Kumpulan Utama 1: PENGURUS - JobsMalaysia.gov.my

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus 4 menentukan, merumus, dan mengarah dasar...

8 downloads 560 Views 125KB Size
MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

3

Kumpulan Utama 1: PENGURUS Pengurus menentukan, merumus, mengarah, atau memberi nasihat tentang dasar kerajaan serta organisasi berkepentingan khas, membuat undang-undang, kaedah dan peraturan awam, mewakili kerajaan dan bertindak bagi pihaknya, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar kerajaan dan undang-undang, atau merancang, mengarah, dan menyelaras dasar dan aktiviti perusahaan, organisasi, jabatan atau seksyen dalamannya. Rujukan kepada tahap kemahiran belum dibuat dalam mentakrif skop kumpulan utama ini. Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut: 11 12 13 14

KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI KANAN, DAN PENGGUBAL UNDANG-UNDANG PENGURUS PENTADBIRAN DAN KOMERSIL PENGURUS PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN KHAS PENGURUS PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT, DAN PERKHIDMATAN LAIN

11

KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI KANAN, DAN PENGGUBAL UNDANG-UNDANG

Ketua eksekutif, pegawai kanan, dan penggubal undang-undang menentukan, merumus, atau memberi nasihat dan mengarahkan dasar kerajaan, membuat, membetulkan, meminda, dan memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam, mewakili kerajaan dan bertindak bagi pihak kerajaan, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar dan undang-undang kerajaan, atau menjalankan tugas yang seumpamanya bagi pihak pertubuhan berkepentingan khas. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 111 112

PENGGUBAL UNDANG-UNDANG DAN PEGAWAI KANAN PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF

111

PENGGUBAL UNDANG-UNDANG DAN PEGAWAI KANAN

Penggubal undang-undang dan pegawai kanan menentukan, merumus, dan mengarah dasar kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan serta membuat, membetulkan, meminda, atau memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam.

1111

PENGGUBAL UNDANG-UNDANG

Penggubal undang-undang menentukan, merumus, dan mengarah dasar kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan serta membuat, membetulkan, meminda, atau memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam.

Tugas merangkumi: 

mengetuai atau mengambil bahagian dalam prosiding badan perundangan dan majlis pentadbiran kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan atau dewan undangan;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

      

4

menentukan, merumus, dan mengarah dasar kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan; membuat, membetulkan, meminda, atau memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam dalam rangka sesuatu Perlembagaan yang menentukan bidang kuasa mereka; berkhidmat dalam lembaga pentadbiran kerajaan atau jawatankuasa rasmi; meningkatkan perkara-perkara berkepentingan berkaitan kawasan pilihanraya yang diwakili; mengarah pentadbir dan pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan dalam mentafsir dan melaksanakan dasar kerajaan; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 11111 11112 11113 11114 11115

1112

Ahli parlimen Ketua Menteri / Timbalan Menteri / Menteri Senator / Speaker / Ahli dewan undangan negeri Datuk Bandar Pegawai, perundangan

PEGAWAI KANAN KERAJAAN

Pegawai kanan kerajaan menasihati kerajaan tentang perkara yang berhubung dengan dasar, memantau pentafsiran serta pelaksanaan dasar dan undang-undang kerajaan oleh jabatan dan agensi kerajaan atau mewakili negara di luar negeri dan bertindak bagi pihaknya.

Tugas merangkumi:      

menasihati kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan tentang hal ehwal dasar; memberi nasihat berhubung dengan penyediaan belanjawan, undang-undang, dan peraturan kerajaan, termasuk pindaan; mentafsir serta melaksanakan dasar dan undang-undang kerajaan oleh jabatan dan agensi kerajaan; mewakili negara di luar negeri; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 11121 11122 11123 11124 11125 11126

1113

Pentadbir, kerajaan / Ketua setiausaha, kerajaan Pegawai kanan, badan berkanun Duta / Setiausaha, kedutaan / Konsul besar Ketua pengarah, bomba dan penyelamat / Ketua polis negara Pegawai tadbir dan diplomatik M41 Pegawai tadbir N41

KETUA ADAT DAN KETUA KAMPUNG

Ketua adat dan ketua kampung menjalankan berbagai-bagai tugas dan kewajipan perundangan, pentadbiran, dan adat istiadat yang ditentukan melalui tradisi turun-temurun serta melalui pembahagian hak dan tanggungjawab antara ketua kampung dengan pihak berkuasa tempatan, wilayah, dan persekutuan.

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

5

Tugas merangkumi:        

mengagihkan penggunaan communal land antara penduduk komuniti atau kampung; menyelesaikan perselisihan antara penduduk komuniti atau kampung; mendisiplinkan penduduk komuniti atau kampung yang melanggar peraturan dan adat; menjalankan tugas adat istiadat berhubung dengan kelahiran, perkahwinan, kematian, menuai, dan pesta tradisi yang lain; mewakili komuniti atau kampung dalam majlis tempatan atau wilayah; memberitahu komuniti atau kampung tentang arahan dan peraturan kerajaan; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 11131 11132 11133 11134 11135

1114

Penggawa Ketua, kampung / Sidang Ketua anak negeri Kapitan / Tuai rumah / Batin Penghulu NP27

PEGAWAI KANAN PERTUBUHAN BERKEPENTINGAN KHAS

Pegawai kanan pertubuhan berkepentingan khas menentukan, merumus, dan mengarah pelaksanaan dasar pertubuhan berkepentingan khas seperti pertubuhan parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan majikan, persatuan perdagangan dan perindustrian, pertubuhan kemanusiaan atau amal, atau persatuan sukan serta mewakili pertubuhan mereka dan bertindak bagi pihak pertubuhan mereka.

Tugas merangkumi:        

menentukan serta merumus dasar, kaedah dan peraturan parti politik atau organisasi berkenaan; membuat rundingan bagi pihak parti politik berkenaan; meningkatkan minat organisasi terhadap undang-undang, kerajaan, atau orang awam; merancang dan mengurus kempen untuk pemilihan calon politik; merancang dan mengurus kempen untuk melatih dan mendidik ahli parti; merancang, mengurus, dan mengarah pelaksanaan dasar, kaedah dan peraturan parti politik atau organisasi berkenaan; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 11141 11142 11143 11144 11145

112

Pengerusi, parti politik / Pegawai kanan, organisasi parti politik Ketua pengarah, organisasi majikan Pemimpin, kesatuan sekerja / Pegawai kanan, organisasi pekerja Pegawai kanan, organisasi berkepentingan ekonomi yang lain Ketua setiausaha, organisasi hak manusia

PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF

Pengarah urusan dan ketua eksekutif mengetuai agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi (kecuali organisasi berkepentingan khas) dan dengan bantuan sekurang-kurangnya dua (2) pengurus lain, merumus dasar dan merancang, mengarah, mengawal serta menyelaras aktiviti dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat atau organisasi, biasanya dalam

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

6

lingkungan garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau badan pentadbiran dimana mereka ini perlu bertanggungjawab terhadap operasi yang dijalankan dan pencapaian yang diperoleh.

1120

PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF

Pengarah urusan dan ketua eksekutif mengetuai agensi kerajaan, perniagaan korporat atau organisasi (kecuali organisasi berkepentingan khas) dan dengan bantuan sekurang-kurangnya dua (2) pengurus lain, merumus dasar dan merancang, mengarah, mengawal serta menyelaras aktiviti dalam linkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat atau organisasi, biasanya dalam lingkungan garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau badan pentadbir yang kedua-dua badan ini perlu bertanggungjawab bagi segala operasi yang dijalankan dan pencapaian yang diperoleh.

Tugas merangkumi:      

merumus dasar perusahaan atau organisasi berkenaan; merancang, mengarah, mengawal, dan menyelaraskan fungsi am perusahaan atau organisasi berkenaan; menentukan dan mengarah sesuatu dasar melalui rundingan dengan pengurus bawahan; mengkaji semula operasi dan pencapaian perusahaan atau organisasi berkenaan dan melaporkannya kepada badan pentadbiran; mewakili perusahaan atau organisasi dalam urusannya dengan badan-badan luar, termasuk kerajaan atau pihak berkuasa yang lain; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 11201 11202

12

Pengerusi, perusahaan / Presiden, perusahaan / Pengarah syarikat Pengerusi, organisasi / Presiden, organisasi / Pengarah, organisasi

PENGURUS PENTADBIRAN DAN KOMERSIL

Pengurus pentadbiran dan komersil merumus dasar, merancang, mengarah, serta mengawal dan menyelaraskan aktiviti pentadbiran dan operasi perniagaan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 121 122

PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN PENGURUS JUALAN, PEMASARAN, DAN PEMBANGUNAN

121

PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN

Pengurus perkhidmatan perniagaan dan pentadbiran merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan kewangan, sumber manusia, dasar, serta perancangan dan operasi perniagaan di bawah bimbingan pengarah dan ketua eksekutif.

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

1211

7

PENGURUS KEWANGAN

Pengurus kewangan merancang, mengarah, dan menyelaras operasi kewangan dan mengambil bahagian dalam merumus dasar kewangan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:         

merancang, mengarah, mengawal dan menyelaras operasi kewangan dalaman perusahaan atau operasi; menilai situasi kewangan perusahaan atau organisasi, menyediakan belanjawan dan memantau pelbagai operasi kewangan; mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; merancang dan mengarah operasi harian; memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain didalam atau diluar organisasi; menjalankan tugas yang berkaitan; menyusun, mengagih dan merancang tugasan serta menetapkan sasaran kepada pegawai lain; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 12111 12112 12113 12114 12115 12116 12117

1212

Pengurus, akaun / Pengurus, belanjawan / Pengurus, kredit / Pengurus, kewangan Pengurus, insurans Pengurus, dana Pengurus, perbendaharaan Pengurus, kewangan dan institusi Pengurus, perbelanjaan, penentuan kos Pengurus, audit / Pengurus, audit dan pengurusan risiko

PENGURUS SUMBER MANUSIA

Pengurus sumber manusia merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti pengurusan sumber manusia untuk memaksimumkan strategi penggunaan sumber manusia dan menjaga fungsi seperti pampasan pekerja, pengambilan pekerja, dasar sumber manusia, dan pematuhan pengawalaturan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:        

merancang, mengarah, dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan aktiviti sumber manusia dan perhubungan perindustrian bagi perusahaan atau organisasi; merancang dan menyusun prosedur bagi pengambilan kakitangan, latihan, kenaikan pangkat, penetapan struktur upah dan rundingan upah, pengantara dan rundingan dengan pekerja, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan personel; memantau program dan aktiviti yang berhubung dengan kesihatan dan keselamatan pekerjaan dengan penglibatan semua pihak yang berkaitan; mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; merancang dan mengarah operasi harian; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; memantau penyelenggaraan rekod personel dan pelbagai keperluan sistem maklumat sumber manusia;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

  

8

mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 12121 12122 12123

1213

Pengurus, sumber manusia/personel Pengurus, perhubungan industri Pengurus, kesihatan dan keselamatan pekerjaan

PENGURUS DASAR DAN PERANCANGAN

Pengurus dasar dan perancangan merancang, mengarah, dan menyelaras nasihat (policy advice) dasar dan perancangan strategi dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:           

mengarah dan menyemak semula dasar dan merancang program; menganalisis dasar, peraturan kerajaan, dan undang-undang untuk membangunkan dasar dan rancangan baru atau menyemak dasar, rancangan dan program sedia ada; menganalisis data perangkaan dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan punca masalah dan membangunkan saranan untuk penambahbaikan dasar dan amalan organisasi; menganalisis dan mentafsir keputusan kajian dan menyediakan laporan yang memperincikan dapatan, saranan, atau kesimpulan; membuat rundingan dan memberi nasihat kepada pegawai dan kakitangan kerajaan, badan sivik, dan agensi penyelidikan yang berkaitan undang-undang, dasar, dan isu perancangan; mereka bentuk, menilai, dan mengubah suai dasar untuk memastikan program yang dirancang adalah berkesan dan mematuhi keperluan undang-undang; mengarah penyediaan dan pengagihan maklumat bertulis dan lisan untuk memaklumi pihak pengurusan dan kakitangan tentang dasar organisasi dan pentadbiran; mengurus reka bentuk dan pembangunan perkakas untuk membantu pihak pengurusan dalam membangunkan dan mentafsir dasar dan membimbing pengurus melalui dasar dan merancang keputusan; menasihati dan memantau keadaan tahap eksekutif dan agensi pembuat keputusan; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 12131

1214

Pengurus, dasar dan perancangan

PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN

Pengurus perkhidmatan perniagaan merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi: 

merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan atau organisasi berkenaan;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

           

9

merancang dan menganjurkan jualan khas dan program pemasaran berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran; merancang, mentadbir, dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan; menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, belanjawan promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas; mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar; mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos pentadbiran; menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran merancang dan mengarah operasi harian; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 12141 12142

1215

Pengurus, pengeluaran dan operasi/perniagaan Pengurus, perkhidmatan/pembangunan perniagaan

PENGURUS PENTADBIRAN

Pengurus pentadbiran merancang, mengarah, dan menyelaras perkhidmatan sokongan seperti penyimpanan rekod, pengagihan mel, perkhidmatan operator telefon/penyambut tetamu, dan perkhidmatan sokongan pejabat lain dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:            

merancang, mentadbir, dan mengawal belanjawan bagi kontrak, kelengkapan, dan bekalan; memantau kemudahan bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat serta diselenggara dengan baik; mengarah dan menyelaraskan jabatan perkhidmatan sokongan bagi perniagaan, agensi, atau organisasi; menetapkan matlamat dan tarikh akhir bagi jabatan; menyediakan dan mengkaji laporan operasi dan jadual untuk memastikan ketepatan dan kecekapan; menganalisis pemproses dalaman dan menyarankan serta melaksanakan perubahan prosedur atau dasar untuk menambah baik operasi, seperti perubahan bekalan atau pelupusan rekod; memperoleh, mengagih, dan menyimpan bekalan; memantau projek pembinaan dan pengubahsuaian untuk menambah baik kecekapan dan untuk memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi standard keselamatan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan, serta mematuhi peraturan kerajaan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

10

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 12151

1219

Pengurus, pentadbiran

PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA

Kumpulan unit ini merangkumi perkhidmatan perniagaan dan pentadbiran yang tidak dikelaskan di mana-mana dalam Kumpulan Kecil 121: Pengurus Perkhidmatan Perniagaan dan Pentadbiran.

Tugas merangkumi:        

122

merancang dan melaksanakan dasar; membuat anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia dan menggaji pekerja; menguruskan operasi harian; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

PENGURUS JUALAN, PEMASARAN, DAN PEMBANGUNAN

Pengurus jualan dan pemasaran merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti jualan, pemasaran, dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

1221

PENGURUS JUALAN DAN PEMASARAN

Pengurus jualan dan pemasaran merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti jualan, pemasaran, dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:           

merancang, mengarah, serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau organisasi berkenaan; merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran; merancang, mentadbir, dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan; menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, belanjawan promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas; mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar; mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos pentadbiran; menyediakan dan mengarah operasi harian; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus



11

mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 12211 12212 12213

1222

Pengurus, jualan / Pengurus, pemasaran Pengurus, penyelidikan pasaran / Pengurus, khidmat pelanggan Pengurus, pusat beli-belah / Pengurus, pasar raya

PENGURUS PENGIKLANAN DAN PERHUBUNGAN AWAM

Pengurus pengiklanan dan perhubungan awam merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:           

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam bagi perusahaan atau organisasi berkenaan; merundingkan kontrak pengiklanan dengan pegawai akhbar, stesen radio dan televisyen, pertubuhan sukan dan kebudayaan, dan agensi pengiklanan; merancang dan menguruskan program penerangan untuk memaklumi pegawai undang-undang, media massa, dan orang awam tentang rancangan, pencapaian dan pandangan perusahaan, atau organisasi berkenaan; merancang dan menguruskan aktiviti memungut derma bagi pertubuhan pendidikan, kemanusiaan, dan organisasi yang bukan mengaut keuntungan; mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; menyediakan dan mengarahkan prosedur operasi dan pentadbiran; merancang dan mengarah operasi harian; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 12221 12222 12223

1223

Pengurus, pengiklanan Pengurus, perhubungan awam / Pengurus, komunikasi Pengurus, pameran

PENGURUS PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Pengurus penyelidikan dan pembangunan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:    

merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan sama ada secara dalaman atau yang ditugaskan daripada organisasi penyelidikan luar; merancang keseluruhan program penyelidikan dan pembangunan perusahaan atau organisasi dengan menetapkan matlamat dan keperluan belanjawan; mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; merancang dan mengarah operasi harian;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

   

12

memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 12231

13

Pengurus, penyelidikan dan pembangunan

PENGURUS PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN KHAS

Pengurus pengeluaran dan perkhidmatan khas merumus dasar, merancang, mengarah, serta mengawal dan menyelaraskan aktiviti jabatan pengeluaran dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 131

PENGURUS PENGELUARAN DALAM PERTANIAN, PERHUTANAN, DAN PERIKANAN PENGURUS PEMBUATAN, PERLOMBONGAN, PEMBINAAN, DAN PENGAGIHAN PENGURUS PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PENGURUS PERKHIDMATAN PROFESIONAL

132 133 134

131

PENGURUS PERIKANAN

PENGELUARAN

DALAM

PERTANIAN,

PERHUTANAN,

DAN

Pengurus pengeluaran dalam pertanian, perhutanan, dan perikanan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pertanian, perhutanan, perburuan, dan perikanan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

1311

PENGURUS PENGELUARAN PERTANIAN DAN PERHUTANAN

Pengurus pengeluaran dalam pertanian dan perhutanan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pertanian, perhutanan, dan perburuan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:        

merancang dasar, peraturan kerajaan, dan undang-undang; menganalisis data perangkaan, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan punca masalah dan membangunkan saranan untuk penambahbaikan sistem, prosedur, atau program pertanian; merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengeluaran pertanian, perhutanan, dan perburuan; membuat rundingan dan memberi nasihat dengan pegawai dan kakitangan kerajaan, badan sivik, dan agensi penyelidikan lain berkaitan undang-undang, dasar, dan isu pertanian; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi; bekerja dengan penguatkuasa undang-undang dan yang lain untuk perlindungan tanaman, haiwan, dan keselamatan awam serta penguatkuasaan undang-undang serta kaedah dan peraturan; merancang dan mengurus operasi harian; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan dan yang lain melalui perundingan, penyeliaan, dan aktiviti perhubungan;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

     

13

menghadiri mesyuarat dan persidangan berhubung dengan produk, haiwan ternakan, dan amalan pertanian untuk mewakili Komanwel; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau dengan badan luar; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13111 13112

1312

Pengurus, pengeluaran dan operasi/perhutanan Pengurus, pengeluaran dan operasi/pertanian / Pengurus, estet/ladang

PENGURUS PENGELUARAN AKUAKULTUR DAN PERIKANAN

Pengurus pengeluaran dalam akuakultur dan perikanan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran akuakultur dan perikanan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:              

merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang; merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran akuakultur dan perikanan; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi; merancang dan mengurus operasi harian; mengawal perbelanjaan; menyediakan anggaran belanjawan; menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau dengan badan luar; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13121

132

Pengurus, pengeluaran dan operasi/perikanan

PENGURUS PEMBUATAN, PERLOMBONGAN, PEMBINAAN, DAN PENGAGIHAN

Pengurus pengeluaran dalam pembuatan, perlombongan, pembinaan, dan pengagihan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pembuatan, perlombongan, pembinaan, dan pengagihan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

1321

14

PENGURUS PEMBUATAN

Pengurus pengeluaran dalam pembuatan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pembuatan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:                 

merancang dan melaksanakan dasar; merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran barangan; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi; merancang dan mengarah operasi harian; mengawal perbelanjaan; menyediakan anggaran belanjawan; menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau dengan badan luar; memastikan semua proses pengeluaran memenuhi spesifikasi pembuatan dan ciri produk mematuhi dokumen standard syarikat; melaksanakan rancangan pengeluaran melalui subordinat, memastikan penggunaan tenaga manusia, mesin, dan kelengkapan dioptimumkan; menyediakan dan menyelenggara KPI pengeluaran bagi keberkesanan kos, penghantaran, keselamatan, dan kualiti; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13211 13212 13213

1322

Pengurus, pengeluaran dan operasi/pembuatan Pengurus, kilang Pengurus, kawalan mutu / Pengurus, jaminan mutu

PENGURUS PERLOMBONGAN

Pengurus pengeluaran dalam perlombongan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengekstrakan batu arang, bijih, batu, tanah liat, dan mineral pejal lain dari bumi, di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:        

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengekstrakan mineral dari lombong dan batu, atau genting dan tanah liat dari kuari; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi; merancang dan mengurus operasi harian; mengawal perbelanjaan; menyediakan anggaran belanjawan; menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

  

15

mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13221

1323

Pengurus, pengeluaran dan operasi/perlombongan dan kuari

PENGURUS PEMBINAAN

Pengurus pengeluaran dalam pembinaan merancang, mengarah, dan, menyelaraskan aktiviti berhubung dengan projek pembinaan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:          

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pembinaan bangunan, empangan, lebuh raya, saluran paip, dan projek pembinaan yang berkaitan; merancang prosedur untuk pembinaan mengikut masa mula dan siap serta keperluan kakitangan bagi setiap fasa pembinaan, berdasarkan pengetahuan tentang alat dan kelengkapan serta pelbagai kaedah pembinaan yang ada; merancang dan mengurus operasi harian; mengawal perbelanjaan; menyedia dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13231 13232 13233

1324

Pengurus, pengeluaran dan operasi/pembinaan Pengurus, kontrak Pengurus, operasi

PENGURUS BEKALAN, PENGAGIHAN DAN YANG BERKAITAN

Pengurus pengeluaran bagi bekalan, pengagihan, dan yang berkaitan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan proses pengurusan yang terlibat dalam rantaian bekalan dan berhubung dengan pelbagai pihak, termasuk pembekal bahan mentah, pengilang, peruncit, dan pengguna, yang semakin meningkat bilangannya, di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:       

merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi; merancang dan mengarah operasi harian; mengawal perbelanjaan; menyediakan anggaran belanjawan; menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

          

16

memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau dengan badan luar; memantau kualiti, kos, dan kecekapan pergerakan dan penyimpanan barangan; menyelaraskan dan mengawal kitar pesanan dan sistem maklumat yang berkaitan; menganalisis data untuk memantau prestasi dan merancang penambahbaikan; mengagihkan dan menguruskan sumber kakitangan menurut keperluan perubahan; mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan kontrak baru, menganalisis masalah logistik, dan mencari penyelesaian baru; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13241 13242 13243 13244

133

Pengurus, pengeluaran dan operasi/pengangkutan Pengurus, penyimpanan / Pengurus, pengagihan / Pengurus, gudang Pengurus, pembelian Ketua pejabat pos

PENGURUS PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pengurus pengeluaran dalam perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi merancang, mengarah, dan menyelaraskan pemerolehan, pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan komputer dan sistem telekomunikasi dalam linkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

1330

PENGURUS PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pengurus pengeluaran dalam perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi merancang, mengarah, dan menyelaraskan pemerolehan, pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan komputer dan sistem telekomunikasi dalam linkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:            

menganalisis keperluan maklumat dan menetapkan teknologi untuk memenuhi keperluan tersebut; mengarah perumusan strategi, dasar, dan rancangan teknologi maklumat; mengarah pemilihan dan pemasangan teknologi maklumat dan peruntukan latihan pengguna; mengarah operasi teknologi maklumat, menyepadukan perkakasan komputer, mengendalikan sistem komunikasi, pengaplikasian perisian, dan pemprosesan data; menetapkan keutamaan antara pembangunan, penyelenggaraan, dan operasi sistem; mengawal keselamatan sistem teknologi maklumat; menguruskan projek pembangunan teknologi maklumat untuk memastikan projek tersebut siap mengikut jadual, dalam linkungan belanjawan, dan mencapai tahap kualiti yang menepati objektif; mengawal belanjawan dan perbelanjaan jabatan atau organisasi; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

17

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13301 13302 13303 13304

134

Pengurus, pengeluaran dan operasi/komunikasi Pengurus, sistem maklumat / Pengurus, teknologi maklumat Pengurus, perkhidmatan komputer Pengurus, pemprosesan data

PENGURUS PERKHIDMATAN PROFESIONAL

Pengurus perkhidmatan profesional merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, kesihatan, penjagaan orang tua, kebajikan sosial, pendidikan, dan insurans di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

1341

PENGURUS PERKHIDMATAN PENJAGAAN KANAK-KANAK

Pengurus perkhidmatan penjagaan kanak-kanak merancang aktiviti individu dan berkumpulan untuk kanak-kanak, memantau aktiviti tersebut untuk menggalakkan kemahiran sosial, berbincang dengan ibu bapa untuk menerangkan program pusat penjagaan dan membincangkan bagaimana mereka dapat menggalakkan perkembangan kanak-kanak di rumah, memberikan ujian untuk menilai perkembangan setiap kanak-kanak, mengambil dan melatih kakitangan, dan mentadbir fungsi perniagaan pusat tersebut.

Tugas merangkumi:          

menguruskan berbilang program perkhidmatan sosial profesional untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga termasuk perkhidmatan dan aktiviti yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak serta pengabaian siasatan; merancang dan memantau pengurusan perniagaan, pengurusan kemudahan, pengurusan sumber manusia, dan keperluan keselamatan kanak-kanak; merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia serta pengambilan pekerja; menguruskan operasi harian; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13411

1342

Pengurus, pusat asuhan kanak-kanak

PENGURUS PERKHIDMATAN KESIHATAN

Pengurus perkhidmatan kesihatan bertanggungjawab atas peruntukan dan pentauliahan penjagaan kesihatan setempat melalui pengurusan hospital, pengamal perubatan am (GP), dan perkhidmatan kesihatan masyarakat. Pengurus berhubung dengan semua peringkat kakitangan perubatan dengan mengambil kira tuntutan dasar politik dan keadaan setempat.

Tugas merangkumi: 

berhubung dan berunding dengan kakitangan perubatan (sering kali dengan peringkat paling kanan) dan bukan perubatan, kakitangan dalaman dan dengan kakitangan

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

18

organisasi luar, misalnya perkhidmatan sosial, kumpulan sukarelawan, atau sektor swasta; menguruskan kakitangan klinik, profesional, perkeranian, dan pentadbiran; menguruskan pengambilan, pemilihan, penilaian, dan perkembangan kakitangan; memantau pengurusan harian organisasi, unit khusus, atau satu-satu bidang perkhidmatan; melaksanakan dasar dan arahan baru; mengumpulkan dan menganalisis data dan menggunakannya untuk merancang dan menguruskan kedua-dua projek dan sistem; menilai strategi dan sistem baru; mengekstrapolasi data untuk tujuan pemantauan dan jaminan mutu; menetapkan belanjawan dan menyelenggarakan kewangan dalam kekangan yang ketat; merancang dan melaksanakan perubahan strategik untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan; menghadiri mesyuarat, menulis laporan, dan menyampaikan persembahan kepada pelbagai audiens; menganggotai jawatankuasa dan menyampaikan pandangan jabatan dan pasukan; menangani hal ehwal komunikasi dan korporat; menguruskan premis, katering, pencucian, perkhidmatan angkat barang, dan keselamatan (selalunya melalui subkontraktor); membeli kelengkapan dan bekalan serta mengelolakan stor; menggunakan komputer untuk menguruskan maklumat dan data kewangan, dan untuk menganalisis dan mengukur prestasi; menyokong sistem ICT dan merancang peruntukan dan pembangunan baru, selalunya untuk projek besar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

                 

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13421 13422

1343

Pengurus, pengeluaran dan operasi/kesihatan / Pengarah kejururawatan Pentadbir, hospital

PENGURUS PERKHIDMATAN PENJAGAAN ORANG TUA

Pengurus perkhidmatan penjagaan orang tua bertanggungjawab atas peruntukan penjagaan orang tua dan orang yang dalam keadaan kronik dan memerlukan penjagaan kompleks secara keseluruhan dengan lancar.

Tugas merangkumi:          

menyediakan arahan dasar dan membantu dalam pembangunan dana yang bersesuaian dan/atau mensasarkan untuk membolehkan perkhidmatan kesihatan yang fleksibel untuk menyediakan penjagaan, di tempat dan pada masa yang betul; bertanggungjawab memenuhi, memelihara, dan mengatasi standard kualiti penjagaan dan perkhidmatan; merancang dan memantau pengurusan perniagaan, pengurusan kemudahan, pengurusan sumber manusia, dan keperluan keselamatan; merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia serta pengambilan pekerja; menguruskan operasi harian; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus



19

mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13431

1344

Pengurus, perkhidmatan penjagaan orang tua

PENGURUS KEBAJIKAN SOSIAL

Pengurus kebajikan sosial merancang, menilai, dan menyelaraskan program perkhidmatan sosial dan membantu dalam perancangan program serta pembangunan dan pelaksanaan kebajikan tempatan.

Tugas merangkumi:             

membangunkan dan melaksanakan matlamat, objektif, dasar, dan keutamaan untuk berbilang bidang program; menguruskan dana dan/atau belanjawan; membuat rundingan kontrak dan menulis perjanjian dengan pihak penyedia program atau komponen program yang khusus berkaitan perkhidmatan perlindungan; menyelaraskan pembangunan dasar, prosedur, dan ‘amalan terbaik’ dalam lingkungan bidang program khusus; melaksanakan dasar baru kerajaan tempatan dan negeri; mendokumentasikan, menyemak semula, dan melaksanakan perubahan kualiti dalam proses klinikal; menyemak semula laporan siasatan awal dan data kelayakan lain; membuat saranan untuk dalam perkhidmatan bantuan kewangan, mengambil bahagian dalam kes yang lebih sukar; membuat semakan berkala secara tetap semua kes bagi setiap subordinat dan memastikan amalan susulan yang berkesan dan membuat saranan berdasarkan laporan subordinat untuk menamatkan kes; memelihara hubungan berterusan dengan agensi kebajikan dan sosial tempatan; memantau dan menilai keberkesanan kaedah dan prosedur penyampaian perkhidmatan; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13441

1345

Pengurus, pengeluaran dan operasi/kerja sosial

PENGURUS PENDIDIKAN

Pengurus pendidikan merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti dalam sektor pendidikan, daripada pembangunan dasar hinggalah pembangunan dan kajian semula kurikulum kursus dan bahan pengajaran, menyediakan laporan, kertas maklumat dan pengemukaan, atau memberi nasihat kepada pihak pengurusan kanan atau jawatankuasa antara jabatan tentang strategi dan inisiatif pendidikan. Mereka juga terlibat dalam pengurusan sistem pendidikan di pertingkat wilayah, daerah, atau negeri, dan mungkin perlu menguruskan sumber kewangan dan fizikal untuk pendidikan, atau mengambil pegawai pendidikan.

Tugas merangkumi: 

menyediakan kepimpinan pendidikan untuk guru, guru besar, dan pegawai pentadbiran institusi pendidikan dalam pembangunan dan penyelarasan program pendidikan;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

         

20

memantau penyelidikan pendidikan yang mensasarkan penyediaan hala baru untuk sistem pendidikan; mewakili organisasi tentang jawatankuasa untuk mengenal pasti keperluan semasa dan akan datang dalam lingkungan sistem pendidikan, serta merancang, membangunkan, dan mengubah suai kemudahan dan program; menguruskan penilaian bagi pendekatan dan pembangunan kursus baru; menganjurkan dan mengendalikan bengkel dan persidangan untuk melatih guru dalam program dan kaedah baru; mengaplikasikan dan menguruskan dana untuk program pendidikan baru; menguruskan proses untuk tinjauan sekolah, penilaian guru, dan perancangan pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah; menyediakan dan memantau penyediaan laporan dan kertas maklumat; menguruskan peruntukan pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil, atau di dalam linkungan institusi khusus; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13451 13452

1346

Pengurus, pengeluaran dan operasi/pendidikan Dekan / Guru Besar / Pengetua, universiti / Canselor, universiti

PENGURUS CAWANGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN INSURANS

Pengurus cawangan perkhidmatan kewangan dan insurans merancang, mengarah, dan menyelaraskan bank swasta atau bank awam, syarikat insurans, atau satu atau lebih cawangan atau jabatannya di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:              

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti pekerja di cawangan, pejabat, atau jabatan seperti penubuhan cawangan bank, firma broker, jabatan risiko dan jabatan insurans, atau kredit; memantau aliran tunai dan instrumen kewangan; membina rangkaian dalam komuniti untuk mencari dan menarik perniagaan baru; meluluskan atau menolak, atau menyelaraskan kelulusan atau penolakan susur kredit dan komersil, hartanah, dan pinjaman peribadi; menyediakan laporan kewangan dan pengawalaturan yang diperlukan oleh undangundang, peraturan, dan lembaga pengarah; menentukan prosedur untuk penjagaan, dan kawalan aset, rekod, pinjaman, cagaran, dan sekuriti untuk memastikan penyimpanan yang selamat; menguruskan dan membuat dasar institusi kewangan seperti bank, syarikat amanah, pertubuhan penabungan dan pinjaman, syarikat insurans, dan institusi kewangan yang berkaitan; memeriksa, menilai, dan memproses permohonan pinjaman; menyediakan penilaian operasi dalam laporan risiko untuk analisis pengurusan; menilai sistem laporan kewangan, prosedur perakaunan dan pemungutan, dan aktiviti pelaburan, dan membuat saranan bagi perubahan prosedur, pengendali sistem, belanjawan, dan fungsi kawalan kewangan lain; mengemukakan akaun culas kepada peguam atau agensi luar untuk pungutan; mengarah rundingan insurans, memilih broker dan pembawa insurans, dan tempat insurans; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

21

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13461

1349

Pengurus, cawangan kewangan dan insurans

PENGURUS PERKHIDMATAN PROFESIONAL YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA

Kumpulan unit ini merangkumi pengurus perkhidmatan profesional yang tidak dikelaskan di mana-mana dalam Kumpulan Kecil 134: Pengurus Perkhidmatan Profesional.

Tugas merangkumi:       

merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber dan pengambilan pekerja; menguruskan operasi harian; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 13491 13492 13493

14

Pengurus, pengeluaran dan operasi/organisasi wilayah tambahan Pengurus, reka bentuk Pengurus, elektrik, air, dan sanitari / Pengurus, sistem pelupusan sampah

PENGURUS PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT, DAN PERKHIDMATAN LAIN

Pengurus perkhidmatan hospitaliti, peruncitan, dan perkhidmatan lain merancang, mengarah, dan menyelaraskan perkhidmatan hotel dan restoran, perdagangan runcit dan borong di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

141

PENGURUS HOTEL DAN RESTORAN

Pengurus hotel dan restoran merancang, mengarah, dan menyelaraskan perkhidmatan hotel dan restoran, termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi makanan dan minuman, dan pengemasan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 141 142 143

PENGURUS HOTEL DAN RESTORAN PENGURUS PERDAGANGAN RUNCIT DAN BORONG PENGURUS PERKHIDMATAN LAIN

1411

PENGURUS HOTEL

Pengurus hotel dan restoran merancang, mengarah, dan menyelaraskan semua perkhidmatan hotel, termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi makanan dan minuman, dan pengemasan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Di hotel besar, pengurus biasanya mempunyai bidang kuasa khusus (perkhidmatan tamu, perakaunan, dan pemasaran) dan membentuk pasukan pengurusan am.

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

22

Tugas merangkumi:                   

merancang dan mengatur penginapan, katering, dan perkhidmatan hotel lain; mempromosi dan memasarkan perniagaan; menguruskan rancangan belanjawan dan kewangan dan mengawal perbelanjaan; menyelenggara rekod perangkaan dan kewangan; menetapkan dan mencapai sasaran jualan dan keuntungan; mengambil, melatih, dan memantau kakitangan; merancang jadual kerja untuk individu dan pasukan; bertemu dan mengalu-alukan pelanggan; mengendalikan rungutan dan komen pelanggan; menangani dan menyelesaikan masalah; memastikan acara dan persidangan berjalan lancar; menyelia penyelenggaraan, bekalan, pengubahsuaian, dan kemasan; berurusan dengan kontraktor dan pembekal; memastikan keselamatan yang cekap; melaksanakan pemeriksaan harta dan perkhidmatan; memastikan pematuhan undang-undang pelesenan, kesihatan dan keselamatan, dan peraturan berkanun lain; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 14111 14112 14113 14114 14115 14116

1412

Pengurus, pengeluaran dan operasi/hotel / Pengurus, rumah tamu Pengurus, rumah tumpangan Pengurus, meja depan / Pengurus, pejabat depan hotel Pengurus, perkhidmatan makanan dan minuman Pengurus, asrama, N41 Penolong pengurus, asrama N27

PENGURUS RESTORAN

Pengurus restoran merancang, mengarah, dan menyelaraskan perkhidmatan restoran, termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi makanan dan minuman, dan pengemasan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:            

menganalisis dan merancang tahap jualan dan keuntungan restoran; mengatur aktiviti pemasaran, seperti acara promosi dan skim diskaun; menyediakan laporan pada penghujung syif/minggu, termasuk kawalan kakitangan dan kawalan makanan dan jualan; menetapkan belanjawan dan/atau mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan kanan; merancang dan menyelaraskan menu; menyelaraskan keseluruhan operasi restoran semasa syif berjadual; menguruskan kakitangan sepanjang syif mereka dan memberikan maklum balas kepada mereka; melayani rungutan pelanggan; memastikan semua kakitangan mematuhi standard keseragaman syarikat; bertemu dan mengalu-alukan pelanggan dan mengelolakan tempahan meja; memaklumi pelanggan tentang pilihan menu dan minuman; mengambil, melatih, dan memotivasi kakitangan;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

         

23

mengatur dan menyelia syif kakitangan dapur, kakitangan menunggu, dan kakitangan mencuci; mengekalkan standard kawalan kualiti, kebersihan serta kesihatan dan keselamatan yang tinggi; memeriksa simpanan stok dan memesan bekalan; menyediakan laci tunai dan menyediakan tunai runcit sebagaimana yang diperlukan; membantu dalam apa-apa kerja di restoran apabila keadaan memerlukan; merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 14121 14122 14123

142

Pengurus, pengeluaran dan operasi/restoran / Pengurus bar / Pengurus, katering Pengurus, disko Pengurus, bilik jamuan ringan

PENGURUS PERDAGANGAN RUNCIT DAN BORONG

Pengurus perdagangan runcit dan borong merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan perdagangan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

1420

PENGURUS PERDAGANGAN RUNCIT DAN BORONG

Pengurus perdagangan runcit dan borong merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan perdagangan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:          

merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berkenaan dengan perdagangan yang dijalankan oleh perusahaan; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota perdagangan dipenuhi; merancang dan mengarah operasi harian; mengawal perbelanjaan; menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 14201 14202

Pengurus, pengeluaran dan operasi/perdagangan runcit Pengurus, pengeluaran dan operasi/perdagangan borong

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

143

24

PENGURUS PERKHIDMATAN LAIN

Pengurus perkhidmatan lain mengelaskan mereka yang merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan acara sukan, rekreasi dan kebudayaan, penjagaan diri, pencucian, dan operasi perkhidmatan yang berkaitan, dan istilah yangh sah dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

1431

PENGURUS PUSAT SUKAN, REKREASI, DAN KEBUDAYAAN

Pengurus pusat sukan, rekreasi, dan kebudayaan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan operasi acara sukan, rekreasi, dan kebudayaan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:          

merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan operasi dan acara rekreasi, kebudayaan, dan sukan; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan jadual dipatuhi; merancang dan mengarah operasi harian; mengawal perbelanjaan; menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 14311 14312 14313 14314 14315 14316

1432

Pengurus, pengeluaran dan operasi/aktiviti sukan Pengurus, pengeluaran dan operasi/aktiviti kebudayaan Pengurus, pengeluaran dan operasi/agensi pelancongan Pengurus, pengeluaran dan operasi/pentas Pengurus taman/ ladang G41 Penolong pengurus, taman/ ladang G27

PENGURUS PERKHIDMATAN BERKAITAN

PENJAGAAN

DIRI,

PENCUCIAN,

DAN

YANG

Pengurus perkhidmatan penjagaan diri, pencucian, dan perkhidmatan yang berkaitan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti perkhidmatan penjagaan diri, pencucian, dan perkhidmatan yang berkaitan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:    

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan penjagaan diri, pencucian, dan yang berkaitan; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan jadual dipatuhi; merancang dan mengarah operasi harian; mengawal perbelanjaan;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

          

25

menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau dengan badan luar; merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 14321 14322

1433

Pengurus, pengeluaran dan operasi/pencucian Pengurus, pengeluaran dan operasi/perkhidmatan penjagaan diri

PENGURUS UNDANG-UNDANG

Pengurus undang-undang merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan istilah, prosedur, dan dokumen undang-undang dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:          

     

merancang, menganalisis dan memberi nasihat tentang pematuhan operasi perniagaan syarikat memenuhi keperluan undang-undang, peraturan dan hak syarikat; menguruskan sokongan undang-undang luaran, jika perlu; memastikan perkembangan undang-undang yang memberi kesan kepada syarikat, pelanggannya, dan industri kekal seiring serta mensintesis maklumat untuk disepadukan ke dalam amalan transaksi syarikat; mendidik eksekutif syarikat berhubung dengan isu pengurusan undang-undang dan risiko; menyampaikan minat dan hubung kait syarikat terus kepada pelanggan dan pasukan rundingan; merumus, menyemak semula, dan merundingkan pelbagai kontrak yang luas untuk perjanjian yang sederhana hinggalah yang kompleks; menyusun strategi dengan eksekutif syarikat sebelum rundingan dengan pelanggan; membantu membangunkan dan memahami strategi pengurangan risiko bagi risiko kontraktual; membangunkan garis panduan dalaman, kotak alatan, dan pengetahuan tentang pelbagai isu undang-undang dan perniagaan; membangunkan pakar bidang dalam satu atau lebih bidang yang memberikan faedah kepada Kumpulan Undang-undang dan/atau perniagaan (misalnya, pakar undangundang korporat, undang-undang peraduan, undang-undang guna tenaga, privasi data dan turutan perkhidmatan); menyokong, menggalakkan, dan melaksanakan inisiatif sebagai sebahagian daripada Pasukan Undang-undang; merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

26

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 14331

1434

Pengurus, perundangan dan pengurusan risiko

PENGURUS HARTA

Pengurus harta dipertanggungjawabkan mengendalikan hartanah bagi bayaran yang dikenakan dan meningkatkan nilai pelaburan hartanah tersebut dengan mengendalikan logistik pengurusan hartanah dan memantau prestasi harta komersil atau kediaman yang mendatangkan pendapatan untuk memastikan pelaburan hartanah mencapai hasil yang dijangkakan.

Tugas merangkumi:           

mengendalikan operasi kewangan bagi harta, memastikan sewa dipungut dan gadai janji, cukai, premium insurans, gaji, dan bil penyelenggaraan dibayar tepat pada masanya; menyelia penyediaan penyata kewangan dan laporan berkala kepada pemilik tentang status harta, kadar penghunian, tarikh luput pajakan, dan hal lain; merundingkan kontrak dengan perkhidmatan penjagaan bangunan, keselamatan, kawasan dan laman, pembuangan sampah, dan perkhidmatan lain; memantau prestasi kontraktor serta menyiasat dan menyelesaikan rungutan daripada penduduk dan penghuni apabila perkhidmatan tidak disediakan dengan sebaiknya; membeli bekalan dan kelengkapan untuk harta dan mengatur perjanjian dengan pakar untuk pembaikan yang tidak boleh dikendalikan oleh kakitangan penyelenggaraan biasa; mesti memahami dan mematuhi undang-undang yang relevan, memastikan amalan penyewaan dan pengiklanannya tidak berat sebelah, dan harta itu sendiri mematuhi semua peraturan dan kod bangunan kerajaan tempatan, negeri, dan persekutuan; menyediakan anggaran belanjawan; merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 14341 14342

1435

Pengurus, penyelenggaraan Pengurus, harta

PENGURUS KESELAMATAN

Pengurus keselamatan merancang, mengarah, dan menyelaraskan operasi berhubung dengan keselamatan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:    

merancang, merumus, dan menguatkuasakan dasar dan peraturan keselamatan; mengenal pasti kepelbagaian dan mengambil tindakan pembetulan untuk meminda aspek keselamatan syarikat; memantau keseluruhan pengawasan keselamatan; bertanggungjawab atas pengurusan keseluruhan personel keselamatan dalam syarikat;

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

        

27

menyemak mana-mana prosedur atau arahan yang melibatkan aspek keselamatan untuk memastikan semua kakitangan benar-benar terlatih untuk mencapai keselamatan maksimum; menguatkuasakan disiplin yang ketat dan melaksanakan siasatan dalam mana-mana hal disiplin antara kakitangan; berupaya menangani dan menyelesaikan isu keselamatan dengan segera, berkesan, dan bebas; menyokong, menggalakkan, dan melaksanakan inisiatif sebagai sebahagian daripada Pasukan Undang-undang; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 14351 14352

1439

Pengurus, keselamatan pekerjaan Pengurus, keselamatan

PENGURUS PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA

Kumpulan unit ini merangkumi pengurus besar yang tidak dikelaskan dalam Kumpulan Kecil 143: Pengurus Perkhidmatan Lain.

Tugas merangkumi:        

merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia serta pengambilan pekerja; menguruskan operasi harian; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.