bahasa melayu - Sumber Pendidikan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika ... Misalnya, pembakaran hutan unt...

59 downloads 777 Views 212KB Size
1

Set 1

MODUL POTENSI CEMERLANG SPM 2017

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi soalan 2(b), soalan 2(c), soalan (2d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Modul Potensi Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

Set 1

2

Soalan 1 : Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika berlakunya jerebu dan punca-punca masyarakat kurang prihatin akan kesan jerebu. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan partikel-partikel kecil yang terapung-apung di udara dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Partikel-partikel ini terjadi sama ada secara semula jadi atau kesan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompak akan terhasil jerebu yang mengundang pelbagai masalah kesihatan. Sekiranya hal ini terjadi, masyarakat perlu sentiasa berada di dalam bangunan atau rumah. Punca utama berlakunya jerebu ialah akibat aktiviti pembakaran secara terbuka. Misalnya, pembakaran hutan untuk tujuan pertanian atau kebakaran hutan yang berlaku disebabkan kecuaian manusia dan pembakaran sampah secara terbuka. Tahap bahaya jerebu ditentukan berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU), iaitu semakin tinggi IPU semakin berbahaya kepada kesihatan manusia. Oleh itu, masyarakat diminta supaya memakai alat penutup hidung ketika berlakunya jerebu. Sekiranya bacaan IPU meningkat ke tahap bahaya masyarakat dicadangkan agar bercuti ke kawasan yang lebih selamat. Pelepasan asap kenderaan di jalan raya juga menjadi penyumbang kepada masalah jerebu. Kandungan asap yang terdiri daripada gas-gas seperti karbon monoksida, sulfur monoksida dan nitrogen monoksida boleh menjejaskan kesihatan. Pengguna kenderaan seharusnya menggunakan alat pendingin hawa ketika berada di jalan raya bagi mengurangkan risiko terhidu udara yang tercemar. Selain itu, pelepasan asap tanpa kawalan oleh kilang-kilang turut memburukkan lagi keadaan. Kandungan bahan kimia dalam jerebu boleh menyebabkan penyakit paru-paru, sesak nafas, darah tinggi, sakit mata dan kegatalan pada kulit. Untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lebih serius, mereka perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau di hospital. Bagi mereka yang beriskio tinggi, khususnya penghidap lelah diharapkan agar sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan oleh pakar perubatan. Pendedahan awal tentang kesan jerebu kepada kesihatan manusia amat penting. Oleh itu, masyarakat perlu sedar akan bahaya bahan kimia yang terkandung dalam jerebu yang masuk ke dalam tubuh badan. Hal ini demikian kerana bahan tersebut boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu, orang ramai hendaklah sentiasa membersihkan anggota badan yang terdedah kepada jerebu dengan menggunakan air bersih. Masyarakat juga disarankan agar banyak minum air dan mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti luar sekiranya kawasan mereka dilanda jerebu.

Modul Potensi Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

Set 1

3

Sesungguhnya, fenomena jerebu mengundang pelbagai masalah yang menjejaskan kehidupan. Oleh itu, masalah jerebu ini perlu ditangani dan pada masa yang sama, masyarakat perlu peka terhadap penjagaan kesihatan ketika berlakunya jerebu. Dipetik dan diubah suai daripada “Jerebu Oh Jerebu‟ Generasi Pengguna, Jun 2013

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Berikan maksud rangkai kata mengurangkan risiko.

(ii)

Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya jerebu. Nyatakan faktor-faktor tersebut.

[2 markah]

[3 markah]

(iii) Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan cara-cara yang berkesan untuk menghebahkan bahaya jerebu. [4 markah]

Modul Potensi Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

Set 1

4

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini. Hampir beberapa purnama, saya tidak bertemu Munsyi di perkampungan pinggir kota ini. Suatu hari, saya terhidu perkhabaran tentang rancangan sebuah syarikat perumahan dengan kebenaran pengusaha kota untuk mengambil alih kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi serta lebih dua puluh buah rumah yang semuanya diduduki keluarga Melayu. Khabarnya kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang. Penduduk diberikan tempoh beberapa hari untuk mengosongkan premis mereka sebelum dirobohkan. Oleh sebab kesibukan tugas, saya tidak sempat menemui lelaki tua itu. Dipetik daripada cerpen „Munsyi‟ oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i)

Berdasarkan petikan di atas, mengapakah saya (Mel) berasa malu dengan gelagat anak-anak muda sebangsanya? [2 markah]

(ii)

Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan kampung tradisi yang sedia ada di perkampungan pinggir kota dapat dikekalkan? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Modul Potensi Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

Set 1

5

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta,saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka kata segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.” Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.” Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orang berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya. Dipetik daripada „Kepimpinan Melalui Teladan‟ dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud rangkai kata datanglah pula bala.

[2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Temenggung selepas mendapat titah daripada baginda. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah baginda menitahkan kegiatan kecurian itu perlu dibanteras dengan segera? [3 markah]

Modul Potensi Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

Set 1

6

Soalan 2 (d) – Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ERTI HIDUP BERERTI Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang. Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal lecuali Tuhan. TEO WEI SING Antologi Sejadah Rindu Dewan Bahasa dan Pustaka (i)

Berdasarkan rangkap pertama, bagaimanakah keadaan hidup seorang tua dalam sajak di atas? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, sebagai seorang jiran, apakah tanggungjawab anda terhadap jiran anda yang telah tua dan tinggal keseorangan [3 markah] (iii)

Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

Modul Potensi Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

[4 markah] Set 1

7

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i)

budi bicara

(ii)

garis panduan

(iii)

hak cipta

(iv)

lut sinar

(v)

tingkah laku

(vi)

usaha sama [6 markah]

(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Farasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN +FS). ( i)

Kakak ipar saya pelukis terkenal di bandar itu

(ii)

Bunga Mawar Merah itu untuk Cikgu Siti sempena hari jadinya.

(iii)

Pihak bomba telah memadam kebakaran yang berlaku di taman itu.

(iv)

Menara Berkembar Petronas sangat indah reka bentuknya.

(v)

Pasukan bola sepak kampung kami menjalani latihan untuk menyertai pertandingan peringkat daerah.

vi) Tudung saji di atas meja itu daripada daun mengkuang. [6 markah]

Modul Potensi Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

Set 1

8

(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Aktiviti sukan dapat mempupuk perpaduan antara kaum. Semasa bersukan, kanak-kanak dan remaja yang berbilang bangsa dapat berinteraksi dan saling memahami antara satu sama lain. Aktiviti sukan juga dapat menenang fikiran setelah penat bekerja disamping dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengisi masa lapang. Dengan ini, remaja dapat menghindari diri daripada gejala negetif seperti merokok dan vandalism. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i)

Pihak sekolah akan menerima semula pelajar yang telah dibuang sekolah bertujuan memberikan ketakutan kepada pelajar lain.

(ii)

Encik Naqib menerangkan tentang faedah aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah.

(iii)

Peserta yang paling hebat sekali dalam persembahan itu telah dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan yang menyediakan peruntukan yang lumayan. [6 markah]

Modul Potensi Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

Set 1

9

(e) Isi tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Sebagai pekerja baharu di sebuah syarikat korporat, Azim tidak malu bertanya kepada ketuanya tentang apa-apa perkara yang tidak diketahuinya. Tindakan Azim itu adalah untuk mengelakkannya daripada melakukan kesilapan semasa melaksanakan tugas. Azim berpegang pada konsep peribahasa …………………………. (ii) Kita sedia maklumn bahawa tenaga fizikal kaum wanita tidak sekuat kaum lelaki. Namun begitu wanita juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka berupaya mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa……… (iii) Riduan merupakan seorang profesor di sebuah universiti terkemuka di dalam negara. Dia begitu mementingkan pendidikan anak-anaknya agar memiliki pengetahuan dan pemikiran yang moden. Walaupun begitu, Hamid juga akan memastikan anakanaknya tidak lupa mengamalkan adat dan nilai tradisoanal masyarakat Melayu. Tindakan Riduan ini menepati peribahasa ….. [6 markah]

Modul Potensi Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

Set 1

10

Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan- soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i)

Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(ii)

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(iv)

Jendela Menghadap Jalan karya Rohani Matdarin

(v)

Tirani karya Beb Sabariah

(vi)

Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(vii)

Silir Daksina karya Nizar Parman

(viii)

Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu persoalan tentang kegigihan yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Modul Potensi Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

Set 1