FAKTOR KELEMAHAN PERADABAN ISLAM DAN LANGKAH

Download Sejarah dunia telah memaparkan tentang kehebatan umat Islam menguasai ... mengukir sejarah manis menerusi perkembangan pelbagai bidang ilmu...

0 downloads 690 Views 363KB Size
711 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

FAKTOR KELEMAHAN PERADABAN ISLAM DAN LANGKAH MENGATASINYA Berhanundin Abdullah & Zawawi Yusoff Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. [email protected]

Abstrak Sejarah dunia telah memaparkan tentang kehebatan umat Islam menguasai tamadun dunia pada era kegemilangan pemerintahan Islam dan keluasan empayarnya. Umat Islam mengukir sejarah manis menerusi perkembangan pelbagai bidang ilmu dan kemahiran terutamanya pendidikan, perubatan, falak atau astronomi, kemasyarakatan, kebudayaan, ekonomi, pentadbiran dan pemerintahan. Malangnya disebabkan masalah dalaman dan kelalaian umat Islam sendiri menyebabkan usaha memartabatkan tamadun dunia terbantut. Dalam dunia era teknologi maklumat dan serba moden ini, umat Islam perlu memulihkan kehebatan ummah dalam tamadun dunia. Manakala dalam ehwal keagamaan umat Islam hendaklah meletakkan asas yang kukuh agar dunia menghormati dan menjadikan tamadun Islam sebagai tonggak tamadun dunia. Meskipun harapan ini terlalu ideal tetapi ia perlu direalisasikan secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian masa, masyarakat dan tempat. Justeru, artikel ini akan cuba mengenalpasti punca-punca kelemahan umat Islam kini menguasai tamadun dunia dan mengutarakan cadangan bagaimana untuk mengembalikan semula kehebatan ummah untuk berada di kemuncak tamadun dunia. Kata Kunci: Peradaban Islam, Pendidikan, Perubatan, Falak, Astronomi

1.

PENGENALAN Tamadun merupakan satu proses peradaban yang dikenali sebagai madani dengan maksud pembangunan, perbandaran dan penerapan budi pekerti mulia. Tamadun ini selalu digunapakai kepada tindakan dan kemajuan yang dicapai khususnya pembangunan duniawi dalam kebudayaan, kemasyarakatan, perilaku, pemikiran, kemajuan sains, teknologi, kesenian dan sesusasteraan (Esposito 1995, 11). Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam selepas zaman Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rashidin seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah terbukti membawa banyak asas-asas ketamadunan dunia. Pusat keilmuan yang hebat telah mewujudkan satu tamadun Islam dan dunia yang agung. Ramai ahli-ahli sains, falsafah dan pendidik muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada zaman keemasan Islam. Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, nasib malang menimpa dunia Islam di mana banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah dan Amerika. Selepas Perang Dunia Pertama, Empayar Turki Uthmaniyyah (empayar Islam terakhir) berpecah. Maka merosotlah perkembangan ilmu dan kemahiran umat Islam untuk menguasai tamadun dunia. Usaha, gaya hidup, pembudayaan ilmu dan kebangkitan era tamadun barat telah merebut peluang dan menjadikan segala hasil usaha umat Islam sebagai milik mereka.

712 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

2.

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM MENGUASAI TAMADUN DUNIA Kelemahan umat Islam menguasai tamadun dunia berpunca dari faktor dalaman umat Islam sendiri dan dari luaran khususnya pihak musuh. Antaranya: 2.1 Perbezaan Mazhab Pemikiran. Setelah pembunuhan ke atas khalifah Umar dan Uthman maka berlakulah perpecahan sehingga muncul mazhab-mazhab iaitu Khawarij (menkafir sahabat besar), Syiah Rafidhah (pendukung Ali) dan Syiah Nashibah (membenci Ali). Pada zaman tabiin, muncul aliran pemikiran Qadariyah dan Muktazilah di Basrah serta Jahmiyyah dan Mujassimah di Khurasan. Pada abad ketiga, khalifah al-Makmun yang cerdik dan rasionalis, telah mendatangkan buku-buku Falsafah Yunani sehingga ada mazhab mula berani mencela para sahabat (Mamduh Farhan Buhairi 1422, 13017). Perpecahan makin ketara disebabkan oleh pertikaian mengenai alQuran, Sunnah, Sifat Allah (Muhammad Jali 1988, 61-98, Shalahudin Maqbul t.t, 5165) persoalan Sunnah (Nashir ibn Abd. Allah al-Qifari 1994, 125-399), syurga-neraka dan dosa besar (Awwad al-Mu’tiq 1402, 27-28). Tumpuan kepada ilmu-ilmu lain dan kemahiran mula terbantut. 2.2 Keruntuhan Moral dan Sikap Umat Islam. Keruntuhan nilai moral disebabkan oleh pengaruh barat banyak dibawa masuk menerusi aktiviti hiburan, kesenian dan berbagai budaya kuning yang melalaikan yang dianggap sebagai kemajuan oleh generasi muda dan remaja. Keruntuhan ini diikuti dengan sikap umat Islam yang tidak menyahut persaingan dunia dalam pembangunan ilmu. Strategi ini telah disusun rapi dan dikawal selia oleh kuasa barat untuk melemahkan umat Islam dari segi ilmu dan agamanya (al-Qaradhawy 1999, 35). 2.3 Agenda Kristianisasi dan Perang Salib. Pada abad ke-17M, gereja Katolik Roma yang menguasai pemerintahan Eropah, telah mendirikan Kementerian Propaganda Agama di Vatikan bertujuan mengembangkan agama Kristian di serata dunia. Sekolah propaganda agama asing dibangunkan di Paris dengan pembiayaan dari kementerian ini. Berbagai institusi didirikan di Jerman, Perancis dan Bulgaria. Sekolah-sekolah baharu didirikan untuk memberi latihan yang lebih baik kepada para pengembang Kristian. Asas utama kerjasama antara gerakan pengembang Kristian dengan para imperialis ialah Perang Salib. Perang Salib bermula pada tahun 1095M (489H) sehingga hampir dua abad (Nahmar Jamil 1987, 25-28). Agenda ini bertujuan memalapkan obor perkembangan ilmu-ilmu Islam. 2.4 Perancangan penjajah terhadap dasar Islam. Seorang orientalis yang terkenal iaitu Snouck Hurgronje mencadangkan teknik “kawan” terhadap ulama dan “pisah” antara Islam sebagai agama dan Islam sebagai falsafah politik, dengan andaian semakin jauh jarak antara keduanya maka semakin cepat proses kehancuran umat Islam (Nazri 1989, 57). Ia bertujuan supaya umat Islam lupa kepada tugas mengembangkan ilmu demi tamadun manusia. 2.5 Halangan ke Atas Ulama dan Pendakwah (Syed Qutb 1971:44). Barat menghalang pendakwah dan pemimpin kerana tanpa ulama ilmu tidak akan dapat dikembangkan. Contohnya tindakan penjara dan seksa seperti yang

713 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

menimpa kepada Muhammad Kamaluddin al-Sananirriy dan Dr. Abdul Mun’im Abu al-Fatah di Mesir (Nazri Mohd Amin 1989, 24), Haji Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah. Mustafa al-Siba’ie (1972, 80) menyebut bahawa apabila musuh telah merasa seolah-olah putus asa untuk menghapuskan dakwah Islam, mereka akan bertindak dengan cara kekerasan iaitu membunuh pendukung dakwah seperti pembunuhan Hassan al-Banna pada tahun 1948, ‘Abd Qadir ‘Audah pada tahun 1954, Syed Qutb pada tahun 1965, Nik Hassan (ketika turun dari rumah untuk berwuduk solat subuh) dan Mohd Abdul Latif dari Petani ditembak mati (waktu pulang dari mengajar) (Nazri Mohd Amin 1989, 26). 2.6 Kegagalan Dalam Sistem Pengurusan dan Pentadbiran. Sejak abad ke-11M, barat telah melancarkan gerakan kolonialisme dan memaksa menerima sistem sekular barat dalam sistem pengurusan dan pentadbiran. Gerakan ini bertujuan menyerah urusan tersebut kepada golongan birokrat berpendidikan sekular. Menurut Mahayudin Haji Yahaya (1998, 199) bahawa golongan inilah yang dikenali sebagai golongan birokrat yang mendapat pendidikan Inggeris sekular yang memimpin dan mentadbir negera. Akhirnya ilmu bidang pengurusan dan pentadbiran Islam menjadi lumpuh. 2.7 Polisi Pemisahan antara Pentadbiran Negara dan Urusan Agama. Polisi barat memisahkan urusan pemerintahan daripada agama dan adat istiadat menerusi perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara pihak Inggeris dan pemerintah Islam dalam abad ke-19M memberi kesan kepada perkembangan ilmu di dunia Islam (Abdul Rauf 1987, 123). 2.8 Menghalang Penerbitan Kitab Ilmu. Antara kawalan yang dijalankan oleh penjajah ialah dengan mewujudkan undang-undang terhadap penulisan. Contohnya, kawalan penulisan ke atas Negerinegeri Selat melalui Undang-undang 1886 Registration Kitab-kitab, yang mewajibkan penyerahan naskhah terbitan kepada kerajaan dan maklumat seperti nama dan alamat orang yang memilikinya. Publishing and Book Enactment 1915 and The Seditious Publications (Prohibition) Enactment 1919 (sebagai tindakan susulan daripada pemberontakan Tok Janggut pada April–Mei 1915), menghalang orang Melayu menyuara dan melahirkan perasaan politik (Arkib Negara Malaysia 1999, 5). Hakikat sebenar ialah menghalang pertumbuhan ilmu Islam. 2.9 Ketinggalan dalam Pertumbuhan Ekonomi. Umat Islam kini ketinggalan terlalu jauh dalam sektor ekonomi disebabkan oleh lemahnya penghayatan ilmu Islam. Kemunduran ini menyebabkan orang non-Muslim mengambil peluang menggunakan kaedah Islam seperti sistem perbankan. 2.10 Penyerapan sistem sekular dalam pendidikan. Pada akhir abad ke-19M minat penjajah Inggeris untuk terus mengekalkan pengaruhnya di Negara-negara Islam telah berhasil menerusi pendidikan dengan mendirikan secara rasmi sekolah-sekolah Inggeris (Cheesman 1955). Inggeris memperkenalkan kebudayaan barat untuk pelajar. University St. Joseph (1874) di Suriah dan Universiti Amerika di Beirut (1866) mengembangkan ajaran Kristian, kebudayaan barat, fahaman materialisme, nasionalisme dan liberalism. J.B. Gibb menulis dalam bukunya “Suriah, Lubnan dan Jordan” bahawa “Kedua-dua universiti

714 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

ini membuka jalan bagi masuknya pemikiran barat ke Suriah, Lubnan, dan Jordan. Manakala unsur pemikiran baharu terpenting yang mereka sebarkan adalah nasionalisme”. 2.11 Merahsia dan Menyembunyikan Khazanah Tamadun Islam Kepada Tamadun Dunia. Sebahagian besar khazanah sumbangan tokoh-tokoh Muslim disembunyikan dan diubahsuai sehingga menjadi hasil sumbangan tokoh barat seperti bidang astronomi. Sebahagian besarnya disimpan sebagai dokumen rujukan di negaranegara barat. 3. USAHA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHEBATAN UMMAH 3.1 Penghindaran Perbalahan antara Sesama Umat Islam Perkara penting untuk berjaya menguasai ilmu dan kemahiran ialah menghapuskan sebarang persengketaan sesama umat Islam kerana ia sangat merugikan. Perselisihan mengenai mazhab, pemikiran dan amalan selagi tidak membabitkan soal akidah maka tidak perlu dipanjangkan. Sekiranya bertentangan dengan akidah, maka perlu penyelesaian mengikut perlembagaan induk iaitu alQuran. 3.2 Peningkatan Ketinggian Nilai Rohani dan Akhlak Mulia Serta Perubahan Sikap. Hanya keunggulan kerohanian dan akhlak dapat mengembalikan maruah serta kehormatan umat Islam. Usaha ini menjadikan umat Islam mampu mengembalikan semangat memajukan disiplin ilmu dan mendominasi tamadun dunia. Asas ini akan melahirkan daya keintelektualan, ketinggian moral dan semangat kerja. 3.3 Penolakan Agenda Kristianisasi dan Perang Salib. Tiba masa umat Islam bersatu menangani agenda Kristianisasi dan Perang Salib menerusi perkembangan dakwah dan peningkatan pencapaian dalam ilmu Islam. Menghapuskan segala unsur-unsur yang merugikan dan menghalang perkembangan budaya ilmu. 3.4 Kewaspadaan Terhadap Kesan Perancangan Penjajah Terhadap Dasar Islam. Umat Islam sepatutnya melepaskan diri dari meletakkan pergantungan kepada dunia barat. Segala fahaman dan pengaruh penjajah yang memusnahkan agenda kekuatan Islam perlu diganti dengan nilai dan budaya ilmu Islam yang sebenar. 3.5 Sanjungan Golongan Ulama dan Pendakwah. Ulama dan pendakwah perlu berani dan bangkit menegakkan kebenaran tanpa menghiraukan tekanan dari mana-mana pihak demi mempertahankan keunggulan tamadun ilmu Islam. Pendekatan yang bijak perlu dimainkan menerusi penglibatan dalam semua disiplin ilmu, pengetahuan dan kemasyarakatan. 3.6 Penguasaan dalam Bidang Pengurusan dan Pentadbiran. Selepas penjajah, golongan birokrat sekularlah yang menerajui pengurusan dan pentadbiran, maka kaum Muslimin harus berjuang mengembalikan kuasa tersebut ke

715 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

tangan-tangan pemimpin Islam. Kesedaran ini perlu dipupuk semula demi menjayakan usaha mengembalikan sinar ilmu Islam tersebar luas. 3.7 Agama Sebagai Asas Kenegaraan. Perubahan ketara yang diperlukan ialah berkaitan sumbangan terhadap nilai sebenar perikemanusiaan berasaskan polisi Islam yang tidak memisahkan pentadbiran negara dengan tuntutan agama. Antaranya dengan mewujudkan kesatuan ummah, menghapuskan permusuhan, mengembalikan kemuliaan diri manusia, dan menghidupkan semangat kerukunan dalam masyarakat. 3.8 Kebebasan Media Islam dari Cengkaman Materialisme, Hedonisme dan Ideologi Barat. Umat Islam perlu sedar bahawa sekian lama nilai barat tertanam dalam penyebaran media massa dunia Islam. Oleh itu segala yang membawa keburukan dan kemungkaran perlu ditukar ganti dengan wajah baharu yang boleh membangkitkan semangat daya saing dalam mengembalikan tamadun dunia berpaksikan nilai Islam. 3.9 Penguasaan dalam Bidang Ekonomi. Umat Islam tidak boleh ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana ia menjadi faktor utama untuk maju dan berjaya dalam kehidupan yang kian mencabar. Mereka perlu menguasai pengurusan secara Islam yang sekarang diimplementasikan oleh pihak lain seperti sistem perbankan secara Islam. Penguasaan sumber juga agak penting agar umat Islam tidak meletakkan pergantungan kepada orang bukan Islam kerana kebanyakan sumber dan bahan yang diperlukan adalah yang halal, bersih dan dibenarkan oleh Syariat Islam. 3.10 Peningkatan Penguasaan Pelbagai Disiplin Ilmu dalam Pendidikan. Umat Islam hendaklah berusaha memurnikan semula usaha mengembalikan zaman kegemilangan tamadun Islam. Semua disiplin ilmu khususnya yang berkaitan dengan penyelesaian masalah semasa umat manusia kini mesti diterokai oleh umat Islam berdasarkan sumber dari al-Quran dan al-Sunnah seperti dalam bidang perubatan, teknologi maklumat, astronomi, bioteknologi, kemasyarakatan dan pendidikan. 3.11 Pendedahan Khazanah Tokoh-tokoh Muslim. Umat Islam perlu kembali meneropong bidang baharu di samping menjadikan khazanah usaha tokoh-tokoh terdahulu sebagai jambatan. Jambatan ini mampu mengembalikan kegemilangan disiplin ilmu dunia Islam seterusnya menerajui tamadun dunia. KESIMPULAN Kegemilangan tamadun dunia yang dipelopori umat Islam suatu masa dahulu hendaklah dikembalikan kepada umat Islam untuk membangun semula. Tamadun kini kian mencabar dan sebahagiannya telah menghancurkan hakikat kemanusiaan dan menjadikan manusia sebagai haiwan yang berakal. Keruntuhan ini hendaklah diperjuangkan demi mengembalikan maruah manusia sebagai makhluk yang paling mulia. Segala agenda tamadun dunia moden kini perlu segera diganti dengan peradaban yang membawa kemurnian dan kesejahteraan manusia sejagat.

716 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

RUJUKAN Abdul Rauf, 1987, Ikhtisar Sejarah Islam dan Hubungannya Yang Khusus Dengan Semenanjung Malaysia. Terj. Oleh Rustam A. Sani. Edisi Kedua. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Sdn. Bhd. Ahmad Muhammad Jali. 1988. Dirasah ‘An al-Firaq Fi Tarikh al-Muslimin: al-Khawarij Wa al-Syi’ah. Riyadh: Markaz al-Faishal. Arkib Negara Malaysia. 1999. Majlis Pengkisahan Sejarah Semangat Nasoinalisme Dalam Bidang Penulisan. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Awwad al-Mu’tiq. 1409. Al-Mu’tazilah. Riyadh: Dar al-Ashimah. Cheesman, H. R. 1955. Education in Malaysia, 1900-1941. Malayan Historical Journal. Jilid. 1. Nombor 1. Jun. Esposito, J. L. 1995. The Oxford Encylopedia of The Morden Islamic World, Vol 111, Oxford: Universiti press. Mahayudin Haji Yahaya. 1998. Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mamduh Farhan Buhairi. 1422. Al-Syi’ah Minhum Alaihim, Indonesia: Dar al-Faruq. Mustafa al-Siba’ie. 1972. Al-Sirah al-Nabawiyyah. Al-Qahirah: Dar al-Kutub al‘Arabiyyah. Nahmar Jamil. 1987. Menghadapi Ancaman Pengkristianan. Kuala Lumpur: Pustaka al Mizan. Nashir ibn Abd. Allah al-Qifari. 1994. Ushul Madzhab al-Syi’ah al-Imamiyah al-Itsna Asyariyah. Cet. 2. Dimasq: Dar al-‘Ulum. Nazri Mohd Amin. 1989. Penderitaan Umat Islam Abad Ke 20. Shah Alam: Penerbit Hizbi Sdn. Bhd. Al-Qaradhawy, Yusuf. Dr. 1999. Tamadun Islam: Altenatif Masa Depan. Terj. Haji Juanda Haji Jaya. Selangor: Maktabah al-Qardhawi. Shalahudin Maqbul. t.t. Zawabi’ Fi Wajh al-Sunnah. T.tp. Syed Qutb. 1971. Fi Zilal al-Quran. Cetakan Ketujuh. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al‘Araby.