Laras Agama Ciri Laras Bahasa Laras Seni Laras Sains

Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang ... matematik, seni, pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan sastera. Laras bahasa mempu...

94 downloads 3109 Views 48KB Size
NOTA MINGGU KULIAH 8 Laras Agama

Ciri Laras Bahasa

Laras Seni

Laras Sains

Konsep

Pendidikan Jasmani

Laras Matematik

Laras Sastera

Kemahiran Hidup

Laras Bahasa Laras bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Laras bahasa ialah satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi, konteks, menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada bidang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Jenis-jenis laras bahasa ialah laras bahasa agama, sains, matematik, seni, pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan sastera. Laras bahasa mempunyai retorik yang tersendiri, sama ada pujukan, penyataan, perintah dan sebagainya. Konsep dan Ciri Laras Bahasa Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau, laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan oleh sama ada lisan atau tulisan. Jenis-jenis laras yang wajib dikuasai dalam tajuk ini ialah: Laras Agama Laras agama mempunyai unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. Laras ini juga mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat. Laras Sains Laras bahasa sains ialah laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. Bersifat intelektual, saintifik, formal, dan objektif. Maklumat yang diberi berdasarkan kajian dan fakta. Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal. Penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif. Laras Matematik Bagi laras matematik, penggunaan istilah berkaitan dengan pengiraan seperti penambahan dan pendaraban. Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am, dan definisi tepat untuk operasi-operasi menghasilkan struktur seperti kumpulan, gelanggang, dan medan. Laras matematik banyak menggunakan simbol atau unit bagi mewakili sesuatu perkataan. Simbol yang digunakan lazimnya terdiri daripada satu huruf atau lebih huruf tanpa titik di belakangnya dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Laras bahasa matematik bersifat formal dan tidak mementingkan struktur 1

NOTA MINGGU KULIAH 8 ayat. Laras matematik mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit. Berbentuk ilmiah dan mengandungi istilah-istilah teknikal Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik. Laras Sastera Bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan. Laras ini bersifat imaginatif dan figuratif (kiasan). Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan, istilah-istilah yang khusus yang berkaitan dengan sastera. Laras Seni Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis. Laras Kemahiran Hidup Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu, mengandungi ilustrasi gambar rajah, jadual, graf, peta, dan sebagainya. Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat dan mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah. Latihan 1. Andaikan anda seorang pengulas sukan. Buat satu ulasan selari dalam satu pertandingan sukan dengan menggunakan laras sukan yang sesuai. Persembahkan ulasan selari tersebut dengan intonasi yang betul. 2. Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa iklan. Sertakan beberapa contoh iklan yang menggunakan laras bahasa iklan yang menarik. 3. Senaraikan 10 contoh istilah yang digunakan dalam laras yang berikut: a) laras bahasa matematik b) laras bahasa sains c) laras bahasa agama d) laras bahasa sastera e) laras bahasa seni

2