PEMBENTUKAN KEPERCAYAAN IBU BAPA TERHADAP ANAK

Download Ini bermakna ibu bapa perlu mula bergantung kepada tanggungjawab dan integriti anak mereka dan tidak hanya bergantung pada kewaspadaan send...

0 downloads 511 Views 489KB Size
ISBN : 978-967-0582-32-0 Pembentukan Kepercayaan Ibu Bapa terhadap Anak Chua Bee Seok, Jasmine Adela Mutang, Lailawati Madlan, Sabariah Sharif, Ferlis Bahari, Alfred Chan Huan Zhi, Surianti Rajuma Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Pembentang: Jasmine Adela Mutang

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan remaja kerana mereka adalah orang yang paling dekat dengan golongan ini ketika mereka Sesi : membesar. Kepercayaan ibu bapa terhadap anak remaja mereka dan persepsi 2.30 – 4.30 Ptg remaja terhadap kepercayaan ibu bapa kedua-duanya adalah penting dalam BS 1 hubungan ibu bapa dan remaja. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mendasari kepercayaan ibu bapa dan kepentingannya dalam hubungan ibu bapa dan anak. Kajian ini dijalankan dengan berdasarkan pendekatan kajian psikologi indigenous yang disarankan oleh Kim (2000) dan Kim dan Berry (1993). Responden kajian ini terdiri daripada 370 orang ibu bapa yang merupakan pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Hasil analisis kandungan menunjukkan bahawa pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak diasaskan dua aspek utama iaitu, pengetahuan ibu bapa terhadap anak dan hubungan ibu bapa dengan anak. Pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang berasaskan hubungan di antara ibu bapa dengan anak merangkumi: i) hubungan biologikal; ii) kerapatan; iii) didikan dan asuhan ibu bapa; serta iv) kasih sayang dan sokongan. Manakalah pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang berasakan pengetahuan ibu bapa terhadap anak pula, merangkumi: i) pengetahuan tentang tingkah laku anak; ii) pengetahuan tentang sikap dan nilai anak; dan iii) pengetahuan tentang aktiviti harian anak. Kata Kunci: Kepercayaan, hubungan, pengetahuan, ibu bapa, anak

1

PENDAHULUAN Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan remaja kerana mereka adalah orang yang paling dekat dengan golongan ini ketika mereka membesar. Konsep kepercayaan adalah penting dalam hubungan ibu bapa dengan remaja mereka, kerana ibu bapa tahu bahawa remaja hari ini menghadapi pelbagai pengaruh dan cenderung terdedah kepada situasi berisiko serta pengaruh yang tidak sihat. Hal ini adalah disebabkan remaja banyak menghabiskan masa di luar daripada kawalan dan pemantauan ibu bapa secara langsung dan ini menyebabkan pengetahuan ibu bapa terhadap keberadaan, aktiviti-aktiviti serta kawan-kawan anak mereka adalah terhad. Selain itu, ibu bapa tidak secara fizikal hadir dalam kebanyakan situasi harian yang dihadapi oleh remaja (Nye, 1958; Hirschi, 1969; Csikszentmihalyi dan Larsen, 1984). Oleh itu, ibu bapa perlu mempercayai anak-anak mereka untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, tidak melanggar undang-undang dan berkelakuan baik di sekolah. Ini bermakna ibu bapa perlu mula bergantung kepada tanggungjawab dan integriti anak mereka dan tidak hanya bergantung pada kewaspadaan sendiri, disiplin dan kawalan mereka terhadap anak. Namun, apakah faktor yang menyebabkan ibu bapa sukar untuk mempercayai anak remaja mereka dan bagaimana pula hubungan antara ibu bapa dengan anak remaja jika aspek percaya itu kurang masih kurang diketahui. Dengan itu, Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mendasari kepercayaan ibu bapa dan kepentingannya dalam hubungan ibu bapa dan anak. Kepercayaan ibu bapa terhadap anak remaja mereka dan persepsi remaja terhadap kepercayaan ibu bapa kedua-duanya adalah penting dalam hubungan ibu bapa dan remaja. Persepsi ibu bapa mengenai hubungan ibu bapa dan anak biasanya adalah selari dengan tahap kepercayaan mereka kepada anak remaja mereka. Begitu juga dengan persepsi remaja terhadap hubungan mereka dengan ibu bapa juga adalah selari dengan persepsi mereka terhadap sejauh mana mereka dipercayai oleh ibu bapa mereka. Banyak penyelidikan telah dilakukan mengenai kepercayaan/amanah dalam organisasi seperti oleh Kramer dan Tyler (1996), Elangovan dan Shapiro (1998) Herriot et al. (1998), Jones dan George (1998), Lewicki et al (1998) dan Mishra dan Spreitzer (1998) tetapi tidak banyak kajian dilakukan mengenai kepercayaan dalam hal hubungan rapat. Terdapat kajian yang mengkaji kepercayaan anak terhadap ibu bapa (Rotenberg, 1995; Schneider dan Younger, 1996) dan kepercayaan dalam perhubungan di antara pasangan dewasa (Larzelere dan Huston, 1980;. Rempel et al, 1985 ). Dalam kajian tersebut tidak terdapat kajian yang secara langsung mengkaji mengenai kepercayaan ibu bapa terhadap anak remaja mereka. Keadaan di mana anak membina kepercayaan terhadap ibu bapa adalah berbeza dengan keadaan ibu bapa membina kepercayaan terhadap anak. Kepercayaan di antara sesama orang dewasa adalah hampir sama dengan kepercyaan ibu bapa terhadap anak remaja kerana dalam kedua-dua keadaan ini orang yang mempercayai itu adalah orang dewasa (Kerr, Stattin & Trost, 1999). Asas Pembentukan Kepercayaan Ibu bapa Terhadap Anak Kepercayaan asas bermula dari rumah iaitu proses yang melibatkan hubungan ibu bapa dan anak. Konsep kepercayaan ini terus berkembang serta diperluaskan kepada interaksi sosial yang lebih besar dalam hubungan interpersonal seperti di sekolah, kolej, tempat kerja dan masyarakat (McKnight & Chervany, 2001). Kajian-kajian berkaitan hubungan ibu bapa dan anak lebih tertumpu kepada satu dimensi sahaja iaitu mengenalpasti peranan ibu bapa atau gaya asuhan ibu bapa dalam hal berkaitan tingkah laku berisiko yang berkaitan dengan kesihatan remaja seperti aktiviti seksual dan penggunaan bahan terlarang (pengambilan dadah). Dimensi lain yang berpotensi dikaji seperti pengurusan tingkah laku, kognisi sosial, kepercayaan ibu bapa kurang diberi penekanan walaupun dimensi ini boleh bertindak sebagai komponen penting dalam pencegahan risiko kesihatan dan pengurusan anak remaja (Borawski, LeversLandis, Lovegreen, dan Trapl, 2003). Kerr, Stattin dan Trost (1999) berpendapat bahawa kepercayaan bergantung kepada pegetahuan yang kita ada mengenai kelakuan individu yang dipercayai itu dari semasa ke semasa dan dalam pelbagai 2

situasi. Berdasarkan pengetahuan itu, individu yang mempercayai itu boleh membuat pertimbangan mengenai kebarangkalian dan bagaimana individu yang dipercayai tersebut akan bertingkah laku pada masa hadapan. Semakin banyak yang kita tahu tentang individu yang dipercayai, semakin tepatlah kita dapat menjangkakan tingah laku individu itu sama ada dalam situasi yang kritikal mahupun dalam situasi yang melibatkan hal berkaitan integriti pada masa akan datang. Oleh yang demikian, asas kepercayaan ibu bapa terhadap anak remaja mereka adalah melibatkan pengetahuan mereka terhadap masa lalu dan keadaan semasa anak remaja mereka. Ibu bapa sedar bahawa pada suatu masa nanti, akan tiba masanya mereka perlu melepaskan anak mereka tanpa pengawasan dan berhenti daripada bergantung kepada pengawasan, mendisiplin serta pengongkongan terhadap anak dan mula bergantung kepada sikap tangjungjawab dan integriti yang ada pada anak mereka serta melepaskan anak mereka tanpa pengawasan. Kerr dan rakannya (1999) telah mengusulkan bahawa asas pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak boleh diukur dengan beberapa faktor iaitu (i) pengetahuan tentang tingkah laku delinkuen anak pada masa lalu (prior delinquency), (ii) perasaan dan kebimbangan (feelings and concerns) (iii) pengetahuan tentang kegiatan harian anak), (iv) perlakuan delinkuen yang dilaporkan sendiri oleh anak (self-reported delinquency), (v) kepercayaan ibu bapa, dan (vi) hubungan di antara ibu bapa dan anak. Namun, merentasi konteks dan budaya yang berbeza istilah kepercayaan membawa makna yang berbeza sama ada dari segi konsepnya, kategorikalnya mahupun perkaitannya dengan konsep lain yang berkaitan (Bhattacharya, Devinney, & Pillutla, 1998; Hardin, 2002; Jones & George, 1998; Lewicki, McAllister, & Bies, 1998, Yamagishi, 2000; Yamagishi & Yamagishi, 1994). Dalam suatu budaya tertentu, istilah ini difahami dan diamalkan dalam cara dan makna yang sama oleh anggota masyarakatnya. Ini kerana dalam kumpulan itu telah wujud persetujuan pendapat terhadap apa dan siapa patut dipercayai. Namun, dalam suatu budaya yang lain penggunaan dan pemberian makna kepada istilah itu adalah berbeza. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi bertujuan untuk meneroka asas pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak remaja mereka dalam konteks di Malaysia. Selain itu, kajian ini turut mengkaji sama ada terdapat perbezaan asas pembentukan kepercayaan terhadap anak di antara ibu dan bapa. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini dijalankan dengan berdasarkan pendekatan kajian psikologi indigenous yang disarankan oleh Kim (2000) dan Kim dan Berry (1993). Kim dan rakannya mendefinisi psikologi indigenous sebagai “kajian saintifik terhadap tingkah laku dan minda manusia yang asli, ia tidak melibatkan perpindahan kefahaman dari negara lain dan ia direkabentuk untuk kumpulan berkenaan.” Tujuan kajian psikologi indigenous adalah untuk merekabentuk satu kaedah sains yang lebih tepat, sistematik dan universal yang mana boleh dibuktikan secara teori dan empirikal mengikut konteks masyarakat tertentu. Responden Kajian Responden kajian ini terdiri daripada 370 orang ibu bapa yang merupakan pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Daripada jumlah ini, seramai 136 orang adalah responden lelaki dan selebihnya 104 orang adalah responden perempuan. Kesemua responden kajian ini telah berkahwin dan telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak. Lingkaran umur responden kajian adalah di antara 20 hingga 58 tahun dan purata umur mereka adalah 41.67 tahun. Alat Kajian Alat kajian ini terdiri daripada satu set soal selidik yang diadaptasi daripada Kim (2008) untuk mengukur tahap dan sebab ibu bapa mempercayai anak mereka. Set soal selidik ini mengandungi enam soalan berkenaan sejauh manakah ibu bapa mempercayai anak mereka dan sebab ibu bapa mempercayai dan tidak mempercayai anak mereka. Dalam kajian ini, hanya soalan berkenaan sebab ibu bapa mempercayai anak dianalisis bagi menjawab objektif kajian. Soalan yang dianalisis adalah "Berdasarkan hubungan anda dengan anak, nyatakan sebab-sebab mengapa anda mempercayai anak anda?" 3

Analisis data Data kualitatif yang diperolehi daripada soalan terbuka dianalisis menggunakan kaedah analisis tema yang diperkenalkan oleh Hayes (2000) bagi memahami sebab-sebab ataupun asas pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak mereka. Bagi mengkaji perbezaan di antara ibu dan bapa dalam pembentukan kepercayaan terhadap anak, analisis khi kuasa dua digunakan.

KEPUTUSAN Asas Pembentukan Kepercayaan Ibu bapa Terhadap Anak Daripada hasil analisis kandungan, pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak telah dikenalpasti dalam dua aspek utama iaitu hubungan di antara ibu bapa dengan anak dan pengetahuan ibu bapaterhadap anak. Pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang berasaskan hubungan di antara ibu bapa dengan anak merangkumi: i) hubungan biologikal; ii) kerapatan; iii) didikan dan asuhan ibu bapa; serta iv) kasih sayang dan sokongan. Manakalah pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang berasakan pengetahuan ibu bapa terhadap anak pula, merangkumi: i) pengetahuan tentang tingkah laku anak; ii) pengetahuan tentang sikap dan nilai anak; dan iii) pengetahuan tentang aktiviti harian anak. Ringkasan analisis berkenaan kekerapan respon ibu bapa dalam setiap komponen yang dikenalpasti ditunjukkan dalam Jadual 1. Daripada hasil itu, aspek pengetahuan ibu bapa terhadap anak didapati adalah lebih penting berbanding aspek hubungan ibu bapa dengan anak dalam pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak. Dalam analisis terhadap setiap sub komponen, didapati faktor didikan dan asuhan terhadap anak adalah asas terpenting pembentukan konsep kepercayaan ibu bapa terhadap anak mereka. Terdapat seramai 38 orang (19. 68%) ibu bapa yang memberi respon sedemikian. Komponen ini menjelaskan bahawa ibu bapa percaya terhadap anak adalah atas sebab mereka percaya daripada didikan dan asuhan yang telah mereka berikan dan dididkan daripada agama kepada anak menjadikan anak itu seorang yang baik dari segi tingkah laku, sikap dan sifat serta boleh dipercayai. Kenyataan daripada ibu berkenaan perkara ini terhadap anak mereka adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya sebab ibu bapalah yang menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak dan membimbing mereka”; “Saya percaya kepada anak saya kerana saya telah mendidiknya untuk percaya dirinya sendiri dan mempunyai rasa takut untuk membohongi orang lain dan dirinya sendiri” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana saya telah mendidik mereka sejak kecil supaya sentiasa jujur”. Sementara kenyataan bapa dalam perkara ini pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana anak saya diasuh agar melakukan yang baik sahaja”; “Saya percaya kepada anak saya kerana anak-anak dididik dari kecil supaya amanah dan jujur” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana kita tahu dan telah mendidik anak-anak dengan baik”. Pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang kedua penting adalah kefahaman ibu bapa terhadap sifat dan nilai anak mereka. Ibu bapa menyatakan mereka mempercayai anak mereka kerana mereka mengenali hati budi, sifat, dan peribadi anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga menyatakan mereka percaya anak-anak mereka kerana mereka tahu anak mereka adalah taat, patuh, mengikut arahan dan nasihat, jujur, tidak berbohong, dan menghormati orang tua mereka. Terdapat seramai 35 orang (18. 13%) ibu bapa yang memberi respon bahawa mereka percaya anak mereka sebab mereka tahu akan sifat, sikap, nilai dan tingkah laku anak. Respon daripada ibu dalam perkara ini adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana dia mendengar nasihat, hormat kepada orang tua mereka, dan anak-anak saya adalah anak-anak yang berakhlak mulia”; “Saya percaya kepada anak saya kerana sikap taat dan hormat orang tua/agama dan telus dalam mencapai matlamat hidup”; dan “Saya percaya kepada anak saya kerana dia patuh dan sayang ibu bapa”. Respon bapa dalam perkara ini pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana sudah mengenal sifat yang ada”; 4

“saya mengenali sikap anak” dan “kerana saya sangat memahami perangai anak-anak saya dan juga kerektor mereka”. Jadual 1 Komponen Utama dan Sub Komponen Pembentukan Kepercayaan Ibu bapa Terhadap Anak Komponen Utama Hubungan Ibu dan Anak

Pengetahuan Ibu bapa Terhadap Anak

Jumlah

Kekerapan 105

150

255

Peratusan 41.20%

58.80%

Sub Komponen

Kekerapan

Peratusan

Didikan dan asuhan Hubungan biological

38 33

19. 68% 17. 10%

Kerapatan

20

kasih sayang dan sokongan Pengetahuan tentang sikap dan nilai anak Patuh dan ikut asuhan

14

10. 36% 7. 25%

35

18. 13%

Jujur dan hormati orang tua Pengetahuan tentang aktiviti harian anak Memaklumkan aktiviti

13

Tidak pernah lagi timbul masalah Pengetahuan tentang tingkah laku anak

12

100%

22

27

14. 01%

15

26

13. 47%

255

100%

Hubungan biologikal merupakan asas ketiga penting pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak mereka. Terdapat seramai 33 orang (17. 10%) ibu bapa yang memberi respon ini. Ibu bapa menyatakan mereka mempercayai anak mereka kerana anak adalah darah daging mereka dan anak dilahirkan oleh ibu itu sendiri. Contoh kenyataan daripada ibu berkenaan perkara ini seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana sebagai seorang ibu kita mestilah percayakan anak kita darah daging kita”; “Saya percaya kepada anak saya sebab anak adalah anugerah Allah dan kita yang mengandung dan melahirkannya” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana pertalian darah antara ibu dan anak”. Kenyataan bapa dalam perkara ini pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana anak adalah darah daging sendiri”; “Saya percaya kepada anak saya kerana zuriat yang kekal” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana anak merupakan anugerah kepada kita dan mereka memerlukan kepercayaan”. Asas kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang seterusnya ialah pengetahuan ibu bapa tentang aktiviti harian anak (terdapat seramai 27 orang atau 14. 01% daripada ibu bapa yang memberi respon ini) dan pengetahuan tentang tingkah laku anak (terdapat seramai 26 orang 13. 47% daripada ibu bapa atau yang memberi respon ini). Pengetahuan ibu bapa tentang aktiviti harian anak merujuk kepada ibu bapa maklum akan aktiviti harian dan aktiviti anak di luar serta tingkah laku lepas anak yang belum pernah lagi menimbulkan masalah yang serius. Contoh kenyataan ibu dalam dua perkara ini adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana dia mengakui kesalahan dan menceritakan hal-hal yang dilakukan”; “Saya percaya kepada anak saya kerana dia memaklumkan tentang apa-apa aktiviti yang 5

dilaksanakan di luar rumah” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana anak-anak tidak pernah melakukan perkara yang terlarang”. Respon bapa dan dua perkara ini pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana dapat memantau pergerakan dengan mudah”; “Saya percaya kepada anak saya kerana dia sering memberi maklumat tepat dari segi pergerakan seharian” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana belum pernah berbohong hingga memudaratkan”. Pengetahuan ibu bapa tentang tingkah laku anak pula merujuk kepada Ibu bapa tahu dan memahami tentang tabiat, sikap dan tingkah laku anak. Respon ibu dalam perkara ini adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana tahu tabiat dan tingkah lakunya”; “Saya percaya kepada anak saya kerana saya tahu sebab dan alasan dia untuk bertindak sedemikian” dan “Saya percaya kepada anak saya berdasarkan dia punya tabiat”. Selain itu, kerapatan dan kasih sayang serta sokongan ibu bapa kepada anak yang menjadi faktor penting pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak. Terdapat seramai 20 orang (10.36%) ibu bapa yang memberi respon ke atas kerapatan dan seramai 14 orang (7.25%) yang memberi respon ke atas kasih sayang dan sokongan. Kerapatan hubungan di antara ibu bapa dan anak membawa kepada kesefahaman, saling mempercayai antara ibu bapa dengan anak serta pengetahuan yang lebih baik ibu bapa terhadap tingkah laku, sifat dan sikap anak. Contoh kenyataan ibu berkenaan kerapatan adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana orang yang paling rapat dengan anak adalah ibubapanya”; “Saya percaya kepada anak saya sebab saya menjaga dari kecil hingga dewasa” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana sangat rapat dalam hidup saya”. Kenyataan bapa bagi kerapatan pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana susah/senang bersama”; “Saya percaya kepada anak saya kerana semua masalah dikongsi bersama” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana dia sahabat rapat/teman”. Kenyataan ibu berkenaan pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang berasaskan kasih sayang dan sokongan pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana sayang” ; “Saya percaya kepada anak saya kerana kasih sayang dan tanggungjawab” dan “Saya percaya kepada anak saya dari naluri ibu”. Kenyataan bapa berkenaan perkara ini pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya keranamengasihi mereka”; “Saya percaya kepada anak saya kerana tanggungjawab dan sayang” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana kasih sayang”. PERBEZAAN PEMBENTUKAN KEPERCAYAAN TERHADAP ANAK DI ANTARA IBU DAN BAPA Perbezaan Pembentukan Kepercayaan terhadap Anak di antara Ibu dan Bapa Dalam Komponen Hubungan Ibu bapa dan Anak Ujian khi kuasa dua telah digunakan untuk menganalisis perbezaan pembentukan kepercayaan terhadap anak di antara ibu dan bapa dalam komponen hubungan ibu bapa, dan perbezaan di antara kekerapan pemerhatian dan kekerapan jangkaan bagi pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak mengikut jantina responden. Hasil analisis khi kuasa dua menunjukkan pola pembentukan kepercayaan terhadap anak adalah tidak berbeza di antara ibu dan bapa dalam komponen hubungan ibu bapa dan anak (2 = 3. 164, df = 3, k > .05). Pola pembentukan kepercayaan terhadap anak bagi ibu dan bapa adalah lebih kurang sama bagi keempat-empat sub komponen (rujuk Jadual 2). Dapatan kajian ini juga boleh diperhatikan daripada kekerapan pemerhatian dan carta bar yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

6

Jadual 2 Hasil Ujian Khi Kuasa Dua Bagi Perbezaan Pembentukan Kepercayaan terhadap Anak di antara Ibu dan Bapa Dalam Komponen Hubungan Ibu bapa dan Anak Jantina Pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak Hubungan ibu bapa dengan anak a. Didikan dan asuhan b. Hubungan biological c. Kerapatan d. kasih sayang dan sokongan

Kekerapa n

Ibu Kekerapa n jangkaan

Peratus (%)

21 17 12 11

21. 7 18. 8 12. 5 8. 0

34. 4% 27. 9% 19. 7% 18. 0%

kekerapa n

Bapa Kekerapa n jangkaan

Peratus (%)

17 16 10 3

16. 3 14. 2 9. 5 6. 0

37. 0% 34. 8% 21. 7% 6. 5%

2

Sig.

3. 164

. 367

Rajah 1 Pola Pembentukan Kepercayaan Ibu dan Bapa terhadap Anak yang Berasaskan Hubungan di antara Ibu Bapa dan Anak

Perbezaan Pembentukan Kepercayaan terhadap Anak di antara Ibu dan Bapa Dalam Komponen Pengetahuan Ibu Bapa terhadap Anak Hasil ujian khi kuasa dua bagi perbezaan pembentukan kepercayaan terhadap anak di antara ibu dan bapa dalam komponen pengetahuan ibu bapa terhadap anak ditunjukkan dalam Jadual 3. Keputusan analisis juga menunjukkan pola pembentukan kepercayaan terhadap anak adalah tidak berbeza di antara ibu dan bapa dalam komponen pengetahuan ibu bapa terhadap anak (2 = 4. 589, df = 2, k >. 05). Dapatan ini boleh diperhatikan dalam pola kekerapan respon yang ditunjukkan oleh ibu dan bapa dalam setiap sub komponen pembentukan kepercayaan terhadap anak yang lebih kurang sama. Keputusan ini menjelaskan bahawa kepercayaan yang terbentuk hasil daripada pengetahuan terhadap anak adalah tidak berbeza di 7

antara ibu dan bapa. Dalam komponen ini, kedua-dua ibu bapa memberi respon bahawa pengetahuan tentang sikap dan nilai anak adalah faktor terpenting mereka boleh menaruh kepercayaan kepada anak mereka. Asas kepercayaan yang seterusnya yang dilaporkan oleh kedua-dua ibu bapa ialah pengetahuan tentang aktiviti anak dan pengetahuan tentang tingkah laku anak. Ringkasan analisis ditunjukkan dalam Jadual 3 dan Rajah 2. Jadual 3 Hasil Ujian Khi Kuasa Dua Bagi Perbezaan Pembentukan Kepercayaan terhadap Anak di antara Ibu dan Bapa Dalam Komponen Pengetahuan Ibu Bapa terhadap Anak Jantina Pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap Anak a. Pengetahuan tentang Sikap dan Nilai Anak b. Pengetahuan tentang Aktiviti Harian Anak c. Pengetahuan tentang Tingkah Laku Anak

Kekerapa n

Ibu Kekerapa n jangkaan

kekerap an

Bapa Kekerapa n jangkaan

Peratu s (%)

Peratu s (%)

16

20. 0

28. 6

19

15. 0

45. 2

16

21. 1

46. 4

11

15. 9

26. 2

14

14. 9

25. 0

12

11. 1

28. 6

χ2

Sig.

4. 589

. 101

Rajah 2 Pola Pembentukan Kepercayaan Ibu dan Bapa terhadap Anak yang Berasaskan Pengetahuan Ibu Bapa tentang Anak

8

PERBINCANGAN Pembentukan Kepercayaan Ibu bapa Terhadap Anak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti apakah yang menjadi asas pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak mereka. Kajian ini menggunakan kaedah psikologi indigenous dengan berdasarkan konteks dan budaya tempatan. Hasil analisis kandungan daripada data terkumpul, dua aspek utama yang menjadi asas pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak telah dikenalpasti, iaitu pengetahuan ibu bapa terhadap anak dan hubungan di antara ibu bapa dengan anak. Dalam kajian ini, juga didapati salah satu asas penting pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak adalah disebabkan hubungan di antara ibu bapa dengan anak. Ibu bapa melaporkan bahawa mereka percaya terhadap anak mereka disebabkan hubungan biologikal, hubungan rapat, kasih sayang mereka terhadap anak serta didikan dan asuhan merka kepada anak. Dapatan kajian ini menyokong teori kerapatan (Bailham & Harper, 2004; Bowlby, 1988; Goldberg, Muir, & Kerr, 1995) dan terapi yang berdasarkan kerapatan keluarga (Diamond & Stern, 2003) bahawa tahap kepercayaan yang tinggi kanak-kanak terhadap ibu bapa akan menyumbang kepada kualiti hubungan yang lebih baik di antara anak-anak dengan ibu bapa mereka. Responden kajian juga melaporkan bahawa mereka percaya terhadap anak-anak kerana mereka memahami dan mengetahui tingkah laku anak, tabiat anak, tindakan anak, maklum tentang aktiviti harian dan aktiviti anak di luar. Berdasarkan pengetahuan itu, ibu bapa dapat menjangkakan bagaimana anak mereka akan bertindak atau bertingkah laku dalam situasi atau masa tertentu. Apabila ibu bapa mengetahui tingkah laku anak mereka pada waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan atau apabila keluar bersama dengan kawan-kawan, ibu bapa akan dapat menjangkakan tahap penilaian dan keputusan yang akan diambil oleh anak-anak mereka dalam menghadapi situasisituasi tertentu. Pengetahuan ini menyediakan asas yang kukuh kepercayaan ibu bapa terhadap anak. Maka, semakin banyak pengetahuan ibu bapa tentang sikap, sifat, tingkah laku dan aktiviti anak, semakin yakinlah mereka pada ramalan mereka terhadap tingkah laku anak dalam situasi tertentu (Kerr, Stattin & Trost, 1999). Sebaliknya, anak-anak yang terlibat dengan tingkah laku yang bermasalah pada masa lalu akan kurang mendapat kepercayaan daripada ibu bapa mereka pada masa hadapan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa percaya terhadap anak mereka disebabkan anak mereka tidak pernah lagi menimbulkan masalah. Dapatan ini adalah selaras dengan pendapat Kerr, Stattin dan Trost (1999) bahawa tingkah laku delinkuen anak pada masa lalu adalah sumber penting bagi pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak. Stattin dan Kerr (2007) serta Donenberg et al. (2002) menyatakan kepercayaan terbentuk melalui perkongsian pengetahuan dan komunikasi yang mana biasanya merujuk kepada pengetahuan ibu bapa tentang aktiviti harian anak mereka dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh anak-anak pada masa lalu. Satu lagi pengetahuan ibu bapa terhadap anak yang berkaitan dengan pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak ialah pengetahuan tentang sikap dan nilai anak. Dalam kajian ini, pengetahuan ini dikenalpasti sebagai komponen kedua penting dalam pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak selain didikan dan asuhan ibu bapa. Ibu bapa percaya anak-anak mereka sebab anak-anak itu adalah patuh, ikut tunjuk ajar dan nasihat, jujur dan hormat kepada mereka. Kerr, Stattin dan Trost (1999) mengaitkan pengetahuan ini dengan perasaan atau kebimbangan anak-anak dan ia dikaitkan secara tidak langsung dengan pembentukan kepercayaan ibu bapa. Menurut mereka perasaan dan keprihatinan anak-anak merupakan gambaran kepada nilai dan sikap anak-anak itu. Sikap dan nilai itulah yang menentukan sejauh mana anak-anak itu sanggup mendedahkan diri mereka kepada orang lain. Kesanggupan mendedahkan perasaan dan keprihatinan itu yang akan menghasilkan kepercaya ibu bapa terhadap anak itu kerana ia menunjuk kepada ibu bapa bahawa anak itu adalah jujur, terus terang dan tidak cuba untuk menyembunyi sesuatu daripada mereka. Dapatan ini adalah selaras dengan banyak dapatan kajian di luar Negara, terutama berkaitan dengan pembentukan kepercayaan ibu bapa yang berasaskan pengetahuan ibu bapa terhadap anak. 9

Walaupun istilah “pemantauan” yang digunakan oleh kebanyak pengkaji luar Negara. Tahap tahap “pemantauan” ibu bapa ini telah dikaitkan dengan tingkah laku delinkuen dan bentuk tingkah laku yang melanggar norma masyarakat anak-anak dan yang mana akhirnya dikaitkan dengan kepercayaan ibu bapa terhadap anak (Chassin et al., 1993; Flannery et al., 1994; Metzler et al., 1994; Romer et al., 1994; Sampson and Laub, 1994; Biglan et al., 1995; Dishion et al., 1995; White and Kaufman, 1997). Satu lagi dapatan kajian ini ialah pola pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak adalah tidak berbeza di antara ibu dan bapa. Ibu bapa memberi respon yang agak sama dalam pembentukan kepercayaan dari segi hubungan dengan anak dan pengetahuan ibu bapa terhadap anak. Kedua-dua ibu bapa melaporkan asas paling penting mereka mempercayai anak-anak mereka adalah disebabkan didikan dan asuhan yang telah merekan berikan kepada anak, ia diikuti dengan pengetahuan mereka tentang sikap dan nilai anak, hubungan biologikal dengan anak, pengetahuan tentang aktiviti harian anak, pengetahuan tentang tingkah laku anak, kerapatan serta kasih sayang ibu bapa terhadap anak. KESIMPULAN Dalam kajian ini, pengetahuan tentang anak dan hubungan ibu bapa dengan anak telah dikenalpasti sebagai dua asas utama kepada pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak. Pola pembentukan kepercayaan terhadap anak yang dilaporkan oleh ibu dan bapa didapati adalah sama. Dijangkakan daripada hubungan baik di antara ibu bapa dengan anak akan membawa kepada kepercayaan di antara dua pihak itu. Begitu juga, daripada hubungan yang baik anak-anak dengan ibu bapa membolehkan mereka dengan lebih senang mengongsi maklumat dan memaklumkan aktiviti harian mereka kepada ibu bapa. Pendedahan diri kepada ibu bapa menyumbang kepada wujudnya kefahaman, pengetahuan, keyakinan dan seterusnya kepercayaan ibu bapa terhadap anak mereka. Dapatan kajian ini mencadangkan kepada ibu bapa bahawa dalam amalan keibubapaan, ibu bapa tidak harus bergantung pada disiplin dan pengawalan terhadap anak sahaja. Ini kerana kepercayaan boleh terbentuk melalui pengetahuan dan hubungan di antara ibu bapa dengan anak. RUJUKAN Bailham, D., & Harper, P. B. (2004). Attachment theory and mental health. In K. N. Dwivedi & P. B. Harper (Eds.), Promoting the emotional wellbeing of children and adolescents and preventing their mental ill health: A handbook (pp. 49-68). Philadelphia, PA: Jessica Kingsley Publishers. Biglan, A., Duncan, T., Ary, D. and Smolkowski, K. (1995) Peer and parental inØuences on adolescent tobacco use. Journal of Behavioral Medicine,18, 315±330 Borawski, E., Levers-Landis, C., Lovegreen, L., & Trapl, E. (2003) Parental monitoring: Negotiated unsupervised time and parental trust: the role of perceived parenting practices in adolescent health risk behaviors. Journal of Adolescent Health, (33): 60-70. Bowlby, J. (1988). A secure base: Parent-child attachment and healthy human development. New York: Basic Books Chassin, L., Pillow, D., Curran, P., Molina, B., & Barrera, M. (1993). Relation of parental alcoholism to early adolescent substance use: A test of three mediating mechanisms. Journal of Abnormal Psychol-ogy. 102: 3-19. Csikszentmihalyi, M., & Larson, R. (1984). Being adolescent: Conflict and growth in the teenage years. New York: Basic Books. Diamond, G.S., Stern, R. (2003). Attachment based family therapy: Repairing attachment ruptures. Attachment Process in Couple and Family Therapy. S. Johnson & V. E. Whiffen (eds.). Guilford Press: NY. 10

Dishion, T. J., & Andrews, D. W. (1995). Preventing escalation in problem behaviors with high-risk young adolescents: Immediate and 1-year outcomes. Journal of Consulting and Clinical Psychology. 63: 538-548 Donenberg GR, Wilson HW, Emerson E, et al. (2002). Holding the linewith a watchful eye: The impact of perceived parental permissivenessand parental monitoring on risky sexual behavioramong adolescents in psychiatric care. AIDS Education Preview. 14,138 –157. Elangovan, A.R. & Shapiro, D.L. (1998). Betrayal of trust in organizations. Management Review, 23(3): 547-566

Academy of

Flannery RB, Hanson MA, Penk WE.(1994). Risk factors for psychiatric inpatient assaults on staff.Journal of Mental Health Administration. 21(1):24-31 Goldberg, S., Muir, R., & Kerr, J. (1995). Attachment theory: Social, developmental, and clinical perspectives. Hillsdale, NJ: Analytic Press. Hayes, S. C. (2000). Acceptance and Commitment Therapy in the treatment of experiential avoidance disorders. Clinician's Research Digest: Supplemental Bulletin 22 (June), 1-2. Herriot, P, Hirsh, W. and Reilly, P. 1998. Trust and Transitions: Managing Today’s Employment Relationships. Chichester: John Wiley Hirschi, Travis. (1969). Causes of delinquency. Berkeley and Los Angeles: University of California Press Jones, G. R., & George, J. M. (1998). The experience and evolution of trust: Implications for cooperation and teamwork. Academy of Management Review,23,531-546. Kerr, M., Stattin, H., & Trost, K. (1999). To know you is to trust you: Parents’ trust is rooted in child disclosure of information.Journal of Adolescence. 22: 737–752 Kramer RM, Tyler TR, eds. 1996 Trust in Organizations. Thousand Oaks, CA: Sage. 429 pp Larzelere, Robert E. and Ted L. Huston (1980), "The Dyadic Trust Scale: Toward Understanding Interpersonal Trust in Close Relationships," Journal of Marriage and the Family (August 1980). 595-604 Lewicki, R.J., & Mcallister, D.J., & Bies, R.J. (1998) Trust and distrust: new relationships and realities. Academy of Management Review. 23 (3), 438-458. McKnight, D.H, and Chervany, N.L. Trust and distrust definitions: One bite at a time. In Falcone, R. , Singh, M. &Tan, Y. -H. (eds. ). Trust in Cyber-societies, 2001, pp. 27–54. Metzler, W. J., Bell, A. J., Ernst, E., Lavoie, T. B. & Mueller, L. (1994). Identification of the poly-L proline-binding site on human profilin. J. Biol. Chem.269, 4620–4625 Mishra, A.K., and Spreitzer, G.M. (1998). Explaining How Survivors Respond to Downsizing: The Role of Trust, Empowerment, Justice and Work Redesign. Academy of Management Review, 23, 568-588. Nye, I.F. 1958. Family Relationships and Delinquent Behaviour. New York: John Wiley

11

Rempel, J. K., Holmes, J. G., Zanna, M. P. (1985). Trust in close relationships. Journal of Personality and Social Psychology. 49: 95 – 122. Romer, D., Black, M., Ricardo, I., Feigelman, S., Kaljee, L.,Galbraith, J., Nesbit, R., Hornik, R. C., & Stanton, B. (1994). Social influences on the sexual behavior of youthat risk for HIV exposure. American Journal of Public Health. 84: 977–985 Rotenberg, K. J. (1995). The socialisation of trust: Parents’ and children’s interpersonal trust. International Journal of Behavioural Development. 18:713–726. Sampson, R.J., & Laub, J.H. (1994). Urban poverty and the family context of delinquency: A new look at structure and process in a classic study.Child Development. 65(2),23-540 Schneider, B. H., & Younger, A. (1996). Adolescent-parent attachment and adolescents’ relations with their peers: A closer look. Youth and Society. 28: 95-108. Stattin H,&Kerr M. (2007). Parental monitoring: A reinterpretation. Child Development. 1, 1072– 1085. White, M. and Kaufman, G. 1997. Language usage, social capital, and school completion among immigrants and native-born ethnic groups. Social Science Quarterly. 78 (2): 385-398.

12