PERMOHONAN SIJIL KELAKUAN BAIK 1 Julai 2013 Kelakuan Baik

PERMOHONAN SIJIL KELAKUAN BAIK Adalah dimaklumkan bahawa bermula 1 Julai 2013, semua permohonan Sijil Kelakuan Baik (SKB) perlu dibuat secara atas tal...

115 downloads 666 Views 2MB Size
PERMOHONAN SIJIL KELAKUAN BAIK Adalah dimaklumkan bahawa bermula 1 Julai 2013, semua permohonan Sijil Kelakuan Baik (SKB) perlu dibuat secara atas talian (online) dan proses kelulusan akan mengambil masa 1 hingga 2 bulan. Ini adalah peraturan baru yang ditetapkan oleh PDRM bagi tujuan semakan / tapisan keselamatan ke atas semua permohonan. Cara Memohon: 1.

Layari laman web Kementerian Luar Negeri di www.kln.gov.my

2.

Klik pautan e-Konsular

3.

Baca panduan memohon Sijil Kelakuan Baik di pautan PENGUMUMAN BARU

4.

Masukkan MyKad / No. Pasport dan Kata Laluan

5.

Pilih Permohonan Sijil Kelakuan Baik

6.

Lengkapkan maklumat di Maklumat Peribadi

7.

Lengkapkan maklumat Maklumat Majikan / Institusi Pengajian Tinggi

8.

Lengkapkan maklumat di Tujuan Permohonan

9.

Muat naik gambar berukuran pasport (rakyat Malaysia sahaja)

10. Muat naik gambar berukuran pasport dan salinan buku pasport terkini (bukan warganegara Malaysia)

11. Klik butang HANTAR untuk menghantar permohonan. 12. Cetak SLIP AKUAN PENERIMAAN PERMOHONAN dan simpan bagi tujuan semakan dan kutipan. 13. Untuk mengetahui status permohonan, anda perlu membuat semakan menggunakan NAMA PENGGUNA dan KATA LALUAN yang telah dibuat seperti di LANGKAH 4. 14. Bagi permohonan berstatus SIJIL SEDIA UNTUK KUTIPAN: 14.1 Anda boleh membuat pilihan sama ada untuk mengambil SKB di Kaunter Perkhidmatan Konsular atau menerimanya melalui Pos. Kutipan di Kaunter Perkhidmatan Konsular 14.1.1 Kutipan bagi SKB yang telah lulus boleh dibuat di mana-mana Kaunter Perkhidmatan Konsular Kementerian Luar Negeri sama ada di Putrajaya, Sabah, Sarawak atau Perwakilan Malaysia di Luar Negeri. 14.1.2 Semasa membuat kutipan, dokumen-dokumen berikut hendaklah dibawa bersama: 14.1.2.1

Slip Akuan Penerimaan Permohonan;

14.1.2.2

Wang tunai sebanyak RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH SAHAJA (RM20) bagi pembayaran di Malaysia atau yang SAMA NILAI dengan RM20 dalam matawang tempatan untuk pembayaran di luar negara. Untuk jumlah bayaran yang tepat, sila hubungi Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Konsular Jeneral Malaysia yang terdekat dengan anda; dan

14.1.2.3

Surat kebenaran bertulis dan bertandatangan daripada pemohon jika kutipan dibuat oleh pihak lain, selain dari pemohon sendiri.

Serahan melalui Pos 14.1.3 Sekiranya pemohon berhasrat untuk menerima SKB yang telah lulus melalui pos, pemohon hendaklah menghantar dokumendokumen berikut bagi tujuan serahan semasa membuat permohonan: 14.1.3.1

Slip Akuan Penerimaan Permohonan;

14.1.3.2

Draf Bank / Wang Pos sebanyak RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH SAHAJA (RM20) dibayar kepada “AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA” (bagi pembayaran di Malaysia) atau yang SAMA NILAI dengan RM20 dalam matawang tempatan dibayar kepada “KEDUTAAN BESAR MALAYSIA / SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA / KONSULAT JENERAL MALAYSIA” bagi negara berkenaan, untuk pembayaran di luar Malaysia. Untuk jumlah bayaran yang tepat, sila hubungi Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Konsulat Jeneral Malaysia yang terdekat dengan anda; dan

14.1.3.3

Sampul surat berukuran A4 beralamat sendiri dengan nilai setem yang mencukupi untuk tujuan serahan pos.

14.1.4 Dokumen-dokumen di perkara 14.1.3 hendaklah dikemukakan ke salah satu dari alamat berikut: Kementerian Luar Negeri Wisma Putra Bahagian Konsular No. 1, Jalan Wisma Putra 62602 Putrajaya ATAU Kementerian Luar Negeri Pejabat Wilayah Sarawak Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga 93300 Kuching, Sarawak ATAU Kementerian Luar Negeri Pejabat Wilayah Sabah Aras 7, Blok A Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah ATAU Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Konsulat Jeneral Malaysia yang terdekat dengan pemohon.

15.

Bagi permohonan yang berstatus DOKUMEN TIDAK SAH. SILA HUBUNGI BAHAGIAN KONSULAR, sila hubungi Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya / Pejabat Wilayah Sabah / Pejabat Wilayah Sarawak / Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Konsulat Jeneral Malaysia di luar Negara yang berkenaan.

16.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian berikut: 16.1

16.2

Bahagian Konsular Kementerian Luar Negeri, Putrajaya Telefon

:

Faks E-mel

: :

Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri, Kuching

Telefon Faks E-mel

16.3

: : :

+6082 – 236146 +6082 – 236983 [email protected]

Pejabat Wilayah Sabah Kementerian Luar Negeri, Kota Kinabalu Telefon Faks E-mel

16.4

+603 – 8887 4000 +603 – 8000 8000 +603 – 8889 1717 [email protected]

: : :

+6088 – 220018 +6088 – 488518 [email protected]

Maklumat bagi Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Konsulat Jeneral Malaysia boleh dilihat portal Kementerian atau klik DISINI untuk pautan segera.

NOTA:

1.

Dengan sistem baru ini, semua salinan dokumen-dokumen sokongan dalam bentuk “hardcopy” tidak lagi diperlukan. Sebaliknya, warganegara Malaysia perlu memuat naik gambar terkini dan bukan warganegara Malaysia perlu memuat naik gambar serta salinan pasport.

2.

Pemohon tidak digalakkan mengirim wang tunai melalui pos.

3.

Pemohon hendaklah membuat semakan permohonan di laman web KLN dari semasa ke semasa.

4.

Kementerian Luar Negeri tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan dokumen-dokumen yang dihantar oleh pemohon melalui pos.