PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI PERSPEKTIF ISLAM : KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)
NUR SYAMIMI BINTI AZIZAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI PERSPEKTIF ISLAM : KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)
NUR SYAMIMI BINTI AZIZAN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iii
DEDIKASI Tuhanku Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan Khas buat semua insan yang disayangi…. Buat Ayahanda dan Bonda tersayang Azizan Bin Saad dan Maznah Binti Che Din Terima kasih di atas pengorbanan kalian yang amat bernilai buat anakmu ini Kasih dan sayangmu mengiringi setiap detik perjuanganku…. Serta buat Kekanda dan Adinda yang dikasihi Muhammad Asyraf, Ummi Aainaa, Nurul Aizzat dan Siti Syahirah Dengan iringan doa, dorongan serta pengorbanan tulus ikhlas dari kalian Memberikanku semangat untuk meneruskan perjuangan ini….. Buat para pensyarah yang tercinta Khasnya Ustaz Nurazmallail Bin Marni Terima Kasih Di Atas Ilmu dan didikan Yang Diberikan... Jasa kalian teramat bernilai pada diriku... Teristimewa juga buat teman-teman seperjuanganku (SPI 2007-2011)... Terima kasih atas segala pertolongan dan pengorbanan kalian... Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama.. Terima kasih atas segalanya......
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka sempurnalah Projek Sarjana Muda (PSM) hingga ke noktah terakhir.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan khas buat al-Fadhil Ustaz Nurazmallail bin Marni selaku penyelia yang tidak pernah jemu dan telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan PSM ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga buat Pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan kakitangan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang penyelidik menyiapkan kajian ini.
Diiringi ucapan terima kasih buat teman-teman seperjuangan yang turut membantu dan memberi semangat, pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung serta keluarga tercinta yang banyak memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kajian ini. Semoga segala kerjasama yang diberikan akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan pelajar SPS terhadap penjagaan kesihatan menerusi senaman dari perspektif Islam. Selain itu, kajian ini juga adalah bagi mengenalpasti persepsi pelajar SPS terhadap kepentingan senaman dalam penjagaan kesihatan dan untuk mengetahui amalan senaman yang dilakukan oleh mereka. Seramai 64 orang pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Set soal selidik mengandungi 34 item dan data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 15.0 for Windows secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.875. Secara keseluruhannya, berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan yang agak baik mengenai penjagaan kesihatan menerusi senaman mengikut perspektif Islam dengan nilai min yang tinggi iaitu 4.18. Dapatan kajian juga menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji iaitu kepentingan senaman dalam penjagaan kesihatan dengan nilai min 3.99. Amalan senaman yang dilakukan oleh responden juga berada pada tahap yang positif dengan nilai min 3.42. Pada akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan agar ia menjadi panduan dan tindakan kepada pihak-pihak tertentu.
vi
ABSTRACT
This research investigates understanding level of SPS students towards healthcare through exercising from Islamic perspective. Besides, the purpose of this research was also to identify SPS student’s perception towards the importance of exercise in healthcare, as well as to find out their practice of exercising. A total of 64 students of Bachelor Degree of Science and Education (Sport Science) were chosen as the respondents. In this research, questionnaire was used as the research instrument. The questionnaire consists of 34 items and the collected data were analyzed using Statistical Package for Social Science 15.0 for Windows in a type of descriptive statistical including frequency, percentage and means. The reliability of the questionnaire is α = 0.875. According to the result from the research, the respondents had a good level of understanding of health care through exercising based on Islamic perspective with a high value of mean at 4.18. The results of this study also showed that most of the respondents had a positive perception on the importance of exercising in healthcare management, with a mean value of 3.99. The exercise practice by the respondents are also at a positive level with a mean value of 3.42. At the end of the study, the researcher proposed a few suggestions as a guideline and endorsement to the related parties.
ISI KANDUNGAN
BAB
PERKARA
HALAMAN
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
ISI KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xiii
SENARAI SINGKATAN
xv
SENARAI LAMPIRAN
xvi
viii
BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar belakang Masalah
3
1.3
Pernyataan Masalah
5
1.4
Objektif Kajian
6
1.5
Persoalan Kajian
7
1.6
Kepentingan Kajian
7
1.7
Batasan Kajian
8
1.8
Definisi Istilah
9
1.9
BAB II
HALAMAN
1.8.1
Kesihatan
9
1.8.2
Senaman
9
1.8.3
Perspektif
10
1.8.4
Persepsi
10
Kesimpulan
11
SOROTAN KAJIAN
2.1
Pengenalan
12
2.2
Kesihatan Menjamin Kesejahteraan Hidup
13
2.2.1 Penjagaan Kesihatan Menurut Pespektif Islam 2.3
2.4
14
Senaman Sebagai Satu Amalan Utama Penjagaan Kesihatan
16
Senaman dari Perspektif Islam
17
2.4.1 Jenis-Jenis Senaman
19
2.4.2 Kaedah-Kaedah Senaman Yang Efektif
ix Berdasarkan Sunnah Rasulullah
BAB III
21
2.5
Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25
2.6
Amalan Bersenam Yang Baik
28
2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman
29
2.6.2 Prinsip-Prinsip Senaman
33
2.7
Kajian Lepas
37
2.8
Kesimpulan
40
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
41
3.2
Rekabentuk Kajian
42
3.3
Tempat Kajian
42
3.4
Populasi dan Sampel Kajian
43
3.5
Instrumen Kajian
44
3.5.1
Pengumpulan Data Primer
44
3.5.1.1 Soal Selidik
44
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder
47
3.6
Prosedur Kajian
47
3.7
Analisis Data
48
3.8
Kajian Rintis
49
3.9
Jangkamasa Kajian
50
3.10
Kesimpulan
51
x BAB IV
ANALISIS KAJIAN
4.1
Pengenalan
52
4.2
Data
53
4.3
Analisis Data (Bahagian A)
53
4.3.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina
54
4.3.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur
54
4.3.3 Latar Belakang Responden Mengikut Bangsa
55
4.3.4 Latar Belakang Responden Mengikut Tahun Pengajian
56
4.3.5 Latar Belakang Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi 4.4
Analisis Data (Bahagian B, C dan D)
56 57
4.4.1 Tahap Pengetahuan Terhadap Aspek Penjagaan Kesihatan Menerusi Senaman dari Perspektif Islam
58
4.4.2 Persepsi Pelajar SPS Terhadap Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan
65
4.4.3 Amalan Senaman Yang Dilakukan Oleh Pelajar SPS 4.5
Analisis Keseluruhan
71 76
4.5.1 Tahap Pengetahuan Terhadap Aspek Penjagaan Kesihatan Menerusi Senaman dari Perspektif Islam
77
4.5.2 Persepsi Pelajar SPS Terhadap Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan
79
xi 4.3.5 Amalan Senaman Yang Dilakukan Oleh Pelajar SPS 4.6
BAB V
Kesimpulan
82 84
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
85
5.2
Perbincangan
86
5.2.1 Bahagian A : Perbincangan Mengenai Latar Belakang Responden
86
5.2.2 Bahagian B : Perbincangan Mengenai Tahap Pengetahuan Pelajar SPS Terhadap Aspek Penjagaan Kesihatan Menerusi Senaman dari Perspektif Islam
88
5.2.3 Bahagian C : Perbincangan Mengenai Persepsi Pelajar SPS Terhadap Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan
90
5.2.4 Bahagian D :Perbincangan Mengenai Amalan Senaman Yang Dilakukan Oleh Responden 5.3
Rumusan kajian
92 93
5.3.1 Rumusan Mengenai Tahap Pengetahuan Terhadap Aspek Penjagaan Kesihatan Menerusi Senaman dari Perspektif Islam
94
5.3.2 Rumusan Persepsi Pelajar SPS Terhadap Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 5.3.3 Rumusan Amalan Senaman Yang
94
xii Dilakukan Oleh Pelajar SPS 5.4
95
Cadangan
95
5.4.1 Kementerian Kesihatan Malaysia
96
5.4.2 Media Massa
96
5.4.3 Pihak Sekolah
97
5.5
Kajian Lanjutan
97
5.6
Kesimpulan
98
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
99
xiii SENARAI JADUAL
NO.JADUAL
TAJUK JADUAL
3.1
Pengkelasan Skala Likert
3.2
Maklumat Setiap Bahagian, Jenis Struktur
HALAMAN
46
dan Bilangan Item Soal Selidik
46
3.3
Nilai Skor Min
48
3.4
Tahap Persetujuan
49
4.1
Taburan Responden Mengikut Jantina
54
4.2
Taburan Responden Mengikut Umur
54
4.3
Taburan Responden Mengikut Bangsa
55
4.4
Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian
56
4.5
Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi
56
4.6
Skala Likert
57
4.7
Nilai Skor Min
58
4.8
Taburan Skor Bagi Item 1
58
4.9
Taburan Skor Bagi Item 2
59
4.10
Taburan Skor Bagi Item 3
60
4.11
Taburan Skor Bagi Item 4
60
4.12
Taburan Skor Bagi Item 5
61
4.13
Taburan Skor Bagi Item 6
61
4.14
Taburan Skor Bagi Item 7
62
4.15
Taburan Skor Bagi Item 8
62
4.16
Taburan Skor Bagi Item 9
63
4.17
Taburan Skor Bagi Item 10
63
4.18
Taburan Skor Bagi Item 11
64
4.19
Taburan Skor Bagi Item 12
64
xiv 4.20
Taburan Skor Bagi Item 13
65
4.21
Taburan Skor Bagi Item 14
66
4.22
Taburan Skor Bagi Item 15
66
4.23
Taburan Skor Bagi Item 16
67
4.24
Taburan Skor Bagi Item 17
67
4.25
Taburan Skor Bagi Item 18
68
4.26
Taburan Skor Bagi Item 19
68
4.27
Taburan Skor Bagi Item 20
69
4.28
Taburan Skor Bagi Item 21
69
4.29
Taburan Skor Bagi Item 22
70
4.30
Taburan Skor Bagi Item 23
70
4.31
Taburan Skor Bagi Item 24
71
4.32
Taburan Skor Bagi Item 25
71
4.33
Taburan Skor Bagi Item 26
72
4.34
Taburan Skor Bagi Item 27
72
4.35
Taburan Skor Bagi Item 28
73
4.36
Taburan Skor Bagi Item 29
73
4.37
Taburan Skor Bagi Item 30
74
4.38
Taburan Skor Bagi Item 31
74
4.39
Taburan Skor Bagi Item 32
75
4.40
Taburan Skor Bagi Item 33
75
4.41
Taburan Skor Bagi Item 34
76
4.42
Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap Pengetahuan Pelajar SPS Terhadap Aspek Penjagaan Kesihatan Menerusi Senaman dari Perspektif Islam
4.43
77
Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Persepsi Pelajar SPS Terhadap Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan
4.44
79
Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Amalan Senaman Yang Dilakukan Oleh Pelajar SPS
82
xv
SENARAI SINGKATAN
FTI
Fakulti Tamadun Islam
KS
Kurang Setuju
PSM
Projek Sarjana Muda
S
Setuju
SAW
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
SPS
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS
Statistical Packages For The Social Science
SS
Sangat Setuju
STPM
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS
Sangat Tidak Setuju
SWT
Subhanahu Wa Ta’ala
TS
Tidak Setuju
UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM
Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A
Instrumen Kajian Soal Selidik
B
Bilangan Pelajar Fakulti Pendidikan Mengikut Tahun dan Kursus
C
Nilai Alpha Kajian Rintis
D
Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Islam sebagai ad-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap meliputi segala persoalan hidup manusia. Justeru, bersesuaian dengan sifat kesyumulan Islam itu sendiri, Islam telah membawa kesejahteraan dari pelbagai aspek kehidupan. Menurut Zulekha Yusoff et.al (2006:51), penjagaan kesihatan adalah sebahagian daripada persoalan kehidupan dan ia juga merupakan sebahagian daripada tujuan syariat (Maqasid Syar’iah). Keseluruhan syariat Islam adalah untuk mencapai tujuan menjaga agama, jiwa, harta, akal, dan keturunan. Oleh itu, keprihatinan Islam terhadap kehidupan meliputi aspek kesihatan kerana hidup tidak akan sejahtera tanpa kesihatan yang baik.
2
Islam turut menekankan pembangunan dan penjagaan fizikal seseorang individu. Tubuh badan yang sihat amat perlu bagi membolehkan seseorang itu melakukan tugas sebagai khalifah Allah SWT dengan sempurna. Terdapat beberapa perkara yang digariskan dalam konsep pencegahan menurut Islam antaranya ialah penjagaan kebersihan diri dan persekitaran, pemakanan yang seimbang, perlakuan dan aktiviti fizikal (senaman), dan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian (Danial Zainal Abidin, 2003:15).
Aktiviti fizikal merupakan antara komponen utama dalam kehidupan kita. Islam amat menggalakkan umatnya untuk melakukan aktiviti fizikal kerana ia dapat memberi kesan yang baik terhadap kesihatan manusia serta dapat mencegah diri daripada pelbagai penyakit berbahaya (Danial Zainal Abidin, 1998:54).
Rasulullah SAW menggalakkan aktiviti sebegini melalui hadisnya iaitu :
ُّ ُ ِا ْر ُموا َو ْار َك ُبو ْا َو َأ ْن تَ ْر ُموا َأ َح ُّب ِا َ ََّل ِم ْن َأ ْن تَ ْر َك ُبوا َو ُك َما يَلْهُو ِب ِه الْ َم ْر ُء الْ ُم ْس ِ ُِل . ِ ّ َ َْ ِ ٌل ِا َّ َر ْم َ ُه ِب َ ْو ِ ِه َو َ ْأ ِ يْ َب ُه َ َر َ ُه َو ُم َ َ َب َ ُه ِا ْم َر َأ َ ُه َا ِء َّ ُ َّن ِم َن ال “Memanah dan menungganglah. Sesungguhnya kamu memanah lebih aku sukai daripada kamu menunggang. Setiap apa yang seseorang muslim itu bersuka-suka dengannya adalah sia-sia kecuali aktiviti memanah dengan busar, melatih kudanya dan gurau sendanya dengan isterinya. Sesungguhnya segala itu termasuk dalam perkara yang benar.” (Riwayat Ibn Majah)
3
Ini adalah sebagai bukti bahawa Islam sangat mengambil berat terhadap aktiviti riadah bagi melahirkan individu yang kuat dan sihat serta bersedia untuk melakukan apa sahaja tugas yang akan diberikan. Dengan lain perkataan, hal ini jelas menunjukkan betapa Islam menggalakkan umatnya supaya menjaga kesihatan mental dan fizikal serta berusaha menjadi umat yang kuat dan cergas sepanjang masa. Islam juga mengajar manusia supaya menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit. Namun kebanyakan daripada masyarakat pada hari ini mengabaikan senaman dengan memberi pelbagai alasan termasuk kesibukan dengan kerja. Sikap sebegini amat merugikan kerana banyak faedah yang akan diperolehi dengan mengamalkan senaman dan mengekalkan kecerdasan selain dapat menghindari diri daripada serangan penyakit.
1.2
Latar Belakang Masalah
Tidak kira golongan tua atau muda, aktiviti mengeluarkan peluh atau bersenam hendaklah dijadikan amalan. Kesihatan tidak akan terpelihara hanya dengan mengawal pemakanan sebaliknya rutin senaman perlu dilakukan secara sistematik.
Walaupun kepentingan senaman dan faedah daripada senaman yang kerap jelas diketahui umum namun penglibatan masyarakat dalam aktiviti senaman agak membimbangkan. Fenomena ini turut merisaukan pelbagai pihak kerana kita dapati masalah kegemukan menjadi ancaman penyakit dan isu kesihatan yang hangat dibicarakan. Ramai di kalangan wanita yang mengalami obesiti akibat daripada kurangnya aktiviti fizikal. Oleh itu, senaman adalah sebagai salah satu cara bagi membantu mengawal berat dan memperbaiki bentuk badan, menghalang atau melengahkan penyakit kronik, melewatkan proses penuaan dan meningkatkan keyakinan diri. (http://jknpenang.moh.gov.my/modules/news/index.php)
4
Masalah kesihatan turut mengalami perubahan yang dahulunya kebanyakan masyarakat hanya menghadapi masalah kekurangan zat dan vitamin. Jika dilihat pada masa sekarang kita dapati telah berubah dan sebahagian masyarakat mengalami masalah kesihatan disebabkan makan secara berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal yang seterusnya membawa kepada masalah lebihan kolestrol dan kegemukan. Menurut Utusan Malaysia Online yang bertarikh 17 Mei 2009 menjelaskan bahawa gaya hidup yang tidak aktif merupakan faktor risiko utama kepada serangan penyakit terutama bagi penyakit jantung dan kardiovaskular (http://www.utusan.com.my). Ratusan kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap adalah penting bagi kesihatan tubuh badan dan seterusnya memperbaiki tahap kesihatan dan kualiti hidup. Tambahan lagi, gaya hidup masyarakat yang semakin moden telah menyebabkan munculnya banyak peralatan yang menggunakan teknologi bagi memudah dan mempercepatkan sesuatu urusan.
Oleh itu, kita seharusnya melihat arus penyakit pada hari ini lebih menjurus kepada unsur pemakanan dan gaya hidup walaupun mungkin terdapat juga faktor persekitaran yang menyumbang kepada masalah penyakit tersebut. Sepatutnya, masyarakat perlu mempunyai kesedaran dalam diri untuk menggiatkan lagi penjagaan kesihatan walaupun dalam usia muda kerana pengabaian kesihatan menyebabkan kita ditimpa pelbagai penyakit.
Melihat kepada beberapa permasalahan yang timbul dan pentingnya senaman untuk menjaga kesihatan, penyelidik berminat untuk mengkaji “Persepsi Pelajar SPS terhadap Penjagaan Kesihatan Menerusi Senaman dari Perspektif Islam”.
5
1.3
Pernyataan Masalah
Penjagaan kesihatan diri bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh oleh setiap orang. Namun begitu, tidak ramai yang menitikberatkan soal penjagaan kesihatan diri masing-masing yang seterusnya mengundang kepada pelbagai penyakit berbahaya.
Peningkatan utama bagi masalah kesihatan di negara ini adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri terutamanya dari aspek senaman atau aktiviti fizikal dan kebanyakannya memandang remeh berkenaan dengan isu
ini
(http://www.utusan.com.my).
Walaupun
Kementerian
Kesihatan
telah
mengadakan banyak kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada orang awam tetapi masih dalam keadaan yang sama. Mungkin ada sesetengah golongan menyedari tentang hakikat ini dan ada juga segelintir golongan yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia. Walhal usia bukanlah sebagai satu jaminan untuk kita terus sihat tetapi usia adalah pemangkin untuk kita terus menjaga kesihatan diri.
Kajian ini dilakukan kerana sebahagian besar masyarakat hanya mengetahui dan mempraktikkan aspek senaman menurut cara Barat contohnya aktiviti senamrobik. Mereka tidak mengetahui hakikat sebenar bahawa dalam Islam juga ada menggariskan soal penjagaan kesihatan menerusi senaman bagi umatnya. Salah satunya adalah melalui ibadat solat yang telah pun dibuktikan oleh beberapa kajian saintifik tentang kesan positif ke atas kesihatan jasmani dan rohani. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas, dan Ng Siew Cheok, solat selain sebagai ibadah, boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana. Ia melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk, dan sujud yang mana pergerakan yang istimewa ini menyamai senaman regangan. Solat memberi kesan kepada psikologi,
6
tulang otot, dan serebral selain memperbaiki fungsinya supaya dapat beroperasi dengan lebih baik (Fatimah Ibrahim et.al, 2009:92).
Sehubungan
dengan
masalah-masalah
yang
timbul,
maka
kajian
ini
diketengahkan untuk melihat apakah persepsi pelajar terhadap kepentingan senaman sebagai satu cara menjaga kesihatan. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji tentang pengetahuan dan tahap pengamalan pelajar tersebut dalam melakukan senaman.
1.4
Objektif Kajian
Tiga objektif kajian telah digariskan bagi melicinkan pelaksanaan kajian iaitu:
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan responden terhadap aspek penjagaan kesihatan menerusi senaman dari perspektif Islam.
1.4.2 Mengenalpasti persepsi responden terhadap kepentingan senaman dalam penjagaan kesihatan.
1.4.3 Mengkaji amalan senaman yang dilakukan oleh responden dalam kehidupan seharian.
7
1.5
Persoalan Kajian
Dalam mencapai objektif kajian yang ditetapkan, beberapa persoalan kajian perlu dijawab bagi membolehkan kajian ini mencapai seperti apa yang telah dirancang. Persoalan kajian ini adalah:
1.5.1 Setakat manakah tahap pengetahuan responden terhadap penjagaan kesihatan menerusi senaman dari perspektif Islam?
1.5.2 Apakah persepsi responden terhadap kepentingan senaman dalam penjagaan kesihatan?
1.5.3 Apakah bentuk amalan senaman yang dilakukan oleh responden dalam kehidupan seharian?