POTENSI TUMBUH-TUMBUHAN SEBAGAI UBAT-UBATAN

Download Artikel ini berpendirian bahawa tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling kita berpotensi ... Sesetengah daripada ubat-ubatan yang kerap digun...

0 downloads 467 Views 365KB Size
POTENSI TUMBUH-TUMBUHAN SEBAGAI UBAT-UBATAN Fatan Hamamah bt Hj.Yahaya i Bahagian Antropologi & Sosiologi, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang.

Abstrak Tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai apotik hijau di alam ini juga berpotensi besar dijadikan penawar dan ubat bagi sesetengah jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia. Penggunaan ubat-ubatan daripada sumber tumbuhan telah diwarisi manusia secara turun temurun. Pelbagai jenis tumbuhan telah dikenalpasti memiliki unsur-unsur penawar dan sekurang-kurangnya dijadikan sebagai tambahan kepada ubat-ubatan yang diperolehi dari farmasi. Artikel ini cuba memperlihatkan bagaimana orang Melayu mempunyai kemahiran dan pengetahuan farmaseutikal tentang tumbuh-tumbuhan yang dijadikan sebagai ubat dan penawar kepada penyakit. Klasifikasi tumbuh-tumbuhan ini dapat pula menentukan ubat dan penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Sampel yang diambil bagi menjelaskan senario ini ialah masyarakat Melayu Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang. Artikel ini berpendirian bahawa tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling kita berpotensi untuk dijadikan ubat seandainya satu pendekatan holistik diambil bagi mengkaji kegunaannya secara saintifik dan empiris.

PENGENALAN Tumbuh-tumbuhan telah menjadi sumber penting bagi ubat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Kini, WHO (World Health Organizations) telah menganggarkan bahawa hampir 80 peratus manusia masih lagi bergantung khususnya, kepada ubat-ubatan tradisional seperti herba, akar kayu dan rumpai sebagai ubat. Tumbuh-tumbuhan telah menjadi sumber atau bahan asas kepada kebanyakan farmaseutikal modern pada hari ini. Telah dianggarkan bahawa hampir satu per empat daripada ubat-ubatan yang mendapat preskripsi mengandungi ekstrak tumbuhan atau bahan aktifnya diperolehi daripada intipati tumbuhan.

Sesetengah daripada ubat-ubatan yang kerap digunakan termasuk

dalam kategori ini. Salah satu daripadanya adalah aspirin. Aspirin adalah versi sintetik ubat penahan sakit tradisional yang diperbuat daripada kulit kayu pokok willow.

Pada

masa kini, syarikat-syarikat farmaseutikal telah meningkatkan proses menyaring tumbuhan secara intensifnya bagi mendapatkan bahan-bahan yang berguna untuk membuat ubat-ubatan baru atau mempertingkatkan lagi mutu ubat-ubatan yang sedia ada. Syarikat-syarikat gergasi dalam bidang farmasi seperti UPHA (Utah Public Health Association), Bioriginal dan Saskatchewan sangat aktif terlibat dalam penyelidikan dan 1

pembangunan farmaseutikal yang berasaskan tumbuhan, termasuk nutraceuticals atau functional foods (makanan yang bernutriens tahap tinggi yang sangat berguna dalam penjagaan kesihatan). Sebagai contoh, Fytoken Incorporated of Saskatoon telah berkecimpung dalam penyediaan ekstrak tumbuhan dan phytochemicals iaitu bahan-bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan dan boleh digunakan bagi menghasilkan ubat, makanan kesihatan dan kosmetik.

Manakala, Bioriginal pula telah

memasarkan gama linolenic acid – GLA berpotensi tinggi yang diperolehi daripada sejenis pokok yang berbunga biru. GLA ialah sejenis fatty acid yang sangat berguna bagi mengawal segala jenis penyakit radang atau inflamasi. Tren terkini bagi para penyelidik adalah meninjau potensi bidang bioteknologi, misalnya, genetic engineering sehingga ke tahap menghasilkan produk perubatan yang boleh diperolehi dan dieksploitasi daripada tumbuh-tumbuhan. Genetic engineering membabitkan pemodifikasian organisma dengan cara ‘mengerat’ (‘cutting’) gen tertentu dari satu tumbuhan, haiwan, atau bakteria dengan ‘menampal’ (‘pasting’) ke atas organisma lain.

Bioteknologi jenis ini ada banyak kegunaannya, termasuk pengeluaran

bahan-bahan ‘non-plant’ dalam tumbuhan. Misalnya, saintis juga telah cuba menambah gen kepada canola untuk menghasilkan sejenis plastik yang bersifat biodegradable. Bioteknologi turut digunakan untuk membuat biofarmaseutikal iaitu ubat yang dihasilkan daripada organisma hidup. Sebilangan kecil biofarmaseutikal yang boleh didapati pada hari ini dihasilkan daripada sel mamalia dan kultur tisu.

Para saintis juga sedang berusaha menghasilkan

teknik-teknik pemodifikasian genetik yang berguna untuk menukar flora dan fauna kepada ‘living factories’ yang berupaya untuk menghasilkan ubat-ubatan. Di samping itu, terdapat peluang dan potensi bagi tumbuhan pertanian dikomersilkan daripada bentuk ‘farm’ kepada ‘pharm’ (istilah yang digunakan bagi merujuk kepada ladang bagi tanaman farmaseutikal) dan hasil atau keuntungan dijangka berlipat ganda. Misalnya, satu tan biji canola yang mengandungi ‘pharmaceutical hirudin’ (sejenis anti-coagulant yang boleh mengawal serangan sakit jantung) bernilai US$120,000 (Agbiotech Infosource

1996).

Bayangkanlah potensi tanaman pertanian di Malaysia sekiranya dikomersilkan dalam bentuk ‘pharm’. Apabila digabungkan dengan segala aspek penyelidikan dan kepakaran dalam bidang botani, etnobotani, bioteknologi, farmasi, perubatan, antropologi perubatan, kimia dan fizik, tanaman pertanian di Malaysia berpotensi mengeluarkan dapatan yang bermutu tinggi dan hasilnya boleh dipatenkan. 2

TUMBUH-TUMBUHAN DAN KEGUNAANNYA DALAM SISTEM PERUBATAN MELAYU Sesungguhnya, tumbuh-tumbuhan adalah salah satu komponen penting dalam alam yang dikonsumpsi manusia sama ada sebagai bahan makanan, hiasan lanskap atau bahan rawatan/ubat dalam sistem perubatan tradisional dan moden. Tumbuh-tumbuhan penting kepada manusia kerana ada bahagian-bahagian yang terdapat daripada tumbuhan boleh diguna sebagai ubat dan penawar kepada penyakit. Di samping itu, sesetengah tumbuhan membekalkan beberapa jenis vitamin dan nutriens kepada tubuh dan tumbesaran manusia.

Selalunya, faktor geografi (iklim, struktur tanah tanih, dan sistem saliran)

sesebuah kawasan terutama yang ditumbuhi hutan jenis tropika atau khatulistiwa, bukan sahaja menjadikan kawasan tersebut suatu lanskap hijau yang indah, malah memberi banyak manfaat dari segi penjagaan kesihatan dan pemakanan manusia. Di kawasan hutan hujan tropika Malaysia, khususnya di Hutan Hujan Tropika Durian Tuang, Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang, terdapat pelbagai genera atau spesis flora yang mempunyai kualiti materia medica yang harus dibanggakan. Maksudnya, tumbuh-tumbuhan ini memiliki unsur-unsur yang boleh merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Masyarakat Melayu di Malaysia telah lama mengguna ramuan

daripada ‘rempah gunung’ dan ‘teja’ sebagai satu teknik atau kaedah penjagaan kesihatan dan penyembuh kepada beberapa jenis penyakit.

Kajian Aishah dan Aziz (1995)

menunjukkan bahawa tumbuhan dan budaya saling pengaruh mempengaruhi dalam sistem pemakanan dan perubatan orang Melayu.

Kajian mereka mendapati bahawa

budaya menentukan jenis tumbuhan dan bahagian mana daripada tumbuhan tersebut yang boleh dimakan, dibuat perhiasan dan dijadikan ubat. Manakala kajian Sofowora (1982) pula menjelaskan tentang fungsi tumbuhan ubatan dan tumbuhan makanan. Tumbuhan ubatan berfungsi sebagai pengawal diri daripada gangguan penyakit dan untuk mengubati penyakit. Sementara, tumbuhan makanan pula berfungsi untuk menghilangkan lapar di samping menyihatkan tubuh dan penerusan hayat.

Ciri-ciri tumbuhan ubatan menurut

beliau terdapat pada bahagian-bahagian tertentu tumbuhan atau keseluruhan tumbuhan yang dijadikan ubat dan bahan ubatan, ekstrak bahan-bahan tulen sebagai sebatian ubatan, tumbuhan mikroskopik untuk mendapatkan antibiotik, makanan dan rempah bagi tujuan perubatan dan tumbuhan yang menghasilkan serat dan tonik untuk kesihatan. Seiringan itu, kajian Muhamad dan Mustafa Ali (1994) tentang perubatan tradisional Melayu telah memperlihatkan lagi kegunaan tumbuhan ubatan bagi merawat penyakit-penyakit tertentu. 3

Azahari (1994) telah menyenaraikan 200 jenis penyakit yang menggunakan tumbuhan ubatan dan cara penggunaannya. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu memang mempunyai pertalian erat dengan alam semulajadi. Hubungan ini terpancar dalam sistem perubatan tradisional Melayu yang banyak menggunakan tumbuhan ubatan bagi tujuan rawatan, penjagaan kesihatan dan pemakanan.

CARA PENYEDIAAN UBAT Orang Melayu telah menggunakan beberapa cara bagi menyediakan ramuan ubat daripada tumbuh-tumbuhan. Rebus, celur, perah, uli, sagat, goreng, tumbuk, jemur, layur, rendam, bakar, rendang, tanak, salai, keringkan, basahkan, peram, bakar, dan ramas adalah antara kaedah biasa penyediaan ramuan ubat bagi tumbuhan. Manakala, cara-cara penggunaan tumbuhan ialah sapu, gosok, titis, demah, tuam, balut, tampal, tepek, urut, makan, minum dan mandi. Kebanyakan orang Melayu menanam tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat di sekeliling rumah mereka.

Tumbuh-tumbuhan ini sering menjadi perisa dan perencah

makanan (serai, kunyit, daun limau purut, cekur, daun pandan, daun kari dan bonglai) ataupun sebagai ubat dan perhiasan halaman rumah ( pokok ati-ati, bunga cina, bunga butang, pokok puding, bunga raya dan bunga tahi ayam).

Walaupun begitu, tidak semua

tumbuhan ubat mempunyai khasiat yang sama jika habitatnya berubah atau diubahkan. Keadaan-keadaan hidupnya bergantung kepada jenis tanah tanih, iklim, sinaran matahari dan sistem saliran.

Misalnya, pokok tongkat Ali (Eurycoma longifolia) hidup di

kawasan hutan yang rendang, dinaungi dan berhawa sejuk, jika ditanam di kawasan rumah akan kehilangan khasiat semulajadinya. Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) yang berkhasiat cuma boleh diperolehi daripada hutan tempat tumbuhnya yang asal. Ada kemungkinan bahawa kelainan kandungan tanah boleh mempengaruhi proses pertumbuhannya. Bahagian-bahagian tumbuhan yang sering digunakan sebagai ubat atau ramuan ubat ialah daun, bunga, akar, batang, kulit biji, biji, kulit kayu, buah, air atau jus buah, akar tunjang, akar rerambut, selaput buah, duri, getah, sabut, isi, isi rong dan hampas buah.

Setiap bahagian ini pula memiliki khasiatnya yang tersendiri sebagai ubat atau

penawar penyakit. Faktor-faktor semulajadi dan sosiobudaya, seperti ekologi, musim, sistem saliran dan tingkah laku manusia juga mempengaruhi penggunaan tumbuh-tumbuhan sebagai 4

ubat, makanan dan perhiasan lanskap.

Telah ada usaha-usaha manusia untuk

mengumpul dan menanam tumbuh-tumbuhan ubat dalam satu kebun atau taman (seperti di UKM, USM dan FRIM) bagi menyelamatkan spesis tumbuhan yang penting daripada terus pupus akibat proses pembangunan fizikal yang kian pesat. Kebanyakan daripada usaha-usaha mengkebunkan tumbuh-tumbuhan ini dibuat berdasarkan klasifikasi jenis penyakit (pengelasan farmasi), tetapi seeloknya jenis tumbuhan yang ditanam diklasifikasi agar spesis atau genera tumbuhan utama dapat terus dipelihara dan terpelihara. Daripada kajian penulis di Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang, penulis mendapati bahawa masyarakat Melayu di sini menggunakan tumbuhan ubat berdasarkan klasifikasi penyakit. Rentetan daripada jenis penyakit yang dihidapi itu pula, telah dapat menunjukkan jenis-jenis tumbuhan ubat yang lazim digunakan untuk merawat dan menyembuh penyakit (lihat Jadual 1). Masyarakat Melayu mempunyai cara-cara empirikal dan saintifik untuk merawat dan mengubati penyakit berasaskan tumbuhan ubat mengikut sistem etiologi penyakit. Pengetahuan tentang penggunaan ubat-ubatan dari tumbuh-tumbuhan ini telah menyerlah kembali suatu bakat dan kemahiran yang telah dipelajari dan diwarisi secara turun temurun.

Penerusan dalam pembuatan ubat-ubatan

berasaskan tumbuh-tumbuhan haruslah dikemaskini dengan pengetahuan saintifik tentang kandungan farmaseutikalnya agar pengunaan ubat-ubatan berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Jadual 1

Nama Penyakit dan Nama Tumbuhan Ubat dalam Sistem Etiologi Penyakit Orang Melayu

Nama Penyakit

Nama Tumbuhan Ubat

Resdung

Daun sireh, akar resdung, akar pulau pipit, kulit delima

Kembung

Daun tempayang, bunga cengkeh, isi buah pala, air halia

Luka

Daun tembakau, buah mengkudu, daun lidah buaya, daun cermai

Demam panas

Air kelapa muda, akar ara tedung, daun resam, belanda

Ruam

Air kelapa muda, biji tembikai cina, daun delima

Cirit birit

Pucuk jambu batu, daun teh, pucuk mayong

Panau

Daun gelenggang, duit-duit 5

daun durian

Kayap

Sagu bemban, sagu belanda, daun ribu-ribu halus, ubu kayu, akar cacing

Kudis mulut

Ara tanah, buah kundur

Demam campak

Daun madu, air kelapa muda

Bisul

Buah mengkudu, daun kapal terbang, daun semalu, biji rumput manis

Sakit mata

Daun sireh, daun kesom

Sakit angin

Air halia, ibu kunyit, daun sembung

Sakit kepala

Daun kekabu, daun bunga raya, kacang hijau, daun ati-ati, daun limau purut, daun seguri, keladi puyuh, daun durian belanda

Bengkak gusi

Pucuk keledek

Sengal-sengal badan

Daun inai, isi kunyit, serai wangi dan bolai

Sakit lutut dan sakit Daun sembung, daun balik angin pinggang Batuk

Buah cemba, air asam jawa, isi cekur

Sakit perut

Daun ati-ati, daun tembakau

Bengkak dalam perut

Daun lidah buaya, daun inai

Darah tinggi

Daun petarwali, daun sudu itik

Kencing manis

Jering, buah peria, akar pahit

Sakit gigi

Bunga cengkih, bawang putih

Barah tetek

Daun senduduk putih cabang tiga

Sembelit

Daun gelenggang, daun teh muda

Semput, lelah

Daun pisang, daun pegaga, peria katak

Pening kepala

Daun pulasan, daun bunga cina, daun durian belanda, daun inai

Mempasang

Daun kecubung

Kabur pemandangan

Daun pegaga, daun seguri

Jerawat

Buah dan daun jambu batu, kunyit, buah pegaga, kulit limau purut

Bernanah dlm telinga

Daun ati-ati merah, daun gelenggang kebun

Kelisa (lendir

Halia, minyak sengkawang

urat)

6

Bebunga

Daun keledek, daun cili padi

Ketuat, tetua

Kulit limau abong

Sembelit angin

Kulit kayu manis

Cuit, perecut

Daun inai, kunyit

Rambut luruh

Daun bunga raya, daun kembang semangkuk

Cacing (kanak-kanak)

Biji betik muda

Sakit pinggang

Daun betik muda, bunga betik

Kudis buta, parut

Getah betik

Sumber: Fatan Hamamah (1990)

Bukanlah sesuatu yang merugikan seandainya sistem rawatan dan teknik rawatan yang bertunjangkan sistem etnoperubatan yang menggunakan tumbuhan ini terus berkembang dan dikembangkan sejajar dengan sistem-sistem penjagaan kesihatan dan perubatan cara moden yang menggunakan kepandaian-kepandaian sains dan teknologi tinggi.

Dengan ini, kaedah-kaedah yang lebih saintifik dapat dimanfaatkan bagi

mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan ubat dan mempunyai nilai farmaseutikal yang selamat digunakan. Makanya, keadaan ini dapat mengelakkan kejadian-kejadian keracunan dan ketoksidan yang tinggi pada ubat-ubatan tradisional yang digunakan secara berleluasa dalam masyarakat.

Ujikaji makmal yang dijalankan

secara selamat dan hasil yang dipatenkan dapat menjamin mutu dan keselamatan ubat-ubatan tradisional yang terdapat di pasaran. Sebenarnya, masyarakat Melayu telah lama memiliki pengetahuan yang saintifik dalam sistem pengubatan dan rawatan. Kaedah yang digunakan adalah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku haiwan, terutamanya haiwan sakit yang sering memakan sesuatu jenis tumbuhan untuk merawat penyakit. Sekiranya, tumbuhan yang dimakan oleh haiwan tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan langsung (selalunya kematian), maka tumbuhan tersebut juga dianggap boleh dimakan oleh manusia. Penggunaan haiwan seperti tikus, arnab dan monyet sebagai bahan ujikaji yang dilakukan oleh saintis sekarang adalah amalan yang telah dipraktikkan oleh manusia sejak dahulu lagi.

Pengetahuan yang saintifik dalam sistem perubatan tradisional Melayu ini tidak

dijelaskan kerana weltanschauung Melayu pada masa itu cuma merangkumi had-had atau sempadan-sempadan yang digarisi lingkungan masyarakat Melayu sahaja. Belum ada 7

kontak budaya yang lebih meluas dan mendalam seperti yang wujud pada hari ini. Dalam masyarakat Melayu yang lebih berpengetahuan dan mempunyai kontak budaya yang meluas, penggunaan istilah-istilah perubatan moden seperti virus, infeksi, kuman dan vaksin adalah sesuatu yang mudah difahami.

Namun begitu, kemasukan

unsur-unsur baru dalam pengetahuan perubatan masyarakat Melayu tidak pula menjejaskan sepenuhnya pengetahuan dan kepercayaan mereka terhadap sistem etnoperubatan itu sendiri. Keadaan ini berlaku kerana sistem itu masih diperlukan dan dipercayai akan keserasian serta keupayaannya untuk menyembuh dan mengubati sesuatu penyakit yang didapati tidak serasi dengan perubatan dan rawatan moden.

TUMBUHAN YANG BERPOTENSI UNTUK DIKOMERSILKAN SEBAGAI UBAT-UBATAN Tumbuh-tumbuhan terutamanya tumbuhan pertanian yang telah ditanam dan yang hidup liar boleh dijadikan satu bidang perniagaan tani yang berkaitan dengan farmasi. Tumbuh-tumbuhan ini ada potensi untuk dijadikan ubat-ubatan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan yang lazim terdapat dalam diet dan pemakanan orang Melayu seperti betik, pisang, kunyit, bawang dan cili memiliki beberapa kualiti farmaseutikal yang berpotensi

untuk

dikomersilkan

sebagai

ubat-ubatan.

Betik

(Carica

papaya

L.Caricaceae.) yang terdapat dalam diet orang Melayu selalunya dianggap sebagai ‘pencuci mulut’ selepas makan.

Bijinya dimakan untuk dijadikan ubat cacing

terutamanya bagi kanak-kanak. Getah daripada batangnya digunakan untuk mengubat gatal-gatal pada kulit dan kudis terutamanya kudis buta. Buahnya apabila dimakan boleh melegakan sembelit dan air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Manakala, pucuk betik yang dicelur boleh dibuat ulam dan dipercayai boleh merampingkan pinggang terutamanya bagi wanita. Sebaliknya, terlalu banyak memakan buahnya boleh menggalakkan kejadian kanser prostate di kalangan lelaki. Raintree Nutrition Incorporation (2000), betik bertindak

sebagai

‘analgesic,

amebicide,

memiliki antibiotic,

Namun begitu, menurut ciri-ciri farmaseutikal dan

antibacterial,

cardiotonic,

cholagogue, digestive, emmenagogueue, febrifuge, hypotensive, laxative, pectoral, stomachic dan vermifuge’. Setelah meneliti ciri-ciri farmaseutikal yang ada pada betik, maka tidak hairanlah mengapa orang Melayu banyak mengkonsumpsinya sama ada dalam bentuk 8

jus, daun, buah, bunga, getah dan kulit bagi tujuan penjagaan kesihatan dan pengubatan. Jadual 2 berikut menunjukkan sebahagian daripada phytochemicals yang terdapat pada betik atau Carica papaya . Jadual 2 Phytochemicals bagi Betik (Carica papaya) BAHAN KIMIA

BAHAGIAN

JUMLAH

RENDAH

TINGGI

(ppm)

(ppm)

(ppm)

ALANINE

BUAH

140

1,,253

ALKALOIDS

DAUN

1,300

1,500

ALPHA-LINOLENIC

BUAH

250

2,238

ARGININE

BUAH

100

895

ASCORBIC-ACID

BUAH

330

5,732

ASCORBIC-ACID

DAUN

1,400

6,222

ASH

BUAH

5,800

57,280

ASH

DAUN

22,000

154,000

ASH

BIJI

ASPARTIC-ACID

BUAH

490

4,387

BETA-CAROTENE

BUAH

10

123

BETA-CAROTENE

DAUN

116

514

BORON

BUAH

5

15

CARBOHYDRATES

BUAH

95,000

991,000

CARBOHYDRATES

DAUN

113,000

556,000

CARBOHYDRATES

BIJI

CARPAINE

DAUN

1,000

1,500

COPPER

BUAH

0.1

5

DEHYDROCARPAINES

DAUN

1,000

EO

BIJI

900

FAT

BUAH

980

22,000

FAT

LATEX

8,000

136,000

ACID

88,000

155,000

24,000

EXUDATE FAT

DAUN

FAT

BIJI

253,000 9

FIBER

BUAH

6,960

75,538

FIBER

DAUN

18,000

145,000

FIBER

BIJI

FLAVONOLS

DAUN

0

2,000

GLYCINE

BUAH

180

1,611

HISTIDINE

BUAH

50

448

IRON

BUAH

0.8

38

IRON

DAUN

8

38

ISOLEUCINE

BUAH

80

716

KILOCALORIES

BUAH

390

3,491

KILOCALORIES

DAUN

LAURIC-ACID

BUAH

10

90

LEUCINE

BUAH

160

1,432

LINOLEIC-ACID

BUAH

60

537

LINOLEIC-ACID

BIJI

LYSINE

BUAH

250

2,238

MAGNESIUM

BUAH

82

1,058

MALIC-ACID

LATEX

170,000

740

5,389

4,400

EXUDATE MANGANESE

BUAH

0.1

1.1

METHIONINE

BUAH

20

179

MUFA

BUAH

380

3,402

MYRISTIC-ACID

BUAH

70

672

NIACIN

BUAH

3

33

NIACIN

DAUN

21

93

OLEIC-ACID

BUAH

180

1,611

OLEIC-ACID

BIJI

193,545

202,400

PALMITIC-ACID

BUAH

320

2,865

PALMITIC-ACID

BIJI

28,791

30,107

PALMITOLEIC-ACID

BUAH

200

1,790

PANTOTHENIC-ACID

BUAH

2

19

PAPAIN

LATEX

53,000 10

EXUDATE PHENYLALANINE

BUAH

90

806

PHOSPHORUS

BUAH

45

1,260

PHOSPHORUS

DAUN

1,420

6,311

POTASSIUM

BUAH

2,294

25,469

POTASSIUM

DAUN

6,520

28,978

PROLINE

BUAH

100

895

PROTEIN

DAUN

5,000

57,370

PROTEIN

BIJI

243,000

PSEUDOCARPAINE

DAUN

100

PUFA

BUAH

310

2,775

RESIN

LATEX

28,000

EXUDATE RIBOFLAVIN

BUAH

0.3

RIBOFLAVIN

DAUN

5

21

SERINE

BUAH

150

1,343

SFA

BUAH

430

3,850

SODIUM

BUAH

26

554

SODIUM

DAUN

160

711

STEARIC-ACID

BUAH

20

179

STEARIC-ACID

BIJI

12,650

13,282

SULFUR

BUAH

300

900

TANNINS

DAUN

5,000

6,000

THIAMIN

BUAH

0.2

2.6

THIAMIN

DAUN

1

4

THREONINE

BUAH

110

985

TRYPTOPHAN

BUAH

80

716

TYROSINE

BUAH

50

448

VALINE

BUAH

100

895

VIT-B6

BUAH

0.2

1.7

WATER

LATEX

750,000

EXUDATE 11

WATER

BUAH

865,000

918,300

WATER

DAUN

697,000

703,000

ZINC

BUAH

1.8

5.4

Sumber: Raintree Nutrition Corporation (2000) KESIMPULAN Tumbuh-tumbuhan pertanian dan tumbuhan yang terdapat hidup meliar di hutan boleh dibuat pengklasifikasian farmasi dan spesis untuk dikaji nilai farmaseutikalnya. Tujuannya ialah untuk melihat akan potensi tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan ubat-ubatan yang bermutu tinggi. Sebagaimana yang diperlihatkan oleh orang Melayu dalam aspek perubatan, kegunaan tumbuh-tumbuhan begitu meluas sekali dalam sistem penjagaan kesihatan. Tidak rugi sekiranya ilmu orang Melayu tentang selok belok tumbuhan ubat yang empiris sifatnya dapat disalurkan dalam bidang yang berbentuk saintifik. Keadaan ini dapat terus mengsintesiskan keunggulan sistem perubatan tradisional dan moden agar tidak lenyap ditelan zaman. Penggunaan bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati dengan mudah dan murah dalam sistem ekologi masyarakat Melayu menjadikan sistem etnoperubatan sering didatangi oleh pelangan-pelanggan (pesakit dan keluarga pesakit).

Tambahan pula

perkhidmatan perawat-perawat tradisional sentiasa ada apabila diperlukan dan perawat-perawat ini sentiasa berkhidmat serta menerima ganjaran yang berpatutan. Perkhidmatan yang disediakan mereka dianggap sebagai perkhidmatan atau ‘sedekah’ sama ada daripada pesakit ataupun pakar perawat itu sendiri.

Kini, perkhidmatan

perawat tradisional yang menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan rawatan, terutamanya perkhidmatan bomoh patah, bidan dan tukang urut sudah dikomersilkan memandangkan permintaan terhadap perkhidmatan tersebut sangat tinggi. Kerana tidak ramai yang mewarisi kepakaran dalam bidang ini, dan semakin sukar untuk mendapatkan bahan-bahan daripada tumbuhan semulajadi, maka perawat tradisional menjadi tumpuan ramai dan perkhidmatan mereka dapat dikomersilkan. Ternyata penggunaan secara efisien dan berkesan sumber-sumber alam telah menjadikan masyarakat Melayu mahir dalam mengatur dan mengurus hal ehwal kesihatan mereka. Kepakaran dan kemahiran orang Melayu dalam bidang etnoperubatan dapat dikaitkan dengan pengetahuan mereka yang mendalam tentang rawatan herba yang diperolehi dari tumbuh-tumbuhan di kawasan persekitaran. 12

Di samping itu, orang

Melayu juga mempunyai kemahiran dalam perkhidmatan terapi yang selalunya diberi oleh pakar dan perawat tradisional seperti bomoh, bidan dan tukang urut.

Umumnya,

mereka ini menguasai satu lingkungan rawatan yang kompleks termasuk memberi rawatan kepada kanak-kanak dan golongan wanita. Lantaran itulah, penyelidikan tentang potensi tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam sistem perubatan tradisional Melayu sebagai ubat-ubatan perlu dilakukan, dikomersilkan dan hasil farmaseutikalnya dipatenkan.

Rujukan Agbiotech Infosource. 1996. ‘Using Transgenic Plants to Make Medicines’. Issue 22 July 1996. Canada: Ag-West Biotech Inc. Aishah Mohamad & A.Aziz Bidin. 1995. ‘Tumbuhan dan Budaya: Satu Perspektif Antropologi,’ dlm Teh Kang Hai (pnyt). Prosiding Seminar Kebangsaan Etnobotani Pertama, Serdang, 16-18 September 1991, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Azahari Ibrahim. 1994. Gedung ubatan tradisional Arab dan Melayu, Kelantan: Pustaka Nadia. Fatan Hamamah Yahaya. 1990. ‘Etiologi penyakit di kalangan masyarakat Melayu: Satu kajian kes di Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang.’ Tesis Sarjana Sains Kemasyarakatan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Muhamad Zakaria dan Mustafa Ali Mohd. 1994. Traditional Malay medicinal plants, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Raintree Nutrition Corporation Database. 2000. Austin, Texas. Sofowora, A. 1982. Medicinal plants and traditional medicine in Africa, Chochester: John Wiley & Sons

Penulis telah berjaya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah di bawah Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Pengajian Sosial, Pemabngunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Nota Penyunting: Makalah ini telah diterbitkan dalam Jurnal e-Sumber, iaitu jurnal elektronik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM Bangi, pada tahun 2003, Jilid 1. Sebanyak enam makalah diterbitkan dalam keluaran jilid 1 ini. Walau bagaimanapun, Jurnal e-Sumber tidak lagi wujud sebagai jurnal elektronik FSSK dan laman sesawangnya kini tidak dapat diakses. Sidang penyunting Jurnal e-Bangi FSSK, jurnal elektronik semasa FSSK, memutuskan untuk memuatkan enam makalah Jurnal e-Sumber ini dalam Bahagian Arkib, Jurnal e-Bangi. 13