INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1025
CINTA DAN KEHIDUPAN: UNGKAPANNYA DALAM AL-QURAN NAZNEEN BINTI ISMAIL Jabatan Usuluddin, Akademi Islam KUIS
[email protected] No. Tel. 0192360477 MOHD NOORIKHWAN BIN SARBINI Bandar Seri Putra Bangi
[email protected] No.Tel. 0173771207
ABSTRAK Cinta ialah satu fenomena kejiwaan yang wujud dalam diri insan. Lynn Wilcox (1995) berpandangan topik ini tidak mendapat perhatian khusus dalam bidang psikologi. Ia lebih dilihat sebagai satu proses jiwa yang bertindak balas kepada objek hidup. Sedangkan dalam karya ulama tasawuf, cinta yang terfokus kepada Tuhan menjadi tema perbahasan sepanjang zaman (al-Qushayri 2002; al-Makki 2001; al-Kurdi 2004; Abdul Qadir cIsa 2008; Al-Sarraj 2009). Ini menunjukkan kepentingan rasa cinta dalam diri manusia sebagai motivasi mencapai matlamat. Untuk itu, artikel ini bakal mengetengahkan ungkapan cinta dalam al-Quran dari aspek bentuk, kesan dan hubungan cinta antara Allah SWT dan manusia. Kata kunci: Cinta, bentuk cinta, kesan cinta, cinta Allah SWT.
PENDAHULUAN Menurut Lumbard (2003), karya sufi terawal membicarakan tentang cinta ialah Adab alc
Ibadat yang dikarang oleh Syaqiq al-Balkhi (m. 194/180). Antara lain ialah karya ahli sufi
yang mengungkapkan cinta kepada Allah SWT seperti al-Nuri (m. 295/927-8), Rabicat alc
Adawiyyah (m. 185/801), al-Bistami dan al-Syibli Ia diikuti oleh al-Qushayri dalam
karyanya al-Risalah al-Qushayriyyah, al-Sarraj (m. 378/988) dalam kitab al-Lumac dan alKalabadhi (m. 380/990) dalam al-Tacarruf. Terdapat juga sebilangan penulisan menghuraikan konsep cinta dalam Islam secara umum (Mahmud al-Syarif 1983; Ghazi 2010; al-Jauziyyah 1997) di samping kajian bersifat cinta Islami dalam konteks hubungan antara lelaki dan wanita (Umi Nadzrah 2012; Syaidatun Nazirah 2012). Namun demikian, masalah timbul apabila konsep cinta disalah ertikan oleh masyarakat. Chaton (2007) menyatakan salah faham konsep ini disebabkan oleh pengaruh media dalam kehidupan. Kefahaman cinta dalam kalangan kanak-kanak hanya tertumpu kepada konteks keinginan seksual dan hubungan antara jantina. Malah mereka mempunyai tanggapan yang tidak realistik berhubung maksud cinta. Ini adalah kesan langsung daripada 297
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
media yang kanak-kanak menganggapnya sebagai pemberi maklumat yang sahih dan berautoriti. Tambahan pula, dalam dunia hari ini mereka begitu terdedah dengan media baharu yang membawakan pelbagai lambakan maklumat dan menjadikan kanak-kanak ini hanya bergantung kepada media dalam memahami realiti kehidupan. Ironinya, salah erti ini turut menjangkaui golongan remaja di mana mereka beranggapan perbahasan cinta terhad kepada cinta berahi yang menjuru kepada hubungan seksual. Sehinggakan ia menjadi faktor utama kepada gejala seks bebas dan keruntuhan moral dalam kalangan mereka temasuklah pembunuhan. Ia menunjukkan bahawa salah faham tentang cinta cenderung untuk membinasakan diri individu dan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat (Syaidatun, 2012). Malah, al-Daylami (m. 391 H) menyatakan cinta yang berorientasikan hawa nafsu perlu dijinakkan atau dihindarkan sama sekali (Lumbard, 2003). Selain itu, cinta yang mengharapkan balasan juga menyebabkan manusia berpandangan ia adalah satu perkara yang tidak mungkin direalisasikan (Lynn Wilcox, 1995). Dalam perbahasan ahli psikologi moden, cinta didefinisikan sebagai satu keadaan atau proses jiwa yang bertindak balas kepada objek hidup. Justeru, dalam menjelaskan tentangnya, ia akan diungkapkan dalam bentuk perhubungan pencinta dengan yang dicintai seperti hubungan cinta antara ibubapa dan anak. Hasilnya, persoalan cinta dalam psikologi moden hanya berkisar dari aspek pengkategorian sama ada ia cinta saudara, cinta romantik atau cinta erotik. (Lynn, 1995). Pengkaji berpandangan skop perbincangan cinta perlu diperluas dengan diberikan definisi yang jelas. Ia bagi menjadikan kajian berkenaannya dapat diperkemas dan relevan dengan kajian dalam psikologi yang lain. Sehubungan itu, kertas kerja ini bakal membahaskan persoalan sekitar apakah maksud cinta? bagaimana ia diungkapkan dalam alQuran? dan apakah hubungan cinta dengan kehidupan?
DEFINISI CINTA
Cinta bererti perasaan sangat sayang atau terlalu mengingini akan sesuatu (Kamus Dewan, 2002). Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai love, passion manakala dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Hubb di samping ada istilah yang pelbagai lagi (al-Jauziyyah, 1997). Kesemuanya merujuk kepada pengertian yang sama iaitu keinginan yang bersangatan kerana 298
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
rasa kasih dan cenderung hati kepada sesuatu. Ghazi (2010) menyatakan kalimah al-Hubb berasal daripada al-Habb yang bermaksud benih. Ia adalah gambaran sebutir biji benih yang jatuh ke tanah akan menumbuhkan pohon baru dan cantik. Gambaran ini menandakan bahawa cinta adalah sinonim dengan kecantikan seperti yang didefinisikan oleh al-Ghazali sebagai satu bentuk kecenderungan kepada kecantikan setelah terpesona dengannya. Namun begitu, oleh kerana cinta ialah perasaan maka tidak mudah untuk menyatakan definisi yang tepat tentangnya. Oleh kerana itu, Abdul Qadir cIsa (2008) berpandangan bahawa cinta hanya dapat dijelaskan melalui kesannya kepada seseorang. Begitu juga apabila terdapat beza antara cinta sesama manusia dan hubungan cinta dengan Allah SWT. Cinta terulung ini dijelaskan dengan dua bentuk iaitu cinta Allah SWT kepada manusia dan cinta manusia kepada Allah SWT. Cinta Allah SWT kepada manusia ialah dengan memberikan nikmat tanpa terkira. Secara khusus, cinta Allah SWT menjadikan manusia hampir dengan-Nya melalui cara penyucian jiwa daripada noda dunia dan menyingkap hijab sehingga mampu mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya. Manakala kecintaan manusia kepada Allah SWT didefinisikan sebagai kecenderungan mereka kepada kesempurnaan-Nya yang tidak dimiliki sedangkan mereka begitu memerlukannya (Ghazi, 2010). Ini bermakna cinta merupakan satu perasaan yang dikurniakan Allah SWT dalam diri setiap manusia. Perasaan ini boleh dikawal dan ditumpukan kepada perkara-perkara tertentu. Cinta yang tertinggi ialah cinta kepada Allah SWT dan beroleh cinta daripada-Nya. Cinta kepada Allah SWT ini menjadi paksi kepada dimensi cinta yang lain seperti cinta kepada Rasulullah SAW, cinta ilmu, cinta kebaikan, cinta sesama manusia dan cinta kepada diri sendiri. (Syaidatun, 2012) Untuk itu, ungkapan cinta dalam al-Quran perlu dikenal pasti supaya kerangka dasar cinta dapat dinyatakan dan membentuk hubungan dengan dimensi cinta lain.
BENTUK-BENTUK CINTA DALAM AL-QURAN Al-Quran mengungkapkan cinta dengan pelbagai pendekatan dan istilah. Penulisan ini tertumpu kepada kalimah al-Hubb dan yang terangkai daripadanya. Hasilnya, terdapat dua bentuk cinta iaitu cinta Allah SWT dan cinta dunia. 299
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Cinta dunia Rasa cinta adalah fitrah dalam diri manusia. Sengaja Allah SWT menciptakannya sebagai salah satu ciri khas bagi manusia. Cinta ini disifatkan sebagai kecenderungan hati kepada sesuatu perkara. Lazimnya ia cenderung kepada perkara yang indah sama ada dapat dikesan dengan pancaindera mahupun tidak. Firman Allah SWT:
1
Maksudnya: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
Nikmat ini disediakan untuk manusia agar ditadbir sebaiknya. Jika ia dijadikan sebagai matlamat hidup dan cinta maka ia akan menghalang manusia daripada kebenaran. Tetapi bagi yang memalingkan hati daripada terpaut dengannya, ia akan selamat dan dipandu kepada kebenaran. (al-Sulami, 2001) Justeru, manusia terbahagi kepada dua golongan. Ada sebahagian menginginkan dunia dan sebahagian lagi menginginkan akhirat. Perbezaan ini berhubung secara langsung dengan kecenderungan hati mereka. Jika berlebihan dalam mencintai dunia maka hati tersebut akan terlalai daripada mencintai Allah SWT dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah SWT:
2
Maksudnya:
1 2
Al-Quran, Suran Ali 'Imran, 3:14. Al-Quran, Suran Ali 'Imran, 3:152. 300
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat. 3
Maksudnya: Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat). 4
Maksudnya: Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. 5
Maksudnya: Maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku...” Manakala, manusia yang menolak untuk tunduk kepada Allah SWT juga berpunca daripada terpautnya hati mereka kepada kekufuran. Mereka menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan lalu mencintainya (al-Sulami, 2001). Firman Allah SWT:
6
Maksudnya: Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah Amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). Cinta Allah SWT Al-Sulami (2001) menggambarkan cinta Allah SWT sebagai benih dalam hati yang tumbuh menghasilkan pohon yang indah. Para rasul adalah model para pencinta Ilahi. Keunikan cinta 3
Al-Quran, al-Insan, 76:27. Al-Quran, Surah al-Fajr, 89:20. 5 Al-Quran, Surah Sad, 38:32. 6 Al-Quran, Surah al-Baqarah, 2:165 4
301
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
ini ialah ia melibatkan dua alam berbeza iaitu hamba yang dilitupi perkara jasmaniah dan Tuhan yang ghaib (Lynn, 1995). Firman Allah SWT: 7
Maksudnya: Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Al-Sulami (2001) menyatakan bahawa kecintaan orang Mukmin kepada Allah SWT menjadikan mereka melihat ujian yang ditimpakan sebagai satu bentuk nikmat. Ujian ini sama sekali tidak menjadi penghalang cinta mereka kepada-Nya bahkan menguatkan lagi rasa cinta dalam diri. Cara untuk mendapat cinta Allah SWT ialah seperti dalam firman-Nya:
8
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Maksud cinta kepada Allah SWT ialah dengan mengenali dan merasa takut kepadaNya, hati menjadi sibuk dengan ingatan terhadap Allah SWT menjadikan diri sentiasa berusaha menepati perintah dan menjauhi larangan kerana menginginkan reda-Nya. Kecintaan kepada Allah SWT diperolehi dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dari segenap aspek termasuk percakapan, perbuatan dan adab baginda. Cinta kepada Rasulullah SAW adalah jalan termudah untuk sampai kepada cinta Allah SWT. Rasa cinta ini menghijab insan daripada tarikan duniawi serta pandangan manusia sekeliling. Penilaian manusia tidak memberi apa-apa kesan kepada dirinya (al-Sulami, 2001). Termasuk antara tanda orang yang mencintai Allah SWT ialah kurang berkata-kata, banyak berfikir, kerap mengasingkan diri, tidak bersedih atas musibah dan tidak bergembira atas nikmat malah tidak takut kepada manusia lain dan tidak pula bergantung harap kepada mereka (al-Sulami, 2001). Rasa cinta ini merupakan anugerah terindah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Hanya orang yang beriman dapat merasainya. Firman Allah SWT:
7 8
Al-Quran, Surah al-Baqarah, 2:165 Al-Quran, Surah Ali cImran 3:31 302
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
9
Maksudnya: Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. mereka Itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.
KESAN CINTA Cinta mempunyai hubungan rapat dengan personaliti. Personaliti dari perspektif Islam ialah personaliti yang bersepadu dan seimbang berasaskan syariah Islam, pengamalan ibadah dan penghayatan terhadap nilai-nilai Islam dan moraliti. Personaliti Muslim terangkum dalam sepuluh ciri iaitu akidah yang teguh, ibadah yang benar, akhlak yang mulia, tubuh yang kuat, berfikir secara bijaksana, berjihad dengan hawa nafsu, mengurus masa dengan berkesan, sistematik dalam urusan, berdikari dan bermanfaat kepada orang lain (Hanisah Osman et al. 2013). Justeru, kesan cinta adalah tertakluk kepada bentuknya. Maka, dalam hal ini terdapat dua kategori kesan cinta iaitu kesan cinta dunia dan kesan cinta Allah SWT. Kesan cinta kepada dunia adalah seperti sesat, bakhil dan kufur. Sesat Keterlaluan dalam mencintai sesuatu yang sifatnya sementara menjadikan manusia hilang pertimbangan akal. Ini mendorongnya kepada kesesatan kerana cinta telah menjadi hijab dalam menilai baik buruk sesuatu perkara. Firman Allah SWT: 10
Maksudnya: Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata. Tidak memadai itu sahaja, mereka juga berusaha menghalang manusia lain daripada mendapat kebenaran. Firman Allah SWT:
9
Al-Quran, al-Hujurat, 49:7. Al-Quran, Surah Yusuf, 12:30.
10
303
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
11
Maksudnya: Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. Ini menunjukkan bahawa orang yang sangat cenderung kepada dunia tidak mampu menyedari kebenaran dan janji Allah SWT tentang akhirat. Sedangkan mereka yang menumpukan kehidupan kepada akhirat, hatinya tidak lagi terpaut kepada dunia (al-Sulami 2001). Maka tidak hairan apabila orang yang mencintai dunia sanggup melakukan apa sahaja asalkan manusia lain juga tidak dapat melihat kebenaran dan hanyut dalam kesesatan bersamanya.
Bakhil Bakhil adalah kesan daripada cintakan dunia. Para pencinta dunia mengukur kebahagiaan berdasarkan material semata-mata menjadikan mereka beranggapan bahawa harta bersifat kekal dan dimiliki kerana usaha mereka semata-mata. Mereka tidak melihat bahawa di sebalik kurniaan harta terdapatnya Allah SWT Pemilik Hakiki segala yang berada di dunia. 12
Maksudnya: dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
Manakala kesan cinta Allah SWT ialah berbuat baik, menafkahkan harta, memaafkan orang lain, bertaubat, tawaduk. Dicintai Allah SWT Kesan cinta kepada Allah SWT yang teragung ialah mendapat cinta daripada-Nya. Firman Allah SWT:
11 12
Al-Quran, Ibrahim 14:3. Al-Quran, al-Takathur 102:8. 304
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
13
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha mengetahui.” Ini kerana, para pencinta Allah SWT ialah orang yang memutuskan hubungan dengan perkara selain daripada-Nya. Rasa cinta ini kekal sama ada dalam keadaan dia mendapat musibah mahupun nikmat. Ciri-ciri pencinta yang dinyatakan dalam ayat ini ialah tawaduk yang menjadikan mereka bersikap lemah lembut terhadap saudaranya, berjihad dengan erti kata berusaha memelihara hati agar tidak lalai daripada mengingati Allah, mempertahankan diri daripada nafsu agar tidak menghalangi ketaatan serta mempertahankan diri agar syaitan tidak mengambil kesempatan atas diri. (al-Sulami 2001) Berbuat baik (ihsan) Firman Allah SWT:
14
Maksudnya: (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
13 14
Al-Quran, al-Maidah, 5:54. Al-Quran, Ali Imran, 3:134. 305
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
15
Maksudnya: Maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. Al-Sulami (2001) menyatakan orang yang ihsan menafkahkan harta di jalan Allah SWT dengan ikhlas tanpa mengharap balasan. Mereka juga tidak akan bakhil sama sekali dengan nikmat yang diberikan. Amalan menafkahkan harta juga termasuk dalam cara taubat bagi orang yang mahu membersihkan diri daripada dosa lalu. Selain itu, seorang yang ihsan tidak akan berdendam dengan sesiapa. Maka, segala kesilapan dan kesalahan yang telah mereka lakukan akan dimaafkan. Kedua-dua ini iaitu infak dan memaafkan termasuk dalam maksud ikhlas kerana Allah SWT.
KECINTAAN ALLAH SWT KEPADA MANUSIA Selain daripada al-Quran mengungkapkan bentuk cinta dalam diri manusia dan kesannya, alQuran juga menyatakan bagaimana hubungan cinta Allah SWT terhadap manusia. Kecintaan Allah SWT kepada makhluk juga dapat diperhatikan di sebalik sifat-sifatNya seperti al-Latif (Maha Lembut), al-Ra’uf (Maha Pengasih), al-Karim (Maha Pemurah), al-Barr (Maha Baik) dan lain-lain. Kecintaan Allah SWT terhadap makhluk juga dapat dilihat menerusi penciptaan yang terhasil dengan penuh keindahan. Begitu juga sifat rahmah (belas kasih) yang ada padaNya menjadikan makhluk sentiasa mendapat perhatian dan keperluan sebaiknya (Ghazi, 2010). Di samping cinta yang bersifat umum ini, al-Quran turut menerangkan kategori manusia dari aspek darjah kecintaan Allah SWT kepada mereka. Terdapat dua kategori manusia iaitu yang tidak dicintai Allah SWT dan mereka yang dicintai-Nya. Ciri-ciri orang yang tidak dicintai Allah SWT ialah: i. Orang yang melampaui batas (20:39, 2:190, 7:55, 5:87). Firman Allah SWT: 16
Maksudnya: 15 16
Al-Quran, al-Maidah, 5:13. Al-Quran, al-Baqarah, 2:190. 306
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Melampaui batas yang dinyatakan dalam al-Quran termasuk dalam hal berkaitan peperangan, mengharamkan perkara yang halal, berlebih-lebihan dalam meminta atau berdoa kepada Allah SWT. Selain itu, berlebih-lebihan dalam menahan diri daripada bekerja dan memperoleh sumber pendapatan yang halal sehingga enggan untuk berusaha mendapatkan rezeki. Manakala dalam memohon sesuatu kepada Allah SWT juga tidak meletakkan bahawa diri layak untuk mendapat sesuatu atas sebab amal ibadat yang dilakukannya (al-Sulami, 2001).
ii. Orang yang membuat kerosakan (al-Quran 2:205, 5:64, 28:77). Firman Allah SWT:
17
Maksudnya: Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. Tidak sahaja kerosakan dari sudut zahir atau terhadap alam sekitar dan makhluk lain, termasuk di dalamnya ialah usaha untuk menggoncangkan iman orang-orang mukmin dan selalu menimbulkan kekacauan. iii. Orang kafir dan pendosa (al-Quran 2:276, 3:32, 30:45, ). Firman Allah SWT: 18
Maksudnya: dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. Orang kafir dan pelaku dosa merangkumi mereka yang menghalalkan riba, yang menyeru kepada peperangan dan mengingkari Allah SWT dan rasul-Nya.
17 18
Al-Quran, al-Baqarah 2:205. Al-Quran, al-Baqarah, 2:276. 307
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
iv. Orang zalim (al-Quran 3:57, 3:140, 42:40). Firman Allah SWT:
19
Maksudnya: dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. v. Orang yang sombong dan bangga diri (4:36, 31:18, 57:2, 16:23, 28:76 ). Firman Allah SWT: 20
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggabanggakan diri. Sikap sombong adalah termasuk dalam ciri ketuhanan dan tidak layak bagi seorang hamba untuk memilikinya. Rasa kehambaan ini boleh diwujudkan dalam diri dengan kesedaran akan kelemahan dan memperakui kehinaan diri. Di samping itu, tidak meletakkan pergantungan kepada makhluk juga termasuk dalam ciri hamba(al-Sulami, 2001). Maka, orang yang mempunyai rasa sombong adalah kerana merasa memiliki sesuatu yang lebih daripada orang lain. Sedangkan ia adalah kurniaan Allah SWT kepadanya dan berlaku di bawah kehendakNya.
vi. Orang yang berlaku khianat (4:107, 22:38, 7:58). Firman Allah SWT:
21
Maksudnya: Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelimang dosa. vii. Ucapan buruk (4:148). Firman Allah SWT: 19
Al-Quran, Ali Imran, 3:57. Al-Quran, an Nisa’, 4:36. 21 Al-Quran, an Nisa’, 4:107. 20
308
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
22
Maksudnya: Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Ucapan buruk sebagai mencela orang, memaki, menerangkan keburukan-keburukan orang lain, menyinggung perasaan seseorang, dan sebagainya. Manakala maksud perkataan yang diucapkan dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya ialah orang yang teraniaya boleh mengemukakan kepada hakim atau Penguasa keburukan-keburukan orang yang menganiayanya.
viii. Orang yang berlebih-lebihan (6:141, 7:31). Firman Allah SWT: 23
Maksudnya: dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. Kesemua ciri yang dinyatakan dalam al-Quran menggambarkan kekufuran yang dilakukan oleh mereka menjadi punca tidak dicintai Allah SWT. Ini kerana kekufuran adalah sifat zalim yang paling besar dan boleh menyebabkan rosaknya keindahan jiwa ciptaan Allah SWT. Allah SWT tidak menyukai perbuatan buruk yang mereka lakukan dan bukan merujuk kepada diri pelaku itu semata-mata (Ghazi 2010). Ciri-ciri orang yang dicintai Allah SWT ialah: i. Orang yang bertaubat dan menyucikan diri (2:222, 9:108). Firman Allah SWT: 24
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orangorang yang mensucikan diri. 22
Al-Quran, al-Nisa’, 4:148. Al-Quran, al-An’am, 6:141. 24 Al-Quran, al-Baqarah, 2:222 23
309
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Termasuk dalam orang yang dicintai Allah SWT ialah kekal dalam taubat mereka serta menyucikan diri daripada dosa zahir dan batin. Rasa taubat dalam diri menjadikan mereka sentiasa berusaha mendampingkan diri kepada Allah SWT dalam setiap keadaan (al-Sulami, 2001). Manakala Sahl dalam al-Sulami (2001) menyatakan bahawa terdapat tiga bentuk penyucian diri iaitu penyucian ilmu ke atas kekotoran jahil, penyucian zikir atas kelupaan dan penyucian taat atas maksiat. Penyucian juga ditekankan kepada penyucian hati daripada tumpuan terhadap dunia, wahm dan angan-angan yang merosakkan (al-Sulami, 2001). ii. Orang yang bertaqwa (3:76, 9:4, 9:7). Firman Allah SWT: 25
Maksudnya: (Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.
iii. Orang yang sabar (3:146). Firman Allah SWT:
26
Maksudnya: Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. iv. Orang yang bertawakkal (Al-Quran 3:159) 27
Maksudnya: kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
25
Al-Quran, Ali Imran, 3:76. Al-Quran, Ali Imran, 3:146. 27 Al-Quran, Ali Imran, 3:159 26
310
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Tawakkal diertikan dengan melakukan usaha berhubung makhluk secara zahir dan meletakkan pergantungan kepada Allah SWT di dalam hati. Selanjutnya bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan musibah (al-Sulami, 2001). v. Orang yang adil (al-Quran 5:42, 49:9, 60:8). Firman Allah SWT: 28
Maksudnya: dan jika kamu memutuskan perkara mereka, Maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.
vi. Berperang di jalan Allah. Firman Allah SWT: 29
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
PENUTUP Sebagai kesimpulan, cinta berhubung secara langsung dengan kehidupan manusia dari sudut pembentukan personaliti. Hasil daripada cetusan cinta ini ialah rasa kasih dan sentiasa ingin berdamping dengan yang dicintai. Sehubungan itu, rasa cinta perlu kepada bimbingan dan ilmu agar dapat disalurkan ke arah yang positif. Dengan erti kata lain, cinta adalah salah satu bentuk motivasi dalam diri insan. Salah faham dalam memahami cinta akan mengakibatkan terlahirnya tindakan yang memberi kesan buruk. Berdasarkan ayat al-Quran, difahami bahawa cinta kepada Allah SWT menjadi matlamat mukmin sekali gus melahirkan tindakan positif sebaliknya cinta kepada dunia yang menjadi matlamat orang tidak beriman menatijahkan tindakan negatif dalam segenap aspek. Bagi menyuburkan cinta kepada Allah SWT ia perlu kepada pengorbanan dan istiqamah. Ia dapat direalisasikan menerusi amal soleh seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Umumnya, 28 29
Al-Quran, al-Maidah, 5:42. Al-Quran, al-Shaf, 61:4. 311
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
semua makhluk dapat merasai kasih sayang Allah SWT namun terdapat sebahagian insan dikhususkan sebagai mendapat cinta Allah SWT.
RUJUKAN Abdul Qadir cIsa. (2008). Haqa’iq cAn al-Tasawwuf. Terj. Mustafa Husain at-Taib. T.p. al-Jauziyyah, Muhammad bin Abi Bakr. (1997). Taman orang-orang yang cinta dan rindu (menurut al-Quran dan Sunnah). Terj. Kathur Suhardi. Batu Caves: ALBAZ Publishing and Distribution Sdn. Bhd. Al-Sulami, Abu cAbd al-Rahman bin al-Husayn. (2001). Haqa’iq al-Tafsir Tafsir al-Qur’an al-cAziz. Tahqiq: Sayyid cImran. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. Chaton, B. A. (2007). Sex, love and the media: Who is teaching what to children in the middle? Disertasi Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan. Universiti La Verne. Ghazi bin Muhammad. (2010). Love in the Holy Quran. USA: Kazi Publications Inc. Hanisah Osman et al. (2013). Cinta dan Personaliti. Dlm. Cinta & Kehidupan. Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM. Kamus Dewan. (2002). Ed. 3. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Lumbard, J. E. B. (2003). Ahmad al-Ghazali (d. 517/1123 or 520/1126) and the metaphysics of love. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah Fakulti Pengajian Siswazah. Yale University. Lynn Wilcox. (1995). Sufism and Psychology. Chicago: ABJAD Book Designers and Builders. Mahmud bin al-Syarif. (1983). Al-Hubb fi al-Quran. Beirut: Dar Maktabah al-Hilal. Syaidatun Nazirah. (2012). Kefahaman Remaja Melayu Terhadap Konsep Cinta Dalam Islam dan Hubungannya dengan Penikiran Rasional dan Akhlak Percintaan. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
312