DOWNLOAD THE MAGAZINE (MAJALAH JEJAK INOVASI EDISI 02) 10MB PDF

Download Isi Kandungan. Edit ial. Penasihat: Dato' Dr. SharifahZarah Syed Ahmad. Ketua Editor: Dr. Mazalan Kamis. Editor: Muhammad Aziph Dato...

0 downloads 289 Views 9MB Size
n g u an d n a K i Is

17

Jejak Inovasi Kedah

01

Jejak Inovasi kelantan

29

Jejak Inovasi Terengganu

Editorial Penasihat:

23

Jejak Inovasi pahang

Dato’ Dr. SharifahZarah Syed Ahmad

Ketua Editor: Dr. Mazalan Kamis

41

Editor:

Jejak Inovasi putrajaya

Muhammad Aziph Dato’ Mustapha Sharmila Mohamed Salleh

Penerbit Bersama MOSTI YIM

12

i

Jejak Inovasi johor

Dari Meja

Ketua Editor

Inovasi 35 Jejak labuan

Inovasi 06 Jejak SABAH

ii

Inspirasi Pemimpin “Inovasi membolehkan rantaian nilai ekonomi dianjak ke tahap yang lebih tinggi. Inovasi mencetuskan idea baru yang dirubah menjadi nilai komersial berdaya maju. Justeru, institusi penyelidikan perlu menyusun semula strategi untuk menterjemahkan hasil R&D kepada produk yang bernilai komersial. Inovasi perlu diterap dan diamalkan oleh semua, termasuk sektor swasta, sektor awam, NGO, ibu bapa, institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, hatta kanak-kanak prasekolah. Dengan ini, sukacita saya mengumumkan tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional.” Y.A.B. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI, MALAYSIA

“Budaya inovasi adalah merupakan salah satu nilai-nilai aspirasi, dibawah Gagasan 1Malaysia, yang menghendaki kita menanam sifat-sifat kesediaan dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru, atau lain dari kebiasaan, bagi mencapai kejayaan, disamping bersedia menjadi perintis di dalam bidang yang diterokai” Y.A.B. TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD. YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI, MALAYSIA

iii

“Kerajaan amat menekankan pembudayaan inovasi di kalangan masyarakat Malaysia untuk menganjak ekonomi kita. Isu inovasi bukan lagi satu isu baru malah juga ditekankan oleh negara-negara di seluruh dunia. Inovasi dan kreativiti tidak dapat dipisahkan apabila kita bercakap mengenai cetusan idea-idea, serta penemuan dan penciptaan baru yang mempunyai nilai tambah” Y.B. DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

“Menyedari peri pentingnya Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam pertumbuhan ekonomi negara, Kerajaan akan terus memperkukuhkan pembangunan, penyampaian perkhidmatan dan pembudayaan STI. Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 merupakan landasan kepada semua rakyat Malaysia untuk mencetuskan idea dan memberikan sumbangan dengan melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti STI sepanjang tahun 2012 dan seterusnya. Bagi mencapai hasrat ini, semua pihak termasuk kerajaan, pihak swasta, NGO dan kumpulan akar umbi perlu berkolaborasi ke arah mewujudkan sebuah Negara dan rakyat yang inovatif” Y.B. DATUK HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

“Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan ramuan penting dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi ke arah sebuah Negara berpendapatan tinggi, mapan dan terangkum. Sebagai peneraju STI negara, MOSTI akan sentiasa memastikan STI diletakkan di persada agenda pembangunan dan diarusperdanakan ke dalam semua perancangan, dasar dan pelan strategik. Harapan MOSTI adalah supaya STI menjadi satu budaya dan amalan seluruh rakyat ke arah pembentukan Malaysia yang inovatif dan kreatif. Bagi mencapai harapan tersebut, MOSTI sentiasa memastikan budaya kecemerlangan berteraskan prestasi dan kepuasan pelanggan mencapai tahap maksima melalui penyampaian perkhidmatan yang optimum (Optimising STI Service Delivery, Maximising Customer Satisfaction)” Y.BHG. DATO’ DR. MADINAH BINTI MOHAMAD KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

iv

Apakah itu

Jejak Inovasi? Jejak inovasi adalah satu program dianjurkan untuk menjejak pengetahuan tradisional dan hasil inovasi serta rekacipta yang dibangunkan oleh masyarakat negara di kawasan pedalaman dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Maklumat dan hasil penemuan ini dikumpulkan dalam bentuk pengkalan data (database) bagi memastikan pengetahuan dipelihara dan dapat dikongsi oleh masyarakat di kawasan lain. Jejak inovasi melibatkan penyelidik, ahli sains, ahli reka cipta dan pelajar-pelajar universiti dalam tinjauannya. Penjejak Inovasi juga memberi khidmat nasihat dari segi teknikal bagi membantu penambahbaikan hasil inovasi masyarakat. Selain itu, hasil inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan juga dibantu dari segi memohon hak harta intelek serta proses pengkomersilan. Program Jejak Inovasi yang dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Yayasan Inovasi Malaysia telah berjaya menjejak 379 produk inovasi (sehingga 31 Oktober 2012) yang dibangunkan secara individu mahupun berkumpulan telah berjaya didokumentasi. Daripada 379 produk tersebut, sebanyak 76 produk telah dikenalpasti berpontensi untuk dibangunkan ke peringkat pengkomersilan. MOSTI dan YIM akan membantu produk-produk berpotensi ini dari segi khidmat nasihat teknikal serta saluran bantuan dari segi piawaian dan dana yang disediakan oleh Kerajaan, bank dan pihak swasta. Contohnya Cradle Fund Sdn Bhd yang menawarkan bantuan kewangan seed untuk mengkomersilkan produk inovasi berasaskan teknologi. Pelaksanaan program Jejak Inovasi sememangnya telah dan akan terus melibatkan golongan belia, yang mana antaranya terdiri daripada golongan pelajar daripada Politeknik, GIAT MARA, UITM, Institut Kemahiran Belia (IKM) dan pertubuhan belia serta sukarelawan setempat. Penyertaan belia dalam deligasi Jejak Inovasi bukan sahaja memberi kesempatan kepada mereka mengenali hasil ciptaan akar umbi, malah memberi kesempatan kepada mereka untuk memberikan pandangan dan berkongsi ilmu dan pengetahuan.

Penjejakan (scouting)

Pemetaan (mapping)

Pengkomersilan (commercialization)

Penginkubasian (incubation)

v

Apa makna

Inovasi? Apakah

Komponen Jejak Inovasi?

Inovasi merangkumi pengamalan idea kreatif dengan menambah nilai kepadanya. Bersikap inovatif bermaksud menerapkan kaedah baru atau mempertingkatkannya untuk mencapai sesuatu yang lebih baik, menukar idea kepada sesuatu yang menakjubkan, dan mengubah idea yang paling mudah menjadi produk yang canggih.

Penemuan (discovery)

Penilaian (assessment)

Pengesahan (validation)

Siapakah golongan

Akar Umbi? Pengiktirafan (recognition)

Akar umbi membawa maksud peringkat bawah atau asas sebuah komuniti. Golongan akar umbi adalah termaksud kanak-kanak, belia, wanita, badan bukan kerajaan, masyarakat luar bandar dan juga mereka yang kurang kemampuan. Golongan ini adalah tunjang masa depan negara dan disebabkan itu juga golongan ini hendaklah diberi pededahan awal dan landasan untuk mereka melangkah lebih jauh.

Pendokumentasian (documentation)

vi

Kelantan Kota Bharu

Tanah Merah

1

Alat Penyedut

Madu

Kelulut En. Razip Kota Bharu, Kelantan Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar tentang madu kelulut apa lagi melihat lebah kelulut mahupun merasai madunya. Biasanya, bila disebut tentang madu, ia amat sinonim sekali dengan dengan madu lebah berbanding kelulut. Kebanyakan kajian juga hanya tertumpu kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat. Manakala lebah tidak menyengat atau lebih dikenali sebagai kelulut dalam genus trigona juga memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan selain menghasilkan madu. Madu kelulut mempunyai antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu lebah manakala propolisnya pula dikatakan mempunyai antibiotik semulajadi. Rasanya pula lebih masam berbanding madu lebah, serta mendapat permintaan yang tinggi dari farmasi. En. Razip bin Ibrahim dari Kg. Petani Sering, Kota Bharu, seorang pengusaha madu kelulut, mencipta Alat Penyedut Madu Kelulut ini bagi mendapatkan lebih banyak madu untuk dijual. Alat Penyedut Madu Kelulut rekaan En. Razip ini membolehkan proses pengambilan madu kelulut dengan lebih cepat dan sistematik berbanding proses konvensional. Gabungan penggunaan tekanan membolehkan madu disedut masuk terus ke dalam botol. Dengan hanya menggunakan bateri 12V, madu yang disedut ke dalam botol bukan sahaja lebih cepat dan bersih, bahkan juga bebas daripada sebarang kekotoran dan pencemaran. Malahan sarang kelulut juga tidak terjejas.

2

Sistem

Rawatan Air En. Sydina Kota Bharu, Kelantan Lumrahnya di dalam setiap kesulitan ada kemudahan. Dan kadang-kala kemudahan itu membawa keuntungan besar pula. Itulah yang berlaku kepada En. Sydina Abidin bin Abdullah. En. Sydina tinggal di Taman Desa Long Gafar, Pasir Tumbuh, Kota Baharu. Kesusahan beliau mendapatkan sumber air bersih kerana air di kawasan tapak perumahan beliau mengandungi kandungan ferum yang tinggi merangsang En. Sydina untuk mencari idea bagi mendapatkan sumber air yang bersih. Ketika beliau mula mendiami kawasan perumahan tersebut, sumber air paip belum ada lagi. Ini memaksa beliau untuk menggali atau boring untuk mendapatkan air galian sebagai sumber air sekeluarga. Walau bagaimanapun, air galian tersebut mengandungi ferum selain warnanya kuning, menjadikan ianya tidak sesuai sama sekali untuk diminum atau membasuh pakaian. Di dalam keadaan yang serba susah dan begitu mendesak, En. Sydina cuba membina logi kecil

3

Galian

sistem rawatan air. Beliau menggunakan proses pemeringkatan 3 kali tapisan untuk membersihkan atau merawat sumber air galian tersebut. Pada peringkat pertama, pasir sungai diletakkan di dalam tangki. Kemudian pada peringkat kedua, batu baur pula diletakkan di dalam sebuah tangki lain untuk membolehkan pemendapan bendasing berlaku. Pada peringkat ketiga, di tangki tadahan ketiga, hasil air bersih yang telah ditapis tadi, ditapis semula sekali lagi mengikut kaedah semulajadi peringkat pertama dan kedua. Bagi menyah bau dan rasa air galian tersebut, beliau menggunakan tawas. Hasilnya, beliau sekeluarga dapat menikmati air galian yang bersih dan suci. Kini, En. Sydina boleh berbangga dengan ciptaan Sistem Rawatan Air Galiannya. Segala kesusahan yang dilaluinya membolehkan beliau menikmati air galian yang bersih dan percuma dengan kos kurang daripada RM500.

Inovasi

Kuda Lumba

Sebagai Sukan Rakyat

Mohd Farek b Abdul Ghani Tanah Merah, Kelantan Sukan lumba kuda dikatakan antara sukan yang termahal di dunia. Lazimnya sukan lumba kuda hanya diceburi oleh golongan berada sahaja dan jarang sekali dipertandingkan di peringkat kampung mahupun mukim. Namun, Y.Bhg. Dato’ Mohd Farek @ Farek B. Abdul Ghani, Ketua Aktivis PPIM (Kelantan) telah merubah tanggapan ini. Y.Bhg. Dato’ Mohd Farek telah mengadakan sukan lumba kuda di Tapak Lumba Kuda, Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Dengan bayaran minimum, rakyat Kelantan tidak kira usia dan tahap ekonomi mampu menikmati sukan lumba kuda atas inovasi Y.Bhg. Dato’ Mohd Farek. Inovasi Y.Bhg. Dato’ Mohd Farek ini telah menarik minat ramai rakyat Kelantan untuk bukan sahaja menikmati sukan lumba kuda, bahkan untuk turut memilikinya. Menariknya, ramai rakyat Kelantan bukan sahaja aktif dalam sukan lumba kuda, bahkan turut menternak, membiak dan dan menguruskan kuda dengan baik, walaupun tidak mendapat pendidikan formal mengenai kuda. Inovasi Y.Bhg. Dato’ Mohd Farek bukan sahaja telah memupuk budaya sukan berkuda di kalangan rakyat Kelantan, bahkan juga menjadi aktiviti yang menyatupadukan menyatupadukan golongan belia, wanita, kanak-kanak dan orang dewasa di Kelantan.

4

Tepung

Wafel Koko

Segera En. Ahmad Zaki b Mohd En. Mohd Saupe b Zakaria Tanah Merah, Kelantan Wafel lazimnya dihidangkan bersama coklat, gula, madu, sirap, ais krim, strawberi dan pelbagai buah-buahan lain. Hidangan dan bau wafel yang harum semerbak lazimnya membangkitkan selera serta menarik sesiapa sahaja untuk menikmatinya. Minat terhadap wafel telah mencetuskan idea kepada En. Ahmad Zaki B. Mohd dari Tanah Merah, Kelantan untuk mencipta Tepung Wafel Koko Segera. Tepung wafel ini dicipta dengan mencampurkan beberapa jenis tepung, bahan perasa asas dan perencah asli tradisional secara manual. Hasilnya adunannya, wafel beliau lebih rangup, berperisa dan sesuai dinikmati ketika panas mahupun sejuk. En. Ahmad Zaki telah memasarkan produknya dengan nama ‘Rasa King’ di dalam dua saiz, iaitu 2kg dengan harga RM15 dan 1kg dengan harga RM8, serta tahan selama 6 bulan. Kelazatan dan kualiti wafelnya yang baik menyebabkan Tepung Wafel Koko Segera En. Ahmad Zaki mendapat sambutan hangat. Sehingga kini, jualan untuk pasaran setempat mencecah sehingga 30kg sebulan. Bagi memudahkan orang ramai untuk membuat wafel sendiri, En. Ahmad Zaki turut menyediakan pakej berupa tepung bersama dapur wafel dengan harga RM150. Dengan pakej ini, sesiapa sahaja boleh membuat wafel lazat di rumah!

En. Mohd Saupe b Zakaria

5

Sabah

Kota Marudu Kota Kinabalu

6

Smart Handphone Box En. D.H Mil Rahman Biok Kota Kinabalu, Sabah Smart Handphone Box, sepintar namanya, adalah satu inovatif kreatif yang memaparkan pelbagai fungsi hebat di dalam satu produk. Inovasi kreatif ini adalah ciptaan D.H Mil Rahman Biok dari Kg. Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Produk Smart Handphone Box ciptaannya memerlukan telefon mudah alih dimasukkan ke dalam Smart Handphone Box selama beberapa jam sehari untuk membolehkan ianya berfungsi. Selepas itu telefon bimbit pemilik akan memiliki pelbagai fungsi keselamatan. Fungsi keselamatan Smart Handphone Box

7

akan membolehkan sipemilik kenderaan atau pemilik premis untuk dimaklumkan menerusi telefon bimbit sekiranya berlaku pencerobohan ataupun gangguan terhadap harta benda pemilik. Smart Handphone Box ini juga dapat menghantar sms, membunyikan siren, mengunci pintu kenderaan serta menghalang enjin daripada dihidupkan sekiranya pemilik kenderaan menghantar sms. Ianya juga dapat mengesan lokasi kenderaan yg dicuri.

Penciptaan produk inovasi seperti Smart Handphone Box ini membolehkan kadar jenayah curi kenderaan atau rompakan dikurangkan. Pelaksanaan produk Smart Handphone Box ini juga boleh membuka peluang pekerjaan baru dan juga peluang baru dalam perniagaan.

Mesin

Penggempar Lebah

En. Doning @ Johning Dako Matunggong, Sabah Inovasi kali ini adalah Mesin Penggempar Lebah yang dicipta oleh Pengerusi Pelancongan & Pengerusi Jkk Kg Gombizau. Menariknya inovasi kali ini bukan sahaja memainkan peranannya sebagai sebuah mesin untuk menggempar lebah seperti mana namanya, bahkan juga berfungsi menjadi tarikan pelancong untuk ke sini. Di Ladang Madu Lebah, Kg. Gombizau, Matunggong, perusahaan madu lebah menjadi sebahagian daripada pendapatan penduduk di situ. Justeru, penternakan lebah dan sarang-sarang lebah dipantau oleh mereka sendiri. Bila sarang lebah telahpun matang, mesin pengasap digunakan untuk mengasap sarang bagi menjauhkan lebah-lebah tersebut daripada sarangnya. Apabila lebah telahpun terpisah daripada sarangnya, Mesin Penggempar Lebah digunakan untuk mendapatkan madu daripada sarang lebah tersebut. Alat jaringan lebah akan dimasukkan ke dalam mesin penggempar lebah untuk mengasingkan sarang atau propolis daripada madu lebah tersebut. Madu yang terhasil dari proses ini akan ditakung di dalam alat jaringan lebah. Keseluruhan proses ini menjadi daya tarikan pelancong ke kampung tersebut. Ramai pelancong datang untuk menyaksikan sendiri proses

menggempar lebah dan proses pengambilan madu dengan menggunakan Mesin Penggempar Lebah. Pakar Penjejak Inovasi berpendapat Mesin Penggempar Lebah adalah bagus kerana sekaligus mampu menjadi produk pelancongan, tetapi aspek keselamatan pelancong haruslah dititikberatkan dengan menyediakan pakaian khas untuk pengunjung ke tempat tersebut. Amalan mereka di mana pengunjung yang disengat akan diberikan sijil haruslah dihapus sama sekali memandangkan sengatan lebah sangat merbahaya dan tidak seharusnya diraikan dengan diberi sijil. Adalah dicadangkan juga maskot lebah dijadikan logo bagi mewakili tempat tersebut. Kafe juga boleh diadakan untuk menjamu pengunjung dengan makanan dan minuman serta penjualan produk-produk berasaskan madu. Pengusaha juga perlu mendedahkan diri mereka dengan pelbagai produk berasaskan lebah. Ruang pameran juga boleh disediakan dengan memaparkan video penuaian madu liar. Jika semua cadangan ini dimajukan, kawasan ini boleh dibuka untuk kunjungan akademik kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi dan juga dari sekolah menengah dan rendah.

8

Bagang

Terapung /Rentas En. Mohamad b Bidin Kota Marudu, Sabah Bagang adalah sejenis alat menangkap ikan bilis yang boleh ditemui di perairan Teluk Marudu di sekitar kampung Mempakad laut, Rosob, Tg.Sanimpol, Pinggan-Pinggan dan sekitarnya. Bagang dibina dari bahan semulajadi seperti nibung, kayu bakau, dan bambu. Bahanbahan lain yang turut digunakan adalah tali, karung pemberat berisi pasir, dawai dan besi pacak En. Mohamad bin Bidin dari Kg. Mempakad Laut, Pitas, Kota Marudu, Sabah merupakan pengusaha bagang pacak sejak tahun 2001. Bagang pacak En. Mohamad sering mengalami masalah apabila dipukul ribut atau angin kencang. Pada Julai tahun 2006, dua daripada bagang pacak yang telah siap dibina, roboh ditiup angin. En. Mohamad terpaksa menanggung kerugian besar akibat daripada masalah itu. Apabila beliau sering menanggung kerugian dan ditambah pula dengan masalah mencari kayu nibong, beliau mula mencari alternatif untuk membuat bagang. Akhirnya, En. Mohamad mula mendapat idea untuk membuat bagang terapung atau rentas. Pada Disember 2006, beliau mula membuat tiga buah replika bagang terapung. Pada tahun yang sama, beliau mula merealisikan ideanya dan membuat bagang terapung bersaiz 38 x 56 kaki yang menelan belanja RM16,000.00. Idea beliau membuahkan hasil. Bagang terapung atau rentas ciptaan En. Mohamad bukan sahaja tahan lebih lama, bahkan juga turut meningkatkan hasil

9

tangkapan. Rentas ini juga bersifat fleksibel dan mudah dialih mengikut kawasan yang dikehendaki untuk meningkatkan hasil tangkapan. Apabila usahanya berjaya, En. Mohamad cuba untuk memaksimumkan penggunaan daripada produk ciptaannya. Beliau mula menjadikan rentas sebagai tarikan pelancong dengan menyediakan ruang memancing di atas bagang. Usahanya ini menarik ramai kaki pancing. Kini, rentas ciptaan En. Mohamad bukan sahaja berfungsi untuk menangkap ikan, bahkan juga boleh digunakan sebagai tempat menternak ikan atau kupang selain menjadi tempat memancing. Pakar Jejak Inovasi berpendapat, usaha En. Mohamad untuk mendapatkan “patent” di bawah MYIPO adalah sesuatu yang sangat baik bagi memelihara hasil ciptaannya ditiru oleh pihak lain. Begitu juga dengan usahanya mempelbagaikan fungsi bagang sebagai daya tarikan pelancong. Pakar Jejak Inovasi mencadangkan agar En. Mohamad memperbaiki sistem penangkapan ikan supaya jenis hidupan terlindung tidak musnah. Aspek sistem pengapungan, kebersihan, keselamatan dan sebagainya haruslah diuji dan dipertingkatkan. Adalah baik juga jika projek ini dijadikan projek komuniti.

Sistem

Motor LPG En. Wahab, En. Tamrin dan En. Zainuddin Sabah Sistem Motor LPG adalah inovasi bahan api alternatif. Inovasi bahan api alternatif sebagai pengganti kepada petrol ini dicipta bersama oleh En. Wahab, En. Tamrin dan En. Zainuddin. Mereka dibantu oleh empat orang pelajar automotif iaitu En. Firdaus, En. Obey, En. Kelvin dan En. Nelson yang diketuai oleh En. Jupili serta En. Rahman yang berperanan selaku pembantu reka cipta. Ciptaan mereka, Sistem Motor LPG ini adalah untuk memberi alternatif kepada petrol, apatah lagi di Sabah tiada pilihan lain seperti CNG ataupun NGV. Sistem Motor LPG ini telah diuji selama 5 tahun oleh mereka dan menawarkan penjimatan dari segi penggunaan, lebih selamat daripada sistem CNG atau NGV serta lebih mesra alam berbanding petrol atau diesel. Perjalanan sejauh 235km hanya menggunakan kos kurang daripada RM28.00. Kos pemasangannya juga adalah lebih rendah berbanding CNG atau NGV dan bekalannya mudah diperolehi.

En. Zainuddin

Pakar Jejak Inovasi berpendapat sistem ini perlu mendapatkan kelulusan SIRIM. Walaupun sudah digunakan di Sabah selama 3 bulan dan tiada sebarang masalah berlaku, aspek keselamatan harus dititikberatkan memandangkan bahannya mudah terbakar. Ini juga merupakan penyelesaian yang baik bagi penduduk luar bandar yang sukar mendapatkan petrol mahupun diesel. Kelemahannya adalah sistem ini memerlukan tenaga yang kuat untuk mengangkatnya dan ini mungkin menjadi masalah kepada golongan yang tidak kuat. Mungkin para penginovasi boleh melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

10

Kertas daripada Pelbagai

Fiber Tumbuhan Pn. Winnie Kota Marudu, Sabah Jika seseorang itu sememangnya kreatif, apa-apa di sekelilingnya pun boleh dihasilkan menjadi produk berguna. Begitulah dengan Puan Winnie dari Kg. Damai, Kota Marudu, Sabah. Puan Winnie mencipta kertas daripada fiber pelbagai tumbuhan. Puan Winnie membuat kertas dengan menggunakan daun-daun dan batang pokok yang terdapat di sekeliling rumahnya. Mula-mulanya beliau memotong dan merebus daun-daun dan batang pokok sebelum mengisarnya lumat. Hasil kisaran kemudian dibasuh dan diletakkan ke dalam acuan dan dikeringkan. Pakar Jejak Inovasi berpendapat usaha Puan Winnie ini sangat memberangsangkan dan bagus sekali untuk digandingkan dengan penginovasi Cik Rozana Musa, dari Bendang Studio, Melaka. Pakar Jejak Inovasi juga mengusulkan agar produknya dapat dipaparkan di Kraftangan Malaysia. Hasil ciptaannya mungkin boleh dijadikan kertas dinding kalis air. Mungkin di masa akan datang Puan Winnie boleh membuka kilang sendiri bagi kapasiti pengeluaran yang lebih besar dengan penggunaan mesin. Adalah penting juga ciptaan ini didaftarkan di bawah Industri Reka Bentuk dengan labelnya yang tersendiri. Usaha Puan Winnie ini ternyata menggalakkan lagi penggunaan alam sekitar serta boleh mewujudkan peluang kerja bagi orang kampung dengan pewujudan ladang yang bersesuaian.

11

Johor

Muar

Batu Pahat

Kota Tinggi

Johor Bahru

12

Mesin

Pemotong Rumput

En. Sopa bin Yahya Air Hitam, Muar, Johor Kesungguhan dan komitmen terhadap ladang nenas yang diusahakannya telah membuahkan ilham kepada En. Sopa bin Yahya dari Air Hitam, Muar, Johor untuk mencipta mencipta mesin pemotong rumput khas untuk digunakan di ladang nenas. Berbanding mesin rumput lain, ciptaan En. Sopa menitikberatkan aspek pemotongan rumput di ladang nenas memandangkan nenas di tanam secara rapat-rapat. Memotong rumput dengan tidak berhati-hati mungkin akan merosakkan hasil tanaman nenas. Proses memotong rumput juga adalah lama kerana terpaksa melakukan gerakan potongan rumput perlahan untuk tidak merosakkan tanaman nenas. Mesin pemotong rumput En. Sopa menawarkan penyelesaian kepada semua masalah tersebut. Mesin tersebut membolehkan kerja-kerja memotong rumput dilakukan dengan pantas tanpa merosakkan tanaman nenas. Penciptaan mesin rumput ini juga adalah agak mudah. Pakar Jejak Inovasi berpendapat ini adalah idea yang bagus untuk menyelesaikan masalah pemotongan rumput di ladang nenas, tetapi kosnya agak tinggi. Mungkin kosnya boleh dikurangkan dengan menggantikan bahan-bahan tertentu seperti tali untuk menggantikan mata pisau dan plat metal diganti dengan Pvc.

13

Pembuatan

Gambus En. Aidil bin Mohd Diah Batu Pahat, Johor Gambus adalah sejenis alat muzik yang dibawa oleh pedagang Arab berasal dari Arab Parsi sekitar tahun 1800. Gambus popular di Tanah Melayu dan berkembang di Negeri Johor. Alat muzik ini biasanya dimainkan dalam muzik ghazal. Permainan alat muzik gambus ini biasanya terdapat dalam kumpulan muzik Ghazal. En. Aidil bin Mohd Diah dari Kampung Rahmat, Batu Pahat, Johor mewarisi seni pembuatan gambus daripada nenek moyangnya. Beliau juga turut menerima ilmu pembuatan gambus daripada pakcik dan keluarganya sejak tahun 1999 serta juga di Pt Hailam. Beliau mula membuat gambus seawal usia 16 tahun lagi. En. Aidil merasakan adalah penting baginya untuk meneruskan warisan seni ini agar ianya tidak lupus begitu sahaja ditelan zaman. Atas rasa tanggungjawab ini, En. Aidil menjadikan pembuatan gambus ini sebagai profesionnya sepenuh masa. En. Aidil menghasilkan gambus daripada kayu hutan seperti kayu cempedak, kayu purik dan kayu daripada pokok buahbuahan. Beliau juga turut mendapatkan kayu dan bekalan kulit kambing dari luar negara seperti Indonesia. Gambus yang dihasilkan olehnya adalah Gambus Johor dan Gambus Melayu. Kedua-dua gambus ini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Gambus ciptaan En. Aidil lazimnya bermotifkan daun, bunga, flora dan fauna. Selain itu, beliau juga menghasilkan gambus bercorak Arab. Coraknya direka sendiri oleh En. Aidil, melainkan jika pelanggannya mahukan corak khas dan mereka sendiri coraknya

En. Mohd Diah

Proses pembuatan gambus adalah agak rumit dan tempoh masa untuk menyiapkannya bergantung kepada corak dan saiz yang dikehendaki oleh pelanggan. Lazimnya masa untuk menyiapkan satu gambus ringkas adalah setengah hari. Biasanya pelanggan membeli gambus untuk meraikan hari keramaian dan membuat persembahan. Gambus yang dihasilkan oleh En. Aidil terkenal kerana ianya menghasilkan bunyi yang lunak mengikut pemain yang memainkannya dan bertambah merdu bila diiringi peralatan muzik yang lain. Selain gambus, En. Aidil turut menghasilkan kompang dan kraftangan lain mengikut tempahan. Pakar inovasi berpendapat bahawa usaha En. Aidil ini adalah usaha yang sangat baik, tetapi kaedah pembuatannya haruslah dinaik taraf.

14

Nasi Lemak

Sejuk Beku

En. Ahmad Bin Arshad Kota Tinggi, Johor Aromanya semerbak mewangi, mengundang selera siapa sahaja tidak mengira usia. Itulah nasi lemak, juadah istimewa Malaysia, hidangan warisan zaman berzaman yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Namun begitu, menyediakan nasi lemak yang lazat bukanlah suatu proses yang mudah dan cepat. Menyedari hakikat ini, En. Ahmad Bin Arshad, dari Taman Industri Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor berusaha membuat nasi lemak lazat yang boleh dinikmati dengan cepat. Beliau telah mengusahakan nasi lemak sejuk beku selama lebih kurang 2 tahun lepas. Beliau mendapat idea untuk mencipta nasi lemak sejuk beku ini melalui perbincangan bersama rakan-rakan. Hasrat ini timbul kerana ingin mendapatkan hidangan nasi lemak yang boleh disiapkan dalam masa yang singkat. En. Ahmad telah mencuba dan mengkaji bersungguh-sungguh untuk mendapatkan nasi lemak yang sedap dengan masa penyediaan kurang daripada 10 minit. Beliau akhirnya berjaya

15

mendapatkan hasil nasi lemak yang diinginkan pada percubaan yang ke-6. Nasi lemak beku sejuk yang dihasilkan oleh En. Ahmad bukan sahaja lazat bahkan mudah disediakan dalam masa kurang daripada 10 minit. Bagi menghasilkan nasi lemak yang berkualiti, mula-mula En. Ahmad membasuh beras sebanyak tiga kali untuk menghilangkan kanji pada beras tersebut. Kemudian susu cair dimasukkan bagi menggantikan santan. En. Ahmad menggunakan susu cair bagi menggantikan santan kelapa untuk memanjangkan tarikh luput nasi lemak serta mengekalkan kelazatan nasi lemak tersebut. Pakar inovasi berpendapat bahawa nasi lemak tersebut adalah inovasi yang bagus tetapi memerlukan pemantauan yang lebih berserta dengan pembungkusan dan label yang menyediakan maklumat secukupnya.

Botok-botok

Sejuk Beku

Pn. Fatimah Abdul Hamid Johor Bahru, Johor Botok-botok adalah makanan tradisi masyarakat Johor dan Singapura. Ia mengandungi ulam-ulaman kampung serta ikan dan rempah sebagai penyedap rasa. Botok-botok digemari oleh generasi lama dan baru. Puan Fatimah Abdul Hamid dari Taman Orkid, Johor Bahru mengusahakan botok-botok sejuk beku di bawah nama Botok-botok Ibunda. Perusahaan botok-botok ini adalah perusahaan yang dimulakan oleh bapa Puan Fatimah dan sehingga kini ia menjadi perusahaan yang dikomersialkan kepada orang ramai.

Johor Bahru sahaja. Di masa hadapan, Puan Fatimah merancang untuk meluaskan pasaran botok-botok ini ke luar negeri Johor sekiranya bahan mentah mudah diperolehi.

Puan Fatimah menggunakan 7 jenis ulam, ikan tenggiri dan rempah khas yang telah siap dimasak untuk membuat botok-botok. Kesemua bahan-bahan ini dicampur dan kemudiannya dikukus selama 1 jam. Setelah dikukus ianya dibungkus dan dibekukan. Botok-botok keluaran Puan Fatimah ini tahan sehingga 3 bulan. Dengan modal serendah RM300, Puan Fatimah berjaya menghasilkan 100 paket botok-botok sehari untuk dijual. Produk Botok-Botok Sejuk Beku yang diusahakan oleh Puan Fatimah ini mendapat sambutan tinggi di Johor Bahru. Atas sebab itu, Puan Fatimah terpaksa menghadkan jualannya di

Pakar inovasi berpendapat produk Botok-Botok Sejuk Beku ini sangat menarik. Bagaimanapun, bungkusan dan labelnya perlu diperkemaskan lagi dengan menyatakan kod bar, tarikh luput dan logo halal. Penggunaan ajinomoto juga perlu dielakkan di dalam botok-botok. Jika pasaran ini diperluaskan, ia juga boleh menjana ekonomi orang kampung. Malah, botok-botok ini juga boleh diperluaskan di hotel, hospital mahupun di pasaraya. Kelemahannya ialah bahannya mungkin sukar untuk diperolehi, tetapi jika dimajukan, ianya juga boleh memangkin dan mewujudkan satu sektor tani khas terdiri daripada ulam-ulaman.

16

Kedah

Gurun

Sungai Petani

17

Pondok

Pendidikan

Inovasi Romli En. Romli Bin Bakar Bedong, Kedah. Pondok Pendidikan Inovasi Romli dilahirkan dengan hasrat murni untuk membuka minda anak-anak kampung ke arah sains dan inovatif. Insan berhati mulia yang mengusaha Pondok Pendidikan Inovasi Romli ini ialah Romli Bin Bakar atau dikenali dengan nama Pak Su, dari Kampung Bujang, Bedong, Kedah. Melalui Pondok Pendidikan Inovasi Romli, Pak Su menyediakan kelas-kelas Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik secara percuma kepada anak-anak kampung bagi menanamkan sifat-sifat inovatif di dalam diri mereka. Hasil didikan Pak Su, anak-anak kampung ini telah mencipta kincir angin daripada bahan-bahan terbuang. Kincir angin ini dicipta untuk menghasilkan tenaga bagi menghidupkan pam-pam penternakan ikan-ikan. Usaha murni Pak Su tidak terhenti sekadar memberikan pendidikan percuma, bahkan juga turut menyelamatkan pokok-pokok bakau di Sungai Merbok bagi memastikan kehidupan di sungai tersebut terjaga. Dengan terjaganya pokok-pokok bakau ini, sumber pendapatan penangkap ikan di Lembah Bujang, Sungai Merbok turut terjamin. Pakar Jejak Inovasi mencadangkan agar usaha ini diwar-warkan agar pihak-pihak tertentu dapat tampil memberi bantuan yang diperlukan, seperti komputer dan sukarelawan untuk tenaga pengajar serta sumbangan lain. Di samping itu usul dibuat agar SUK memberikan peruntukan di samping memajukan Home Stay di Lembah Bujang, memajukan perusahaan rumah cendawan dan serunding ikan bilis untuk dikomersialkan.

18

Mesin

Penyembur

Racun Padi En. Mohamad Rashid bin Md Isa Bedong, Kedah En. Mohamad Rashid bin Md Isa dari Bedong, Kedah merupakan penginovasi yang mencipta mesin penyembur racun padi. Kesungguhan dan komitmennya terhadap sawah padi telah melahirkan ilham kepada beliau untuk mencipta mesin ini. Mesin penyembur racun padi ini dicipta khas untuk memudahkan pesawah meracun sawah padi mereka. Dengan menggunakan mesin ini, pesawah boleh meracun kawasan sawah padi dengan semburan yang lebih cepat dan lebih luas. Ini bukan sahaja menjimatkan tenaga dan masa, tetapi tugasan meracun juga menjadi lebih senang kerana pesawah tidak perlu lagi menggalas pam racun yang berat. Semburan racun juga menjadi lebih rata berbanding kaedah lama.

Pakar inovasi berpendapat bahawa penambahbaikan peralatan dan keberkesanan produk hendaklah dipertingkatkan untuk menambah keefisienan produk ini. Aspek keselamatan juga perlulah dikaji semula bagi menjamin keselamatan peralatan ini. Produk ini juga boleh dimajukan lagi dengan memajukan ciri-ciri rekaan, ergonomik dan estetika kepada peralatan. Produk ini juga hendaklah dipatenkan untuk kebaikan dan nilai komersial bagi produk ini.

19

Paramotor En. Shafie bin Ibrahim Sungai Petani, Kedah En. Shafie bin Ibrahim, dari Sungai Petani, Kedah mempunyai minat yang mendalam di dalam sukan luncur udara atau paraglider. Namun harga paraglider yang tinggi sedikit sebanyak membantutkan aktivitinya. En. Shafie tidak mengalah, bahkan faktor ini merangsang En. Shafie untuk mencipta sesuatu agar beliau terus dapat menikmati sukan ini. Hasil inovasi pintar En. Shafie, lahirlah paramotor yang dibina daripada sebuah motor yang telah diubah suai. Menariknya, reka bentuk paraglider itu juga dicipta mengikut kesesuaian dan keselesaan pengguna paraglider itu sendiri. Pakar inovasi berpendapat, rekaan paramotor ini boleh dikomersialkan ke suatu tahap yang lebih tinggi. Namun, mereka berpendapat, kos pembinaan, selain lesen untuk menerbangkan peralatan dan aspek keselamatan penggunaan juga perlu dikaji bagi menghasilkan sebuah produk yang berkualiti.

20

Sistem

Penanaman

Taugeh Azra

En. Abdul Aziz bin Ishak Sungai Petani, Kedah Sistem penanaman taugeh yang mudah diaplikasi dan dipraktikkan di rumah, merupakan ilham penginovasi seterusnya, En.Abdul Aziz bin Ishak. Bertempat di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, En. Abdul Aziz mencipta Sistem Penanaman Taugeh Azra. Istimewanya, Sistem Penanaman Taugeh Azra ini hanya memerlukan ruang yang kecil yang boleh dipasang di kawasan rumah, berbanding dengan cara lama penanaman taugeh. Hasil gabungan tong dan saliran air, sistem ini menawarkan pulangan yang sungguh menguntungkan. Dengan hanya 1kg benih sistem ini mampu menghasilkan sehingga 7kg taugeh. Sistem Penanaman Taugeh Azra ini juga sungguh menjimatkan masa kerana ia mampu menghasilkan taugeh dalam masa sesingkat hanya empat hari selain begitu mudah dipasang. Melalui inovasi Sistem Penanaman Taugeh Azra, lebih ramai usahawan taugeh moden dapat dilahirkan untuk menjana pendapatan tambahan. Pakar jejak inovasi berpendapat, sistem tanaman taugeh ini sesuatu yang sungguh inovatif. Kebaikannya, modal yang dikeluarkan sedikit, tetapi ia mampu mengeluarkan hasil tanaman yang banyak. Pun begitu, pakar jejak inovasi berpandangan aplikasi ini masih memerlukan pelbagai proses penyelidikan dan pembangunan, antaranya sistem air yang perlu ditambah baik bagi memperbaiki sistem pengeluaran.

21

Mesin Pelarik Serunai

En.Husein bin Lazim Gurun, Kedah. Inovasi seterusnya adalah Mesin Pelarik Serunai, satu inovasi khas ciptaan En.Husein bin Lazim dari Padang Lumat, Gurun, Kedah. Mesin ini direka untuk mempercepatkan proses melarik secara manual. Caranya, sebatang kayu untuk dibuat batang serunai diletakkan pada mesin pelarik serunai untuk dilarik. Mesin ini sungguh menjimatkan masa dan mampu melarikkan batang serunai dalam masa 2 hari sahaja berbanding cara manual yang mengambil masa 14 hari. Pakar inovasi berpendapat bahawa cara ini mudah tetapi tiada piawaian untuk ketebalan serunai. Penambahbaikan kepada peralatan juga perlu dilakukan. Serunai ini juga boleh diletakkan di dalam kotak kaca untuk dijadikan kraftangan.

22

Pahang

Mentakab

Temerloh

23

Perusahaan

Madu Tualang En. Mohd Nafi Mentakab, Pahang Pada mulanya, beliau hanya merupakan seorang pencari madu untuk menyara kehidupan dan kawasan pencariannya bermula di kawasan hutan sahaja. Namun, sejak 14 tahun yang lalu, beliau mula mengusahakan pelbagai produk berasaskan madu dan menjadi usahawan madu yang berjaya.

Usahawan madu tersebut ialah, En. Mohd Nafi dari Mentakab, Pahang. En. Mohd Nafi mengusahakan pelbagai jenis produk madu yang unik. Produk berasaskan madu ciptaan En. Mohd Nafi adalah Madu Tongkat Ali Ginseng, madu ubat batuk, madu yang mengandungi 0.32% dan 0.24% sukrosa khas untuk pesakit kencing manis dan madu untuk kesihatan lelaki dan wanita. Madu Tongkat Ali ciptaan En. Mohd Nafi begitu unik kerana mempunyai banyak akar seperti ginseng dan mempunyai nilai kesihatan yang tinggi. Produk – produk ciptaan En. Mohd Nafi juga telah dianalisi oleh pihak Mardi dan telah diiktiraf kandungan nilai nutrisinya.

24

Gasing Plastik En. Mohd Jais b. Razali Temerloh, Pahang Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Gasing biasanya dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Hasil inovasi En. Mohd Jais b. Razali dari Temerloh, Pahang, gasing kini berwajah baru. En. Mohd Jais mencipta inovasi baru di dalam seni pembuatan gasing, iaitu daripada gasing kayu kepada gasing plastik. Inovasi baru ini begitu banyak kebaikannya. Ia menjimatkan masa dan mengurangkan kos serta lebih selamat untuk digunakan. Ia juga tidak menjejaskan alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan kayu pokok. Pakar Jejak Inovasi berpendapat bahawa produk ini amat bagus digunakan kerana ianya lebih mesra alam, selamat dan tahan lebih lama iaitu lebih kurang 3 tahun.

25

Mesin

Pintal Tali En. Mohd Jais b. Razali Temerloh, Pahang Minat mendalam terhadap gasing telah menimbulkan ilham kepada En. Mohd Jais b. Razali untuk mengusahakan inovatif baru pada gasing dengan mencipta gasing plastik. Usahanya tidak terhenti di sini sahaja, malah beliau turut mencipta mesin pintal tali. Mesin Pintal Tali ini adalah mesin yang digunakan untuk memintal tali gasing. Mesin ini dicipta oleh En. Mohd Jais b. Razali dari Temerloh, Pahang. Tujuan mesin ini dicipta adalah untuk menghasilkan tali gasing dengan lebih cepat dan menjimatkan masa. Mesin pintal tali ini membolehkan kira-kira 40 utas tali dihasilkan dengan hanya menggunakan seorang tenaga kerja dalam masa 1 hari berbanding 3 orang pekerja dengan jangka waktu lebih panjang. Pakar Jejak Inovasi berpendapat mesin ini sangat baik bagi penghasilan tali gasing kerana boleh menghasilkan gasing dalam masa yang sangat singkat. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat memain peranan di dalam menyelamatkan alam sekitar kerana menggunakan barangan terpakai seperti gear, rantai, tali sawat, motor dan roda.

26

Homestay Tradisional Online

Haji Sahariman B. Haji Hamdan Temerloh, Pahang Penjejak Inovasi seterusnya ke Kampung Ketam, Kerdau, Temerloh, Pahang untuk bertemu dengan Haji Sahariman B. Haji Hamdan. Haji Sahariman mengusahakan homestay, iaitu satu konsep penginapan di luar bandar bersama keluarga. Apa yang unik dan inovatif mengenai homestay ini adalah bangunan-bangunan penginapannya yang terdiri daripada rumah-rumah tradisional lama yang ditemui dari seluruh pelusuk negeri dan dipindahkan ke homestay ini. Rumah-rumah tradisional ini dibaikpulih kepada keadaan asal dan diubahsuai mengikut kesesuaian sebuah homestay, memberikan pengalaman yang unik kepada para pengunjung. Homestay dibahagikan kepada tiga tahap iaitu, homestay, kampung stay dan kampung resort. Ketiga-tiga tahap ini mengalami perubahan

27

mengikut masa dan selera pengunjung yang datang ke tempat tersebut. Haji Shariman juga mengendalikan sebuah portal internet homestay yang membolehkan para pelancong mencari, memilih dan menempah penginapan homestay di seluruh negara. Bagi homestay-homestay yang mengambil bahagian di dalam portal ini, kemudahan yang disediakan dapat meningkatkan dan memajukan perniagaan mereka. Pakar Jejak Inovasi berpendapat bahawa usaha produk pelancongan ini adalah unik dan inovatif, dan sangat berpotensi bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat. Pada masa yang sama, ia turut menyumbang ke arah peningkatan ekonomi negara secara amnya.

SistemTanaman

Sayuran Organik Pn. Norizan binti Osman Lanchang, Pahang

Total

Puan Norizan binti Osman dari Kampung Paya Siput, Batu 11, Lanchang, Pahang adalah seorang petani organik. Beliau telah melibatkan diri di dalam pertanian organik selama lebih dua puluh tahun. Terdapat pelbagai sayuran diusahakan oleh Puan Norizan, antaranya ialah terung dan timun. Istimewanya, Puan Norizan mencipta racun serangga organik. Semua bahan yang digunakan untuk membuat racun serangga adalah daripada bahan-bahan semula jadi yang tidak membahayakan manusia dan alam sekitar. Antara racun serangga yang dicipta oleh Puan Norizan adalah racun serangga perosak lalat buah yang dicipta menggunakan halia, bawang putih dan daun semambu atau juga lebih dikenali dengan nama Neem. Untuk membuat baja pula, Puan Norizan menggunakan bahan-bahan terpakai atau bahan buangan. Antara baja lain dihasilkan oleh Puan Norizan adalah baja kulit telur. Beliau menggoreng dahulu kulit telur tanpa minyak bagi menghilangkan lendir pada kulit telur. Kulit telur itu kemudiannya digabungkan dengan cuka beras atau cuka nipah untuk menghasilkan kalium. Bagi mendapatkan sumber asid almino untuk keperluan tumbuh-tumbuhan, beliau menggunakan ikan yang diperam bersama gula merah selama sebulan. Hasilnya, beliau mendapat sumber asid almino yang sangat diperlukan oleh tumbuhan. Bagi menggalakkan pertumbuhan pokok pula, beliau menggunakan batang pisang yang diperam bersama gula merah selama seminggu. Manakala, buah pisang pula digunakan untuk menggalakkan pokok berbuah. Walaubagaimanapun, kadang-kala beliau menghadapi masalah kekurangan penggunaan bahan-bahan organik, kerana bahan-bahan ini memerlukan air semulajadi iaitu sumber sungai, tasik dan sebagainya. Ini kerana bahan-bahan organik sangat sensitif terhadap klorin. Kehadiran klorin akan menyebabkan kualiti baja yang dihasilkan akan berkurangan. Pakar Jejak Inovasi berpendapat usaha Puan Norizan dalam menghasilkan sayuran organik ini sangatlah menarik dan perlu diusahakan secara komersial agar dapat dinikmati oleh lebih ramai orang. Manakala bahan-bahan buangan yang digunakan boleh turut menjadi pendapatan tambahan bagi penduduk sekitar.

28

Terengganu

Kuala Terengganu

Marang

29

Perusahaan

Kapal Tradisional Pulau Duyong

En. Hasni bin Ali Kuala Terengganu Minat yang mendalam terhadap pembuatan kapal mendorong En. Hasni bin Ali atau lebih dikenali sebagai Pak Hassan berkecimpung di dalam bidang penghasilan kapal sejak lebih 40 tahun yang lalu. Seawal usia 14 tahun, Pak Hassan mendapat tunjuk ajar daripada bapanya untuk menghasilkan kapal. Berbekalkan pengalaman serta bakat turun- termurun Pak Hassan membina kapal dengan caranya yang unik tersendiri tanpa perlu melakar atau membuat pelan sesebuah kapal. Kedudukan Pak Hassan di Pulau Duyong yang terkenal dengan Monsoon Cup menaikkan status kawasan ini yang terkenal dengan masyarakat yang serba berinovatif di dalam menghasilkan kapal tradisional mahupun pelancongan.

Kesungguhan Pak Hassan menyempurnakan setiap kapal yang dibinanya membuatkan Pak Hassan mencipta ketam papan khas untuk menghaluskan lagi permukaan kapal yang dibinanya. Ketam khas ini menghasilkan permukaan kayu yang cantik dan sempurna, tidak seperti ketam papan biasa yang menggunakan

penggunaan tenaga elektrik. Hasil ketelitian dan kesungguhan Pak Hassan terserlah di dalam setiap kapal yang dibinanya, menjadikan Pak Hassan begitu popular di kalangan peminat kapal. Kerana itulah, Pak Hassan bukan sahaja menerima tempahan daripada warga tempatan, bahkan juga daripada warga asing dari Jerman, Jepun, China serta Amerika. Tidak hairanlah jika ada kapal pelancongan yang dihasilkan oleh Pak Hassan mencecah sehingga RM3.5 juta. Kedudukan Pak Hassan di Pulau Duyong yang terkenal dengan Monsoon Cup menambah popular Pak Hassan, serta turut menaikkan status kawasan ini yang terkenal dengan masyarakat yang serba berinovatif di dalam menghasilkan kapal tradisional mahupun pelancongan.

30

Pemprosesan

Keropok

Lekor Bersistematik

Pn. Dasimah Dagang Kuala Terengganu Berasal daripada Kuala Terengganu, keropok lekor tidak perlu diperkenalkan lagi. Makanan yang menjadi warisan zaman-berzaman ini terkenal dengan kelazatan dan keunikan rasanya, menjadikan keropok lekor digemari ramai, tidak mengira negeri, bangsa dan keturunan. Puan Dasimah Dagang daripada Kampung Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Kuala Terengganu dengan alamat kedainya di Keropok Lekor BTB 2209 berjaya melakukan beberapa kelainan yang menyerlahkan makanan warisan ini. Bagi menambah kelazatan, menyerlah serta mengekalkan rasa dan aroma keropok lekor, Puan Dasimah menggunakan kayu api untuk merebus keropok. Kayu api yang digunakan adalah jenis kayu api yang dipotong daripada pengusaha balak dan dikeringkan dahulu sebelum merebus keropok. Puan Dasimah menggunakan 10 periuk besar untuk merebus keropok.

31

Inovatif lain yang dilakukan oleh Puan Dasimah adalah menggunakan mesin menggentel keropok lekor khas bagi mempercepatkan proses menggentel keropok. Dengan menggunakan alat ini, kerja-kerja membentuk keropok menjadi lebih mudah dan tenaga kerja dapat dikurangkan. Puan Dasimah turut menggunakan mesin vakum terbaru bagi mengekalkan kualiti keropok di dalam perjalanan jauh. Keropok lekor yang telah disejukkan akan dimasukkan ke dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam mesin vakum tersebut. Puan Dasimah turut mengadakan sistem nombor giliran elektrik agar pelanggan tidak perlu berdiri lama beratur selain mengelakkan pelanggan berebut. Pengurusan turut menjadi lebih teratur dengan sistem nombor giliran elektrik ini. Pakar jejak inovasi berpendapat, Keropok Lekor BTB 2209 yang diuruskan oleh Puan Dasimah adalah sangat berinovatif dan mempunyai kelainannya yang tersendiri serta mampu menjadi model kepada perusahaan keropok lekor lain.

Seni

Ukiran Tembaga Teknik ‘Etching’

En. Nor Hashimi bin Hj Abdul Shan Batu Buruk, Kuala Terengganu Barangan menggunakan tembaga rata-ratanya diperbuat dengan menggunakan teknik tuang (casting) ataupun blok. Lain dari yang lain, En. Nor Hashimi bin Hj Abdul Shan yang memiliki perusahaan Sentosa Metal Work di Lot 3003, Jalan Budiman, Batu Buruk, Kuala Terengganu menggunakan teknik ‘etching’ bagi barangan tembaga yang diusahakannya. ‘Etching’ adalah teknik menggunakan asid kuat atau mordan untuk menghapuskan bahagian pada tembaga yang tidak terlindung bagi mewujudkan corak pada permukaan tembaga tersebut. En. Nor Hashimi menggunakan pelekat untuk menghasilkan ukiran corak timbul dan tenggelam. Corak akan dilukis pada kertas, kemudian dicetak semula untuk dipotong. Untuk memastikan keperincian setiap rekaan, corak diimbas menggunakan komputer, kemudian saiz corak dibesar atau dikecilkan mengikut saiz sebenar sebelum dipotong. Corak yang dipotong ditampal pada permukaan tembaga kemudian dicat. Kandungan cat yang mengandungi mordan menghakis bahagian yang tidak ditampal pelekat dan menghasilkan corak baru, samada corak timbul atau tenggelam. Selain menghasilkan barangan berasaskan tembaga, En. Nor Hashimi turut membuat barangan lain daripada keluli, aluminium, papan perasmian, kotak cenderahati, papan tanda jalan, billboard, banner dan lightbox. Pakar Jejak Inovasi berpendapat teknik etching dalam penghasilan tembaga ini perlu diketengah dan dimajukan, apatah lagi En. Nor Hashimi merupakan satu-satunya pengusaha tembaga yang menggunakan teknik etching.

.32

Inovasi Pemprosesan Manisan

Nira Kelapa Pn. Suri binti Abdul Ghani Marang, Terengganu Enam tahun lalu, Puan Suri binti Abdul Ghani dari Kampung Batangan, Marang, Terengganu memulakan perniagaan produk makanan berupa manisan secara kecil-kecilan. Semuanya bermula apabila seorang jiran Puan Suri yang sakit meminta beliau untuk membuatkan manisan pulut untuknya. Kini, Puan Suri telah menghasilkan pelbagai produk seperti gula-gula pulut kelapa, nisan gula, nisan tuak dan dodol daun palas di bawah syarikatnya, Syarikat Manis Sokmo Enterprise. Walaupun terdapat syarikat-syarikat lain yang turut menghasilkan produk makanan yang sama, produk keluaran Syarikat Manis Sokmo Enterprise mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Puan Suri mempunyai rahsia tersendiri untuk menghasilkan ibu nira. Ibu nira yang lazat menjadi ramuan utama dan pelengkap kepada pelbagai produk manisan tersebut. Di samping itu, Puan Suri juga menggunakan kayu cengal untuk mengelakkan nira daripada menjadi masam dan menggunakan buluh pemulas buatan sendiri untuk memulas daun mengkuang bagi memudahkan proses membuat acuan kelak. Proses-proses yang diinovasikan oleh Puan Suri ini menjadikan produk manisan beliau tahan lebih lama berbanding dengan cara tradisional. Inovasi ini membolehkan produk-produk manisan tradisional dikomersilkan dengan lebih baik. Syarikat Puan Suri juga dikembangkan di laman web di www.manisokmo.com.my untuk pasaran yang lebih luas. Dengan perkembangan ini, Puan Suri bersedia menerima tempahan pada bila-bila masa. Istimewanya produk manisan ini bukan sahaja enak dinikmati bahkan juga mempunyai pelbagai khasiat untuk badan. Nira contohnya boleh menyejukkan badan, mengurangkan batuk, merawat demam, mencuci buah pinggang dan memecahkan batu karang.

33

Wau Delta En. Abdul Halim Hj. Abd Samad Kuala Terengganu Wau merupakan layang-layang tradisi Malaysia dan sangat popular di kawasan Pantai Timur. Terdapat beberapa jenis wau iaitu wau bulan, wau kucing dan wau jalabudi. Wau juga sering dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Minat mendalam terhadap wau mendorong En. Abdul Halim Hj. Abd Samad dari Taman Dalya, Jalan Tekukur, Kuala Terengganu selaku pengerusi Majlis Pelayang Negeri Terengganu menghasilkan inovasi baru untuk wau, iaitu wau boleh lipat, wau merentang angin kuat dan wau delta yang boleh terbang pada waktu malam dengan cahaya lampu. En. Abdul Halim turut menghasilkan wau dengan pelbagai reka bentuk dan kreativiti yang menarik. Pelbagai jenis wau yang dihasilkan ini mampu menarik minat rakyat tempatan dan juga antarabangsa. Atas dasar minat juga, En. Abdul Halim berusaha mengembangkan permainan wau ini ke serata dunia seperti Itali, Perancis dan England. Bukan itu sahaja, En. Abdul Halim juga mengusahakan bengkel membuat wau bagi untuk menarik minat anak-anak muda mahupun golongan tua untuk menghasilkan wau mengikut kreativiti masing-masing. Walaupun permainan wau ini dianggap permainan warisan di kawasan perkampungan, tetapi jika inovasi usahawan ini mampu diketengah dan dikembangkan, ia mampu menarik minat semua golongan agar ianya dapat dipelihara. Pakar Jejak Inovasi mengharapkan agar inovasi usahawan ini dapat diketengahkan di peringkat pasaran agar ianya menjadi permainan warisan Melayu yang mampu menembusi pasaran tempatan mahupun luar negara.

34

Labuan

35

Set Drum

Peribadi Mudah Alih En. Peter Lau WP Labuan Set dram yang kompak dan mudah alih menjadi idea inovasi Encik Peter Lau dari Tanjung Aru, Labuan, Sabah. Sebagai pemain dram jazz (fusion drummer), beliau menjadi orang pertama dan terakhir yang menyediakan kelengkapan alat muzik untuk sesuatu persembahan memandangkan set dram sedia ada mempunyai komponen yang banyak. Kesulitan yang dilalui oleh Encik Peter ini mendorongnya untuk mencari jalan keluar daripada masalahnya. Beliau mula mengubah suai dan menambah baik alat muzik dram serta menciptanya menjadi set dram mudah alih atau ‘portable drum’. Hingga kini, Encik Peter telah mencipta lebih daripada lima jenis dram dengan menggunakan pelbagai kaedah pengendalian. Selain mencipta alat pemukul dram yang tidak mengeluarkan bunyi yang kuat, saiz dan berat set dram juga diubah suai mengikut kesesuaian tertentu. Pengalamannya di dalam bidang muzik telah membolehkan Encik Peter mencipta dramdram menarik dan inovatif untuk setiap kali penciptaannya. Sehingga kini, telah 10 tahun Encik Peter mencipta dram dan salah satu inovasi uniknya adalah dram yang menghasilkan bunyi kompang beserta tamburin. Encik Peter Lau telah mendapat perhatian dan telah membuat persembahan di beberapa acara di Malaysia termasuk The Avenue Bukit Bintang, Penang Jazz Festival, Johor Bahru Music Festival, Kota Kinabalu Jazz Festival dan di peringkat antarabangsa, Jarasum International Jazz Festival di Korea.

36

Pemprosesan Pengeluaran

Minyak Kelapa Cik Kristey Selvakumar WP Labuan Inovatif kali ini adalah daripada keluarga Kristey Selvakumar, Kampung Bukit Kuda, Labuan. Keluarga Kristey mengusahakan minyak kelapa dara di bawah jenama Chimney Virgin Coconut Oil dan Minyak Kelapa Dara Wanis. Sejak dari tahun 2000 lagi ayah Kristey, Dr. Selva Kumar membuat pelbagai penyelidikan dan pembangunan terhadap minyak kelapa dara. Dr. Selva Kumar mendapati bahawa minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat seperti menguatkan imunisasi badan, berfungsi sebagai antibiotik semulajadi dalam badan, merawat demam, selsema, sakit jantung, tekanan darah, kencing manis, Alzheimer dan sebagainya. Bukan itu saja, minyak kelapa dara juga mempunyai pelbagai khasiat terhadap rambut iaitu melebatkan rambut, menguatkan akar rambut serta menghitamkan rambut. Minyak kelapa dara juga boleh digunakan sebagai minyak urut dan pelembap bibir. Malah, ianya lebih berkhasiat jika digunakan di dalam masakan. Minyak kelapa dara juga boleh diberikan kepada haiwan peliharaan untuk kesihatan secara amnya. Setelah mendapati begitu banyak khasiat di dalam kelapa dara ini, Dr. Selva mencuba pelbagai kaedah iaitu cara tradisional, pemeraman dan sebagainya untuk mendapatkan minyak kelapa dara. Akhirnya Dr. Selva menemui kaedah yang terbaik. Mula-mula kelapa tua dikupas sabut dan dibersihkan. Kemudian kelapa akan dibelah untuk mengasingkan air dan buah kelapa. Kelapa kemudiannya akan diparut untuk mengeluarkan isinya sebelum dimasak dengan kaedah pengeringan. Mesin DME digunakan untuk kaedah penghasilan minyak melalui tekanan. Mesin DME ini diimport dari Australia dan merupakan yang pertama seumpamanya digunakan di Malaysia. Setelah minyak kelapa dara dihasilkan, ia kemudian dibotolkan dan dilabelkan. Minyak kelapa dara keluarga keluarga Kristey menduduki carta teratas dan dinobatkan sebagai minyak kelapa dara terbaik di Malaysia pada Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Exhibition (MAHA) 2008 dan 2010, Hari Peladang dan Penternak Peringkat Kebangsaan (HPPKN) 2007 dan 2009. Ia dipasarkan di kilang sendiri dan Permai Polyclinics Labuan. Mereka turut mempunyai kiosk minyak kelapa dara di Kuala Lumpur, manakala untuk tempahan Sabah, Sarawak dan luar negara diterima melalui telefon dan e-mel.

37

Dara

Mee

Mat Salleh En. Mohd Salleh WP Labuan Kesukaran umat Islam mendapatkan bekalan mee yang halal di kawasan Malaysia Timur telah mendorong Encik Mohd Salleh untuk membuat inovasi mee bagi memudahkannya untuk dinikmati oleh penduduk Islam di kawasan Malaysia Timur. Pada tahun 2005, Encik Mohd Salleh yang tinggal di Kampung Kuda mula mengeluarkan mee kering dalam bentuk lidi dan sanggul untuk dipasarkan kepada umat Islam di kawasan Malaysia Timur. Mee kering dalam bentuk lidi dan sanggul ini perlulah direbus dahulu sebelum boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan seperti sup, spageti, goreng, berkuah serta pelbagai masakan lain yang menggunakan mee. Kini, mee keluaran Encik Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan nama ‘Mee Mat Salleh” terkenal di seluruh Malaysia Timur dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan penduduk Islam di sana. Encik Mohd Salleh berhasrat untuk mengeluarkan produk mee segera dengan perasa sup ikan di masa akan datang, apatah lagi mee sup ikan menjadi kegemaran penduduk Malaysia Timur.

38

Modul (P&P) Pendekatan

Projek Pra Sekolah Jepti Kimbion, Elmy Chong dan Rusnah Mohamad WP Labuan Pada mulanya mereka hanya mencuba satu modul pendidikan baru untuk kebaikan anak-anak didikan mereka. Tanpa mereka sangka modul pendidikan baru ciptaan mereka itu membuahkan hasil yang sungguh memberangsangkan. Modul pendidikan yang dimaksudkan adalah Modul (P&P) Pendekatan Projek Pra Sekolah, gabungan usaha gigih Jepti Kimbion, Elmy Chong dan Rusnah Mohamad di Tabika Perpaduan Rumah Pangsa Perbadanan, Kampung Durian Tunjong. Melalui kaedah Modul (P&P) Pendekatan Projek Pra Sekolah ini, guru akan memilih suatu projek, contohnya, pokok kelapa. Di dalam modul ini murid-murid akan diajar untuk mengenali dan mendalami subjek pokok kelapa ini secara berperingkat. Setelah beberapa tahun diaplikasi, modul ini didapati sangat berkesan di dalam mendidik murid-murid prasekolah kerana perlaksanaannya didapati memberikan pencapaian yang cemerlang. Pakar Jejak Inovasi berpendapat modul pembelajaran ini berpontensi besar untuk diaplikasi dan dikomersialkan secara besar-besaran.

39

Proses Penghasilan Kertas Daripada Sisa Agro

En. Saiful Adha WP Labuan Inovasi En. Saiful Adha daripada Kampung Bukit Kuda, Labuan bermula apabila beliau mendapat permintaan untuk menghasilkan kotak istimewa mesra alam daripada syarikat pengeluar minyak kelapa dara. Bagi memenuhi permintaan tersebut, Encik Saiful telah mencuba pelbagai kaedah dan menggunakan pelbagai sisa agro termasuklah daun-daun atau batang-batang dari jenis pokok pisang, keladi dan bendi. Hasilnya beliau berjaya membuat produk siap berupa kotak dan pelbagai barang siap menarik yang boleh dipasarkan secara eksklusif. Hingga kini, produk keluaran Encik mendapat permintaan yang menggalakkan.

40

Putrajaya

41

Penyangkut Tudung Daripada Kertas Terbuang En. Zainuddin bin Hassan WP Putrajaya Bermodalkan hanya sisa kertas silinder keras tisu gulung besar, kertas warna dan polisterin yang tidak digunakan, Encik Zainuddin bin Hassan berjaya mencipta penyangkut tudung. Penyangkut tudung hasil buatan Encik Zainuddin bukanlah sesuatu yang baru, tetapi idea beliau menggunakan bahan-bahan yang tidak digunakan untuk membuatnya sangat menarik. Menurut Encik Zainuddin, beliau telah membuat penyangkut tudung ini sejak 2 tahun dahulu dan mendapat permintaan menggalakkan daripada sanak-saudara dan kawan-kawan. Kaedah pembuatannya juga tidaklah susah. Mula-mula, kertas keras tisu gulung besar dipotong mengikut saiz yang dikehendaki. Kemudian, kertas keras tersebut dibalut dengan kertas warna menggunakan gam. Kemudian ditampal polisterin untuk mencantumkannya. Masa yang dihabiskan untuk membuat penyangkut tudung ini adalah kira-kira satu jam sahaja. Menurut Encik Zainuddin, sesiapa sahaja boleh membuatnya asalkan saja berminat dan bersungguh-sungguh.

42

Bio Moc Alat Pengawal

Populasi Nyamuk En. Abuzar bin Ahmad WP Putrajaya Encik Abuzar bin Ahmad tinggal di Putrajaya, antara kawasan yang disenaraihitamkan dengan wabak denggi. Keprihatinannya untuk mengatasi masalah denggi di kawasan perumahannya telah menimbulkan ilham padanya untuk berganding bahu bersama Zara Wahida binti Zakaria untuk mencipta Bio Moc Alat Pengawal Nyamuk.

Bio Moc Alat Pengawal Nyamuk dibuat dengan menggunakan akuarium kecil dan beberapa alatan berlubang. Ikan gapi diletakkan di dalam akuarium ini sebagai agen biologi. Alat ini membolehkan nyamuk datang dan membiak, tetapi pada masa yang sama, membunuh jentik-jentik secara biologi melalui agen biologinya, ikan gapi. Modal untuk membuat Bio Moc Alat Pengawal Nyamuk ini hanyalah RM20. Begitupun Encik Abuzar dan Cik Zara Wahida menghabiskan masa sebulan untuk mencipta dan menguji keberkesanan alat ini. Alat ini ternyata sangat efisien di dalam mengawal pembiakan nyamuk dan telah disenaraikan sebagai finalis di peringkat zon tengah anjuran MOSTI.

43

Kebun Dinding Pn. Norashikin binti Shahrudin WP Putrajaya Keperluan mendapatkan ulam, herba dan pelbagai sayuran di samping penggunaan tanah yang maksimum memberikan ilham kepada Puan Norashikin binti Shahrudin dari Putrajaya untuk mencipta Kebun Dinding (Penanaman Tepi Tingkap Secara Menegak). Kebun Dinding ciptaan Puan Norashikin ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti botol minuman 1.5 liter, sebaik-baiknya botol minuman 100 Plus dan Coca-cola kerana ia lebih kuat dan keras. Bahan-bahan lain pula adalah saluran paip getah berukuran 0.6mm mengikut panjang yang dikehendaki, 2 unit nut bola, pasu plastik, span hidroponik, baja hidroponik A dan B, dawai serta kayu untuk dijadikan tiang.

Untuk membuatnya, botol-botol plastik tersebut hendaklah diikat pada tiang dengan dawai dan disusun secara menegak. Paip pula dipasang dari bawah ke atas. Untuk memudahkan air naik ke atas, pam air digunakan. Air untuk menyiram pula adalah dari atas ke bawah. Botol takungan air perlulah ditutup rapat untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Kemudian, anak benih pokok diletak di atas span untuk membiak. Tiang ini perlu diikat pada tingkap agar pokok yang ditanam mendapat cahaya matahari. Botol-botol disusun menegak di atas satu sama lain dan paip dipasang dari bawah ke atas . Air untuk menyiram pula adalah dari atas ke bawah. Manakala untuk memudahkan air naik ke atas pam air digunakan. Tumbuhan yang sesuai ditanam adalah kesum, pegaga, cili, kunyit, pudina dan tomato. Sistem Kebun Dinding ini sangat banyak kebaikannya kerana bahan-bahan untuk membuatnya mudah didapati, kurang penyelenggaraan, mudah diaplikasi di ruang terhad, menjimatkan serta murah. Di samping itu, kebaikan sistem ini adalah airnya sentiasa mengalir, kerana itu ia tidak perlu disiram selalu. Pemeriksaan air dan baja hanya perlu dilakukan seminggu.

44

Pengkomersilan Beg daripada

Bunting & Kain Rentang Terpakai

En. Hamdan bin Sirat WP Putrajaya Pada mulanya, penduduk di Presint 8 diajak untuk mengitar semula bunting dan kain rentang terpakai oleh Pengerusi Perbadanan Putrajaya 2011, Tan Sri Samsuddin bin Osman. Encik Hamdan bin Sirat mula mengambil longgokan bunting dan kain rentang lalu mencuba untuk membuat beg daripada bahan-bahan tersebut. Beg yang dibuatnya adalah seperti beg kertas dan mendapat permintaan yang tinggi daripada Perbadanan Putrajaya dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain kerana beg-beg ini lebih tahan lasak berbanding beg kertas. Haji Roslan bin Abu Haniff selaku Pengerusi Penduduk Fasa 4, Presint 8, Putrajaya turut memasarkan beg-beg tersebut. Encik Hamdan kini mendapat permintaan setinggi 500 hingga 600 beg sebulan. Setiap satu beg dijual dengan harga RM10 bagi beg bersaiz 14 x 10.5 inci, dan RM15

45

bagi beg bersaiz 16 x 14 inci. Jika ada permintaan khas untuk menghasilkan logo sulam pada beg tersebut, Encik Hamdan akan mengenakan harga RM20 untuk satu beg. Terkini, Encik Hamdan mempunyai empat orang tukang jahit sambilan yang terdiri daripada surirumah tidak bekerja. Yang nyata, Encik Hamdan bukan sahaja telah mengamalkan amalan kitar semula bahkan juga turut meningkatkan ekonomi penduduk setempat di Presint 8 dengan usaha ini.

Catatan

47

"Innovation distinguishes between a leader and a follower." - Steve Jobs

"When all think alike, then no one is thinking." Walter Lippman

Catatan

48