ASPEK POLITIK DALAM GERAKAN ISLAM

Download Kemunculan gerakan Islam di tengah-tengah kemelut ini menghadapi berbagai- bagai ujian, fitnah dan ... oleh gerakan Islam ini menjadi cabar...

1 downloads 711 Views 150KB Size
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

ASPEK POLITIK DALAM GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA 1.0

PENGENALAN Kertas kerja ini membimbincangkan faktor-faktor ‘contemporary’ (semasa)

mengenai ppolotik dan gerakan islam di Malaysia. Sebenarnya ‘politik islam’ bukanlah dalam bentuk teori semata-mata. Ia merupakan sesuatu yang yang ‘praktikal ‘ yang telah diamalkan oleh Rasullah s.a.w sebagai Rsul dan ketua negara pemerintahan Islam yang pertama di Madinah. Sebaik sahaja baginda wafat perlaksannan dan amalannya diteruskan oleh para sahabah dan mereka yang datang selepasnya sehingga jatuhnya Khilafah Islam Othmaniyyah Turki.1 Selepas lumpuhnya Daulah Islamiah tersebut, uamat Islamdi seluruh dunia berada dibawah berbagai corak pemerintahan. Ada yang diperintah dengan sistem Demokrasi Barat ,Soosialis,sistem beraja dan diktator ketenteraan . Oleh itu umat Islam menghadapi berbagai-bagai masalah ,terumbang ambing dan kehilangan arah. Sistem sekular pula memisahkan mereka antara agama dan pemerintahan. Keadaan ini berterusan sehingga kini Kemunculan gerakan Islam di tengah-tengah kemelut ini menghadapi berbagaibagai ujian, fitnah dan mehnah serta berada di dalam di dalam suasana yang sukar lagi menyulitkan. Ini menyebabkan gerakan islam di seluruh dunia cuba menoleh kembali kepada ‘garis percubaan’ yang telah dilalui oleh mereka sejak jatuhnya kerajaan Islam Othmaniyyah di Turki

2.0

GERAKAN ISLAM DAN POLITIK Wujudnya gerakan ‘tajdid’ seperti Ikhwan Muslimin di Timur Tengah, Jammat

Islami di Indo-Pakistan dan tidak ketinggalan juga Parti Islam Se Malaysia (PAS) di Tenggara Asia adalah merupakan satu kejutan terhadap ‘Peradaban Barat’ yang berleluasa menular di seluruh kehidupan umat Islam . Pendekatan politik yang diambil oleh gerakan Islam ini menjadi cabaran kepada ‘Status Quo’ yang ada di negara-negara tersebut. Ia kembali membawa slogan ‘Al Islam Deen Wa Daulah’ (Islam , agama dan pemerintahan) yang menyemarakkan lagi kebangkitan Islam yang sedang berlaku di

1

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

seluruh dunia hari ini .Penglibatan politik gerakan Islam di Malaysia juga tidak dapat di pisahkan dengan fenomena yang sedang bertiup kencang ini Islam sedang pulang ke nadinya. Tubuh yang telah lama pengsan ini sedang digerakkan semula berdenyutnya nadi umat Islam untuk kembali kepada Islam. Di dalam melalui proses kebangkitan ini, kita tidak boleh memisahkan diri dari memperkatakan tentang tentang pendokong dan pembawa risalah yang pertama, Nabi Muhammad saw. Hakikat ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al Quran yang bermaksud: “Dan sesungguhnya. Kami bangkitkan bagi tiap-tiap uamat itu akan Rasul supaya menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan diri daripada taghut” An-Nahl: 36 Seperti yang dilakukan oleh Rasul saw bahawa kerja-kerja menyampaikan risalan Islam memerlukan Jamaah yang memadukan seluruh gerak kerja pengabdian seluruh aspek kehidupan kepada Allah SWT .Ini bermakna ’Jamaah ’ ialah kumpulan umat yang bertindak secara bersepadu untuk menggerakkan tujuan dakwah menyeru yang makruf serta mencegah yang mungkar. Tindakan mereka ini ini dikenali sebagai ’gerakan’ atau ‘harakah’. Maka istilah ‘gerakan Islam’ ialah jemaah yang terdiri dari individu –individu muslim atau Jama’atul Muslimin. Fungsi utama Jama’atul Muslimin adalah untuk membebaskan umat dari kongkongan Jahiliyyah serta menegakkan kembali ‘ketuanan Islam’ dalam semua bidang.2 Ideologi ciptaan manusia pula sedang lumpuh dan gugur satu demi satu Komunisme yang kononnya ditegakkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tidak dapat dilakukan oleh mereka . Sementara itu Kapitalis Barat yang mencanangkan kebebasan sepenuhnya untuk manusia telah gagal disemua segi. Kedua-dua sistem ini telah meruntuhkan martabat manusia sebagai insan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T. Negara Arab malangnya tidak mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ini. Fahaman kebangsaan mereka ternyata tidak mampu menyatukan Umat Islam di Semenanjung Arab itu sendiri. Perang Teluk telah meletakkan negara-negara Arab di bawah telunjuk Amerika. Apa yang sering di sebut sebagai ‘The New world Order’3 yang

2

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

telah diperkenalkan oleh Amerika selepas perang Teluk sebenarnya adalah ‘The New American Order’4 kerana tujuannya meletakkan semua negara umat Islam di bawah telunjuk Amerika. Malangnya dalam keadaan ini, negara-negara umat Islam masih lagi meletakkan harapan dan pergantungan yang membawa mereka ke lembah perhambaan dan kehinaan yang berterusan Apa yang nyata perkembangan masyarakat umat Islam di merata dunia sekarang ini menunjukkkan bahawa gerakan Islam sedang tampil untuk menjadi alternatif kepada pemerintahan yang ada. Kejayaan awal gerakan Islam di Mesir, Jordan, Algeria dan Malaysia serta kejutan yang dilakukan di Turki dalam proses demokrasi dengan jelas membuktikan bahawa masyarakat mahukan perubahan dalam pimpinan politik umat Islam

3.0

SEPINTAS LALU TENTANG GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA Ada di kalangan pengkaji Islam di Malaysia berpebdapat bahawa gerakan Islam

di Malaysia berpendapat bahawa ‘gerakan Islam yang bersifat syumul’ hanya bermula sekitar dua dekad kebelakangan ini bermula pada awal 1970 an.5 Badan-badan Islam ini mulanya ditubuhkan untuk melibatkan diri dalam bidang dakwah yang bersifat ‘non political’. Tetapi kemudiannya mengenalkan diri mereka sebagai satu gerakan atau harakah Islam. Mereka merasakan ‘identiti baru ‘ ini perlu kerana badan-badan Islam ini mendakwa bergerak menurut prinsip-prinsip gerakan Islam mutakhir ini di Timur Tengah (Ikhwan Muslimin) atau di Indo-Pakistan (Jama’at Islami). Dalam perbincangan ini ,tumpuan akan tebahagi kepada dua trend (aliran) utama yang didukung oleh gerakan Islam di dalam kancah politik Malaysia. Ia adalah seperti berikut : (1).

Penglibatan Gerakan Islam dalam bentuk ‘Non-Confrontational’ dan ‘Non-

partisan’.Tumpuan diberikan kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM)

a.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

3

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

ABIM yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1971 bertujuan memenuhi keperluan dakwah di Malaysia. Kelangsungan ABIM adalah dari usaha meningkatkan dakwah yang telah dilakukan di peringkat Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).6 Ia bergerak di kalangan belia dan tidak terlibat di gelanggng politik tanahair secara terbuka dan bersifat ‘non –partisan’.Pada peringkat awalnya, ABIM telah menegaskan pendiriannya untuk menyokong serta bersama-sama memperjuangkan Islam di Malaysia. Namun melalui penelitian sejarah perjuangan ABIM ianya bertukar mengikut suasana, bermula dengan isu belia dan masyarakat seperti kepentingan pelajar dan golongan miskin yang tertindas, hinggalah kepada penerimaan ‘proses Islamisasi’7 yang menjadi agenda pemerintah hingga sekarang . Orientasi perjuangan ABIM kini juga banyak dipengaruhi oleh pertubuhan antarabangsa seperti World Assembly of Youth (WAMY) dan International Institute of Islamic Thought (IIIT). Antara ‘pendirian rasmi’ ABIM di dalam soal politik: i.

Dalam pergerakannya ABIM tidak akan melibatkan diri di dalam mana-mana

kegiatan parti politik ii.

ABIM telah memilih untuk tidak terlibat secara langsung di dalam persaingan

perebutan kuasa tetapi sebaliknya memilih untuk menyampaikan Islam kepada semua rakyat yang berbilang parti dan kepada pemerintahan dengan sikap berbaik dengan semua tanpa memilih kelompok iii.

ABIM tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya untuk menyertai mana-

mana parti politik asal sahaja mereka tidak melibatkan organisasi ABIM di dalam kegiatan siasah parti-parti berkenaan.8

b.

Jemaah Islah Malaysia (JIM) JIM yang ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1989 juga bertujuan memenuhi

keperluan dakwah di Malaysia . Ia berbentuk ‘non partisan’ dan tidak terlibat dalam politik secara langsung . Penubuhan JIM adalah merupakan kesinambungan dari penglibatan pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri yang terlibat dengan badan-badan pelajar seperti Islamic Representative Council (IRC) di United Kingdom, Malaysian Islamic Study Group (MISG) di Amerika Syarikat serta pelajar-pelajar dari Timur Tengah. Oreantasi perjuangan

4

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

JIM pula dikatakan banyak dipengaruhi oleh gerakan Islam di Timur Tengah seperti Mesir dan Jordan. Antara ‘pendirian rasmi JIM di dalam soal politik : sesekali terlibat dengan pilihanraya kerana JIM bukanlah parti politik, tetapi ahli-ahli JIM boleh

melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

ii. Bagi mencapai objektik JIM, JIM tidak akan melibatkan diri dengan mana-mana kegiatan parti politik.9 (II)

Penglibatan Gerakan Islam dalam bentuk ‘Confrontational’ dan

‘Partisan’.Tumpuan diberikan kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS).

a.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) PAS telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1951 apabila sekumpulan

ulama telah bermuzakarah dan membuat keputusan bagi menjadikan PAS sebagai kesinambungan kepada perjuangan Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948. PAS dipimpin oleh golongan ulamak yang berpendidikan Timur Tengah dan keahliannya adalah bersifat ‘terbuka’ yang terdiri dari berbagai-bagai lapisan masyarakat ‘Mass Movement’ Antara ‘matlamat perjuangan’ PAS adalah : i. Menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan serta berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah . ii. Bercita-cita melaksanakan hukum Allah di dalam pemerintahan dan seterusnya mendirikan Daulah Islamiah. iii. Berpendirian bahawa ‘kuasa politik ‘ adalah satu keperluan mutlak bagi setiap gerakan Islam sebelum negara Islam dapat terlaksana.10 Milne dan Mauzy (1977) memperakui bahawa perjuangan Pas adalah berlandaskan :

5

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

“In its decisions the party is subject to and guided by the Quran as the highest rule. And by the a belief that all answers can be derived from it. Decisions within the party follow an Islamic tradition which calls for the full consultation on all subjects”11 Sementara itu Pryce-Jones (1992) berpendapat bahawa: “The ultimate of the opposition Malay Islamic Party (PAS) is a government on Islamic principles”12 Melalui saluran demokrasi ,PAS telah mengorak langkah sehingga dapat menguasai negeri Kelantan Darul Naim buat kali kedua pada tahun 1990 dan menggugat golongan ‘establishment’ di negeri Terengganu. Ini menyebabkan kerajaan Kelantan yang dikuasai oleh PAS (bersama Angkatan) menghadapi tekanan psikologi dan fizikal dari kerajaan pusat. Islam yang dilaksanakan di Kelantan dipermainkan oleh media kerajaan. Segala bentuk penyusunan semula masyarakat dianggap sebagai ‘outdated’ dan ‘anti pembangunan’13. Aspek politik yang dibawa oleh PAS dianggap sebagai terlalu ‘ekstrim’ dan boleh menggugat ‘perpaduan dan keharmonian’ antara kaum di Malaysia. Ini dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed ketika mengulas kemenangan PAS di Kelantan. Beliau berkata : “These people are extremists who want to impose their power on others, to force people to accept their teachings… They have never been accepted in this country”14 Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula menyatakan : “our position on the inculation of Islamic values is very clear and radically different from PAS. We believe Malaysians should be a succcessful, vibrant Muslim community and not force into thinking within the narrow confines of Islamism subscribed by these extremists groups.”15 Secara umumnya, mengaitkan perjuangan dengan ‘politik Islam’ adalah amat penting bagi mana-mana parti

6

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

atau kumpulan Islam untuk meraih sokongan di kalangan orang-orang melayu di Malaysia. Namun ‘approach’ yang diambil oleh masing-masing adalah berbeza antara satu sama lain: 1.

ABIM selepas era kepimpinan Anwar Ibrahim percaya bahawa mereka boleh

melaksanakan Islam dengan lebih baik dengan ‘membantu’ dan ‘memasuki’ kerajan (UMNO). 2.

JIM berpendapat bahawa perlaksanaan Islam boleh dilaksanakan dengan

memanfaatkan mana-mana ruang yang ada di dalam masyarakat samada melalui kerajaan atau sebaliknya. 3.

PAS pula berpendirian bahawa ketuanan Islam hanya boleh dicapai melalui

perjuangan yang syumul seperti yang telah mereka gariskan. Mereka tetap berpendirian bahawa kerajaan UMNO adalah sebahagian dari rangkaian pemerintahan sekular yang memisahkan agama dari politik dan pemerintahan. Malahan program Islamisasi yang sedang dijalankan di negara ini dianggap sebahagian dari perancangan Barat untuk mengekang kebangkitan Islam. Ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Abd. Hadi Awang : “Satu lagi cara (untuk mengekang kebangkitan Islam) adalah dengan menyokong kerajaan umat Islam yang melaksanakan program Islamisasi. Oleh kerana itu, tidak menghairankanlah jika pemimpin-pemimpin Barat seperti Perdna Menteri Britain dan bekas Perdana Menteri negara itu Margaret Tatcher memuji negara ini.”16 Bagi Murshid Am PAS , Ustaz Haji Nik Abd. Aziz, hanya dengan mempunyai ‘kuasa politik’ sahaja gerakan Islam mampu melaksanakan syariat Allah di Malaysia ini. Ini dibuktikan dengan langkah pertama sebaik sahaja PAS berkuasa di Kelantan, semua premis judi dan arak telah ditutup dan usaha untuk melaksanakan Islam terus berjalan dengan lancar. Beliau menambah lagi ‘model pemerintahan Islam Kelantan’ telah membuktikan bahawa segala kegiatan manusia ada penyelesaiannya melalui Islam daripada akidah, ekonomi, masyarakat dan sosial.17 Banyak soalan-soalan yang kita boleh di kemukakan di dalam membincangkan ‘politik dan gerakan Islam di Malaysia’. Yang pentingnya jawapan-jawapan perlu segera

7

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

dibuat untuk menyelamatkan umat Islam di negara kita. Gerakan pembaharuan perlu dilancarkan oleh gerakan Islam secara ‘kolektif’ bagi menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat. Perubahan yang hendak dilaksanakan perlu diketengahkan kepada mayarakat dalam semua bidang samada sosial, ekonomi, pendidikan dan perundangan. Ini semuanya hanya akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui ‘kuasa politik’ yang berteraskan Islam. Sudah pasti usaha perubahan ini akan mendapat tentangan dari golongan berkepentingan yang mahu terus mengekalkan ‘Status Quo’ yang sedia ada.

4.0

CABARAN UTAMA GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA Kertas kerja ini juga mengkhususkan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh

gerakan Islam di Malaysia serta masa depan mereka di dalam kancah politik negara. Penulis berpendapat bahawa penglibatan gerakan Islam di Malaysia melalui ‘Democratic process via election’ adalah proses yang bersifat ‘vicious cycle’ yang akan berulang setiap kali pilihanraya diadakan. Yang nyata penglibatan gerakan Islam di dalam proses demokrasi di Malaysia adalah bersifat ‘sementara’ selagi sistem demokrasi membenarkan gerakan Islam bergerak bebas tanpa banyak halangan dan sekatan. Bagi penulis penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi hanyalah sebagai ‘safety valves’ bagi pemerintah. Ini memudahkan pemerintah membuat justifikasi bahawa amalan demokrasi masih terus berjalan tanpa sebarang sekatan dengan adanya pilihanraya yang sentiasa dijalankan setiap empat atau lima tahun sekali. Pada penelitian penulis, gerakan Islam di Malaysia sedang berhadapan dengan empat cabaran utama di dalam menanggapi persoalan ‘politik Islam’ di negara ini : i.

Golongan pemerintah yang sentiasa memandang dengan ‘kacamata hitam’

terhadap perjuangan politik Islam yang mahukan pemerintahan Islam diwujudkan. Alasan ‘masyarakat majmuk’ akan terus dijadikan sandaran kepada penolakan perlaksanaan syariat Islam di Malaysia. ii.

Golongan ‘ulama rasmi’yang mudah diperalatkan oleh pemerintah. Mereka tidak

berperanan sebagai pencegah kemungkaran malahan sentiasa mempertahankan segala

8

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

apa yang dilakukan oleh pemimpin negara walaupun ianya jelas bertentangan dengan Islam itu sendiri. iii.

Golongan cendiakawan (intelek) yang kebanyakannya berdiam diri dan tidak berani

tampil ke hadapan bagi menanggapi sesuatu isu-isu besar terutama isu yang berkaitan dengan ‘politik negara’. iv.

Kejahilan sebahagian besar masyarakat Malaysia tentang ajaran Islam yang

sebenarnya. Kejahilan ini ditambah pula dengan peranan kebanyakan media massa negara yang mengaburkan lagi ajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat. Gerakan Islam di Malaysia juga perlu peka dengan cabaran-cabaran global yang sedang dan akan dihadapi oleh gerakan Islam menjelang melangkah ke abad ke 21. Pelbagai tafsiran telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji Barat terutamanya apabila berakhirnya ‘Cold War’ di antara blok Barat dengan blok Komunis. Ada yang berpandangan bahawa ianya merupakan “The End of History” (Francis Fukuyama), ada yang menjangkakan berlakunya “ The Borderless State” . Tetapi yang nyata “Nation State” akan terus wujud di mana di sinilah berlakunya pertembungan secara langsung di antara Barat dan Islam.18 Peperangan serta penindasan yang berlaku ke atas umat Islam di Bosnia, Kashmir, Chechnya serta Palesrin dengan jelas menunjukkan sikap hipokrit Barat di dalam menangani masalah tersebut. Mereka yang kononnya melaungkan ‘Human Rights’ serta ‘equality’ di masa yang sama bertindak dengan kejam dan zalim dengan membuat pakatan bersama sekutu-sekutu mereka di atas nama UN, NATO, EC, mahupun OIC. Nyatalah pakatan jahat mereka hanyalah semata-mata untuk menghancurkan perjuangan Islam yang sedang bangkit di seluruh dunia. Perjuangan ‘Politik Islam’ ini tidak mungkin ditukar ganti dengan hamparan permaidani merah serta kesenangan yang sementara tetapi ianya sudah menjadi sunnah perjuangan bahawa gerakan Islam akan menghadapi pelbagai ujian, fitnah dan mehnah serta halangan sebelum ia diberikan Allah kemenangan yang hakiki. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

9

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

“Dan tiadalah kami mengutuskan mu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”

Surah As Saba’ - 28

Inilah hakikat perjuangan Islam dan perjuangan inilah juga yang sedang diteruskan oleh gerakan Islam masa kini, sebagai kesinambungan dari hakikat perjuangan yang didokong dan dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang dinyatakan dengan jelas di dalam al Quran. “Dan Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan petunjuk dan kebenaran supaya ia (Rasul-nya) menzahirkan (agama benar itu) ke atas agama yang lain seluruhnya walaupun orang-orang musyrikin membencinya. Surah As Saff - 9

5.0

PENUTUP Pada hakikatnya penglibatan politik Islam di Malaysia yang bersifat ‘partisan’

dianggap sebagai ‘radikal dan ekstrim’, manakala gerakan Islam yang ‘non-partisan’ dianggap sebagai ‘sederhana dan bertolerensi’.19 Dengan ‘pembangunan ekonomi’ yang sedang pesat dan juga proses Islamisasi yang dicanangkan oleh pemerintah, PAS ddijangka akan ‘bersendirian’ memperjuangkan agenda politiknya. Ini ditambah pula dengan adanya golongan apa yang dipanggil ‘moderate Islam’20 di dalam UMNO yang menjalankan berbagai-bagai usaha bagi ‘memancing’ aktivis-aktivis gerakan Islam samada yang dianggap’radikal’ ataupun yang ‘sederhana’ untuk menyertai UMNO. Bagi penulis, masa depan gerakan Islam di dalam arena ‘politik demokrasi’ di Malaysia pada umumnya dapat dirumuskan kepada dua keadaan : i.

PAS terus bersendirian dengan aganda politik Islamnya tanpa bantuan mana-mana

kumpulan lain. Ini akan terus menjadi cabaran dan saingan utama UMNO di negeri majoriti umat Islam seperti Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan (yang sedang dikuasai oleh parti tersebut). Perjuangan PAS dijangka akan berterusan dengan mengambil pendekatan ‘Muajahah Silmiyyah’ (secara aman) selagi ia diberikan ruang untuk terus terlibat di dalam ‘proses demokrasi’ di negara ini.

10

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

ii.

Sekiranya berlaku perubahan di dalam pucuk pimpinan UMNO di mana kononnya

‘kumpulan pro-Islam di dalam UMNO’ berjaya menyingkirkan ‘kumpulan sekular dalam UMNO’, suasan pertentangan antara PAS dan UMNO akan banyak berubah. PAS dijangka akan diberi ruang untuk ‘power sharing’ dengan golongan Islam di dalam UMNO. Ini berdasarkan kepada bacaan politik umum bahawa sekiranya pimpinan PAS boleh berkongsi kuasa dengan sebuah lagi parti nasionalis, Semangat 46 atas asas ‘Islam sebagai Ad-Din’21 maka tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh bersama dengan kumpulan ‘pro Islam’ di dalam UMNO di atas asas yang sama. Walaubagaimanapun, ‘premis’ kedua ini hanya boleh ditentukan oleh satu faktor yang dikira sangat penting bagi PAS. Ini ditegaskan sendiri oleh Mursyid Am PAS, Ustaz Nik Abdul Aziz : “Saya berkali-kali sebut jika UMNO melakukan pentadbiran sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, PAS tidak akan wujud. Saya tidak akan benarkan PAS ini dilanjutkan lagi, jika UMNO ubah sikap.”22 Ini ditambah pula, dasar sesebuah parti politik, termasuk UMNO ditentukan oleh perlembagaannya dan juga keputusan pemimpin-pemimpin parti. Ini bermakna dasar sesebuah parti tidak ditentukan oleh peribadi pemimpinnya sahaja kerana pemimpin sentiasa bertukar ganti. Namun yang nyata, buat masa ini penglibatan gerakan Islam di dalam proses ‘politik demokrasi’ di Malaysia akan terus menerima nasib yang sama dengan gerakangerakan Islam yang lain seperti Ikhwan Muslimun di Mesir dan Jordan, serta Jama’at Islami di Pakistan dan Bangladesh. Sebagaimana pakar-pakar penganalisis dasar dan strategi Barat selalu menyebut, “we will allow them i.e Islamic Movements to participate in the democratic process as long as they co-opt into the system, but we will crush them when they threaten the legitimacy of our rule and power”.23 Ini ada hakikat dan realiti ‘politik-demokrasi’ yang harus difahami oleh gerakan Islam di Malaysia dan mana-mana jua. Perlu ditegaskan bahawa gerakan Islam mesti sentiasa bersedia untuk membayar harga yang mahal dalam ‘kancah politik demokrasi’, kerana gerakan Islam yang tulen tidak akan terjebak dengan sikap ‘apologetik’ dan ‘kompromi’ dalam perkara dasar.

11

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Disediakan oleh : DR. SYED AZMAN SYED AHMAD Pensyarah Sains Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Dibentang untuk : Seminar Kebangsaan Dakwah dan Pengurusan Islam, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada : 22-23 hb. Julai 1996.

12