FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MASYARAKAT BABA DAN NYONYA DI

Download terutama golongan masyarakat Baba dan Nyonya yang sudi memberi kerjasama ... Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-fa...

0 downloads 508 Views 544KB Size
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MASYARAKAT BABA DAN NYONYA DI BANDAR MELAKA MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

ERIC YEO CHENG AUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISŠ JUDUL:

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MASYARAKAT BABA DAN NYONYA DI BANDAR MELAKA MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya

ERIC YEO CHENG AUN (HURUF BESAR)

__________________

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

/

CATATAN:

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )”.

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MASYARAKAT BABA DAN NYONYA DI BANDAR MELAKA MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

ERIC YEO CHENG AUN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2009

ii

Saya mengakui bahawa karya atau hasil nukilan adalah hasil kerja saya sendiri tanpa menyunting daripada mana-mana sumber. Namun demikan, terdapat sesetengah nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah diperjelaskan sumbernya.

iii

DEDIKASI

Buat Ayah dan Ibu Tiada apa yang dapat ku bicarakan Hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua.

Ditujukan Khas Buat

Prof. Dr. Muhammad. Rashid Bin Rajuddin Ilmu yang dicurahkan akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang baik Semoga Tuhan memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni mu Dalam mendidik anak bangsa.

Terima kasih

Kekanda serta Adinda Tersayang kerana sentiasa memberi keyakinan serta dorongan agar menjadi insan cemerlang.

Buat Teman Seperjuangan Bersama mencipta kecemerlangan Kenangan bersama tak mungkin hilang ditelan zaman Semoga Tuhan memberkati kejayaan kita semua.

iv

PENGHARGAAN

Setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada penyelia saya, Prof. Dr. Muhammad Rashid Bin Rajuddin yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya jadikan panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama golongan masyarakat Baba dan Nyonya yang sudi memberi kerjasama kepada saya dalam menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada pensyarah – pensyarah yang pernah membimbing dalam membantu saya menghasilkan kajian yang baik.

Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini. Teguran-teguran yang bernas serta membina dalam usaha-usaha memperbaiki dan menyempurnakan kertas projek sarjana muda ini amatlah dihargai.

Sekian.

Eric Yeo Cheng Aun

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong masyarakat Baba dan Nyonya di Bandar Melaka menceburi bidang keusahawanan. Perkaitan dilakukan terhadap empat faktor yang dikhususkan kepada pengaruh faktor latar belakang keluarga, faktor sikap, faktor motivasi, dan faktor kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh usahawan. Instrumen kajian yang dijalankan adalah set soal selidik yang mengandungi 40 item. Skala Likert telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data dan set soal selidik tersebut telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang usahawan Baba dan Nyonya di sekitar Bandar Melaka. Maklumat-maklumat yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 bertujuan untuk mendapatkan nilai min, kekerapan, dan juga peratusan. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, nilai min purata menunjukkan bahawa faktor sikap, faktor kemahiran serta faktor motivasi diri berada pada tahap yang tinggi. Cuma faktor latar belakang keluarga berada pada tahap sederhana. Faktor sikap usahawan merupakan faktor pendorong yang terkuat dalam mempengaruhi masyarakat Baba dan Nyonya di Bandar Melaka menceburi bidang keusahawanan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membolehkan kajian lanjutan dilakukan pada masa hadapan.

vi

ABSTRACT

This descriptive research was carried out to identify the factors that influenced the Baba Nyonya society in Malacca involving in the entrepreneurial activities. This research focused on four main factors, namely the family background factor, the attitude factor, motivational factor and the entrepreneur’s skills factor. The research instrument used in this research was a set of questionnaire consisting of 40 items. Likert scale method was used to obtain the data information and the questionnaires were distributed randomly to 30 Baba Nyonya entrepreneurs in Malacca. All the information gathered was then analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0 software to obtain the value of mean, frequency, and percentage. The result of this study shows that the value of average mean for the factor of attitude, skills, and motivation were at high level. Only the family background factor was at the average level. The main factor that influence the Baba Nyonya society in Malacca involving in entrepreneurial activities was the entrepreneur’s attitude factor. Several suggestions were recommended for further studies.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA

BAB 1

TAJUK KAJIAN

i

PENGAKUAN PENYELIDIK

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xv

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Penyataan Masalah

6

1.4

Objektif Kajian

6

viii

BAB 2

1.5

Persoalan Kajian

7

1.6

Kepentingan Kajian

7

1.7

Batasan Kajian

8

1.8

Definisi Istilah

9

1.8.1

Keusahawanan

9

1.8.2

Usahawan

9

1.8.3

Faktor

9

1.8.4

Latar Belakang

10

1.8.5

Sikap

10

1.8.6

Motivasi

10

1.8.7

Kemahiran

10

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

11

2.2

Sejarah Negeri Melaka

11

2.3

Asal Usul Masyarakat Baba dan Nyonya

16

2.4

Usahawan

19

2.5

Keusahawanan

23

2.6

Faktor Latar Belakang Keluarga

25

2.7

Faktor Sikap

28

2.8

Faktor Motivasi

31

2.9

Faktor Kemahiran

33

ix BAB 3

BAB 4

METODOLOGI

3.1

Pengenalan

39

3.2

Rekabentuk Kajian

39

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

40

3.4

Instrumen Kajian

41

3.5

Kajian Rintis

43

3.6

Prosedur Kajian

45

3.7

Kaedah Penganalisaan Data

46

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

48

4.2

Analisis Bahagian A – Latar Belakang Responden

50

4.2.1

Taburan Responden Berdasarkan Jantina

50

4.2.2

Taburan Responden Berdasarkan Status

51

Perkahwinan 4.2.3

Taburan Responden Berdasarkan Umur

51

4.2.4

Taburan Responden Berdasarkan

52

Pengalaman Berniaga 4.2.5

Taburan Responden Berdasarkan

53

Kedudukan Dalam Keluarga 4.2.6

Taburan Responden Berdasarkan

54

Kelulusan Akademik Tertinggi 4.2.7

Taburan Responden Berdasarkan

55

Pekerjaan Bapa 4.2.8

Taburan Responden Berdasarkan

55

Pekerjaan Ibu 4.3

Analisis Bahagian B – Penyataan Maklumbalas

56

x Responden

4.4

BAB 5

4.3.1

Analisis Persoalan Kajian 1

56

4.3.2

Analisis Persoalan Kajian 2

59

4.3.3

Analisis Persoalan Kajian 3

61

4.3.4

Analisis Persoalan Kajian 4

63

Analisis Keseluruhan Bahagian B

65

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

67

5.2

Rumusan Kajian

67

5.3

Perbincangan Kajian

69

5.3.1

Faktor Latar Belakang Keluarga

69

5.3.2

Faktor Sikap

71

5.3.3

Faktor Motivasi

73

5.3.4

Faktor Kemahiran

74

5.4

Cadangan Kajian

76

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

80

5.6

Penutup

80

BIBLIOGRAFI

82

LAMPIRAN

87

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Skala Likert

42

3.2

Item-Item Soal Selidik

43

3.3

Nilai Korelasi dan Interpretasinya

44

3.4

Pengelasan Skor Skala Pemeringkatan Likert

46

3.5

Pengelasan Maklum Balas Responden

47

Berdasarkan Skor Min 4.1

Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min

49

4.2

Jadual Skala Likert

49

4.3

Taburan Responden Berdasarkan Jantina

50

4.4

Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan

51

4.5

Taburan Responden Berdasarkan Umur

51

4.6

Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman

52

Berniaga 4.7

Taburan Responden Berdasarkan Kedudukan

53

Dalam Keluarga 4.8

Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan

54

Akademik 4.9

Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa

55

4.10

Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu

55

4.11

Taburan Responden Mengikut Faktor Latar

57

Belakang Keluarga 4.12

Taburan Responden Mengikut Faktor Sikap

59

xii 4.13

Taburan Responden Mengikut Faktor Motivasi Diri

61

4.14

Taburan Responden Mengikut Pengaruh Kemahiran

63

4.15

Taburan Min Keseluruhan Bagi Setiap Soalan Kajian

65

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Peralihan Imigran Menjadi Usahawan

27

5.1

Usaha Pemupukan Minat Pelajar Terhadap

77

Bidang Keusahawanan 5.2

Modul Asas Keusahawanan

78

5.3

Kemahiran-Kemahiran Asas Usahawan

79

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

f

-

Kekerapan

%

-

Peratus

Dr.

-

Doktor

Prof.

-

Professor

KDNK

-

Keluaran Dalam Negeri Kasar

MEDEC

-

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia

SPSS

-

Statistical Package for Social Sciences

STS

-

Sangat Tidak Setuju

TS

-

Tidak Setuju

TP

-

Tidak Pasti

S

-

Setuju

SS

-

Sangat Setuju

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

MUKA SURAT

A

Borang Soal Selidik

87

B

Surat Pengesahan Pelajar

93

C

Surat Pengesahan Menjalankan Kajian

94

D

Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

95

E

Surat Pengesahan Kandungan Borang Soal Selidik

96

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Selaras dengan dasar Wawasan 2020, pembangunan arus kemodenan masa kini berkembang dengan begitu pesat sekali. Perubahan yang jelas ketara terhadap perkembangan teknologi tinggi secara tidak langsung menyebabkan masyarakat hari ini semakin maju. Tidak seperti dahulu, urusan hidup seharian manusia pada hari ini telah banyak dipermudahkan dengan penggunaan mesin. Contohnya, proses pembayaran bil utiliti seperti bil air, bil eletrik, dan juga bil telefon boleh dibuat dari rumah melalui internet atau hanya dengan menggunakan mesin sahaja. Urusan perbankan juga boleh dibuat dari rumah secara online. Kemudahan-kemudahan yang ada pada masa kini telah sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan ekonomi serta taraf hidup masyarakat zaman sekarang.

Pada masa kini telah lahirnya ramai golongan cerdik pandai yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi, ibarat buih di lautan. Statistik pengangguran golongan terpelajar meningkat dengan begitu mendadak sekali dari tahun ke tahun. Masalah pengangguran di kalangan siswazah telah menjadi satu isu hangat yang sering dibincangkan oleh masyarakat kini. Fenomena ini membuatkan ramai yang menukar arah ke bidang keusahawanan. Kajian oleh Ridz Muhammad dan Jelita Rahim (2006)

2 membuktikan tujuh daripada sepuluh orang yang ditemui melahirkan cita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri pada masa hadapan.

Apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, semakin ramai anak muda yang menceburi bidang keusahawanan terutamanya mereka daripada golongan Bumiputera. Penglibatan golongan-golongan muda dalam bidang keusahawanan telah membawa kepada penciptaan-penciptaan produk baru. Daya kreativiti serta inovasi yang tinggi sedikit sebanyak mempengaruhi penglibatan golongan-golongan muda dalam bidang keusahawanan. Keberanian menghadapi risiko dengan menceburi bidang keusahawanan yang penuh mencabar pada usia yang masih muda membuktikan keberkesanan pelan Dasar Ekonomi Baru.

Pembentukan usahawan melalui proses-proses yang sistematik dan terancang juga telah membuktikan kejayaan program-program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ini jelas terbukti apabila kerajaan telah menubuhkan Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) sebagai pusat pengajian keusahawanan dan juga sebagai tempat memberi khidmat nasihat kepada para usahawan.

Walau bagaimana pun, masih ramai yang tidak sedar bahawa para peniaga dan usahawan memainkan peranan yang cukup penting dalam menggerakkan ekonomi sesebuah negara. Mereka berpengaruh dalam menentukan kemajuan ekonomi, sosial, dan survival sesuatu bangsa. Di Malaysia sahaja, bidang perniagaan menjadi aktiviti utama sektor ekonomi negara. Sabri Hussin (2002) telah memberikan beberapa kepentingan perniagaan kepada masyarakat. Antaranya ialah: i. Membantu pengeluar mendapatkan pasaran. ii. Membantu pembeli mendapatkan produk keperluan. iii. Menyediakan peluang pekerjaan. iv. Menggalakkan penemuan produk baru. v. Meningkatkan peradaban manusia. vi. Mewujudkan industri dan perniagaan lain.

3 Bagi merealisasikan matlamat Wawasan 2020, golongan usahawan memainkan peranan yang begitu penting dalam proses pembangunan dan kemajuan negara kita. Perniagaan yang diusahakan oleh usahawan bukan sahaja terbatas kepada membekalkan barangan atau perkhidmatan kepada pengguna, malah dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran seterusnya mengurangkan beban kerajaan.

Oleh itu, adalah menjadi satu tanggungjawab penting untuk para usahawan dan bakal-bakal usahawan untuk terus memahami serta menghayati aspirasi negara kerana kewujudan golongan usahawan bukanlah semata-mata berlandaskan untuk mengejar keuntungan semata-mata tetapi juga memberi sumbangan dalam mewujudkan sebuah negara perindustrian yang maju dan makmur.

1.2

Latar Belakang Masalah

Salah satu cara untuk memiliki kekayaan ialah dengan menjalankan perniagaan sendiri bermodalkan pengetahuan dan pengalaman, melaburkan wang ringgit, masa, dan tenaga di samping kemahiran, kaedah, dan teknik-teknik yang betul untuk berjaya dalam perniagaan. Memulakan perniagaan sendiri membuka peluang kepada diri seseorang untuk mengecapi peluang pendapatan tinggi dan menikmati kesenangan diri sendiri selain dapat menyumbang kepada masyarakat. Tidak dinafikan adanya risiko kerugian dan kegagalan dalam apa jua jenis perniagaan tetapi apa yang pasti, setiap risiko akan meningkatkan diri seseorang dari segi kematangan dan pengalaman yang amat berharga.

Dalam zaman yang serba moden ini, keadaan ekonomi yang tidak stabil sedikit sebanyak menyebabkan persaingan yang sengit untuk menampung kehidupan. Keadaan semasa ini menyebabkan ramai yang ingin bekerja sendiri bagi mencari nafkah hidup.

4 Abdillah Royo (2007) telah menyenaraikan tiga sebab utama mengapa seseorang itu menjadi usahawan dan memulakan perniagaan sendiri iaitu: i. Keinginan untuk menjadi bos. ii. Keinginan untuk mengembangkan idea-idea sendiri. iii. Ganjaran kewangan.

Setiap individu mempunyai potensi untuk menjadi seorang usahawan. Zafir dan Fazilah (2003), telah menyatakan tiga faktor pendorong yang mendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Tiga faktor yang dinyatakan adalah:

i. Keperluan asas hidup Terdapat sesetengah individu menyertai bidang keusahawanan kerana desakan hidup. Keciciran dalam pendidikan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan menyebabkan seseorang itu menyertai bidang keusahawanan.

ii. Faktor persekitaran Faktor persekitaran seperti budaya, sokongan kerajaan, pertukaran corak pemerintahan dan capaian yang mudah terhadap sumber ekonomi (buruh, tanah, dan modal) menggalakkan individu menyertai bidang keusahawanan.

iii. Faktor demografi Ciri-ciri peribadi individu seperti umur, jantina, latar belakang pendidikan dan keluarga, serta pengalaman menjadi salah satu pemboleh ubah penting bagi mempengaruhi penglibatan masyarakat dalam bidang keusahawanan.

Ekoran daripada peredaran zaman dan persaingan hidup, semakin ramai orang yang menukar arah ke bidang keusahawanan. Golongan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka juga tidak lari daripada menceburi bidang keusahawanan. Sehingga ke hari ini, masih terdapat lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan di sekitar bandar Melaka. Tidak dapat dinafikan, masyarakat berbangsa Cina amat sinonim dengan bidang keusahawanan di mana mereka cukup berminat untuk

5 berniaga. Pengaruh budaya Cina yang telah wujud dalam diri masyarakat Baba Nyonya banyak memberi kesan terhadap penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan.

Menurut Ahmad Shafee (2003), peniaga dan usahawan adalah pencipta harta kekayaan. Mereka merupakan golongan yang berfikiran kreatif, memiliki imaginasi yang luar biasa, dan mempunyai visi masa depan yang besar. Para usahawan mempunyai pandangan hidup tersendiri tentang ekonomi dan sumber rezeki. Akibat daripada pandangan dan ciri-ciri diri yang berbeza daripada orang lain, usahawan membentuk matlamat hidup yang berbeza. Strategi pencarian rezeki mereka berbeza jika hendak dibandingkan dengan orang lain.

Dalam dunia perniagaan dan bidang keusahawanan, terdapat banyak peluang dan cabaran yang perlu ditempuhi. Sebagai seorang usahawan, mahu tidak mahu mereka terpaksa juga merebut setiap peluang yang ada di depan mata. Sebenarnya, terlalu banyak peluang yang terbuka jika seseorang itu bijak mengatur strategi. Bukan setakat peluang sahaja, para usahawan sebenarnya diberi bantuan dengan pelbagai cara dan kaedah. Segala kemudahan kredit, khidmat nasihat, kursus, dan latihan membolehkan usahawan-usahawan melangkah maju dalam perniagaan yang diceburi.

Sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, terdapat beberapa ciri-ciri keusahawanan dan perniagaan yang mengandungi pengetahuan dan aspek-aspek penting yang perlu didedahkan dan dimahiri oleh bakal-bakal usahawan. Menurut Barjoyai Bardai (2000), ciri-ciri tersebut meliputi aspek kejiwaan, semangat, dan juga pengetahuan dari segi teknik dalam perniagaan. Ciri-ciri ini seharusnya dilengkapkan dalam diri seseorang sebelum ingin menceburi bidang keusahawanan.

Namun begitu, sebenarnya terdapat pelbagai faktor lain yang mendorong seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini akan menentukan faktor latar belakang keluarga usahawan, faktor sikap-sikap usahawan itu sendiri, faktor motivasi diri usahawan, dan juga faktor kemahiran-kemahiran yang

6 dipunyai oleh usahawan-usahawan berketurunan Baba dan Nyonya yang terdapat di sekitar bandar Melaka.

1.3

Penyataan Masalah

Negeri Melaka sememangnya terkenal dengan masyarakat berketurunan Baba dan Nyonya. Baba dan Nyonya adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik berserta dengan tradisi Melayu. Masyarakat berketurunan Baba dan Nyonya sememangnya berbangsa Cina. Kaum Cina pula sememangnya selalu dikaitkan sebagai golongan masyarakat yang suka berniaga. Seperti orang Cina yang lain, masyarakat Baba dan Nyonya menganggap bidang keusahawanan sebagai satu bidang kegiatan ekonomi yang mempunyai keindahan, kemegahan, dan kemuliaan yang tersendiri. Tidak hairanlah sekiranya kaum Baba dan Nyonya juga bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Akan tetapi, apakah sebenarnya faktor-faktor yang mendorong masyarakat Baba dan Nyonya menjadi seorang usahawan? Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong masyarakat Baba dan Nyonya di bandar Melaka menceburi bidang keusahawanan.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Antara fokus-fokus utama kajian ini adalah untuk: 1.4.1

mengetahui pengaruh faktor latar belakang keluarga dalam mempengaruhi seseorang yang berketurunan Baba dan Nyonya memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan.

7 1.4.2

menentukan faktor sikap usahawan-usahawan Baba dan Nyonya dalam menceburi bidang keusahawanan.

1.4.3

menentukan faktor motivasi yang mendorong para usahawan Baba dan Nyonya semasa membuat pemilihan kerjaya sebagai seorang usahawan.

1.4.4

mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang ada pada usahawan-usahawan Baba dan Nyonya dalam mempengaruhi mereka menceburi bidang keusahawanan.

1.5

Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan kajian yang berkaitan dengan objektif kajian yang dijalankan adalah seperti berikut: 1.5.1

Adakah latar belakang keluarga mempengaruhi masyarakat Baba dan Nyonya memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan?

1.5.2

Adakah faktor sikap mempengaruhi usahawan-usahawan Baba dan Nyonya dalam menceburi bidang keusahawanan?

1.5.3

Adakah usahawan Baba dan Nyonya dipengaruhi oleh faktor motivasi semasa membuat pilihan kerjaya dalam bidang keusahawanan?

1.5.4

Adakah faktor kemahiran mempengaruhi usahawan-usahawan Baba dan Nyonya menceburi bidang keusahawanan?