Notes Tauhid #1 - Hari Kiamat (intro)

Dari segi ilmu tauhid: Bangkit setelah dihidupkan semula oleh Allah selepas mati. ... Exam Q – nyatakan 8 nama hari kiamat yang lain serta berikan ert...

89 downloads 601 Views 98KB Size
Notes Tauhid Hari Qiamat Hari Qiamat? Dari segi bahasa: Bangun, bangkit atau berdiri betul. Dari segi ilmu tauhid: Bangkit setelah dihidupkan semula oleh Allah selepas mati. Dari segi syarak: Hari akhir atau penghabisan bagi alam ini dimana segala makhluk dan isi kandungan bumi akan musnah. Exam Q – Apakah yang dimaksudkan dengan hari Qiamat dari segi bahasa, ilmu tauhid dan dari segi syarak? Proses menuju kepada peringkat hidup yang kekal abadi. 1. Peringkat pertama : daripada tidak ada kepada ada iaitu pertama kali hidup. 2. Peringkat kedua : daripada ada kepada tidak ada iaitu mati setelah hidup. 3. Peringkat ketiga : hidup semula setelah dimatikan. Peringkat ini lah hidup yang kekal abadi selama-lamanya. Exam Q – Ada 3 proses bagi manusia menuju kepada peringkat hidup yang kekal abadi, nyatakan ketiga-tiganya. Nama-nama hari Qiamat yang lain tersebut didalam Al-Quran. Yaumul hisab – hari perhitungan Yaumul Hashri hari perhimpunan Yaumul Waqiah hari kejatuhan Yaumul Zalzillah hari kegempaan Yaumul Ad-Din hari perkiraan Yaumul Nushur hari kebangkitan semula Yaumul Qariah hari keributan Yaumul Haqqah hari kepastian Yaumul Hasrah hari penyesalan Yaumul Nadamah hari kedudukan Yaumul Muhasabah hari pembalasan Yaumul Khasiah hari pengsan Yaumul Pasali hari keputusan Yaumul Razipah hari gempa besar Yaumul Waed hari yang dijanjikan Yaumul la yan fa’ mal wa banun -hari yang tiada berguna wang atau saudara mara Hint – choose yang mana senang kamu ingati & fahami Exam Q – nyatakan 8 nama hari kiamat yang lain serta berikan ertinya. Cara mempercayai hari Qiamat. Beriman dengan hari qiamat serta dalil naqli adanya hari qiamat. Maksudnya setiap orang islam wajib mempercayai wujudnya hari qiamat walaupun tidak diketahui bila ia akan terjadi. Seseorang yang tidak percaya akan wujudnya hari qiamat bukanlah orang islam yang sebenar kerana mempercayai hari qiamat adalah diantara rukun Iman.

1

Ia juga dibuktikan dengan dalil berikut: 1. Allah taala telah berfirman: “Dan sesungguhnya hari qiamat itu pastilah datang tidak ada keraguan padanya dan bahawasanya Allah SWT menbangkitkan semua orang yang di dalam kubur. (Surah Al-Haj – 7) 2. Allah taala telah berfirman: “Sesungguhnya kiamat tetap akan tiba tetapi sengaja aku (Allah) merahsiakannya untuk diberi pembalasan kepada setiap orang mengikut apa yang mereka usahakan. (Surah Taha -15) 3. Allah taala telah berfirman: “mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan” (Surah Ali Imran -114) 4. Allah taala telah berfirman: “Dan pada hari kiamat dihimpunkan musuhmusuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dikumpulkan semuanya (Surah Fussilat – 19). Note: pick 3 dalil yang kamu feel easy to understand and hafalkan Exam Q – nyatakan dalil yang terdapat didalam Al-Quran yang mewajibkan kita percaya wujudnya hari kiamat. Kesan atau hikmat mempercayai hari kiamat 1. Supaya manusia lebih gemar melakukan kebajikan dan suka menjauhi kejahatan kerana ia tahu setiap perbuatan akan menerima balasan kelak. 2. Supaya manusia sedar bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja dan kehidupan diakhirat adalah yang kekal abadi 3. Supaya terjauh daripada perasaan putus asa kerana orang yang belum menerima balasan baik di dunia ini masih ada harapan untuknya di akhirat. 4. Menimbulkan perasaan tabah dan sabar apabila menghadapi suatu tugas dalam menjalankan perintah Allah kerana ia berkeyakinan bahawa di akhirat kelak ia akan beroleh balasan yang baik. Perkara sammiyat. Perkara sammiyat adalah perkara ghaib yang dijadikan oleh Allah yang hanya boleh diketahui melalui Al-Quran & hadis Rasul Allah dan kita wajib mempercayainya kerana akal manusia tidak dapat memikirkan hakikatnya. Diantara perkara sammiyat termasuk: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Malaikat Syurga & neraka Padang mahsyar Al-Mizan (timbangan amalan) Hisab (pengiraan pahala & dosa) Al-Sirat (titian siratul mustaqim) Alam barzah Sangkekala

2

Keterangan tentang perkara sammiyat. Malaikat Makhluk Allah yang diperbuat daripada cahaya. Mereka sentiasa melakukan perintah Allah dan tidak akan mengingkarinya. Mereka bukan lelaki ataupun perempuan dan tidak makan, minum & berkahwin. Syurga – Tempat balasan baik yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang taatkan perintahnya. Neraka – Tempat balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang ingkar kepada perintahnya. Padang Mahsyar – Tempat perhimpunan di akhirat bagi semua manusia dari awal hingga akhir dunia. Selepas dibangkitkan dari kubur, masing-masing akan dibicarakan dihadapan Allah SWT. Pahala – Balasan baik yang dikurniakan oleh Allah Taala bagi orang yang taatkan perintahnya. Dosa – Balasan buruk yang dikurniakan oleh Allah Taala bagi orang yang ingkarkan perintahnya. Al-Sirat (titian siratul mustaqim) – Titian atau jambatan yang disediakan oelh Allah yang merentangi di atas neraka sebagai jalan menuju ke syurga. Titian bermula dari padang mahsyar hingga ke neraka. Alam barzah – Alam tempat tingggal manusia yang sudah meninggal dunia. Disana mereka akan disoal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir dan menerima balasan allah sebelum tiba hari qiamat. Sangkekala – Satu alat tiupan untuk semboyan qiamat seperti trumpet/ semboyan tentera tetapi bentuk & bunyinya tidak diketahui Hj Md Sharil 2011

3