 Jan 2015 ... TINGGI (KBAT) DALAM KURIKULUM. SEJARAH TINGKATAN EMPAT -. BAHAGIAN TAMADUN ISLAM. Abu Hanifah Haris, PhD. Jabatan Sejarah ... Berasask...

7 downloads 471 Views 3MB Size
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KURIKULUM SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAHAGIAN TAMADUN ISLAM Abu Hanifah Haris, PhD Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Simposium Janji Sejarah: Asas Berfikiran Aras Tinggi 22 Januari 2015 Hotel Royale Chulan Damansara

• Pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah sering jadi perbincangan ahli akademik dan masyarakat. • Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dianggap masih konservatif, pasif dan gagal mewujudkan suasana yang ‘menarik’ • Kesan - memberikan pengaruh negatif kepada pelajar. • Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah - menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah tidak dapat dicapai sepenuhnya. • Oleh itu, pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah - memerlukan satu bentuk transformasi baru (seiring dengan perkembangan pendidikan di Malaysia).

5

6 ciri utama setiap murid perlu ada untuk bersaing pada peringkat global :

6 ciri utama setiap murid perlu ada untuk bersaing pada peringkat global

Identiti nasional Kemahiran berfikir

Kemahiran memimpin Kemahiran dwibahasa

Etika dan Kerohanian

Pengetahuan 5

KBAT

KBAT

Pengenalan

Mencipta Menilai KBAT

Menganalisis

Mengaplikasi Memahami KBAR

Mengingat

KPM, 2013

Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran

dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Dari Sudut Pandangan JPN/PPD/Guru MENAAKUL

TEKNIK MENYOAL

INKUIRI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PENYELESAIAN MASALAH

KREATIVITI

12

Dari Sudut Pandangan JPN/PPD/Guru Tingkatkan Soalan Aras Tinggi Aktiviti Penyelesaian Masalah Menggunakan Alat Berfikir

BAGAIMANA HENDAK MENGAJAR KBAT?

Pembelajaran Berasaskan Projek

Teknik Menyoal

Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks

13

KEMAHIRAN

PENERANGAN

Mengaplikasi • Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara. Menganalisis • Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan. Menilai • Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi. Mencipta • Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif.

Aras KBAT

KBAT

Maksud

Contoh Kata Kunci (M/P: Sejarah)



3

Mengaplikasi

Mengaplikasi pengetahuan kepada situasi dan  pengalaman baharu



4

Menganalisis

Pecahkan kepada bahagian yang lebih kecil untuk memeriksa lebih  mendalam dan memahami perhubungannya

Hasil Pembelajaran dalam HSP

Menjelaskan dengan contoh



Menjelaskan dengan contoh penentangan masyarakat Arab terhadap penyebaran Islam di Makah

Merekod



Mengklasifikasikan sumbangan setiap tamadun

Membuat kajian



Menganalisis implikasi perang dunia terhadap keamanan dan kesejahteraan sejagat

Mencirikan



Menghuraikan bangsa

ciri-ciri

negara

dan

Aras KBAT

5

6

KBAT

Menilai

Mencipta

Contoh Kata Kunci (M/P: Sejarah)

Maksud

Hasil Pembelajaran dalam HSP



Mewajarkan





Membahas



Mengkritik



Menguji





Membuat andaian





Mengkonsepsikan



Menggabungkan



Membuat gambaran mental Membuat hipotesis



Membuat  pertimbangan dan penilaian untuk membuat kesimpulan 

Gabungan maklumat  untuk mencipta sesuatu yang  baharu 



Mewajarkan peranan rakyat dalam menentukan pemerintahan negara Membahaskan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui perdagangan Menjustifikasikan pendapat Barat yang menyatakan bahawa imperialisme sebagai beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun Menilai kesan dasar eknomi British terhadap bandar lama Merumus sikap sanggup menerima perubahan ke arah kemajuan Mengupas prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai ideologi ke arah perpaduan Menghubungkaitkan kesan Perang Dingin terhadap rantau Asia Tenggara Membincangkan tanggungjawab murid dalam merealisasikan Wawasan 2020 Merasionalkan perlembagaan memperuntukan perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh: 22.1.2015 Hari: Khamis

APLIKASI KBAT DALAM KURIKULUM SEJARAH TINGKATAN EMPAT (TAMADUN ISLAM)

• Tema 8 (Tamadun Islam dan Perkembangannya) merupakan salah satu tema yang penting dan mempunyai banyak bab dalam kurikulum Sejarah Tingkatan Empat. • Terdapat 5 bab yang berkaitan dengan Tema 8 dalam kurikulum Sejarah Tingkatan Empat: 1. Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah (Bab 4) 2. Kerajaan Islam di Madinah (Bab 5) 3. Pembentukan Kerajaan Islam dan Pengukuhannya (Bab 6) 4. Islam di Asia Tenggara (Bab 7) 5. Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat (Bab 8).

• Guru boleh mengajar KBAT kepada para pelajar dengan menggunakan gambar berkaitan dengan kemunculan Tamadun Islam di Makkah. • (Contoh = Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah). • Guru boleh meminta pelajar mencari gambar Kaabah khususnya gambar lama sebelum abad ke-20 (melalui internet, buku, artikel, majalah atau akhbar lama). • Guru seterusnya meminta pelajar membuat analisis terhadap persekitaran dan maksud yang terdapat dalam gambar tersebut.

• Berdasarkan gambar Kaabah tersebut, guru boleh bertanya soalan-soalan seperti berikut: 1. Apakah yang dipaparkan oleh gambar tersebut? 2. Apakah peristiwa yang melibatkan Nabi Muhammad SAW di Kaabah sebelum kedatangan Islam? 3. Pada pendapat anda, kenapakah Kaabah penting kepada perkembangan Islam?

• Guru boleh meminta pelajar menggunakan lawan web berkaitan peta yang boleh diakses secara percuma di internet seperti Google Maps dan mencari peta Makkah dan Madinah. • Guru kemudian meminta pelajar mengukur jarak perjalanan antara Makkah dengan Madinah dalam peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah • (Contoh = Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya). • Guru seterusnya meminta pelajar membuat analisis terhadap kandungan peta tersebut.

• Berdasarkan peta tersebut, guru boleh bertanya soalansoalan seperti berikut: 1. Apakah yang cuba ditunjukkan oleh peta tersebut? 2. Bandingkah jarak perjalanan antara Makkah dan Madinah antara dua laluan tersebut dan tempoh perjalanan antara dua laluan tersebut. 3. Pada pendapat anda, apakah kepentingan peristiwa Hijrah kepada perkembangan Islam?

• Guru boleh membekalkan salinan petikan manuskrip Melayu seperti Sulalatus Salatin kepada para pelajar bagi mendedahkan para pelajar kepada teori kedatangan Islam ke Alam Melayu. • (Contoh = Bab 7: Islam di Asia Tenggara). • Guru kemudian meminta para pelajar meneliti dan mengkaji petikan manuskrip Sulalatus Salatin bagi mengetahui perkaitan antara manuskrip tersebut dengan teori kedatangan Islam ke Alam Melayu. • Guru seterusnya meminta pelajar membuat analisis terhadap kandungan peta tersebut.

• Berdasarkan petikan manuskrip tersebut, guru boleh bertanya soalan-soalan seperti berikut: 1. Apakah yang terkandung dalam petikan manuskrip tersebut? 2. Mengapakah Syed Abdul Aziz datang ke Melaka? 3. Pada pendapat anda, mengapakah penduduk Melaka mudah menerima Islam?

“...Setelah hari pun Asarlah, maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah, serta ia datang berlabuhlah; maka urunlah makhdum dari dalam kapal itu, Syed abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu, ‘Mengapa orang itu tunggang-tunggik?’. Maka berebutlah orang yang melihat itu; sesak, penuh tiada bersela lagi, dan haru-birulah bunyinya sampai ke dalam”. A. Samad Ahmad (peny.) (2010). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., hlm. 73.

• Guru mencari beberapa keratan akhbar lama yang boleh dijadikan Alat Bantu Mengajar (ABM). • Guru boleh memberikan salinan keratan akhbar Berita Harian (13 Julai 1966, hlm. 5) bertajuk “Peranan Islam di Nusantara” kepada pelajar untuk mengajar berkenaan dengan kesan kedatangan Islam di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat. • (Contoh = Bab 8: Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat). • Guru seterusnya meminta pelajar mengaitkan keratan akhbar tersebut dengan apa yang akan mereka pelajari.

• Berdasarkan petikan akhbar tersebut, guru boleh bertanya soalan-soalan seperti berikut: 1. Apakah yang terkandung dalam keratan akhbar tersebut? 2. Siapakah tokoh yang akan menyampaikan ceramah berkenaan “Peranan Islam di Nusantara”?. 3. Pada pendapat anda, sejauh manakah pengaruh Islam dapat dilihat sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional?

CONTOH SOALAN KBAT DALAM KURIKULUM SEJARAH TINGKATAN EMPAT (TAMADUN ISLAM)

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH Soalan Objektif 1. Pemimpin-pemimpin Quraisy di Makkah menentang ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW secara berterusan. Apakah kesan tindakan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW (KBAT – membuat inferens) A

Penghijrahan ke Habsyah

B

Penyebaran Islam tersekat

C

Pengikut baginda bertambah

D

Perjanjian damai ditandatangani

Soalan Struktur 1 (e) Nyatakan kesan amalan sistem kabilah dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah (KBAT membuat inferens) i._____________________________________________________________________ [1 markah] Soalan Esei 1 (c) Pada pendapat anda, mengapakah perlantikan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul dianggap sebagai rahmat kepada masyarakat Arab Jahiliah khususnya dan masyarakat dunia amnya? (KBAT – menjana idea) [6 markah]

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH Soalan Objektif 1. Perjanjian Aqabah Pertama ditandatangani pada tahun 621 Masihi. Apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada perjanjian tersebut? (KBAT – membuat interpretasi) A

Taat setia

B

Tolak ansur

C

Rendah diri

D

Hemah tinggi

Soalan Struktur 1. (e) Sebagai seorang pelajar, nyatakan konsep ‘hijrah’ yang boleh anda amalkan dalam kehidupan anda? (KBAT – membuat interpretasi) i._______________________________________________________________________________ ii._______________________________________________________________________________ [2 markah] Soalan Esei 1 (c) Pada pendapat anda, mengapakah pembukaan semul kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW dianggap penting kepada dunia Islam? (KBAT – menjana idea) [8 markah]

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN PENGUKUHANNYA Soalan Objektif 1. Sistem Syura digunakan dalam pelantikan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin. Apakah kebaikan sistem tersebut? (KBAT – menilai) A

Mengekalkan amalan demokrasi

B

Mengekalkan budaya masyarakat Arab

C

Menjamin sokongan golongan bukan Islam

D

menjamin pelantikan pemimpin berkelayakan

Soalan Struktur 1. (e) Pada pendapat anda, apakah kepentingan proses syura dan baiah dalam sistem pelantikan khalifah? (KBAT - menjana idea) i._______________________________________________________________________________ ii._______________________________________________________________________________ [2 markah] Soalan Esei

1 (c) Khalifah Ali bin Abu Talib menghentikan Perang SIffin apabila pihak lawan mengangkat alQuran. Apakah nilai yang ditunjukkan oleh Khalifah Ali dalam Peristiwa tersebut (KBAT – membuat interpretasi) [4 markah]

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA Soalan Objektif 1.

Menurut catatan China, perkampungan Ta-Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kewujudan perkampungan tersebut? (KBAT – membuat kesimpulan)

A

Perpaduan penduduk Islam

B

Penubuhan sebuah kerajaan Islam

C

Peranan pedagang dalam menyebarkan Islam

D

Perkembangan pusat pendidikan Islam

Soalan Struktur 1 (e) Pada pendapat anda, mengapakah para sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke Asia Tenggara dibawa oleh pedagang Islam? (KBAT – menjana idea) i._____________________________________________________________________ [1 markah] Soalan Esei 1 (c) Pada pendapat anda, apakah kesitimewaan Islam yang menyebabkan ramai orang yang tertarik dengannya? (KBAT – menjana idea) [6 markah]

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT Soalan Objektif 1.

Senarai berikut merupakan undang-undang yang dilaksanakan di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat (Undang-undang Perak/Undang-undang Kedah/Undang-undang Pahang). Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut? (KBAT – membuat inferens).

A

Menyatupadukan rakyat

B

Melicinkan sistem pentadbiran

C

meningkatkan sistem pendidikan

D

Mengekalkan adat istiadat rakyat

Soalan Struktur 1. (d) Apakah nilai yang diamalkan oleh masyarakat Melayu menerusi majlis berunsur Islam yang diadakan? (KBAT – membuat interpretasi) i._______________________________________________________________________________ ii._______________________________________________________________________________ [2 markah]

Soalan Esei 1 (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sistem perundangan dalam masyarakat Melayu tradisional? (KBAT – menjana idea) [6 markah]

JADILAH SESIAPA SAJA A. Aziz Deraman (2002) Jadi penulis, bergelar sasterawan, merakam adab, Jadi pencatat zaman, semua seniman berfikir hebat,

Jadi pelajar kau belajar, sebagai pengajar jangan kurang ajar, Jadi pendidik, tugasan guru di tanganmu, lahir pemimpin besar, Jadi pelatih, jangan tahu maki herdik, oleh letih lesu nafsu marah,

Jadi pensyarah tahu kaedah, sedar insaf akan ilmu yang parah, Jadi perancang, di situ berfikir, selok belok ekonomi rakyat, Jadi peguam, fasih lidahmu, kelak kebenaran hukum terletak, Jadi komander, kau kawal pesawat, para penumpang terselamat, Jadilah siapa saja, ikut keupayaan kebolehan diri, Jadi pemimpin, tanggungjawab membangun pertiwi. 35

TIDAK MUNGKIN ANDA TERTAKDIRKAN MENJADI GURU OLEH ALLAH SWT MELAINKAN ANDA MEMPUNYAI SESUATU ASET ATAU KELEBIHAN YANG TERSENDIRI SAMA ADA SECARA SEDAR ATAU TIDAK ……

HANYA INSAN YANG TERPILIH SAHAJA YANG DITAKDIRKAN MENJADI GURU

SEKIAN TERIMA KASIH