Manuskrip Surat-Surat Francis Light . Suatu Analisis Aspek ... - MyCite

bagaimanapun, untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu dan untuk ..... memperkatakan aspek ketuhanan dan bahasa istana seperti kata maha, mulia,...

110 downloads 381 Views 1MB Size
ABDUL RAZAK Abdul Karim

Manuskrip Surat-Surat Francis Light . Suatu Analisis Aspek Kosa Kata

Pendahuluan Kajian tentang aspek kosa kata dalam manuskrip Melayu lama amat kurang dilakukan oleh para pengkaji dewasa ini, Ini disebabkan manuskrip-manuskrip Melayu amat sukar dibaca kerana ditulis dalam tulisan Jawi dengan pelbagai gaya dan bentuk. Walau bagaimanapun, untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu dan untuk tujuan membuat tinjauan sejarah kata atau bidang leksikografi, kajian tentang bahan-bahan manuskrip Melayu lama amat penting kerana ia merupakan bukti tulisan yang paling awal tentang bahasa Melayu. Menyedari hakikat ini, makalah ini akan membincangkan serba sedikit aspek kosa kata bahasa Melayu yang terdapat dalam manuskrip suratsurat Francis Light yang tertulis pada abad ke-l S,

;Manuskrip Surat-surat Francis Light Manuskrip surat-surat Light bertarikh antara tahun-tahun 1786-1794 dan dalam tempoh tersebut beliau telah mengumpulkan lebih kurang seribu pucuk sural. Setakat ini hanya beberapa pucuk surat koleksi beliau ini telah dikaji'. Surat-surat ini telah disimpan di School of Oriental and African Studies, London dengan nombor rujukan MS 40320. Koleksi ini mengandungi pelbagai surat daripada raja, pembesar atau orang perseorangan kepada Light. Kajian ini hanya ditumpukan kepada beberapa pucuk surat sahaja, iainr': a) Surat daripada Saudagar Rajah Kedah kepada Francis Light b) Surat daripada Raja Kedah c) Surat daripada Isteri Tunku Raja Muda Selangor d) Surat R(Jju'Muda Perlis e) Surat daripada Saudagar Rahsia Raja di Kelantan f) Surat daripada Encik Lu Nga' Perlis kepada Kapitan Light Dewa Raja Negeri Salang g) Surat daripada Francis Light kepada Datuk Laksamana .

2

Menurut Annabel Teh Gallop (1994:130) koleksi Francis Light adalah koleksimanuskrip surat Melayu yang paling lengkap kerana beliau berperanan penting dalam East India Company. Surat-surat koleksi beliau ini terkumpul sehingga kematiannya pada tahun 1794. Dalam kajian ini hanya dipilih sebelas pucuk surat sahaja daripada koleksi Francis Light. Ini disebabkan semua surat yang dipilih menunjukkan perbezaan orang yang menulisnya.

2

I Filologi h) i} j) k)

M elayu

Salinan surat Pejabat daripada Sultan Abdullah Kedah Surat daripada Francis Light kepada Raja Kedah Sural daripada Laksamana Kedah Sural Bendahara Muda Kedah

Berdasarkan sebelas pucuk surat ini akan dibincangkan beberapa aspek kosa kata yang terdapat di dalamnya seperti penggunaan kata-kata arkaik, kata-kata sukatan, kata gelaran, kata-kata lisan, bahasa halus, dan kata-kata pinjaman. Apabila diperkatakan aspek pemilihan kata dalam manuskrip ini, banyak faktor luaran yang perlu difahami. Perkara pertama yang perlu difahami ialah hubungan Light dengan pembesar-pembesar Melayu pada waktu itu dan jawatan beliau sebagai Gabenor Pulau Pinang banyak mempengaruhi pemilihan kata yang terdapat dalam surat-surat ini. Di samping itu, kebanyakan surat yang tersebut melibatkan hubungan perdagangan dan hal ehwal pemerintahan, sekaligus, mempunyai hubungan dengan pemilihan kosa kata yang digunakan.

Penggunaan Kata Arkaik Kata-kata arkaik ialah kata-kata yang telah mati dan tidak digunakan pada waktu ini. Kata-kata arkaik pernah digunakan pada zaman lampau sarna ada dalam zaman bahasa kuno ataupun pada zaman bahasa klasik '. Sebahagian kata arkaik yang masih digunakan sekarang telah mengalami perubahan makna dan sebahagiannya pula telah lenyap disebabkan terdapat kata-kata lain yang boleh mendokong maksud yang disampaikan. Berdasarkan surat-surat Francis Light, banyak terdapat kata arkaik yang digunakan pada abad yang kelapan belas tetapi kini kata-kata tersebut telah tidak digunakan atau mengalami perubahan makna. Antara kata-kata tersebut ialah:

3

perkataan

maksud

samir sat laksa bahara apion wangkang lasal bahana gah bermala aniya hubaya-hubaya cerpu jemala

atap atau pengalas muatan perahu ukuran tim bangan beras bilangan sepuluh ribu timbangan berat pada barang gasingjcandu perahu kecil satu kesanjbekas kemasyuranjterkenaI tidak harum amaya

tidak boleh tidak tapak kaki ubun-ubun kepala

Harimurti Kridalaksana (1983:14) menyatakan bahawa kata-kata arkaik ataupun arkaisme merupakan unsur-unsur bahasa yang tidak lazim tetapi yang dipakai untuk efek-efek tertentu.

Manuskrip Sural-Sural Francis Light! 3

ayapan mata-mata

makanan penyiasat

Berdasarkan contoh-contoh yang terdapat di atas, beberapa patah perkataan masih lagi digunakan dan mempunyai maksud yang sarna tetapi kurang digunakan di kalangan masyarakat. Kata laba misalnya meluas penggunaannya pada zaman dahulu tetapi kata ini telah digantikan dengan kata lain, iaitu untung. Penggunaan kata laba dikaitkan dengan masyarakat pada zaman tersebut yang ikut serta dalam urusan perniagaan dan konsep ini digunakan dengan maksud yang tersendiri. Kata senteri mempunyai maksud yang merujuk kepada orang yang kuat beribadat tetapi dalam Surat Raja Muda Perlis kata ini merujuk kepada orang atau askar yang ditugaskan untuk mengawal tempat-tempat tertentu ataupun pengawal. Kata ini juga membawa maksud gelaran kepada para pedagang yang menjalankan aktiviti perdagangan di sesebuah tempat. Perhatikan [rasa di bawah ini: " ... tolong menolong segala anak dagang senteri tiada diberi kesakitan."

Selain itu, terdapat beberapa kata arkaik yang tidak digunakan kini, seperti samir, laksa, cerpu, jemala, ayapan dan kata-kata lain.

Penggunaan Kata-kata Sukatan dan Timbangan Penggunaan kosa kata yang berkaitan dengan timbangan agak banyak digunakan dalam surat-surat ini. Ini disebabkan aktiviti ekonomi yang utama di kalangan masyarakat pada zaman itu ialah aktiviti perdagangan. Oleh yang demikian, untuk barangan yang pelbagai ini digunakan pelbagai jenis timbangan berdasarkan jenis barangan yang diperniagakan. Berdasarkan surat-surat ini, barangan dagangan yang dibicarakan ialah padi, beras, kain dan emas. Kata-kata timbangan dan sukatan juga digunakan pada barangan yang tidak diniagakan seperti orang atau asykar. Suatu perkara yang menarik dalam penggunaan kata-kata timbangan ini ialah perbezaan kosa kata antara sebuah negeri dengan sebuah negeri yang lain. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh budaya timbangan yang berlainan dan keadaan masyarakat yang menggunakannya berbeza antara satu sarna lain. Antara kata-kata timbangan dan sukatan yang digunakan ialah: perkataan

maksud

gum koyan cupak

karung yang diperbuat daripada serat pokok satu koyan bersamaan dengan empat puluh pikul empat cupak bersamaan dengan satu gantang; 1/4 gantang satu kunca bersamaan dengan 160 gantang; 10 nalih sukatan bijirin zaman dahulu ukuran dari siku hingga hujung jari bungkusan barang yang diangkut dengan kapal sepuluh ribu

kunca satar hasta bendela laksa

4

I Filologi

Melayu

bahara kupang rial ratus ringgit

timbangan berat khusus pada emas mata wang zaman dahulu mata wang zaman dahulu yang menggunakan nilai Arab bilangan seratus-seratus mata wang yang bernilai seratus sen

Kosa kata yang digunakan adalah untuk tujuan perdagangan, iaitu istilah bagi timbangan dan juga sukatan serta mata wang. Kata-kata yang sering digunakan untuk menyukat bijirin pada zaman itu ialah kata-kata koyan, cupak, kunca dan nalih. Walaupun kata-kata ini tidak digunakan lagi, namun ia membawa pengertian yang cukup luas dalam kosa kata bahasa Melayu pada zaman itu. Kata sekoyan menurut sukatannya ialah empat puluh pikul manakala sekunca sarna dengan enam puluh gantang ataupun sepuluh nalih. Kata nalih merupakan sukatan yang digunakan untuk merujuk sukatan sebanyak enam belas gantang. Selain kata-kata sukatan ini terdapat juga kata sukatan satar yang sering digunakan dalam Surat Saudagar Raja Kedah kepada Light untuk merujuk alat yang digunakan untuk sukatan padi. Kata sukatan lain yang digunakan ialah kata-kata bendela dan juga kati. Kata bendela digunakan untuk menyukat benda-benda perdagangan yang ringan seperti kapas dan kain, dan kata kati untuk benda-benda lain yang diperdagangkan, khususnya dalam timbangan yang tidak terlalu berat. Selain penggunaan kata-kata timbangan dan sukatan, masyarakat pada zaman ini juga cekap menggunakan kata-kata bilangan tertentu dalam urusan perdagangan mereka. Untuk bilangan yang kecil digunakan kata belas, puluh dan juga ratus, manakala bilangan yang lebih besar, kata-kata seperti ratus dan laksa digunakan. Laksa merupakan kata yang paling tinggi bagi kata bilangan yang digunakan dan angka juta masih belum digunakan dalam abad ini. Menurut Asmah Hj. Omar (1988:394) konsep belas merupakan suatu konsep yang baru kerana dalam bahasa Melayu kuno istilah ini masih belum wujud tetapi disokong oleh rangkai kata yang menunjukkan percampuran sepuluh dengan bilangan yang berikutnya", Penyataan Asmah Hj. Omar ini memang ada kebenarannya kerana dalam abad kelapan belas barulah ditemui penggunaan kata belas dan dalam manuskrip yang terdahulu daripada surat-surat ini tidak terdapat penggunaan kata ini. Dalam aktiviti perdagangan, perkara yang paling penting ialah penggunaan mata wang. Dalam surat-surat Light, penggunaan mata wang amat ketara tetapi mata wang yang digunakan bercampur antara mata wang asing dengan mata wang tempatan seperti rial, ringgit dan juga kupang. Kata rials merupakan rnatawang Arab yang digunakan dengan cukup meluas dalam surat-surat Light sedangkan kata ringgit dan kupang kurang digunakan. Dalam surat-surat ini matawang tradisional telah hilang dan

4

5

Dalam bahasa Melayu kuno, tidak terdapat penggunaan kata betas. Untuk merujuk kata belas digunakan konsep berikut, iaitu: . sapuluh dua = dna belas sapuluh tlu = tiga belas Rial sebagai nilai mata wang masih kekal digunakan di negeri Kelantan dalam urusan jual beli atau penggunaan biasa. Penggunaan kata ini menggantikan nil~i ringgit Malaysia yang digunakan sekarang, misalnya RMIO.OO bersamaan dengan sepuluh rial.

Manuskrip Sural-Sural Francis Light / 5

tidak digunakan langsung kerana pengaruh matawang Arab begitu kuat dalam perdagangan pada masa itu.

Penggunaan Ganti Nama dan Gelaran Selain aspek di atas, pemilihan kata ganti nama dan juga kata gelaran serta pangkat amat menarik penggunaannya dalam surat-surat Light ini. Penggunaan kata-kata ini digunakan dalam hubungan antara raja, pembesar atau pedagang dengan Light yang pada masa itu berada di Pulau Pinang dan hubungan ini sarna ada bersifat rasmi ataupun tidak rasmi. Dalam aspek penggunaan kata ganti nama, terdapat duajenis kata ganti nama yang digunakan, iaitu kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. Ini disebabkan orang yang menghantar surat akan menggunakan kata ganti nama diri pertama manakala orang yang ditujukan surat tersebut atau penerimanya akan digunakan kata ganti diri kedua. Kata ganti nama diri pertama yang sering digunakan ialah hamba, beta, saya, patik dan kita. Kita juga digunakan oleh raja untuk menggantikan beta, sebagai ganti nama diri pertama. Dalam masyarakat Melayu, kata hamba digunakan oleh orang yang mempunyai kedudukan sosial yang lebih rendah daripada orang yang diajak bercakap. Dalam Surat Saudagar Raja Kedah Kepada Light, Saudagar Raja Kedah menggunakan kata ganti nama untuk dirinya sebagai hamba datuk dan Light digunakan kata ganti nama tuan Gurnadur. Penggunaan kata ganti nama ini sesuai sebagai seorang saudagar dan saudagar Raja Kedah merasakan bahawa dirinya lebih rendah tarafnya berbanding dengan Francis Light yang pada masa itu menjadi Gabenor di Pulau Pinang. Penggunaan kata beta dalam konteks sosial digunakan oleh raja atau sultan terhadap orang bawahannya tetapi dalam surat-surat Light, terdapat perbezaan penggunaannya, iaitu kata ini digunakan oleh raja dan juga Light. Dalam kes pertama, Sultan Kedah menggunakan kata ini apabila berhubung dengan Light, tetapi Saudagar Rahsia Sultan Kelantan dan juga Light sendiri menggunakan kata ini dalam surat-surat mereka. Saudagar Rahsia Sultan Kelantan membahasakan dirinya beta walaupun beliau bukanlah seorang raja Kelantan pada masa itu. Kemungkinan kata beta digunakan kerana Saudagar Rahsia Raja Kelantan berasa kedudukan sosialnya setaraf atau lebih tinggi daripada kedudukan Light pada masa itu. Francis Light pula menggunakan kata beta apabila beliau menghantar surat kepada Datuk Laksamana disebabkan taraf kedudukannya yang lebih tinggi daripada Datuk Laksamana pada masa itu. Oleh yang demikian, pemakaian kata beta sering digunakan secara sembarangan oleh mereka bukan berdasarkan darah keturunan raja tetapi berdasarkan taraf sosial yang ada pada diri seseorang itu. Kata ganti nama saya pula hanya digunakan oleh Encik Lu Nga' dalam suratnya kepada Light. Penggunaan kata ganti nama ini walaupun bersifat kasar namun masih diterima oleh Light memandangkan Encik Lu Nga' bukan berketurunan Melayu dan beliau kurang arif dengan penggunaan kata ganti diri dalam bahasa Melayu. Sikap beliau yang dianggap kurang sopan tidak menjejaskan hubungannya dengan Light kerana beliau bijak menggunakan kata gelaran kepada Light, iaitu Dewa Raja. Kata ganti nama patik pula digunakan oleh Light dalam suratnya kepada Raja Abdullah Kedah untuk menunjukkan sikapnya yang merendahkan diri kepada seorang

6 I Filologi Melayu

raja. Tambahan pula, beliau merupakan orang asing dan sikap hormat beliau perlu ada untuk menjaga hubungannya dengan Sultan sarna ada untuk kepentingan diri sendiri mahupun pihak Inggeris. Kata ganti nama diri pertama terakhir yang digunakan ialah kata kita. Ganti nama ini digunakan dalam Surat Daripada Isteri Tunku Raja Muda Selangor kepada Light. Penggunaan kata ganti nama ini bukan merujuk kepada isteri Tunku Raja Muda Selangor sahaja tetapi ia merujuk kepada beliau dan juga Sultan Ibrahim Syah yang menjadi Sultan Selangor pada masa itu. Oleh yang demikian, kata ganti nama yang digunakan adalah untuk merujuk kepada dua pihak, iaitu baginda Sultan Selangor dan juga isteri tunku Raja Muda Selangor. Kata ganti nama diri kedua yang terdapat dalam surat-surat Light agak kurang ragamnya berbanding dengan ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, kata ganti nama yang ditemui ialah sahabat beta, sahabat kita, sahabat saya dan khadam datuk. Penggunaan kata ganti nama diri kedua agak terhad disebabkan kerasmian situasi surat dan juga perkara-perkara yang disentuh dalam surat-surat yang dihantar. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga agak kurang kerana ia tidak melibatkan orang ketiga yang diperkatakan kecuali surat yang dihantar oleh Francis Light kepada Datuk Laksamana. Dalam surat ini Light menggunakan kata ganti nama ia untuk merujuk kepada Bendahari M ohamad Lebai yang telah melarikan dua orang budak perempuan, iaitu hamba kepada Cik Cak.

Penggunaan Kata-kata Bahasa Lisan Berdasarkan surat-surat yang dianalisis terdapat banyak kata bahasa lisan yang digunakan dan dalam semua surat pengaruh bahasa lisan amat jelas mempengaruhi tulisan surat-surat ini. Sebahagian kata bahasa lisan yang digunakan mengalami peleburan imbuhan dan sebahagian lagi merupakan kata-kata yang bersifat kasar. Antara kata-kata yang digugurkan imbuhannya ialah: pinta beli tawar beri kata suruh himpun ambil tanya pesan Terdapat juga kata-kata lain yang digunakan dalam bahasa basahan tetapi katakata ini digunakan secara sewenang-wenangnya dalam surat-surat ini. Antara kata-kata tersebut ialah: beri mari pinta pasal hasil pulau serah beri mari belum baik lagi

Manuskrip Surat-Surat Francis Light / 7

ambil taruh baiki beri balik mari suruh beri sura t Penggunaan kata-kata bahasa lisan yang begitu meluas dalam surat-surat ini menunjukkan bahawa penulis surat pada zaman tersebut lebih cenderung menyalin apaapa bentuk yang hendak disampaikan kepada penerima. Ini sebenarnya lebih mudah dan penulis tidak perlu menggunakan bunga-bunga bahasa dalam penulisan surat-surat mereka. Secara tidak langsung segala perkara yang diperkatakan akan jelas dan mudah difahami oleh penerima. Di samping itu, penggunaan kata-kata bahasa lisan tanpa disedari oleh penulis telah berjaya menyampaikan sesuatu mesej atau amanat dengan lebih mudah lagi. Selain alas an ini, penggunaan kata-kata bahasa lisan dalam suratsurat ini merupakan suatu gaya yang amat ketara dalam surat-surat yang ditulis pada zaman im.

Penggunaan Kata-kata Halus Kata-kata halus juga dikenali dengan kata-kata istana yang digunakan dengan maksud lebih sopan tetapi maksud yang disampaikan tidak akan menyinggung perasaan orang yang mendengarnya. Kata-kata ini digunakan oleh golongan bawahan dan ditujukan kepada orang atasan. Dalam konteks masyarakat pada zaman surat-surat ini ditulis, ia memperlihatkan bahawa berlaku hubungan antara Light dengan raja ataupun pembesar istana dengan Light. Oleh yang demikian, kata-kata yang digunakan dalam surat-surat ini sebahagian besarnya terdiri daripada kosa kata halus. Antara kosa kata halus yang digunakan ialah: menerafa'kan sembah amat budiman sangat bijaksana arif bijaksana amat mulia berdatang sembah dipohonkan titah daulat tuanku cerpu duli patik junjung daula t saadat Penggunaan kata-kata halus menerafa'kan sembah digunakan oleh Saudagar Raja Kedah dan kata-kata ini ditujukan kepada Francis Light dan kata-kata ini merupakan puji-pujian terhadap Light. Penggunaan kata-kata halus dalam surat-surat ini terdapat pada permulaan dan sering kali kata-kata halus yang digunakan bertele-tele dengan segala ragam pujian terhadap orang yang menerima surat tersebut. Perhatikan contoh di bawah ini yang dikutip daripada Surat Saudagar Raja Kedah kepada Francis Light: "Hamba Datuk Saudagar Raja menerafa'kan sembah ke bawah hadhrat khadam Datuk Tuan Gurnadur Pulau Pinang yang maha mulia lagi akil bijaksana telah masyhur ke mana-mana."

8

I Filologi M elayu

Kata-kata amat budiman dan juga sangat bijaksana digunakan oleh Raja Muda Perlis dalam surat baginda kepada Light. Kata-kata halus ini digunakan untuk tujuan menyatakan kebijaksanaan dan juga sifat budiman yang dimiliki oleh Light sebagai Gabenor di Pulau Pinang. Pujian yang begitu tinggi diberikan oleh Raja Muda Pedis kepada Light disebabkan dalam kandungan surat baginda, baginda telah meminta jasa baik Light untuk memperbaiki jam tangan baginda yang telah rosak dan meminta Light memberikan jam lain untuk menggantikan jam tersebut sementara ia diperbaiki. Sekiranya tidak digunakan kata-kata halus besar kemungkinan permintaan Raja Muda tidak dimakbulkan oleh Light. Dari segi stratifikasi sosial, ternyata Raja Muda mempunyai kedudukan sosial yang Iebih tinggi daripada Light kerana Light merupakan orang Inggeris yang tidak mempunyai darah keturunan raja. Walau bagaimanapun, perlu disedari bahawa penggunaan kata-kata halus dalam awal surat merupakan mukadimah yang biasa dalam kebanyakan surat pada zaman itu. 6 Dalam surat yang dihantar oleh Encik Lu Nga' kepada Light, kata-kata halus yang beliau gunakan agak keterlaluan untuk memuji kebaikan sifat yang ada pada Light. Kemungkinan Encik Lu Nga' ialah orang biasa yang berhubung dengan seorang pembesar British dan menyebabkan beliau menggunakan kata-kata halus yang keterlaluan berbanding dengan surat-surat lain. Perhatikan mukadimah surat beliau di bawah ini: "Surat tulus ikhlas daripada saya Encik Lu Nga' yang bermukim di bandar kota Indera Kayangan di negeri Kedah Darulaman datang kepada pihak sahabat saya Kapitan Light Dewa Raja yang istirihat di negeri Salang yang amat mengasihi handai taulan selagi ada persekitaran cakerawala matahari dan bulan sentiasa kasih tiada berputusan yang pandai memerintah dengan segala sahabatnya bersetiawan telah masyhurlah arif bijaksana dengan perangai yang sempurna sampai gahnya ke mana-mana dari atas angin dan ke bawah angin kedengaran bahana."

Di samping penggunaan kata-kata halus pada bahagian mukadimah surat ini, Encik Lu Nga' juga menggunakan bahasa halus yang berbentuk bahasa merendah pada bahagian akhir surat ini. Beliau mengibaratkan hadiah yng dihantar kepada Light sebagai setangkai bunga yang bermala. Perhatikan contoh petikan daripada surat tersebut: "Syahdan adalah hadiah saya akan sahabat saya dian sebungkus dan daun teh satu peti tiada dengan sepertinya umpama setangkai bunga yang bermala jua adanya."

Dalam surat yang dihantar oleh Light kepada Raja Kedah pula, Light menggunakan bahasa yang amat halus kepada baginda. Light menggunakan kata

6

7

Dalam manuskrip Surat Sultan Ternate 1521 dan 1522, yang dihantar kepada Raja Portugal, tidak terdapat kata-kata pujian yang digunakan oleh Sultan Ternate kepada Raja Portugal. Perkara yang sarna juga berlaku dalam surat yang ditulis oleh Raja Aceh kepada kapitan Inggeris tahun 1601. Rujuk artikel Ab. Razak Ab. Karim "Surat-surat Sultan Ternate 1521 dan 1522: Suatu Analisis Bandingan Dari Sudut Bahasa" Jurnal Dewan Bahasa, September 1995. DBP Kuala Lumpur Ms 838-847, dan "Manuskrip Surat Kebenaran Berniaga oleh Raja Aceh kepada Kapitan Inggeris 1601: Satu Analisis Linguistik" dlm, Jurnal Filologi Melayu, Jilid 3. 1994. Perpustakaan Negara Malaysia. Ms 49-63. Bahasa merendah digunakan oleh seseorang untuk merendahkan diri dengan maksud tertentu, seperti mahukan penghormatan, tidak suka menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

10 / Filologi Melayu

Berdasarkan surat-surat Light, terdapat beberapa patah perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata-kata tersebut ialah: beta ketika sedia kapas laba laksa harta emas suasa timah benda harga bahara matahari

gum hari kala masa hasta peti setiawan atau cakerawala raja tabik isteri saya duli

Kata-kata bahasa Sanskrit yang digunakan mencakupi pelbagai bidang dan katakata ini telah mengalami penyesuaian ejaan berdasarkan sebutan bahasa Melayu. Katakata yang dipinjam boleh dikelompokkan dalam beberapa golongan seperti yang dilakukan oleh Khalid Hussain (1978:479). Kosa kata bahasa Sanskrit yang memperkatakan aspek ketuhanan dan bahasa istana seperti kata maha, mulia, baginda, duli, dewa, laksmana, hulubalang dan kata-kata lain. Kata-kata ini digunakan dalam situasi masyarakat istana atau berkaitan dengan pentadbiran sesebuah kerajaan pada masa itu. Di samping penggunaan kata-kata pinjaman di kalangan masyarakat istana, katakata Sanskrit juga digunakan di kalangan masyarakat bawahan sarna ada di kalangan pedagang mahupun rakyat biasa. Mereka telah menggunakan kata-kata seperti saya, saudara, ketika, harta, guni dan kata-kata lain. Walaupun penggunaan bahasa Sanskrit meliputi banyak bidang, terdapat kata-kata yang dipinjam daripada bahasa ini mengalami perubahan makna daripada maksud asal kata tersebut. Kata laksa bermaksud kata bilangan sepuluh ribu tetapi kata ini tidak digunakan dalam bilangan tetapi bermaksud lain daripada asalnya. Kata ini merujuk pada sejenis mi kasar daripada tepung yang dicelur dan dimakan bersama hirisan timun, bawang, cili dan sebagainya serta kuah yang khusus untuknya.

Kosa Kata Bahasa Arab Menurut Amran Kasimin (1978:847), masyarakat di Kepulauan Melayu telah menerima pengaruh bahasa Arab daripada orang-orang Arab Hadzramut, Turki, Mekah dan Mesir. Syed Naquib Al-Attas (1969:11) pula berpendapat bahawa Islam datang ke alam Melayu melalui pengaruh Arab dan juga Cina. Walau dari mana Islam datang ke alam Melayu, ia bukanlah suatu persoalan yang perIu dibincangkan di sini. Yang pentingnya, apabila Islam bertapak di Kepulauan Melayu, pengaruh Islam telah menyerap masuk dalam kehidupan masyarakat pada masa itu sehingga dewasa ini.

Manuskrip Surat-Surat Francis Light / 9

daulat tuanku pada permulaan suratnya tetapi membahasakan dirinya sebagai Kapitan Dewa Raja. Light menyatakan bahawa dirinya adalah orang yang teramat hina daripada sekalian hina. Kata-kata halus yang digunakan oleh Light menunjukkan betapa hormatnya beliau terhadap baginda Sultan Kedah pada masa itu kerana Light inginkan beras sebanyak dua hingga tiga koyan daripada baginda. Beras tersebut baru datang dari Aceh dan Light mahukan beras untuk bahan makanan teman-temannya di Pulau Pinang. Perhatikan kata-kata halus yang digunakan oleh Light yang ditujukan kepada Raja Kedah: "Daulat tuanku yang muazam zill Allah al-'Alam ampun Tuanku patik Kapitan Dewa Raja yang teramat hina daripada sekian yang hina merafa'kan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan yang maha mulia serta memohonkan ampun beribu-ribu ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik."

Penggunaan Kata-kata Pinjaman Apabila diperkatakan kosa kata pinjaman, dalam manuskrip surat-surat Light ini terdapat beberapa kosa kata pinjaman yang digunakan. Antara kosa kata bahasa asing yang dipinjam ialah kosa kata bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Farsi, bahasa Portugis dan bahasa Hokkien. Antara banyak bahasa ini, tidak kesemuanya diterima dalam bahasa Melayu secara serentak tetapi pinjaman berlaku secara berperingkat-peringkat, Bahasa Sanskrit misalnya, telah diterima masuk ke dalam bahasa Melayu seawal abad ketujuh melalui penemuan kata-kata ini dalam batu bersurat pada zaman tersebut". Kata-kata pinjaman bahasa Arab pula diterima oleh masyarakat bahasa Melayu dengan kedatangan Islam dan bahasa-bahasa lain diterima secara berperingkat-peringkat. Oi bawah ini akan dibincangkan pengaruh kosa kata bahasa asing ke dalam bahasa Melayu dan kata-kata yang digunakan dalam surat-surat Light ini.

Kosa Kata Bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit telah digunakan oleh masyarakat di Kepulauan Melayu kira-kira dua ribu tahun yang lalu kerana sejak zaman tersebut telah ada hubungan perdagangan antara masyarakat Kepulauan Melayu dengan orang-orang India. Melalui hubungan perdagangan inilah kata-kata bahasa Sanskrit disebarkan oleh pedagang dan juga golongan pendeta kepada masyarakat di Kepulauan Melayu. Pada masa tersebut bahasa Melayu merupakan bahasa yang berbudaya rendah sedangkan bahasa Sanskrit ialah bahasa yang berbudaya tinggi dan keadaan ini menyebabkan kata-kata bahasa Sanskrit diserap terus ke dalam bahasa Melayu."

8

9

Dalam abad ketujuh, bahasa Sanskrit ditemui di batu bersurat di Kedukan Bukit (683M), Talang Tuwo (684M), Kota Kapur (686M) dan Karang Brahi (686M). Bahasa Sanskrit bercampur aduk dengan bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat dalam zaman tersebut. Bahasa berbudaya tinggi merujuk pad a bahasa yang mampu memperkatakan pelbagai bidang ilmu berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Bahasa berbudaya rendah pula ialah bahasa yang masih belum mampu memperkatakan sesuatu bidang ilmu dan bahasa ini perlu meminjam ilmu daripada bahasa berbudaya tinggi.

12 I Filologi Melayu

Kosa Kata Bahasa Inggeris Penggunaan kosa kata bahasa Inggeris juga terdapat dalam surat-surat Francis Light kerana beliau merupakan orang Inggeris yang membuka Pulau Pinang pada tahun 1786. Oleh yang demikian, kata-kata bahasa Inggeris yang mendukung maksud tertentu digunakan apabila kata-kata bahasa Melayu tidak dapat menyampaikan maksud sesuatu istilah Inggeris pada zaman itu. Walaupun bilangan kosa kata yang digunakan agak kurang tetapi ia jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Antara kosa kata yang digunakan ialah: Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

gurnadur jeneral pas kapitan kompeni apion

governor general pass captain company opium

Kata-kata yang digunakan di atas memperlihatkan bahawa kata-kata bahasa Inggeris yang digunakan dalam surat-surat ini telah mengalami beberapa penyesuaian bunyi mengikut sebutan masyarakat pada masa tersebut. Perubahan ini berlaku mengikut sebutan lidah penutur melayu dan ditulis dalam tulisan Melayu. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kesukaran penulis untuk mengeja kata-kata bahasa Inggeris dengan menggunakan huruf Jawi pada masa itu.

Kosa Kata Bahasa-bahasa Lain Selain kosa kata yang telah dibincangkan di atas, terdapat beberapa kosa kata daripada bahasa Farsi, Portugis dan Hokkien yang digunakan oleh penulis-penulis surat ini. Pengaruh bahasa-bahasa ini agak kuat dan banyak terdapat dalam kata-kata seperti berikut: Bahasa Farsi bius saudagar sudah bandar istana Bahasa Portugis kapitan tangki rial

I

r

Manuskrip Surat-Surat Francis Light / 11

Dalam surat-surat koleksi Light, banyak diternui kat a pinjaman daripada bahasa Arab sarna ada yang bersifat khusus ataupun kata-kata bahasa Arab yang bersifat umurn. Kata-kata yang bersifat khusus rnelibatkan kata-kata istilah yang rnenerangkan sesuatu makna, proses, keadaan atau sifat khas dalam sesuatu bidang. Dalam suratsurat Light, banyak kata khusus bahasa Arab yang diternui. Antara kata-kata tersebut ialah: perkataan

makna

'akil aulia fakir khadam wasil sanat izzat likur hadrat arba'a

berakal / cerdik wali / orang-orang suci orang yang serba kekurangan orang suruhan / harnba berserta / bersarna-sama punca / rujukan kehormatan / kernegahan bilangan antara 20 dan 30 hadapan Allah hari keempat dalarn seminggu jRabu

Kebanyakan kata yang digunakan berkaitan dengan bidang keagamaan kerana tidak terdapat kata-kata daripada bahasa Melayu yang mendokong scsuatu rnaksud, misalnya penggunaan kata aulia, wasil, izzat, hadrat dan sanat. Selain contoh-contoh di atas.terdapat kata-kata khusus yang rnerujuk pada hari, bulan dan tahun yang berasal daripada bahasa Arab telah digunakan dalam surat-surat ini. Antara kata-kata tersebut ialah Khamis, Jumaat, Arba'a (Rabu}, Salasa, Sabtu dan kata-kata untuk merujuk pada bulan seperti Safar, Syawal, Jamadilawal, Jamadilakhir, Zulkaedah, Muharam dan kata-kata untuk tahun seperti tahun alif, dan tahun kha. Suatu yang menarik dalam surat-surat ini ialah penggunaan hari dan juga bulan masih lagi rnerujuk pada perkiraan bulan-bulan Islam disebabkan pengaruh perkiraan tahun Masihi rnasih belum diterima oleh masyarakat pada masa itu. Walaupun Francis Light merupakan orang barat yang mengamalkan pengiraan hari dan bulan serta tahun menurut perkiraan tahun Masihi tetapi Light rnengikut rentak surat yang ditulis oleh pengirim surat kepada beliau. Kesemua surat yang dihantar oleh Light kepada raja ataupun pembesar menggunakan cara ini. Penggunaan hari, bulan dan tahun merupakan sesuatu yang seragam pada masa tersebut. Penggunaan kosa kat a yang bersifat umum banyak dalam surat-surat Light. Katakata ini digunakan dalarn semua aspek kehidupan masyarakat pada masa itu kerana kata-kata yang dipinjam telah sebati dalam kehidupan seharian mereka. Kata-kata ini digunakan dalam urusan perdagangan, berjual beli, ataupun kerja-kerja lain yang melingkari kehidupan seharian mereka. Antara kata-kata tersebut ialah: khabar surat alam khusus awal tulus fikir

Manuskrip Sural-Sural Francis Light / 13

Bahasa Hokkien tahil cukai koyan

Rumusan Manuskrip surat-surat koleksi Francis Light merupakan manuskrip yang menarik untuk dibuat kajian, terutama dalam aspek kosa kata. kajian aspek-aspek linguistik yang lain seperti aspek binaan [rasa dan sintaksis juga perlulah dilakukan untuk meninjau penggunaan bahasa Melayu dalam abad kelapan belas. Dalam surat-surat inilah tersimpannya segala khazanah kosa kata bahasa Melayu lama dan juga kata-kata pinjaman yang telah dipinjam oleh penutur bahasa Melayu pada zaman lampau. Sebahagian besar daripada surat-surat yang diperkatakan berasal dari Kedah. Dengan itu secara langsung bahasa yang digunakan dalam surat-surat ini menggambarkan satu tahap perkembangan bahasa persuratan Melayu Kedah pada masa surat itu ditulis. Tidak dinafikan bahawa langgam bahasa yang terdapat dalam surat-surat ini adalah langgam bahasa Melayu Kedah.

Rujukan Ab. Razak bin Ab. Karim 1994. Surat Sultan Ternate 1521: Beberapa Aspek Linguistik. Jurnal Dewan Bahasa, 66-73. ______ . 1994. Manuskrip Surat Kebenaran Berniaga Oleh Raja Aceh kepada kapitan Inggeris 1601: Satu Analisis Linguistik. Jurnal Filologi Melayu 3: 49-63. ______ . 1995. Surat-surat Sultan Ternate 1521 Dan 1522: Suatu Analisis Bandingan dari Sudut Bahasa. Jurnal Dewan Bahasa, 838-847. Amran Kasimin. 1978. Perbendaharaan Kata Arab Dalam Bahasa Malaysia. Jurnal Dewan Bahasa, 846-854. Gallop, Annabel T., The Legacy Of The Malay Letter. London: British LibraryJArkib Negara Malaysia, 1994. Asmah Hj. Omar. Analisis Wacana. Jurnal Dewan Bahasa, 311-325. Al-Attas, Syed Muhammad Naguib. Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969. Harimurti Kradilaksana. Kamus Linguistik: Jakarta: PT Gramedia, 1980. Nik Maimun Kundur. Surat-surat Francis Light: Satu Analisis Laras Surat Melayu Lama. (Latihan Ilmiah Jabatan Bahasa Melayu) Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1995.

LAMPIRAN I

_-0

. V II

/ ..

~ - r°-;;\ ...' .-,.-,

t......

;'

"_I

.
Surat Saudagar Raja Kedah Kepada Francis Light

LAM PIRA N II

cn:.\i

~'

.-

. .;

;'

Surat Raja Kedah

[j .. n....,nuJ

LAMPIRAN III I

I

.>

~:'!...

Surat Isteri Tunku Raja Muda Selangor

LAMPIRAN IV

Surat Raja Muda Perlis

LAM PIRA NV

)

.. / , ..... '...!'-~/

~~

.-

""

.

--

-

'

.. "'-_-'._

,

,j

r·_...:....-

Surat Saudagar Rahsia Raja di Ke1antan

LAM PIRA N VI

~

I

-

! : ~·"I

-

1 .....

"'

.. '.".'

;:.,

-cr:...~.'

...•

~~

'··A.···:..

i'

-:"~' ...

:.~~

..

• il·

. .

"17 '~ ~ ~

__

.'

.r

,·:.,..1···..· ........9.--

.

(..

Surat Encik Lu Nga' Perlis Kepada Kapitan Light Dewa Raja di Negeri Salang

LAMPIRAN VII , /'

,

r.: --/. j..~\

il

Surat Francis Light Kepada Datuk Laksamana

LAMPIRAN VIII

Surat Pejabat Daripada Sultan Abdullah Kedah

LAMPIRAN IX

Surat Francis Light Kepada Raja Kedah

LAM PIRA NX

~I

Surat Laksam ana Raja Kedah

LAMPIRAN XI

Surat Bendahara Muda Perak