PEMIKIRAN POLITIK ISLAM DI ACEH PADA ABAD KE 17 M

dan Bustan al-Salatin dengan sarjana Muslim abad pertengahan iaitu al-Ghazali dan al-Mawardi. ... political thought based on the writing of Taj al-Sal...

13 downloads 503 Views 2MB Size
PEMIKIRAN POLITIK ISLAM DI ACEH PADA ABAD KE 17 M: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KITAB TAJ AL-SALATIN, SULALAH AL-SALATIN DAN BUSTAN AL-SALATIN

SHAH RUL ANUAR BIN NORDIN

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI

2012

iv

ABSTRAK

Penyelidikan ini dilakukan untuk menilai persamaan dan perbezaan pemikiran politik Islam yang terdapat di dalam kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan alSalatin pada abad ke 17 M di Aceh. Persamaan, perbezaan dan hubungan ketiga-tiga kitab tersebut juga dinilai terutama dengan kitab-kitab ulama Muslim zaman klasik dan buku-buku pemikir politik Islam zaman moden dan kontemporari. Selain itu, tinjauan tentang sumber asal pemikiran politik dan gaya penulisan kitab-kitab tersebut juga akan dilakukan. Kajian ini adalah penyelidikan berbentuk kualitatif yang berkaitan dengan kefahaman dan produk pemikiran. Justeru, pengkaji menggunakan pendekatan persejarahan dan dokumentasi. Melalui pendekatan persejarahan dan dokumentasi, pengkaji mendapat data dan maklumat berkenaan subjek kajian daripada dokumen-dokumen seperti manuskrip, buku-buku, pengalaman dan maklumat seseorang terhadap subjek kajian. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan kaedah penganalisaan isi kandungan dokumen. Ia melibatkan analisa perbandingan antara ketiga-tiga kitab, isi kandungan manuskrip dan buku-buku yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa 90% idea dan pemikiran politik kitab-kitab tersebut ada persamaan manakala perbezaannya kira-kira 10% khususnya dalam aspek kepimpinan wanita. Antara ketiga-tiga kitab, Taj al-Salatin mempunyai pemikiran politik Islam terbaik. Dalam menilai persamaan, perbezaan dan hubungan kitab-kitab tersebut pula, pengkaji dapati ada kesinambungan idea politik Islam dari zaman klasik, pertengahan dan moden. Perbezaan yang ketara banyak dilihat pada zaman moden setelah banyak negara-negara Islam dijajah oleh negara Barat. Pemikiran politik ilmuan Islam di zaman moden ada yang terpengaruh dengan konsep sekularisme tajaan Barat yang memisahkan antara agama dengan politik. Selain itu pengkaji dapati ada kesinambungan pemikiran kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dengan sarjana Muslim abad pertengahan iaitu al-Ghazali dan al-Mawardi. Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin telah menggunakan pendekatan Tasawuf Sunni seperti gaya kitab Nasihah al-Muluk karya al-Ghazali manakala Sulalah al-Salatin menggunakan pendekatan sejarah dan naratif penceritaan tentang kejadian masa lalu seperti teks Hikayat Raja-raja Pasai. Pengkaji juga dapati bahawa latarbelakang persekitaran, latar masa, situasi, keadaan sosio-politik setempat, budaya dan pengalaman hidup pengarang kitab-kitab tersebut memberi impak yang besar kepada pemikiran dan hasil penulisan karya mereka. Selain itu, terdapat juga pengaruh kitab-kitab tersebut kepada kehidupan masyarakat Melayu setempat pada waktu itu.

v

ISLAMIC POLITICAL THOUGHT IN ACEH IN THE 17th CENTURY: A COMPARATIVE STUDY BETWEEN T J AL-SAL N, SUL LAH AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N

ABSTRACT

This research was conducted to assess the similarities and differences of the Islamic political thought based on the writing of Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin in the 17th century Aceh. The similarities, differences and connection of the three books was also assessed to writings from past Muslim scholars and contemporary Muslim political writers. In addition, this research also analyzed the roots of the Islamic political thought and their trends of writing. This study is a qualitative research which is related to the product of thought. Therefore, the methodologies used are the historical and documentation. Through these methods, data is gathered from documents such as manuscripts, books, other documented works and individual experiences and information related to the topic. The researcher analyzed all the data using the content analysis method. In order to achieve its objectives, the three books and related sources were compared and contrasted. Through this research, the researcher has found that the similarities between the three books was about 90% and its differences was about 10% particularly in the aspect of women leadership. The best Islamic political book among them was Taj al-Salatin. The study also showed that there was a connection between the three books, past Muslim scholars and modern contemporary Muslim political writers. There were some differences particularly among modern and contemporary Muslim political writers after some Muslim countries have been conquered by the Western countries. Some Muslims political thought in this period have been influenced by the concept of secularization which separate religion and politic. The study also showed that Taj alSalatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin’s explanations on politics are identical to the famous medieval Muslim scholars namely al-Ghazali and al-Mawardi. Taj al-Salatin and Bustan al-Salatin uses the pattern of Sunni Sufisme similar to alGhazali’s Nasihah al-Muluk whereas Sulalah al-Salatin uses narrative and historical patterns found in the Hikayat Raja-raja Pasai. The study also showed that sociopolitical background, time, environment, culture and the writers’ experience contributed greatly to their writings. Also, the books gave an impact and its influence can be traced in the Malay community at that period in time.   

vi

KANDUNGAN

Halaman PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii

ABSTRAK

iv

ABSTRACT

v

KANDUNGAN

vi

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI ILUSTRASI

xiv

JADUAL TRANSLITERASI

xv

SENARAI SINGKATAN

xvii

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Latarbelakang Kajian

1

1.2

Permasalahan Kajian

3

1.3

Kepentingan Kajian

5

1.4

Objektif Kajian

6

1.5

Skop Kajian

6

1.6

Metodologi Kajian

7

1.7

Sorotan Literatur

7

BAB II

PEMERHATIAN UMUM TENTANG KITAB T J AL-SAL N, SUL LAH AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N

2.1

Pendahuluan

14

2.2

Pemerhatian Umum Tentang Kitab Taj al-Salatin

14

2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4

16 17 22 23

Pandangan sarjana terhadap kitab Taj al-Salatin Pengarang kitab Taj al-Salatin Tarikh dan tempat penulisan kitab Taj al-Salatin Latarbelakang sosial ke arah penulisan kitab Taj al-Salatin

vii

2.2.5 2.2.6 2.2.7 2.2.8 2.3

2.4

Mengapa Bukhari al-Jauhari menulis kitab Taj al-Salatin Edisi kitab Taj al-Salatin Pengaruh kitab Taj al-Salatin Isi kandungan kitab Taj al-Salatin

30 33 34 35

Pemerhatian Umum Tentang Kitab Sulalah al-Salatin

38

2.3.1 2.3.2

Pandangan sarjana terhadap kitab Sulalah al-Salatin Pendapat golongan yang memberi pengiktirafan kepada kitab Sulalah al-Salatin 2.3.3 Pendapat golongan yang menafikan keagungan kitab Sulalah al-Salatin 2.3.4 Latarbelakang masyarakat dan sosial ke arah penulisan kitab Sulalah al-Salatin 2.3.5 Pengarang kitab Sulalah al-Salatin 2.3.6 Tun Sri Lanang: Pengarang kitab Sulalah al-Salatin 2.3.7 Biodata Tun Sri Lanang 2.3.8 Tarikh dan tempat penulisan kitab Sulalah al-Salatin 2.3.9 Persoalan edisi dan resensi 2.3.10 Pengaruh kitab Sulalah al-Salatin 2.3.11 Isi kandungan kitab Sulalah al-Salatin

39 40

Pemerhatian Umum Tentang Kitab Bustan al-Salatin

64

2.4.1 2.4.2

66 68

2.4.3 2.4.4 2.4.5 2.4.6 2.4.7

Pandangan sarjana terhadap kitab Bustan al-Salatin Latarbelakang sosial ke arah penulisan kitab Bustan al-Salatin Nuruddin al-Raniri: Pengarang kitab Bustan al-Salatin Tarikh dan tempat penulisan kitab Bustan al-Salatin Persoalan edisi dan resensi Pengaruh kitab Bustan al-Salatin Isi kandungan kitab Bustan al-Salatin

41 43 44 48 50 52 53 57 58

69 70 70 73 75

2.5

Kesimpulan

BAB III

ASAS-ASAS TEORI POLITIK DAN PEMERINTAHAN DALAM KITAB T J AL-SAL N, SUL LAH AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N

3.1

Pendahuluan

81

3.2

Perbandingan antara Kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dari Aspek Fizikal

81

3.3

Teori Politik dan Pemerintahan dalam Kitab Taj al-Salatin

84

3.3.1

84

Pengenalan

80

viii

3.3.2

3.4

3.5

Asas-asas teori politik dan pemerintahan dalam kitab Taj al-Salatin

85

Teori Politik dan Pemerintahan dalam Kitab Sulalah al-Salatin

128

3.4.1 3.4.2

128 129

Pengenalan Asas-asas teori politik dan pemerintahan dalam kitab Sulalah al-Salatin

Teori Politik dan Pemerintahan dalam Kitab Bustan al-Salatin

149

3.5.1 3.5.2

149 149

Pengenalan Asas-asas teori politik dan pemerintahan dalam kitab Bustan al-Salatin

3.6

Analisis Jenis dan Kumpulan Pemikir Politik Islam

172

3.7

Analisis Pengaruh Pemikiran dan Rujukan Kitab Taj al-Salatin

176

3.7.1

177

3.8

Sumber rujukan Taj al-Salatin

Analisis Pengaruh Pemikiran dan Rujukan Kitab Sulalah al-Salatin178 3.8.1 3.8.2

Analisis pengaruh pemikiran kitab Sulalah al-Salatin Sumber rujukan kitab Sulalah al-Salatin

178 179

3.9

Analisis Pengaruh Pemikiran dan Rujukan Kitab Bustan al-Salatin 180

3.10

Kesimpulan

BAB IV

PERBANDINGAN PEMIKIRAN POLITIK ISLAM ANTARA KITAB T J AL-SAL N, SUL LAH AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N

4.1

Pendahuluan

187

4.2

Analisis Perbandingan antara Kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin

187

4.2.1 Kedudukan, bentuk kerajaan dan konsep kepimpinan 4.2.2 Hukum melantik pemimpin dan kewajiban mentaatinya 4.2.3 Konsep raja sebagai bayangan tuhan di muka bumi (zillullah fil ‘alam) 4.2.4 Konsep keadilan dan syarat menjadi raja 4.2.5 Kezaliman 4.2.6 Kedaulatan 4.2.7 Undang-undang 4.2.8 Kuasa

187 193 195

183

197 200 202 202 203

ix

4.2.9 4.2.10 4.2.11 4.2.12 4.2.13 4.2.14 4.2.15 4.2.16 4.2.17

Kepimpinan wanita Wazir atau menteri Syarat-syarat menjadi Wazir Syarat-syarat menjadi Qadi Syarat-syarat menjadi Utusan/ wakil raja Syarat-syarat menjadi Katib Syarat-syarat menjadi Pegawai Rakyat Hubungan dengan kerajaan luar

205 206 207 208 209 211 212 213 213

4.3

Kesimpulan

BAB V

PERBANDINGAN DAN HUBUNGAN PEMIKIRAN POLITIK ISLAM ANTARA KITAB T J AL-SAL N, SUL LAH AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N DENGAN KITAB ULAMA MUSLIM ZAMAN KLASIK DAN BUKU POLITIK ISLAM MODEN SERTA KONTEMPORARI

5.1

Pendahuluan

215

5.2

Analisis Perbandingan Pemikiran Politik Islam antara Kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dengan Kitab Ulama Silam dan Buku Politik Islam Kontemporari

216

5.2.1 5.2.2 5.2.3

217 226 233

5.2.4 5.2.5 5.2.6 5.2.7 5.2.8 5.2.9 5.3

5.4

Kedudukan, bentuk kerajaan dan konsep kepimpinan Hukum melantik pemimpin dan kewajiban mentaatinya Konsep raja sebagai bayangan tuhan di muka bumi (zillullah fil ‘alam) Konsep keadilan dan syarat menjadi raja/pemimpin Kedaulatan Undang-undang Kuasa Kepimpinan wanita Analisis pemikiran politik Islam merentasi tiga zaman

214

234 243 245 247 250 253

Genre Kitab Penasihatan Khalifah/ Mirror Literature

256

5.3.1 5.3.2 5.3.3 5.3.4

256 258 261 263

Pengenalan Tahap perkembangan genre kitab penasihatan khalifah Genre kitab penasihatan khalifah di Alam Melayu Ciri-ciri genre kitab penasihatan khalifah

Impak dan Pengaruh Kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin

266

5.4.1 5.4.2 5.4.3

266 276 279

Impak dan pengaruh kitab Taj al-Salatin Impak dan pengaruh kitab Sulalah al-Salatin Impak dan pengaruh kitab Bustan al-Salatin

x

5.5

Kesimpulan

281

BAB VI

RUMUSAN DAN PENUTUP

6.1

Rumusan

282

6.2

Saranan

292

RUJUKAN

295

LAMPIRAN

304

A

Soalan Temubual

xi

SENARAI JADUAL No. Jadual

Halaman

3.1

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin secara umum

81

4.1

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang kedudukan kerajaan dalam Islam

188

4.2

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang bentuk kerajaan

189

4.3

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang konsep kepimpinan

192

4.4

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang hukum melantik pemimpin

193

4.5

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang kewajiban mentaati pemimpin

194

4.6

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang isu pemecatan sultan/ raja

195

4.7

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang konsep raja sebagai “bayangan Allah di bumi”

196

4.8

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang konsep keadilan dalam pemerintahan

198

4.9

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi raja/sultan

199

4.10

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang kezaliman

201

4.11

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang kedaulatan

202

4.12

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang undang-undang

203

4.13

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang kuasa

204

xii

4.14

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang kepimpinan wanita

205

4.15

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang Wazir/ Menteri

206

4.16

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi Wazir/ Menteri

207

4.17

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi Qadi

209

4.18

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi Utusan

210

4.19

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi Katib

211

4.20

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi pegawai

212

4.21

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang rakyat

213

4.22

Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin tentang hubungan luar

213

5.1

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang kedudukan kerajaan dalam Islam

219

5.2

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang bentuk kerajaan

223

5.3

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang konsep kepimpinan

226

5.4

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang hukum melantik ketua negara

227

5.5

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang kewajiban mentaati pemimpin/raja/sultan

228

5.6

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang isu pemecatan sultan

232

xiii

5.7

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang konsep raja sebagai “bayangan Allah S.W.T. di bumi”

234

5.8

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang konsep keadilan

236

5.9

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang syarat-syarat menjadi pemimpin/ ketua negara/ sultan

240

5.10

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang kedaulatan

245

5.11

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang undang-undang

246

5.12

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang kuasa

249

5.13

Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman klasik, pertengahan dan moden tentang kepimpinan wanita

252

xiv

SENARAI ILUSTRASI No. Rajah

Halaman

3.1

Strata masyarakat Melayu dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam menurut Taj al-Salatin

89

3.2

Strata masyarakat Melayu dalam Kesultanan Melayu Melaka menurut Sulalah al-Salatin

132

3.3

Strata masyarakat Melayu dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam menurut Bustan al-Salatin

152

xv

JADUAL TRANSLITERASI

Huruf Arab Huruf Latin ‫ء‬ ’ ‫ب‬ b ‫ت‬ t ‫ث‬ th ‫ج‬ j ‫ح‬ h ‫خ‬ kh ‫د‬ d ‫ذ‬ dh ‫ر‬ r ‫ز‬ z ‫س‬ s ‫ش‬ sh ‫ص‬ s ‫ض‬ d ‫ط‬ t ‫ظ‬ z c ‫ع‬ ‫غ‬ gh ‫ف‬ f ‫ق‬ q ‫ك‬ k ‫ل‬ l ‫م‬ m ‫ن‬ n ‫هـ‬ h ‫و‬ w ‫ى‬ y

Contoh Asal ‫سأل‬ ‫بدل‬ ‫تمر‬ ‫ثورة‬ ‫جمال‬ ‫حديث‬ ‫خالد‬ ‫ديوان‬ ‫مذهب‬ ‫رحمن‬ ‫زمزم‬ ‫سراب‬ ‫شمس‬ ‫صبـر‬ ‫ضمير‬ ‫طاهر‬ ‫ظهر‬ ‫عبد‬ ‫غيب‬ ‫فقه‬ ‫قاضي‬ ‫كأس‬ ‫لبن‬ ‫مزمار‬ ‫نوم‬ ‫هبط‬ ‫وصل‬ ‫يسار‬

Contoh Transliterasi sa’ala badala tamr thawrah jamāl hadith khalid diwan madhhab rahman zamzam sarab shams sabr damir tahir zuhr c abd ghayb fiqh qadi ka`s laban mizmar nawm habata wasala yasar

Huruf Latin a i u

Contoh Asal ‫فعل‬ ‫حسب‬ ‫كتب‬

Contoh Transliterasi facala hasiba kutiba

Huruf Latin

Contoh Asal

Contoh Transliterasi

Vokal Pendek Huruf Arab _َ_ ‫ــــِـ‬ _َ_

Vokal Panjang Huruf Arab ‫ى‬,‫ا‬ ‫ي‬ ‫و‬

a i u

‫قضي كاتب‬ ‫كريم‬ ‫حروف‬

kātib qada karĩm huruf

xvi

Diftong Huruf Arab

Huruf Latin

‫و‬ ‫ى‬ ‫ى‬ ‫و‬

aw ay iyy/i uww/u

Contoh Asal

Contoh Transliterasi

‫قول‬ ‫سيف‬ ‫رجعى‬ ‫عدو‬

qawl sayf c raj iyy/ rajci c aduww/cadu

Pengecualian: 1. Huruf Arab ‫( ء‬hamzah) pada awal perkataan ditransliterasikan kepada ‘a’ bukan ‘a. Contoh ‫ أكبر‬, transliterasi: akbar bukan ’akbar. 2. Huruf Arab ‫( ة‬ta’ marbutah) pada perkataan tanpa ‫( ال‬al) yang bersambung dengan perkataan lain ditransliterasikan kepada ‘t’. Contohnya: ‫وزارة التعليم‬, transliterasi: wizarat al-taclim, bukannya wizarah al-taclim. Tetapi sekiranya terdapat pada perkataan yang ada (al) atau pada perkataan tunggal atau pada perkataan terakhir (ta’ marbutah) maka diteransliterasikan kepada (h). Contoh ‫المكتبة األهلية‬

‫قلعة‬ ‫دار وهبة‬   

Transliterasi al-Maktabah al-Ahliyyah qalcah Dar Wahbah.

xvii

SENARAI SINGKATAN

a.s Dr. Dsb H Hlm. Jil: M No. Prof. Ra. S.A.W. S.W.T. t.pt. t.th. t.tp. Ter. Thn Tn. Ust. Y.Bhg.

alaihi al-salam Doktor Dan sebagainya Hijriyah Halaman Jilid Masehi Nombor Profesor Radiallah cAnhu Sallallah cAlaih Wasallam Subhanah Wa Tacala Tanpa penerbit Tanpa tahun tiada tempat terbit Terjemahan Tahun Tuan Ustaz Yang berbahagia

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

LATARBELAKANG KAJIAN

Kedatangan agama Islam telah memberi nafas baru kepada sistem politik dan pemerintahan di Alam Melayu. Ajaran Islam yang berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah dijadikan sebagai asas, panduan dan rujukan golongan pemerintah untuk mentadbir-urus sesebuah kerajaan. Banyak institusi kesultanan Melayu-Islam yang muncul silih berganti di Alam Melayu seperti di Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Aceh, Patani, Demak, Brunei, Johor-Riau, Sulu dan Banjar yang menggunapakai sistem politik Islam. Selepas Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) dijajah oleh Portugis1 pada tahun 1511, Kesultanan Aceh Dar al-Salam pernah bertindak sebagai benteng terakhir bagi mempertahankan syiar Islam di Alam Melayu dari ancaman penjajah Portugis dan Belanda pada abad ke 16 dan 17 M. Dalam era kegemilangan Kesultanan Aceh Dar alSalam inilah, aktiviti penyebaran Islam, aktiviti keilmuan dan penulisan kitab dalam semua aspek kehidupan masyarakat telah berkembang. Karya-karya politik rumpun Melayu muncul satu demi satu seperti Taj al-Salatin (1603/1604) oleh Bukhari alJauhari, Sulalah al-Salatin (1612-1617) oleh Tun Seri Lanang, dan Bustan al-Salatin (1638-1641) oleh Nuruddin al-Raniri, yang di dalamnya sarat dengan ilmu kepemimpinan yang bernuansakan pandangan alam Islam.

1

Permulaan bagi penjajahan Portugis ini menurut Arun Kumar (1962:31-32) adalah atas arahan Raja Manuel I. Beliau menyatakan: In 1500 the Portuguese had royal instructions to seize Moslem vessels on the high seas. In 1505, following the order of King Manuel I, the Portuguese began concentrated attack on Moslem shipping in the red sea and the Persian Gulf and along the west coast of India.

2

Kitab yang telah digolongkan dalam genre penasihatan khalifah seperti Taj alSalatin ini bukan sahaja membincangkan tentang peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia dalam mengurus negara tetapi juga terdapat beberapa panduan kepemimpinan yang menjadikannya begitu popular di kalangan raja dan pembesar istana sehingga dapat menarik minat masyarakat setempat membacanya. Penulisan kitab-kitab begini di dunia Islam diketahui sudah berakar umbi sejak ribuan tahun lamanya di Tanah Arab dan di dunia Islam yang lain. Di zaman Kerajaan Bani Umayyah dan ‘Abbasiyyah, kebanyakan pengarang genre ini adalah terdiri daripada para ulama dan pegawai-pegawai di istana seperti Ibn Muqaffa’, al-Mawardi, alGhazali, Nizam al-Mulk, al-Jahidz dan lain-lain lagi. Di Alam Melayu, pengarang genre penasihatan khalifah ini juga bukan sembarangan orang. Mereka biasanya mempunyai kedudukan tertentu di istana seperti menteri, bendahara, penasihat sultan, hulubalang, para cerdik pandai, ilmuan dan golongan ulama. Hanya pengarang yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang sejarah, adat istiadat dan berpengalaman dalam urusan pemerintahan kerajaan sahaja yang berupaya untuk menghasilkan kitab-kitab tersebut.

Sebenarnya karya-karya dalam genre ini sudah bermula sejak abad ke 9M dan ia berterusan sehinggalah abad ke 20M. Ia dimulai oleh Ibn Muqaffa’ di Parsi (Iran), alFarabi, Ibnu Sina, Nizam al-Mulk, Ibn Abi Rabi’, al-Mawardi (364-450H/975-1059M), al-Juwayni (1028-1087M), al-Ghazali (1058-1111M) dan para sarjana Islam yang lain. Ibn Abi Rabi’ misalnya menulis kitab Suluk al-Malik fi Tadbir al-Mamalik, al-Farabi menulis Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah, Tahsil al-Sa’adah dan al-Siyasah alMadaniyyah. Al-Mawardi menulis al-Ahkam al-Sultaniyyah, Qawanin al-Wizarah dan Siyasah al-Malik. Al-Ghazali menulis Ihya’ ‘Ulum al-Din, al-Iqtisad fi al-I’tiqad dan al-Tibr al-Masbuq fi Nasihah al-Muluk, Ibn Taymiyyah (1262-1328M) menulis alSiyasah al-Syar’iyyah dan Ibn Khaldun menulis Muqaddimah.

Pengaruh genre ini kemudiannya tersebar ke serata dunia Islam seperti di India dan di Alam Melayu. Di Aceh, pada ke abad yang ke 17 M, karya penasihatan khalifah ini diwakili oleh Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin. Ketiga-tiga kitab ini tidak dapat dinafikan lagi pernah ditulis, dipelajari dan disimpan di Aceh suatu masa dahulu.

3

Dari pengaruh kitab-kitab ini, kemudiannya muncullah antara lain kitab Safinah al-Hukkam pada abad ke 18 M di Aceh, Kitab Nasihat Raja-raja di Terengganu, Thamarat al-Muhimmah di Riau pada abad ke 19 M dan Kitab Kumpulan Ringkas Berbetulan Lekas tulisan Raja Haji Kelana (1910M) di Riau; yang merupakan karya penasihatan khalifah versi Alam Melayu yang terakhir ditemui. Ringkasnya, Taj alSalatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dan kitab-kitab yang disebutkan di atas merupakan penerusan warisan intelektual Islam dari zaman klasik dan abad pertengahan hinggalah sekarang.

Namun sayangnya kitab-kitab tentang politik dan kepimpinan di dunia Islam mulai dipengaruhi oleh pemikiran Barat yang dibawa oleh negara-negara seperti England, Jerman, Belanda dan Amerika angkara penjajahan. Pemikiran politik Barat dilihat cuba menimbusi pemikiran politik Islam. Di zaman moden ini, idea tentang politik masih lagi menjadi tajuk perbahasan dan ulasan para pemikir dan ilmuan Islam seperti Jamal al-Din al-Afghani (1838-1897M), Muhammad ’Abduh (1849-1905M), Muhammad Rashid Rida (1865-1935M), Sayyid Qutub (1906-1966M) dan Abu A’la alMawdudi (1903-1979M) dalam kitab karangan mereka. Pemikiran mereka ini masih lagi dikaji oleh para sarjana kontemporari.

1.2

PERMASALAHAN KAJIAN

Bertitik-tolak dari lanskap di atas, umum mengetahui bahawa masalah politik dan kepimpinan merupakan subjek wacana ilmuan Islam sejak dahulu lagi. Ini kerana melalui kepimpinan, seseorang pemimpin sesebuah bangsa itu berupaya untuk membawa rakyatnya mencapai kemajuan atau kemunduran. Peranan ketua negara sangat penting dan ia sudah lama dibahaskan oleh ilmuan Islam.

Suatu perkara yang menarik untuk diketahui ialah kebanyakan kitab penasihatan khalifah ini lahir kerana berlakunya krisis kepimpinan dan huru-hara pada waktu tersebut. Keadaan ini telah mendorong golongan ulama seperti al-Farabi (Ara’ Ahl alMadinah al-Fadilah), al-Mawardi (al-Ahkam al-Sultaniyyah) dan al-Ghazali (al-Tibr alMasbuq fi Nasihah al-Muluk) menulis kitab-kitab mereka. Hasrat mereka supaya

4

khalifah dapat mengamalkan konsep keadilan dalam pemerintahan dan mewujudkan sebuah empayar Islam yang makmur.

Begitu juga situasinya di Aceh. Karya penasihatan khalifah seperti kitab Taj alSalatin lahir kerana krisis kepimpinan yang berlaku di istana Kesultanan Aceh Dar alSalam pada akhir abad ke 16M (period 1575-1604). Taj al-Salatin menawarkan penyelesaian bagi masalah-masalah seperti perebutan kuasa di kalangan kerabat diraja Aceh, sultan yang zalim, pembunuhan enam orang sultan dan hulubalang yang tamak serta gila kuasa dalam period tersebut. Menurut Raden Hoesein Djajadiningrat (1982/1983:81) dan Abdul Hadi W.M. (2001:121-123), kekerasan mewarnai politik Aceh apabila Sultan Muda yang baru berumur 4 bulan telah mati dibunuh. Selain itu Sultan Sri Alam (1576), Sultan Zainal Abidin (1577), Sultan Alauddin dari Perak atau Mansur Shah (1577-1586) dibunuh oleh hulubalangnya, Sultan Ali Riayat Shah atau Raja Bujang mangkat dibunuh (1586-1588) dan berlaku perebutan kuasa di period akhir pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah Sayyid al-Mukammil (1588-1604) oleh dua orang anak lelakinya.

Mengapa masalah seperti ini berlaku dalam sesebuah kesultanan Islam? Menurut Taj al-Salatin, keadaan ini berlaku kerana agama Islam sudah tidak lagi diamalkan oleh para pemimpin negara dan umat Islam. Ini kerana hubungan antara agama dan kerajaan adalah sangat rapat dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Apabila agama Islam tidak lagi diamalkan di dalam politik bernegara maka sifat-sifat dengki, irihati, dendam, sombong, angkuh, riak, takabbur, ’ujub dan gila kuasa akan menular dalam kalangan masyarakat khususnya para pemimpin negara. Kesannya akan wujud ketidakstabilan politik, huru-hara, jenayah dan keganasan yang tiada berpenghujung.

Persoalannya di sini, adakah kitab penasihatan khalifah yang lain seperti Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin lahir kerana masalah kepemimpinan yang sama? Adakah pemikiran politik ketiga-tiga kitab tersebut sama atau berbeza? Apa pula kaitan antara kitab-kitab tersebut dengan kitab ilmuan Islam zaman dahulu (klasik) dan sekarang (moden)? Adakah terputus tali yang menyambung tradisi keilmuan kepemimpinan rumpun Melayu dengan kitab ilmuan Islam zaman dahulu (klasik).

5

Selain itu, adakah ketiga-tiga kitab tersebut memberi impak yang positif kepada pemimpin dan rakyat setempat?

1.3

KEPENTINGAN KAJIAN

Menurut Zainal Kling (1993:402-403) karya-karya seperti Taj al-Salatin, Sulalah alSalatin dan Bustan al-Salatin adalah tiga sumber historiografi dalam himpunan kitab Melayu lama yang ditulis dalam tempoh yang sama iaitu pada awal abad ke 17M dan tentang mauduk yang sama iaitu sistem pemerintahan kerajaan. Pada asasnya kajian ini membahaskan tiga karya penting dalam tradisi pemikiran ketatanegaraan Alam Melayu yang kesemuanya mengunakan kata kunci yang sama iaitu ‘salatin’ yang bermaksud para sultan atau raja atau penguasa atau pemerintah. Ia banyak berkisar di sekitar nasihat dan panduan yang perlu dijadikan teras dalam amalan kepimpinan dan pemerintahan. Inilah alasan kenapa kitab-kitab tentang ‘salatin’ dipilih dalam penyelidikan ini.

Berasaskan kata kunci itu juga, penyelidikan ini akan cuba menerokai satu perkembangan pemikiran dalam ruang lingkup sistem kemasyarakatan dan kenegaraan atau umumnya sistem politik yang berkembang di Alam Melayu pada abad ke 17M. Asas kajian ini ialah ia mengeluarkan sudut-sudut pemikiran yang digarap oleh pengarang kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dalam konteks sebagai panduan kepimpinan dan kenegaraan. Kajian ini juga dilihat penting untuk mengenalpasti idea politik pengarang kitab tersebut dalam erti kata sifat dan ciri pemimpin dalam Islam bagi konteks dunia Melayu-Nusantara.

Dalam konteks keilmuan, harapan penulis supaya hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia khususnya umat Islam. Ini kerana kitab-kitab akan lahir silih berganti tetapi idea pengarangnya yang membawa perubahan yang baik kepada kehidupan masyarakat amat wajar dikaji dan dicontohi. Selain menambah pengetahuan dalam bidang kepimpinan ia juga dapat memperkayakan lagi penulisan tentang dunia Melayu pada abad ke 17M di Aceh, suatu masa dahulu.

6

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan tesis ini dibuat kerana beberapa objektif iaitu:

1. Mengenalpasti idea atau pemikiran politik Islam yang terkandung di dalam kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin. 2. Menilai idea atau pemikiran politik Islam yang terkandung di dalam kitab Taj alSalatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin untuk melihat persamaan dan perbezaannya. 3. Menilai persamaan, perbezaan dan hubungan pemikiran politik Islam di dalam ketiga-tiga kitab tersebut dengan kitab ilmuan Islam zaman klasik dan buku politik Islam zaman moden kontemporari.

1.5

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini hanya menumpukan perhatian kepada tiga kitab yang mempunyai tajuk ‘salatin’ sahaja iaitu kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dalam aspek pemikiran politik. Ini kerana hanya kitab politik Melayu di awal abad ke 17 M sahaja yang akan dibuat perbandingan dalam kajian ini. Daripada ketiga-tiga kitab inilah idea serta pemikiran politik Islam akan digali dan dipersembahkan kepada khalayak umum. Selain itu, bidang kajian ini hanya akan menyentuh tentang pemikiran politik Islam dan urusan pemerintahan di istana Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada abad ke 17 M sahaja.

Oleh kerana manuskrip asal kitab Taj al-Salatin tidak dijumpai oleh penulis setelah mencarinya di pelbagai perpustakaan, penulis akan menggunakan kitab Taj alSalatin (2001) dalam tulisan jawi karangan Bukhari al-Jauhari yang merupakan salinan dari teks asal. Ia telah diselenggarakan oleh Muhammad Haji Salleh. Selain itu, penulis juga akan menggunakan kitab Taj al-Salatin dalam tulisan rumi selenggaraan Khalid M. Hussain (1992).

7

Kitab Sulalah al-Salatin yang digunakan dalam kajian ini dikenali juga sebagai Sejarah Melayu (dalam bahasa Melayu) dan The Malay Annals (dalam bahasa Inggeris). Kitab yang akan digunakan dalam penulisan ini adalah kitab dari salinan manuskrip asal bertulisan jawi selenggaraan Muhammad Yusoff Hashim (1998) berjudul Hikayat Melayu atau Sulalah al-Salatin (IKSEP). Sulalah al-Salatin edisi A. Samad Ahmad (2010) juga akan digunakan oleh penulis. Sementara itu, kitab Bustan al-Salatin bab I, II (2004) dan bab III (2008) yang digunakan dalam penulisan ini adalah selenggaraan Jelani Harun.

1.6

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian berbentuk sejarah dan analisis isi kandungan kitab. Oleh itu, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik pengumpulan data adalah berasaskan kaedah kajian kepustakaan. Ia termasuklah kaedah persejarahan, dokumentasi dan temubual. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan metode komparatif, induktif dan deduktif. Menurut Rubin (1990:182-183), metode kualitatif analisis isi kandungan dokumen adalah pendekatan yang paling praktikal untuk mengkaji bahan seperti kitab dan isi kandungannya. Berikut adalah prosedur yang dilalui oleh penyelidik: 1. mengumpul data kualitatif berupa kitab-kitab, buku-buku sejarah, jurnal, dokumen, gambar dan temubual2 (teknik temubual berstruktur). 2. gerak kerja dalam menganalisis data adalah dengan membuat perbandingan, mengenali bentuk, mengelompok, mencari hubungan, membuat rumusan dan membuat tafsiran. 1.7

SOROTAN LITERATUR

Umum mengetahui bahawa kitab Sulalah al-Salatin atau Sejarah Melayu adalah kitab sejarah yang paling banyak dikaji oleh sarjana dari Timur dan Barat. Banyak ulasan, analisis dan perbandingan tentang Sulalah al-Salatin dalam buku dan seminar telah dibuat dengan melihat kepada perspektif yang berbeza-beza. Oleh itu amat sukar untuk 2

Temubual ini merujuk kepada penggunaan kitab penasihatan khalifah oleh sultan-sultan di Aceh dan di Alam Melayu. Ia akan dilakukan kepada para sejarawan tempatan dan Aceh.

8

memuatkan semua hasil kajian para sarjana tersebut dalam tempat yang terhad ini. Walau bagaimana pun antara kajian terawal tentang Sulalah al-Salatin telah dilakukan oleh Nuruddin al-Raniri. Barangkali beliau adalah orang yang pertama mengkaji kitab Sulalah al-Salatin kerana beliau hidup sezaman dengan Tun Sri Lanang di Aceh dan menjadi sahabat akrabnya. Ini kerana, beberapa fakta dalam kitab Bustan al-Salatin diambil daripada Sulalah al-Salatin terutama dalam bab 2 fasal ke 12 (Teuku Iskandar 1967:40).

Dalam menyoroti kajian terdahulu, Roolvink (1986:xx), Hsu Yun Tsiao (1986), Sanusi Samid (1967:65-74), Yusof Iskandar (1986:119-139) dan De Jong (1986:56-64) adalah antara sarjana yang telah mengkaji Sulalah al-Salatin dari aspek nilai sejarah. Hsu Yun Tsiao (1966:438-453) misalnya dalam artikelnya yang bertajuk “Meninjau Sejarah Melayu dari segi nilaian sejarah” telah membincangkan tentang kitab Sulalah al-Salatin meliputi aspek gaya bahasa, bab dan nilai sejarah di dalamnya.

Abdul Wahab Ali (1970:505-514) pernah mengkaji kitab Sulalah al-Salatin dan membandingkannya dengan Hikayat Raja-raja Pasai. Dalam artikelnya yang bertajuk Perbezaan antara Sejarah Melayu dengan Hikayat Raja-raja Pasai beliau hanya menilai beberapa aspek persamaan dan perbezaan kedua-dua kitab tersebut tanpa melihat kepada idea politik di dalamnya. Selain itu, kajian Md. Akbal Abdullah (1999:106-160) tentang Sulalah al-Salatin berkisar di sekitar peranan kitab tersebut sebagai salah satu kitab rujukan tentang kerajaan Melayu Johor-Riau. Aspek-aspek lain tidak disentuh. M. Rajantheran (1999) telah menulis sebuah buku bertajuk Sejarah Melayu; Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Di dalam bukunya itu, beliau cuba membuktikan bahawa Sejarah Melayu banyak mengambil pengaruh tradisi, mitos, lagenda dan kepercayaan orang India. Pada hemat penulis, dakwaan beliau ini tidak berasas kerana unsur mitos dalam Sulalah al-Salatin/ Sejarah Melayu hanya sedikit sahaja selain ia banyak mempunyai pengaruh Melayu dan Islam yang berasal dari Alam Melayu, Tanah Arab dan Parsi.

Haron Daud (1989) telah menulis sebuah buku bertajuk Sejarah Melayu: Satu Kajian dari Aspek Pensejarahan Budaya. Ia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kajian ini membincangkan polemik adakah kitab tersebut satu

9

sumber sejarah, budaya atau tamadun bangsa Melayu. Khoo Hock Hoi (1990) dalam disertasinya yang bertajuk Pemikiran dalam Sejarah Melayu telah membincangkan pemikiran masyarakat Melayu berdasarkan teks tersebut dari sudut simbolisme, politik, ekonomi dan sosial. Beliau dalam kajiannya menyatakan bahawa Sejarah Melayu penuh dengan nilai-nilai yang boleh dilihat dari pelbagai sudut dan pandangan. Sejarah Melayu telah menayangkan kepada generasi masakini tentang pemikiran serta cara hidup masyarakat Melayu tradisional yang mempengaruhi tindakan, sikap dan pengharapan mereka.

Idris Zakaria (2004:178-191) dalam artikelnya yang bertajuk Gejala sosial dalam teks Sejarah Melayu telah menganalisa gejala sosial dan amalan negatif masyarakat Melayu dari perspektif Islam berdasarkan kepada teks tersebut. Kajian ini dilihat amat tersendiri dan berlainan dengan kajian sarjana terdahulu. Beliau menilai amalan negatif yang ada masyarakat Melayu berdasarkan teks tersebut melalui neraca syariah. Walaupun begitu aspek-aspek yang lain seperti nilai sejarah, falsafah, idea politik dan Tasawuf Islam tidak disentuh oleh beliau.

Hussain Othman (2008) dalam bukunya yang bertajuk Malay Historical Thought telah mengkaji pemikiran persejarahan masyarakat Melayu berdasarkan tiga buah kitab menggunakan metode analisis isi kandungan iaitu Sulalah al-Salatin, Hikayat Raja-raja Pasai dan Hikayat Merong Mahawangsa. Melalui hasil kajiannya, beliau dapati bahawa masyarakat Melayu mempunyai pemikiran persejarahan yang sangat unik dan istimewa. Ini kerana setiap kejadian sejarah dipersembahkan kepada pembaca secara simbolik selain mempunyai makna yang tersurat dan tersirat.

Artikel Zubir Idris (2011) dalam Jurnal Melayu yang bertajuk Etnosentrisme Melayu dalam Sulalah al-Salatin telah membincangkan tentang nilai etnosentrisme dalam teks historiografi Melayu tradisional. Etnosentrisme di sini merujuk kepada riakriak penentangan awal masyarakat peribumi terhadap penjajah sebelum zaman kolonial. Pembentukan konsep etnosentrisme Melayu itu cuba dikesan oleh Zubir Idris dalam kitab Sulalah al-Salatin.

10

Kajian terbaru Sulalah al-Salatin telah dilakukan oleh beberapa orang penyelidik dan dibentangkan dalam Seminar Memartabatkan Karya Agung 400 tahun Sulalah al-Salatin yang telah diadakan pada 13 Oktober 2012 di Kota Tinggi. Antara artikelnya ialah tulisan Muhammad Haji Salleh yang bertajuk Genius sastera Sulalah al-Salatin, Waad, wasiat dan nasihat dalam Sulalah al-Salatin oleh Zainal Abidin Borhan, Tun Sri Lanang dalam sejarah dua bangsa, terungkap setelah 400 tahun oleh Pocut Haslinda Syahrul Azwar dan Tun Sri Lanang Seorang Bendahara dan Pujangga Tersohor oleh Kamdi Kamil.

Muhammad Haji Salleh dari Universiti Sains Malaysia misalnya telah memuji kitab dan pengarang Sulalah al-Salatin. Beliau menyifatkannya sebagai seorang yang genius dan berjaya mempersembahkan kitab Sulalah al-Salatin kepada khalayak pembaca secara sublim. Begitu juga dengan waris generasi kelapan Tun Sri Lanang, Pocut Haslinda Syahrul Azwar dan Kamdi Kamil yang mengungkap kembali sejarah hidup Tun Sri Lanang yang pernah menjadi Bendahara Paduka Raja di Johor dan Hulubalang Samalanga di Aceh. Banyak maklumat-maklumat baru yang dikongsi kepada khalayak umum tentang perjalanan hidup pengarang kitab Sulalah al-Salatin itu. Antara barang-barang peninggalan Tun Sri Lanang yang dipamerkan ialah gambargambarnya, siwah/ kerisnya yang bertatahkan emas, topi (peci) dan lain-lain lagi.

Menurut Siti Hawa Haji Salleh (1992:xiii), seorang sarjana terkenal tentang dunia persuratan Melayu, belum ada kajian yang menyeluruh dilakukan tentang kitab Bustan al-Salatin kerana ia besar, tebal dan luas isinya dalam hampir semua bab. Walaupun begitu, kajian tentang pengarangnya iaitu Nuruddin al-Raniri telah banyak dilakukan oleh para sarjana Barat khususnya dari Belanda3 dan sarjana Nusantara4. Cuma, kajian-kajian tersebut tidak menghuraikan sejarah hidup beliau dengan lengkap terutama yang berkaitan dengan kelahirannya, pendidikannya, guru-gurunya dan sebagainya. Ini kerana menurut Ahmad Daudy tiada penulisan, sama ada yang dihasilkan oleh al-Raniri sendiri atau murid-muridnya, yang menceritakan tentang perjalanan sejarah hidup beliau secara tuntas. Sejumlah kitab karangannya adalah

3

Seperti P. Voorhoeve, G.W.J. Drewes dan C.A.O. Van Nieuwenhuyze.

4

Seperti Tudjimah, al-’Attas dan Ahmad Daudy.

11

berkisar tentang sesuatu disiplin ilmu yang khusus dalam Islam seperti Fiqh dan Tasawuf.

Pada tahun 1974, Russel Jones menyelenggara bahagian tentang cerita Ibrahim Ibn Adham yang terdapat dalam Fasal Pertama Bab ke 4 Bustan al-Salatin. Ia telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur bertajuk Nuruddin alRaniri Bustan al-Salatin, Bab IV Fasal 1: A Critical Edition and Translation of the First Part of Fasal 1, which Deals with Ibrahim Ibn Adham.

Terjemahan bahasa Inggeris bagi hampir keseluruhan bab keempat Bustan alSalatin telah diusahakan oleh Anne Grinter (1979) dalam tesis PhDnya di School of African and Oriental Studies, University of London tetapi ia masih belum diterbitkan. Tesis tersebut bertajuk Book IV of the Bustan al-Salatin by Nuruddin al-Raniri.

Sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Sastera dan Kebudayaan, Universiti Gajah Mada, Indonesia yang diselia oleh Prof. Dr. Sulastin Sutrisno pernah membuat kajian terhadap Bustan al-Salatin (Bab I-VII). Kajian tersebut menumpukan kepada aspek struktur naratif, gaya penulisan, penggunaan bahasa, unsur-unsur retorik, simbol, konsep Tasawuf dan kaitan penulisan-penulisan beliau dengan penulisan-penulisan tradisional Melayu yang lain. Kajian ini diterbitkan dalam sebuah buku yang berjudul Memahami Karya-Karya Nuruddin Arraniri pada tahun 1982. Ia diterbitkan oleh Pusat Pembinaan Bahasa, Departmen Pendidikan dan Kebudayaan serta Fakulti Sastera dan Kebudayaan, Universiti Gajah Mada, Indonesia. Walaupun begitu, karya ini tidak membuat perbandingan dengan karya politik pada awal abad ke 17 seperti kitab Taj alSalatin dan Sulalah al-Salatin.

Syed Muhammad Naguib al-’Attas telah melakukan kajian terperinci tentang alRaniri dalam beberapa buah bukunya seperti Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh (1966), Comments on the Re-examination of al-Raniri’s Hujjatu’l Siddiq: A Refutation (1975) dan A Commentary of Hujjatu’l Siddiq of Nur al-Din al-Raniri (1986). Selain itu, Norhayati Abu Bakar (1993/94) pula telah mengkaji Bab ke 5 Bustan al-Salatin mengenai “Segala raja yang zalim dan wazir yang aniaya serta khianat” dalam disertasi beliau di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Usuluddin, Akademi

12

Islam, Universiti Malaya. Ia bertajuk Manuskrip Kitab Bustan al-Salatin: Satu Kajian Bab Kelima Mengenai Segala Raja yang Zalim dan Wazir yang Aniaya serta Khianat.

Pada tahun 2002, Aidil Farina bt. Omar mengkaji metodologi penulisan alRaniri dalam kitab Bustan al-Salatin ini dengan membandingkannya dengan kitab Tarikh al-Rusul Wa al-Muluk karya al-Tabari untuk melihat sejauh mana beliau terpengaruh dengan metodologi penulisan ahli-ahli sejarah Islam yang terdahulu. Kajian peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini berjudul Shaykh Nur al-Din al-Raniri: A Study Of His Career & Magnum Opus Bustan al-Salatin. Walaupun begitu, kajiannya ini hanya membincangkan tentang pengaruh dan pemikiran dalam kedua-dua kitab tersebut tanpa membuat perbandingan dengan kitab penasihatan khalifah yang lain.

Satu kajian perbandingan tentang konsep pemikiran politik Islam yang terkandung dalam Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin telah dilakukan oleh Surianiah Pakih (1999) untuk memperolehi ijazah Sarjana Usuluddin daripada Jabatan Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kajian tersebut bertajuk Pemikiran Politik Islam dalam Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin: Satu Perbandingan Konsep.

Seterusnya Abdullah Sani Usman (2005) telah membuat kajian perbandingan antara Bustan al-Salatin dengan Kanun Syarak Kerajaan Acheh untuk melihat nilai sastera ketatanegaraan dan undang-undang yang terdapat dalam kedua-dua karya ini. Jelani Harun pula telah menulis sebuah buku bertajuk Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu. Ia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2003. Buku tersebut secara umumnya membincangkan tentang sastera adab ketatanegaraan yang wujud dalam rumpun Melayu dari dahulu hinggalah sekarang. Ia termasuklah Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin.

Kajian terkini tulisan Jelani Harun (2009) bertajuk Bustan al-Salatin (The Garden of Kings): A Malay Mirror for Rulers telah diterbitkan oleh Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Buku ini membahaskan tentang kitab Bustan al-Salatin secara panjang lebar meliputi perbincangan tentang sejarah dunia di dalam kitab tersebut, adab ketatanegaraan, tentang pengarangnya iaitu Nuruddin al-Raniri, pengaruh yang dibawa

13

oleh Bustan al-Salatin dan membandingkannya dengan pengarang kitab adab ketatanegaraan yang lain seperti Raja Ali Haji di Riau. Melalui pembacaan penulis, hampir semua maklumat tentang Bustan al-Salatin ada di dalamnya. Oleh itu, tidak hairanlah jika V.I. Braginsky amat memuji buku ini. Walaupun begitu, Jelani Harun dilihat tidak membuat perbandingan khususnya dalam aspek pemikiran politik di dalam kitab Bustan al-Salatin, Taj al-Salatin dan Sulalah al-Salatin.

Selain itu, Wan Mohd Saghir Abdullah (2004:73-80) juga pernah mengkaji Taj al-Salatin. Dalam artikelnya yang bertajuk Taj al-Salatin kitab peradaban raja-raja dunia Melayu Islam, beliau telah membincangkan polemik tentang edisi Taj al-Salatin dan siapa pengarangnya tanpa mengkaji pemikiran yang cuba dibawa dalam penulisan kitab tersebut.

Siti Hawa Haji Salleh (2010) menulis sebuah buku bertajuk Malay Literature of the 19th century. Dalam bukunya itu, beliau telah menyentuh tentang karya dan pengarang Melayu sebelum abad ke 19M dari aspek sejarah, genre, peranan dan pengaruh karya-karya Melayu lama. Antara yang dibincangkan termasuklah kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin di Aceh tetapi dalam konteksnya sebagai karya sastera.

Kesimpulannya, sejauh pembacaan penulis, kajian bagi setiap kitab telah banyak dilakukan oleh penulis-penulis sebelum ini tetapi kajian tentang perbandingan Taj alSalatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dalam aspek pemikiran politik Islam belum pernah lagi dilakukan. Jadi, sumbangan baru menurut hemat penulis kepada bidang keilmuan bolehlah dilihat dari aspek perbandingan ketiga-tiga kitab tersebut. Justeru, penyelidikan yang bakal penulis lakukan ini adalah untuk mengenalpasti pemikiran politik Islam yang terdapat dalam kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin secara perbandingan untuk manfaat seluruh masyarakat di Malaysia. Namun begitu karya, ulasan dan pandangan beberapa sarjana seperti Syed Muhammad Naquib al-’Attas, Taib Osman, Abu Hassan Sham, Siti Hawa Haji Salleh, Harun Mat Piah, Muhammad Yusoff Hashim, Harun Daud dan sebagainya akan diberi perhatian sewajarnya dalam penulisan ini.

14

BAB II

PEMERHATIAN UMUM TENTANG KITAB T J AL-SAL SUL LAH AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N

2.1

N,

PENDAHULUAN

Bab ini akan membicarakan tentang aspek ‘fizikal’ kitab Taj al-Salatin, Sulalah alSalatin dan Bustan al-Salatin dari pelbagai sudut dan wacana perbincangan. Ia termasuklah perbincangan tentang kitab kajian dari sudut filologi, pengarang, sejarah penulisan dan analisis kitab secara umum. Di samping itu, perbincangan juga meliputi beberapa pendapat dan maklum balas terhadap kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dari perspektif sarjana.

2.2

PEMERHATIAN UMUM TENTANG KITAB T J AL-SAL

N

Kitab Taj al-Salatin merupakan antara kitab pertama di Alam Melayu yang menyentuh masalah politik dan pentadbiran kerajaan. Kitab ini ditulis dalam tulisan jawi5 yang cantik, boleh dibaca dengan baik dan menggunakan bahasa Melayu klasik. Ia cukup tersusun, mengandungi 24 fasal dan didahului dengan mukaddimah atau doksologi (Muhammad Haji Salleh 2001:1-3). Wrendly, van Esingan/Eijsinga dan Valentijn amat memuji kitab Taj al-Salatin ini. Roorda menyatakan bahawa Mahkota Raja-raja (erti bagi Taj al-Salatin) sebenarnya bermakna Mahkota segala naskhah Melayu. Menurut Eysinga yang dimuatkan dalam kata pengantar Taj al-Salatin terbitan 1827, buku tersebut bukan hanya mahkota bagi segala raja tetapi adalah mahkota bagi segala naskhah Melayu (Asdi S. Dipodjojo 1981:9).

5

Hamdan Hassan (1994:1) dari Universiti Brunei Dar al-Salam dalam artikelnya yang bertajuk Tradisi Penulisan Intelektual Islam di Alam Melayu menyatakan penggunaan tulisan jawi ada kaitan dengan pengIslaman masyarakat Melayu di Nusantara.

15

Para sarjana berpendapat pengarangnya ialah Bukhari al-Jauhari. Dalam hal ini, Jelani Harun (2009:82) menyatakan:

Walaubagaimanapun identiti pengarang Taj al-Salatin masih menjadi tanda tanya. Adakah dia seorang yang berbangsa Parsi atau Melayu, adakah seorang peniaga batu permata dari Bukhara atau Bukhari dari Johor. Winstedt (1940:94) mendakwa Taj al-Salatin adalah hasil kerja Parsi dari sumber India dan diterjemah ke Bahasa Melayu. Braginsky (1995) berpendapat bahawa kitab itu telah ditulis di Aceh untuk Sultan Alaudin Riayat Shah (1586-1604) dan kemungkinan besar berasal dari tradisi India dan Parsi.

Beliau dikatakan mempersembahkannya kepada Sultan Alauddin Ri’ayat Shah Sayyid al-Mukammil (1588-1604) sebagai satu sumbangan pemikiran dalam masalah kepimpinan. Ia dihasilkan dengan niat untuk menjadi petunjuk atau manual bagi rajaraja dalam pemerintahan mereka. Menurut T. Iskandar (1967), pengaruh Tasawuf6 khususnya ajaran Imam al-Ghazali sangat ketara pada kitab ini.

Menurut Hamdan Hassan (1994:8), sejarah penulisan intelektual Islam di Nusantara, pada zaman awalnya menunjukkan adanya pertalian yang erat dengan tradisi penulisan Parsi-Arab atau India pada zaman Islam. Ilmu yang diutamakan oleh penulis Islam ialah ilmu yang berkaitan dengan moral, akhlak dan nilali-nilai yang dianggap selaras dengan nilai Islam. Corak keilmuan tersebut disampaikan melalui hasil-hasil karya dan kitab cerita yang ditulis kembali dalam bentuk yang lebih sesuai dengan dunia masyarakat Islam di Nusantara.

6

Hamdan Hassan (1994:2-3) berpendapat period ini iaitu pada abad ke 16 dan 17 M mempunyai kaitan yang amat rapat dengan Tasawuf contohnya pada tajuk karya karangan Hamzah Fansuri iaitu Syarab al-’Asyiqin bermaksud Minuman orang-orang yang berahi atau orang-orang yang asyik.

16

2.2.1

Pandangan Sarjana Terhadap Kitab T j al-Sal

n

Menurut Zainal Kling (1993:406), Taj al-Salatin mempunyai nilai-nilai Islam yang tinggi dan menjadikan al-Qur’an dan Hadis sebagai rujukan utama. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadis dijadikan hujah untuk memperkuat sesuatu fakta. Taj al-Salatin merupakan sebuah treatise yang tegas. Terdapat ayat al-Qur’an dan Hadis yang digunakan serta episod cerita khalifah dan raja yang disebutkan sebagai teladan untuk berhujah tentang suatu syarat dan peraturan yang patut dijalankan. Ada beberapa bahagian yang amat berguna sebagai saranan sistem sosio-politik yang wajar diikuti oleh raja-raja Melayu.

Zainal Kling (1986/7:64) dan T. Iskandar (1967) berpendapat Taj al-Salatin mempunyai asas ajaran dan pengaruh Tasawuf7 di dalamnya. Ini adalah kesan dari pengaruh Islam yang mencapai kemuncaknya pada zaman Hamzah Fansuri. Taj alSalatin menggalakkan manusia mengenal diri sendiri, mengenal Allah, menceritakan tentang kejadian manusia, mengingati mati supaya dapat memberi keinsafan kepada mereka tentang keagungan, kebesaran dan kekuasaan Allah.

A. Hasjmy (1977:114) berpendapat Taj al-Salatin adalah karya ilmiah Bukhari al-Jauhari yang bermutu tinggi. Selain itu, Jelani Harun (2009:84) pula berpendapat bahawa Taj al-Salatin adalah salah satu adikarya (masterpiece) dalam kesusasteraan Melayu. Ramai sarjana8 yang telah menggolongkan kitab Taj al-Salatin dalam genre sastera ketatanegaraan. Sastera ketatanegaraan dikenali juga sebagai sastera adab dan penasihatan khalifah. Genre ini membincangkan tentang panduan, amalan dan peraturan golongan pentadbir iaitu raja dan pegawainya seperti menteri utusan, penulis surat, hulubalang dan Qadi dari segi tugas, tanggungjawab dan panduan untuk mengurus dan mentadbir negara.

7

Tiga fasal awal (iaitu fasal 1, fasal 2 dan fasal 3) dalam Taj al-Salatin memperlihatkan falsafah Tasawuf yang tinggi. 8

Seperti G.E. Morrison (1955), V. Ronkel, Winstedt dan Brakel (1969:9).

17

Muhammad Haji Salleh (2001:1-3) menegaskan bahawa kitab Taj al-Salatin adalah karya yang pertama dalam sastera Melayu yang membincangkan tentang masalah adab, politik dan ketatanegaraan. Dalam karya ini terdapat penerangan secara naratif cara mentadbir berdasarkan contoh raja-raja Islam dan bukan Islam zaman dahulu. Semua karya ketatanegaraan Melayu adalah berteraskan Islam. Kehadiran genre ini bertujuan untuk menganjurkan konsep pentadbiran yang berteraskan Islam bagi menegakkan keadilan untuk dinikmati faedahnya sesama insan di dunia ini.

Woro Aryandini S. (1997:1) telah menyatakan bahawa Taj al-Salatin adalah sebuah karya sastera keagamaan, sejarah dan ketatanegaraan. Harun Mat Piah et.al (2006:548-549) dalam mengulas tentang genre sastera ketatanegaraan ini telah menyatakan, walaupun ia masih lagi mengandungi unsur-unsur sejarah, perbahasannya adalah berkisar tentang keterangan secara naratif cara mentadbir sesuatu kerajaan berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu khasnya raja dari Arab dan Parsi.

Kesimpulannya, kebanyakan sarjana meletakkan Taj al-Salatin di dalam kategori sastera penasihatan khalifah atau adab ketatanegaraan. Kitab ini sarat dengan ajaran Islam berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah, mempunyai perisa Tasawuf yang cukup kuat dan menganjurkan konsep pentadbiran yang berteraskan Islam bagi menegakkan keadilan untuk dinikmati faedahnya oleh sesama manusia di dunia ini. Oleh itu, ia wajar dibaca, dijadikan panduan dan teman kerana Bukhari al-Jauhari menukilkan; “adapun teman yang baik itu kitab inilah dengan sebenarnya yang sediakala sertanya dan sentiasa memberi manfaat padanya dan menjauhkan mudharat daripadanya dan memeliharakan daripada segala kejahatan adanya” (Khalid M. Hussain 1992:214).

2.2.2

Pengarang Kitab T j al-Sal

n

Umum mengetahui gelaran pengarang Taj al-Salatin ialah Bukhari al-Jauhari. Namun begitu, terdapat perselisihan pendapat di kalangan para sarjana tentang pengarang Taj al-Salatin sama ada Bukhari al-Jauhari atau individu lain. Polemik keaslian kitab Taj alSalatin juga masih menjadi persoalan. Ia menjadi isu perdebatan yang melalui beberapa tahap dan zaman sehingga ke hari ini. Jika Bukhari al-Jauhari adalah orang yang

18

mengarang Taj al-Salatin, mengapa tidak banyak sarjana yang mengetahui tentang peribadinya? Para pengkaji masih belum menemui latarbelakangnya dengan jelas dan tepat tentang tempat dan tarikh lahir, pendidikan, latarbelakang keilmuannya dan lainlain lagi.

Antara sarjana yang pernah berteori tentang pengarang Taj al-Salatin ialah para Orientalis Barat seperti S. Van Ronkel, G. K. Niemann, C. Hoykass, Valentijn, Braginsky, Winstedt, Wrendly dan van Esingan/Eijsinga. Selain itu Asdi S. Dipodjojo, Khalid M. Hussain, Harun Mat Piah, T. Iskandar, Wan Mohd. Saghir Abdullah, Jelani Harun (2003:13) juga ada mengemukakan teori mereka. Ada empat teori boleh dirumuskan untuk mengetahui siapa pengarangnya yang sebenar:

Teori pertama; menurut Werndly (1736), Roorda van Esinga (1827), Winstedt (1920) dan Hoykaas (1947), pengarangnya adalah Bukhari al-Jauhari/ Johori yang berasal dari Johor (T. Iskandar 1965).

Teori kedua; Braginsky (1998:324-325) berpendapat bahawa kitab Taj alSalatin adalah karya asli seorang ilmuan Aceh yang berasal dari Bukhara dan tinggal lama di Aceh. Buktinya beberapa perkara tentang realiti Alam Melayu seperti musim kemarau, musim hujan, kerbau, harimau, ukuran timbang seperti tahil hanya berlaku dan wujud di Alam Melayu sahaja. Ini menunjukkan kitab tersebut ditulis oleh seorang pengarang yang telah lama tinggal di Aceh dan tahu tentang budaya, cara hidup dan politik Alam Melayu.

Teori ketiga; Winstedt (1969:137-138), Ibrahim Alfian (1999:63) dan Ismail Hamid (1983:15) berpendapat bahawa Taj al-Salatin diterjemah dari kitab berbahasa Parsi. Menurut mereka, besar kemungkinan ia diterjemah di Aceh pada tahun 1603. Kitab aslinya mungkin telah diketahui ada di Pasai pada awal abad ke 14. Mungkin salah seorang Qadi berasal dari Parsi iaitu Syarif Amir Sayyid dari Syiraz dan Taj alDin dari Isfahan yang memperkenalkannya. Pendapat ini berdasarkan keterangan van Ronkel (1889) dan Winstedt (1920:39).

19

Perkara ini sebenarnya diragui. Ini kerana kitab yang menjadi rujukan Taj alSalatin bukan hanya kitab yang ditulis di Parsi pada abad ke 13 tetapi juga kitab yang ditulis pada abad ke 15 dan 16. Contohnya al-Akhlak al-Muhsinin karangan Husain alKashifi (1494/5) serta Mahmud dan Ayaz karangan Fakhr al-Din al-Safi (w. 1532/1534) (T. Iskandar 1965). Harun Mat Piah (2006:548-549) juga telah mempersoalkan kitab Taj al-Salatin ini adakah ia karya asli penulisnya atau saduran dari Parsi. Ini kerana, menurut kumpulan penyelidik ini, amat banyak gaya penulisan puisi Parsi seperti masnawi, ruba’i, ghazal, namruz selain daripada pengarang Taj al-Salatin merujuk kepada kitab Parsi seperti al-Akhlak al-Muhsinin, Akhbar al-Muluk, Minhaj al-Salatin. Menjawab persoalan ini, menurut Syed Muhammad Naquib al-’Attas (1970:14) dalam bukunya The Mysticism of Hamzah Fansuri, pengutipan daripada sumber Parsi ini memang sudah menjadi kebiasaan kepada pengarang di Aceh pada masa itu. Contohnya, Hamzah Fansuri juga pernah mengambil karya Junaid al-Baghdadi dan Abu Mansur alHallaj sebagai sumber rujukannya. Oleh itu pengaruh Parsi adalah biasa pada waktu itu di Aceh. Malah ia memperkayakan lagi seni penulisan dan sastera Melayu.

Teori keempat, Wan Mohd. Saghir Abdullah (2004:82) berpendapat bahawa nama yang tercatat pada manuskrip Taj al-Salatin Pontianak versi B perlu diberi perhatian oleh para penyelidik iaitu Shaykh ‘Abdullah bin Muhammad bin Abi Bakar bin al-Shaykh Ibrahim al-Masri. Wan Mohd Saghir Abdullah (2004:73-74) menyatakan bahawa:

Rasanya masih ada yang perlu dikaji atau diselidiki dengan teliti kerana beberapa versi manuskrip Taj al-Salatin yang telah ditemukan tidak pernah menyebut nama Bukhari al-Jauhari atau al-Johori. Nama Bukhari al-Jauhari atau al-Johori jangankan diperkatakan banyak tempat sekata pun tiada dijumpai dalam sesuatu manuskrip Taj al-Salatin termasuk manuskrip diterbitkan ini (versi Lingga).

20

Sebagai rumusan, beberapa orang Orientalis Barat seperti S. Van Ronkel, G. K. Niemann, C. Hoykass dan Winstedt telah bersetuju bahawa Taj al-Salatin adalah karya Bukhari al-Jauhari atau al-Johori. Namun begitu mereka masih lagi gagal menjejaki biografi “Bukhari al-Jauhari” secara tuntas. Kajian terkini oleh Wan Mohd Saghir Abdullah (2004:82) mendapati bahawa nama yang terdapat pada manuskrip Taj alSalatin Pontianak versi B perlu diberi perhatian oleh para penyelidik iaitu Shaykh ‘Abdullah bin Muhammad bin Abi Bakar bin al-Shaykh Ibrahim al-Masri. Walaupun begitu dapatan ini masih lagi diperingkat awal dan ia perlu dibahaskan oleh para penyelidik.

Selain itu, penulis telah mengenalpasti beberapa sifat pengarang Taj al-Salatin, antaranya ialah:

1. Pendidikan: Mempunyai ilmu yang tinggi. Seorang yang alim terutama dalam bidang pentadbiran. Jelani Harun (2003:18) menyatakan “Ringkasnya, pengarang adab ketatanegaraan merupakan golongan cerdik pandai dan genius Islam zaman silam”. Seorang yang zuhud, tidak suka namanya dikenali, tidak mahu menonjolkan diri, merendah diri, ahli sufi9 dan ahli tarekat seperti Hamzah Fansuri. Menggunakan gantinama “faqir” bermaksud saya/ pengarang/ penulis. 2. Mempunyai maqam yang tinggi, berilmu laduni10 dan termasuk golongan ‘arifin.

‫ادفون سكل فركتأن كتاب اين يعملي دان انده درفد فيهق غأيب داتع كدامل خلوة هايت‬

9

Menurut Ajid Thohir (2002:55), para ulama sufi, ahli zikir dan tarekat termasuk kelompok intelektual pada zamannya yang menjadi pembimbing para raja, calon-calon raja dan para pencari kebenaran...”. Menurut Sayyid Hossain Nasr (1979:132) pula: Sufis is an active participant in a spiritual path and is intellectual in the real meaning of this word. Contemplation in sufism, the highest form activity, and in fact sufis has always integrated the active and contemplative lives. That is why many sufis have been teachers and scholars, artists and scientists, and even statesmen and soldiers... 10

Menurut Shaykh Muhammad Nafis al-Banjari (2010:78), ilmu laduni bermaksud ilmu kurniaan Allah S.W.T yang diilhamkan kepada hambaNya yang soleh secara terus, ia tidak boleh hilang atau lupa. Ia juga bermaksud ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh seorang hamba dari Allah S.W.T melalui intuisi atau ilham, tanpa dipelajari atau melalui proses pembelajaran.

21

”Adapun segala perkataan, isi kitab ini yang mulia dan indah daripada pihak ghaib datang ke dalam khalwat hati.” (Muhammad Haji Salleh 2001:19) 3. Gaya bahasa dalam penulisannya lebih baik dari Nuruddin al-Raniri yang mengarang Bustan al-Salatin. 4. Berasal dari Alam Melayu.

Kesimpulannya, pengarang Taj al-Salatin bukan pedagang permata11, juga bukan berasal dari Bukhara. Jika berasal dari Bukhara, Rusia, sudah tentu ditulis ‘alBukhari’ bukannya ‘Bukhari al-Jauhari’. Hanya yang tinggal ialah teori ‘orang Johor’ atau berasal dari Johor iaitu al-Johori. Walaubagaimanapun, buat masa ini, Taj alSalatin masih dianggap telah dikarang oleh individu yang bernama “Bukhari al-Jauhari” oleh para sarjana walaupun tradisi pengarang Melayu pada waktu itu tidak menulis nama mereka sebagai pengarang12. Apa yang pasti ialah pengarangnya mencatat beliau merujuk kepada 51 sumber rujukan dan kitab tersebut lahir dari tradisi sastera Arab dan Parsi. Jelani Harun (2003:48,82) merumuskan “whoever he was, the author of Taj alSalatin was certainly a great writer and scholar”. Pada pendapat penulis kemungkinan besar beliau adalah Hamzah Fansuri.

11

Dalam bahasa Arab ‘Jauhar’ bermaksud permata. ‘Jauhar’ adalah simbolik kerana penulisan sejarah di Alam Melayu biasa menggunakan simbol. Permata ‘Jauhar’ bermaksud sesuatu yang berharga misalnya ilmu. Permata-permata inilah apabila diikat akan menghasilkan ‘mahkota’ para Sultan (atau Taj al-Salatin) yang indah. ...adalah kataku jauhar yang nyata Jauhari jauhar jua aku dengar bunyinya Jauhar jua yang kulihat isinya Inilah mata jauharku = roh, sesuatu yang berharga (masterpiece) seperti nasihat dalam kitab ini. Jauhari barang yang ada padaku Jika jauhar jua oleh kamu Maka nyata jauharku pada mu Bukhari yang jauhari pun nyatalah...” (Khalid M. Hussain 1992:43). *teori Bukhari adalah Pedagang permata tidak disokong oleh kitab ini. 12

Kitab yang ditulis lebih awal dari Taj al-Salatin seperti Hikayat Raja-raja Pasai (dikarang pada akhir abad ke 14M) dan Hikayat Aceh tidak mempunyai nama pengarang. Tradisi pengarang di Alam Melayu menulis nama mereka hanya selepas dirintis oleh Nuruddin al-Raniri melalui kitab Bustan alSalatin pada tahun 1638/1641.

22

2.2.3

Tarikh dan Tempat Penulisan Kitab T j al-Sal

n

Tiada maklumat yang jelas bila kitab Taj al-Salatin mula dikarang. Walaupun begitu, beberapa orang sarjana seperti Werndly (1736) dan Winstedt berpendapat bahawa tarikh dan tempat Taj al-Salatin dikarang dan disiapkan adalah pada tahun 1603/1604 di Aceh. Ia diambil berdasarkan ayat dalam mukaddimah Taj al-Salatin karangan Bukhari alJauhari iaitu:

‫ماس كمليان كتاب اين بارعسياف يعدافت معرياي سكل اكثار سفاي غيب ايت دعن بيالعن اجبد‬ ‫مك اورع ايت معتهويله فد ماس مان فقري معارعكن كتاب اين‬ Masa kemuliaan kitab ini barangsiapa yang dapat mengirai segala aksara supaya ghaib itu dengan bilangan abjad, maka orang itu mengetahui pada masa mana fakir mengarangkan kitab ini. (Muhammad Haji Salleh 2001:6) Sehubungan itu, menurut Muhammad Haji Salleh (2001:12), perkataan ‘ghaib’ dan huruf gha.i.b (gha’, ya’, ba’) diberi nilai seperti berikut: (gha’:1000, ya’:10, ba’:2) kesemuanya berjumlah 1012 Hijrah bersamaan 1603 M.

Jelani Harun (2003:13) dalam hal ini juga bersetuju bahawa kitab ini selesai ditulis pada tahun 1603 M. Beliau menyatakan bahawa:

Taj al-Salatin (The Crown of the Kings) is one of the masterpieces in Malay literature. The text was written in 1603 or 1604 by Bukhari al-Jauhari in twenty four sections (Fasal) and deals with various topics concerning the duties of kings and court officials, with the concept of justice as its central theme. (Jelani Harun 2009:84)

23

2.2.4

Latarbelakang Sosial ke Arah Penulisan Kitab T j al-Sal

a.

Latarbelakang sejarah Aceh

n

Kedatangan Islam ke Aceh telah membuat pengaruh Hindu di Aceh yang memang tidak besar itu menjadi tanpa bekas sama sekali. Sebaliknya kedatangan Islam ke Aceh telah meninggalkan pengaruh yang sangat mendalam, dan telah turut membawa orang Arab, Parsi dan Turki ke Aceh. Menurut Tengku Cik Kuta Karang, salah seorang ulama Aceh di abad ke 18M, orang Aceh yang ada sekarang adalah hasil percampuran penduduk asli Aceh yang disebut orang ‘Manteu’ dengan orang Arab, Parsi dan Turki akibat dari proses sejarahnya yang panjang. (Darwis A. Soelaiman 1988:2-3).

Dari segi geografi, Aceh merupakan satu kawasan yang terletak di Pulau Sumatera13 dengan keluasan wilayah seluas kira-kira 182,828 batu persegi termasuk lebih daripada seratus pulau kecil mengelilinginya di bahagian Barat Daya negeri tersebut. Aceh mempunyai kedudukan yang sangat strategik, terletak di antara dua benua, benua India dan Pasifik, berkedudukan di utara Selat Melaka. Aceh menguasai 70 peratus laluan perdagangan di Alam Melayu. Sekarang Aceh mempunyai 8 juta orang penduduk.

Di kawasan inilah pernah muncul sebuah negara Islam yang berdaulat iaitu Kesultanan Aceh Dar al-Salam14 dan menjadi pelabuhan penting menggantikan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam di rantau ini. Aceh terkenal sebagai negara Islam yang kuat, besar, kaya dengan rempah ratus terutamanya lada hitam dan bertamadun tinggi di Alam Melayu sekitar abad ke 16 dan ke 17 M (M.C. Rickleft. 1981:335). Menurut Jelani Harun (2003:95) pula, Aceh pada waktu itu adalah sebagai satu bangsa yang paling berkuasa di dunia Melayu dan Hindia Timur, kerana penguasaannya ke atas kebanyakan pelabuhan yang wujud ketika itu. 13

Pulau Sumatera, Indonesia merupakan pulau ke enam terpanjang di dunia. Sekarang, Pulau Sumatera mempunyai 30 juta orang penduduk. 14

Kerajaan Aceh sebelum dikembangkan oleh Sultan ‘Ali Mughayat Shah merupakan sebuah kerajaan Islam yang pertama di alam Melayu. Beliau menggabungkan Aceh besar (kerajaan Aceh inti) dengan Daya (kerajaan di Aceh Barat pada tahun 1520 kemudian ke Pedir 1521, Pasai dan Aru 1524. Semenjak itu terbentuklah kerajaan Aceh Dar al-Salam.

24

Semasa kegemilangannya, rakyat Aceh pernah berada dalam satu tamadun yang tinggi dengan wujudnya keamanan dan kestabilan politik dalam negara. Kehebatan Aceh sebenarnya dibantu oleh kekuatan pasukan askar angkatan darat dan armada angkatan lautnya yang sangat kuat. Justeru itu, sultan-sultan Aceh mampu menangkis ancaman daripada pihak musuh terutama Portugis yang telah bertapak di Melaka pada waktu itu.

Dalam aspek ketenteraan, Arun Kumar (1962:86) menyatakan bahawa askar Aceh sebahagian besarnya berasal dari Turki15, Cambay, Malabari dan Abyssinia pada zaman Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Shah al-Qahar (1537-1571). Mengenai kekuatan kelengkapan perang Aceh, Lukman Thaib (1999:201) menyatakan pada tahun 1586, seorang raja Aceh telah berjihad untuk membebaskan Melaka dari cengkaman Portugis dengan armada laut yang terdiri daripada 500 buah kapal perang dan 60,000 angkatan laut. Hal ini membuktikan bahawa Aceh mempunyai kelengkapan perang dan armada laut yang sangat besar pada waktu itu.

Kesultanan Aceh Dar al-Salam telah mencapai kemuncak kegemilangan dalam aspek politik, ekonomi, perundangan dan agama di awal abad ke 17M semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636). Di akhir abad ke 17M, dianggarkan ada terdapat tujuh hingga lapan ribu buah rumah di Aceh. Pada tahun 1621, kawasan istana Kraton Darul Dunia Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang sangat luas itu dikawal oleh 3000 orang wanita yang diketuai oleh Laksamana Kemala Hayati. Pada masa itu penduduk Aceh sangat ramai sehingga membolehkan baginda mengumpul 40,000 orang tentera dengan mudah.

Menurut Teuku Ibrahim Alfian (2005:230), semasa pemerintahan Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Shah Sayyid al-Mukammil (1589-1604) banyak pedagang asing yang berkunjung ke Aceh. Antaranya ialah pedagang dari India, Eropah16, Negara-negara 15

J. Kathirithamby-Wells ada menyatakan (1968:5):

Alauddin Riayat Shah’s campaign against the Bataks in 1539 was genuinely in the jihad tradition, aided by 300 Turks and armed, though unsuccessfully, at the conversion of Bataks to Islam. 16

John Davis, seorang pedagang yang pernah mengunjungi Aceh mengatakan bahawa sebelum seseorang berjumpa Sultan Aceh, dia mesti meletakkan kasut di luar, berkaki ayam, meletakkan tapak

295

RUJUKAN Al-Qur’an al-Karim. al-Asqalani, Ibn Hajar. t.th. Fath al-Bari, Kitab al-Maghazi, Bab Haddathana Uthman bin al-Huthaimi, Jil. 13. Beirut: Dar al-Fikr. Alatas, Syed Hussein. 1979. Kita dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah. Singapura: Pustaka Nasional. Audah, Abd al-Qadir. 1978. al-Islam wa Awda’una al-Siyasiyyah. Qahirah: Dar alMukhtar al-Islami. Abdul Hadi, W.M. 2001. Tasawuf yang Tertindas. Jakarta: Penerbit Paramadina. Abdul Hadi, W.M. 2005. Aceh dan Kesusasteraan Melayu. Dlm. Aceh Kembali ke Masa Depan. Jakarta: IKJ Press. Abdul Rahman Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di Malaysia Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Sains Malaysia. Abdul Rahman Haji Ismail, Haron Daud (pnyt.). 2008. Sulalat’us-Salatin (Sejarah Melayu) Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Abdul Wahab Ali. 1970. Perbezaan antara Sejarah Melayu dengan Hikayat Raja-raja Pasai. Dewan Bahasa November: 50-54. Abdullah Jumain Abu Samah. 1997. Fakta dan Fiksi dalam Karya Agung Sejarah Melayu: Analisis Cetera Kedua. Dlm. Shafie Abu Bakar (et. al) Peradaban Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah Munifi. 1973. The Islamic Constitutional Theory. Cairo: Renaissance Publications. Abdullah Saeed. 2003. The Official Ulama and Religious Legitimacy of the Modern Nation State. Dlm. Shahram Akbarzadeh. Islam and Political Legitimacy. London and New York: Routledge Curzon. Abu Hassan Sham. 1981. Perhubungan Melaka dengan Pasai di Abad ke-15 dan 16. Jurnal Sejarah Melaka 6: 5-14. Ahmad Daudy. 1983. Allah dan Manusia dalam Konsepsi Sheikh Nuruddin al-Raniri. Jakarta: C.V. Rajawali. Aidil Farina Omar. 2002. Sheikh Nur al-Din al-Raniri: A Study of His Career and Bustan al-Salatin. Tesis M.A. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ajid Thohir. 2002. Gerakan Politik Kaum Tarekat. Bandung: Pustaka Hidayah.

296

Akgunduz, Ahmed. 2009. The Reason for The Rise and Decline of the Ottoman State. Journal of Islam in Asia 6 (2): 87-102. Alang Ahmad. 2005. Tun Seri Lanang Kembangkan Islam di Aceh. Utusan Malaysia 12 Oktober: 20. Ali Ahmad. 2005. Tasawwur Islam dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Amad Bahri Mardi. 2010. Hubungan Johor, Aceh makin erat. Berita Harian, 27 Mei:7. Amiruddin Mohd Yusof. 1990. Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Anon. t.th. Tajul Muluk (jawi). Surabaya: Syarikat Bungkul Indah. Anwar Ridhwan. 2011. Diaspora dan Karya Sastera. Dewan Sastera Mei: 22-23. Arbaiyah Mohd Noor. 2005. Pengaruh agama terhadap penulisan sejarah berdasarkan karya Sulalat’us-Salatin (Sejarah Melayu). Prosiding Seminar Sejarah Sosial Malaysia, hlm. 43-50. Arbaiyah Mohd Noor. 2005. Tun Sri Lanang: Kehidupan dan Pemikiran. Jurnal Sejarah 13: 29-58. Arumugam, Arul Das. 2005. Sejarah Awal Malaysia dalam Sejarah Melayu. Pemikir 2: 93-102. Asdi, S. Dipodjojo. 1981. Tajussalatin. Yokyakarta: Percetakan Lukman. Azyumardi Azra. 1994. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad ke 17 & 18. Bandung: Penerbit Mizan. Azyumardi Azra. 1996. Pergolakan Politik Islam, dari Fudamentalisme, Moderminisme, hingga Post Modernisme. Jakarta: Paramadina. Azyumardi Azra. 1999. Renaisans Islam Asia Tenggara. Bandung: Penerbit PT. Remaja Rosdakarya. Azyumardi Azra. 2002. Reposisi Hubungan Agama dan Negara. Jakarta: Kompas. Braginsky, V.I. 2004. The Heritage of Traditional Malay Literature. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Brakel, L.F. 1970. Persian Influence in Malay literature. Dlm. Abr Nahrain 9:9. Muhammad Haji Salleh (pngr.). 2001. Taj al-Salatin.Yayasan Warisan Johor. Khalid M. Hussain (pngr.). 1992. Taj Us-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chambert-Loir, Henri. 1993. Naskhah-naskhah Melayu dari Pulau Sumbawa. Dlm. Ismail Hussein (pngr.). Tamadun Melayu. Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

297

Cheah, Boon Kheng. 2006. Pengadilan moral, hukum syarak dan hak asasi dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Crone, Patricia 2004. Medieval Islamic Political Thought. Edinburgh: University Press. Darwis, A. Soelaiman. 1988. Aceh dalam Konteks Dunia Melayu. Prosiding Seminar Dunia Melayu, hlm. 1-9. Daud bin Abdullah al-Fathani. 2006. Munyatul Mushalli. Terj. Wan Mohd Saghir Abdullah. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah. Dayan Dawood. 2000. Acheh Serambi Makkah. Journal of Alternative Political Economy 2: 37-60. Ding, Choo Ming. 2010. Karya Jelani memudahkan yang rumit. Dewan Sastera Jun: 59-63. Ehsan Ehsanullah. 1996. Siyasah Syariyyah The Antropology of Injustice the Case of Saudi Kingdom. Selangor: Thinkers Library. Fatimah Embong. 1982. Beberapa Aspek dalam Kitab Taj us-Salatin. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Fauzi M. Najjar. 1978. Political Philosophy in Islam. Islamic Quaterly 4: 121-132. al-Ghazali, 1964. al-Fadaih al-Batiniyyah. Abd al-Rahman Badawi (pngr.). Cairo: Dar al-Qaumiyyah li al-Tiba’ah wa al-Nashr. al-Ghazali. 2006. Nasihat al-Muluk (Nasihat kepada Raja-raja). Jelani Harun (pngr.). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Gibson Hill, C.A. 1955. The Malay Annals: The history brought from Goa. JMBRAS. (29): 185-188. Grinter, Catherine Anne. 1979. Book IV of the Bustan Us-Salatin: A study from manuscripts of a 17th century Malay work written in North Sumatra. Tesis Ph.D. University of London. al-Haddad, Habib Alwi Thahir. 2001. Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh. Jakarta: Penerbit Lentera. Hamdan Hassan. 1994. Tradisi Penulisan Intelektual Islam di Alam Melayu. Universiti Brunei Darussalam. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Brunei di Nusantara, hlm. 1-13. Hamza Mustafa Njozi. 1993. Mystics numbers in Sejarah Melayu. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu. Sari 11: 192-205. Hanapi Dollah. 1983. Struktur dan Hubungan Masyarakat Melayu Tradisional berdasarkan Sejarah Melayu. Jurnal Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. 1 (2): 125-139.

298

Haron Daud. 2004. Kesusasteraan sebagai ilmu. Dlm. Jelani Harun (pnyt.). Ilmu Kesusasteraan abad ke 21. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Harun Mat Piah. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasjmy, A. 1961. Ichtisar Susunan dan Sistem Keradjaan Atjeh di Zaman Sultan Iskandar Muda. Banda Aceh: t.pt. Hasjmy, A. 1977. Sumbangan Kesusasteraan Aceh dalam Pembinaan Kesusasteraan Indonesia. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang. Haslinda, P.S.A. 2012. Kitab Penasihatan Khalifah abad ke 17M. Temubual, 13 Oktober. Haslinda, P.S.A. 2012. Tun Sri Lanang dalam sejarah dua bangsa terungkap setelah 400 tahun. Prosiding Seminar Memartabatkan Karya Agung 400 Tahun Sulalah al-Salatin, hlm. 1-17. Hsu, Yun-Tsiao. 1968. Notes on the Relations between Ryukyu Islands and Malacca Sultanate during 1464-1511. Proceeding International Conference on Asian History, hlm. 5-10. Hurgronje, Snuck. 1999. The Achehnese. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Ibn Hazm. 1970. al-Muhalla. Jil. 9. al-Maktabah al-Jumhuriyyah al-’Arabiyah. Ibnu Khaldun. 1995. Muqaddimah Ibnu Khaldun. Terj. Cet. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Alfian, Teuku Hj. 2005. Kerajaan Aceh Darussalam: Sebuah Wacana Singkat. Prosiding Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara, hlm. 220-233. Ibrahim Che Noh 2005. Dakwah dan Pemikiran Politik. Dlm. Zulkiple Abd. Ghani (pnyt.). Dakwah dan Etika Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Idris Zakaria. 1991. Teori Politik al-Farabi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Idris Zakaria. 2004. Gejala Sosial dalam Teks Sejarah Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Jil. 1 (3) Jun:178-191. Idris Zakaria. 2005. Negara Islam Malaysia: Kriteria dan Amalan. Pemikir. 41: 37-50. Idris Zakaria. 2005. Relevansi Teori Politik Kenegaraan al-Farabi dengan Politik Melayu. Dlm. Zulkiple Abd. Ghani (pnyt.). Dakwah dan Etika Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Idris Zakaria. 2008. Buku dan rujukan tentang politik: dilema, masalah dan cabaran. Dlm. Mazlan Ibrahim, Kamarudin Salleh (pnyt.). Islam Pasca Kemerdekaan, Hlm. 63-75. Shah Alam: Karisma Publication.

299

Iqbal, M. & Nasution, A. H. 2010. Pemikiran Politik Islam dari Masa Klasik Hingga Indonesia Kontemporer. Jakarta: Penerbit Kencana Prenada Media Group. Iskandar, T. (pngr.). 2001. Hikayat Aceh. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan. Iskandar, T. 1966. Tun Sri Lanang pengarang Sejarah Melayu. Dewan Bahasa November: 484-494. Iskandar, T. 1996. Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad. Jakarta: Libra. Ismail Hamid. 2000. Kitab Jawi: Intellectualizing Literary Tradition. Dlm. Mohd. Taib Osman. (pnyt.). Islamic Civilization in the Malay World. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Jilani, Abdul Qadir. 1956. al-Ghunyah li Thalibi Thariq al-Haqq. Jil. 2, Mesir: Musthafa Bab al-Halabi. Jelani Harun (pnyt.). 2003. Ilmu Kesusasteraan Abad ke-21. Penerbit USM. Pulau Pinang. Jelani Harun. 1996. Bustan al-Salatin: Konsep Sejarah Dunia dari Perspekif Historiografi Islam. Dewan Sastera Mac: 34. Jelani Harun. 2003. Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jelani Harun. 2004. Pemikiran Melayu Tentang Keadilan Raja: Satu Analisis Berdasarkan Karya Adab Ketatanegaraan. Dlm. Worawit Baru Haji Ahmad Idris (pngr.). Pemikiran Melayu Tradisi dan Kesinambungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jelani Harun. 2005. Ilmu Firasat Melayu. Dlm. Kepustakaan Ilmu Tradisional. Rogayah A. Hamid, Mariam Salim (pngr.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jelani Harun. 2006. Sahibul Kitab Sultan Zainal Abidin: Adab ketatanegaraan Kesultanan Trengganu. Dlm. Rogayah A. Hamid. Kesultanan Melayu Trengganu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jelani Harun. 2009. Bustan al-Salatin (The Garden of Kings): A Malay Mirror for Rulers. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Johns, A.H. 1961. The Role of Sufism in the Spread of Islam to Malaya and Indonesia. Journal of the Pakistan Historical Society 9: 143-161. Johns, A.H. 1984. From Coastal Settlement to Islamic School and City: Islamization in Sumatra, the Malay Peninsular and Java. al-Nahdah 4 (2): 17-24. Jones, R.A. 1987. Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Junus Djamil, M. 2009. Gerak Kebangkitan Aceh. Bandung: Bina Biladi Press.

300

al-Khalidi, Mahmud. t.th. Qawa’id Nizam al-Hukum fi al-Islam. Jordan: Maktabah alMuktasib. Kamus Dewan. 1993. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kathirithamby-Wells, J. 1968. Achehnese Control over West Sumatra up to the 1663 Treaty of Painan. Proceeding International Conference on Asian History, hlm. 5-10. Khomeini, Ayatollah. t.th. An Islamic State: Point of View. Dlm. Salem Azzam (pnyt.). Concept of Islamic State. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Kratz, E.U. 2004. Segi-segi Karangan Melayu Tradisional. Terj. Fatimah Zainal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lukman Thaib. 1999. Konflik bersenjata Acheh. Pemikir 2: 199-219. al-Mawardi, al-Basri, Abu al-Hasan bin Muhammad bin Habib. 1993. Al-Ahkam alSultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah. Terj. Uthman Khalid. Kuala Lumpur: Institut Pengajian Tradisional Islam. al-Mawdudi, Abu A’la. 1960. First Principal of Islamic State. Lahore: Islamic Publications. al-Mawdudi, Abu A’la. 1967. The Islamic Law and Constitution. Lahore: Islamic Publications. al-Mawdudi, Abu A’la. 1986. Khilafah dan Kerajaan. Terj. Muhammad alBaqir. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar. al-Mawdudi, Abu A’la. 1987. Prinsip-prinsip Utama Negara Islam. Terj. Insan bin Abdul Ghani. Kuala Lumpur: Hizbi. al-Mawdudi, Abu A’la. t.th. The Political Theory of Islam. Pathankot: Makta-eJamaat-e-Islami. Mahayudin Hj. Yahaya. 1994. Naskhah Jawi Sejarah dan Teks. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Manzuruddin Ahmad. 1988. al-Nazariyyah al-Siyasah al-Islamiyyah fi al-’Asri alHadist: al-Nazariyah wa al-Tatbik. Pakistan: Saad Publication. Marrison, G.E. 1955. Persian Influence in Malay Life. JMBRAS 28(1): 61-62. Marsden, W. 2008. History of Sumatra. Kuala Lumpur: Oxford University. Mohd Aris Othman. 1983. The Sultanate as the basis for Malay political and cultural identity from a historical perspective. Sari 1 (2): 161-174. Mohd Taib Osman. 1998. Sulalat us-Salatin dan perjuangan Melayu. Berita Harian, 16 Disember: 10.

301

Mohd. Nasran Mohamad. 2005. Teori Politik al-Mawardi mengenai Khalifah. Dlm Zulkiple Abd. Ghani (pnyt.) Dakwah dan Etika Politik Malaysia. Kuala Lumpur :Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Syukri Yeoh Abdullah. 2005. Dakwah-Politik Abdul Rauf Ali Fansuri alSingkili. Dlm Zulkiple Abd. Ghani (pnyt.) Dakwah dan Etika Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Taib Osman. 1976. Sejarah Kebudayaan Melaka Mengikut Sejarah Melayu. Prosiding Seminar Sejarah Melaka, hlm. 1-12. Muhammad Asad. 1982. Sebuah Kajian Tentang Sistem Pemerintahan Islam. Selangor: Thinkers Library Sdn Bhd. Muhammad Aziz Ahmad. 1965. Iqbal and The Recent Exposition of Islamic Political Thought. Lahore: Muhammad Ashraf. Muhammad Haji Salleh. 2012. Kitab Penasihatan Khalifah abad ke 17M. Temubual, 13 Oktober. Muhammad Yusoff Hashim. (pngr.). 1998. Hikayat Melayu atau Sulalat’us-Salatin. Kuala Lumpur: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustafa Abu Bakar. 2010. Kesultanan Johor di Kota Tinggi. Temubual, 9 Oktober. Nasr, Seyyed Hossain. 1979. The Thariqah, The Spiritual Path and its Qur’anic Roots. Dlm. Ideals and Realities of Islam. London: Mandala Books. Nuzulsham Shamsuddin. 2010. Melaka diasaskan pada 1262. Kosmo, 1 Jun: 3. PaEni,

Mukhlis. 2005. Kesultanan Makassar Abad ke-17. Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara, hlm. 376-392.

Prosiding

Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. 2010. Edisi Semak Kedua. Pusat Pengurusan Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Qutb, Sayyid. 1989. al-’Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam. Beirut: Dar al-Syuruq. Qutb, Sayyid. 1993. Fi Zilal al-Qur’an. Jil. 1. Beirut: Dar al-Syuruq. al-Raniri, Nuruddin. 2004. Bustan al-Salatin. Jelani Harun (pngr). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Raniri, Nuruddin. t.th. Bustan al-Salatin bab 7. MSS. Cod, Perpustakaan Negara Malaysia. al-Ris, Diyauddin. 1976. Al-Nazariyyat a-Siyasiyah al-Islamiyah. Kaherah: Maktabah Dar al-Turath. Rajantheran, M. 1999. Sejarah Melayu; Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

302

Rubin, R.B, Rubin, A.M., Piele, L.J. 1990. Communication Research: Strategies and sources. Edisi Kedua. Belmont CA: Wadsworth. al-Siba’i, Mustafa. 1984. al-Mar’ah baina al-Fiqh wa al-Qanun. Beirut: Al-Maktab al-Islami. Said, Mohammad, H. 1981. Aceh Sepanjang Abad. Jil. 1. Medan: PT Percetakan dan Penerbitan Waspada. Samad, Ahmad A. (pngr.). 2010. Sulalat us-Salatin. Cet. Ke 14. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sanusi Samid. 1967. Sejarah Melayu sebagai satu sumber sejarah. Dewan Bahasa. Mei: 203-205. Shafie Abu Bakar. 1982. Kesusasteraan Melayu dan Islam. Sarjana Enterprise. Shellabear, W.G. 1977. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur. Fajar Bakti. Siddiq Fadzil. 2005. Dakwah dan Politik: Masalah Etika dan Pendekatan. Dlm Zulkiple Abd. Ghani (pnyt.) Dakwah dan Etika Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Siti Hawa Haji Salleh (pngr.). 1992. Bustan al-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hawa Haji Salleh. 2010. Malay Literature of the 19th Century. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Nasional Malaysia Berhad. Siti Hawa Haji Salleh. 2011. Hikayat Merong Mahawangsa Karya Historiografi Melayu Tradisional. Dewan Sastera Mei: 13. Sjadzali, Munawir. 1993. Islam dan Tatanegara. Jakarta: UI Press. Suhana Sulaiman. 1981. Sikap masyarakat Melayu yang tergambar dalam Sejarah Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Suzana Hj. Othman. 2008. Ketuanan Islam dan Pertuanan Raja-raja Melayu. Kuala Lumpur: Media Satria Sdn Bhd. Suzana Hj. Othman. 2008. Tun Sri Lanang; Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Media Satria Sdn Bhd. Syamsul Bahri, A.G. 2007. Beberapa Isu dalam Pemikiran Islam. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. Syari’ati, Ali. 1989. Ideologi Kaum Intelektual: Suatu Wawasan Islam. Terj. Haidar Bagir. Cet. II. Bandung: Penerbit Mizan. Syed Zulflida S.M. Noor. 2006. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka; Kemunculan dan Kegemilangan. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Taufik Abdullah. 1987. Islam dan Masyarakat. Jakarta: Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial.

303

Tsu, Yun Tsiao. 1966. Meninjau Sejarah Melayu dari segi nilaian sejarah. Dewan Bahasa Oktober: 438-453. Tudjimah. 2005. Sheikh Yusuf Makasar; Riwayat dan Ajarannya. Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia. Tun Sri Lanang. 2010. Sulalatus Salatin. A. Samad Ahmad (pnys.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah. Wan Shamsudin, Arena Wati. 1969. Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya 14001967. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Watt, W.M. 1988. The Formative Period of Islamic Thought. Oxford: One World. Watt, W.M. 2003. Islamic Philosophy and Theology. Edinburgh: University Press. Winstedt, R.O. 1962. Malay Chronicles from Sumatra and Malaya. Dlm. D.G.E. Hall (pnyt.) Historians of South East Asia. London: O.U.P. Woro, Aryandini S. 1997. Lebih Lanjut dengan Serat Tajusalatin dalam Hubungannya dengan Kitab Taj al-Salatin. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu V, hlm. 1-7. Zainal Abidin Borhan. 1999. Warisan Persuratan Johor II. Johor Baru: Yayasan Warisan Johor. Zainal Abidin Borhan. 2012. Kitab Penasihatan Khalifah abad ke 17M. Temubual, 13 Oktober. Zainal Kling 1993. Asas Ketuhanan dalam Pemikiran Sosiopolitik Melayu. Dlm Tamadun Melayu. Ismail Hussein (pngr.). Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Kling. 1986/7. Sistem nilai mengikut kacamata sejarah dan tradisi Melayu. dalam Jurnal Sejarah Melaka 10: 62-74. Zainuddin, H.M. 1978. Tarekh Aceh dan Nusantara. Jakarta: t.pt. Zakaria Ahmad. 1972. Sekitar Kerajaan Acheh Darussalam, Tahun 1520-1675. Medan: Menora. Zubir Idris. 2011. Etnosentrisme Melayu dalam Sulalatus Salatin. Jurnal Melayu 7: 107-120. Zulkifli. 2010. Masyarakat Aceh masakini. Temubual, 21 Disember.