ARTIKEL PENUH

Download kaum lain disebabkan jenis sistem pendidikan berbeza yang dilalui mereka. .... Abdullah Taib (1984) menyatakan bahawa kebanyakan kajian hub...

0 downloads 477 Views 1MB Size
Sikap Interaksi Antara Kaum Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama AZIZI UMAR 1 WAN ZULKIFLI WAN HASSAN 2 NAZRI MUSLIM 3 AMINUDDIN BASIR 4

Abstrak Artikel ini bertujuan untuk membincangkan sikap pelajar sekolah agama dalam memahami interaksi antara kaum dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Dari sudut latar belakang, kebanyakan pelajar sekolah agama kurang terdedah kepada perhubungan seharian bersama kaum lain disebabkan jenis sistem pendidikan berbeza yang dilalui mereka. Kajian bertujuan melihat sejauh mana sikap mereka terhadap perhubungan tersebut. Kajian ini melibatkan 305 orang pelajar sekolah agama ini menggunakan SPSS. Kajian telah melihat enam sikap mereka; keselesaan berinteraksi; sikap menghormati agama lain; penglibatan aktiviti bersama; keyakinan terhadap tolak ansur; semangat kejiranan dan permusuhan akibat kepelbagaian. Kajian mendapati pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap sikap menghormati, kesedaran untuk berinteraksi dan bersikap toleransi yang tinggi. Namun mereka sukar untuk membuktikan keselesaan berinteraksi, semangat kejiranan dan bersedia untuk berkongsi kepelbagaian bagi mengelakkan perbalahan kaum. Ini menunjukkan pelajar sekolah agama mempunyai sikap hubungan interaksi yang tinggi walaupun mereka melalui kehidupan latar belakang pendidikan yang berbeza. Kajian juga menunjukkan bahawa hubungan dalaman setiap pelajar lebih mustahak berbanding dengan aplikasi dalam aktiviti kehidupan seharian. Kata Kunci : Interaksi Kaum, Pelajar Sekolah Agama

Abstrak This article discusses on the attitude of religious school students towards the understanding of multiracial interaction within Malaysian citizen. Most of the students are not really exposed to daily interaction with other races due to different educational background. This study intended to see their attitude towards multiracial interaction which involved 305 students and the data collected are analysed by using SPSS. The six attitude studied are convenience in interacting, respect towards other religions, participation in collaborative activities, confidence in tolerance, neighbourliness, and hostility. The study discovered that students are prone to respect, interact and tolerate with different races. However, they seemed to face 1 Dr.Azizi Umar,Pensyarah Kanan,UKM,[email protected] 2 Dr.Wan Zulkifli Wan Hassan,Pensyarah Kanan,UKM,[email protected] 3 Dr.Nazri Muslim,Prof Madya,UKM,[email protected] 4 Dr.Aminuddin Basir,Prof Madya,UKM,[email protected]

67

difficulty to show convenience in interacting, neighbourliness and they are not ready to cope with the diversity in avoiding racial dispute. This proves that religious school students are having high interaction level even they are from different educational background. This study also shows that internal interaction among students is more important as compared to its application on daily life. Keyword: multiracial interaction, religious school students

PENGENALAN

Salah satu ciri pembentukan dan pembinaan jati diri kebangsaan ialah menghormati hubungan sosial antara kaum atau kesepaduan sosial. Hubungan sosial merujuk kepada hubungan antara individu dengan kelompok, atau kelompok dengan kelompok sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hubungan sosial seharusnya tidak dibataskan dengan warna kulit, agama, kaum, pangkat, taraf hidup dan jantina selagi mana ia tidak bercanggah dengan batas yang ditetapkan oleh agama. Hubungan sosial adalah sangat penting dalam membantu memupuk semangat kebersamaan untuk membangunkan dan mempertahankan negara di samping menjauhi sifat perkauman dalam memupuk suasana kehidupan sosial yang sihat, selamat dan sejahtera. Dengan kata lain ia juga disebut hubungan etnik. Bagi mencapai kesejahteraan hidup, isu perpaduan sentiasa menjadi tumpuan pemimpin dan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia kerana ia merupakan elemen yang penting. Ia juga perlu bagi membentuk kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk membangunkan negara dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Artikel ini akan membincangkan perihal kesepaduan sosial melalui kepelbagaian kaum yang dihadapi oleh sesebuah masyarakat tertentu.

PERMASALAHAN Hubungan Islam dan bukan Islam tidak menunjukkan satu suasana perhubungan yang baik walaupun sejarah Islam sendiri menjadi panduan kepada semua umat tentang pergaulan dan perhubungan sesama manusia. Kelahiran agama Islam sendiri muncul di tengah-tengah kejahilan masyarakat pada masa itu seperti di negara Arab. Malah kemunculan agama Islam dalam kalangan bangsa Arab sebagai pendokong telah dicemburui oleh bangsa dan penganut agama Yahudi menjadikan Islam sebagai sasaran utama musuh Allah tersebut. Sebaliknya Islam membuktikan ketinggian persaudaraan apabila mereka berjaya membuat perjanjian dengan bangsa Yahudi semasa pembentukan satu masyarakat moden di Madinah (AlQaradhawi, 2000). Ajaran Islam sendiri melihat masyarakat yang tidak berpegang kepada Islam sebagai masyarakat yang perlu dijamin kehidupan mereka sama seperti makhluk yang lain. Dari situ lah timbul istilah kafir zimmi, kedudukan orang bukan Islam dalam sistem pemerintahan Islam dan sebagainya. Namun bukti hubungan yang baik ini telah disalah faham dan diselewengkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan agama tersebut. (Al Qaradhawi 2002) Keadaan ini terbukti apabila peristiwa 11 September telah menyebabkan hubungan Islam dengan bukan Islam semakin jauh malah sekali sekala menimbulkan persengketaan dan

68

kebencian. ‘Islamphobia’ adalah bukti stereotaip Barat kepada Islam dengan tuduhan sebagai teroris, ekstrim, fundamentalis dan pelbagai label negatif yang lain (Cayongcat, 2005). Kesan besar kepada stereotaip tersebut ialah elemen agama dilihat sebagai penghalang kepada keamanan, kesejahteraan dan kemajuan teknologi lebih-lebih lagi jika agama tersebut dikaitkan dengan agama Islam. Ini adalah kerana ciri-ciri keistimewaan yang ada pada Islam ialah peranan agama yang berbeza dengan agama yang lain. Agama dalam Islam adalah satu pemahaman yang bersifat menyeluruh, seimbang, sederhana dan boleh mencabar sistem kehidupan manusia yang sekarang dirangka oleh Barat (Muhammad Rauf 1991). Elemen agama juga tidak dilihat sebagai penyelesai masalah kepada kepelbagaian agama dan bangsa di atas muka bumi ini walaupun sejarah telah membuktikan bagaimana agama diperlukan dalam membangunkan sesebuah masyarakat daripada jahil sehingga ke mercu ketamadunan seperti mana yang dibuktikan dalam sejarah kegemilangan tamadun Islam. Malah Negara China sendiri tidak menolak malah telah memanfaatkan peranan agama dalam memajukan dinasti mereka (Golam W. Choudhury, 1993).

OBJEKTIF Objektif kajian ini bertujuan untuk; i. Melihat sikap pelajar sekolah agama terhadap interaksi antara kaum. ii. Membincangkan penerimaan mereka terhadap perkongsian kepelbagaian kaum.

SOROTAN KAJIAN Interaksi kaum dirujuk sebagai satu hubungan antara dua sistem yang terjadi sedemikian rupa sehingga kejadian yang berlangsung pada sesuatu sistem akan mempengaruhi kejadian yang berlaku kepada sistem yang lain. Ia juga merupakan satu pertalian sosial antara individu sehingga mereka saling pengaruh dan mempengaruhi antara satu sama lain. Hubungan kaum dirujuk kepada interaksi sosial iaitu satu proses yang melibatkan perhubungan antara dua atau lebih individu atau kelompok. Ia melibatkan tindakan saling balas membalas dalam ertikata tingkah laku individu diambil kira atau diorientasikan ke arah tingkah laku individu lain dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi sosial ini dirujuk kepada perhubungan di antara kaum dari etnik Melayu dan bukan Melayu. Penerimaan kepelbagaian kaum merupakan isu yang agak kompleks dan ia adalah sebahagian daripada jati diri rakyat Malaysia. Dalam sejarah Islam, ia sangat komited dan mengormati kepercayaaan agama lain. Ia terbukti melalui hubungan yang baik dengan agama Yahudi dan Nasrani (Ismail al-Faruqi 2009). Malaysia sepanjang sejarahnya tidak mengamalkan dasar asimilasi yang meleburkan nilai suatu keturunan bangsa, bahasa atau budaya, sebaliknya mengamalkan dasar hidup secara aman dan damai dalam kepelbagaian kaum dan bangsa (Ismail Ibrahim 2010). Bangsa umumnya membawa maksud sekumpulan besar orang yang mempunyai perasaan kekitaan dalam sesebuah negara. Namun begitu persoalan tentang bangsa ini cukup meluas dan membawa makna yang rencam. Pandangan tentang bangsa ini telah diketengahkan oleh beberapa sarjana terkemuka seperti Rush (1992) dan Putman (1998).

69

“The civic culture is pluralistic, and ”based on communication and persuasion, a culture of consensus and diversity, a culture that permits change but moderates it”. Keseluruhan pandangan yang dikemukakan oleh sarjana tersebut tentang bangsa banyak berkisar pada faktor kewujudan ikatan yang kuat antara sesama manusia, persoalan tentang ras dan etnik, isu bahasa, wilayah dan kedaerahan mahupun perkara-perkara yang subjektif seperti perasaan tentang sejarah dan cita-cita yang dikongsi bersama. Sebagai sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk (heterogeneous) seperti Malaysia, masalah utama yang dihadapi ialah untuk membentuk hubungan sosial yang kuat antara kepelbagaian kumpulan etnik yang wujud. Dalam masyarakat berbilang kaum, tiga konsep keramat yang sering dikaji bagi merungkai masalah hubungan sosial antara kaum di Malaysia yang masih belum lagi tercapai ialah “Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan”. Ia merupakan konsep yang tidak sama tetapi mempunyai kaitan antara satu sama lain. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dalam negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air (Shamsul Amri, 2007). Perpaduan juga ditakrifkan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju. Masyarakat Malaysia kebanyakannya mengakui bahawa negara ini telah mencapai perpaduan kerana konflik besar secara terbuka dan ganas yang berterusan seperti di Sri Lanka, Yugoslavia atau seperti di Thailand tidak wujud di Malaysia. Namun, hakikatnya perpaduan masih belum wujud sepenuhnya di Malaysia. Konsep yang wujud hanyalah kesepaduan sosial. Buktinya masyarakat Malaysia masih terpisah melalui dasar pendidikan kebangsaan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran ini menyebabkan interaksi antara pelbagai etnik semakin renggang. Hal ini terbukti melalui kajian-kajian yang menunjukkan wujudnya masalah dalam interaksi antara etnik sama ada dalam kalangan pelajar sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi di negara kita. Penyatupaduan pula ialah suatu usaha berterusan di peringkat semua lapisan masyarakat dalam proses penyelesaian setiap kontradiksi, sama ada yang besar dan yang khusus. Contoh kontradiksi seperti isu penggunaan kalimah Allah, isu penggunaan bahasa dalam bidang pendidikan dan isu lain-lain. Contoh usaha bagi menangani kontradiksi yang berlaku pula ialah seperti pelaksanaan Sekolah Wawasan, Konsep ‘1 Malaysia’ dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Seiring dengan matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin, sistem pendidikan dijadikan saluran utama untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilainilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan.

Dalam kalangan negara-negara yang pelbagai etnik seperti Amerika Syarikat, England, Belanda, India, dan Indonesia, pelbagai cabaran dihadapi dalam usaha mengintegrasikan rakyatnya. Keadaan semakin rumit jika setiap kumpulan etnik mahu mengekalkan identiti masing-masing dan tidak menerima satu identiti nasional yang dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai kumpulan etnik. Secara amnya, dapat dijelaskan bahawa interaksi memberi kesan dan menjadi aspek penting dalam kehidupan pelbagai etnik, bangsa dan kepercayaan.

70

Kajian Ibrahim Saad (1980) agak menarik kerana ia banyak menumpukan kepada soal mengenalpasti tahap penghayatan identiti nasional dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Kajian yang dilakukan oleh beliau turut menggunakan model pelajar sebagai pengukur atau indikasi dalam usaha mencari identiti-identiti yang boleh diklasifikasikan sebagai identiti nasional. Kajian beliau dilakukan ke atas para pelajar sekolah menengah yang terpilih di kawasan bandar dan luar bandar. Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa pelajar di kawasan luar bandar tinggi dari segi iltizam mereka terhadap mengenali item-item nasional berbanding pelajar di kawasan bandar. Dalam kajian Abdullah Taib (1984) menyatakan bahawa kebanyakan kajian hubungan etnik menunjukkan faktor interaksi berkait rapat dengan kadar integrasi. Keadaan terjadi disebabkan para pelajar menziarahi rakan-rakan bertujuan untuk membuat perbincangan pelajaran atau menyiapkan tugasan. Pelajar-pelajar bukan Melayu mengunjungi teman Melayu adalah untuk memperbaiki esei ataupun catatan nota kuliah. Kajian juga menunjukkan para pelajar kurang meminta nasihat atau pertolongan kerana ia melibatkan nilai emotif yang tinggi dan sukar dibincangkan dengan rakan etnik yang lain. Polarisasi etnik nyata wujud di kalangan pelajar apabila didapati sebilangan besar pelajar Melayu tidak mengunjungi bilik kaum Cina dan India. Mereka lebih suka mengunjungi bilik sesama etnik.

Dalam suasana sosial berbentuk ini, masyarakat lebih bersifat bersatu padu dan harmoni. Berlainan jika batas etnik itu tebal, individu hanya berhubungan dengan individu lain berdasarkan persamaan etnik hingga wujud masyarakat plural, terpisah, terasing, dan masingmasing berada dalam kotak masing-masing tanpa diikat oleh nilai yang dikongsi bersama. Sebenarnya dalam beberapa keadaan, Islam tidak dilihat oleh bukan Islam sebagai agama yang mampu menyatukan manusia disebabkan faktor umat Islam sendiri yang tidak membezakan antara perkara yang paling penting dan kurang penting. Mereka juga tersepit dengan isu-isu khilaf yang dilihat menjadi perselisihan para ulama. Keutamaan penyelesaian perlu ditekankan kepada masalah masyarakat seperti kemiskinan, pendidikan terlebih dahulu berbanding perkara-perkara kecil dalam isu agama dan amalan kepercayaan (Mohamad Nidzam 2011). Namun, dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW membuktikan bagaimana baginda diberikan panduan Allah dalam berhubung dengan bukan Islam samada dalam kalangan Qurasyh atau bukan Qurasyh, bangsa Arab atau bukan Arab. Sebagai contoh peranan Waraqah Ibn Naufal, Rahib Buhayra, hubungan rapat pertalian darah dengan Abu Talib, bekerja sama dengan Abudllah Ibn Urayqit, mendapatkan perlindungan daripada Raja Habsyi dan membuat perjanjian dengan Bani Quraizah dan Yahudi semasa di Madinah.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi enam kontruk berkaitan jati diri kebangsaaan dengan jumlah item sebanyak 116. Salah satu konstruk ialah mengukuhkan perpaduan dan berkongsi kepelbagaian yang mempunyai 18 item. Namun dalam artikel ini hanya 6 item sahaja dipilih untuk dibincangkan. Sebanyak 305 borang soal selidik diedarkan ke sekolah agama yang dikategorikan sebagai sekolah agama di luar sistem pendidikan kebangsaan seperti Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan

71

Sekolah Agama Swasta (Swasta). Analisis kajian ini menggunakan SPSS Versi 22. Kajian dilakukan ke atas pelajar sekolah agama yang sedang menuntut di tingkatan empat dan lima.

DAPATAN KAJIAN Analisis kajian ini bertujuan untuk menjawab sejauh mana persepsi pelajar sekolah agama yang kebanyakannya mereka tidak berpeluang bergaul dengan masyarakat pelbagai kaum dalam urusan formal khususnya di sekolah. Dapatan kajian nanti akan melihat persepsi mereka terhadap perpaduan kaum dalam memastikan pembentukan nilai jati diri kebangsaan yang seharusnya ada pada mereka sebagai warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berketurunan Melayu. Analisis dapatan kajian dijalankan mengikut persoalan kajian yang telah dinyatakan pada bahagian sebelumnya. Analisis dapatan kajian dihuraikan secara terperinci seperti berikut.

1. Mudah Mesra Berinteraksi dengan Kaum lain Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis deskriptif tersebut seperti Rajah 1 berikut. Rajah 1. 0.3

sangat setuju tidak pasti

11.8

32.8

5.2 1.6

sangat tidak setuju 0

20

40

48.2

60

Rajah 1 menunjukkan lebih ramai pelajar sekolah agama berasa selesa berinteraksi dengan bukan Islam berasaskan peratus setuju sebanyak 32.8%. Ini diikuti oleh persepsi sangat setuju 11.8 % menjadikannya 44.6 %. Manakala persepsi tidak setuju dan sangat tidak setuju berada pada peratus terendah iaitu 6.8%. Islam sangat menuntut setiap umat Islam berdakwah kepada saudara seagama yang lain bagi memastikan setiap muslim memilih cara hidup yang sempurna. Tuntutan ke atas bukan Islam pula satu tanggungjawab yang lebih besar berbanding yang pertama (Abd. Aziz 2012). Kemesraan berinteraksi sudah tentu dianggap ‘dakwah bil hal’yang menjadi kewajipan sebagai model kepada orang bukan Islam. 2. Menghormati Kepercayaan Kaum Bukan Islam Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis deskriptif tersebut seperti Rajah 2.

72

Rajah 2. sangat setuju

0.3

tidak pasti

11.8 30.2

5.6 2.3

sangat tidak setuju

49.8

Rajah 2 menunjukkan lebih ramai pelajar sekolah agama setuju dalam menghormati kepercayaan kaum agama bukan Islam dengan 49.8.%. Analisis ini memberikan penambahan sebanyak 11.8% yang menunjukkan mereka menghormati kepercayaan kaum bukan Islam dengan jumlah 61.6%. Manakala persepsi sangat tidak setuju dan tidak setuju berada pada frekuensi dan peratus terendah iaitu 7.9%. Walaupun Islam mengambil sikap yang tegas dalam isu murtad, namun sikap menghormati kepercayaan agama lain adalah satu akhlak yang dituntut. Sejarah menunjukkan Islam mempunyai toleransi yang tertinggi apabila terbentuknya Piagam Madinah di mana agama lain diberikan kebebasan untuk dianut oleh penganut masing-masing termasuk Yahudi tanpa sebarang prasangka. 3. Minat Menyertai Aktiviti yang Melibatkan Pelbagai Kaum. Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis deskriptif tersebut seperti Rajah 3 berikut.

Rajah 3.

13.1%

sangat tidak setuju

tidak setuju

tidak pasti

setuju

sangat setuju

missing

3.6% 0.3% 7.2% 33.1% 42.6%

Rajah 3 menunjukkan terdapat 46.2% pelajar sekolah agama berminat menyertai aktiviti sekiranya ia melibatkan pelbagai kaum dengan 33.1% setuju dan 13.1% sangat setuju. Seterusnya diikuti oleh persepsi tidak pasti dan tidak setuju. Manakala, sangat tidak setuju berada pada frekuensi dan peratus terendah. Allah SWT menjadikan pelbagai bangsa, kaum dan warna kulit adalah untuk kenal-mengenal antara satu sama lain. Itulah fitrah semulajadi manusia dan sesuai dengan gerak hati dan minat setiap insan. 4. Yakin bahawa tolak ansur dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis deskriptif tersebut seperti Rajah 4 berikut.

73

Rajah 4 60 40 20 0

51.5

42.6 1.3 tidak setuju

4.6 tidak pasti

setuju

sangat setuju

Rajah 4 menunjukkan terdapat 51.5% pelajar sekolah agama sangat setuju dan 42.6% pelajar setuju bahawa tolak ansur dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Hal ini menunjukkan kaum Melayu di Malaysia sangat bersatu padu. Seterusnya diikuti oleh persepsi tidak pasti dan tidak setuju. Kedua-duanya berada pada frekuensi dan peratus terendah iaitu tidak pasti 4.6% dan tidak setuju 1.3%. Kepelbagaian agama dan multi budaya adalah suatu yang realiti. Penyatuan kepercayaan adalah perkara mustahil. Begitu juga pemaksaan agama adalah satu larangan dalam Islam. Hanya toleransi yang boleh menghubungkan kepelbagaian tersebut.

5. Tidak selesa sekiranya sambutan perayaan kaum lain diadakan berdekatan dengan kejiranan saya. Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis deskriptif tersebut seperti Rajah 5 berikut.

Rajah 5 11.5

sangat setuju

18

tidak pasti 5.6

sangat tidak setuju 0

10

44.3

20.7 20

30

40

50

Rajah 5 menunjukkan majoriti pelajar iaitu 44.3% tidak pasti sama ada mereka berasa selesa atau tidak selesa sekiranya sambutan perayaan kaum lain diadakan berdekatan dengan kejiranan mereka. 29.5% setuju bahawa mereka tidak selesa. Manakala, 26.3% pula tidak setuju. Sistem perancangan bandar dan desa di Malaysia masih terpengaruh kuat dengan sistem pengasingan kerana ia dibina berdasarkan kepada punca sumber kewangan, sejarah pendudukan awal dan sistem perancangan bandar dan desa yang disediakan oleh British. Oleh itu, sangat sukar untuk mencari bukti suasana yang menunjukkan kehidupan kejiranan yang sebenar. 6. Kepelbagaian agama dan bangsa di Malaysia boleh membawa permusuhan. Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis deskriptif tersebut seperti Rajah 6 berikut.

74

Rajah 6 sangat tidak setuju

tidak setuju

tidak pasti

setuju

sangat setuju 4%

9% 36%

23% 28%

Rajah 6 menunjukkan 51% pelajar tidak setuju dan sangat tidak setuju bahawa kepelbagaian agama dan bangsa di Malaysia boleh membawa permusuhan. Hanya 13% pelajar sahaja yang setuju. Manakala 36% pelajar lagi tidak pasti. Hasil kajian ini membuktikan bahawa bangsa Melayu sangat meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia. Kepelbagaian agama dan bangsa menguatkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Malah, ia telah menjadi identiti yang telah dihayati oleh setiap individu dan dikagumi oleh dunia. Kajian-kajian yang meninjau pola interaksi pelajar di luar kelas turut mendapati pengaruh persekitaran rumah masih kuat mempengaruhi pelajar bergaul dengan hanya rakan sesama etnik mereka. Implikasinya, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni atau sebaliknya menemui kegagalan jika sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.

RUMUSAN Hubungan sosial merujuk kepada hubungan antara individu dengan kelompok, atau kelompok dengan kelompok tanpa dibatasi oleh warna kulit, agama, kaum, pangkat, taraf hidup dan jantina selagi mana ia tidak bercanggah dengan batas yang ditetapkan oleh agama. Hubungan sosial sangat penting bagi menjamin interaksi kaum yang kukuh. Hasil kajian menunjukkan penghormatan pelajar sekolah agama terhadap kepercayaan kaum bukan Islam sangat tinggi (F2) iaitu sebanyak 61.6%. Sikap hormat pelajar sekolah agama terhadap kaum bukan Islam ini wujud melalui hubungan sosial yang terjalin. Hubungan sosial yang dimaksudkan seperti melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain. Hal ini terbukti melalui hasil kajian yang tinggi iaitu sebanyak 46.2% pelajar sekolah agama menunjukkan mereka suka menyertai aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum (F4). Namun demikian, hasil kajian menunjukkan peratusan pelajar sekolah agama yang selesa berinteraksi dengan kaum lain (F1) hanya sedikit iaitu sebanyak 44.6%. Dapatan kajian ini disokong oleh Sanusi Osman (1989). Dalam kajiannya terhadap polarisasi kaum di institusi pengajian tinggi telah menggariskan beberapa masalah polarisasi di kalangan para pelajar institusi pengajian tinggi. Antaranya i) Darjah interaksi antara pelajar berbagai etnik adalah rendah walaupun terdapat banyak peluang untuk berinteraksi sesama mereka di kampus.; ii) Terdapat kecenderungan untuk memilih sahabat atau kawan daripada anggota etnik yang sama; iii) Kurang perbincangan secara terbuka dan serius dalam kalangan pelajar pelbagai etnik mengenai soal politik, ekonomi dan sosial; iv) Terdapat prasangka dan streotaip yang kuat dan v) Sebahagian besar daripada pelajar mempunyai ethnosentrism yang tinggi.

75

Kajian yang dilakukan oleh Sanusi Osman ini mendapati bahawa kebanyakan kegiatan yang melibatkan peluang-peluang interaksi para pelajar tidak mendorong kepada hubungan mahupun pergaulan yang lebih luas. Ini disebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan kegiatan sesama etnik. Antara faktor-faktor yang mendorong kepada wujudnya masalah polarisasi adalah disebabkan oleh masalah pelajar dan institusi universiti yang akhirnya membawa kepada social sanction. Kedua ialah masalah struktur dan perkembangan masyarakat yang membawa isu-isu kepentingan kaum-kaum tertentu. Ketiga pula adalah masalah sistem politik dan ekonomi iaitu para pelajar di institusi pengajian tinggi banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik luaran yang akhirnya mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan jarang memikirkan strategi ke arah memupuk hubungan kaum yang lebih rapat dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Isu ini juga disokong dengan hasil kajian yang menyatakan 44.3% pelajar tidak pasti mengenai sambutan perayaan kaum lain yang diadakan berdekatan dengan kejiranan mereka (F10). Hal ini ekoran kebanyakan pelajar masih keliru mengenai konsep Islam. Dalam Islam, mengenali kaum atau bangsa lain adalah salah satu daripada prinsip asas dalam Al-Quran. Ia bertitik tolak daripada proses kejadian Allah yang menjadikan manusia berasaskan jantina dan mencipta manusia dari pelbagai bangsa dan qabilah. Firman Allah swt: “Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal” (Al-Hujurat:13) Meskipun bilangan pelajar sekolah agama yang selesa berinteraksi dengan kaum lain hanya sedikit, namun mereka tidak menyokong penyataan bahawa kepelbagaian agama boleh membawa kepada perbalahan dan permusuhan (F18). Hasil kajian menunjukkan hanya 13.4% sahaja yang bersetuju dengan penyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar sekolah agama masih mempunyai sikap tolak ansur terhadap kaum agama lain. Melalui hasil kajian, majoriti pelajar iaitu sebanyak 94.1% yakin sifat tolak ansur dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia (F6). Selain analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus, analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai turut dijalankan bagi melihat persepsi pelajar sekolah agama terhadap hubungan etnik dan proses perpaduan kaum secara keseluruhan. Hasil analisis deskriptif tersebut seperti Jadual 1 berikut: No. 1 2 4 6 7 8

Item F1 F2 F4 F6 F10 F18

Min 3.4803 3.6349 3.4507 4.4426 3.0918 4.4125

Sisihan Piawaian 0.83227 0.84913 0.93565 0.64697 1.03146 0.75781

Interpretasi sederhana tinggi sederhana tinggi sederhana tinggi

Jadual 1 Hasil analisis deskriptif mendapati daripada 8 item yang dikaji, 3 item menunjukkan nilai min yang sederhana (F1, F4 dan F10) dan 3 item menunjukkan nilai min yang tinggi (F2, F6 dan

76

F18). Secara keseluruhan kajian ini membuktikan bahawa persepsi pelajar sekolah agama terhadap hubungan etnik dan proses perpaduan kaum adalah baik.

KESIMPULAN Bagi membina jati diri kebangsaan, memupuk semangat nasional serta cinta kepada negara dan mengeratkan perpaduan kaum, kerajaan seharusnya menumpukan perhatian terhadap sistem pendidikan di Malaysia kerana ia merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan. Bahkan pendidikan juga dianggap satu cara untuk mengurangkan perbezaan etnik dan polarisasi kaum. Elemen agama yang diterapkan dalam sistem pendidikan mampu menyediakan pengetahuan kepada pelajar mengenai berbagai-bagai kebudayaan yang sedia ada dalam masyarakat majmuk supaya pemahaman akan menghasilkan penerimaan terhadap kewujudan kepelbagaian dalam masyarakat dan toleransi terhadap segala bentuk susunan masyarakat. Sistem pendidikan seharusnya melewati ras atau kaum dan dijadikan tapak yang kukuh untuk menyemai dan menanam nilai toleransi, kenal mengenal, kerjasama, persefahaman dan penyemaian nilai yang mendukung perpaduan.

RUJUKAN Abdulllah Taib. 1984. Integrasi dan Polarisasi Mahasiswa Universiti di Malaysia. Laporan Teknikal, Biro Perundingan dan Penyelidikan Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ab. Aziz Mohd. Zin. 2012. Strategi Dakwah dalam Sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur: APIUM A.R.I. Cayongcat. 2005. US-British Neo Colonial Conspiracy in the Muslim World. Shah Alam: Bookdigital Sdn. Bhd. Fatimah Daud & Abdul Hadi Yaacob, 2006, Polarisasi Kaum di Kalangan Pelajar-Pelajar Universiti, Petaling Jaya, Selangor: Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia. Golam W. Choudhury. 1993. Islam and The Modern Muslim World. Essex England: Scorpion Publishing Ltd. Ibrahim Saad. 1980. Competing Identities in a Plural Society. Singapore: The Institute of South East Asian Studies. Ismail al-Faruqi. 2009. Islam dan Kepercayaan Lain. (terj: Zulkiple Abd. Ghani). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Ismail Ibrahim. 2010. 1Malaysia: Pembentukan jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd. Yusof Othman (pnyt.). Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari, hlm. 3-20. Bangi: Institut Islam Hadhari, UKM. Mansor Mohd Noor dan rakan-rakan. 2001. Kajian arah dan tahap pencapaian perpaduan Negara Di Insititusi Pengajian Tinggi, Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar,Universiti Sains Malaysia.(tidak diterbitkan) Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2011, Prinsip berinteraksi dengan non nuslim nalam Konteks Malaysia. dalam Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad Mustapha. Fiqh masyarakat nukan Islam di Malaysia. Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia. Mohamad Zaidi Abdul Rahman etc. 2007. Asas toleransi terhadap kebebasan beragama dari persepktif Islam. Dalam Wan Suhaimi Wan Abdullah & Mohd Fauzi Hamat. Konsep Asas Islam dan Hubungan Antara Agama. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam UM.

77

Muhammad Abd. Rauf. 1991. The muslim mind: foundation and early manifestation. Kuala Lumpur: DBP Sanusi Osman. 1989. Ikatan etnik dan kelas di Malaysia, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Budaya yang tercabar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Putman, E.D. 1998. Teaching About Patriotism: An Assesment Of Teacher Attitudes And Classroom Practices. Tesis PhD. University Of Tennessee. Rush, M. 1992. Politics and society: an introduction to political sociology. Hertfordshire: Simon & Schuster International Group Yusuf Al-Qardhawi. 2002. Islam ekstrem: suatu analisis & cabaran terhadap kebangkitan Islam. Batu Caves: Penerbit Darul Iman Sdn. Bhd. Yusuf Al-Qardawi. 2000. Al-Muslimin wa al-‘Aulamah. Al-Qahirah: Dar al-Tauzi ‘wa alNasyr al-Islamiyah

78