ISU DAN PENGARUH ORIENTALISME DI MALAYSIA : SATU ANALISA

Download Hubungan antarabangsa dalam institusi kesultanan Melayu bermula bilamana ..... 1511, (Melaka: Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Mala...

0 downloads 313 Views 625KB Size
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

KESULTANAN MELAYU DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA Oleh: Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor Ruzanah Binti Mohd Rozi** PENGENALAN Hubungan antarabangsa dalam institusi kesultanan Melayu bermula bilamana berlakunya pelepasan negeri-negeri yang berada di bawah penaklukan Srivijaya pada abad keempat belas. Institusi Kesultanan Melayu yang merangkumi beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Brunei dibina sebagai tanda kedaulatan dan kekuasaan negara mereka. Untuk mengukuhkan lagi kedudukan institusi kesultanan Melayu ini, jalinan hubungan antarabangsa dimeterai antara kesultanan 

**

Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau turut menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected]. Penulis merupakan calon sarjana Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected].

135

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

Melayu dengan negara-negara luar bagi memberi jaminan kedaulatan kepada sesebuah negeri. Bertitik-tolak dari kepentingan ini, institusi kesultanan Melayu melihat wujudnya peluang untuk membantu kesultanan Melayu meningkatkan taraf sosial penduduk tempatan seperti menampung kekurangan bahan mentah yang terdapat di dalam negeri sekali gus mengukuhkan 1 sosio politik dan ekonomi tempatan. Di sini, peranan sultan terhadap hubungan antarabangsa jelas ternyata bilamana hubungan antarabangsa menjadi dasar utama kepada penggubalan dasar luar dan diplomasi negeri dalam institusi kesultanan yang ada di Nusantara. EMPAYAR MELAYU SEBELUM ERA KESULTANAN MELAYU DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA. Penaklukan Srivijaya ke atas Malayu (Jambi) telah memperluaskan kuasa pentadbiran Srivijaya di rantau Melayu sehingga berhasil menjadikan Srivijaya sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai kelestarian kuasa yang masyhur di Asia Tenggara. Penguasaan kerajaan Srivijaya terhadap hampir keseluruhan kawasan di Kepulauan Melayu telah membolehkan kerajaan ini menjalin hubungan antarabangsa dengan kerajaan luar. Kedudukan geografi kerajaan Srivijaya di Asia Tenggara telah menjadikan Kepulauan Melayu sebagai pusat perdagangan antarabangsa seawal abad ketujuh. Perkara ini dapat dilihat menerusi pelabuhan-pelabuhan yang wujud di tenggara Sumatera yang telah memainkan peranan penting kepada aktiviti pelayaran antara lautan dengan menjadi tumpuan kepada para pedagang untuk melakukan aktiviti pemindahan barangan dagangan. Tidak hanya itu, pelabuhan-pelabuhan ini turut menjadi tempat untuk

1

Mazlan Zulkifly, “Dasar Luar Singapura (1965-1992)”, Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999), 3.

136

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

para pedagang menginap, memasarkan produk dagangan dan 2 membaik-pulih kapal. Tambahan pula, keupayaan kerajaan Srivijaya dalam menyediakan bekalan hasil tempatan untuk memenuhi pasaran sendiri dan pasaran perdagangan China telah membolehkan kerajaan Srivijaya menguasai laluan perdagangan antarabangsa di semua pelabuhan Sumatera dan kepulauan Riau-Lingga. Dengan menjalin hubungan erat antara kerajaan Srivijaya dengan orang Laut atau diistilahkan juga sebagai “orang selat”, Kerajaan Srivijaya mampu mengawal aktiviti kapal perdagangan di segala 3 rantau gugusan kepulauan Melayu. Sokongan padu yang diterima dari pihak penguasa pelabuhan di sepanjang pantai Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang mengakui dan menerima kekuasaan Sirivijaya sebagai pusat pentadbiran telah 4 membawa keuntungan kepada kerajaan Srivijaya. Selain itu, Kerajaan Srivijaya ini juga berhasil menjadikan Kepulauan Melayu sebagai pusat penyebaran agama dan budaya bilamana pengaruh budaya Hindu beraliran Brahma di 5 laksanakan di Srivijaya. Namun, pegangan agama ini berubah bilamana Srivijaya berpindah ke Malayu (Jambi), ajaran Buddhisme Mahayana disebarkan sehingga berhasil mengembangkan ideologi tersebut dan berjaya memasuki Selat Melaka. Keunggulan pentadbiran kerajaan Srivijaya ini telah menjulang kedudukan Maharaja Srivijaya sehingga ke benua

2

3 4 5

Syed ZulFlida S.M. Noor, Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka: Kemunculan dan Kegemilangan (Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 2006), 4. Ibid., 11. Ibid., 11. Seorang pendeta China, I-Ch’ing dalam catatannya pernah mengatakan bahawasanya lebih seribu rahib Buddhis berada di Srivijaya sekitar tahun 671. Lihat ibid., 11.

137

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara 6

India, China dan Timur Tengah. Perkara ini dapat ditelusuri 7 menerusi catatan Arab yang menyebut Srivijaya sebagai Zabaj 8 dan Sribuza . Jalinan hubungan antarabangsa ini juga menjadi faktor penting kepada kerajaan Srivijaya dalam mempertahankan kawasan-kawasan takluknya. Perkara ini dapat dilihat pada akhir abad ke sepuluh dalam tahun 992 bilamana Kerajaan Srivijaya telah memohon perlindungan dari Maharaja China dari serangan Jawa. Meskipun dalam masa yang sama, kerajaan Jawa mengutus utusan ke China memaklumkan keadaan perselisihan dan peperangan yang sering terjadi antara Jawa dan Srivijaya, namun, Srivijaya berjaya menangkis serangan dari Jawa pada tahun 1016 9 hasil dari hubungan diplomatik dengan China. Tidak hanya itu, hubungan perdagangan dengan China juga telah memberikan kelebihan kepada kerajaan Srivijaya sebagai penguasa tempatan dan pembawa barangan dagangan yang berhak membawa ufti ke 10 China.

6

7

8 9 10

Pada awalnya, kerajaan Srivijaya merujuk istilah China dengan Shih-lifo-shi dan kemudiannya menggunakan istilah san-fo-ch’i. Istilah ini telah digunakan sejak awal abad kesepuluh hingga akhir abad keempat belas iaitu semasa zaman dinasti Ming. Istilah “Zabaj” ini merujuk kepada keseluruhan gugusan pulau yang berada di bawah kekuasaan Srivijaya yang meliputi Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Istilah “Sribuza” pula merujuk kepada panggilan Srivijaya. Ibid, 4-5. Penghormatan ini diberikan oleh kerajaan China sebelum China mengamalkan sistem ufti yang hanya membenarkan perdagangan asing masuk sebagai barang ufti yang hanya dibawa oleh utusan dari sebuah negara besar.

138

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

KELAHIRAN KESULTANAN MELAYU DI TANAH MELAYU DAN KESULTANAN MELAYU BRUNEI Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas Tanah Melayu telah menghadapi cabaran bilamana negeri-negeri naungannya berhadapan dengan perubahan dasar perdagangan negeri China sekitar abad kedua belas dan abad ketiga belas. Pelabuhanpelabuhan yang berada di bawah pengawasan kerajaan Srivijaya dilihat telah mula beroperasi secara bersendirian dan melakukan aktiviti perdagangan yang bebas terus kepada China. Negeri11 negeri bahagian Sumatera seperti Barus, Po-lo dan Kampe (Aru) telah berdagang secara bersendirian tanpa melalui kerajaan pusat Srivijaya dan berhasil menjadi pesaing utama kepada Srivijaya. Manakala pelabuhan-pelabuhan yang berada jauh dari kawasan pentadbiran pusat Srivijaya mula meminggirkan diri daripada perikatan naungan dengan kerajaan Srivijaya. Kebanyakan pelabuhan-pelabuhan ini terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu telah mempunyai hubungan langsung dengan China. Aspek jaminan keselamatan yang diberikan oleh pelabuhan-pelabuhan utama di Semenanjung Tanah Melayu telah berjaya menarik perhatian para pedagang luar untuk berdagang secara langsung dengan kerajaan tempatan semenanjung Tanah Melayu. Apatah lagi, berleluasanya aktiviti lanun di sekitar jalan masuk ke Palembang dan Jambi akibat penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh orang laut Srivijaya. Dalam keadaan ini, seluruh alam Melayu di sepanjang pantai timur Semenanjung Tanah Melayu telah menjalankan aktiviti perdagangan dengan China dengan dagangan barangan seperti tembikar, sutera dan barang sampang (lacquerware). Manakala 11

Kampe (Aru) telah mengisytiharkan kebebasan negeri mereka dari naungan Srivijaya pada abad ketiga belas. Tindakan Kampe ini turut disertai oleh pengisytiharan Perlak dan Pasai terutama setelah dua kawasan ini dipengaruhi dengan ajaran agama Islam.

139

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

barang dagangan dari Tanah Melayu pula adalah seperti gading, damar, kulit penyu, rotan, timah dan lilin lebah. Tidak hanya itu, catatan China ada mengatakan bahawasanya, kesemua negeri Melayu di sepanjang pantai timur telah ada penguasa ataupun 12 rajanya sendiri pada abad keempat belas. Kepesatan aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh negerinegeri di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu ini turut memberikan impak kepada Brunei. Brunei atau disebut sebagai P’o-ni dalam catatan China pada sejak abad kesembilan turut berhasil menarik diri dari naungan kerajaan Srivijaya setelah berupaya menjadikan kawasan tersebut maju dan makmur. Ketegangan hubungan yang sememangnya wujud antara kerajaan Srivijaya dan Jawa telah membawa kepada serangan ke atas Jambi iaitu pusat pentadbiran kerajaan Srivijaya setelah pengaruh Srivijaya semakin hilang dalam kalangan negeri-negeri takluknya. Kejayaan raja Singasari (Jawa) dalam serangan tersebut telah membolehkan Jawa membuat tuntutan ke atas Pahang dan 13 menganggap dirinya berkuasa di seluruh tenggara Sumatera. Melihat kepada ambang kejatuhan kerajaan Srivijaya ini, kerajaan Siam turut mengambil peluang untuk meluaskan kawasan takluknya sehingga menyaksikan penguasaan penguasa Ligor, Selatan Siam berjaya menakluki negeri-negeri di utara 14 Semenanjung Tanah Melayu. Natijahnya, negeri-negeri ini menjadi negeri di bawah naungan raja-raja Sukhothai. Impian untuk menakluki negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah 12

13 14

Perkara ini telah menunjukkan bahawasanya negeri-negeri ini sudah menetap di satu kawasan (bermula dengan kawasan berhampiran sungai yang dijadikan sebagai pelabuhan dan telah mewujudkan pentadbiran negeri yang lebih tersusun. Lihat Ibid., 6. Lihat Ibid., 8. Antara faktor utama kepada kejayaan Selatan Siam menakluki negerinegeri utara Semenanjung Tanah Melayu adalah kerana kedudukan negeri-negeri ini yang jauh dari kerajaan pusat.

140

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

Melayu semakin menjadi-jadi setelah tertubuhnya kerajaan Ayudhya sehingga membawa kepada penguasaan tentera Thai ke atas negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu dari utara terus ke selatan. Penaklukan ini telah memberikan manfaat kepada kerajaan Thai selepas itu kerana negeri-negeri ini perlu menyerahkan hak dan ufti yang tetap kepada kerajaan 15 Thai. KESULTANAN MELAYU DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA i)

Kesultanan Melayu Melaka dan Hubungan Antarabangsa

Pembukaan negeri Melaka yang dilakukan oleh Parameswara telah membawa kepada pemerintahan kesultanan Melayu Melaka dengan pengiktirafan sebagai raja yang diberikan oleh Maharaja 16 China kepada Parameswara. Pengislaman Parameswara pada tahun 1414 telah membawa kepada penggunaan istilah sultan kepada diri baginda dan baginda sendiri dikenali sebagai Sultan 17 Iskandar Shah. Dengan menjadikan Selat Melaka sebagai pusat terdirinya kesultanan Melayu Melaka, Sultan Iskandar Shah berjaya menjadikan Selat Melaka sebagai pelabuhan perdagangan utama di Asia Tenggara. Kedudukannya yang strategik di Asia Tenggara telah menjadi tumpuan utama kepada para pedagang untuk menjalankan perniagaan di kawasan tersebut. Tidak hanya itu, pelabuhan Selat Melaka ini turut menjadi tempat persinggahan 15

16

17

Situasi ini telah menyebabkan kerajaan Melayu tidak dapat memajukan tanah sendiri bahkan hanya mewujudkan ketegangan yang berterusan selama beberapa abad. Syed Ahmad Syed Kassim, et al., Melaka: Di Sinilah Segala-galanya Bermula, (Johor: Penerbit Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, 2012), 3. Pengislaman baginda ini berlaku setelah baginda berkahwin dengan Puteri Raja Pasai.

141

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

buat para pedagang yang berdagang ke Asia Tenggara ketika menunggu angin monsun berubah sebelum meneruskan pelayaran mereka. Aktiviti seperti ini, telah menjadikan Selat Melaka semakin terkenal dan menarik perhatian para pedagang untuk berdagang. Bertitik-tolak dari permintaan ini, kesultanan Melayu Melaka berusaha untuk meningkatkan produktiviti dan daya tarikan di pelabuhan tersebut. Oleh itu, kerajaan Melaka pada ketika itu, berusaha memberikan layanan yang terbaik kepada para pedagang yang berlabuh di Selat Melaka. Dalam keadaan ini, kesultanan Melayu Melaka berusaha memberikan perkhidmatan kepada saudagar-saudagar yang berlabuh di pelabuhan Selat Melaka seperti jaminan keselamatan kepada para pedagang yang melalui laluan di pelabuhan tersebut mahupun di laluan Laut China Selatan. Selain itu, kesultanan Melayu Melaka turut menampung bekalan makanan kepada para pedagang sepanjang mereka berada di Tanah Melayu. Bagi memenuhi perkara di atas, kesultanan Melayu Melaka turut memutuskan untuk memeterai hubungan antarabangsa dengan kerajaan-kerajaan yang lain dalam memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada saudagar-saudagar yang belayar ke pelabuhan Selat Melaka. Institusi kesultanan Melayu Melaka yang jelas dengan tujuan terhadap hubungan antarabangsa yang dimeterai telah membawa kepada penilaian asas yang jelas ke atas dasar luar yang diamalkan oleh kerajaan Melaka. Di antara negeri-negeri yang ada di gugusan Kepulauan Melayu, kelihatan seperti Melaka mempunyai empat peringkat dalam perhubungan Melaka dengan negara-negara luar. Dalam konteks ini, Zainal Abidin (1990) merumuskan bahawasanya empat peringkat tersebut adalah negara yang punyai taraf yang sama dengan Melaka, kedua; negara yang “bernaung” atau negara yang menerima ketuanan Melaka tetapi tidak bermaksud tiada raja, ketiga; negara yang hubungannya tidak dimasukkan dalam salah satu daripada dua 142

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

kategori ini dan keempat; adalah negeri yang menjadi sebahagian dari Melaka tetapi seolah-olah seperti tanah jajahan.

Bil

1 2 3 4

* **

a)

Peringkat perhubungan Melaka-Negara luar Negara yang dianggap setaraf dengan Melaka Negeri yang “bernaung” di bawah Melaka Negeri yang tidak tersenarai dari salah satu peringkat di atas Negeri yang menjadi sebahagian dari Melaka tetapi seolah-olah menjadi tanah jajahan Melaka

Contoh negara yang terlibat Majapahit Pasai *Haru Pattani Kedah Mangkasar Kelang Inderagiri Kampar Siak

Hari tidak lagi dijadikan negara setaraf dengan Melaka setelah menyerang Melaka Ringkasan oleh penulis dari artikel Zainal Abidin Abdul Wahid, Kerajaan Melaka dalam Hubungan Antarabangsa.

Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan negeri-negeri jiran di Tanah Melayu Bagi membantu Melaka mengukuhkan aktiviti perdagangan di Selat Melaka, kesultanan Melaka telah mengikat perjanjian dengan beberapa buah negeri yang berkaitan seperti Kelang, Selangor, Perak, Bernam dan Beruas. Negeri-negeri ini mengirimkan bekalan bijih timah dan beberapa jenis makanan

143

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

kepada Melaka untuk beberapa tahun sehingga ia berjaya 18 dijadikan sebagai bahan eksport kerajaan Melaka. Antara lain kekuasaan yang dimiliki oleh kesultanan Melayu Melaka dapat diperhatikan menerusi peranan sultan Melaka yang menjadi penabal dan penaung kepada sultan yang lain. Dalam keadaan ini, peranan kesultanan Melayu Melaka sebagai penabal sultan bagi negeri lain dapat dilihat berdasarkan peristiwa penabalan Sultan Abdul Jamil sebagai raja di Pahang dengan nobat yang diberikan oleh Sultan 19 Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah. Tidak hanya itu, kesultanan Melayu Melaka juga pernah menabalkan Raja Patani sebagai sultan setelah kawasan tersebut dibuka oleh seorang raja Siam yang bernama Cau 20 Seri Bangsa di Kota Mahligai. Kota Mahligai ini kemudiannya ditukar namanya kepada Patani dan menghantar utusan bernama Ukon Pola ke Melaka dengan membawa surat sembah.

18

19

20

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim, Kisah Melaka 1511, (Melaka: Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2006), 56. Penabalan sultan Abdul Jamil sebagai sultan Pahang oleh Sultan Mahmud Shah adalah kerana kemangkatan Sultan Mahmud Pahang yang telah meninggalkan tiga orang putera iaitu Sultan Abdul Jamil, Raja Mudzaffar dan Raja Ahmad. Maka, setelah mendengar perkhabaran mengenai kemangkatan Sultan Mahmud Pahang, sultan Mahmud Shah telah melantik waris sultan Pahang yang paling tua. Niat awal Raja Cau Seri Bangsa menakluki Kota Mahligai adalah jika baginda dapat menawan Kota Mahligai, baginda akan memeluk Islam.

144

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

Sultan Mahmud Shah dari kesultanan Melayu Melaka menabalkan Raja Patani dengan gelaran Sultan Ahmad Shah. Raja Abdullah dari Kampar dan Raja Kedah juga pernah 21 ditabalkan oleh kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, hubungan antara kesultanan Melayu Melaka dengan negeri yang lain adalah bersifat sebagai penyelamat dan pelindung kepada negeri-negeri kecil yang berada di dalam kawasan takluknya dari diserang oleh kuasa asing. Sebagai contoh, Sultan Mahmud pernah membantu Pahang menghadapi serangan daripada Raja Siam, Maharaja Dewa 22 Sura dari Legor. b)

Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Wilayah Sumatera Wilayah Sumatera juga merupakan sebahagian wilayah yang berada di bawah kawasan takluk kerajaan Melaka. Dalam keadaan ini, kawasan pantai timur Sumatera yang mencakupi kawasan Kampe (Aru), Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri, Jambi dan Tungkal adalah kawasan yang dikatakan seolaholah seperti tanah jajahan Melaka, meskipun kawasankawasan ini mempunyai pemerintahnya sendiri. Penguasaan Melaka ke atas kawasan-kawasan ini dilakukan dengan beberapa cara.

21

22

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989), 50-51. Ibid., 51.

145

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

Sebagai contoh, penguasaan Melaka ke atas Inderagiri dan Siantan adalah berdasarkan anugerah yang diberikan oleh kerajaan Majapahit kepada Melaka. Berbeza pula di bahagian kawasan Kampar dan Siak, kawasan ini dikuasai oleh Melaka melalui perang yang pernah berlaku antara kerajaan Melaka 23 dengan Kampar dan Siak. Kekalahan Siak di dalam perang antara Melaka dengan Siak telah membawa kepada kemangkatan Maharaja Permaisura 24 Siak sewaktu perang yang berlaku antara kedua-dua 25 kerajaan. Maka, hubungan antara Melaka dan Siak bermula bilamana Sultan Mansor Shah menjadikan Putera Raja Permaisura Siak, Megat Kudu sebagai menantu (setelah dikahwinkan dengan Raja Mahadewi) dan kemudiannya dilantik menjadi raja di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Hubungan antara Melaka dan Siak ini disifatkan sebagai hubungan politik kekeluargaan di antara Melaka dengan 26 Siak bagi memastikan jaminan keselamatan para pedagang yang melalui Selat Melaka terjaga. Meskipun negeri-negeri ini mempunyai raja-rajanya sendiri tetapi segala keputusan dalam negeri adalah tertakluk kepada kata putus dari Melaka. 23

24 25

26

Penguasaan ke atas Kampar juga adalah berdasarkan kepada perang yang dilakukan oleh kerajaan Melaka dengan Kampar bagi menjaga keselamatan perdagangan di Selat Melaka. Setelah berjaya mengalahkan Kampar, kerabat diraja kesultanan Melayu Melaka ditempatkan di situ bagi menjaga hal-ehwal pentadbiran negeri Kampar. Selain itu, Kampar juga adalah kawasan yang boleh menyumbangkan barang dagangan kepada Melaka seperti lada dan emas yang kebanyakannya boleh didapati di Minangkabau. Maharaja Permaisura dikatakan dari keturunan Raja Pagar Ruyung. Perang yang tercetus antara kerajaan Melaka dengan Siak adalah disebabkan keengganan Siak untuk tunduk kepada kerajaan Melaka pada ketika itu. Maka, Sultan Mansor Shah iaitu Sultan Melaka telah memerintahkan untuk menyerang Siak. Ibid., 60.

146

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

Perkara ini dapat diperhatikan menerusi peristiwa yang berlaku di antara tahun 1477-1488 iaitu semasa Melaka di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah I yang marah dengan perbuatan Siak kerana telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada seorang pesalah tanpa pengetahuan istana Melaka. Maka di sini, dapat difahami bahawasanya hubungan politik yang dijalin antara Melaka dan Siak adalah 27 bersifat kuasa penakluk dengan kerajaan yang tertakluk. Berbeza dengan hubungan antara Melaka dengan kawasankawasan di timur Sumatera, hubungan antara Melaka dengan kawasan-kawasan di utara Sumatera bersifat negeri setaraf. Dalam keadaan ini, kawasan yang terlibat adalah kawasan kesultanan Pasai. Hubungan antara kesultanan Melaka dengan kesultanan Pasai lebih cenderung kepada hubungan persahabatan dan pengukuhan antara kedua-dua kerajaan. Ini adalah kerana, Sultan Iskandar Shah telah mengahwini puteri Raja Pasai, Sultan Nur El-Abedin pada tahun 1414 setelah memeluk Islam. Jalinan hubungan antara kedua-dua kerajaan ini bukan sahaja membawa kepada perkembangan aktiviti perdagangan di Selat Melaka bahkan membantu proses 28 penyebaran agama Islam di Melaka. c)

Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Siam Aktiviti perdagangan yang pesat di Selat Melaka telah membawa kepada jalinan hubungan politik antara Melaka dengan kerajaan Siam. Dalam keadaan ini, jalinan ini boleh dilihat dari aspek dua hala yang mana Siam berusaha menakluki Melaka bagi meluaskan kawasan takluknya. Ini dapat dilihat menerusi kebijaksanaan kesultanan Melayu Melaka yang mendapat perlindungan dari kerajaan China

27 28

Ibid., 61. En. Khamis bin Hj. Abas, ed., Melaka Dalam Dunia Maritim (Melaka: Perbadanan Muzium Melaka, 2004), 29.

147

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

menerusi pengiktirafan Maharaja China ke atas Parameswara sebagai pemerintah Melaka. Pengiktirafan ini adalah bagi mengelakkan sebarang bentuk serangan dari Siam ke atas Melaka setelah bertahun sebelum itu Melaka memberi ufti kepada kerajaan Siam sebagai balasan untuk tidak menyerang 29 Melaka. Namun, di sebalik itu juga, kerajaan Melaka memerlukan Siam bagi menampung keperluan bekalan makanan untuk pedagang yang singgah di Pelabuhan Selat Melaka. Pada ketika itu, penduduk Melaka yang bergiat dalam aktiviti pertanian hanyalah dalam bilangan yang kecil. d) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Asia Timur Antara kerajaan yang terbesar di Asia Timur adalah China. Seperti yang dikatakan oleh penulis pada awal perbincangan, hubungan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan kerajaan China telah lama dilakukan iaitu sejak semenanjung Tanah Melayu berada di bawah kekuasaan Srivijaya. China merupakan salah sebuah negara yang dianggap sebagai kuasa yang kuat dan giat berdagang di rantau Asia termasuklah di rantau Asia Tenggara telah mengalami kepesatan dan kemajuan dalam negara mereka. Makanya, kesultanan Melayu Melaka terus yang dimiliki oleh China dilihat sebagai satu bentuk peluang untuk Melaka mempertahankan negara dari serangan Siam. Dalam konteks ini, keselamatan negara sangat berkait rapat dengan hubungan politik sesebuah negara dengan negara yang lain. Siam yang pada waktu itu dilihat sering mengancam keselamatan Melaka telah mendorong Melaka untuk menjalin hubungan dengan China bagi mengimbangi kekuatan Siam 29

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim, Kisah Melaka 1511. Op. Cit., 55.

148

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

menerusi kuasa China. Perkara ini lebih dikenali sebagai pelaksanaan dasar perseimbangan kuasa atau disebut sebagai “balance of power”, telah membantu Melaka bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sekiranya 30 Siam bertekad untuk berhadapan dengan Melaka. Tidak hanya itu, hubungan yang dijalin antara institusi kesultanan Melayu Melaka dengan China juga adalah bagi menjamin laluan perdagangan kapal-kapal dagang di bahagian Laut China Selatan dari serangan lanun China. Keadaan ini adalah kerana perairan Laut China Selatan merupakan salah satu jalan dagangan yang menghubungkan pusat perdagangan Melaka dengan negara lain, maka Melaka perlu mengambil inisiatif untuk menjamin perjalanan kapal dagangan ke China dari diserang oleh lanun-lanun China. Dalam konteks ini, Melaka adalah salah sebuah negara yang membawa ufti kerajaan China bagi mengelak rompakan dari lanun-lanun China kerana para lanun dikatakan takut kepada kerajaan China. e)

Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Asia Barat / Timur Tengah Jalinan hubungan antara kesultanan Melayu Melaka tidak hanya terbatas terhadap wilayah Asia Timur dan Nusantara, bahkan meliputi Asia Barat, termasuklah hubungan dengan negara-negara di wilayah Timur Tengah. Dalam keadaan ini, dikatakan bahawasanya hubungan antara kesultanan Melayu dengan Timur Tengah telah bermula sejak pengislaman Parameswara pada tahun 1414. Bermula dari itu, Melaka menjadi tumpuan para pedagang dari Tanah Arab untuk berdagang di Melaka. Hubungan ini telah membawa kepada

30

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, “Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa” (makalah, Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1990), 74.

149

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

hubungan perdagangan antara kesultanan Melayu dengan Timur Tengah. Tidak sekadar itu, sikap sultan Melayu dalam mengalualukan kedatangan para pedagang dari Timur Tengah turut menarik perhatian mereka untuk menyampaikan dakwah dan ajaran Islam dalam kalangan masyarakat tempatan sehingga ada yang mengambil peluang ini untuk berkahwin dengan masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Hubungan antarabangsa yang dimeterai secara tidak langsung yang bersifat perkahwinan ini telah memberi impak kepada perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu dan sekitarnya. Selain itu, kefahaman Islam dalam masyarakat tempatan juga turut mendorong kepada jalinan hubungan antarabangsa dengan Timur Tengah. Dengan bermusafir secara kolektif bersama-sama rakan, masyarakat Melayu telah melakukan ibadah haji sebelum abad ke-19 yang mana kebanyakan 31 mereka ini adalah dari golongan pembesar negara. Kemudiannya, rombongan jemaah haji ini diketuai oleh wakil Sheikh dari Arab Saudi yang menguruskan dan membawa jemaah haji ke Tanah Suci Mekah. Sistem ini digunakan sehingga sebelum penubuhan Jawatankuasa Pengagihan Haji 32 pada tahun 1948. Sultan Alauddin Riaayat Shah merupakan sultan pertama yang telah menunaikan haji pada abad ke-15 bagi menyempurnakan hajat ayahandanya Sultan Mansur

31

32

Nang Nashirah Binti Nik Dahalan, “Perjalanan Orang-orang Melayu Dalam Menunaikan Ibadah Haji: Kajian dalam Kitab Pelayaran Abdullah Ka-Judah” (Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013), 68. Syahidawati Binti Haji Shahwan, “Pelaburan Lembaga Tabung Haji (LTH) Dalam Sektor Perladangan: 1990-2000,” Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003), 26.

150

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

Shah yang tidak dapat melaksanakan ibadah haji atas sebab 33 kesihatan. ii) Kesultanan Melayu Negeri-negeri Lain dan Hubungan Antarabangsa Meskipun kesultanan Melayu Melaka merupakan kuasa kesultanan Melayu yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu. Namun, negeri-negeri yang berada di sekitarnya juga mempunyai institusi kesultanan Melayu sendiri. Sebagaimana Melaka, negerinegeri di Semenanjung Tanah Melayu turut mempunyai cara pemerintahan dan pentadbiran negeri yang tersendiri walaupun berada di bawah naungan kesultanan Melayu Melaka. Negerinegeri ini juga telah menjalinkan hubungan diplomasi dengan negara seawal setelah keluar dari penguasaan Srivijaya ke atas Tanah Melayu. Kesultanan Melayu yang berada di utara Semenanjung Tanah Melayu ialah Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Manakala institusi kesultanan Melayu di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu pula terdiri dari kesultanan Melayu Johor, kesultanan Melayu Bentan, kesultanan Melayu Lingga, kesultanan Melayu Linga-Riau dan kesultanan Melayu Singapura. Antara peranan dan hubungan antarabangsa yang dimeterai antara kesultanan Melayu yang lain di Tanah Melayu adalah kesultanan Johor. Hubungan politik antara kesultanan Melayu Johor dengan negeri-negeri Melayu ini dapat kita lihat menerusi peranan kesultanan Melayu Johor dalam melakukan pertabalan raja-raja di negeri Melayu. Contohnya, YDPM Daeng Marewah telah diberikan tanggungjawab untuk melantik putera Raja Kedah yang tua sebagai Yang Di-pertuan Kedah. Tidak hanya itu, 33

Ibrahim Haji Ismail, “Kaji Selidik Mengenai Penyediaan Kemudahan dan Perkhidmatan bagi Jemaah Haji Sebelum dan Semasa Mengerjakan Haji di Tanah Suci Yang Disediakan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji” (Tesis Diploma, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 1987), 1.

151

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

hubungan antara kesultanan Melayu Johor dengan negeri-negeri yang lain turut bersifat pengukuhan hubungan antara kedua-dua negeri sepertimana perkahwinan antara YDPM Daeng Marewah dengan saudara perempuan Sultan Kedah sebagai kesinambungan hubungan antara kedua-dua negeri. Selain itu, hubungan diplomatik yang dimeterai antara Johor dengan sesebuah negeri itu adalah bersifat diplomatik yang mana ia adalah hubungan kekeluargaan bagi mendapatkan pengiktirafan dan kedaulatan. Hubungan seperti ini boleh dilihat menerusi hubungan diplomatik kekeluargaan yang dilakukan menerusi perkahwinan 34 antara suku Bugis yang ada di sekitar Johor dengan keturunan 35 kerajaan Johor. Hubungan diplomatik yang bersifat persahabatan turut dijalin antara kerajaan Johor dengan kerajaan Siak, meskipun Siak pernah cuba beberapa kali untuk menyerang Johor. Toleransi yang ditunjukkan oleh Sultan Johor menerusi Sultan Sulaiman yang 36 bersedia untuk menerima permohonan maaf dari Siak pada sekitar 1740an telah membawa kepada jalinan persahabatan seterusnya dipererat dengan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua buah negeri menerusi perkahwinan antara dua buah 37 negeri. Selain itu, hubungan diplomatik yang dimeterai antara kesultanan Melayu Johor dengan negeri-negeri yang berada di 34

35

36

37

Keturunan suku Bugis ini telah didapati dikebanyakan kawasan di Alam Melayu terutama di Johor dan Selangor. Selain itu, suku Bugis ini juga menetap di pesisir pulau Borneo seperti di Sambas, Mempawah, Matan, Sukadana dan Banjar. Mardiana Nordin, Politik Kerajaan Johor 1718-1862 (Johor: Yayasan Johor, 2008), 84-86. Permohonan maaf dari kerajaan Siak ini dilakukan oleh putera kecik iaitu Sultan Mahmud Siak sehingga berjaya membuat kesultanan Melayu Johor bersetuju untuk memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada Siak sekiranya diperlukan. Ibid., 88-89.

152

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

kawasan jajahan Johor telah membawa kepada keharmonian pentadbiran kerajaan Johor dan melancarkan aktiviti perdagangan kerajaan Johor. Tambahan pula, hubungan diplomatik ini turut membantu Johor dalam memulihkan hubungan dengan kuasa besar yang lain sepertimana yang dilakukan oleh kesultanan Melayu Terengganu yang telah membantu kerajaan Johor dalam memulihkan hubungan antara Johor dengan Belanda menerusi 38 utusan yang dihantar oleh kerajaan Terengganu. Tidak hanya itu, kesultanan Melayu Johor juga menjalin hubungan antarabangsa dengan kuasa barat sepertimana yang telah berlaku pada awal abad ke-17, Johor telah menandatangani perjanjian dengan Belanda yang mana Johor membantu Belanda 39 dalam aspek ketenteraan untuk menyerang Melaka. Hubungan ini juga turut melibatkan hubungan perdagangan dengan Belanda yang mana Johor telah menandatangani beberapa kali perjanjian 40 perdagangan dengan Vereenigde Oost-Indischee (VOC) bagi memberikan kebenaran kepada pedagang-pedagang Belanda 41 bebas berdagang di Johor. Kesultanan Melayu Johor juga pernah menjalin hubungan dengan Portugis. Hubungan antarabangsa yang bersifat persahabatan ini bertahan sehingga tahun 1585 yang 38

39

40

41

Meskipun perutusan yang dilakukan oleh sultan Terengganu ini gagal, namun ia memperlihatkan kepada hubungan diplomatik yang erat antara kesultanan Melayu Johor dengan kesultanan Melayu Terengganu. Lihat Ibid., 96. Hubungan antara Johor dengan Belanda telah terjalin sejak 1602 sebelum perjanjian dimeterai pada 17 Mei 1606. Merupakan syarikat yang menggabungkan pedagang-pedagang Belanda. 1642: Sebarang kapal yang ingin menggunakan perairan Selat Melaka dan Riau dan pedagang yang ingin terlibat dengan perdagangan timah di Kedah, Perak dan Selangor perlu mendapat kebenaran Belanda terlebih dahulu. Manakala 1685, 1689 dan 1713 adalah “Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan” yang menyerahkan kebebasan kepada pedagang Belanda untuk berdagang di Johor dan di semua wilayah yang tertakluk di bawah kuasa Sultan. Lihat Ibid., 97.

153

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

mana Portugis pernah memberikan bantuan ketenteraan kepada 42 Johor dalam memerangi Aceh. 43

Berbeza dengan negeri lain, kesultanan Melayu Terengganu mengamalkan dasar luar yang mesra, bersifat bersahabat dan tidak mencampuri hal-ehwal negeri-negeri lain. Dasar luar yang diamalkan ini telah membawa kepada hubungan persahabatan antara Terengganu dengan Siam bilamana Sultan Mansor I menghantar bunga emas ke Siam dan London. Selain itu, Terengganu juga pernah menjalin hubungan dengan British 44 sebagai jaminan keselamatan dari diserang oleh Siam. Kesultanan Melayu Terengganu turut mengadakan hubungan 45 perdagangan dengan China dan Arab. Tidak hanya itu Terengganu turut menjalin hubungan dagangan dengan Perancis bilamana Perancis datang ke Terengganu dalam misi membangunkan semula ekonomi mereka setelah rangkaian perdagangan Syarikat Hindia Perancis di India dimusnahkan oleh 46 British.

42 43

44

45

46

Op. Cit., 92. Kesultanan Melayu Terengganu bermula pada tahun 1708 bilamana Tun Zainal Abidin Ibn Bendahara Tun Habib Abdul Majid Johor dilantik oleh Sultan Johor sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran Sultan Zainal Abidin Shah. Lihat Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran Terengganu Sebelum 1942 dalam Pentadbiran Tentera Jepun dan Thai di Terengganu 1942-1945 (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1996),5. Mohamed Anwar Omar Din & et. al, Dirgahayu Tuanku: Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008, (Kuala Terengganu: Yayasan Diraja Sultan Mizan, 2009), 163-165. Aktiviti perdagangan dengan China adalah pelayaran pedagang dari China yang ulang-alik ke Kuala Terengganu dalam rangkaian perdagangan ke Siam, Kemboja, Tongking dan Sambas. Pedagang Perancis ini datang dengan rangkaian perdagangan dengan utara Luzon (Filipina), Solomon dan New Zealand.

154

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

Hubungan antara kesultanan Melayu Terengganu dengan negeri-negeri lain turut boleh dilihat menerusi hubungan kekeluargaan dengan hampir kesemua kesultanan Melayu seperti hubungan kekeluargaan dengan kesultanan Melayu Melaka, 47 kesultanan Aceh, kesultanan Riau, kesultanan Siak , kesultanan 48 Singapura, kesultanan Kelantan , kesultanan Johor, kesultanan 49 50 Pahang dan kesultanan Selangor. Penentuan Pemeringkatan Negara-negara Yang Berhubung Dengan Melaka Dalam perbincangan ini, Zainal Abidin bin Abdul Wahid (1990) dalam artikel beliau merumuskan bahawasanya perbezaan dalam layanan yang diberikan oleh kesultanan Melaka dalam hierarki setiap negeri dan kerajaan adalah berbeza menerusi susunan protokol kerajaan Melaka. Sebagai contoh, perbezaan ini dapat diperhatikan menerusi sambutan perutusan (wakil) negara yang mana ada sesetengah perutusan negara disambut dengan keseluruhan muzik istana kecuali medeli dan surat perutusannya pula dibawa dengan menaiki gajah. Tetapi ada sebahagian perutusan negara yang lain pula disambut dengan sebahagian dari kumpulan muzik istana manakala surat perutusan pula dibawa di atas kuda. Taraf kedudukan sesebuah negara turut dapat dibezakan dengan warna payung yang digunakan ketika menyambut perutusan yang mana jika perutusan disambut 47

48

49

50

Perkahwinan antara Baginda Sultan Omar dengan Tengku Bukit binti Tengku Wook Ismail. Selain dari ikatan perkahwinan antara kerabat diraja, jalinan ini adalah kerana Sultan Terengganu mempunyai hubungan dengan keturunan dinasti Long Yunus Kelantan iaitu bonda angkat Sultan Zainal Abidin Shah I. Terjalin dengan perkahwinan antara Tun Esah (anak Bendahara Husain Terengganu) dengan Tun Abdul Majid (Keturunan pengasas kesultanan Pahang yang ada sekarang). Ibid., 228-231.

155

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

dengan warna payung putih dan kuning, maka negara tersebut adalah dalam kalangan negara yang besar. Jika perutusan hanya disambut dengan payung warna kuning sahaja maka kedudukan negara tersebut adalah kurang penting kepada kerajaan Melaka. Kesan Dari Hubungan Antara Kesultanan Melayu Di Tanah Melayu dan Antarabangsa Keberkesanan sistem pentadbiran yang dilakukan oleh institusi kesultanan Melayu Melaka telah memperluaskan kawasan perdagangan kerajaan Melaka dengan negara luar. Dalam keadaan ini, pengendalian dalam hubungan perdagangan yang luas sehingga meliputi hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Barat dan Asia Selatan telah menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pusat dagangan utama di Asia Tenggara sekali gus membolehkan barang dagangan dari kawasan-kawasan tersebut dapat didagangkan di Melaka. Tidak hanya itu, barang dagangan dari Eropah turut dapat dibawa masuk ke Asia Tenggara melalui pelabuhan Selat Melaka. Selain itu, hubungan antarabangsa yang dimeterai oleh kesultanan Melayu Melaka dengan negara dan kerajaan luar telah 51 memberikan peluang kepada pedagang dari Melaka sendiri untuk melakukan aktiviti perdagangan dengan negara luar di sekitar Asia Tenggara. Penguasaan bidang perniagaan dalam kalangan pedagang Melaka juga telah membuka jalan kepada pedagang-pedagang Melaka untuk meluaskan kawasan 52 perniagaan dengan berniaga sehingga ke India dan Sri Lanka. Tambahan pula, interaksi yang berlaku dalam hubungan antarabangsa ini juga telah mempengaruhi kepercayaan dan 51 52

Golongan ini digelar sebagai ‘orang kiwi’. Zainuddin Hassan dan Rozeyta Omar, “Aktiviti Keusahawanan Masyarakat Melayu Pada Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka,” (Makalah, Universiti Teknologi Malaysia, Johor), 16.

156

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

kebudayaan masyarakat tempatan Melaka khususnya dan masyarakat di Tanah Melayu amnya. Penyebaran agama Islam di Tanah Melayu menerusi hubungan perdagangan antarabangsa di pelabuhan Melaka telah menyaksikan pengislaman raja-raja di Tanah Melayu pada ketika itu. Tidak hanya itu, toleransi yang ditonjolkan oleh kesultanan Melayu Melaka dalam hubungan antarabangsa ini turut membawa kepada pengembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu. Keadaan ini dapat diperhatikan menerusi layanan yang diberikan kepada Maulana Abu Bakar yang datang ke Melaka pada zaman Sultan Mansor Shah telah membawa kepada 53 penterjemahan kitab Durrul Manzum dalam bahasa Melayu. Selain itu, perluasan dalam bidang kajian agama Islam turut membawa kepada penterjemahan kitab sejarah Islam seperti buku Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Hubungan antarabangsa ini turut telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perniagaan yang mempunyai pelbagai bangsa sehingga dikatakan terdapat 84 buah bahasa dituturkan di Melaka. Natijahnya, penggunaan bahasa Melayu telah tersebar dalam kalangan pedagang sehingga bahasa Melayu menjadi bahasa antarabangsa seawal tahun 1726.

53

Penterjemahan ini dilakukan dengan mengirimkan kitab Durul Manzum ke Pasai setelah kitab tersebut dibawa masuk oleh Maulana Abu Bakar. Dalam masa yang sama, beberapa orang sultan turut pernah menitahkan pegawainya untuk ke Pasai bagi bertanyakan beberapa masalah yang berkaitan dengan agama Islam seperti yang dilakukan oleh Sultan Mansor Shah dan Sultan Mahmud.

157

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

iii) Kesultanan Melayu Brunei dan Hubungan Antarabangsa Pada awalnya, Brunei merupakan sebahagian dari kerajaan jajahan takluk Majapahit, Namun akhirnya Raja Brunei mengisytiharkan untuk keluar dari jajahan takluk Majapahit. a)

Hubungan Kesultanan Melayu Brunei dengan Kerajaan China Hubungan antara Brunei dan kerajaan China berlaku selepas pengisytiharan Raja Brunei untuk keluar dari kawasan jajahan 54 Majapahit. Bermula dengan hubungan perdagangan dan persahabatan, kesultanan Melayu Brunei telah mengirimkan ufti kepada kerajaan China sebagai tanda hubungan antara ke dua-dua buah negara bagi memperkembangkan sosio ekonomi. Sebagai balasan, kerajaan China turut memberikan ufti kepada Brunei bagi memberikan jaminan keselamatan 55 kapal dagangan Brunei dari dirompak oleh lanun China. Tidak hanya itu, kesultanan Melayu Brunei turut memperkukuhkan jalinan hubungan dengan kerajaan China melalui perkahwinan antara keluarga sultan Brunei dengan Maharaja China. Ini dapat diperhatikan menerusi keturunan kesultanan Brunei, Sultan Brunei kedua iaitu Sultan Ahmad telah mengahwini adik seorang utusan Maharaja China. Meskipun begitu, Brunei pernah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan China apabila Brunei mengamalkan dasar British semasa Brunei dikuasai oleh

54

55

Hashim Abd Hamid, Melayu Islam Beraja: Brunei di Tengah-tengah Nusantara (Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah, 1994), 62. Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee dan Jakaria Dasan, “Pengaruh Kesultanan Brunei Kepada Masyarakat Sabah (Siri I),” Utusan Brunei, 3 April 2008, 13.

158

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

Komunis sebelum Brunei mencapai kemerdekaan pada 56 1991. b)

Hubungan Kesultanan Melayu Brunei dengan Kesultanan Melayu lain Jalinan hubungan antarabangsa kesultanan Melayu Brunei juga meliputi hubungan dengan negeri-negeri dari Tanah Melayu dan Sumatera seperti hubungan perdagangan antara Brunei dengan Melaka, Jawa, Siam, dan Kemboja. Antara barang dagangan adalah merangkumi barangan seperti 57 pakaian, barang perhiasan dan peralatan dapur. Barangan dagangan ini diniagakan di kawasan pelabuhan Limbang 58 sebelum Limbang menjadi sebahagian dari Malaysia.

c)

Hubungan Brunei dengan Timur Tengah Kepesatan aktiviti perdagangan membawa kepada perkembangan hubungan antarabangsa di Brunei bilamana pelabuhan yang ada di Brunei turut menjadi tumpuan para pedagang yang berdagang di pelabuhan-pelabuhan Melaka, Tiongkak, China, dan Tanah Melayu. Penyebaran dakwah dengan cara ini dilakukan di sekitar kawasan-kawasan terpencil di Brunei kerana penyebaran Islam telah berlaku di kawasan ibu kota lebih awal berbanding di kawasan-kawasan

56

57

58

Wan Ariffin Wan Yon, “Kesultanan Melayu Brunei: Kemunculan, Perkembangan dan Pertembungan Dengan Peradaban Asing” (Disertasi sarjana, Universiti Malaya, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 2005), 46-47. Sabihah Osman, Muhammad Hadi Abdullah, Sabullah Hj. Hakip, Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995) 34-37. Amaluddin bin Bakeri, “Hubungan Petempatan Kampung Air Sarawak dengan Negara Brunei Darussalam: Kajian Kes di Kampung Seberang Kedai” (Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 2002), 50.

159

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara 59

terpencil. Menerusi kaedah ini, institusi kesultanan Melayu Brunei mengukuhkan hubungan kesultanan Melayu Brunei dengan kemasukan para da’i atau mubaligh dari Arab dan Parsi seawal abad ke-11 melalui jalan dari China dan Tanah 60 Melayu. Kesan dari Hubungan antara Kesultanan Melayu di Brunei dan Antarabangsa Hubungan antarabangsa yang dimeterai antara kesultanan Melayu di Brunei dengan negara-negara luar telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Brunei. Malah wujud keturunan Cina misalnya di Brunei yang mempunyai kedudukan dan pengiktirafan istimewa dari pemerintah terhadap golongan ini lantaran peranan yang dimainkan oleh golongan ini terhadap perkembangan dan pembangunan Brunei Darus Salem 61 terutama dalam aspek ekonomi. PENUTUP Langkah untuk keluar dari kawasan takluk Srivijaya pada awal abad ke empat belas telah membawa kepada penubuhan institusi kesultanan Melayu di Asia Tenggara dan Nusantara yang mana akhirnya institusi kesultanan Melayu ini memainkan peranan utama dalam menjalin hubungan di peringkat antarabangsa bagi menjamin kedaulatan negara, sekali gus meningkatkan taraf 59

60

61

Berdasarkan kepada penemuan arkeologi pada tahun 440H/1048M di Brunei yang memberi gambaran bahawa penyebaran Islam telah berlaku di Brunei sejak abad ke-11. Ruliyadi, “Brunei Darussalam Di Bawah Kepemimpinan Sultan Bolkiah V (1485-1524),” (Disertasi Sarjana, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, 2011), 21. Wan Ariffin Wan Yon et al., “Kesultanan Melayu Brunei: Interaksi Antara Peradaban Melayu dan Peradaban China” (makalah, Seminar Tamadun, Perak, 2009), 17.

160

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

kehidupan rakyat tempatan dengan dasar luar negara dan diplomatik yang diamalkan. Meskipun begitu, hubungan antarabangsa dalam Kesultanan Melayu di negeri-negeri ini mempunyai persamaan dalam pelaksanaan dasar di beberapa sudut. Sebagai contoh, menerusi pengamalan undang-undang negara Melaka dan Brunei, kedua-dua institusi kesultanan Melayu telah mengamalkan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan hukuman. Dalam konteks ini, kesultanan Melaka menggunakan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Manakala Brunei pula menggunakan Hukum Kanun Brunei yang telah menjadi batu asas syariah Islam dalam melaksanakan undang-undang negara. Sebagai contoh, Mohammad Abdul Rahman merujuk kepada catatan W.H. Trecher menyatakan bahawa Sultan Brunei pernah menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seorang pencuri yang didapati bersalah mencuri 62 jam emas dan selaras senapang dari kapal Perang British.

62

Wan Ariffin bin Wan Yon (2005), “Kesultanan Melayu Brunei: Kemunculan, Perkembangan dan Pertembungan dengan Peradaban Asing.” (Latihan Ilmiah. Universiti Malaya: Fakulti Sastera dan Sains Sosial) h., 71.

161

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

SENARAI RUJUKAN Abdullah Zakaria Ghazali. Pentadbiran Terengganu Sebelum 1942 dalam Pentadbiran Tentera Jepun dan Thai di Terengganu 1942-1945. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1996. Amaluddin bin Bakeri, “Hubungan Petempatan Kampur Air Sarawak dengan Negara Brunei Darussalam: Kajian Kes di Kampung Seberang Kedai”. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 2002. Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee dan Jakaria Dasan, “Pengaruh Kesultanan Brunei Kepada Masyarakat Sabah (Siri I),” Utusan Brunei, 3 April 2008, 13. En. Khamis bin Hj. Abas ed. Melaka Dalam Dunia Maritim. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka, 2004. Hashim Abd Hamid, Melayu Islam Beraja: Brunei di Tengah-tengah Nusantara. Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah, 1994. Ibrahim Haji Ismail, “Kaji Selidik Mengenai Penyediaan Kemudahan dan Perkhidmatan bagi Jemaah Haji Sebelum dan Semasa Mengerjakan Haji di Tanah Suci Yang Disediakan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji”. Tesis Diploma, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 1987. Mardiana Nordin, Politik Kerajaaan Johor 1718-1862. Johor: Yayasan Johor, 2008.. Mazlan Zulkifly, “Dasar Luar Singapura (1965-1992)”, Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999. Mohamad Abu Bakar, “Dunia dan Barat: Pandangan Hidup dan Pembabitan Antarabangsa”. artikel, Malaysian Journal of History, Politics and Strategies Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1995. Mohamed Anwar Omar Din & et. al., Dirgahayu Tuanku: Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Kuala Terengganu: Yayasan Diraja Sultan Mizan, 2009..

162

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989. Nang Nashirah Binti Nik Dahalan, “Perjalanan Orang-orang Melayu Dalam Menunaikan Ibadah Haji: Kajian dalam Kitab Pelayaran Abdullah Ka-Judah”. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013. Prof. Emeritus Dato. Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim, Serangan SultanSultan Aceh Darussalam Terhadap Portugis di Melaka dalam Kisah Melaka 1511. Melaka: Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2006. Ruliyadi, “Brunei Darussalam Di Bawah Kepemimpinan Sultan Bolkiah V (1485-1524),” Disertasi Sarjana, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, 2011. Sabihah Osman, Muhammad Hadi Abdullah, Sabullah Hj. Hakip, Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995. Syahidawati Binti Haji Shahwan, “Pelaburan Lembaga Tabung Haji (LTH) Dalam Sektor Perladangan: 1990-2000,” Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003. Syed Ahmad Syed Kassim, et. al., Melaka: Disinilah Segala-galanya Bermula. Johor: Penerbit Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, 2012. Syed ZulFlida S.M. Noor, Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka: Kemunculan dan Kegemilangan. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 2006. Wan Ariffin Wan Yon et. al., “Kesultanan Melayu Brunei: Interaksi Antara Perdaban Melayu dan Peradaban China”. makalah, Seminar Tamadun, Perak, 2009. _______________, “Kesultanan Melayu Brunei: Kemunculan, Perkembangan dan Pertembungan Dengan Peradaban Asing”. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Fakulti Sasteradan Sains Sosial, 2005.

163

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, “Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa”. makalah, Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1990. ______________ et. al., Malaysia: Warisan dan Perkembangan, ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996. Zainudin Hassan & Rozeyta Omar, Aktiviti keusahawanan Masyarakat Melayu pada Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

164