Cara dan panduan pendaftaran Projek PPA1M - ppa1m.gov.my

3 Konsep Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang berses...

30 downloads 511 Views 2MB Size
PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI

Sistem Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

PANDUAN PENGGUNA

Isi Kandungan 1 Pengenalan

2

Sistem Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (SPPA1M) Konsep Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. 2 Portal PPA1M

2 3 4

Pendaftaran Akaun Pengguna Soal Selidik

4 9

3 Aplikasi SPPA1M

10

Tukar kata laluan Lupa kata laluan

10 14

4 Senarai Modul Aplikasi SPPA1M

15

5 Modul Permohonan

17

Borang Permohonan Kemaskini Permohonan Batalkan permohonan Tarik diri dari Permohonan Terima Tawaran Tolak Tawaran Cetak Permohonan Cetak Surat Tawaran

17 23 Error! Bookmark not defined. 25 26 27 29 30

6 Modul Kaji Selidik

33

Daftar Kaji Selidik

33

7 Modul Dashboard

35

8 SMS15888

36

1

1

Pengenalan Sistem Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (SPPA1M) Sistem Pengurusan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau SPPA1M adalah sistem yang berasaskan web dan aplikasi untuk membantu pihak PPA1M dalam melaksanakan tugasan menguruskan permohonan perumahan 1Malaysia bagi penjawat awam. Sistem ini mempunyai beberapa komponen utama dan antara muka yang mesra pengguna. Komponen utama yang terdapat di dalam SPPA1M adalah seperti berikut:                 

Portal PPA1M mengikut kriteria Multimedia Development Corporation (MDEC) Paparan Sistem melalui Android dan iOS Modul Pentadbir Modul Permohonan Modul Pengurusan Permohonan Modul Pengurusan Projek Modul Pemetaan Lokasi Modul Simulasi Modul Pengurusan Tender Modul Pengurusan Bank Tanah Modul Pemaju Modul Kaji Selidik Modul Portal Modul Laporan & Statistik Modul Integrasi Dashboard PPA1M SMS 15888

2

Konsep Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam. Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran. Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

3

2

Portal PPA1M Portal PPA1M merupakan akses utama bagi semua pengguna yang ingin mendaftar akaun pengguna, melihat projek-projek PPA1M yang baru dan membuat kaji selidik terhadap permintaan rumah di kawasan tertentu. Portal PPA1M boleh diakses oleh semua jenis pengguna.

Pendaftaran Akaun Pengguna Semua penjawat awam yang ingin memohon perumahan penjawat awam 1Malaysia perlu mendaftarkan akaun di portal. NOTA: Pastikan anda mengisi semua ruang yang disediakan. Langkah 1

Layari laman web https://www.ppa1m.gov.my Paparan adalah seperti dibawah.

Langkah 2

Klik pada menu Permohonan kemudian pilih pada Daftar Akaun Pemohon. Borang pendaftaran akan dipaparkan seperti berikut.

4

NOTA: Label yang bertanda ‘*’ adalah ruangan mandatori yang perlu diisi oleh permohon untuk mendaftar akaun pengguna. TIP: Agensi yang dipilih adalah merujuk kepada Kementerian / Jabatan / Organisasi atau Kerajaan Negeri bagi majikan pemohon bekerja. Bagi pemohon yang sudah berpencen, sila pilih agensi terakhir sebelum berpencen. Bahagian adalah merujuk kepada tempat atau unit semasa pemohon bertugas.

Langkah 3

Buat carian nama majikan dengan menaip nama majikan pada ruangan ‘Sila Taip Nama Agensi Anda’.

Langkah 4

Klik pada icon

carian, senarai seperti dibawah akan dipaparkan.

5

Langkah 4

Pilih majikan semasa hasil daripada carian yang dibuat. (Contoh: Taip “KEMAS” pada ruangan Sila Taip Nama Agensi Anda.)

Langkah 5

Klik nama agensi majikan pemohon yang dicari. Ruang Nama Agensi* akan diisi oleh nama agensi yang dipilih oleh pemohon.

6

Langkah 6

Lengkapkan semua ruang didalam borang seperti gambar rajah dibawah.

NOTA: Pastikan emel dan nombor telefon bimbit yang diisi adalah betul kerana kata laluan akan dihantar melalui emel dan SMS. Langkah 7

Klik

untuk membuat pengakuan.

NOTA: Sekiranya pengakuan tidak ditanda, butang mengesahkan pendaftaran akaun pemohon. Langkah 8

Klik pada butang pemohon.

tidak boleh diklik untuk

untuk mengesahkan pendaftaran akaun

Notifikasi seperti di bawah akan dipaparkan jika pemohon berjaya mendaftar akaun pengguna.

7

Jika pemohon pernah membuat pendaftaran akaun, notifikasi seperti di bawah akan dipaparkan.

NOTA: Sekiranya terdapat masalah ketika mendaftar akaun pengguna, sila hubungi Unit PPA1M.

8

Soal Selidik Borang soal selidik ini bertujuan untuk melihat statistik permintaan rumah oleh penjawat awam di Malaysia. NOTA: Pastikan anda mengisi kesemua ruang disediakan. Langkah 1

Layari laman web https://www.ppa1m.gov.my Paparan adalah seperti dibawah.

Langkah 2

Klik pada menu Projek. Kemudian pilih sub menu Soal Selidik. Borang soal selidik akan dipaparkan.

NOTA: Label yang bertanda ‘*’ adalah ruang wajib diisi oleh permohon untuk mendaftar akaun pengguna. Langkah 3

Masukkan maklumat anda dalam jawapan soal selidik. Klik untuk menghantar borang soal selidik.

9

3

Aplikasi SPPA1M Aplikasi SPPA1M hanya boleh dicapai oleh pengguna yang mempunyai nama pengguna dan kata laluan. Aplikasi ini boleh diakses melalui https://apps.ppa1m.gov.my.

Tukar kata laluan Kata laluan pengguna boleh diubah sekiranya pengguna telah mendaftarkan akaun bagi mengakses sistem PPA1M. Langkah 1

Masukkan url https://apps.ppa1m.gov.my pada pelayar anda.

Langkah 2

Sila semak kata nama dan laluan dalam inbox atau spam emel anda yang telah didaftar seperti berikut. Paparan kata nama dan kata laluan yang dihantar melalui emel adalah seperti berikut.

10

Langkah 3

Anda perlu memasukkan kata nama dan laluan yang telah diberikan seperti berikut.

11

Notifikasi kata laluan tidak tepat akan dipaparkan jika kata laluan salah.

Jika pengguna belum lagi mendaftar akaun pengguna dari portal, notifikasi maklumat akaun pengguna tiada didalam sistem akan dipaparkan.

12

NOTA: Sila pastikan anda memasukkan kata laluan dengan betul seperti yang telah diemel oleh sistem. Langkah 4

Selepas berjaya login ke dalam sistem, klik pada ikon permohon di sebelah atas kanan. Paparan adalah seperti berikut.

Langkah 5

Klik pada Tukar Kata Laluan.

Langkah 6

Masukkan kata laluan yang baru diikuti dengan kata laluan yang sama pada ruangan ulang kata laluan.

Langkah 7

Klik SIMPAN untuk mengesahkan penukaran kata laluan yang baru.

NOTA: Pengguna perlu log masuk semula menggunakan kata laluan baru yang telah ditukar jika mengubah kata laluan.

13

Lupa kata laluan Ada kemungkinan pengguna lupa kata laluan yang pernah dimasukkan. Untuk penetapan semula kata laluan, pemohon mestilah memasukkan emel yang digunakan ketika mendaftar akaun. Langkah 1

Masukkan url https://apps.ppa1m.gov.my pada pelayar anda.

Langkah 2

Klik Lupa Kata Laluan?.

Langkah 3

Masukkan kad pengenalan pengguna dan emel yang digunakan semasa mendaftar akaun pengguna.

Langkah 3

Klik butang HANTAR. Sekiranya berjaya, sistem akan menghantar maklumat kata laluan baru pada emel yang dimasukkan. Sekiranya emel yang dimasukkan tidak berpadanan dengan emel yang digunakan ketika mendaftar akaun, sistem akan memberi notifikasi bahawa maklumat tiada dalam sistem. NOTA: Sekiranya berlaku kesilapan ketika memasukkan emel yang digunakan ketika mendaftar akaun, sila hubungi pihak PPA1M.

14

4

Senarai Modul Aplikasi SPPA1M Aplikasi SPPA1M terbahagi kepada 13 modul yang mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu pihak PPA1M menguruskan permohonon perumahan penjawat awam 1Malaysia. Antara modul-modul yang terdapat di dalam SPPA1M adalah seperti berikut:              

Modul Pentadbir Modul Permohonan Modul Pengurusan Permohonan Modul Pengurusan Projek Modul Pemetaan Lokasi Modul Simulasi Modul Pengurusan Tender Modul Pengurusan Bank Tanah Modul Pemaju Modul Kaji Selidik Modul Portal Modul Laporan & Statistik Modul Integrasi Modul Dashboard

Setiap modul boleh diakses bergantung kepada peranan pengguna. Jadual berikut menunjukkan modul yang boleh diakses mengikut jenis pengguna.

15

Pengguna / Modul

Pentadbir Urus Setia Sistem PPA1M

Urus Setia Dasar

Migrasi

Pemohon

Pemaju





Pentadbir



Permohonan







Pengurusan Permohonan







Pengurusan Projek









Pemetaan Lokasi









Simulasi







Pengurusan Tender







Pengurusan Bank Tanah







Pemaju







Kaji Selidik







Portal







Laporan & Statistik







Integrasi



Dashboard







16









5

Modul Permohonan Borang Permohonan Pengguna yang telah mendaftar akaun boleh membuat permohonan terus dari sistem setelah berjaya mendapatkan kata laluan melalui emel. Di peringkat ini, pemohon boleh mendaftar permohonan lebih daripada satu. Klik Permohonan  Borang Permohonan.

Terdapat tiga tab di dalam borang permohonan iaitu:   

MAKLUMAT PEMOHON PILIHAN PROJEK PERAKUAN & PENGESAHAN

17

5.1.1 Daftar Permohonan Langkah 1

Klik pada modul Permohonan di bahagian kiri paparan dan pilih submodul Borang Permohonan.

Langkah 2

Paparan Borang Permohonan akan dipaparkan.

NOTA: Label yang bertanda ‘*’ adalah ruang wajib diisi oleh pemohon. Langkah 3

Isikan maklumat pemohon.

Langkah 4

Bagi pemohon yang memilih taraf perkahwinan sebagai kahwin, ruangan MAKLUMAT PASANGAN SUAMI/ISTERI akan dipaparkan.

Langkah 5

Klik

untuk menyimpan maklumat pemohon.

18

NOTA: Bagi pemohon yang mempunyai permohonan berstatus Ditawarkan/Tawaran Diterima/Pemilikan, pemohon tidak akan dibenarkan untuk membuat permohonan baru. Notifikasi akan dipaparkan. Ianya termasuklah pemohon dari Perbadanan Putrajaya dan juga KWP.

Langkah 6

Mesej “Maklumat berjaya disimpan” akan dipaparkan. Klik OK.

Langkah 7

Anda akan berada di tab

.

NOTA: Semua projek boleh di mohon dengan borang permohonan yang berlainan. Bagi projek yang telah ditutup, pemohon tidak dapat melihat projek tersebut. Langkah 8

Klik untuk membuat pemilihan rumah jenis apartment. Sekiranya projek sudah dipilih, butang akan bertukar warna seperti paparan berikut.

19

NOTA: Harga yang dipaparkan pada pilihan projek bagi rumah teres lot tepi dan akhir adalah harga bermula dari, pemohon perlu merujuk kepada pihak pemaju untuk mendapatkanharga sebenar bagi lot tersebut. Langkah 9

Paparan seterusnya adalah seperti berikut:

Langkah 10

Klik untuk meyimpan maklumat projek yang dipilih. Sekiranya maklumat berjaya disimpan, mesej “Maklumat Permohonan Berjaya Disimpan” akan dipaparkan.

Langkah 11

Klik OK untuk pengesahan dan anda berada didalam tab Perakuan & Pengesahan.

20

Langkah 12

Di bahagian DOKUMEN SOKONGAN – Fail yang dimuatnaik mestilah tidak melebihi 5MB (megabait) dengan format PNG, JPG atau PDF, klik untuk memuat naik fail.

NOTA: Saiz setiap fail yang dimuat naik adalah tidak melebihi 5MB. Jenis fail yang dibenarkan untuk dimuat naik ialah pdf, png dan jpeg. Langkah 16Pilih fail dan klik Open. Langkah 13

Mesej “Fail berjaya dimuat naik” akan dipaparkan. Klik OK.

NOTA: Klik

untuk memadam fail (jika berlaku kesilapan semasa memuat naik fail imej).

Langkah 14

Bagi pemohon yang ada kecacatan, pemohon perlu memuat naik kad OKU pada ruangan KAD OKU yang dipaparkan di bahagian MAKLUMAT DOKUMEN SOKONGAN – Fail yang dimuatnaik mestilah tidak melebihi 5MB (megabait) dengan format PNG, JPG atau PDF.

Langkah 15

Klik pada ruangan Status Pemilikan Rumah Semasa Memohon (Termasuk Pasangan).

Langkah 16

Bagi pemohon yang memilih “Sudah” pada Status Pemilikan Rumah Semasa Memohon (Termasuk Pasangan), pemohon perlu mengisi pada ruangan BILANGAN RUMAH YANG DIMILIKI.

Langkah 17

Klik

di ruangan PENGAKUAN PEMOHON.

21

NOTA: Sekiranya dokumen sokongan yang diperlukan tidak dimuat naik, mesej “Lengkapkan semua lampiran dan tunggu sehingga proses muat naik selesai” akan dipaparkan. Langkah 18

Klik

untuk menghantar permohonan.

Langkah 19

Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan.

22

Langkah 20

Klik Ya. NOTA: Selepas permohonan diperaku oleh pemohon, pemohon tidak boleh memadam fail yang telah dimuat naik.

Langkah 21

Mesej “Maklumat berjaya disimpan” akan dipaparkan. Klik OK.

Langkah 22

Status permohonan akan bertukar kepada status Baru. NOTA: Status Baru bermaksud permohonan anda telah berjaya dihantar / disimpan oleh sistem.

Kemaskini Permohonan Langkah 1

Klik pada modul Permohonan di bahagian kiri paparan dan pilih submodul Senarai Permohonan.

Langkah 2

Paparan Senarai Permohonan akan dipaparkan.

Langkah 3

Klik pada permohonan yang ingin dikemaskini.

23

NOTA: Kemaskini boleh dilakukan pada mana-mana status permohonan. Langkah 4

Klik

dan pilih Kemaskini.

Langkah 5

Paparan seterusnya adalah seperti berikut:

Langkah 6

Pilih tab yang ingin dikemaskini.

Langkah 7

Kemaskini maklumat permohonan. Kemudian, klik 24

.

Langkah 8

Mesej “Maklumat Permohonan Berjaya Dikemaskini” akan dipaparkan. Klik OK.

Tarik diri dari Permohonan NOTA: Fungsi ini hanya boleh dicapai oleh pengguna sahaja. Langkah 1

Klik pada modul Permohonan di bahagian kiri paparan dan pilih submodul Senarai Permohonan.

Langkah 2

Paparan Senarai Permohonan akan dipaparkan.

Langkah 3

Klik pada permohonan berstatus Baru.

TIP: Gunakan fungsi tapisan untuk memudahkan pencarian permohonan. Langkah 4

Klik

dan pilih Tarik Diri.

Langkah 5

Paparan seterusnya adalah seperti berikut:

25

Langkah 6

Klik Ya. Permohonan akan bertukar ke status Tarik Diri.

NOTA: Untuk setiap permohonan yang ditarik diri oleh pemohon, sistem tidak akan membenarkan pemohon membuat permohonan kembali kepada projek tersebut. Sekiranya pemohon ingin memohon kembali projek yang telah ditarik diri, sila hubungi pihak admin untuk membatalkan permohonan yang telah ditarik diri.

Terima Tawaran Langkah 1

Klik pada modul Permohonan di bahagian kiri paparan dan pilih submodul Senarai Permohonan.

Langkah 2

Paparan Senarai Permohonan akan dipaparkan.

Langkah 3

Klik pada permohonan berstatus Ditawarkan.

26

TIP: Gunakan fungsi tapisan untuk memudahkan pencarian permohonan. Langkah 4

Klik

dan pilih Terima Tawaran.

Langkah 5

Paparan seterusnya adalah seperti berikut:

Langkah 6

Klik Ya untuk menerima tawaran.

Langkah 7

Mesej “Penerimaan tawaran berjaya direkod” akan dipaparkan. Klik OK.

Langkah 8

Permohonan akan bertukar ke status Tawaran Diterima.

Tolak Tawaran Langkah 1

Klik pada modul Permohonan di bahagian kiri paparan dan pilih submodul Senarai Permohonan.

Langkah 2

Paparan Senarai Permohonan akan dipaparkan.

27

Langkah 3

Klik pada permohonan berstatus Ditawarkan.

TIP: Gunakan fungsi tapisan untuk memudahkan pencarian permohonan. Langkah 4

Klik

dan pilih Tolak Tawaran.

Langkah 5

Paparan seterusnya adalah seperti berikut:

Langkah 6

Isikan sebab penolakan tawaran. Kemudian, klik Ya.

Langkah 7

Mesej “Penolakan tawaran berjaya direkod” akan dipaparkan. Klik OK.

Langkah 8

Permohonan akan bertukar ke status Tawaran Ditolak. 28

Cetak Permohonan Langkah 1

Klik pada modul Permohonan di bahagian kiri paparan dan pilih submodul Senarai Permohonan.

Langkah 2

Paparan Senarai Permohonan akan dipaparkan.

Langkah 3

Klik pada permohonan. Paparan seterusnya adalah seperti berikut:

Langkah 4

Klik

Langkah 5

Paparan seterusnya adalah seperti berikut:

dan pilih Borang Permohonan.

29

Langkah 6

Klik

untuk mencetak borang permohonan.

NOTA: Untuk memuat turun borang permohonan, klik

.

Cetak Surat Tawaran Langkah 1

Klik pada modul Permohonan di bahagian kiri paparan dan pilih submodul Senarai Permohonan.

Langkah 2

Paparan Senarai Permohonan akan dipaparkan.

30

Langkah 3

Klik pada permohonan berstatus Tawaran Diterima.

Langkah 4

Klik

Langkah 5

Paparan seterusnya adalah seperti berikut:

dan pilih Surat Tawaran.

31

Langkah 7

Klik

untuk mencetak surat tawaran.

NOTA: Untuk memuat turun surat tawaran, klik

32

.

6

Modul Kaji Selidik Modul ini berfungsi untuk mendaftarkan kaji selidik dan memaparkan statistik yang diperoleh berdasarkan kaji selidik yang telah dibuat. Ciri carian pada modul ini akan memudahkan pencarian kaji selidik mengikut tapisan yang boleh dipilih.

Daftar Kaji Selidik NOTA: Sub modul ini boleh dicapai oleh pengguna sahaja. Langkah 1

Log masuk dalam sistem PPA1M. Paparan dashboard akan dipaparkan seperti berikut:

NOTA: Notifikasi Kaji Selidik akan dipaparkan di Dashboard hanya pada pengguna yang belum menjawab kaji selidik. Langkah 2

Klik pada modul Kaji Selidik di bahagian kiri paparan dan pilih submodul Borang atau klik di bahagian notifikasi Kaji Selidik.

Langkah 3

Paparan BORANG KAJI SELIDIK akan dipaparkan.

Langkah 4

Isi borang kaji selidik. Kemudian, klik kaji selidik.

33

untuk menyimpan maklumat

(Contoh: Pilih “JOHOR” di ruangan NEGERI, pilih “KLUANG” di ruangan LOKASI dan pilih “Rumah Teres” di ruangan JENIS RUMAH)

NOTA: Borang kaji selidik hanya boleh diisi sekali sahaja. Langkah 5

Mesej “Maklumat berjaya disimpan” akan dipaparkan. Klik OK. Paparan seterusnya adalah seperti berikut:

34

7

Modul Dashboard Modul ini berfungsi untuk memaparkan jumlah permohonan yang telah dimohon, berita mengenai PPA1M, dan projek yang baru dan masih dibuka untuk permohonan.

35

8

SMS15888 Perkidmatan SMS15888 berfungsi untuk memaklumkan kepada pengguna atau pemohon melalui khidmat pesanan ringkas tentang perkara berkaitan dengan pendaftaran akaun baru, penawaran dan moratorium pemilikan rumah. Perkhidmatan ini akan dijana secara automatik bagi pendaftaran akaun baru dan moratorium. Bagi penawaran pula, perkhidmatan SMS15888 hanya akan dihantar dengan pengesahan dari pihak urus setia PPA1M.

36

U n i t P e r u m a h a n P e n j a w a t A w a m 1 M a l a y s i a, Jabatan Perdana Menteri S E L A M A T

B E R J A Y A D A N

Terima Kasih daripada Kumpulan Kerja & Pembangunan

Sistem Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

37