JAWAPAN TAMBAHAN BUKU TEKS SAINS TAHUN 4 SK 2013

Isi padu pepejal yang besar boleh diukur menggunakan kaedah sesaran dengan menggunakan bekas eureka. Air yang tersesar disukat dengan silinder penyuka...

9 downloads 605 Views 167KB Size
JAWAPAN TAMBAHAN BUKU TEKS SAINS TAHUN 4 SK 2013 UNIT 1- KEMAHIRAN SAINTIFIK ms 6 Fikir dan Jawab Terangkan perubahan yang berlaku kepada epal hijau yang dibiarkan sebulan. Epal hijau akan berubah menjadi kecut, teksturnya kulitnya berkedut, isinya menjadi lebih lembut dan warna kulitnya pudar dan mempunyai tompok-tompok hitam. Baunya juga kurang menyenangkan. ms 6 KBAT Sekiranya kamu ingin mengekalkan kesegaran epal, apakah yang perlu kamu lakukan? Simpan di dalam peti sejuk. ms 7 Fikir dan Jawab Mengapakah pada hari cerah, cuaca adalah panas? Pada hari cerah, cuaca panas kerana terdapat haba daripada matahari. ms 9 KBAT Jawapan soalan pertama ialah ikan. Ramai murid memelihara ikan kerana ikan mudah diperoleh, harganya murah, mudah disimpan, jinak dan kos pemeliharaannya yang rendah. ms 14 KBAT Bagaimakakah cara untuk mengekalkan kepanasan air supaya boleh bertahan lebih lama? 1. Gunakan gelas polisterina 2. Elakkan daripada meletakkan air di kawasan berangin 3. Simpan air panas dalam termos ms 16 Fikir dan Jawab Namakan kemahiran proses Sains lain yang terlibat dalam eksperimen ini. Kemahiran proses Sains lain yang terlibat ialah memerhati, berkomunikasi, perhubungan ruang dan masa, dan mendefinisi secara operasi.

UNIT 2 - PERATURAN BILIK SAINS ms 28 MARI TEROKA Nyatakan kepentingan memakai pakaian dan peralatan perlindungan diri seperti kot makmal, sarung tangan, penutup mulut dan cermin mata keselamatan. 1. a) Kot makmal digunakan untuk melindungi dari percikan atau tumpahan bahan kimia. Kot makmal mudah dibuka apabila berlaku sebarang kecemasan. b) Sarung tangan digunakan untuk mengelakkan tumpahan bahan kimia terkena secara langsung di atas tangan. c) Penutup mulut dapat melindungi seseorang daripada terhidu bahan kimia yan sangat kuat dan mudah meruap. d) Cermin mata keselamatan dapat mengelakkan mata daripada terkena percikan bahan kimia yang berbahaya 2. Keselamatan diri di makmal penyelidikan perlu dititik beratkan. Mengapa? Keselamatan di bilik sains perlu dititik beratkan kerana terdapat banyak peralatan dan radas yang dibuat daripada kaca. Bahan kimia yang terdapat di makmal penyelidikan juga mudah meletup dan terbakar. Selain itu, bahan kimia juga boleh merosakkan kulit, pakaian dan peralatan serta menjadi racun jika termakan atau terhidu sama ada secara sengaja atau tidak. UNIT 3 – PROSES HIDUP MANUSIA ms 30 Fikir dan Jawab Adakah udara masuk dan keluar melalui hidung sahaja? Tidak, udara juga boleh masuk dan keluar melalui mulut. ms 32 Fikir dan Jawab Mengapa kita perlu bernafas sepanjang masa termasuk semasa tidur? Bernafas membekalkan oksigen dan tenaga untuk badan berfungsi dan menyingkirkan bahan kumuh seperti karbon dioksida. ms 34 Mari Lakukan (Soalan) Apakah kesimpulan yang dapat kamu buat daripada aktiviti ini?

Kadar pernafasan lebih tinggi selepas menjalankan cergas berbanding keadaan rehat.

ms 35 Fikir dan Jawab Mengapakah peparu dapat berfungsi dengan lebih baik sekiranya kamu aktif bersukan? Peparu menjadi lebih sihat, bertenaga dan kuat. ms 37 Fikir dan Jawab Berikan dua amalan baik untuk memastikan organ perkumuhan sentiasa dalam keadaan sihat? Memakan makanan yang sihat, minum air yang cukup, bersenam dan mengelakkan makanan yang mengandungi toksin adalah antara amalan baik untuk memastikan organ perkumuhan sentiasa dalam keadaan sihat. ms 41 KBAT Apakah tindakan kamu sekiranya dikejar oleh anjing? *Lari pokok

*Membaling kayu ke arah anjing *Menjerit dan meminta tolong

*Berdiam diri

*Memanjat

*dll

ms 48 KBAT Apakah yang akan berlaku jika kamu tidak mengamalkan budaya hidup sihat? *kesihatan terganggu pelbagai penyakit

*hidup tidak terurus

*obesiti *menghidapi

dsbnya.

ms 49 KBAT Pada pendapat kamu, bolehkah jadual hujung minggu yang baik menjadikan kamu seorang yang mengamalkan budaya hidup sihat? Tidak. Jadual hujung minggu yang baik akan memberikan kesan yang baik jika kamu menggunakannya sebaiknya. Disiplin kamu mengikuti jadual adalah perkara paling penting untuk memastikan jadual yang dirancang terlaksana. ms 52 KBAT Pada pendapat kamu, mengapakah paras air antara kamu dan rakan kamu tidak sama?,

Setiap orang mempunyai saiz paru-paru yang berbeza-beza dan dipengaruhi dengan gaya hidup seseorang. Seorang yang aktif bersukan mempunyai saiz paru-paru yang lebih besar, manakala seorang yang mengidap penyakit asma adalah lebih kecil. UNIT 4 – PROSES HIDUP HAIWAN ms 56 KBAT Apabila bahagian mulut belalang dimasukkan kedalam air, belalang tidak mati. Mengapa? Belalang bernafas menggunakan spirakel yang terdapat pada abdomennya. Maka merendam belalang di dalam air, tidak dapat membunuhnya kerana belalang masih boleh bernafas seperti biasa. UNIT 5 – PROSES HIDUP TUMBUHAN ms 63 Tip Guru Eksperimen Van Helmont Jan Van Helmont telah menjalankan penyiasatan untuk menunjukkan bahawa tumbuhan menggunakan bahan yang terdapat dalam tanah untuk menjalankan proses fotosintesis. Dia telah mengisi pasu dengan tanah berjisim 91 kg dan anak benih pokok willow (2.3kg) ditanam ke dalam pasu tersebut. Pasu yang mengandungi anak benih willow, kemudiannya anak benih tersebut diletak di bawah cahaya matahari dan disiram air setiap hari. Selepas lima tahun, pokok willow tersebut dicabut dan ditimbang. Keputusan eksperimen Van Helmont menunjukkan jisim pokok willow ialah 74.5 kg, sementara jisim tanah ialah 57kg. Ini bermakna tumbuhan tidak mendapatkan makanan daripada tanah dan air yang disiram, tetapi menggunakan karbon dioksida dan membuat makanannya sendiri.

awal

selepas 5 tahun

ms 64 Fikir dan Jawab Bolehkah fotosintesis berlaku dalam daun yang tidak berwarna hijau? Boleh. Fotosintesis hanya akan berlaku pada daun yang mengandungi klorofil. Daun yang tidak berwarna hijau mengandungi klorofil yang sedikit dan kadar fotosintesis adalah rendah. UNIT 6 - PENGUKURAN ms 75 KBAT Mengapakah kita masih menggunakan alat-alat tidak piawai untuk mengukur objek? Kita masih menggunakan alat-alat tidak piawai untuk mengukur panjang objek kerana alat-alat tersebut boleh digunakan secara terus untuk rujukan kendiri. ms 76 Mari Lakukan (Soalan) Adakah ukuran dengan menggunakan jengkal bagi panjang meja sama dengan jengkal yang lain? Mengapa? Mungkin berbeza, kerana setiap orang saiz tangan berbeza. Apakah kelemahan menggunakan alat pengukur tidak piawai? Kelemahan penggunaan alat tidak piawai ialah ukuran yang didapati tidak seragam dan boleh mengelirukan pengguna yang lain. ms 93 Soalan Kirakan isi padu bongkah kecil berikut dengan kaedah rumus. Isi padu bongkah = panjang x lebar x tinggi = 4 cm X 3 cm X 1 cm = 12 cm3. Adakah isi padu bongkah kecil sama apabila diukur dengan menggunakan kaedah sesaran air? Ya, sama.

ms 93 KBAT Bolehkah isi padu pepejal sekata yang besar disukat dengan menggunakan kaedah sesaran air. Mengapa? Isi padu pepejal yang besar boleh diukur menggunakan kaedah sesaran dengan menggunakan bekas eureka. Air yang tersesar disukat dengan silinder penyukat. ms 94 KBAT Sekiranya kamu diberikan satu objek terapung, bagaimanakah untuk menyukat isi padunya? Terangkan langkah-langkah yang perlu kamu lakukan. Untuk menyukat isi padu objek yang terapung menggunakan kaedah sesaran air, objek tersebut hendaklah diikat dengan objek berat yang tenggelam, seperti batu. Ambil bacaan isi padu air dan batu (bacaan awal), kemudian ambil bacaan isi padu air, batu dan objek terapung tersebut (bacaan akhir)(. Isi padu objek terapung tersebut ialah perbezaan bacaan isi padu akhir dan awal. ms 95 Fikir dan Jawab Juka kamu membawa beg sekolah di atas gunung, adakah jisimnya sama seperti di kawasan tanah rata? Jisim beg sekolah sama sahaja, walaupun di angkasa lepas. ms 98 Fikir dan Jawab Bolehkah jisim diukur dengan menggunakan neraca elektronik atau neraca mampatan yang selalunya digunakan di kedai-kedai? Mengapa? Neraca elektronik dan neraca mampatan ialah alat menyukat berat. Bacaannya bergantung kepada tarikan graviti. Oleh itu, bacaan berat objek berbeza jika ditimbang di puncak gunung, atau di tanah rata, apatah lagi di angkasa lepas. ms 101 Soalan Bagaimanakah pula cara untuk mengukur masa menggunakan ayunan bandul? Satu tempoh lengkap ayunan bandul ialah apabila bandul diayunkan dan kembali pada titik yang sama. ms 108 Apakah yang dapat kamu terangkan tentang situasi A dan B?

Situasi A berlaku kerana ukuran panjang (saiz reban) dan ukuran masa dan isi padu sukatan tidak diukur dengan tepat. Situasi B menunjukkan kesan apabila ukuran dibuat dengan kaedah yang betul.

ms 112 KBAT Apakah yang patut kamu lakukan supaya paying terjun berada lebih lama di udara? Tambah saiz plastik hitam atau tambah panjang tali.

UNIT 7 - SIFAT BAHAN ms 115 Fikir dan Jawab Pembuatan barangan yang diperbuat daripada haiwan seperti gading gajah, kulit ular dan sebagainya tidak digalakkan. Mengapa? Gajah dan ular merupakan haiwan yang hampir pupus/diancam kepupusan, oleh sebab itu pembuatan barangan daripada haiwan jenis ini tidak digalakkan. ms 118 Mari Lakukan

Sumber asas objek

Tumbuhan

Haiwan

Batuan

Petroleum

buku sarung tangan

tali pinggang baju bulu

gelas pembaris

botol baju hujan

ms 120 Mari Lakukan (Soalan) 

(i) bahan yang menyerap air : kain kapas, kertas (ii) bahan kalis air : logam, kulit, getah, plastik, kaca



Bahan yang digunakan untuk membuat payung dan baju hujan ialah kain sintetik. Bahan ini sangat sesuai untuk membuat objek tersebut kerana bahan ini tidak mudah basah apabila terkena air/ia kalis air.

ms 121 Mari Lakukan (Soalan) 

(i) bahan yang terapung di atas permukaan air : kayu, plastik (ii) bahan yang tenggelam : logam, getah, kaca

ms 121 KBAT Alat pengupas kentang akan berada pada kedudukan menegak, dengan bahagian pengupas kentang tenggelam manakala bahagian pemegang terapung. Ini kerana bahagian pengupas kentang diperbuat daripada logam manakala bahagian pemegang diperbuat daripada plastik. ms 123 Mari Lakukan (Soalan) Bagaimanakah kamu dapat membezakan antara bahan yang kenyal dengan bahan yang tidak kenyal? Bahan yang kenyal boleh meregang dan kembali ke bentuk asal selepas diregang manakala bahan tidak kenyal tidak boleh meregang dan tidak dapat kembali ke bentuk asal. ms 125 Mari Lakukan (Soalan) Apakah bahan yang merupakan konduktor elektrik? Logam ialah bahan yang merupakan konduktor elektrik. Bahan seperti getah, kulit, plastik, kayu, dan kain merupakan penebat elektrik. ms 125 KBAT Ramalkan perkara yang akan berlaku sekiranya pemegang seterika diperbuat dapipada logam. Mengapa? Sekiranya pemegang seterika diperbuat daripada logam, pengguna akan terkena renjatan elektrik kerana logam merupakan konduktor elektrik, iaitu boleh mengalirkan arus elektrik. ms 127 Mari Lakukan (Soalan)

Kesimpulan : Bahan yang diperbuat daripada logam dapat mengalirkan haba dengan cepat (konduktor haba) manakala bahan yang diperbuat daripada kayu dan plastik lambat mengalirkan haba (penebat haba). ms 128 Mari Lakukan (Soalan) Jika kamu ingin membalut buku, pembalut jenis apakah yang akan kamu pilih? Mengapa? Plastik pembalut buku (lut sinar) - supaya gambar dan tulisan pada buku dapat dilihat dengan jelas. Kertas warna/sampul hadiah (corak bunga) - supaya buku dapat dibalut dan dihias dengan menarik mengikut warna kertas yang digemari. ms 128 KBAT Bagaimanakah penggunaan cermin lut sinar boleh membantu peniaga mempromosikan jualanya? Peniaga boleh mempamerkan barang-barang yang ingin dijual di hadapan kedai dengan meletakkan tanda harga dan hiasan yang menarik menerusi cermin lut sinar. Ini membolehkan para pelanggan melihat dengan jelas dan tertarik dengan barang yang dipromosikan oleh peniaga tersebut. UNIT 8 PENGARATAN ms 137 KBAT Pada pendapat kamu, mengapakah pengaratan dalam situasi ini terjadi? Pengaratan berlaku kerana objek besi terdedah kepada air dan udara. ms 140 Mari Lakukan (Soalan) Apakah pemboleh ubah bergerak balas, yang dimanipulasikan dan dimalarkan? Pemboleh ubah bergerak balas - keadaan paku Pemboleh ubah dimanipulasikan - kehadiran air dan udara Pemboleh ubah dimalarkan - jenis paku, tempoh penyiasatan UNIT 9 - SISTEM SURIA ms 154 Mari Lakukan (Soalan) Sebutkan nama-nama planet bermula daripada yang paling hamper dengan Matahari. Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun

Namakan planet yang terletak pada kedudukan ke-2 dari Matahari. Planet Zuhrah Namakan planet yang terletak di antara planet Bumi dengan Musytari. Planet Marikh ms 156 Mari Lakukan (Soalan) Murid yang memegang planet manakah yang mengambil masa paling singkat mengelilingi Matahari? Murid yang memegang label planet Utarid Adakah semua planet berputar pada arah yang sama? Tidak. Semua planet berputar lawan arah jam kecuali planet Zuhrah (berputar arah jam) dan planet Uranus (berputar pada sisinya). ms 158 Mari Lakukan (Soalan) Hasil perbincangan mendapati saiz Bulan adalah paling kecil. Saiz Bumi lebih besar berbanding saiz Bulan manakala saiz Matahari adalah paling besar (berbanding saiz Bumi dan Bulan). ms 160 KBAT Apakah yang akan berlaku kepada kamu, keluarga dan rakan-rakan sekiranya keadaan ini (Bumi dekat dengan Matahari) berterusan? Cuaca panas yang melampau menyebabkan air kolam, sungai dan laut menjadi kering kontang, haiwan mati kehausan, tumbuhan layu dan akhirnya mati, manusia juga mati akibat kehausan dan cuaca yang terlalu panas. Suhu di Bumi terlalu tinggi. Saya, keluarga dan rakan-rakan akan berasa panas, haus dan akhirnya mati. Bongkah ais dan glasier di Kutub Utara dan Kutub Selatan akan melebur, paras air naik dan akhirnya banjir berlaku. ms 161 KBAT Apakah yang akan berlaku kepada kamu, keluarga dan rakan-rakan sekiranya keadaan ini (Bumi jauh dari Matahari) berterusan?

Cuaca sejuk yang melampau, air kolam, sungai dan laut menjadi ais, haiwan mati kesejukan, tumbuhan tidak dapat hidup dan akhirnya mati, manusia juga mati akibat kesejukan dan tiada haba. Suhu di Bumi terlalu rendah. Manusia dan haiwan hidup dalam kesejukan kerana ketiadaan haba. Akhirnya semua hidupan mati. UNIT 10 - TEKNOLOGI ms 167 Mari Lakukan (Soalan) Deria penglihatan sangat jelas dan anggota badan (tangan) mampu mencapai objek dengan mudah pada jarak 0.5 meter manakala deria penglihatan kurang jelas dan anggota badan (tangan) tidak mampu mencapai objek pada jarak 1 meter. Tidak sama. Keupayaan mengingat berbeza-beza bagi setiap murid. Manusia mempunyai had keupayaan deria, anggota badan dan otak. ms 177 KBAT Berikan kebaikan-kebaikan yang kamu peroleh apabila menggunakan teknologi komunikasi pada masa ini. Maklumat tidak dapat disampaikan dengan sempurna dan tepat pada masa dahulu di atas sebab-sebab berikut: contohnya isyarat asap tidak dapat dilakukan semasa hujan, burung merpati yang dihantar sebagai ejen pos mati kerana dimakan oleh pemangsa di pertengahan jalan. Kebaikan yang diperolehi apabila menggunakan teknologi komunikasi masa kini: 1.

Menjimatkan masa - maklumat yang disampaikan lebih pantas menerusi telefon/Internet.

2. Menjimatkan tenaga - hanya atas talian (secara online) dan segalanya di hujung jari sahaja. 3. Pelbagai fungsi dan tujuan (bukan hanya untuk menyampaikan maklumat- malahan untuk pembayaran bil, mengemaskini maklumat dan sebagainya). ms 179 Mari Lakukan Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku jika teknologi terus berkembang? Pelbagai idea baru akan dijana dan alat teknologi yang baru akan terus dicipta ini dapat memberikan faedah kepada manusia sejagat jika digunakan dengan sebaik-baiknya.

ms 182 Fikir dan Jawab Fikirkan cara untuk mengurangkan penggunaan petroleum dan bahan api yang lain. Mencipta dan menggunakan minyak dari sumber selain petroleum, contohnya minyak kelapa sawit dan kacang soya. ms 185 MARI TEROKA Dengan menggunakan Stetoskop Ringkas. Adakah kamu dapat mendengar denyutan jantung kawan kamu? Ya, denyutan jantung dapat didengar.