Penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Dalam Pendidikan

Penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Dalam Pendidikan Seni Peringkat Awal Kanak-Kanak ... kanak-kanak juga melalui penglibatan yang ... ibu bapa dal...

7 downloads 561 Views 168KB Size
Penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Dalam Pendidikan Seni Peringkat Awal Kanak-Kanak (pra- sekolah) Siti Zuraida Bte Maaruf, Khadijah Said Hashim dan Syamsul NurAzlan Mohamed Fakulti Pendidikan, UiTM Malaysia ABSTRAK Latihan Berasaskan Komputer Multimedia interaktif adalah persembahan latihan dan bananbahan pendidikan melalui komputer.

Objektif utama penulisan ini ialah untuk

membincangkan bagaimana guru boleh mengitegrasikan kaedah pengajaran secara konvensional seiring dengan penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Multimedia interaktif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni di peringkat awal kanak-kanak. Di samping itu penulis juga turut membincangkan ciri-ciri atau gaya pembelajaran (learning styles) yang digemari oleh kanak-kanak mengikut perkembangan menyeluruh mereka.Penulisan ini juga menyentuh tentang kelebihan-kelebihan teknologi komputer atau multimedia yang mana dapat membantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar-pelajar

secara

amnya

di

sekolah.

Dalam

penulisan

kajian

ini,

penulis

mengaplikasikan kajian berasaskan kepada analisa perbincangan secara mendalam terhadap kajian-kajian lampau yang berkaitan dengan penggunaaan teknologi dan Latihan Berasaskan Komputer Multimedia interaktif secara umum dan khususnya dalam pendidikan Seni peringkat awal kanak-kanak. Adalah diharapkan, agar penulisan ini dapat membuka ruang bagi menwujudkan kesedaran di kalangan warga guru terhadap peluang untuk memperbaiki dan memperkasakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan memenfaatkan kemudahan teknologi komputer atau multimedia yang bersifat lebih interaktif dan menarik.

Kata kunci : Pengintegrasian, Latihan Berasaskan Komputer, Multimedia Interaktif, Gaya Pembelajaran dan Motivasi

1

Pengenalan Konstelnik, Soderman, dan Wiren (1993) berpendapat bahawa peringkat prasekolah adalah masa terbaik untuk perkembangan kanak-kanak di mana banyak perubahan-perubahan yang penting berlaku. Perubahan ini berkaitan dengan interaksi yang kompleks, iaitu antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak, serta pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan sosial. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh persekitaran, sama ada positif ataupun negatif berbanding pada masa-masa lain. Apabila kanak-kanak tidak diberi pengalaman yang menggalakkan pada masa perkembangan yang terbaik ini, mereka mungkin tidak bermotivasi dan tidak berjaya memperolehi potensi. Feldman (1991) menyatakan kanak-kanak belajar secara semulajadi. Mereka ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkara-perkara baru. Mungkin antara cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui bermain Berikut merupakan perkembangan yang dapat dipupuk melalui aktiviti bermain : a. perkembangan kognitif, bahasa dan fizikal b. kestabilan emosi c. kreativiti kanak-kanak d. perkembangan dan kemahiran sosial e. memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak Nor Hashimah dan Yahya (2003) mengketogerikan pembelajaran yang bersandarkan aktiviti permainan kepada empat jenis. Keseimbangan diantara aktiviti bermain dan belajar merupakan rangka kerja yang penting dalam membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. terdapat empat jenis permainan yang dikenalpasti iaitu: 1. Permainan ‘solitary’ 2. Permainan ‘parallel’ 3. Permainan ‘associative’ 4. Permainan ‘cooperative’. Pembelajaran kanak-kanak juga melalui penglibatan yang aktif dengan objek-objek konkrit bukan sahaja melalui aktiviti bermain. Mereka belajar melalui deria, iaitu dengan melihat, mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu yang mana setiap daria ini merupakan perantaraan pada otak. Penekanan kepada keperluan pelbagai bahan dan media untuk rangsangan deria kanak-kanak adalah aspek penting dalam pembelajaran melalui deria. Bagi

2

menyatakan perkara yang mereka fikirkan kanak-kanak perlu bercakap berkenaan pengalaman mereka. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2001) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara membolehkan kanak-kanak prasekolah memperolehi asas komunikasi, kemahiran sosial dan kemahiran lain yang positif seperti fizikal, intelektual, emosi, rohani dan nilai estetik sebagai persediaan ke sekolah rendah. Di alaf baru pembangunan globalisasi negara yang berteraskan kepada kemajuan teknologi berasaskan komputer berhasrat bagi melahirkan insan yang seimbang dari segenap aspek boleh dilaksanakan dengan cara mengintegrasikan penggunaan komputer dalam pendidikan bersama dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional yang sedia ada seawal peringkat prasekolah. Dengan kewujudan komputer sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah telah memberikan kepelbagaian maklumat kepada guru-guru prasekolah, guruguru pelatih dan ibu bapa dalam usaha untuk mengajar kanak-kanak yang baru berada di alam pendidikan. Kemampuan komputer untuk menyimpan maklumat dalam saiz yang besar termasuk data-data yang berbentuk multimedia interaktif telah menjadikan maklumatmaklumat tersebut mudah diurus dan diguna pakai. Multimedia merupakan salah satu elemen penting yang turut hangat diperkatakan hari ini yang mana berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada penggunaan komputer. Ramai orang berangapan bahawa multimedia merupakan satu revolusi terbesar dalam bidang pendidikan dan komunikasi selepas terciptanya mesin percetakan. Antara lain komputer turut memainkan peranan penting dalam usaha merapatkan jurang informasi dan geografi dalam perkembangan perhubungan dan pengetahuan manusia. Seorang penulis, Gayaski (1993) mendefinisikan multimedia sebagai suatu kumpulan media berasaskan komputer dan system komunikasi yang berperanan untuk membina, menyimpan, menghantar dan menerima informasi berasaskan teks, grafik, audio dan sebagainya. Multimedia merupakan penggunaan pelbagai jenis media yang digunakan bagi tujuan komunikasi secara umumnya. Namun begitu jenis media yang diterima sebagai elemen multimedia berubah mengikut peredaran masa dan juga teknologi. Multimedia masa dahulu merupakan gabungan dua ataupun lebih media dalam proses penyampaian maklumat. Kini multimedia umum diterima sebagai kombinasi perbagai jenis media yang berhubung terus dengan penggunaan teknologi komputer.

3

Keistimewaan sistem ini ditambah lagi dengan perkembangan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan yang membolehkan komputer bukan sahaja menggunakan teks sebagai sumber penyaluran informasi yang utama malah menyelitkan juga elemen-elemen grafik, video, animasi, audio dan interaktiviti di dalamnya. Dengan penambahan elemen-elemen tersebut dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan dan keupayaan penggunaan sistem komputer ke tahap yang maksimum dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan adanya kemudahan pengaplikasian dalam bentuk multimedia interaktif ini ia telah membuka satu lembaran baru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif kepada para guru dan ibu bapa. Sistem integrasi multimedia ini juga dimasukkan ke dalam perpustakaan-perpustakaan dan kelas-kelas bagi mengubah bentuk maklumat yang sedia ada dan juga mengubah cara perolehan maklumat itu dicapai. Integrasi Teknologi Komputer Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kurikulum Pendidikan Seni Pra-sekolah Terdapat pelbagai maksud yang berbeza yang memberi gambaran terhadap kurikulum. Menurut Catron dan Allen (1999), kurikulum dianggap, sama ada sebagai satu set aktiviti yang memenuhi matlamat dan objektif yang dirancang, rangka kerja untuk membuat keputusan berkenaan pemilihan bahan dan aktiviti, ataupun pendekatan komprehensif untuk memupuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Catron dan Allen (1999) menjelaskan bahawa, kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, rohani, intelek, merancang aktiviti dan membuat penilaian. Manakala kurikulum tersembunyi ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran. Dalam kandungan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah: Edisi Percubaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001) telah mengariskan beberapa perkara yang perlu dijadikan panduan oleh guru-guru prasekolah, iaitu Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara, matlamat, objektif, model konseptual, pengurusan pengajaran-pembelajaran, penilaian dan rekod perkembangan kanak-kanak, kanak-kanak dengan keperluan khas dan penglibatan ibu bapa.

4

Salah satu daripada enam komponen atau bidang yang diberi tumpuan dalam kurikulum prasekolah adalah kreativiti dan nilai estetika. Nor Hashimah dan Yahya (2003) melihat komponen ini sebagai teras kepada perkembangan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Kanak-kanak boleh terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti seni seperti lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan puisi. Bagi menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman melalui aktiviti seni ini penting bagi membantu kanak-kanak membina kenyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri. Komponen ini meliputi lima aspek, iaitu: persekitaran dan keindahan alam; lukisan dan kraf tangan; muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif; drama dan puisi dan warisan budaya. Penglibatan dalam aktiviti seni dan kreatif dilihat oleh Narimah dan Nani Menon dalam Rohani dan Mohd Sharani (2003) sebagai sesuatu yang sangat penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, membentuk arca dan sebagainya. Perkembangan kanak-kanak melalui penerokaan boleh dibantu menerusi aktiviti seni. Sebagai contoh, aktiviti melukis atau mengambar dapat memberi pengalaman kepada kanak-kanak dalam memilih bahan, warna, garisan, saiz dan bentuk. Mereka boleh memilih bahan-bahan yan disukai dan mengeluarkan idea. Kemahiran motor halus dan motor kasar dapat ditingkatkan menerusi aktiviti seni dan kraf misalnya melalui aktiviti menggunting dalam aktiviti kolaj. Ketika menggunakan krayon kanak-kanak belajar membuat kawalan pergerakan jejari mereka. Melalui aktiviti kreatif dan estetika kanak-kanak dapat menyampaikan kegembiraan, kesedihan dan kekecewaan dalam kata yang lebih mudah aktiviti estetika dan kreatif membantu kanak-kanak untuk menyampaikan emosi dan perasaan mereka.

B.F. Skinner (1954, 1968) mengemukakan satu cadangan pendekatan yang dikenali sebagai “programmed instruction” atau pengajaran berprogram yang melibatkan tiga prinsip pengendalian semasa mempersembahkan bahan baru kepada pelajar: 1.

Tindak Balas Yang Aktif - tindak balas yang diberikan oleh pelajar secara berterusan

2.

Membentuk - apa yang pelajar sudah tahu merupakan permulaan pengajaran, kemudian maklumat baru dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil dan persembahkan kepada pelajar semasa pelajaran dijalankan.

Tingkah laku yang

dikehendaki (penguasaan subjek atau perkara berkenaan) dibentuk secara beransuransur sambil pelajar memperoleh maklumat tambahan dan jawapan yang beransuransur sukar

5

3.

Pengukuhan Segera - penguasaan setiap bahagian adalah hampir dijamin oleh sebab pengajaran melibatkan kemajuan yang beransur-ansur. Jadi, dengan mendapatkan maklum balas bahawa jawapannya itu betul pelajar mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk memberi tindak balas yang betul kepada soalan-soalan yang ditanya dan diberi pengukuhkan segera [B.F. Skinner (1954, 1968)].

Bagaimanakah caranya para guru dapat menggunakan teknologi yang berasaskan komputer untuk mengukuhkan pembelajaran pelajar? Kognitivis percaya bahawa kanak-kanak memerlukan peluang untuk membina pengetahuannya sendiri. Istilah konstructivisme adalah berpendirian bahawa pelajar membina pengetahuan secara aktif, ini telah diaplikasikan dalam teori-teori Piaget, Vygotsky dan Bruner. Antara pendapat lain yang berkaitan dengan perkembangan manusia adalah pendapat ahli-ahli Interaktionis. Teori ini juga turut dikenali sebagai teori Kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget yang melibatkan aspek-aspek struktur intelek yang digunakan bagi memahami dan mengetahui sesuatu. Kognitif bukanlah hanya hasil kematangan organisma dan bukan juga pengaruh persekitaran sahaja, bahkan melibatkan kedua-duanya. (Md. Nasir dan Ibrahim, 2003) Namun begitu, mengikut pendapat Harris (1998), Hirsch (1996), Nuthall (1996) mengetahui bahawa pembelajaran merupakan proses konstruktif (pembinaan) sahaja tidak menjamin pembelajaran yang berkesan. Ahli-ahli psikologi kognitif percaya bahawa terdapat banyak cara untuk menolong pelajar bagi membina pengkalan ilmu pengetahuan yang kaya dan canggih. Antaranya, guru boleh: menyediakan peluang untuk percubaan (experimentation); menegaskan kefahaman konseptual (pembinaan ilmu pengetahuan dari yang mudah kepada yang susah, mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama); mendapatkan pelajar untuk mempersembahkan idea orang lain; mempromosikan dialog di kalangan pelajar; menggunakan aktiviti-aktiviti autentik; serta mewujudkan suatu komuniti pelajar yang boleh berkongsi apa yang mereka telah pelajari.(Ormrod, 2003) Menerusi eksplorasi, penerangan, perbincangan dan perdebatan kanak-kanak membina pengetahuan. Kognitivis mencipta dan memikiran kembali kerja mereka dan kefahaman mereka sendiri. Mereka mengambil tahu tentang pembinaan pengetahuan yang tidak dapat diperhatikan. Mereka menumpuan kepada penyeleasaian masalah dan strategi pembelajaran. Menurut Conway (1997) guru menyusun bagi memperolehi sumber yang diperlukan dan bertindak sebagai panduan kepada pelajar sementara pelajar sendiri menetapkan matlamat sendiri dan “mengajar diri sendiri”.

6

Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Menurut Howard Gardner, kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi dan murid-murid boleh dikenali melalui aspek kecerdasan yang boleh dikesan dalam diri mereka. Kreativiti boleh dilahirkan melalui pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikan pembelajaran bagi membantu mereka mambina kemahiran seterusnya memperolehi ilmu dan mengamalkanya. Teori yang diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) iaitu ‘Theory of Multiple Intelligences’ menjelaskan, kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang diharga oleh sesuatu budaya. Mengikut Gardner lagi, setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kebolehan mental yang berasingan atau bebas, iaitu kecerdasan. Sehingga kini beliau mengenal pasti sembilah jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996). Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) Gardner yang dijumpai dalam Gardner and Hatch (1990) mencadangkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis kebolehan, atau kecerdasan yang agak berlainan. Perspektif ini mengemukakan kemungkinan yang pelajar kita berkemungkinan agak cerdas dari suatu segi. Lapan jenis kecerdasan itu ialah: 1. Kecerdasan Linguistik atau Pertuturan adalah kebolehan menggunakan bahasa secara berkesan dalam bentuk tulisan dan pertuturan, 2. Kecerdasan Logikal atau Matematik adalah kebolehan pembelajaran dalam bentuk pengiraan dan penaakulan untuk berhujah secara logik, terutama dalam matematik dan sains, 3. Kecerdasan Visual atau Spatual adalah kebolehan untuk memperhatikan butir-butir yang dilihat serta membayangkan dan memanipulasikan objek visual dalam bentuk imaginasi melalui minda, 4. Kecerdasan Muzikal atau Irama adalah kebolehan untuk mencipta, memahami, dan menghayati muzik melalui kepekaan terhadap bunyi yang pelbagai dalam persekitaran mereka, 5. Kecerdasan Kinestetik-badan adalah kebolehan berkaitan dengan gerak badan termasuk motor otak yang mengawal pergerakan anggota badan seseorang dengan mahir, 6. Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memerhati aspek-aspek halus mengenai tingkah laku orang lain serta boleh berhubung dan berkomunikasi, 7. Kecerdasan Intrapersonal adalah kesedaran tentang perasaan, niat, dan hasrat diri

7

8. Kecerdasan Naturalist adalah kebolehan mengenal corak-corak dalam alam semulajadi dan perbezaan antara pelbagai bentuk hidup dan objek semulajadi. 9. Kecerdasan Existentialist adalah merujuk displin falsafah. Kanak-kanak belajar dalam konteks di manakah pegangan manusia (Ormrod, 2003: 108-109) Mengikut Teori Kecerdasan Pelbagai, setiap kecerdasan tidak bergantung antara satu sama lain (Hatch dan Gardner, 1997). Setiap kecerdasan menunjukkan ciri-ciri penyelesaian masalah tertentu dan kebolehan memproses maklumat.

Jensen (1980)berpendapat ,

kecerdasan adalah hasil daripada pengaruh keturunan, yang bermaksud kecerdasan seseorang kanak-kanak secara keseluruhannya dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Bagaimanapun, Kamin (1975) dan Humphreys (1986) berpendapat kecerdasan adalah ditentukan oleh faktorfaktor persekitaran sosial seseorang. Schif, et. al (1982) dan Scarr dan McCartney (1983) mempertahankan faktor keturunan dan persekitaran sosial sebagai memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan kecerdasan. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) teori kecerdasan mempunyai implikasi yang sangat luas terhadap strategi pengajaran, stail pembelajaran dan pencapaian pelajar. Kecerdasan mempengaruhi kebolehan berfikir, khususnya perkembangan pemikiran aras tinggi. Kecerdasan juga mempergaruhi kecekapan otak seseorang dari segi menangkap dan menguasai pelbagai idea, konsep dan membuat generalisasi. Implikasi teori ini ialah bahawa Pendidikan Seni Prasekolah yang tergolong dalam kecerdasan ruang boleh dipelajari, dididik, dan dipertingkatkan. (Kebolehan menggambar bukan hanya sekadar melibatkan bakat seseorang sahaja kontrari dengan persepsi orang ramai sebelum ini.) Namun begitu, guru seharus menyedar bahawa kesemua kecerdasan ini tidak berkembang seiring dalam setiap individu. Hanya satu atau dua kecerdasan yang berkembang dengan sepenuhnya

walaupun

semua

kecerdasan

itu

wujud

dalam

setiap

individu

itu.

Walaubagaimana pun, kecerdasan-kecerdasan ini boleh dirangsang untuk ditajamkan tetapi tidak harus dinilai secara berasingan. Para guru seharusnya menyediakan pelbagai aktiviti untuk memenuhi kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh pelajar kerana pelajar dimotivasikan belajar apabila mereka dapat melakukan sesuatu. Sebagai contohnya, dalam suatu pelajaran Pendidikan Seni, guru boleh mengadakan aktiviti yang melibatkan penceritaan (kecerdasan linguistik), perbincangan (kecerdasan interpersonal), dan lukisan atau menggambar (kecerdasan visual dan spatual).

8

Kesimpulan Penggunaan komputer sebagai komponen multimedia yang boleh merupakan alat yang merangsang pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah adalah suatu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga sememangnya menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan kini bagi melahirkan generasi celik komputer kerana ia melibatkan pengaktifan semua deria sebanyak mungkin seperti deria pendengaran, sentuhan, visual dan sebagainya. Semua ini membantu mengukuhkan ingatan dalam pembelajaran seawall peringkat kanak-kanak. Banyak kajian terdahulu menunjukkan kepentingan komputer dalam menggalakkan kemahiran kognitif dan bahasa. Komputer dapat memupuk pelbagai kecekapan seperti mengalakkan potensi imaginatif, kreatif, emosi dan pemikiran logik dan kritikal. Kanak-kanak boleh didedahkan kepada komputer daripada kecil lagi. Terdapat bukti penyelidikan yang menunjukkan kanak-kanak berumur dua tahun boleh mula didedahkan kepada komputer (Rohani, Sin, Cheah & Rosazizi, 2003 : Webb dan Rowe, 1995). Dalam pembelajaran berteraskan komputer, kanak-kanak bebas memilih jenis dan tahap pembelajaran yang mereka suka. Mereka juga dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih lanjut dan mendalam, bergantung pada reaksi mereka kepada sesuatu perisian komputer. Hasil penyelidikan lepas menunjukkan komputer menyediakan peluang pembelajaran yang lebih berkesan kepada kanak-kanak. melalui komputer kanak-kanak mendapat berbagai-bagai pengalaman dengan meneroka dan belajar melalui pelbagai perisian yang terdapat di pasaran masa kini. Di samping itu, pembelajaran berbantu komputer memenuhi keperluan kanakkanak yang mempunyai stail pembelajaran dan kemahuan tersendiri. (Rohani & Rosazizi dalam Rohani, Nani Menon & Mohd. Sharani, 2003). Adalah diharapkan, agar penulisan ini dapat membuka ruang bagi menwujudkan kesedaran di kalangan warga guru terhadap peluang untuk memperbaiki dan memperkasakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan memenfaatkan kemudahan teknologi komputer atau multimedia yang bersifat lebih interaktif dan menarik. Di samping itu juga diharapkan agar penulisan ini juga dapat memberi inspirasi kepada mereka yang berminat untuk menjalankan penyelidikan yang lebih mendalam tentang pengintegrasian teknologi komputer atau multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kanak-kanak prasekolah di Malaysia.

9

SENARAI RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), kemahiran berfikir merentasi kurikulum, Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd Catron, C.E. dan Allen, J. (1999) Early childhood curriculum: a creative-play model (2nd. Ed). Prentice-Hall. New Jersey Convay, J. (1997). Educational technology’s effects on models of instruction. (Article posted May, 1997) Http://udel.edu/~jconway/EDST666.htm, email: [email protected] Feldmen, J.R. (1991), A survival guide for preschool teachers, New York : The Center for Applied Research in Education Gardner, H. & Hatch, T. (1990). Multiple intelligences go to school: Educational implications of the theory of multiple intelligences. Educational Researcher, 18(8), 4 –10. Harris, D. B. (1963). Children’s as measure of intelligence maturity, New York: Harcourt, Brace & World. Harris, J.R. (1998). The nurture asumption: why children turn out the way they do. New York: Free Press. Hatch, T. and Gardner, H. (1997),’If Binet Had Looked Beyond theClassroom: The Assesment of Multiple Intelligences’ di dalam Toff, B. (1997) Multiple Intelligence and Assessment: A Collection of Articles, Illinois : IRI Skylight Hirsch, E.D., Jr. (1996). The schools we need and why we don’t have them. New York: Doubleday. Jonassen, D. H. (1998), Designing constructivist learning environment 1. In C. M. Reigeluth (ed.), Instructional Theories and Models, 2nd Ed., Mahwah, NJ : Lawrence, Erlbaum. Kostelnik, M.J., Soderman, A.K. and Wiren, A.P. (1993) Developmentally appropriate programs in early childhood education. New York : MacMillan Publishing Company. McCathy, S.A (1924). Children’s drawing. Baltimore: William and Wilkins. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan pendidikan prasekolah. siri pendidikan prasekolah. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. BHd.

10

Nuthall, G. (1996). Commentary: Of learning and language and understanding the complexity of the classroom. Educational Psychologist, 31, 207-214 Ormrod, J.E. (2003). Educational psychology: Developing learners. Upper Saddle River, NJ: Pearson Education Inc. Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003), Panduan kurikulum prasekolah, Kuala Lumpur : Percetakan Cergas (M) sdn. Bhd Skinner, B.F. (1954). The science of learning and the art of teaching. Harvard Educational Review, 24, 86-97. Skinner, B.F. (1968). The technology of teaching. New York: Appleton-CenturyCrofts.

11