KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Home

pppm kemahiran hidup bersepadu perdagangan dan keusahawanan tingkatan 1 malaysia panduan perkembangan pembelajaran murid ... empat amalan 4m. b2...

7 downloads 578 Views 444KB Size
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 1

PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 1

Cetakan 2014

© Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1

PENDAHULUAN

1

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

2

3

MATLAMAT MATA PELAJARAN

3

4

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

3

5

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

4

6

TAFSIRAN

5

7

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6

8

PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

7

9

PEMETAAN

8

10

STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

9

0

PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

2

MATLAMAT MATA PELAJARAN Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.

OM3

Menjalankan kerja buat sendiri menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

OM4

Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

OM5

Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM6

Mengenal pasti bentuk dan jenis perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

OM7

Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM8

Mengenal pasti kaedah meyimpan rekod secara sistematik.

OM9

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM10

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )

3

OBJEKTIF PENTAKSIRAN Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

4

TAFSIRAN o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

o

Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

o

Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o

Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

o

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

5

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6

Tahu

Faham

5

Tahu

Faham

4

Tahu

Faham

3

Tahu

2

Tahu

1

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Boleh Buat dengan Beradab

Boleh Buat

Faham

6

PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN BAND

PENYATAAN STANDARD

6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.

3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

2 (Tahu dan Faham)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

1 (Tahu)

Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

7

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 1 8

BIDANG

TAJUK

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1. Organisasi bengkel dan keselamatan 2. Reka bentuk dan penghasilan projek

prosedur1 daya usaha1 nilai tambah1 membimbing1

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan memberikan empat amalan 4M.

B2

Menerangkantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan menjelaskan dua amalan 4M.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara sistematik dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah mengikut prosedur1.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara berinisiatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah dengan daya usaha1.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projeksecara kreatif dan inovatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah dengan nilai tambah1 dan membimbing1.

: Lakaran mesti menggunakan pensel tanpa menggunakan pembaris. Lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik. : Lakaran mesti : (i) kemas (boleh menggambarkan idea yang dihasratkan) (ii) bersih. : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid. : (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja. (ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.

9

BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

prosedur2 daya usaha2

TAJUK 3. Elektrik

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakantentang asas elektrik dengan memberikan tiga jenis wayar.

B2

Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan tiga alatan tangan dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A dengan daya usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A dan membimbing1.

: Mengikut urutan langkah kerja yang betul. : (i) Hasil kerja kemas dan betul (ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan.

10

BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAJUK 4. Kerja paip

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang kerja paip dengan memberikan tiga jenis perangkap.

B2

Menerangkan tentang kerja paip dengan menjelaskan perangkap dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip dengan membuat penyenggaraan perangkap.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik dengan membuat penyenggaraan perangkap mengikut prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik dengan membuat penyenggaraan perangkap dengan daya usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik dengan membuat penyenggaraan perangkap dan membimbing1.

11

BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAJUK 5. Jahitan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas jahitan dengan memberikan enam bahagian mesin jahit.

B2

Menerangkan tentang asas jahitan dengan menjelaskan enam bahagian mesin jahit dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung mengikut prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung dengan daya usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan dan membimbing1.

12

BIDANG

TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

6. Tanaman hiasan

B1

Menyatakan tentangtanaman hiasan dengan memberikan dua jenis keratan batang.

B2

Menerangkan tentangtanaman hiasan dengan menjelaskan nisbah campuran medium semaian.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan menyemai keratan dalam medium semaian.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian mengikut prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian dengan daya usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian dan membimbing1.

13

BIDANG PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 7. Pengenalan kepada perniagaan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan jenis perniagaan

B2

Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan perniagaan runcit, borong dan antarabangsa.

B3

Menerangkan tentang perniagaan dengan mengenal pasti kepentingan perniagaan kepada individu masyarakat dan negara.

B4

Menghuraikan tentang perniagaan dengan mengenal pasti perubahan dalam aktiviti perniagaan dahulu dan masa kini.

B5

Menghuraikan tentang perniagaan dengan membanding beza perniagaan dahulu dan masa kini.

B6

Menghuraikan tentang perniagaan dengan meramalkan perubahan ciri perniagaan pada masa akan datang.

14

BIDANG PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

prosedur3 daya usaha3

TAJUK 8. Penubuhan dan pengendalian perniagaan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan memberikan dua dokumen dalam penubuhan perniagaan kecil.

B2

Menerangkan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan menjelaskan dua dokumen dalam penubuhan perniagaan kecil.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan menyediakan penyata aliran tunai.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahaman tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan secara sistematik dengan menyediakan penyata aliran tunai mengikut prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahaman tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan secara sistematik dengan menyediakan penyata aliran tunai dengan daya usaha3.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahaman tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan secara sistematik dengan menyediakan penyata aliran tunai dan membimbing1.

: Betul dari segi format dan pengiraan. : Tepat dari segi jawapan.

15

BIDANG PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK

BAND

9. Dokumen perniagaan

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang dokumen perniagaan dengan memberikan lapan jenis dokumen dalam perniagaan dan dua syarat masa serahan.

B2

Menerangkan tentang dokumen perniagaan dengan menjelaskan dua syarat masa serahan.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang dokumen perniagaan dengan mengira diskaun niaga dan diskaun tunai serta mengira jumlah yang perlu dibayar.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang dokumen perniagaan secara sistematik dengan mengira diskaun niaga dan diskaun tunai serta mengira jumlah yang perlu dibayar mengikut prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang dokumen perniagaan secara sistematik dengan mengira diskaun niaga dan diskaun tunai serta mengira jumlah yang perlu dibayar dengan daya usaha3.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang dokumen perniagaan secara sistematik dengan mengira diskaun niaga dan diskaun tunai serta mengira jumlah yang perlu dibayar dan membimbing1.

16

BIDANG PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK

BAND

10. Pengeluaran

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang pengeluaran dengan memberikan empat bidang pengeluaran.

B2

Menerangkan tentang pengeluaran dengan menjelaskan tiga bidang pengeluaran.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pengeluaran dengan mengira kos pengeluaran.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pengeluaran secara sistematik dengan mengira kos pengeluaran mengikut prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pengeluaran secara sistematik dengan mengira kos pengeluaran dengan daya usaha3.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pengeluaran secara sistematik dengan mengira kos pengeluaran dan membimbing1.

17

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web :http://www.moe.gov.my/lp e-mel : [email protected]

18