1 TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PEMAKANAN DALAM KALANGAN

Download Pengambilan sarapan pagi boleh menghadkan jumlah pengambilan snek yang tidak sihat. Menurut kajian Sjoberg et al. (2003), kanak-kanak dan r...

4 downloads 700 Views 70KB Size
TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PEMAKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4SPH

YUGAVATHY RAMANAIDU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2010

1

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PEMAKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4SPH

SESI PENGAJIAN: Saya

2009 / 2010

__________________YUGAVATHY A/P RAMANAIDU___________________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )



SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: 85, Jln Indah 1/12, Taman Bukit Indah, 81300 Johor Bahru, Johor, Skudai. Tarikh: ___________________

CATATAN:

* **



__________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Pn. Hanim Bt Sulaiman Nama Penyelia

Tarikh: _____________________

Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

2

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Teknologi Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) ”

Tanda tangan : ……………………………………. Nama Penyelia : PN. HANIM BT SULAIMAN Tarikh

: ……………………………………..

3

TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PEMAKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4SPH

YUGAVATHY RAMANAIDU

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

April, 2010

4

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan :

.....................................................

Nama Penulis :

YUGAVATHY A/P RAMANAIDU

Tarikh

.....................................................

:

5

DEDIKASI

Khas Untuk:

Ibu bapa dan ibu mertua tersayang,

En. Ramanaidu A/L Aplanaidu, Pn. Parvathy A/P Krishnan, Pn. Rajeswari A/P Muniandy, “Doamu diberkati Tuhan sentiasa”.

Suami Tercinta, En. Kesavan A/L Durairajoo, “Pengorbananmu Tuhan sahaja yang merahmatinya”.

Anak tersayang, Diyaavathy A/P Kesavan “Kejayaan ditanganmu sendiri”.

Teman-teman seperjuangan, “Semoga bertemu di dunia akhirat dengan jalan yang satu”

6

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Tuhan kerana dengan limpah kurnianya maka saya dapat menyiapkan kajian ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek sarjana muda, Puan Hanim Bt Sulaiman di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Tuhan yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan dirahmati Tuhan.

7

ABSTRAK

Amalan pemakanan yang seimbang merupakan aspek penting dalam menentukan perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dan sempurna bagi seseorang individu.

Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau

sejauhmanakah tahap pengetahuan dan amalan pemakanan dalam kalangan pelajar 4SPH iaitu Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 89 orang pelajar.

Kajian ini

menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Di antara perkara yang ditinjau adalah tahap pengetahuan asas pemakanan, tahap amalan pemakanan dan pengaruh persekitaran terhadap amalan pemakanan pelajar. Data telah di analisis secara statistik diskriptif dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 11.5 For Windows.

Dapatan kajian menunjukkan tahap

pengetahuan asas responden tentang amalan pemakanan berada pada tahap tinggi. Tahap amalan pemakanan responden pula didapati berada pada tahap sederhana. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa persekitaran mempunyai tahap pengaruh yang sederhana terhadap amalan pemakanan pelajar. Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada individu dan pihak Universiti.

8

ABSTRACT

The balanced nutritional habit is very important to determine a good development and growth for everyone. Therefore, the aim of this research is to survey the basic knowledge of food and nutrition habits among the fourth year students (4SPH) who are taking Bachelor of Technology with Education (Living Skills), Faculty of Education, UTM, Skudai, Johor. This descriptive research used 89 respondents as samples. This research used questionnaires as the instrument. Among the factors that are studied include level of basic dietary knowledge, the level of eating habits and environmental influence towards eating habits of students. The collected data were analyzed based on descriptive statistics by using Statistical Package for Social Science (SPSS) 11.5 For Windows. The result shows that the basic dietary knowledge is at high level. The level of eating habits is at moderate level. The result also shows that the level of environmental influence towards eating habits of students is at moderate level.

Researcher also gives suggestions for

individual and university.

9

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kadar pertumbuhan ekonomi yang baik dalam jangka masa lebih dari dua dekad yang lalu dalam kebanyakan negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, telah membawa kepada perubahan yang pesat dalam sosioekonomi penduduknya. Malaysia telah mengalami perkembangan ekonomi yang pesat dengan kadar inflasi yang rendah dan berjaya menurunkankan kadar kemiskinan di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Keadaan ini secara tidak langsung mewujudkan perubahan yang ketara di dalam gaya hidup rakyat Malaysia termasuk amalan pemakanan dan corak pembelian dan penggunaan makanan.

Makanan merupakan keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh setiap manusia. Semua orang suka makan. Malahan, makan adalah salah satu daripada nikmat hidup. Makanan bukan sahaja sumber nikmat semasa dimakan, tetapi juga dianggap sebagai sesuatu yang sangat penting terhadap kehidupan itu sendiri oleh pengguna-pengguna (Stare dan Mc Williams, 1990).

Menurut Abdul Latif dan Suriah (1985), manusia memerlukan makanan untuk membesar, menjaga kesihatan dan membekalkan tenaga. Keperluan terhadap makanan dalam diri manusia sangat ketara pada waktu kecil. Ada ahli- ahli sains yang berpendapat bahawa jikalau bayi atau kanak-kanak tidak dapat makanan yang baik pada peringkat awal ada kemungkinan tumbesarannya akan terbantut atau terencat (Abdul Latif dan Suriah, 1985). Pada peringkat awal ini perkembangan 10

otak, sistem saraf dan rangka luar terjadi dengan pesatnya.

Proses- proses ini

memerlukan tenaga dan zat- zat yang tertentu. Oleh itu, pemilihan makanan yang sihat akan dapat membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Pemilihan makanan yang sihat biasanya terdiri daripada nutrien seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral, air dan lain-lain dan melibatkan proses penghadaman, pencernaan, penyerapan dan pengangkutan (Allison, 1990).

Bagi

mendapatkan nutrien – nutrient tersebut, Jabatan Pemakanan Havard ( Havard’s Department of Nutrition) dan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mencadangkan penggunaan empat kumpulan makanan, yang disebut sebagai Empat Asas (Basic Four ) atau Rancangan Empat Kumpulan Makanan. Kumpulan asas tersebut adalah susu dan hasil tenusu, daging dan pengganti daging, buah-buahan, sayur- sayuran dan biji –bijian (Guthrie dan Picciano, 1995).

Makanan yang seimbang ialah makanan yang dimakan yang dapat membekalkan zat makanan pada kadar yang betul bagi keperluan tubuh. Pemakanan yang seimbang merupakan aspek penting dalam menentukan perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dan sempurna bagi seseorang individu.

Oleh itu,

pengetahuan makanan seimbang perlu diketahui khasnya kepada remaja-remaja. Bukan setakat mengetahui sahaja tetapi perlulah dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Kefahaman yang baik tentang makanan seimbang ini boleh membantu remaja-remaja dalam pemilihan makanan mereka sehari-hari.

Remaja memerlukan lebih pemakanan kerana pada tahap ini mereka terlibat aktif dalam aktiviti jasmani, hayat, emosi, ubahsuai dan tekanan pada tahap yang tertinggi dan disertai oleh kesedaran perubahan tubuh badan (Phuah, 1992). Di samping itu juga tempoh remaja ialah masa apabila keperluan pemakanan berada pada tahap maksimum disebabkan oleh pertumbuhan dan pertukaran yang pantas menuju ke arah kematangan seks (Stare dan Mc Williams, 1990). Oleh itu, adalah penting bagi remaja mengambil makanan yang seimbang untuk membekalkan tenaga yang secukupnya untuk menjamin kesihatan yang baik. Individu yang mengamalkan amalan pemakanan yang sihat ialah mereka yang mengikuti sajian harian tanpa meninggalkannya dan mengambil kira nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. 11

Justeru itu, penyelidik ingin mengkaji adakah pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) khususnya di kalangan pelajar 4SPH iaitu pelajar akhir tahun, mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang.

1.2

Latar Belakang Masalah

Keupayaan pelajar untuk belajar bergantung kepada status pemakanannya. Pengambilan makanan yang betul juga membantu membina sistem imun yang kuat agar tidak mudah jatuh sakit dan ketinggalan kelas. Rahsia penjagaan kesihatan, perkembangan otak optimum dan pembinaan asas pembelajarannya adalah makanan sihat dan seimbang.

Tetapi, pada zaman kini ramai pelajar yang tidak mengambil berat tentang keperluan makanan yang sihat dan seimbang. Mereka lebih kerap meninggalkan sajian tertentu terutamanya sarapan pagi (Keski-Rahkonen et al. 2003). Pengambilan sarapan pagi merupakan faktor yang sangat penting dalam pemakanan pelajar bagi memulakan hari mereka dengan lebih bertenaga dan dapat mempertingkatkan daya tumpuan serta pencapaian mereka terhadap pelajaran. Kajian yang telah dilakukan oleh Shazli Ezzat et al. (2005) menunjukkan pengambilan sarapan pagi mempengaruhi perkembangan kognitif pelajar.

Ini dapat dilihat melalui kajian

tersebut di mana pelajar yang mengambil sarapan pagi selama lima hari dalam seminggu mencatat pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan dalam aritmetrik dan digit span. Pengambilan sarapan pagi boleh menghadkan jumlah pengambilan snek yang tidak sihat. Menurut kajian Sjoberg et al. (2003), kanak-kanak dan remaja yang tidak mengambil sarapan pagi akan mengambil lebih banyak snek dan kurang mengambil makanan pada waktu makan utama, keadaan ini menyebabkan kanakkanak dan remaja yang tidak mengambil sarapan pagi didapati sukar mengingati dengan tepat apa yang telah mereka belajar. Selain itu, meninggalkan pengambilan sarapan pagi berkait dengan gaya hidup yang kurang sihat, termasuk memilih

12

makanan yang kurang berkhasiat dan jarang melakukan aktiviti fizikal di kalangan kanak-kanak dan dewasa (Sjoberg et al. 2003 dan Keski-Rahkonen et al. 2003).

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi amalan pemakanan bagi seseorang pelajar antaranya ialah umur, jantina, bangsa, sosioekonomi, tahap pendidikan kepercayaan dan pengaruh luaran seperti rakan sebaya dan media massa (Stare dan Mc Williams, 1990).

Setiap pelajar datang daripada pelbagai latar

belakang sosioekonomi keluarga. Pelajar perlu mengagih dan menguruskan wang saku yang diperolehi daripada pinjaman kerajaan ataupun biasiswa untuk membeli keperluan harian termasuk makanan.

Pelajar yang datang dari keluarga yang

berstatus sosioekonominya tinggi tiada masalah dengan merancang perbelanjaan harian mereka. Tetapi bagi pelajar yang datang dari keluarga yang sosioekonominya yang rendah terpaksa mengikat perutnya untuk menjimatkan wang perbelanjaan. Oleh itu, faktor sosioekonomi memainkan peranan yang penting dalam menentukan amalan pemakanan pelajar untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang.

Pelajar yang tidak mementingkan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang mungkin menjadi kurang cergas. Mereka sentiasa kelihatan letih, hilang minat untuk bermain, belajar, berinteraksi dengan orang lain serta seringkali mengantuk. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat penting untuk membantu pelajar lebih aktif terutamanya dalam pembelajaran dan aktiviti bengkel. 1.3

Penyataan masalah

Kebanyakan

pelajar

kurang

mengambil

perhatian

terhadap

amalan

pemakanan sihat. Mereka tidak menghiraukan kepentingan kandungan nutrien yang diperlukan oleh badan mereka. Daripada pemerhatian yang dibuat, didapati bahawa mereka mengambil makanan mengikut selera mereka, rakan sebaya dan sekadar pengalas perut sahaja.

Senario belajar di Institusi Pengajian Tinggi dapat kita bayangkan tentang kesibukan menghadiri kuliah, dihujani dengan pelbagai tugasan yang diberi oleh para pensyarah dan pada masa yang sama, mereka terpaksa mengulangkaji pelajaran bagi 13

setiap subjek yang diambil untuk persediaan menghadapi ujian-ujian dan kuiz-kuiz yang biasa diadakan pada setiap sesi kelas di samping menguruskan aktiviti persatuan pelajar.

Keadaan ini menyebabkan pelajar lebih kerap meninggalkan

sajian tertentu terutamanya sarapan pagi.

Daripada pemerhatian yang dibuat,

didapati bahawa pelajar – pelajar kelihatan kurang berdaya dan lemah semasa menghadiri kuliah dan membuat amali di bengkel.

Melihat kepada masalah-masalah yang telah dihuraikan, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan amalan pemakanan dalam kalangan pelajar Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

1.4

Objektif kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk: 1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan asas pemakanan pelajar. 1.4.2 Mengenalpasti tahap amalan pemakanan pelajar. 1.4.3 Mengenalpasti sejauhmanakah persekitaran mempengaruhi amalan pemakanan pelajar.

1.5

Persoalan kajian

Persoalan kajian bagi kajian ini ialah: 1.5.1 Apakah tahap pengetahuan asas pemakanan pelajar? 1.5.2 Apakah tahap amalan pemakanan pelajar? 1.5.3 Sejauhmanakah persekitaran mempengaruhi amalan pemakanan pelajar?

14