Bersama Profesor Emeritus Datuk Menulis Gabungan Kata

P engejaan kata bebas yang membentuk rangkai kata dalam tulisan Jawi ialah mengikut ejaan Rumi. Ada yang ditulis terpisah antara satu sama lain dan ad...

56 downloads 511 Views 437KB Size
Halaman Empat

BERITA HARIAN Rabu, 20 Ogos 2008

BH PILIH L4 20 emel

PEDOMAN EJAAN JAWI

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor

Gejala Perkataan yang Berubah-ubah (Bahagian Pertama)

Menulis Gabungan Kata

P

engejaan kata bebas yang membentuk rangkai kata dalam tulisan Jawi ialah mengikut ejaan Rumi. Ada yang ditulis ter­pisah antara satu sama lain dan ada juga yang ditulis serangkai. 1. Rangkai kata yang ditulis terpisah termasuklah rangkai kata setara dan simpulan bahasa. Contoh rangkai kata setara:

Rumi

Rumi

Jawi

Bijak pandai

Makan minum

Hidup mati

Miskin kaya

Aman damai

Rupa paras

Tunjuk ajar

Siang malam

Ibu bapa

Lebih kurang

Jawi

Contoh simpulan bahasa:

Rumi

Rumi

Jawi

Anak emas

Bulan madu

Intan payung

Pilih kasih

Buah hati

Makan angin

Puas hati

Duit kopi

Makan suap

Keras hati

Jawi

2. Rangkai kata yang ditulis serangkai termasuklah gabungan kata majmuk yang telah mantap (dalam ejaan Rumi) dan rangkai kata yang asalnya ditulis terpisah diimbuhi apitan (awalan dan akhiran). Contoh gabungan kata majmuk yang telah mantap:

Rumi

Rumi

Jawi

Antarabangsa

Jawi

Bumiputera

Jawatankuasa

Setiausaha

Sukarela

Pesuruhjaya

Suruhanjaya

Kakitangan

Warganegara

Tandatangan

Olahraga

Matahari

Kerjasama

Tanggungjawab

Contoh rangkai kata yang asalnya ditulis terpisah mendapat apitan.

Rumi Anak tiri

-->

Dianaktirikan

Ibu bapa

-->

Keibubapaan

Ikut serta

-->

Mengikutsertakan

Lipat ganda

-->

Melipatgandakan

Sama rata

-->

Menyamaratakan

Satu padu

-->

Penyatupaduan

Tidak harmoni

-->

Ketidakharmonian

Titik berat

-->

Dititikberatkan

Jawi

Rangkai kata di atas ditulis terpisah sekiranya mendapat imbuhan awalan atau akhiran sahaja. Latihan 1. Rakyat Malaysia hidup aman damai. 2. Ahmad ialah buah hati ibunya. 3. Tandatangan Ali sungguh cantik. 4. Guru mengikutsertakan muridnya dalam persembahan itu.

D

alam bahasa Melayu, satu aspek yang perlu difahami ialah bagaimana perkataannya berubah-ubah bergantung, antara lain, pada imbuhan yang digunakan, proses pembentukan kata yang berlaku dan cara perkataan itu digunakan di dalam ayat. Sebagai contoh, perkataan jalan boleh berubah daripada bersifat kata nama (Jalan itu sa­ngat lurus.) kepada kata kerja (Dia berjalan ke sekolah.) semata-mata kerana penggunaan imbuhan ber- dan cara digunakan dalam ayat. Contoh kedua ialah bagaimana, melalui proses penggandaan penuh, makna sesuatu perkataan boleh berubah. Agar, misalnya, ialah kata hubung keterangan yang membawa maksud harapan, seperti dalam ayat Makanlah ubat ini agar kamu cepat sembuh. Jika diganda penuh perkataan ini, akan lahir agar-agar yang bererti sejenis tumbuhan (lumut laut), yang jika diproses dan dimasak, menjadi kuih yang sedap dimakan. Dengan kata lain, satu perkara yang menarik tentang bahasa Melayu ialah bagaimana perkataannya berubah-ubah. Namun begitu, jikalau perkara ini tidak difahami dengan betul, banyak kesalahan akan berlaku. Sebagai contoh, terdapat perbezaan makna dan cara menggunakan perkataan menjalankan dan menjalani. Jika tidak difahami, kita boleh membuat ayat yang salah kerana setiap imbuhan (meN-...-kan dan meN...-i) membawa pengertian yang berlainan, seperti yang kelihatan dalam ayat-ayat ini: (1) Jabatan saya menjalankan kursus motivasi. (2) Dua puluh orang pekerja sedang menjalani kursus tersebut. Oleh itu, ruangan ini pada kali ini akan menumpukan perhatian kepada aspek ini. Aspek yang pertama ialah perubahan yang berlaku disebabkan perkataan itu mengalami proses penggandaan. Proses ini agak kompleks juga dalam bahasa Melayu, kerana terdapat beberapa bentuk penggandaan, seperti penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Kes yang pertama beraku pada perkataan yang mengalami penggandaan penuh, iaitu daripada bentuk tunggal kepada bentuk ganda. Proses ini bukan sahaja

mengubah bentuknya (daripada bila, misalnya kepada bila-bila) tetapi juga mengubah makna, seperti yang telah dilihat pada perkataan agar dan agar-agar di atas. Bagi bila dan bila-bila, bila ialah kata tanya (Bilakah pelajar itu mengambil ujian?), manakala bila-bila ialah kata adverba yang bermaksud sebarang waktu (Hujan boleh turun bila-bila sahaja.). Perubahan melalui penggandaan separa juga boleh berlaku, yang juga membawa perubahan makna. Sebagai contoh, daripada mencari, yang membawa pengertian berusaha supaya dapat atau berjumpa (Dia mencari kucingnya yang hilang.) kepada mencaricari, yang bererti berusaha bersungguh-sungguh (Dia merayau ke sana sini mencari-cari kucingnya yang hilang.). Bagi perkataan mencari, terdapat pula proses penggandaan separa yang kedua, iaitu cari-mencari, yang membawa maksud kedua-dua pihak saling mencari (Kanak-kanak itu bermain permainan bersembunyi dan cari-mencari.). Perkataan kasih boleh menerima awalan ber-, menjadikannya berkasih yang membawa maksud berasa kasih. Contoh dalam ayat: Orang tua-tua selalu mengatakan “adat berkasih menanggung rindu”. Bentuk berkasih boleh mengalami penggandaan, menjadikannya berkasih-kasihan, yang bererti saling berasa kasih, misalnya Setelah berkahwin pasangan itu amat berkasih-kasihan. Demikian sedikit huraian tentang perubahan yang berlaku kepada perkataan disebabkan unsur penggandaan. Kelihatan bahawa bukan sahaja bentuknya berubah tetapi maknanya juga turut berubah. Perkara yang kedua yang ingin disentuh ialah tentang berubah golongan kata yang berlaku bergantung pada cara perkataan itu digunakan dalam ayat. Ada perubahan yang berlaku tanpa perubah­an pada perkataan itu. Misalnya bagi perkataan dalam. Dalam ayat Sungai itu sangat dalam, dalam merupakan kata adjektif kerana hadir dalam predikat dan didahului oleh kata penguat sangat. Dalam ayat Saya menyimpan wang itu di dalam almari, dalam

BAHASA SUKUAN

I

KATA KLASIK

Inahak

nahak ialah kosa kata suku kaum Sungai yang bermaksud awan. Kata inahak diucapkan dalam tiga suku kata i-na-hak. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat berikut: Ina­ hak kelihatan berwarna kehitam-hitaman menandakan hari ini akan hujan. Oleh Norzanani Kata

hadir selepas kata sendi nama di dan sebelum kata nama almari. Ini menjadikan dalam kata arah, iaitu dalam frasa sendi nama di dalam almari. Dalam ayat Dalam hal itu, saya kurang bersetuju., di sini dalam merupakan kata sendi nama dalam frasa sendi nama, kerana hadir sebelum frasa nama hal itu. Dalam ketiga-tiga ayat ini kelihatan bahawa perkataan dalam berubah golongan kata sebanyak tiga kali. Perkataan bahasa dapat digunakan dalam ayat mengikut pelbagai golongan kata. Yang pertama ialah sebagai kata nama, seperti dalam ayat Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita. Kedua, bahasa kadangkala digunakan sebagai menggantikan kata hubung komplemen bahawa (Saya tahu bahasa ia malas). Mengikut Kamus Dewan, ejaannya boleh juga basa. Ketiga, dan ini terdapat dalam tulisan lama, bahasa memikul tugas kata adverba yang membawa makna agak atau sedikit, misalnya, Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sepoisepoi bermaksud perlahan; maka sepoi-sepoi bahasa bererti agak perlahan. Selain itu, ada juga orang mengatakan gila-gila bahasa yang bermaksud gila sedikit. Di samping itu, perkataan-perkataan juga berubah bergantung pada di mana duduknya dalam ayat. Perkataan putih, misalnya, lazimnya dikatakan tergolong sebagai kata adjektif. Contoh dalam ayat: Dia memakai baju putih. Namun begitu, ada kalanya putih digunakan sebagai subjek ayat, misalnya: Putih lambang kesucian. Subjek ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Jika demikian halnya, putih dalam ayat ini dikatakan telah berfungsi sebagai kata nama. Mungkin asalnya ayat ini berbunyi Warna putih melambangkan kesucian, yang lama-kelamaan tergugur perkataan warna. Walau apa pun, putih dalam ayat ini berfungsi sebagai kata nama. Demikianlah huraian ringkas tentang beberapa aspek perubahan yang berlaku kepada perkataan dalam bahasa Melayu. Kita hendaklah prihatin terhadap aspek ini agar penggunaan bahasa kita lebih baik dan lebih sempurna. Perbincangan ini akan disambung bulan hadapan.

Pertanda, pelebaya

T

akrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo. Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.