PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
UAW 101 PENGANTAR ARKEOLOGI TOPIK : BUDAYA MANUSIA DAN REKOD ARKEOLOGI
Pengenalan Budaya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu buddhayah yang merupakan perkataan jamak dari buddhi bermaksud budi atau akal. Dalam bahasa Inggeris budaya atau culture berasal dari perkataan culture dari perkataan Latin Colore yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. Definisi ‘Satu himpunan kelengkapan intelek dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi kemasyarakatan dan dapat beradaptasi dengan persekitaran’ (Paddington) “Sistem yang kompleks meliputi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, pakaian, dan yang lain-lain yang berkaitan dengan kebolehan dan tingkahlaku seseorang sebagai ahli sesebuah masyarakat” Edward Tylor (1871) Budaya ialah satu sistem tradisional masyarakat terhadap kepercayaan dan tingkahlaku • • •
Satu sistem amalan manusia terhadap persekitaran, bersifat kompleks,tidak homogeneous,sentiasa berubah dalam pelbagai cara. Sistem budaya merupakan satu set perkara tidak tetap dan saling kait mengait contohnya peralatan,pengkebumian,subsisten,kepercayaan dan organisasi sosial. Perubahan budaya dikenali ‘proses budaya’/ekologi budaya.
Bagaimana proses budaya berlangsung Proses budaya melibatkan aktiviti ciptaan material (budaya material) dan bukan material (intangible) berlangsung melalui proses penyebaran, migrasi dan proses‘adaptasi’ Melalui ciptaan atau invensi: • Budaya berlangsung apabila manusia mencipta /memanipulasi sesuatu objek menjadi sesuatu budaya material bagi sesuatu tujuan atau keperluan spt.alat batu, mata panah, tembikar, perahu, gendang dan seabagainya. • Budaya melalui penciptaan sesuatu budaya bukan material (intangible)spt. Ritual atau upacara amal contoh corak pengkebumian, perubatan, tarian, nyanyian, mantera yang akhirnya diterima dan diamalkan sebagai satu norma dan budaya dalam sesuatu masyarakat
Melalui Difusi dan Migrasi
•
Salah satu bentuk difusi adalah penyebaran unsur-unsur kebudayaan dari satu tempat ke tempat lain yang dibawa oleh kelompok manusia yang bermigrasi. Contohnya dalam masyarakat prasejarah awal telah berlangsungnya penghijrahan manusia homo erectus dari Afrika (Homo erectus terawal ditemui di Lembah Rift, Africa dan selatan Africa).
•
Alat batu dan tapak bertaburan di Afrika, termasuk tapak di gurun Sahara. Sekitar 1 juta tahun dahulu, berlaku migrasi Homo erectus ke Asia dan Eropah. Bukti-bukti Homo erectus turut ditemui di Jawa dan Pergunungan Caucasus mencadangkan kemungkinan Homo erectus sampai ke Asia sejak 2 juta tahun dahulu. Bentuk difusi yang lain iaitu penyebaran kebudayaan berdasarkan pertemuan antara individuindividu dalam suatu kelompok manusia dengan individu-individu dalam suatu kelompok yang berbeda contohnya dalam masyarakat perdagangan Lembah Bujang dizaman proto sejarah. Pada zaman kegemilangannya ia menjadi pusat perdagangan yang mendedahkan masyarakat tempatan dengan masyarakat luar terutama dari India, China, Arab dan lain-lain negara di rantau Asia Tenggara. Selain itu pertukaran budaya juga berlangsung dikalangan pedagangpedagang yang mempunyai latar belakang budaya dan agama yang berbeza.
• •
Budaya Prasejarah Bagaimana Kita Memahami Budaya Prasejarah? Ahli arkeologi menjalankan kajian bagi mendapatkan data-data yang akan di rekonstruksi semula untuk membina semula kefahaman tentang corak budaya dan tingkah laku masyarakat prasejarah selengkap mungkin. • • • • •
Budaya Paleolitik? Budaya Mesolitik? Budaya Neolitik? Budaya Zaman Logam? Budaya Zaman Protosejarah?
Paleolitik • Budaya Paleolitik- ‘Zaman batu lama’ budaya awal prasejarah wujud sejak adanya manusia hingga 10,000 td. Berasal dari perkataan Latin‘paleo’ bermaksud lama manakala ‘litik’ bermaksud batu. • Dicirikan oleh teknologi alat batu yang kasar berfungsi sebagai alat penetak, kapak genggam dan alat repeh • Struktur sosial terdiri dari kumpulan kecil terdiri dari pemburu pemungut nomadik berasaskan kem Mesolitik • ‘Zaman Batu Pertengahan’dicirikan oleh alat batu kecil ‘mikrolit’ yang dominan di Eropah dan Asia Barat. • Masih mengamalkan ekologi budaya memburu memungut nomadik.
Neolitik
• • •
‘Zaman batu baru’ dicirikan oleh budaya pertanian dan menternak haiwan serta telah mula menetap. Telah menghasilkan tembikar dan alat batu bergilap seperti beliung Taburan meluas termasuk Malaysia.
Logam • • • • • •
Logam digunakan sejak 5,000 td Logam mula digunakan untuk peralatan,senjata,perhiasan etc. Manusia telah pandai mengawal suhu melebihi 1,000 darjah celsius Diperolehi melalui melombong dan dilebur,dicampurkan bahan logam lain serta dibuat acuan contoh gangsa dari campuran kuprum + timah. Logam awal ialah kuprum,kemudian gangsa,emas,perak dab besi. Taburan seluruh dunia
Protosejarah • Proto sejarah merujuk kepada zaman yang berlangsung pada akhir abad 1 dan sebelum abad ke 14 (sebelum kewujudan Melaka) atau selepas berakhir zaman Logam. • Zaman protosejarah dikesan melalui ekskavasi dan jumpaan artifak arkeologi contohnya di Lembah Bujang, Kuala Selinsing, Jawa Timur, Palembang etc • Sumber-sumber utama protosejarah juga diperolehi melalui catatan ahli pelayaran Cina dan mubaligh India. Contohnya tulisan Tamil merujuk Suvarnabhumi (land of gold) dan Suvarnadvipa (golden island) merujuk semenanjung Tanah Melayu termasuk Patani. Ia juga berdasarkan inskripsi batu bersurat palava contohnya inskripsi Nalanda dan Chola. Sumber Cina ialah Faxian (abad 5) dan Yiqing (abad ke7). Senario politik dan perdagangan banyak dicatatkan oleh Zhoau Chufei (abad ke12) dan Zhao Rukua (abad ke13) Catatan ini menyebut banyak nama tempat,pelabuhan dan kerajaan meskipun ada yang tidak jelas dan dapat dikesan. Sumber Arab Parsi juga terdapat contohnya mencatatkan kewujudan Kalah (Kedah) dan semakin banyak catatan menjelang penyebaran Islam pada abad ke 9
Bagaimana berlangsungnya sesuatu Budaya dan Pembentukan Tapak Arkeologi Aktiviti manusia adalah sesuatu tingkahlaku manusia yang kompleks spt.membuat alat batu, melapah, memburu dan memungut, melakukan sesuatu pengkebumian, membuat tembikar, melebur besi. Aktiviti ini pula dilakukan berulang kali. Bagaimana proses ini berlangsung? Dalam sesuatu aktiviti membuat alat batu ia melibatkan proses berikut: • Pemilihan bahan mentah • Pembuatan peralatan • Penggunaan peralatan • Peralatan yang diabaikan dan ditinggalkan disebabkan rosak, telah haus, patah (atau boleh juga digunakan apabila dibaiki) • Terkambus dalam tanah oleh proses semulajadi disebabkan endapan tanah atau oleh tindakan manusia
•
Ahli arkeologi mungkin akan menemui bukti-bukti arkeologi dalam salah satu peringkat dan mereka mempunyai tugas untuk menentukan bukti-bukti yanag diperolehi mewakili peringkat mana.
Proses Formasi Budaya, bagaimana sesuatu rekod arkeologi ditinggalkan (Colin Renfrew & Paul Bahn 1991:46)
Tapak Arkeologi •
• •
Tempat berlangsung aktiviti manusia awal dan pernah berfungsi sebagai kawasan penempatan,bengkel,kubor,tempat ritual, tempat memburu, membuat alat/bengkel, tempat melapah haiwan etc Terdiri dari tapak terbuka, tapak gua/pelindung batuan, Tapak monumen, tapak dibawah air dll Mempunyai pelbagai saiz
Bukti Arkeologi Bukti arkeologi ialah bukti tinggalan aktiviti manusia awal sama ada artifak,ekofak dan fitur Rekod arkeologi diperolehi hasil penemuan tidak sengaja ‘chance finds’,melalui ekskavasi dan survei
Rekod arkeologi dibentuk oleh formasi tapak hasil endapan lapisan penutup terhadap ‘lapisan kebudayaan’. Agen penutup ialah manusia dan agen semulajadi seperti angin,air dan pergerakan tanah. Lapisan tanah dikenali sebagai stratigrafi.
Artifak • Artifak ialah objek yang telah dimanipulasi, dimodifikasi dan digunakan manusia untuk sesuatu fungsi kerja • Objek kebendaan ‘material culture’ yang digunakan sebagai alat pengeluaran, alat domestik (kegunaan rumah tangga), alat muzik, alat ritual etc •
Artifak- dimanipulasi dan digunakan
Ekofak Ekofak ialah material yang diguna atau ada kaitan dengan aktiviti manusia awal tetapi tidak diubahsuai/ dimanipulasi seperti- sisa makanan, rangka manusia, bukti spora dll. Ekofak menjadi sebahagian dari bukti-bukti arkeologi apabila ia ditemui dalam kontak arkeologi apabila ditemui berasosiasi dengan artifak dalam ekskavasi arkeologi.
Ekofak : cengkerang, fauna, polen, rangka manusia, etc
Fitur Fitur ialah bukti aktiviti manusia awal yang tidak bergerak/berubah, contoh-contoh fitur ialah bukti manusia awal yang statik seperti relau, struktur rumah, lubang sampah, etc
Fitur Kontak Arkeologi • • • • • •
Kontak arkeologi ialah dimana objek atau artifak berada dalam kedudukan yang signifikan dan tidak terganggu dalam sesuatu tapak (juga dikenali sebagai kontak budaya) Kontak budaya mewakili kedudukan artifak/objek samada ditemui di dalam lubang, didalam bilik atau dipermukaan tanah Kontak yang jelas dan ‘in-situ’ (dalam keadaan asal/tidak terganggu) memudahkan arkeologis untuk memahami dan membina semula aktiviti manusia awal dengan kukuh dan meyakinkan. Kontak meliputi matrix (pelindung) contohnya sedimen dari gravel,tanah liat,pasir etc. Material ditemui dalam kedudukan secara mendatar dan menegak dalam lingkungan matrix Setiap jumpaan perlu berasosiasi antara satu sama lain dalam satu matrix
In situ • Kajian dan interpretasi arkeologi memerlukan data yang tidak terganggu • In-situ ialah keadaan dimana sesuatu artifak masih berada dalam konteks yang asal seperti ia ditinggalkan pada zaman silam.
Ruang dan masa •
•
•
Masa • • • •
Ruang ialah asosiasi atau hubungan antara artifak menggambarkan tingkahlaku budaya samada kecil atau lebih luas contohnya hubungan antara sesuatu artifak dengan beberapa keluarga atau dengan masyarakat disebuah negara atau serantau Ahli arkeologi mengkaji tingkahlaku berdasarkan artifak dan asosiasinya contoh disatu tapak melapah bison yang menemukan satu alat bermata tirus yang secara logik dikatakan sebagai sejenis senjata. Bagaimanapun sekumpulan alat bermata tirus yang sama memberi gambaran yang lebih luas tentang bagaimana haiwan itu dibunuh, dilapah, dipotong dan di makan? The Law of Association berdasarkan prinsip bahawa sesuatu artifak mempunyai hubungan dengan artifak lain yang ditemui berasosiasi dan separas dengannya.
Masa ialah bila sesuatu aktiviti itu berlangsung (usia) Menentukan masa atau Pentarikhan dalam arkeologi bermula pada abad ke 18 apabila stratigrafi geologi digunakan untuk menentukan ‘kronologi relatif’ Berdasarkan ‘Law of Superposition’ atas prinsip lapisan bawah lebih tua dari lapisan atas. Sesuatu tapak ekskavasi memerlukan stratigrafi yang in-situ dan asosiasi artifak akan dinilai berdasarkan relatif dengan lapisannya. Setiap teknologi artifak akan berubah mengikut masa dan tempoh popularitinya
Jadual 1: Skala masa geologi
Jadual 2: Skala masa mengikut teknologi
Bacaan
Fagan, B M (1975) Technology and Artifact DALAM In the Beginning: An Introduction to Archaeology, Little Brown and Company Boston (Chapter 10). Renfrew, C & P Bahn (1991) What Is Left? The variety of evidence DALAM Archaeology: Theories, methods, and practice Thames & Hudson(Chapter 2) Tattersall I, E Delson & JV Cuvering (1988) Encylopedia of Human Evolution dan Prehistory, St. James Press, page 335-338 (Mesolithic), ms 379-381 (neolithic) & ms 415-419 (Paleolithic).