Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan Dan Penyelesaian

Muka surat 2/11 Salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam, seperti datang lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak...

18 downloads 495 Views 1016KB Size
Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan Dan Penyelesaian Chin Pek Lian Low Li Chueen Vivian Low Yen Yeong

Abstrak Isu masalah disiplin pelajar masih lagi hangat diperkatakan di kalangan masyarakat hari ini. Peranan institusi kekeluargaan adalah setaraf dengan peranan institusi sekolah dalam membentuk mental dan rohani pelajar. Kertas kerja ini membincangkan isu-isu masalah disiplin pelajar sejak kebelakangan ini. Punca utama yang menyebabkan masalah disiplin ialah ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga tidak melaksanakan tugas mereka dalam mengurus dan mengawal tingkahlaku anak-anak mereka. Ibu bapa harus mewujudkan saluran komunikasi yang sihat dengan anak-anak. Selain ibu bapa, pihak sekolah dan guru mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu yang saling bergantung antara satu sama lain. Pendekatan dan penyelesaian bagi masalah disiplin pelajar juga dibincangkan dalam kertas kerja ini.

ABSTRACT The issue of disiplinary problems are something everyone talks about. Family institution is as important as the school institution. This paper discusses the issues on discipline problem we face nowadays. The main causes of disiplinary problem is parents neglect their responsibilities. Parents have the important role of providing love to their children while at the same time manage and control the behaviour of their children. It is also important for parents to develop healthy communication with their children. Apart from parents, the schools and teachers have their specific and interdependent roles and responsibility in handling the discipline problem. This paper also discusses the solutions for handling discipline problems.

1.0

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005).

Kita dapat melihat setiap sekolah yang ada di rantau Asia ini mahupun di pelusuk dunia ini 80 peratus daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap sekolah ialah masalah disiplin iaitu gejala salah laku pelajar yang serius. Kemerosotan disiplin pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah perlu dipandang serius oleh semua pihak agar ia tidak berlanjutan. Malah sikap terbuka sesetengah sekolah yang mendedahkan kes salah laku pelajar mereka, perlu dipuji dan dicontohi. Jika disorok sampai bilapun masalah ini tidak dapat diselesaikan. (Sharifah Rinah Sh.Ismail, 2005)

Muka surat 1/11

Salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam, seperti datang lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan masalah disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki dan boleh dikatakan pelajar ini pelajar nakal. Tetapi lain pula halnya dengan memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja, merompak dan banyak lagi yang belum didedahkan. Ini bukan lagi perbuatan nakal, ini namanya samseng atau gangster. Bukan seorang dua yang membuat kerja ini tetapi semestinya berkumpulan. Kumpulan inilah yang dikatakan kumpulan samseng. Dari samseng kecil-kecilan akhirnya menjadi kongsi gelap. Masalah disiplin di sekolah kini adalah pada tahap yang sangat membimbangkan.

2.0

ISU-ISU MASALAH DISIPLIN

Dewasa ini, masalah disiplin semakin hari semasa berleluasa. Pada tahun 1977, banyak kes yang keluar di akhbar mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pelajar - pelajar sekolah seperti Ugut Guru di luar Sekolah 565 orang pelajar Kongsi Gelap, Pelajar Sepak Guru, Pelajar Ketua Gangster, Curi, Samseng sekolah ditahap serius, 1,719 Pelajar melakukan Jenayah ditahan, dan banyak lagi kes yang dilakukan oleh pelajar, bukan saja pada tahun 1977, tapi hinggalah pada tahun 2005 ini. Berdasarkan Berita Harian pada 12 Julai 2001 yang lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan.

Menurut Marzita Abdullah (2004), sepanjang tahun 2002 sehingga 2004 sebanyak 5,807 pelajar diperiksa dalam operasi ponteng sekolah (Ops Sayang) yang dijalankan oleh polis di seluruh negara. Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar perempuan terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan. Bagaimanapun, daripada statistik tersebut, jumlah pelajar perempuan yang diperiksa semasa operasi itu adalah melebihi pelajar lelaki di Pulau Pinang. Di Kuala Terengganu pada 9 Ogos 2005 yang lepas, seorang remaja 17 tahun, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Negara, selepas membakar kereta Proton Wira milik guru Sainsnya, beliau bertindak lagi, kali ini cuba membakar kereta Mercedes-Benz milik bekas pengetua sekolahnya pula. Marzuki Yusoff (2005) pula membincagkan satu lagi kes di mana seorang pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor yang kehilangan buah pinggang kirinya baru-baru ini setelah dibelasah sekumpulan pelajar di asrama sekolahnya. Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Di antara jenis-jenis dadah yang dikesan di kalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam. Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri. Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan imej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini Muka surat 2/11

mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya. (http://tuanmat.tripod.com/) Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajar terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu. Remaja juga terlibat dalam Black Metal dan kini Pink Metal. Masalah Black Metal merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada di antara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam. Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat tempat sebagai pegangan hidup kita. (http://tuanmat.tripod.com/)

3.0

PUNCA UTAMA MASALAH DISIPLIN

Seiring dengan hasrat dan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju dan sepenuhnya, kita telah menyaksikan begitu pesatnya pembangunan di negara itu. Namun kemajuan ini akan terbantut sekiranya negara asyik dihambatkan oleh gejala sosial. Isu masalah disiplin pelajar merupakan topik yang hangat diperkatakan. Penglibatan pelajar dalam gejala sosial semakin meningkatan dari setahun ke setahun. Jika dibandingkan tahap disiplin antara pelajar sekarang tidak sama dengan pelajar dahulu bagai langit dengan bumi. Sejak beberapa tahun yang lalu, masyarakat heboh memperkatakan tentang segelintir pelajar sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, pecah rumah, ponteng sekolah, terlibat dalam gangster, bakar kereta guru dan juga kes melarikan diri dari rumah. Kurangnya kawalan oleh ibu bapa atau ibu bapanya telah mengabaikan tanggungjawab mereka dikatakan menjadi punca utama berlaku. Ini

Muka surat 3/11

kerana anak merupakan kurniaan daripada Tuhan yang dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibarat sehelai kain putih, terpulanglah ibu bapa dan penjaga untuk mewarnakannya. Mengikut kajian Sapora Sipon (2005), faktor pendapatan keluarga, kelas sosial, etnik, pengaruh rakan sebaya, penyalahgunaan dadah, ketidakstabilan keluarga kesemuanya menyumbang kepada masalah ponteng sekolah. Beliau juga menunjukkan bahawa kebanyakkan ibu bapa tidak sedar anak mereka ponteng sehingga guru membuat aduan. Itu pun selepas beberapa hari murid berkenaan tidak hadir. Ibu bapa juga sering kali terpedaya dengan anak yang pandai berpura-pura berkelakuan baik ketika berada di rumah. Kebanyakan ibu bapa tidak tahu bahawa anak mereka sering melakukan salah laku di sekolah atau luar sekolah. Kawalan daripada ibu bapa terhadap anak yang bersekolah amat sukar dilakukan kerana dalam kehidupan kini kedua-dua ibu dan bapa bekerja. Dalam kajian Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad menunjukkan kesibukan harian inilah mengakibatkan banyak ibu bapa terpedaya dan mengambil ringan terhadap tugas mengawas anak terutama anak yang masih di bangku sekolah. Pada mereka, sekolah sudah cukup bagi mendisiplinkan pelajar dan menjaga anak pada waktu siang. Sedangkan dalam hal ini, guru hanya dapat mengawal pelajar ketika waktu persekolahan sahaja. Di luar sekolah, tugas itu amat sukar atau boleh jadi mustahil bagi guru membuat pengawasan dan mengambil tindakan. Sebenarnya ibu bapa atau penjaga sangat berperanan dalam pembentukan dan pengawalan disiplin anak-anak mereka. Secara tidak formal, kanak-kanak menerima didikan awal di rumah dari ibu bapa. Sebab itulah anak damit diumpamakan seperti kain yang putih bersih maka ibu bapanyalah yang banyak mempengaruhi pembentukan keperibadiannya. Maka benarlah kata pepatah 'kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Sebenarnya kanak-kanak lebih banyak masa bersama keluarga berbanding waktu belajar di sekolah. Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996) telah memetik huraian Patterson yang menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal dalam keluarga yang dianggapkan sebagai tempat melahirkan tingkah laku antisosial dan menentang. Keluarga ini selalunya berada dalam keadaan tertekan dan tegang apabila anak-anak berinteraksi dengan ibu bapa dan sesama sendiri dengan menggunakan kekerasan ataupun dengan teknik antisosial yang lain. Tekanan yang berterusan ini akan mengakibatkan anak-anak ini, secara tidak langsung terpaksa mempelajari teknik tersebut untuk terus hidup dalam keluarga mereka. Anak-anak akan mulai berani menentang ibu bapa dan keluarga sendiri untuk mengurang tekanan yang dirasai oleh mereka. Lama-kelamaan perangai dan tingkah laku akan sebati dengan jiwa mereka. Sikap inilah yang akan memperkenalkan mereka kepada masyarakat nanti. Menurut Novandri Hasan Basri (2000), rentaan permasalahan anak-anak ini bertambah signifikan apabila di bangku sekolah. Kerap kali berlaku masalah disiplin dan juga lemah dalam pelajaran di kalangan mereka. Akibatnya mereka ini sering dihukum dan gagal dalam peperiksaan yang seterusnya akan menyebakan ibu bapa berasa malu, bertambah berang ataupun terus tawar hati. Sikap ini pula aka menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengawal atau memberi perhatian terhadap hal elwal dan segala aktiviti anak-anak mereka. Feldman & Weinberger (1994) menerangkan bahawa penampilan sikap negatif oleh pelajar hasil daripada keluarga yang bermasalah ini. Keluarga yang suka bertengkar, sentiasa mabuk, main judi, kaki perempuan, suka berleter dan suka mengongkong anak-anak, jaga tepi kain orang, menunjuk-nunjuk dan mengamal sikap benci membenci akan menyebabkan anak-anak mereka bersikap negatif tanpa disedari oleh masyarakat. Ada ibu bapa suka melepaskan geram kepada anak-anak atau meninggalkan anak dengan pengasuh serta mengamalkan pilih kasih. Segala kerenah ini menjadi ikutan anaknya. Anak menjadi mangsa, terbiar, tekanan dan radikal. Mereka mencari jalan keluar secara drastik iaitu memberontak, melawan, kurang ajar, mengambil dadah, hidu gam dan menjadi samseng (Utusan Malaysia). Penolakan masyarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar yang lemah dalam mata pelajaran dan bermasalah sama seperti mereka. Pelajar lain yang lebih pandai akan menjauhi diri, mereka akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru. Mereka akan ditempatkan dalam kelompok pelajar yang sama taraf akademiknya, yang secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap antisosial. Sesetengah mereka membentuk geng ataupun kumpulan yang menyeleweng. Kumpulan akan menjuruskan mereka kepada peningkatan agresif, antisosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak dalam aktiviti yang berbau jenayah (Thomas Dishion & Associates, 1991) Jadi persoalannya sekarang ialah, jika ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan perangai dan tingkah laku anak-anak, kenapakah masalah disiplin pelajar masih berlaku di persekitaran sekolah? Patterson (1989) mengatakan bahawa sikap anak-anak dan persekitaran keluarga yang destruktif tidak mungkin boleh dipulihkan jika mereka tidak mendapat bantuan daripada pihak yang betanggungjawab.

Muka surat 4/11

Maka, ibu bapa perlu memikulkan balik tanggungjawabnya untuk mengambil berat dan prihatin terhadap anak-anak mereka. Perlu ditekankan juga, bahawa masa bersosial pelajar di sekolah adalah kedua lamanya selepas di rumah. Maka, Peranan institusi sekolah adalah setaraf dengan Peranan institusi kekeluargaan dalam membentuk mental dan rohani pelajar. Malah suasana dalam sekolah akan menentukan kesudahan corak jiwa pelajar di peringkat remaja. Segera usaha perlu disegerakan semasa pelajar berada di institusi yang kecil dan terkawal, iaitu sekolah. Suatu kaedah pencegahan diperlukan untuk memastikan nilai negatif dapat dibendung dan tidak terlepas daripada kawalan. Di samping itu, perlu juga diwujudkan satu tindakan susulan untuk menghilangkan atau mengurangkan masalah sebenar pelajar. Kita kerap mendengar tuduhan-tuduhan seperti ini dilemparkan kepada pihak-pihak tertentu seperti pihak sekolah tidak mengenakan disiplin yang ketat terhadap pelajar-pelajarnya, guru-guru tidak menjalankan tugas dengan betul, ibu bapa melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dan banyak lagi tuduhan-tuduhan seperti ini yang kesan semerta ialah penangkisan dan penafian. Kesan jangka panjangnya ialah rasa marah, kesal, kecewa, kurang bermotivasi menjalankan tugas dan sebagainya oleh pihak yang dituduh. Orang yang menuduh hanya mendapat kepuasan emosi sahaja. Salah satu cara yang terbukti berkesan dalam menangani masalah disiplin ini ialah permuafakatan di antara ibu bapa dan sekolah yang erat (Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad). Ini mampu dapat mengurangkan masalah salah laku pelajar dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum mereka. Permuafakatan itu boleh menjadikan anak yang belajar di sesebuah sekolah merasakan bahawa diri mereka adalah penting. Mereka akan takut untuk melakukan perbuatan salah laku kerana mereka berasa diri mereka diperhatikan oleh kedua-dua pihak, ibu bapa dan guru. Banyak juga kajian yang dibuat menunjukkan sekiranya ibu bapa terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak dengan membantu mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah maka anak berkenaan lebih banyak mencapai kejayaan akademik dan aktiviti luar bilik darjah. Kesimpulannya, masalah disiplin pelajar dapat diatasi sekiranya ibu bapa sentiasa menjalin hubungan yang erat dengan pihak sekolah.

4.0

PENDEKATAN MENANGANI MASALAH DISIPLIN

4.1

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini diharapkan akan sekaligus menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang berguna. Harapan ini sudah tentu memerlukan didikan dan asuhan ibu bapa dengan kasih sayang. Sehubungan itu, Presiden MBM, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang juga Menteri Besar Selangor berharap agar ibu bapa juga dapat berubah sikap dengan memberi lebih perhatian terhadap anak-anak mereka. Sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak-anak mereka juga adalah salah satu punca kepada keruntuhan masalah disiplin pelajar. Ini kerana kesibukan tugas menyebabkan ibu bapa sering melepaskan tanggungjawab kepada sekolah mendidik anak-anak mereka memburukkan lagi keadaan. Kajian-kajian tentang masalah disiplin di kalangan pelajar banyak menunjukkan kecondongan anak-anak yang melakukan kesalahan berasal daripada keluarga yang: tiada kejelekitan (cohesiveness) terlalu membiarkan atau terlalu keras dengan disiplin kurang penyeliaan anak-anak yang banyak masalah ketika di sekolah rendah lagi.

4.1.1 KASIH SAYANG Menurut Teori Maslow, salah satu keperluan anak-anak ialah keperluan kasih sayang. Pemberian kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah amat penting dalam membentuk kestabilan emosi, personaliti anak, kepuasan hidup dan sebagainya. Kasih sayang yang diberikan oleh kedua-dua ibu dan bapa adalah sama penting. Walaupun demikian, kasih sayang ayah akan memberikan impak yang lebih

Muka surat 5/11

banyak daripada ibu (Rohner, Ronald P. dan Veneziano, Robert A, 2001) Perasaan ini mula dirasakan sejak masih bayi lagi, ketika ibu memberi susu dan makanan. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibubapa kepada anak mereka adalah proses pembelajaran yang pertama sekali dialami oleh manusia. Dengan itu, kanak-kanak merasa selesa dan selamat. Sentuhan juga menyebabkan anak-anak ini rasa disayangi. Sentuhan oleh ibubapa ke atas anak-anak ini membolehkan anak-anak ini berasa “relax” dan rasa selamat walaupun mereka sakit dan takut. (Lain Ehmann, 2001) Ramai ibubapa beranggapan yang anak mereka tahu akan ibubapa menyayangi mereka. Walaupun ibu bapa menyayangi anak-anak namun sukar bagi mereka untuk menyatakan perkataan “I love you” kepada anak-anak. Itulah orang Asia. Menurut Jayesh Maniar (1998), ibubapa patut bukan sahaja menunjukkan kasih sayang melalui gerak geri tetapi juga melalui perkataan. Remaja memerlukan perhatian, penghargaan dan masa daripada ibubapa. Ibubapa patut menerima anak mereka sepenuhnya dan bukannya membandingkan dengan anak orang lain. Kekuatan rasa disayangi boleh menangani masalah disiplin yang dihadapi. Tanda pemberian kasih sayang yang berkesan ialah apabila anak itu dapat membalas dan menunjukkan kasih sayang mereka kepada ibu bapa dan seterusnya kepada orang lain, misalnya kepada adik-beradik. Namun, dalam kesibukan harian inilah yang menyebabkan ibubapa mengabaikan anak-anak mereka. Ada segelintir ibubapa yang berpendapat bahawa kasih sayang boleh digantikan dengan kemewahan dan wang ringgit. Contohnya ialah seorang pelajar yang telah disabit kesalahan kerana melanggar disiplin dan guru memberitahu pelajar itu bahawa kesnya akan dimaklumkan kepada ibu bapa. Pelajar itu merayu supaya tidak memberitahu ibu bapa dan meminta pihak sekolah merotannya. Kata pelajar itu: “Saya takut, bapa saya tidak beri elaun mingguan dan merampas motosikal saya.” (Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad, Utusan Malaysia, 2005) Remaja ini melihat ayahnya sebagai sumber kewangan dan bukannya sumber kasih sayangnya. Dari semasa ke semasa, keperluan kasih sayang anak-anak berubah. Persepsi kasih sayang remaja dan anak kecil adalah berbeza. Misalnya, remaja yang memerlukan kebebasan yang lebih luas, menganggap ibubapa mereka menyayangi mereka sekiranya remaja ini dibenarkan berbuat demikian. Sebaliknya, ibu bapa mempunyai persepsi yang berbeza tentang membenarkan anaknya mendapat kebebasan yang lebih luas. Pada pendapat ibu bapa, jika diberikan kebebasan yang dikehendaki oleh anak mereka ini mungkin akan mendatangkan mudarat kelak. Pada amnya, remaja akan bersikap ganas dan cuba menentang apa saja yang pada anggapan mereka mengongkong kebebasan. Pada peringkat ini, ibu bapa mendapati anak remaja mulai menentang dan mengingkari peraturan dalam rumahtangga. Ibu bapa yang menghadapi kerenah anak remaja seperti ini harus bersabar dan meneliti semula kesilapan sendiri. Meskipun pada peringkat awal remaja memang sukar dikawal, tetapi jika kesilapan diperbaiki, ada kemungkinan mereka terkawal semula pada peringkat ' tengah remaja'. Memberi kebebasan melampau atau bersikap terlalu lembut kepada anak remaja juga akan meninggalkan kesan buruk. Mereka menjadi terlalu manja dan tidak menghormati orang tua. Akibatnya sudah tentu akan memalukan keluarga. Anak remaja yang terlalu dimanjakan tidak dapat hidup berdikari sepenuhnya. Mereka sering melakukan kesilapan berulang kali sehingga ibu bapa terpaksa masuk campur dalam urusan mereka. Oleh itu, untuk mengimbangi pertumbuhan anak pada peringkat awal remaja, ibu bapa harus bertindak lembut dengan penuh pengertian dan kasih sayang. Layanan ibu bapa hendaklah sesuai dengan pertumbuhan fizikal mereka. Tindakan yang mungkin memalukan mereka hendaklah dielakkan (Sharifah Rinah Sh.Ismail, 2005) Muka surat 6/11

Ibu bapa patut lebihkan memujuk daripada mengarah. Remaja akan mendengar dengan pujukan ibubapa dan menentang arahan ibu bapa. Remaja yang tidak mendapat kasih sayang di rumah akan cuba mendapatkannya di luar iaitu rakan sebaya. Sekiranya pengaruh rakannya adalah negatif, dari segi tingkahlaku, amalan hidupnya, kita boleh ramalkan yang remaja ini akan menjadi seorang calon yang bermasalah.

4.1.2

MENGAWAL ANAK

Mengurus dan mengawal tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab yang besar bagi ibu bapa. Cara ibu bapa memainkan peranan masing-masing sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara bagaimana mereka sendiri telah dididik dan dasuh oleh ibu bapa mereka dahulu. Yang penting ialah ibu bapa menyedari akan kesan kepada tindakan-tindakan yang diambil terhadap anak-anak mereka. Misalnya ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menziarahi saudara atau kawan sering melihat anak-anak mereka bergurau dengan anak-anak tuan rumah, atau anak-anak tetamu lain. Gurauan anakanak kecil itu kadang-kadang menjadi bertambah lasak kerana tiada teguran daripada ibu bapa masingmasing. Kononya budak-budak memang lasak dan cergas, walaupun kejadian itu berlaku di hadapan mata sendiri. Ketegasan ibu bapa menegur dan mebetulkan keadaan yang sedemikian serta-merta akan memberi kesan yang berpanjangan kepada anak-anak itu. Sebaliknya, jika anak-anak itu dimarahi hanya apabila sudah balik, atau dua tiga hari lagi dirotan kerana memalukan emak, bapa, maka kesanya amat sedikit, malah akan memberi kesan sampingan yang lain pula. Ketegasan ibu bapa menegur kesalahan anak dengan serta merta amatlah penting dalam proses mendidik anak dari kecil. Ia harus dilakukan dengan konsisten supaya lama-kelamaan mesej yang hendak disampaikan itu tertanam di dalam lubuk hatinya. Proses ini dinamakan proses penghayatan atau ‘interalization’. Kini, kita boleh menyaksikan lebih ramai ibu bapa muda yang mempunyai anak kecil, mengurus dan mengawal anak-anak mereka dengan cara yang lebih liberal. Maksudnya, anak-anak ini dibiarkan menunjukkan pelbagai telatah termasuklah melayani anak-anak lawan ‘bertengar’ dengan ibu atau bapa atau pun menutup sebelah mata setelah mengetahui sesuatu kesalahan telah dibuat. Hakikatnya, tanpa disedari ibu bapa ini sedang menyemai bibit-bibit tingkah laku yang ditegah sama ada dari pandangan agama mahu pun adat ketimuran. Mengapakan hal ini berlaku? Sebahagian daripada sebabnya ada kaitan dengan pengaruh media massa yang mempopularkan program-program lucu yang menunjukkan bagaimana petahnya anak-anak kecil bercakap dan bertengkar dengan ibu bapa mereka. Kadang-kadang ibu bapa diperbodohkan oleh anak-anak yang comel, yang menggelikan hati penonton. Tidak mustahil ada sesetengah anak memikirkan cara bercakap dengan ibu bapa atau orang-orang tua adalah demikian dan seterusnya meniru. Gelagat biadap seperti ini kadang-kadang ditafsirkan oleh mereka sebagai ‘cute’. Sebenarnya, ada banyak lagi unsur-unsur halus yang negatif dipaparkan oleh program-program televisyen yang popular, yang mana kesannya membawa kanak-kanak meniru tanpa disedari. Programprogram seperti “Full House”. “The Cosby Show, “Growing Pains”, “True Colors”, dan banyak lagi menunjukkan perilaku yang amat tidak sesuai untuk masyarakat kita. Apabila tayangannya ditonton setiap minggu pada waktu yang tertentu, ia akan menjadi kelaziman. Maka proses “coditioning” akan berlaku di kalangan kanak-kanak di mana tingkah-laku yang selama ini dilarang sudah menjadi satu kebiasaan.

Tetapi tidaklah bermakna program-program yang disebutkan tidak harus ditunjukkan langsung. Program-program tersebut memang menghiburkan, tetapi penyeliaan terhadap anak-anak tidak boleh diabaikan. Ibu bapa boleh memainkan peranan dengan memberi komen-komen yang mengajar mana satu perbuatan yang baik dan mana yang buruk sambil menonton. Dengan cara yang demikian ibu bapa dapat berkomunikasi dengan anak-anak mereka sambil merapatkan lagi tali perhubungan keluarga.

4.1.3

BERKOMUNIKASI

Muka surat 7/11

Ibu bapa sentiasa bersaing dengan pihak-pihak lain untuk mendapatkan perhatian anakanak. Cara untuk mendapatkan perhatian ialah dengan mewujudkan talian berkomunikasi yang sihat dengan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa yang berasal janggal kalau berbual-bual dengan anak-anak, kononnya ‘tak mahu beri muka’. Jika ibu bapa susah hendak bercakap dengan anak-anak, bagaimana pula anak-anak hendak bercakap sesuatu atau mengadu sesuatu yang penting baginya kepada ibu dan bapa? Kehilangan peluang untuk berkomunikasi dalam sesebuah keluarga mendorong anak-anak mencari tempat lain untuk mencurahkan perasaan. Orang yang paling mudah menerima kekosongan ini ialah teman-teman sebaya yang sanggup memberi sokongan moral dan simpati. Topik-topik yang sering dibincangkan sesama sendiri secara umumnya sama dikongsi dari segi nilai minatnya, seperti fesyen pakaian, gosip, hiburan, seks dan perkara-perkara yang menyeronokkan.Yang merosakkan ialah apabila anak-anak ini berkongsi pendapat dan mengukuhkan nilai-nilai negatif yang mereka sendiri belum matang memikirkannya. Oleh itu, amat penting ibu bapa memainkan peranan memastikan talian komunikasi dengan anak-anak berterusan. Ini bererti ibu bapa mendengar apa yang dicakapkan oleh anak-anak, begitu juga anak-anak mendengar apa yang dicakap oleh ibu bapa. Dengan ini, barulah ibu bapa dapat memahami segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan cuba membantu mereka dalam menyelesaikan masalah mereka.

4.2

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH

4.2.1

PIHAK SEKOLAH

Saban hari, gejala soasial semakin menjadi-jadi. Mencuri, merompak, menghisap rokok daan sebagainya. Mengapakah fenomena ini berlaku? Masyarakat kini ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Segala yang berlaku dalam masyarakat tidak diendahkan. Masing-masing hanyut dibawa arus pemodenan. Maka, peranan institusi sekolah ini adalah setaraf dengan peranan institusi kekeluargaan dalam membentuk mental dan rohani pelajar (Novandri Hasan Basri, 2000). Menurut Noran Fauziah (1986), sekolah merupakan sebuah institusi sekunder dalam masyarakat yang mempunyai fungsi formal bagi mensosialisasikan generasi muda supaya pada suatu hari nanti mereka dapat mengambil alih peranan generasi tua. Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran alaf baru, pendidikan moral di kalangan generasi muda perlu diperhebat bagi memupuk tingkah laku serta budaya hidup yang murni, di samping mewujudkan persekitaran dan suasana yang kondusif ke arah pembentukan akhlak yang murni bagi melawan arus budaya kuning yang begitu kuat melanda persekitaran sekarang. Sekolah perlu dapat menyediakan persekitaran fizikal yang kemas dan selesa. Segala kemudahan yang diperlukan oleh muridmurid mencukupi seperti kerusi meja, guru-guru, buku dan makmal. Ruang untuk bersukan dan rekreasi lain harus pada tahap yang memuaskan. Melalui proses pendidikan, anak-anak muda perlu diajar supaya menerima dan menghayati nilainilai yang terdapat dalam adat resam dan institusi-institusi lain yang ada dalam masyarakat. Di samping mempunyai fungsi mengekalkan kebudayaan, sekolah juga menjadi agen perubahan sosial kerana melalui kemajuan dalam bidang pendidikan banyak teknologi baru yang telah dicipta. Lazimnya ciptaan teknologi baru ini akan membawa kepada perubahan nilai pula. Pendidikan moral juga perlu diajar kepada pelajar bukan Islam, manakala pelajar Islam pula mempelajari moral atau akhlak dalam mata pelajaran agama. Pendidikan moral atau akhlak ini bukan sahaja diberi secara langsung sebagai satu mata pelajaran akademik, tetapi seharusnya juga dilaksanakan secara implisit atau tersembunyi. Sekarang mata pelajaran sivik telah diperkenalkan agar boleh membantu masyarakat mencapai keharmonian, toleransi dan kefahaman yang mendalam terhadap tanggungjawabnya sebagai warganegara. Kepentingan awam perlu dipelihara. Orang-orang tua dihormati dan kanak-kanak disayangi. Masalah disiplin sekolah seperti merosakkan harta awam dan membuang sampah sesuka hati tidak akan berlaku lagi dengan adanya kesedaran sivik yang tinggi. Pelaksananan disiplin di sekolah-sekolah perlu tegas. Strategi melaksanakan dan mengawal disiplin perlu bersesuaian dengan jumlah pelajar kerana pelaksanaannya memerlukan pendekatan yang berlainan. Tanggungjawab menegakkan disiplin tidak terhad kepada guru disiplin atau pengetua sahaja, bahkan memerlukan kerjasama antara semua pihak. Semua guru adalah guru disiplin. Bagi kes-kes tertentu seperti tingkah laku antisosial seperti merokok, ponteng sekolah, mencederaan pelajar lain, tidak hormat guru atau melakukan jenayah harus melaksanakan hukuman rotan ke atas pelajar-pelajar. Ini

Muka surat 8/11

disebabkan pelajar yang melakukan kesalahan disiplin tidak akan merasa sedih dan menyesal sekiranya tidak dihukum atau dirotan. Dengan itu, pelajar sering untuk mengulangi kesalahan yang sama. Para pelajar yang lain juga dapat mengambil iktibar dan teladan apabila melihat rakan mereka dihukum rotan. Jika melalui kaunseling sahaja, pelajar kurang terangsang untuk berubah. Kaunseling lebih baik bertindak sebagai pemberi kesedaran manakala hukuman rotan adalah sebagai pengajaran kepada kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar. Maka, pembentukan seorang pelajar yang berdisplin memerlukan gabungan pendidikan secara lembut iaitu kaunseling dan pendidikan keras iaitu rotan. Sebenarnya, memukul atau merotan menurut Islam, Buddha dan Kristian adalah tidak salah jika bertujuan untuk mengajar dan tidak mendaratkan pelajar. Lagi pula, tindakan merotan pelajar selama ini telah menunjukkan kesan positif dalam merealisasikan disiplin pelajar. Pelajar juga digalakkan menyertai ko-kurikulum yang disediakan oleh sekolah sama ada dalam kegiatan pasukan beruniform, kegiatan persatuan akademik atau pun kegiatan sukan. Ini dapat mengelakkan pelajar daripada menghabiskan masa dengan sia-sia di kompleks beli-belah, panggung wayang. Selain itu, kokurikulum juga dapat mengelakkan pelajar daripada tercebur dalam gejala yang dapat merosakkan akhlak. Ko-kurikulum dapat menyemai semangat kekitaan antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama. Kegiatan-kegiatan pasukan beruniform juga boleh membina disipin pelajar yang kukuh. Ia baik untuk memulihkan disiplin pelajar yang kian merosok ini. Kegiatan persatuan pula boleh mengembangkan bakat pelajar-pelajar dari segi berpidato, berbahas, berpantun serta kemahiran-kemahiran berucap. Kelab –kelab sukan juga membantu pelajar-pelajar meminati sesuatu permainan dan dapat mengembangkan potensi mereka dalam permainan tersebut. Pihak sekolah haruslah menyediakan aktiviti-aktiviti menarik perhatian seluruh pelajar untuk menyertai kegiatan-kegiatan tersebut dan bukan atas paksaan. Mereka perlu biar pelajar sendiri sedar akan faedah menyertai kegiatan tersebut dan menganggapnya tidak membuang masa. Pihak sekolah dan guru-guru perlu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti dan memberi insentif kepada pelajar yang menyertai kegiatan-kegiatan sebegini. Kegiatan ko-kurikulum ini sedikit sebanyak dapat membina sikap dan keperibadian pelajar dan serta mencegah pelajar-pelajar daripada terlibat dengan perkaraperkara yang negatif.

4.2.2

GURU-GURU

Dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar, guru turut memainkan peranan yang amat penting. Ini adalah kerana selain ibu bapa, guru boleh dikatakan merupakan orang yang paling rapat dengan pelajar. Oleh yang demikian, seseorang guru itu mestilah berlaku adil. Selain itu, pelajar dan ibu bapa akan lebih menghormati guru-guru yang berlaku adil. Untuk berlaku adil apabila menghukum seseorang pelajar, guru haruslah menyiasat dengan teliti supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pelajar-pelajar yang semakin canggih cara pembohongan mereka. Di samping itu, guru haruslah mempunyai perwatakan yang baik. Tingkah laku guru haruslah boleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya. Contohnya adalah tidak masuk akal seseorang guru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat datang ke sekolah sedang guru itu sendiri sering kali tidak memasuki kelas tanpa alasan. Jangan sangka guru sahaja yang memerhatikan pelajar. Pelajar lebih celik memerhatikan guru-guru mereka. Sehubungan itu, Presiden MBM, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta setiap guru supaya menunjukkan contoh kelakuan yang baik dalam usaha memperbaiki disiplin dan akhlak pelajar yang semakin buruk akhir-akhir ini (Sobri Ahmad, 2003). Untuk menjadi seorang pendidik yang baik, seseorang guru juga perlu mempunyai dua sikap yang bertentangan iaitu tegas dan penyayang. Guru harus bertegas dengan peraturan, prinsip dan kepercayaan. Guru yang tegas adalah guru yang cekap serupa bikin dan mengambil tindakan susulan ke atas apa yang disuruh atau diarahkan. Ini samalah seperti melaksanakan peraturan yang ditetapkan. Amalan yang baik sebenarnya lahir daripada sikap yang tegas. Sebaliknya pelajar yang bersalah harus dibimbing dan dibantu. Mereka hendaklah dinasihati dengan sabar dan penuh kasih sayang. Dengan adanya dua sikap ini yang digandingkan barulah seseorang guru dapat menyakini pelajar mereka. Tambahan pula, guru sepatutnya bertanggungjawab terhadap tugasnya. Amalan kebanyakan guru menyerahkan bulat-bulat pelajar bermasalah kepada guru disiplin dan guru kaunseling tidak seharusnya berlaku. Guru disiplin hanya menjalankan hukuman sedangkan tugas memberi nasihat pula diserahkan kepada guru kaunseling. Secara tidak langsung, guru disiplin akan menjadi musuh kepada pelajar bermasalah sedangkan guru-guru lain yang menolak tanggungjawab menjadi popular. Guru

Muka surat 9/11

kaunseling pula menjadi orang disayangi kerana memahami masalah pelajar. Guru-guru tidak seharusnya lari daripada tanggungjawab. Adalah diharapkan semua guru lebih bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin pelajar. Mendidik termasuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran, di samping membetulkan kesilapan dan kesalahan pelajar. Kita tidak dapat lari daripada bersikap tegas dan penyayang pada ketika-ketika yang sesuai, memainkan peranan yang berlainan pada waktu-waktu yang berbeza untuk mendidik dan bukan sekadar menyampai.

4.2.3

PIBG

Setiap institusi sekolah tidak dapat dipisahkan dengan PIBG yang dianggap sebagai penghubung pihak sekolah dan masyarakat khususnya kalangan ibu bapa. Penubuhan PIBG adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah berbincang serta merancang program peningkatan serta memperbaiki pencapaian pelajar dalam sekolah. Peranan PIBG dalam menyelesaikan masalah disiplin tidak boleh diabaikan. Secara khusus, PIBG haruslah menentukan semua pelajar di sesebuah sekolah memperoleh faedah yang maklumat daripada kemudahan pendidikan yang disediakan sama ada di rumah atau di sekolah itu sendiri. Di samping itu, PIBG juga perlu mewujudkan suasana persekitaran yang baik bagi membolehkan pelajar mencapai perkembangan jasmani, rohani, akhlak dan pemikiran yang seimbang. Begitulah dapat mengurangkan bebanan dan tekanan pelajar, seterusnya mengurangkan kadar masalah disiplin (Mohammed Abdullah, 1999). PIBG juga haruslah mengadakan aktiviti-aktiviti atau program sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik mahupun prasarana sekolah. Selain mendapat permuafakatan dalam melaksanakan program-program sekolah ini, hubungan antara ibu bapa dan guru juga boleh terjalin dengan mesra supaya mengawal mereka dengan lebih berkesan. Jadi pelbagai masalah disiplin sekolah dapat diatasi melalui kerjasama dan perbincangan kedua-dua pihak. Ibu bapa juga boleh memahami tindak-tandus anak-anak mereka dalam sekolah. PIBG harus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam usaha memantapkan peranan untuk menyampaikan ilmu, maklumat, kemahiran, pengalaman dan nilai murni kepada pelajar.

5.0

KESIMPULAN Kertas kerja ini membincangkan tentang isu-isu masalah disiplin pelajar terkini dan punca-punca utamanya. Selain itu, kertas kerja ini juga menyentuh pendekatan dalam menangani masalah disiplin pelajar. Punca utama masalah disiplin pelajar yang dibincangkan ialah ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik dan mengawal anak-anak mereka. Ibu bapa patut memberikan kasih sayang yang secukup serta sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak mereka.

Masalah disiplin di kalangan pelajar dapat diatasi sekiranya ibu bapa dan pihak sekolah mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka dan seterusnya berganding bahu untuk menanganinya. Ibu bapa janganlah terlalu bergantung kepada sekolah sepenuhnya dalam melunaskan tanggungjawab mendidik anak-anak. Selain itu, guru-guru pula janganlah memandang sebelah mata akan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dengan memegang alasan mereka bukan guru disiplin atau guru kaunseling.

Kesimpulannya, tanggungjawab mendidik adalah tugas mulia dan besar ganjarannya di sisi Allah. Justeru, ibu bapa dan pihak sekolah seharusnya memikul tanggungjawab mendidik generasi pewaris mereka. Sikap saling mengajar perkara bermanfaat dan tegur menegur kesilapan sewajarnya terhias dalam setiap sendi anggota masyarakat. Dengan ini, barulah masyarakat terhindar daripada kemelutan dan krisis moral yang meruncing, seterusnya menuju ke arah pembangunan secara total. Semoga kemajuan sebagai negara maju seiring dengan keteguran nilai-nilai murni manusia sejagat dapat dijaga.

Muka surat 10/11

6.0

RUJUKAN

Arthur Sheldon. (1998). Discipline In Inner-City Elementary Schools. Research Papers - Fall Quarter. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2005). “Merawat Kemelut Moral.” Harian Metro Online (Malaysia).

Laurie A. Carlson. (2003). Existential theory: helping school counselors attend to youth at risk for violence. Professional School Counseling. Mohammed Abdullah (1999). “PIBG Penggerak Kemajuan dan Prestasi Sekolah”. Dewan Masyarakat. Edisi Oktober.7 Noran Fauziah (1986). “Fungsi Sekolah dalam Masyarakat”. Dewan Masyarakat. Edisi Februari.53-54 Novandri Hasan Basri (2000). “Masalah Disiplin Pelajar Satu Pendekatan Dan Penyelesaian”. Dewan Budaya. Edisi Budaya.8-9 Ricardo J. Mitchell. (1998). Home Schooling. Research Papers - Fall Quarter. Rohana Man (Ogos 2003). “Sekolah selamat - Siapa perlu bertanggungjawab.” Portal Pendidikan Utusan. Rohner, Ronald P. dan Veneziano, Robert A.(2001). The Importance of Father Love: History and Contemporary Evidence. American Psychological Association. Sharifah Rinah Sh.Iismail. (2005). “Disiplin Pelajar”. Halaman Web S.M.K. Jandek Lain Ehmann. (2001). The Importance Of Touch. Arribella (The magazine of today’s woman) Sobri Ahmad (2003). “Belia Disaran Contohi Ketokohan Perdana Menteri.” Majlis Belia Malaysia. Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad (2005). “Disiplin pelajar - Kerjasama ibu bapa, guru penting.” Utusan Malaysi.a Jayesh Maniar (1998). “Our Teens.” Family Fun Website. http://www.aroundmanitoba.com/family/FamilyArchives/FamilyColArchives.html http://www.personaliti.cjb.net/ http://www.padfield.com/index.html http://www.redemptoristpublications.com/index.html http://www.dhs.vic.gov.au/emergency

Muka surat 11/11