PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan Campuran Pemasaran (4P) Oleh Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana ... 1.9.3 Strategi Pemasaran ...

4 downloads 416 Views 169KB Size
PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN DI KG. GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN.

MARIANI BT CHE RAMLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN DI KG.GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN. SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya

MARIANI BT CHE RAMLI (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )



SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LOT 59 KG. KEDAI GETING, 16080 PENGKALAN KUBOR, KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh: 16 Januari 2012

CATATAN :

* **



ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM PENYELIA Tarikh: 16 Januari 2012

Potong yang mana tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan

:

Nama Penyelia

:

ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM

Tarikh

:

16 Januari 2012 

i   

PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN DI KG. GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN.

MARIANI BT CHE RAMLI

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

ii  

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan

:

Nama Penulis

:

MARIANI BT CHE RAMLI

Tarikh

:

16 Januari 2012 

iii  

DEDIKASI

Bersyukur Kehadrat Ilahi Kerana Dikurniakan Insan-Insan Teristimewa……. Mohd Muhaimin Bin Hassan suami yang sangat penyabar, penyayang, bertimbang rasa sentiasa memahami keadaan isterimu ini, dan tiada kata untuk menggambarkannya,

Bidah Binti Awang seorang ibu yang tabah yang sentiasa mengiringi anakmu ini dengan sekalung doa sepanjang memperjuangan nasib di medan ilmu…………

Allahyarham Che Ramli Bin Mamat seorang ayah yang banyak berkorban untuk anak-anaknya, semoga Roh ayahanda ditempatkan dikalangan orang-orang muslim yang beriman. Amin…..

Buat kakak-kakak, abang-abang dan adik-adikku sekalian, jasa dan pengorbanan kalian akan di bawa sehingga ke penghujung nyawa…….

Sekalung jutaan terima kasih buat penyeliaku, En Shahrin Bin Hashim yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga mampu menyiapkan laporan ini.

Khas buat teman-teman seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar dan saat suka duka sepanjang empat tahun kita bersama. Semoga impian kita untuk menjadi pendidik akan berjaya……AMIN…………………..

iv  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menjalani dan menyiapkan laporan penulisan penyelidikan ini dengan jayanya sebagai memenuhi syarat untuk lulus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia Encik Shahrin Bin Hashim yang bersedia membimbing saya sepanjang tempoh menyiapkan laporan penulisan ini. Berbagai-bagai perkara telah saya pelajari semasa menjalani penyelidikan ini. Kata-kata dorongan yang diberikan menjadi pembakar semangat untuk meneruskan penulisan ini.

Penghargaan ini ditujukan juga khas buat suami dan ibu serta keluarga yang sentiasa memahami dan memberi sumber keewangan sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, rakan-rakan seperjuangan dan individu-individu yang telah membantu saya secara langsung atau pun tidak untuk menyiapkan laporan ini.

Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan Campuran Pemasaran (4P) Oleh Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Industri Perikanan di Kg Geting, Pengkalan Kubor Kelantan. Terdapat empat persoalan yang dikaji iaitu penggunaan produk, harga, promosi, dan lokasi penempatan barangan (4P- produk, price, promotion, place) dalam pemasaran. Seramai 52 orang dipilih sebagai sampel kajian, terdiri daripada usahawan lelaki dan perempuan yang mempunyai pelbagai jenis pengeluaran barangan.

Kajian ini berbentuk kuantitatif dan penyelidik

mengedarkan soal selidik yang dibina kepada 52 orang responden. Borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang mengandungi 37 item mengikut soalan tertutup Ya dan Tidak.

Borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical

Packages For Social Sciencs (SPSS) versi 15.0. Nilai Alpha Cronbach adalah 0.74 menunjukkan kebolehpercayaan bagi instrumen ini adalah tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa produk merupakan pemboleh ubah yang paling dominan digunakan dalam pemasaran.

Manakala lokasi penempatan produk merupakan

pemboleh ubah yang kedua tinggi dalam pemasaran.

Pemboleh ubah yang

sederhana ialah harga dan yang paling rendah ialah pemboleh ubah promosi. Rumusan kajian menunjukkan semua usahawan menggunakan produk dalam pemasaran dan promosi kurang digunakan. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada usahawan agar dapat meningkatkan produktiviti PKS serta kajian lanjutan diperlukan bagi pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian ini di masa akan datang.

vi  

ABSTRACT

This study aims at identifying the usage of the 4P Marketing Concept by the Small and Medium Industry (SMI) in Fishery Industry in Kg Geting, Pengkalan Kubor Kelantan. The 4 area studied are the usage of product, pricing, promotion and marketing location of the goods (4P- product, price, promotion, place) in marketing. There are 52 people were selected as sample of study, comprise of male and female entrepreneurs that produce various types of product. The study is in quantitative form nature and researchers distributed the survey questionnaires to all 52 respondents. The questionnaires is a study instrument which consists of 37 close ended questions of “Yes” and “No” answers. The survey is analyzed using the Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version 15.0. The Alpha Cronbach is 0.74 indicated that the reliability of the instrument is high. The result of the study shows that the products are the dominant variables used in marketing, while the marketing location is the goods come second. Variable that is of medium important is the pricing while the lowest is promotion. Results show that all entrepreneurs use the variables “Products” the most, while variables “Promotions” is the least. The study concluded with suggestions from the researchers for the entrepreneurs in the view of improving the productivity of the SMI and a further in depth study is required for interested researchers to continue the study further in the future.

vii 

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PERAKUAN PENSYARAH STATUS PENYELIDIKAN

i

PERAKUAN PELAJAR

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

ISI KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xv

SENARAI SINGKATAN

xvi

viii 

BAB

1

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1-9

1.2 Latar Belakang Masalah

9-10

1.3 Pernyataan Masalah

10

1.4 Objektif Kajian

11

1.5 Persoalan Kajian

11

1.6 Kepentingan Kajian

12-13

1.7 Skop Kajian

13

1.8 Batasan Kajian

13-14

1.9 Definisi Istilah

14

1.9.1 Usahawan PKS

14-15

1.9.2 Pemasaran

15

1.9.3 Strategi Pemasaran

15

1.9.4 Campuran Pemasaran

16

ix  BAB

2

BAB

3

PERKARA

MUKA SURAT

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

17-20

2.2 Produk

21-22

2.3 Harga

22-23

2.4 Promosi

23-24

2.5 Lokasi Penempatan Produk

24-25

2.6 Kajian Lepas

25-27

PERKARA

MUKA SURAT

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

28

3.2 Rekabentuk Kajian

28-29

3.3 Prosedur Kajian

29-32

3.4 Kajian Deskriftif

33

3.5 Tempat Kajian

33

3.6 Populasi dan Sample Kajian

34

3.7 Instrumen Kajian

34-36

3.8 Kajian Rintis

37

3.9 Keesahan Soal Selidik

37-38

3.10 Kebolehpercayaan Soal Selidik

38

3.11 Analisis Kuantitatif

39-40

3.12 Rumusan

41



BAB

4

PERKARA

MUKA SURAT

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

42-33

4.2 Keputusan Analisis Bahagian A Latar Belakang

43-47

4.3 Keputusan Analisis Bahagian B

47

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 Elemen Pemasaran Terhadap Produk

48-50

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 Elemen Pemasaran Terhadap Harga

51-53

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 Elemen Pemasaran Terhadap Promosi

54-56

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 Elemen Pemasaran Terhadap Lokasi Penempatan Produk 4.4 Penutup

57-59 59-61

xi 

BAB

5

PERKARA

PERBINCANGAN, DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

62-63

5.2 Rumusan

63-64

5.3 Perbincangan

65

5.3.1 Bahagian A- Latarbelakang Responden

65-66

5.3.2 Bahagian B- Perbincangan Persoalan Kajian

67

5.3.2.1 Elemen Produk

67-68

5.3.2.2 Elemen Harga

68-69

5.3.2.3 Elemen Promosi

69-71

5.3.2.4 Elemen Lokasi Penempatan Produk

71-72

5.4 Cadangan

73-74

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

75

5.6 Penutup

75-76

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

MUKA SURAT

77-82

xii 

SENARAI JADUAL

NOMBOR

TAJUK

MUKA SURAT

JADUAL

1.1.1

Jenis Produk Industri Perikanan Di Malaysia

1.1.2

Produk Industri Perikanan Di Kampung Geting, Pengkalan Kubor

1.1.3

6

Bilangan Vesel / Bot Mengikut Daerah Di Negeri Kelantan

1.1.5

5

Prestasi Syarikat PKS Berdasarkan Tahap Pengeluaran Dan Pertumbuhan

1.1.4

4

7

Bilangan Nelayan Yang Bekerja Di Atas Bot Di Negeri Pantai Timur

8

3.7.1

Pengkelasan jadual Yang Digunakan

35

3.7.2

Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian Dan Jenis Skala Yang Digunakan

36

3.10.1

Jadual Pekali Alpha Cronbach

38

3.10.2

Analisis Kebolehpercayaan Menggunakan Alpha Cronbach

39

3.11.1

Kriteria Menganalisis Data

40

3.11.2

Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratusan

4.2.1

40

Taburan Bilangan Dan Peratusan Jantina

43

xiii  4.2.2

Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Umur

4.2.3

Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Status

4.2.4

45

Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Tempoh Kerja

4.2.8

45

Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Pendidikan

4.2.7

45

Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Pendapatan

4.2.6

44

Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Bangsa

4.2.5

44

46

Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Produk yang Di Hasilkan

46

4.3.1

Dapatan Persoalan Kajian 1

48

4.3.2

Dapatan Persoalan Kajian 2

51

4.3.3

Dapatan Persoalan Kajian 3

54

4.3.4

Dapatan Persoalan Kajian 3

57

4.4.1

Hasil Tahap Perbandingan Antara Keempat-Empat Elemen

60

xiv 

SENARAI RAJAH

NOMBOR

TAJUK RAJAH

MUKA SURAT

RAJAH

2.1.1

Model Campuran Pemasaran

20

3.1

Prosedur Kajian

32

xv  SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Gambar lokasi dan pemprosesan ikan

83-88

B

Peta kawasan Kajian

89

C

Soal selidik

90-95

D

Surat Akuan Pelajar

96

E

Pengesahan Pakar

97-98

F

Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat dan Data Perikanan

99-105

xvi  SENARAI SINGKATAN

PKS

Perusahaan kecil dan sederhana

MITI

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,

DEB

Melalui Dasar Ekonomi Baru

RIDA

kemajuan Industri Luar Bandar

MARA

Majlis Amanah Rakyat

RMK-1

Rancangan Malaysia Pertama

RMK-4

Rancangan Malaysia Keempat

LKIM.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

KDNK

Keluaran Dalam Negara Kasar

WTO

Pertubuhan Perdagangan Sedunia

4P

(4P- Produk, Price, Promotion, Place)

AMA

Persatuan Pemasaran Amerika

FAMA  

 

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

SDSI

Pameran Satu Daerah Satu Industri

SMIDEC

Perbadanan Pembangunan Perusahaan Kecil Dan Sederhana

PMR

Penilaian Menengah Rendah

LCE    

 

SPM MCE     SPSS

Lower Certificate Education Sijil Pelajaran Malaysia

 

Malaysian Certificate of Education Statistical Package For Social Science

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi modal mengikut Bahagian Perusahan Kecil dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ialah sebuah firma perusahaan yang mempunyai modal pemegang saham atau aset bersih sebanyak RM250,000 ke bawah. Perusahaan ini meliputi sektor perkilangan, perladangan dan perkhidmatan. Manakala industri sederhana yang mempunyai modal pemegang saham atau aset bersih lebih daripada RM500,000 dan kurang daripada RM2.5 juta (Usahawan Malaysia, 1990).

Mengikut (MITI)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,

mendefinisikan PKS sebagai sebuah perusahaan yang mempunyai modal kurang daripada RM500,000 atau mempunyai pekerja sepenuh masa kurang dari 25 orang. Manakala perusahaan sederhana mempunyai modal antara RM500,000 hingga RM2.5



juta atau bilangan pekerja sepenuh masa seramai 25 orang hingga 100 orang Ab Aziz (2003).

Usahawan bumiputera berjumlah 6,641 orang, daripada jumlah tersebut 2,547 usahawan daripada Zon Pantai Timur yang terdiri daripada negeri Terengganu seramai 1,152 orang, Kelantan 1,036 orang dan Pahang 359 orang, Jabatan Perangkaan Negara (2006).

Masyarakat bumiputera kurang berkecimpung dalam bidang keusahawanan

kerana telah diterapkan dengan dasar pecah dan perintah iaitu golongan peniaga hanya untuk masyarakat Cina sahaja. Manakala orang Melayu hanya bekerja di kampung sahaja.

Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan berhasrat mengubah golongan bumiputera daripada petani kepada masyarakat peniaga dan usahawan moden (Mahathir,1999). Justeru Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) ditubuhkan pada tahun 1951 memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS).

Setelah itu RIDA ditukar kepada Majlis

Amanah Rakyat (MARA) yang akan memantau aktiviti PKS yang melibatkan golongan bumiputera.

Melalui Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) hingga Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) kerajaan telah mempelbagaikan aktiviti seperti membangunkan PKS yang berskala kecil. Selain Rancangan Malaysia, dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru ditubuhkan untuk menggalakkan serta menyeimbangkan kaum antara bumiputera dengan bukan bumiputera khususnya kaum Cina dalam bidang perniagaan, Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).



Mengikut Perbadanan Perusahaan Kecil Dan Sederhana, jumlah PKS di Kg. Geting adalah sebanyak 100 orang yang berdaftar serta meliputi pelbagai jenis pengeluaran. Antara barangan yang biasa dihasilkan oleh usahawan PKS ini adalah seperti pengeluaran makanan yang terdiri daripada industri pemprosesan keropok, ikan kering, ikan bilis kering, dan budu (Majlis Daerah Tumpat).

Daerah Tumpat, terdiri beberapa jajahan antaranya ialah Pengkalan Kubor, keluasan Pengkalan Kubor adalah 15022 Km/Persegi. Jajahan ini terdiri daripada 8 mukim, antaranya Mukim Tanjung, Mukim Ketil, Mukim Tebing, Mukim Geting, Mukim Simpangan, Mukim Jubakar Darat dan Mukim Bendang Pakyong serta Mukim Jejuluk. Manakala di dalam Mukim Geting, terdapat beberapa kampung antaranya seperti Kampung Kedai Geting, Kampung Neting, Kampung Chabang Tiga Geting, Kampung Pondok Haji Ahmad, Kampung Kual Lama, Kampung Kual Baru, Kampung Pantai Geting, Kampung Banjir, Kampung Raja, Kampung Tengah Geting, Kampung Tujuh, Kampung Pondok Haji Hussin, dan Kampung Pulai Seratus.

Penduduk di

Mukim Geting, adalah seramai 25,560 orang. Kegiatan utama penduduk di Mukim Geting adalah nelayan, berniaga, kakitangan awam atau swasta dan petani Majlis Daerah Tumpat.

Pemilihan PKS industri Perikanan di Kampung Geting, Pengkalan Kubor yang mengusahakan industri pemprosesan keropok, ikan kering, ikan bilis kering dan budu kerana kawasan Kampung Geting, Pengkalan Kubor merupakan kawasan PKS yang terpinggir. Lokasi Kampung Geting, di dalam jajahan Pengkalan Kubor merupakan kawasan yang bersebelahan dengan Laut China Selatan, bahan mentah senang untuk diperolehi, antara bahan mentah yang diperlukan adalah ikan. Contoh produk yang dikeluarkan oleh sektor perikanan adalah seperti jadual 1.1.1



Jadual 1.1.1: Jenis Produk Industri Perikanan Di Malaysia Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32

Jenis Produk Industri Perikanan Bebola Ikan Kek Ikan Nugget Burger Jejari Sosej Ikan Keropok Kering Keropok Lekor Keropok Sira Keropok Segera Sata Otak-Otak Meruku Ikan Amplang Ikan Kering Sotong Kering Kupang Ikan Bilis Kering Ikan Salai Serunding Ikan Sesar Unjur Budu Pekasam Cencaluk Belacan Ikan Jeruk Filet Ikan Udang Ketam Kerang Ikan Bakar Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2011)



Menurut Jabatan Perikanan Negeri Kelantan terdapat 32 produk yang dikeluarkan oleh usahawan PKS industri Perikanan di Malaysia. Namun, setiap negeri adalah berbeza-beza produk yang dikeluarkan, bergantung kepada kepakaran usahawan tempatan dan bantuan daripada Pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Usahawan PKS industri Perikanan di Negeri Kelantan hanya mengusahakan beberapa produk sahaja seperti keropok kering, keropok lekor, keropok sira, keropok segera, sata, ikan kering, serunding ikan, budu, pekasam, belacan, ikan jeruk, ikan, udang, ketam dan ikan bakar.

Manakala produk yang di usahakan oleh usahawan PKS di Kampung

Geting, Pengkalan Kubor Kelantan hanya mengusahakan tujuh jenis produk sahaja. (rujuk jadual 1.1.2). Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (2011).

Jadual 1.1.2: Produk Industri Perikanan Di Kg. Geting, Pengkalan Kubor. Bil 1 2 3 4 5 6 7

Produk Industri Perikanan Di Kg. Geting, Pengkalan Kubor Keropok Kering Keropok Sira Keropok Lekor Keropok Segera Budu Ikan Kering Ikan Bilis Kering Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2011)

Pertumbuhan produktiviti PKS pada tahun 2007 adalah pada kadar 5.3% dengan nilai sebanyak RM46.6 juta, pertambahan daripada RM44.2 juta pada tahun 2006. Peningkatan ini disebabkan oleh pewujudan nilai tambah dan penggunaan kapasiti yang lebih tinggi dalam sektor yang terpilih. Kenyataan ini dapat diterangkan melalui jadual 1.1.3 menerangkan tentang jumlah dan hasil pada setiap tahun. Jabatan Perangkaan, Malaysia (2008). Sektor perikanan negara yang merangkumi perikanan marin (terdiri daripada laut pantai dan laut dalam), perairan umum dan akuakultur termasuk rumpai laut telah menghasilkan pengeluaran ikan sebanyak 1,870,000.81 tan metrik bernilai RM8,683.81 juta pada tahun 2009. Perbandingan pengeluaran ikan pada tahun 2009



dengan tahun 2008 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 6.66%, dengan peningkatan ini sektor perikanan telah menyumbangkan 1.3% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Jadual 1.1.3: Prestasi Syarikat PKS Berdasarkan Tahap Pengeluaran Dan Pertumbuhan. Tahun

2003

2004

2005

2006

2007

Tahap (RM ‘000)

37.02

39.42

42.00

44.22

46.57

Pertumbuhan (peratus)

%

5.94 6.48 6.54 5.28 5.31 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2008)

Namun, dari jumlah pengeluaran ikan negara sektor perikanan marin (laut pantai dan laut dalam) telah mengalami penurunan tangkapan sebanyak 0.09% atau bernilai RM6,322.57 juta daripada tahun 2008. Sektor perikanan pantai merupakan penyumbang utama dengan pengeluaran sebanyak 1,096,63 tan metrik bernilai RM5,184.45 juta atau 78.71%.

Perikanan laut dalam menyumbang sebanyak 296,563 tan metrik bernilai

RM1,138.11 juta Jabatan Perikanan Malaysia, (2011). Keadaaan ini dapat dikaitkan dengan jumlah bot yang dimiliki oleh usahawan yang telah menyumbang kepada peningkatan jumlah tangkapan ikan. (Rujuk jadual 1.1.4)

Bot atau kapal adalah perkara asas untuk sektor perikanan sama ada persisir pantai atau laut dalam. Mengikut akta perikanan “vesel penangkapan ikan” bermaksud mana-mana bot, lancang, kapal yang dilengkapi dengan peralatan untuk menangkap ikan, termasuk aktiviti menyelia, memproses, menyejuk beku, menyimpan, membekal atau mengangkut ikan. Aktiviti memproses, berhubungan dengan ikan, termasuklah membersih, memotong, membubuh ais, membeku, mengetin, membubuh garam, menyalai, memasak, menjeruk, mengering, mengawet, atau menyedia ikan dan lain-lain aktiviti yang melibatkan ikan (Akta Perikanan, 1985). Bilangan “vesel penangkapan ikan” yang telah didaftarkan dan mempunyai lesen di Malaysia adalah sebanyak 48,745



buah pada tahun 2009 berbanding dengan 40,959 buah pada tahun 2008, jumlah ini telah meningkat sebanyak 19.01%.

Vesel penangkapan ikan atau bot Negeri Kelantan mencatat jumlah 1,969 buah dan paling banyak terdapat di kawasan Bachok dan Pasir Putih sebanyak 749 buah. Kawasan Tumpat merekodkan sebanyak 702 buah (Rujuk jadual 1.1.4) dan Kota Bharu sebanyak 518 buah. Bot-bot nelayan dilengkapi dengan enjen jentera seperti bot enjin Berjentera Dalam, Berjentera Sangkut Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, (2011). Manakala Akta Perikanan pula menerangankan “vesel” atau bot penangkapan ikan tempatan bermaksud semua jenis bot yang tidak didaftarkan di luar Negara Malaysia serta kepunyaan rakyat warganegara Malaysia, atau berdaftar dengan mana-mana perbadanan berkanun di bawah undang-undang Malaysia Akta Perikanan (1985).

Jadual 1.1.4: Bilangan Vesel / Bot Mengikut Daerah di Negeri Kelantan. Daerah Kota Bharu Bachok/ Pasir Putih Tumpat

Bot Enjin Sangkut Bot Enjin Dalam Jumlah 349 169 518 475 274 749 297 405 702 Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2009)

Industri perikanan telah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan perkerjaan. Mengikut perangkaan Jabatan Perikanan jumlah nelayan di negeri Pantai Timur yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan adalah sebanyak 18,113 orang nelayan (rujuk jadual 1.1.5) bilangan nelayan di tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Mengikut statistik tersebut nelayan yang

terdapat di Pantai Timur terdiri daripada kaum bumiputera, bukan bumiputera dan juga rakyat negara Thailand dan lain-lain.



Rakyat Thailand yang bekerja sebagai nelayan di perairan Kelantan berjumlah 3,850 orang keadaan ini di sebabkan oleh faktor sempadan antara Malaysia dan Thailand. Bagi negeri Pantai Timur nelayan yang terdiri daripada keturunan India dan Portugis tidak terdapat dikawasan perairan ini. Oleh kerana terdapat jumlah bilangan nelayan yang ramai menjadikan sektor perikanan sebagai penyumbang utama ikan yang membekalkan sumber protein yang penting kepada penduduk tempatan.

Melalui

perangkaan Jabatan Perikanan Peningkatan sebanyak 0.38% pada tahun 2004 berbanding tahun 2003 hanya sebanyak 1.35% sahaja yang menyumbang kepada KDNK Negara Jabatan Perikanan Malaysia (2011).

Jadual 1.1.5: Bilangan Nelayan Yang Bekerja Di Atas Bot Di Negeri Pantai Timur Negeri / keturunaan Bumiputera Cina Thai Indonesia Jumlah Jumlah keseluruhan

Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang 1,766 5,979 3,059 0 9 533 3,850 2,600 246 0 66 0 5,616 8,654 3,843 18,113 Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia, (2011)

Jabatan Perikanan (2011), telah mengeluarkan perangkaan yang menunjukkan bahawa penggunaan bot yang berkelengkapan tinggi, jumlah nelayan yang bekerja di atas bot tidak kira nelayan tempatan atau rakyat asing, menjadi penyumbang kepada peningkatan hasil tangkapan sektor perikanan di negeri Kelantan.



1.2

Latar Belakang Masalah

   

PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor tidak begitu membangun, hanya diketahui oleh penduduk sekitar serta kawasan sempadan sahaja, keadaan ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi penduduk setempat. Keadaan ini dapat dikukuhkan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (2006), mengatakan bahawa 99% syarikat adalah daripada PKS yang hanya menyumbang sebanyak 6% sahaja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sumbangan 6% terhadap KDNK Negara

menggambarkan industri PKS berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, penyelidik akan mengenal pasti penggunaan campuran pemasaran (4P) paling dominan yang digunakan oleh usahawan PKS industri Perikanan di Kg Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan bagi memasarkan produk mereka.

Pembangunan dan perkembangan PKS tempatan terutamanya di Negeri Kelantan tidak begitu berkembang dengan jayanya lantaran kesan globalisasi yang melanda dunia. Kemasukan Negara China sebagai anggota baru dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang menawarkan barangan pada harga yang rendah serta kualiti yang bermutu. Keadaan ini langsung tidak melemahkan semangat para pengusaha PKS tempatan (Fozian Ismail, 2001). Tetapi, bagi pengusaha PKS di Malaysia menghadapi keadaan yang bertentangan dengan negara China, kerana masalah utama PKS di Malaysia ialah tahap kualiti barangan Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Fenomena ini terjadi kerana pengusaha PKS tempatan hanya mensasarkan pemasaran produk mereka kepada golongan penduduk setempat dan kawasan yang berdekatan sahaja tanpa memikirkan untuk memenuhi pasaran luar.

Penyelidik mengambil peluang supaya usahawan PKS dapat membuka minda kerana PKS menjadi penyokong kepada proses perindustrian negara.

Proses

perindustrian negara tidak hanya semata-mata bergantung kepada industri besar sahaja, tetapi bergantung juga kepada PKS yang akan membekalkan industri hiliran kepada

10 

sektor perindustrian negara. Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (19912000) peranan PKS sebagai tulang belakang proses pembangunan negara dengan membekalan sumber makanan dan bahan mentah (Perikanan) kepada negara Ab Aziz (2003).

PKS memberi sumbangan kepada pembangunan kawasan luar bandar. Hal ini berlaku kerana pembangunan PKS di kawasan luar bandar tidak memerlukan kemudahan tempat dan prasarana yang besar atau canggih kerana kilang atau syarikat boleh didirikan di kawasan luar bandar. Pembinaan kilang di kawasan luar bandar membolehkan syarikat menyediakan peluang pekerjaan serta memudahkan usahawan memasarkan produk mereka Ab Aziz (2003).

1.3

Pernyataan Masalah

Usahawan PKS khususnya di Kawasan Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan sering menghadapi masalah untuk memasarkan produk.

Mereka hanya

memasarkan produk mengikut kaedah tradisional seperti yang diamalkan sejak turun temurun iaitu memasarkan produk kepada jiran tetangga, saudara mara. Oleh sebab itu, penyelidik mengambil kesempatan untuk mengenal pasti penggunaan campuran pemasaran (4P) oleh usahawan PKS. Penyelidik akan mengkaji adakah usahawan PKS menggunakan campuran pemasaran (4P) untuk memajukan sektor PKS di Kampung Geting, Pengkalan Kubor.

11 

1.4

i.

Objektif Kajian

Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan produk dalam pemasaran.

ii.

Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan harga dalam pemasaran.

iii.

Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan promosi dalam pemasaran.

iv.

Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan lokasi penempatan barangan dalam pemasaran.

1.5

i.

Persoalan Kajian

Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan produk dalam pemasaran.

ii.

Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan harga dalam pemasaran.

iii.

Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan promosi

dalam pemasaran. iv.

Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan lokasi penempatan barangan dalam pemasaran.