PRINSIP PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DAN

PRINSIP PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Ab. Halim Tamuri Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia...

66 downloads 719 Views 405KB Size
PRINSIP PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Ab. Halim Tamuri Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Siti Muhibah Haji Nor Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

ABSTRAK Tujuan utama artikel ini ialah untuk membincangkan asas-asas pelaksanaan prinsip pembelajaran aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Secara umumnya kajian-kajian dijalankan menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru pendidikan Islam mempunyai hubungan yang signifikan terhadap keberkesanan pendidikan dan juga perkembangan akhlak pelajar. Maka, semua guru pendidikan Islam perlu mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan uar bilik darjah. Pembelajaran aktif merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam dalam meningkatkan kualiti pelaksanaan pendidikan Islam. Terdapat enam aspek utama dalam pelaksanaan pembelajaran aktif pendidikan Islam iaitu pemprosesan maklumat menggunakan kemahiran meta kognitif; gaya belajar; kolaboratif sosial dan kemasyarakatan; aplikasi ciri-ciri pembelajaran aktif; e) strategi-strategi pelaksanaan pembelajaran aktif dan fungsi guru pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci : Pembelajaran Aktif, Pengajaran & Pembelajaran dan Pendidikan Islam.

PENDAHULUAN Pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan dan proses pembinaan kurikulumnya tidak lengkap dan sempurna sekiranya aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran tidak dititikberatkan. Kaedah pengajaran yang berkesan dan sesuai adalah aspek yang perlu diberikan perhatian kerana ia merupakan penggerak hubungan dua hala yang saling pengaruhmempengaruhi di antara guru dan pelajar. Ini merupakan juga satu jalan atau cara bagi mencapai matlamat sesuatu pengajaran. Dalam proses P&P, guru-guru boleh memilih berbagai-bagai jenis kaedah dan pendekatan yang sesuai kerana tiada satu kaedah yang dikatakan terbaik atau lebih sesuai untuk sesuatu mata pelajaran sahaja. Maka, bagi mencapai hasrat ini, guru pendidikan Islam perlu lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Perkembangan teknologi, perubahan budaya dalam masyarakat, budaya pelajar serta perkembangan psikolgi pelajar-pelajar memerlukan guru-guru pendidikan Islam perlu melaksanakan inovasi di dalam proses P&P. Apa yang jelas, penggunaan pelbagai kaedah pengajaran ditidak boleh tidak lari daripada konsep asal sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan tokoh-tokoh pendidikan Islam terdahulu. Penggunaan kaedah pengajaran yang kreatif dan efektif akan memberi ruang kepada guru dalam memberi kefahaman

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

dan mengawasi aktiviti pelajar-pelajar. Ini juga menggambarkan tahap kebijaksanaan guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan kondusif seiring dengan hasrat sistem pendidikan di abad ke-21 yang kini lebih menumpukan kepada penggunaan teknologi terkini dan pembelajaran yang berkesan.

KEPERLUAN KEPADA PELBAGAI PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

DALAM PENGAJARAN DAN

Secara umumnya, terdapat pelbagai isu dan masalah tentang pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah dibincangkan oleh ramai pihak dan sebahagian besarnya mempunyai hubungkait yang signifikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam bilik darjah khasnya dan sekolah amnya. Kesemua perubahan ini memerlukan perhatian dan kesungguhan daripada guru-guru Pendidikan Islam untuk melaksanakannya. Tidak dapat dinafikan, bahawa guru merupakan agen yang paling penting kerana mereka adalah pelaksana kepada segala perancangan yang telah dirangka oleh pihak penggubal kurikulum. Guru-guru juga seharusnya mempunyai strategi, perkaedahan pengajaran, kemahiran yang sesuai dan terkini serta keilmuan yang mantap bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Terdapat beberapa asas penting dalam usaha melaksanakan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam pada masa kini. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohd Yusof Othman et. al. (2011) berkaitan dengan pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan tahap penghayatan Islam (r=.510, sig.=.000), serta pengaruh persekitaran sosial dan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah (r=.613, sig.=.000). Namun, analisis kolerasi ini juga menunjukkan terdapat wujud hubungan yang kuat antara pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah dan tahap penghayatan Islam (r=.740, sig.=.000). Ini menunjukkan pelaksanaan mata pelajaran pendidikan Islam yang ditawarkan di sekolah-sekolah menengah memberi impak yang positif kepada pelajar-pelajar. Jadual 1: Kolerasi antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah Pemboleh ubah Pengaruh Ibu bapa * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Guru * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Rakan-rakan * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Artis * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Persekitaran Sekolah * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Masyarakat * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Undang-undang * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Persekitaran Sosial * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah *Signifikan pada aras p<0.01

29

r .425 .576 .353 .119 .406

Sig. .000 .000 .000 .000 .000

.394 .398 .613

.000 .000 .000

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

Selain melihat hubungan pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dengan tahap pengetahuan Islam dan tahap penghayatan Islam pelajar, kajian ini turut melihat hubungan antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dengan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah. Dapatan yang diperoleh menunjukkan secara keseluruhannya pengaruh persekitaran sosial memberikan kesan yang positif kepada pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah (r=.613, sig.=.000). Dalam kajian ini, didapati guru dilihat menjadi pemboleh ubah yang paling berpengaruh terhadap pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah (r=.576, sig.=.000) Pemboleh ubah-pemboleh ubah lain juga seperti pengaruh ibu bapa (r=.425, sig.=.000), persekitaran sekolah (r=.406, sig.=.000) dilihat memberikan sumbangan yang signifikan walaupun lebih rendah daripada guru. Selain itu, faktor undang-undang (r=.398, sig.=.000), peranan masyarakat (r=.394, sig.=.000) turut dilihat memberi sumbangan dalam memastikan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah berjalan dengan lancar. Bagi faktor rakan sebaya pula (r=.353, sig.=.000), hubungan yang wujud adalah lemah walaupun hubungan tersebut adalah lemah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor artis pula didapati menjadi pemboleh ubah yang paling kurang berpengaruh (r=.119, sig.=.000) dalam mempengaruhi pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah. Dapat difahami bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai perpektif yang positif terhadap faktor sosial akan mempunyai pandangan yang positif terdapat pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah.

Jadual 2: Kolerasi antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan tahap Islam Pemboleh ubah r Pengaruh Ibu bapa * Tahap Penghayatan Islam .364 Pengaruh Guru * Tahap Penghayatan Islam .477 Pengaruh Rakan-rakan * Tahap Penghayatan Islam .305 Pengaruh Artis * Tahap Penghayatan Islam .118 Pengaruh Persekitaran Sekolah * Tahap Penghayatan Islam .314 Pengaruh Masyarakat * Tahap Penghayatan Islam .318 Pengaruh Undang-undang * Tahap Penghayatan Islam .330 Pengaruh Persekitaran Sosial * Tahap Penghayatan Islam .510 *Signifikan pada aras p<0.01

penghayatan Sig. .000 .000 .000 .000 .000 .000 .000 .000

Jadual 2 di atas pula menunjukkan dapatan analisis kolerasi antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan tahap penghayatan akhlak. Ini adalah kerana secara keseluruhannya pengaruh persekitaran sosial dilihat memberi impak yang signifikan pada tahap sederhana terhadap tahap penghayatan Islam pelajar (r=.510, sig.=.000). Dapatan kajian ini menunjukkan pada padangan pelajar, guru Pendidikan Islam (r=.477, sig.=.000) dilihat mampu memberi pengaruh yang sangat positif dalam membentuk penghayatan Islam mereka. Kedudukan dilihat lebih kuat sedikit berbanding dengan pengaruh ibu bapa yang dilihat lebih rendah berbanding dengan faktor guru-guru pendidikan Islam (r=.364, sig.=.000). Faktor-faktor lain seperti undang-undang (r=.330, sig.=.000), masyarakat (r=.318, sig.=.000), persekitaran sekolah (r=.314, sig.=.000) dan rakan-rakan (r=.305, sig.=.000) juga dilihat mampu memberi kesan terhadap tahap penghayatan Islam responden walaupun hubungan tersebut pada aras yang kurang kuat. Jadual di atas menunjukkan faktor yang paling lemah dan kurang 30

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

memberi pengaruh terhadap pembentukan Islam remaja adalah sig.=.000).

pengaruh artis (r=.118,

Maka, kajian ini mendapati pengaruh guru lebih kuat terhadap pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah dan juga penghayatan Islam pelajar-pelajar. Faktor ibubapa menduduki tempat kedua selepas guru dalam kedua aspek tersebut. Walaupun hubungan antara guru dan penghayatan Islam masih pada tahap yang sederhana, kajian ini menunjukkan faktor guru lebih dominan daripada ibu bapa dalam mempengaruhi pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah dan juga penghayatan Islam pelajar-pelajar. Kajian juga mendapati faktor artis adalah faktor yang paling lemah dalam hubungan dengan pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah dan juga penghayatan Islam pelajar-pelajar. Faktor-faktor lain seperti undang-undang, masyarakat, rakan dan persekitaran sekolah turut menyumbang kepada pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah dan juga penghayatan Islam pelajar-pelajar tetapi pada tahap kurang kuat berbanding dengan faktor guru dan ibu bapa. Sebelum itu, satu kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim et. al (2006) berkaitan dengan amalan guru berteraskan konsep 5M telah dapat mengenal pasti beberapa isu berkaitan dengan amalan guru pendidikan Islam di sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Seramai 1210 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah telah terlibat dalam kajian ini (493 orang untuk pemerhatian pengajaran dan 717 bagi temu bual. Selain itu, 3166 orang pelajar daripada sekolah-sekolah menengah di Selangor, Kedah, Kelantan, Melaka, Johor dan Sarawak juga telah dipilih sebagai responden kajian. Berikut adalah profil guru pendidikan Islam berteraskan konsep guru dalam Islam iaitu Muddaris, Muaddib, Murabbi, Musryid dan Mu`allim.

Jadual 3 : Indek Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berdasarkan Penilaian Pelajar 88 86 84 82 80 78 76 74 Mudarris

Muaddib

Murabbi

Mursyid

Muallim

Berdasarkan amalan pengajaran guru pendidikan Islam di bilik darjah diatas, domain muaddib adalah aspek yang paling dominan, diikuti oleh murabbi. Manakala kualiti domain mursyid, mucallim dan mudarris perlu dipertingkatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Sehubungan dengan itu, pembangunan kelima-lima domain amalan pengajaran tersebut perlu diberikan penekanan yang seimbang dalam semua latihan keguruan pendidikan Islam. Kajian ini mendapati elemen muddaris yang berkaitan dengan elemen utama dalam pengajaran iaitu penggunaan kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan dan kemampuan membuat keputusan profesional masih berada pada tahap yang rendah berbanding dengan domain yang lain.

31

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

Satu kajian telah dijalankan oleh Ab. Halim et. al. (2007) melihat tentang kesan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah, khususnya di sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Seramai 1, 403 pelajar Islam Tingkatan 4 daripada 17 buah sekolah menengah kebangsaan di tiga buah daerah di negeri Johor, iaitu Johor Baharu, Muar dan Segamat, telah telibat dalam kajian ini. Kajian ini mendapati orentasi keseluruhan amalanamalan agama di kalangan remaja adalah berada pada tahap yang sederhana. Dalam kajian ini didapati orentasi akhlak peribadi remaja berada tahap yang tinggi, orentasi akhlak sosial pada tahap sederhana dan orentasi akhlak agama pada tahap yang sederhana. Kajian ini juga mendapati bahawa sikap pelajar-pelajar sikap terhadap agama Islam dalam kalangan remaja melayu dalam kajian ini berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara semua pemboleh-pembolehubah iaitu orientasi amalan agama remaja, amalan akhlak peribadi, amalan akhlak sosial, amalan akhlak agama dan sikap remaja terhadap Islam. Selain itu Anisah (2008), Abdul Shukor (2008) dan Mohd Azman (2008) telah menguji satu modul pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam berasaskan masjid. Modul ini diasaskan kepada kurikulum pendidikan Islam Tingkatan 2, KBSM. Hasil kajian mereka jalankan, didapati, pelajar-pelajar dan guru-guru berasa sangat positif terhadap inovasi yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik tersebut. Bagi memastikan kesinambungan kreativiti guru pendidikan Islam, mereka perlu memberikan tumpuan kepada pembangunan model atau pun modul pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kepada inovasi dalam P&P pendidikan Islam. Kajian-kajian ini juga mendapati masih belum terdapat satu modul berasaskan masjid atau surau dalam pengajaran pendidikan Islam di sekolah. Satu kajian terbaru berkaitan dengan kualiti diri guru pendidikan Islam sekolah menengah di Sabah telah dijalankan oleh Kassim Tusin (2010). Kajian kualitatif ini mendapati bahawa mendapati terdapat tiga kategori kualiti guru pendidikan Islamyang utama iaitu, pengetahuan, personaliti dan kemahiran. Sumber kualiti pula berkisar sekitar keluarga, kesungguhan semasa di IPT dan penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti rasmi dan kemasyarakatan setelah bergelar guru. Mereka telah mengaplikasi kualiti keguruan mereka di sekolah di samping tidak mengabaikan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan. Kajian ini merumuskan kualiti diri guru pendidikan Islam berkait rapat dengan tiga tema iaitu falsafah, psikologi dan sosiologi. Kualiti diri guru termasuk kemahiran pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting dalam usaha membentuk sahsiah pelajar secara berkesan. Satu kajian berskala besar telah dijalankan untuk mengkaji tahap profesionalisme guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia (Ab. Halim et. al. 2010). Kajian ini telah melibatkan 2400 pelajar, 464 guru pendidikan Islam dan 603 orang pentadbir dan guru-guru daripada bidang lain yang menilai tahap profesionalisme guru-guru pendidikan Islam berteraskan Standard Guru Malaysia dan ditambah dengan satu elemen baru iaitu asas keagamaan guru. Berikut adalah dapatan kajian yang dijalankan:

32

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

Jadual 4: Indek Amalan Guru Pendidikan Islam 4.6 4.5 4.4 4.3 4.2 4.1 4 3.9 3.8

GURU PENDIDIKAN ISLAM PENTADBIR DAN GURU LAIN PELAJAR

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan guru-guru pendidikan Islam mempunyai tahap profesionalisme yang agak tinggi dalam disekolah kerana keseluruhan min berada pada tahap melebihi 4.00. Namun ianya masih perlu diberikan perhatian khususnya pada aspek agama yang menunjukkan min terendah berbanding dengan min yang lain menurut pandangan guru sendiri dan juga pentadbir dan rakan-rakan daripada bidang yang lain. Isu perlu dikaji kerana terdapat berbezaan yang sangat ketara antara persepsi pelajar dan persepsi kendiri dan pentadbir dan rakan-rakan mereka. Jasmi Amin (2011) telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti kualiti prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan Islam di surau-surau sekolah. Kajian melibatkan 400 pelajar tingkatan empat di 12 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Melaka Tengah, Melaka. Secara keseluruhannya, analisis data menunjukkan kualiti prasarana P&P di surau-surau Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Melaka Tengah berada pada tahap sederhana tinggi. Begitu juga dengan tahap minat pelajar untuk mengikuti proses P&P Pendidikan Islam di surau sekolah turut mencapai tahap sederhana tinggi. Namun hasil kajian mendapati tahap penggunaan surau sekolah dari aspek ibadah dan pendidikan berada pada tahap sederhana rendah. Selain itu hasil kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti prasarana P&P dengan minat pelajar untuk mengikuti proses P&P Pendidikan Islam di surau sekolah. Tahap penggunaan surau sekolah dari aspek ibadah dan pendidikan juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan minat pelajar untuk menjalani proses P&P di surau sekolah. Zakaria Abdullah (2011) telah menjalankan satu kajian tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam di sekolahsekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Kajian ini mendapati guru-guru pendidikan Islam dapat melaksanakan pendekatan berpusatkan pelajar semasa pengajaran mereka tetapi tahapnya masih perlu diperbaiki lagi. Keadah yang digunakan masih banyak berpusatkan guru walaupun terdapat usaha yang dijalankan untuk melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara isu penting yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah kurangnya latihan-latihan yang berkaitan dengan pedagogi terkini diberikan kepada guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Ini menyebabkan guru-guru tidak dapat melaksanakan dengan berkesan pembelajaran berpusatkan pelajar sebagaimana yang diperlukan dalam perkembangan pendidikan masa kini. Malah semenjak hampir sepuluh tahun lalu,kajian mendapati murid-murid 33

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

di sekolah menengah lebih berminat kepada proses pembelajaran yang aktif yang berasaskan kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran kendiri. Kajian oleh Ab. Halim et. al. (2004) mendapati minat pelajar lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti berikut: Jadual 5: 10 Aktiviti Yang Diminati Oleh Pelajar-Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Sekolah. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Aktiviti

Jumlah Pelajar 1212 915 749 700 604 568 528 493 428 423

Membuat lawatan Penggunaan komputer Kuiz Tayangan filem/video Permainan (teka silang kata) Melayari laman web Bercerita Projek secara berkumpulan Perbincangan kumpulan Menghafal doa dan ayat al-Quran

Peratusan (100%) 56.60 42.76 35.00 32.7 28.22 26.54 24.67 23.04 20.00 19.77

Secara keseluruhannya, paparan data dalam jadual di atas menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran yang berpusatkan seperti lawatan merupakan aktiviti yang paling menarik menurut perspektif pelajar, di mana 56.6% orang pelajar memilih aktiviti tersebut. Selaras dengan kepesatan industri teknologi maklumat masa kini, pelajar turut cenderung untuk memilih pendekatan pengajaran menggunakan komputer sebagai salah satu aktiviti yang menarik minat (42.76%) dan 26.5% sukakan pengajaran yang melibatkan mereka melayari laman web. Kuiz dan tayangan video turut menjadi pilihan utama pelajar, di mana 35% pelajar dan 32.7% daripada pelajar memilih pendekatan pengajaran tersebut. 28.2% pelajar pula memilih teknik yang menggabungkan permainan dan 24.7% pula sukakan aktiviti bercerita. Kelihatan juga pelajar cenderung untuk memilih aktiviti seperti projek (23%) dan perbincangan (20%) yang dilaksanakan secara berkumpulan. Aktiviti hafazan doa dan ayat al-Quran turut dipilih oleh 19.77% pelajar. Di samping itu, pelajar turut gemarkan aktiviti bersoal jawab (16.21%), pertandingan dalam kelas (15.75%) serta membaca al-Quran bersama guru (15.61%).

PEMBELAJARAN AKTIF: KEPERLUAN DALAM PEMBELAJARAN BERKESAN PENDIDIKAN ISLAM

PENGAJARAN

DAN

Secara umumnya, kepelbagaian pendekatan dan strategi pedagogi seperti pembelajaran aktif mampu meningkatkan keupayaan prestasi akedemik pelajar di samping mendorong perubahan sikap dan minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran jika diterapkan di dalam perancangan proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru. Omar al-Syaibani (1975) menggariskan beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran berkesan antaranya: 1. 2.

mengetahui motivasi, keperluan dan minat belajar, memahami tujuan belajar, 34

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

3. 4. 5. 6. 7.

mengetahui tahap kematangan pelajar, memahami perbezaan-perbezaan individu di antara pelajar, menyediakan peluang pengalaman praktik memperhatikan kefahaman dan mengetahui hubungan-hubungan, integrasi pengalaman dan kelanjutannya, keaslian, pembaharuan dan kebebasan berfikir, menjadikan proses pendidikan itu sebagai pengalaman yang menggembirakan bagi pelajar.

Kajian oleh Carroll dan Leander (2001) menyatakan bahawa motivasi pelajar boleh ditingkatkan melalui penggunaan strategi-strategi pembelajaran aktif seperti pengurusan grafik dan teknik menyoal boleh meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar di samping meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengurus dan mentafsir maklumat. Perubahan sikap dan prestasi pencapaian yang meningkat di kalangan dapat dijadikan ukuran hasil daripada penggunaan strategi yang telah disarankan. Sehubungan itu, penggunaan strategi pembelajaran aktif di dalam kelas seperti latihan penyelesaian masalah, projek koperatif pelajar, kumpulan kerja yang tidak formal, simulasi, kajian kes dan main peranan boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan (Mayers dan Jones, 1993). Ini diasaskan kepada andaian sekiranya pendekatan pembelajaran aktif yang dilaksanakan dalam matapelajaran Sains seperti kenyataan di atas mampu meningkatkan prestasi pencapaian dan minat pelajar kepada matapelajaran Sains, maka sudah tentu ia boleh diaplikasikan kepada mata-matapelajaran lain seperti Pendidikan Islam. Namun, isu yang perlu diberikan perhatian, bagaimana pembelajaran aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mampu meningkatkan pencapaian, minat dan interaksi pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Islam. Pembelajaran aktif telah berlaku jika seorang pelajar, mempunyai kuasa autonomi dalam pembelajaran masing-masing, mampu membuat keputusan tentang hasil pembelajaran mereka, menghargai tugasan yang diberikan kepadanya, menguji sendiri idea mereka, merancang dan mereka eksperimennya sendiri, melaporkan hasil keputusan kepada kelas, menilai sendiri hasil yang diperolehi, menyelesaikan sendiri masalah, berbincang dan berinteraksi dengan tujuan dalam kumpulan dan membuat refleksi tentang apa yang telah dipelajari dan membentuk semula idea mereka. Pada asasnya, pembelajaran aktif merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang berfokuskan kepada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar itu sendiri dengan bimbingan guru yang merangkumi proses pengambilan maklumat oleh pelajar, pencernaan maklumat dalam pelbagai bentuk diagram atau nota ringkas, menjalankan eksperimen sains dengan arahan dan menyenaraikan hasil eksperimen serta merungkai permasalahan yang dihadapi dalam eksperimen secara berkumpulan (Mohd Azman, 2005). Pembelajaran aktif adalah proses bagaimana individu mendapatkan maklumat atau pengetahuan dengan menggabungkan kemahiran mendengar, melihat dan melakukan untuk mengekalkan ingatan dan memahami sesuatu konsep atau fakta. Pembelajaran aktif juga bergantung kepada gaya belajar sosial individu dan kolaboratif sewaktu berinteraksi dengan persekitaran seperti masyarakat dan suasana tempat untuk membina idea daripada fakta atau konsep yang abstrak kepada yang jelas, untuk memahami sesuatu disiplin ilmu pengetahuan atau maklumat yang diperlukan (Silberman 1996).

35

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, apabila guru banyak bercakap dalam pengajaran, maka sukar bagi pelajar untuk mengingati pelbagai fakta yang disampaikan oleh guru tersebut. Ataupun besar kemungkinan pelajar tidak memberikan tumpuan kerana, walaupun bahan pengajaran yang disampaikan menarik, namun mereka sukar memberi tumpuan pada apa yang diajarkan dalam tempoh waktu yang lama. Kajian menunjukkan pelajar mendengar tanpa berfikir pada kadar 400 hingga 500 patah perkataan seminit. Apabila pelajar mendengar dalam tempoh yang agak lama, manakala guru pula bercakap empat kali ganda lebih perlahan, mereka mungkin menjadi bosan dan fikiran mereka tidak tertumpu kepada pembelajaran yang berlaku (Silberman 1996). Terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam kaedah syarahan dalam pembelajaran yang terlalu panjang iaitu : 1. 2. 3. 4. 5.

Tumpuan pelajar merosot bagi setiap minit yang berlalu. Kaedah syarahan hanya menarik kepada pelajar auditori. Kaedah syarahan cenderung menggalakkan pembelajaran maklumat pada tahap fakta yang rendah. Kaedah syarahan mengandaikan semua pelajar memerlukan maklumat yang sama dan pada kepantasan yang sama. Pelajar cenderung untuk tidak menyukai kaedah syarahan.

KONSEP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN AKTIF Isu perkaedahan yang lebih sesuai perlu dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam masa kini oleh guru-guru dan ini boleh disesuaikan dengan konsep pembelajaran aktif yang lebih berpusatkan pelajar. Dalam melaksanakan pembelajaran aktif, konsep pemprosesan maklumat dalam kemahiran metakognitif, konsep gaya belajar dan konsep belajar daripada sudut kolaboratif sosial adalah asas utama yang membentuk konsep pembelajaran aktif (Mohd Azman, 2005). Terdapat beberapa aspek penting dalam pelaksanaan pembelajaran aktif yang perlu diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam antaranya: a) Pemprosesan Maklumat Menggunakan Kemahiran Metakognitif Untuk memproses maklumat dengan lebih berkesan, tindak balas dari luar dan dari dalam kawasan otak perlu dilaksanakan. Apabila kita membincangkan maklumat dengan orang lain dan dipelawa bertanyakan soalan tentang topik yang dibincangkan, otak kita dapat melakukan kerja pembelajaran dengan lebih baik. Dengan melakar, mencatat atau sebagainya, pelajar dapat memperoleh maklum balas tentang sejauhmana ia memahami maklumat yang diperolehi. Pembelajaran dipertingkatkan apabila pelajar diarah melakukan sesuatu tindakan seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5.

menyampaikan maklumat dengan menggunakan perkataan mereka sendiri, memberi contoh tentang maklumat yang diperolehi, mengenali bentuk samaran dan keadaan maklumat yang berbeza-beza tentang maklumat yang diperolehi, mengaitkan antara maklumat yang diperolehi dengan fakta ataupun idea lain, menggunakan maklumat itu dalam cara yang berbeza, 36

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

6. 7.

maramalkan beberapa akibat dari maklumat berbeza yang diperolehi, atau membanding beza maklumat tesebut.

Kemahiran metakognitif memerlukan pentafsiran maklumat yang diperolehi dengan melibatkan proses menguji, merumus dan menerang semula maklumat kepada orang lain untuk disimpan dalam bentuk ingatan. Dalam pembelajaran pasif, otak yang bertindak memproses maklumat dengan bentuk kemahiran metakognitif tidak dapat menyimpan maklumat dengan baik sebagai ingatan (Silberman 1996). Penyampaian maklumat boleh memberi kesan segera kepada otak tetapi tanpa ingatan fotografi, pelajar tidak dapat mengingati dengan banyak dalam apa jua tempoh masa. Pembelajaran sebenar bukan sekadar menghafal maklumat, kerana sebhagian maklumat yang dihafal akan lenyap beberapa jam kemudian. Untuk mengingati apa yang diajar, pelajar harus memikirkannya. Guru tidak boleh membuat kerja mental bagi pelajar kerana pelajar harus menggabungkan apa yang didengar dan dilihat sebagai suatu maklumat yang bermakna. Tanpa peluang berbincang, bertanya soalan, membuat, malah mengajar orang lain, pembelajaran sebenar tidak berlaku. Pembelajaran berlaku berperingkat-peringkat. Pelajar mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu maklumat pelajaran kerana perlu kepada proses pemikiran untuk memahami maklumat tersebut. Pelajar harus diberikan beberapa pendedahan yang berlainan, bukan sekadar pengulangan input sahaja (Silberman 1996). b) Gaya Belajar Pendidik perlu menyedari bahawa para pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbezabeza. Sesetengah pelajar belajar dengan baik apabila melihat orang lain melakukannya dan suka kepada penyampaian maklumat yang tersusun. Golongan pelajar visual lebih suka menulis apa yang diberitahu oleh guru. Lazimnya pelajar visual bersikap diam diri dan jarang terganggu kepada bunyi bising yang berlaku semasa proses pembelajaran berlangsung. Berbanding pelajar auditori, mereka sering menghiraukan apa yang dilakukan oleh guru ataupun menulis nota. Mereka banyak bergantung pada keupayaan mereka mendengar dan mengingati maklumat pembelajaran semasa pembelajaran berlangsung. Semasa di dalam kelas, mereka banyak bercakap dan mudah terganggu kepada bunyi bising. Pelajar kinestatik pula belajar melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti. Mereka cenderung menjadi impulsif atau mengikut gerak hati dan kurang sabar. Semasa di dalam kelas, mereka resah kecuali apabila mereka boleh berlegar-legar dan membuat sesuatu. Pendekatan mereka kepada pembelajaran mungkin kelihatan tidak teratur dan rawak (Harmin 1994). Cara pengajaran dan pembelajaran aktif dan kolaboratif mewujudkan kesesuaian strategi pembelajaran kepada pelajar masa kini. Untuk lebih berkesan, guru harus menggunakan gabungan strategi atau pendekatan pembelajaran seperti perbincangan dan projek kumpulan kecil, persembahan dan perdebatan dalam kelas, latihan dan pengalaman pembelajaran di dalam dan di luar kelas, serta simulasi dan kajian kes. c) Kolaboratif Sosial dan Kemasyarakatan Pelajar masa kini menghadapi sebuah dunia yang mengalami ledakan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat, mereka lebih berasa bimbang dan bersikap defensif.. Keperluan untuk berasa selamat perlu dipenuhi sebelum keperluan bagi mencapai sesuatu, mengambil risiko dan 37

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

meneroka sesuatu yang baru dapat dilakukan. Salah satu cara untuk berasa selamat dan terjamin adalah dengan mempunyai keperluan berhubung dengan orang lain dan berasa kehadirannya diterima dalam sesebuah kumpulan. Perasaan bahawa kehadiran seseorang pelajar itu diterima dalam sesuatu kumpulan pelajar, membolehkan pelajar tersebut menghadapi cabaran yang mendatang. Apabila seseorang individu belajar dengan orang lain dan bukan seorang diri, individu tersebut mempunyai sokongan emosi dan juga intelek yang membolehkan individu tadi menjangkau lebih jauh daripada peringkat pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada diri individu tersebut (Silberman 1996). Meletakkan seseorang pelajar ke dalam sekumpulan pelajar dan memberikan tugas kepada mereka, memerlukan kerjasama antara satu sama lain di kalangan pelajar yang menganggotai kumpulan tersebut untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Dengan cara ini, peluang untuk memenuhi keperluan pelajar bersosial telah dibentuk. Pelajar cenderung memberikan tumpuan kepada pembelajaran kerana mereka melakukan tugasan bersama-sama rakan di dalam sesebuah kumpulan pembelajaran. Sesudah terlibat dalam sesuatu projek, kumpulan tersebut merasakan perlu bercakap tentang pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh mereka kepada individu dan kumpulan pelajar yang lain, ini membawa kepada perkembangan hubungan sesama rakan yang lain dalam sesebuah bilik darjah (Harmin 1994). Aktiviti pembelajaran kolaboratif mendorong kepada pembelajaran aktif. Walaupun pembelajaran secara bebas dan pengajaran kelas penuh juga merangsang pembelajaran aktif ini, namun keupayaan guru mengajar melalui aktiviti kerjasama kumpulan kecil membolehkan pembelajaran aktif dijalankan dengan lebih berkesan (Silberman 1996). Apa yang dibincangkan oleh pelajar dengan rakan lain dan apa yang diajarkan oleh pelajar kepada pelajar lain membolehkan meraka memahami dan menguasai pembelajaran. Kaedah pembelajaran kolaboratif yang paling baik, seperti kaedah susun suai gambar yang melibatkan kumpulan pelajar bukan sahaja menggalakkan pelajar belajar bersama-sama malah menggalakkan mereka mengajar satu sama lain. d) Aplikasi Pembelajaran Aktif Keberkesanan pembelajaran aktif boleh dilihat daripada ciri-ciri yang terdapat dalam pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar. Ciri-ciri tersebut antaranya seperti kerja berkumpulan, kepentingan bekerjasama, pembelajaran yang berpusatkan bahan atau sumber pendidikan, ketanggungjawaban pelajar di atas pembelajaran mereka, guru sebagai fasilitator, pelajar mengeluarkan idea dan kerja sendiri, kemahiran proses idea dihargai, disiplin diri, pelajar sebagai sumber pengetahuan dan idea, pelajar terlibat dalam perancangan kurikulum, pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran dan terdapat berbagai kaedah pengajaran digunakan Ini berbeza dengan pembelajaran pasif yang berpusatkan guru yang mana antara ciri-cirinya adalah seperti berikut guru sebagai pendedah maklumat, mementingkan pertandingan, pengajaran seluruh kelas, guru bertanggungjawab ke atas pembelajaran pelajar, guru menyediakan pengetahuan, pelajar dilihat sebagai `tin kosong’ yang perlu diisikan, pengetahuan mata pelajaran diutamakan, peranan guru tinggi, pelajar merasa tertekan, guru menentukan kurikulum, pelajar pasif, dan kaedah dan aktiviti pembelajaran yang terhad.

38

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

e) Strategi-Strategi Pelaksanaan Pembelajaran Aktif Antara strategi pembelajaran aktif yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

pembacaan aktif penulisan aktif perbincangan sumbangsaran demonstrasi guru wawancara perbahas soal selidik pembelajaran berbantukan komputer diari laporan persembahan lawatan simulasi mereka bentuk, permainan kerja projek kajian kes main peranan.

Malah, jika dirujuk kepada sukatan pelajaran KBSM, Kurikulum Standard Pendidikan Islam KSSR dan juga kurikulum-kurikulum pendidikan Islam lain yang digubal masa kini, aktivitiaktiviti tersebut telah pun dicadangkan secara jelas untuk digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Namun, isu yang utama yang sering diutarakan ialah apakah ianya dapat dan sesuai dilaksanakan secara berkesan dalam konteks pendidikan sedia ada? Adakah guru-guru telah bersedia dengan pelaksanaannya dan apakah mereka telah diberikan pendedahan yang konsisten? Ini memerlukan kajian lanjut serta pembangunan modul latihan yang perlu diberikan kepada guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah. f) Fungsi Guru Pendidikan Islam Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Guru adalah pihak yang paling penting dalam pelaksanaan mana-mana sistem pendidikan. Syed Hossein Nasr (1987) telah menegaskan daripada perspektif Islam, guru mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan akhlak, iaitu sebagai murrabi (a trainer of souls and personalities) dan bukan semata-mata seorang mu`allim (a trasmitter of knowledge). Halstead (1995) juga menjelaskan bahawa para guru sangat disanjung dan diharapkan kerana mereka bukan sahaja berilmu semata-mata, tetapi juga mestilah mempunyai personaliti dan komitmen kepada Islam dan menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajar, yang mana para pelajar boleh mengikuti guru mereka tanpa rasa ragu-ragu. Guru yang tidak mempunyai sifat taqwa (piousness) tidak akan dapat menunjukkan atau memberikan contoh yang baik. Gambarajah berikut menunjukkan konsep guru dalam Islam yang memberi fokus kepada lima istilah iaitu; mudarris, muaddib, mu`alim, mursyid dan murabbi (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2012) 39

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

Maka, bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam, guru-guru Pendidikan Islam bersedia dan dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan yang berkesan. Justeru, aspek pendekatan, amalan dan gaya pengajaran guru Pendidikan Islam perlu disesuaikan dengan perkembangan kurikulum semasa dan keperluan pelajar yang terkini. Pada asasnya, metodologi, strategi, pedekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan besar kepada pembentukan diri pelajar. Pembelajaran aktif memerlukan guru-guru pendidikan Islam yang komited dalam melakasanakan tugas mereka. Penghayatan kepada konsep 5MIM ini berteraskan konsep ”guru-da`ie” akan menjadikan pembelajaran aktif dalam pendidikan Islam menjadi satu realiti.

PENUTUP Seorang guru itu perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran mengajar atau teaching skills meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan berkesan iaitu menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran. Dapat dirumuskan bahawa pembelajaran aktif yang merupakan salah satu daripada strategi berpusatkan pelajar yang melibatkan berbagai bentuk aktiviti-aktiviti di dalam dan luar bilik darjah. Pembelajaran aktif adalah satu satu startegi yang boleh digunakan agar guru dapat mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang tinggi mutunya di samping pelajar akan tertarik kepada pelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Kesannya guru akan berjaya memotivasikan pelajar-pelajar dan menarik perhatian mereka supaya bersedia mengikuti pengajaran guru dengan penuh minat. Sudah pasti kandungan pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar mengikut langkah tertentu dan dengan cara yang sistematik serta menepati masa pembelajaran yang ditetapkan. Melalui kaedah yang sistematik tersebut, pelajar-pelajar akan terangsang untuk turut sama terlibat di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi pelbagai hala akan terhasil daripada proses tersebut yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Penggunaan strategi dan kaedah mengajar yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan kepelbagaian latar belakang merupakan ciri-ciri kemahiran mengajar yang perlu ada pada seorang guru pendidikan Islam. Malah kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada mutu P&P yang berkesan. RUJUKAN Ab. Halim Tamuri, Zarin Ismail, Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak, Zarin Ismail dan Mohd Aderi Che Noh. 2005. "Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar". Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, UKM dan JAPIM. Kementerian Pendidikan Malaysia. Ab. Halim Bin Tamuri, Shahrin Awaludin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak, Zarin Ismail dan Mohd Aderi Che Noh. 2006. Kajian amalan pengajaran guru pendidikan islam di sekolah rendah dan menengah. Laporan penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. IRPA 07-02-02-10033EAR. 40

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

Ab. Halim Tamuri, Khalthum Ibrahim, Nasruddin Yunos dan Azhar Ahmad. 2007. Orientasi amalan agama dalam kalangan remaja Melayu: satu kajian di negeri Johor. Laporan Penyelidikan ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (pytn). 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Penerbit UKM. Ab. Halim Tamuri, Mohd Izham Hamzah, Khadijah Abdul Razak dan Mohd Aderi Che Noh. 2010. Kajian tahap profesionalisme guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di bawah kementerian pelajaran malaysia Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, UKM dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian pelajaran Malaysia. Abd. Shukur Mohd Ali. 2008. Modul Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid: Satu kajian di SBPI, Rawang. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Halim El-Muhammadi. 1991. Pendidikan Islam, falsafah, disiplin dan peranan pendidik. Selangor. Dewan Pustaka Islam. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Ahmad Shidki Yusoff. 2008. Pembangunan dan penilaian laman web masjid siber untuk modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Syalabi. 1970. Al-tarikh al-Islami wa al-Hadhorah al-Islamiyah. Mesir: Maktabah alMisriyyah. Al-Abrasyi, Mohd. Atyiyah. 1970. Dasar-dasar pokok pendidikan Islam. Jakarta: Bulan Bintang. Al-Ghazali, Abu Hamid. 1939. Ihya ‘Ulum al-Din. Juz. 1. Mesir: Matba’ah Mustafa al-Babi alhalabi. Al-Jambalati, Abu Futuh al-Tunisi. 1973. Dirasat muqaranah fi al-tarbiyyah al-Islamiah. Mesir. Al-Na’miy, Abdullah al-Amin. 1994. Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibn Khaldun dan al-Qabisi. Terj. Mohd Ramzi Omar. Kuala Lumpur: DBP. Al-Qabisi, Abu Hasan. 1967. Al-Risalah al-Mufaddalah li Ahwal al-Muta’allimin wa Ahkam alMu’allimin wa al-Muta’allimin. Kaherah: Darul Ma’arif. Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Taomi. 1975. Falsafah al-tarbiyyah al-Islamiah. Tripoli. Al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. 2001. Nabi Muhammad: Guru dan pendidik terulung. Terj. Shuhadak Mahmud. Negeri Sembilan: M. Khari enterprise & al-Azhar Media Ent. Anderson, J.R. 1985. Cognitive psychology and its implication. Ed. Ke-2. New York: Freeman. Anisah Ali, 2008. Keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam berasaskan masjid. Satu kajian di SMKA Sultan Muhammad, Melak. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Carroll, L & Leander, S. 2001. Improving student motivation through the use of active learning strategies. Thesis Masters of Arts Action Research Project. Saint Xavier University and SkyLight Field-Based Masters Program. U.S Halstead, J.M. 1995. “Towards a unified view of Islamic education”, Islam dan Muslim Christian Relations. Vol.6. No.1 ms. 25-43. Harmin, M. 1994. Inspiring active learning: A hand-book for teachers. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development

41

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

Jasmi Amin. 2011. Penggunaan surau dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di negeri Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. 2012. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM. Md. Yusof Ali. 2010. Amalan akhlak sosial dalam kalangan pelajar-pelajar bermasalah disiplin di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Pahang. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mayers, C. & Jones, T.B. 1993. Promoting active learning: Strategies for the college classroom. U.S: Jossey-Bass Inc. Mohd. Azman Mohd Yunus. 2005. Pembacaan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd. Azman Mohd Yusuf. 2008. Modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid KBSM Tingkatan 2 di SMAP Kajang Selangor. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Yusof Othman, Ismail Ibrahim, Jawiah Dakir, Lilia Halim, Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, Ab. Halim Tamuri, Ibrahim Abu Bakar, Abrar Idris, Shamsul Shah Tarjo, Shamsul Azhar Yahya, Siti Maheran Ismail @ Ibrahim dan Noor Atiqah Abd Rahman, 2011. Keberkesanan Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Laporan penyelidikan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia Rosnani Hashim, 1996. Educational Dualism in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Silberman M. 1996. Active learning: 101 strategies to teach any subject. Massachusetts : Simon & Schuster Company. Syed Ali Ashraf. 1994. “Faith-Based Education: A Theoretical Shift from the Secular to the Transcendent”. Muslim Education Quarterly 11 (2): 1-4. Syed Hossein Nasr. 1987. Traditional Islam in the Modern World. London: Kegan Paul. Zakaria Abdullah. 2011. Pengajaran dan pembelajaran Berpusatkan pelajar dalam Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

42