H:\Handi\Majalah\File PMD\Edisi

25 Sep 2008 ... Sujiwo Tejo, penyair Indonesia juga mengaku menyerah mendifinisikan wanita, katanya 'Tuhan saja ...... Buku Prospektus. $10.00. Lab Ko...

3 downloads 358 Views 7MB Size
TAJDID

Zulkaedah 1429H / Disember 2 0 0 8

www.muhammadiyah.org.sg

MITA ( P ) 315/10/2007

14 Wanita Dalam Al-Qur’an RAYAMENURUT MENURUTSUNNAH SUNNAH BERHARIRAYA 22 BERHARI TAJDID-Disember-2008

1

Editorial

S UA R A M UH AM M ADI YAH

Editorial Ustaz Zulkifli Mohamed Ustaz Abdul Salam Haji Subari Sukaini

Pengerusi Md Ismail Md Shariff

Jawatankuasa Ade Novli Idris Hamzah Ismail Hashim Md Yusoff Abdul Karim Mohamed Yazid Munajat

Graphic & Tata Letak Handi M Agus

Percetakan & Pemasaran Muhammadiyah Event Management (MEvM)

TAJ D I D Pejabat: 14 Jalan Selamat Singapura 418534 Website: www.muhammadiyah.org.sg Emel: [email protected] Tel: 6242 7388

Ibadat Haji dan Korban Perlaksanaan mengerjakan ibadah Haji memerlukan daya kekuatan dan kemantapan dari segi – jasmani, rohani dan siasah. Lantas umat Islam diperlukan menjadi satu ummah yang kuat lagi mantap kalau pun tidak unggul, baik dari segi jasmani, rohani dan siasah. Kekuatan dan kemantapan dari ketiga-tiga faktor ini memerlukan sifat disiplin yang utuh dan perancangan yang sangat teliti baik secara disedari mahu pun tidak telah dilaksanakan dengan saksama oleh umat Islam. Penjagaan jasmani telah dilaksanakan setiap hari dengan mengikuti segala suruhan agama mengenai cara-cara pemakanan dan penjagaan tubuh badan – seperti memakan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang, melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Penjagaan rohani pula memerlukan kita sujud dan patuh dengan segala suruhan yang Maha Esa. Begitu juga di dalam sudut siasah kita digalakkan supaya berniaga kerana 90 peratus dari rezeki datangnya daripada usaha perniagaan. Ini adalah sebahagian daripada contoh yang merangkumi keseluruhan agama Islam sebagai ”the complete way of life” Mereka yang menunaikan ibadah Haji melaksanakan rukun Islam yang kelima dan mereka yang melaksanakan ibadah korban pula menunaikan tuntutan agama dan kelebihannya ialah mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanawaallah, dapat menebus dosa ia itu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan , menjadi tunggangan di atas titian sirah apabila ianya dilaksankan dengan “iklas berdasarkan takwa dari kamu”. ”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah Subhanawaallahutaallah tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu” (Surah al-Hajj ayat 37) Ini di lihat dari sudut intrinsik namun jika dilihat dari sudut extrinsik ia melambangkan suatu kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan yang mewujudkan suasana bergotong royong, keharmonian dan berkasih sayang sesama Muslim dan keprihatinan membantu golongan yang susah seperti orang-orang fakir dan miskin dengan pengagihan daging-daging korban. Lantas Ibadat Haji dan pelaksanaan Ibadah Korban memerlukan perancangan dan disiplin diri yang kuat dan utuh dari segi jasmani, rohani dan siasah. Selamat Menunaikan Ibadat Haji semoga pulang dengan mendapat Haji yang Mabrurr!!! Insya’Allah. (**)

Fax: 6449 2781

Cover Depan: Reka Graphic oleh Jabatan Penerangan Muhammadiyah TAJDID mengalu-alukan sumbangan bahan dari pembaca yang berbentuk artikel, berita, gambar dan sebagainya untuk dimuatkan di TAJDID Setiap Bahagian dan Zon diminta agar menghantar laporan tentang aktiviti dan program yang akan dan telah dilaksanakan. TAJDID berhak melakukan perubahan atas tulisan yang dikirimkan selagi tidak merubah makna. Semua sumbangan karya tidak semestinya mencerminkan pendirian dan sikap TAJDID. Semua sumbangan yang dikirimkan, sama ada disiarkan atau tidak, tidak dikembalikan. Kami tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan karya yang dikirim melalui pos. Sumbangan boleh dihantar terus kepada Jabatan Penerangan atau emel ke [email protected]

TAJDID-Disember-2008

2

TITIPANKU untuk MUHAMMADIYAH

Pendidikan Agama dan Peranan Keluarga Shaik Hussain Shaik Yacoob

Assalamu’alaikum Warrahmatullahi Wabarakaatuh Pembaca Tajdid yang budiman. Beberapa peristiwa dan aktiviti sepanjang tahun 2008 ini bagi Persatuan Muhammadiyah adalah teramat penting. Sejak semula ditubuhkan tahun 1957 salah satu arah gerakan perjuangan Muhammadiyah adalah memajukan pendidikan, terutamanya pendidikan agama dan akademik. Muhammadiyah menyedari bahawa pendidikan agama merupakan pendidikan asas yang harus diberikan sejak usia muda kerana pribadi sesorang pada usia kanak-kanak lebih mudah dibentuk. Di sinilah Muhammadiyah kemudian mengambil bahagian, yakni melalui lembaga pendidikan formal yang ditubuhkan seperti Tadika, Madrasah, kelas-kelas mingguan hinggakan kepada pendidikan tinggi. Lembaga pendidikan yang ada di bawah naungan Muhammadiyah sebenarnya memiliki kurikulum yang sama dengan sekolah-sekolah lainnya. Bezanya hanyalah pada pengenalan nilai-nilai Islam dalam setiap aktiviti yang dijalankan termasuk aktiviti luar sekolah dan pelajaran agama yang diberikan masa lebih banyak. Pada bulan Oktober yang lalu, Kolej Islam Muhammadiyah (KIM) mengadakan Majlis Konvokesyen di Singapura. Seramai 12 orang di bidang sarjana dan 10 orang diploma manajemen dakwah. Sebuah majelis yang pertama kali diadakan pada tingkatan pendidikan tinggi khas agama Islam. Anak-anak Madrasah MAI telah mengambil peperiksaan PSLE. Berikutnya, sepanjang tahun 2008 ini, Tadika Muhammadiyah menyelenggarakan 4 siri seminar kanak-kanak yang disokong oleh CLF (Forum Pemimpin Masyarakat) yang ditujukan kepada ibu bapa tentang bagaimana mendidik kanak-kanak pra sekolah dan pentingnya menurut Islam. Bulan November ini pula, Tadika Muhammadiyah kembali menyelenggarakan graduation untuk kesekian kalinya sejak mula dirasmikan tahun 1981. Peristiwa dan aktiviti inilah yang teramat penting bagi Muhammadiyah kerana inilah memang matlamat awal penubuhannya. Akan tetapi, kebanggaan ini akan lebih bermakna apabila kita semua menyadari bahawa pendidikan agama merupakan tanggung jawab kita bersama. Tanggung jawab ibu bapa, masyarakat dan pertubuhanpertubuhan Islam lainnya, sesuai dengan apa yang diharapkan Rasulullah Saw dalam haditsnya yang bermaksud, “berilah pendidikan dan bimbingan kepada anakmu sesuai dengan masa yang dia berada (berhadapan). Suatu asset bagi orang tuanya (waris) di kemudian hari.” Wassalam.

TAJDID-Disember-2008

3

ISI KANDUNGAN Zulkaedah 1429H Disember 2 0 0 8 EDITORIAL Ibadat Haji & Kurban

2

TITIPANKU UNTUK MUHAMMADIYAH Pendidikan agama & Peran Keluarga

3

ISI KANDUNGAN RENUNGAN Keprihatinan dalam Pergaulan SO ROTA N Dimensi Sosial Ibadah Korban Sejarah Korban Berkorban di Hari Raya Kisah Yu Timah QUR’AN & SUNNAH Wanita dalam Al Qur’an

4

KHUTBAH JUMAAT PILIHAN Syawal, Kesinambungan Anugerah Ramadhan

16

TSAQ AFAH Pengertian Kaunseling dalam Perspektif Barat Berhari Raya Menurut Sunnah

18 21

RAGAM INFO Graduation Muhammadiyah Kindergarten 2008 Usaha Gigih, Pasti Membawa Kejayaan Selamatkan Generasi Muda

23 25 26

5

6 8 12 12

14

JABATAN KEANGGOTAAN

27

BAHASA ARAB UNTUK SEMUA

28

PEMUDA Sesi Temu Bual

29

Beliawanis Corner Strive for Allah’s Shade

30

DAKWAH b e r s a m a

TAJDID Kami mengajak anda semua, pembaca Tajdid, untuk bersama-sama meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah melalui jalan dakwah bersama kami. Silakan kirim tulisan anda ke alamat kami 14 Jalan Selamat S (418534) atau kirimkan melalui email: [email protected] Inilah wajah-wajah sebahagian krew TAJDID yang selama ini bekerja tanpa penat untuk merancang dan menghimpun bahan-bahan Tajdid. Berdiri dari kiri, Ade Novli, Ismail Hashim, Ust Zulkifli, Yazid Munajat. Duduk dari kiri, Ust Abdul Salam, Md Ismail Md Shariff. TAJDID-Disember-2008

4

RENUNGAN Keprihatinan dalam Pergaulan M o h d

G a z a l i

Dalam kita mengharungi kehidupan sehari hari didalam masyarakat, soal tata susila, kebudayaan dan agama tidak dapat dipisahkan. Dimana kita harus bertemu dan bergaul dengan masyarakat tidak kira bangsa dan agama. Di dalam lingkungan yang lebih kecil pula kita akan bertemu masyarakat didalam keluarga, sekolah atau madrasah, ditempat kerja dan juga di dalam persatuan. Yang mesti kita fahami adalah, dalam menjana pergaulan di semua lingkungan itu, terdapat beberapa pola tingkah laku yang berbeza. Ada yang pendiam, peramah, pemarah, pelawak, penyedih, pengamat dan pencela. Maka itu di dalam Islam, selain kita mengenal istilah “habluminallah” hubungan dengan Allah, kita juga dikenalkan dengan istilah lain iaitu “habluminannas,” hubungan dengan manusia. Rasulullah s.a.w telah mengajarkan kita agar selalu bersangka baik,berfikir positif, mendengar dengan berhatihati, tidak menerima dan tidak menolak sehingga tuntas dan jelas dalam menerima sesuatu berita manakala kita menjalin suatu perhubungan. Bercakap soal pergaulan kita juga tidak harus lupa akan kecenderungan sikap seseorang. Ada yang bersikap asal boleh, berlapang dada dan juga sensitif. Dengan perangai atau sikap ini ia dapat membawa kepada keceriaan dan kemuraman malahan sehingga membawa kepada permusuhan. Maka itu dalam mengharungi pergaulan, kita semestinya menyedari kekurangan diri dan kenyataan bahawa kita tidak dapat terhindar daripada kealpaan kita sendiri. Kenyataan ini menjadikan kita boleh jadi adalah diantara orang yang menjadi penyebab buruk dan baik nya, harmoni dan tidaknya interaksi antara sesama dalam perhubungan.

A l i s t a r

Kesedaran akan hal ini akan dapat menghindarkan kita daripada terlalu meyalahkan pihak yang lain dan membenarkan sikap kita sendiri. Apabila kita tidak menyedari ini, maka besar kemungkinannya kita hanya akan menyalahkan orang lain apabila terjadi saling tidak kesefahaman. Ini kerana sikap ke-egoan yang menebal. Maka untuk menjaga tata-tertib pergaulan, kita harus lakukan sesuatu yang baik bermula dari diri kita sendiri. Jika pendekatan ini diambil oleh setiap individu ia akan dapat menjaga persaudaraan dalam suasana yang harmoni. Sebagi contoh kita harus selalu memandang baik kepada seseorang, memandang kekuatan seseorang dari kelemahan nya, memahami niat baik dari kesilapannya dan bersikap tolak ansur kepada rakan taulan dan memberi ruang kepada kawan atau sahabat kita untuk melakukan kesilapan ke atas diri kita Janganlah kita mengintai kelemahan seseorang kemudian menjadikannya sebagai kesempatan untuk mencelanya. Hal-hal seperti inilah yang akan membawa kepada permusuhan dan melemahkan kualiti persaudaraan kita sesama manusia dan sesama muslim. Maka rugi kita dan juga masyarakat yang akhirnya mengarah kepada kerugian satu kelompok. Maka marilah sama sama kita renungkan kembali pada titik mana sikap yang kita telah amalkan dalam menjana keharmonian dalam bergaul bersama masyarakat kita letakkan. Apakah pada titik yang boleh menjadikan makin tebalnya persaudaraan ataukah sebaliknya? Seringkali tanpa sedar, mungkin kita adalah diantara penyebab seseorang teman menjadi lawan, seorang pemimpin menjadi kecundang dan masyarakat menjadi musuh. Fikir fikirkan lah agar kita dapat melakukan sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat di hari esok..

TAJDID-Disember-2008

5

S O R OT A N

Gambar: Qurban tahun 60an Persatuan Muhammadiyah Singapura. (MHQ Doc)

DIMENSI S O S I A L IBADAH KORBAN Abu

Naz wa

El

S ut ani

M

engenali hikmah dari setiap bentuk ibadah keagamaan sangatlah penting, iaitu untuk menambah keyakinan bagi pelakunya bahwa ibadah yang dilaksanakan memiliki dampak positif bagi dirinya. Selain itu, supaya ibadah tersebut tidak merosot menjadi sekadar rutiniti dan formaliti lahiriah belaka tanpa makna.

TAJDID-Disember-2008

6

Mengenali hikmah ibadah keagamaan, menurut beberapa tokoh agama, adalah menemukan “pengalaman kerohanian sebagai inti rasa keagamaan atau religiusitas”, yang dalam pandangan mistis, seperti yang diyakini kaum sufi, misalnya, memiliki tingkat keabsahan paling tinggi. Bahkan, kaum sufi cenderung melihat rasa keagamaan itu harus selalu berdimensi esoteris (batiniah), dengan penegasan bahwa setiap tingkah laku eksoteris (lahiriah) bernilai hanya jika ia mengantarkan seseorang pada wilayah pengalaman esoteris. Dalam keyakinan kaum Muslimin, semua ritual ibadah keagamaan mengandung dua hikmah utama, yaitu peneguhan iman dan amal saleh (memiliki nilai kemanusiaan). Dua segi ini dikenal dengan berbagai istilah lain,seperti “tali hubungan dengan Allah” (hablun minallah) dan “tali hubungan dengan sesama manusia” (hablun minannas). Keduanya diyakini sebagai dua dimensi hidup yang benar, iaitu hubungan vertikal yang baik dengan Sang Maha Pencipta (Khalik), dan hubungan horizontal yang baik dengan sesama ciptaan (makhluk). Kepasrahan dan kepatuhan Dalam kerangka ajaran Islam, ibadah korban adalah salah satu bentuk ibadah yang memiliki simbol spiritualitas yang mencerminkan sikap kepasrahan (submission) dan kepatuhan (obedience) seorang Muslim kepada Tuhan. Menurut sejarah Islam, sikap pasrah dan patuh itu ditampilkan oleh sosok Nabi Ibrahim As dan Nabi Ismail As. Nabi Ibrahim meyakini dirinya telah menerima mandat dari Tuhan (melalui mimpi) untuk memberikan kurban dengan menyembelih Ismail. Sebagaimana firman Allah Swt dalam surat As Shaaffaat ayat 102. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. Menanggapi perintah Tuhan ini, Nabi Ismail sertamerta mengamini dengan bersedia menjadikan dirinya untuk dikorbankan. Bahkan, dengan lantang Ismail berkata,“Engkau akan segera mendapatiku sebagai orang yang sabar”. Ritual korban yang disimbolisasikan dengan penyembelihan haiwan merupakan ibadah yang tidak hanya memiliki dimensi spiritual-individual, yaitu kepatuhan atas perintah Tuhan, tetapi juga memiliki dimensi sosial tinggi. Pada taraf spiritual-individual, penyembelihan hewan merupakan simbol dan isyarat perlunya seorang Muslim melakukan“penyembelihan”

Gambar: Korban tahun 2006 Persatuan Muhammadiyah Singapura. (MHQ Doc)

terhadap sejumlah hal yang bisa mengotori dan menghalangi hubungan manusia dengan Tuhannya. Ilustrasi yang menarik tentang simbol “penyembelihan” ini dilukiskan oleh Ali Syariati (1997:101), bahwa yang harus “disembelih” itu adalah “Setiap sesuatu yang melemahkan imanmu, setiap sesuatu yang menghalangi ‘perjalananmu’, setiap sesuatu yang membuat engkau memikirkan kepentinganmu sendiri, setiap sesuatu yang membuat engkau tidak dapat mendengarkan perintah Allah dan menyatakan kebenaran, setiap sesuatu yang memaksa engkau untuk ‘melarikan diri’, dan setiap sesuatu yang membutakan matamu dan menulikan telingamu”. Dimensi sosial dari ibadah korban yang paling penting dan bernilai adalah memelihara ikatan solidariti. Haiwan yang dikorbankan tidak boleh dinikmati sepenuhnya oleh mereka yang berkorban, tetapi juga dibagikan kepada sesama. Dalam kerangka Islam, inilah yang disebut dengan akhlak sosial- sebuah tindakan yang didasarkan pada prinsip ihsan (berbuat baik) yang menegaskan kesedaran bahwa manusia yang satu dengan manusia lainnya diikat oleh semangat persaudaraan (ukhuwah). Pengagihan hewan kurban juga adalah isyarat bahwa ruang publik adalah tempat di mana agathon (kebaikan) dan pelayanan kepada sesama harus senantiasa menjadi prinsip penting yang perlu diupayakan secara terus-menerus. Pelayanan kepada sesama adalah bentuk lain dari komunikasi atau persentuhan sosial yang dalam kehidupan kita sekarang ini tampak memudar. Kegagalan membangun komunikasi dalam masyarakat terbukti sering menjadi pusaran bagi munculnya konflik dan sumber perusak bangunan persaudaraan. Kesimpulannya, bagi kita yang sanggup untuk berkorban maka berkorbanlah karna Allah, Semoga Allah memberikan pahala yang berlipat ganda. Amin. (**)

TAJDID-Disember-2008

7

S O R OT A N

sejarah

KORBAN Korban wajib bagi orang yang mampu atau berkecukupan tapi bila tidak melaksanakan kurban, Nabi Muhammad SAW mengingatkan :“Barang siapa yang sudah mampu dan mempunyai kesanggupan tapi tidak berkurban, maka dia jangan dekat-dekat ke mushallah-ku.” Hadits tersebut merupakan sindiran bagi orang-orang yang mampu dan banyak harta tapi tidak mau berkorban.

Sejarah korban itu dibagi menjadi tiga iaitu, zaman Nabi Adam As, zaman Nabi Ibrahim As dan pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Zaman Nabi Adam As. Korban dilaksanakan oleh putra-putranya iaitu Qabil dan Habil. Kekayaan yang dimiliki oleh Qabil mewakili kelompok petani, sedang Habil mewakili kelompok peternak. Saat itu sudah mulai ada perintah, siapa yang memiliki harta banyak maka sebagian hartanya dikeluarkan untuk korban. Sebagai petani, Qabil mengeluarkan korbannya dari hasil pertanian dan sebagai peternak Habil mengeluarkan haiwan-haiwan peliharaanya. Untuk siapa semua itu dikorbankan, padahal waktu itu manusia belum banyak? Diterangkan dalam sejarah, harta yang dikorbankan itu disimpan di suatu tempat yaitu di Padang Arafah yang sekarang menjadi napak tilas bagi para jemaah haji.

Baik buah-buahan yang dikorbankan Qabil maupun haiwan ternak Habil, mempunyai sifat berbeza. Habil mengeluarkan haiwan dengan tulus ikhlas. Dipilihnya haiwan yang gemuk dan sehat, dan dia taat terhadap petunjuk ayahnya Nabi Adam. Berbeza dengan Qabil, yang memilih buah-buahan yang jelek dan sudah tidak pantas di makan. Ketika keduanya melaksanakan korban, ternyata yang habis adalah korban yang dikeluarkan oleh Habil, sementara buah-buahan yang dikeluarkan Qabil tetap utuh, tidak berkurang. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Al-Qur’an surat Al-Maidah ayat 27 : “Ceritakan kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari meraka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata : “Aku pasti membunuhmu!” Berkata Habil “Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang yang

TAJDID-Disember-2008

8

bertakwa”. Korban Habil diterima Allah SWT karena dia mengeluarkan sebagian hartanya yang bagus-bagus dan dikeluarkan dengan tulus ikhlas. Sementara Qabil mengeluarkan sebagian harta yang jelek-jelek dan terpaksa. Oleh kerananya korban tidak diterima Allah. Akhirnya Qabil menaruh dendam kepada Habil.

Zaman Nabi Ibrahim As Dikisahkan dalam Al-Qur’an surat Ash-Shafaat ayat 100-111 yang menceritakan mengenai qurban dan pengorbanan. Ketika Nabi Ibrahim berusia 100 tahun beliau belum juga dikaruniai putra oleh Allah dan beliau selalu berdoa: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang saleh” (Q.S 37:100) Kemudian dari isterinya yang kedua yakni Siti Hajar yang dinikahinya ketika Nabi Ibrahim mengadakan silaturahmi ke Mesir, lahirlah seorang putra yang kemudian diberi nama Ismail. Pada suatu masa Nabi Ibrahim diberi petunjuk oleh Allah, agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dengan seorang putranya yang baru lahir dan ia disuruh menemui isterinya yang pertama yakni Siti Sarah yang berada di Baitul Maqdis, kota tempat Masjidil Aqsa. Beliau meninggalkan beberapa potong roti dan sebuah guci berisi air untuk Siti Hajar dan Ismail. Pada waktu Siti Hajar kehabisan makanan dan air, ia melihat di sebelah timur ada air yang ternyata adalah fatamorgana yaitu di Bukit Safa. Di situ Ismail ditinggalkan dan Siti Hajar naik Ke bukit Marwah serta

kembali ke Safa sampai berulang tujuh kali, tapi tidak juga mendapatkan air sampai ai kembali ke Bukit Marwah yang terakhir. Ia merasa khawatir terhadap anaknya barangkali Ismail kehausan. Dilihatnya kaki Ismail bergerak-gerak diatas tanah dan tiba-tiba keluar air dari dalam tanah. Siti Hajar berlari kebawah sambil berteriak kegirangan,”zami-zami.” Itulah kemudian yang menjadi sumur Zam-Zam. Di situlah Siti Hajar dan Nabi Ismail di padang pasir yang kering kontang yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan ditempat itulah Allah SWT menetapkannya sebagai tempat ibadah haji. Allah SWT, berfirman dalam surat Al-Hajj (27). “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai onta kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh”. Memang sudah disiapkan oleh Allah, disana tidak ada tumbuh-tumbuhan, tidak ada gunung berapi yang menyebabkan ada sumber kehidupan tapi atas kehendak Allah maka jadilah sumur “Zam-zam”. Nabi Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim yang berada di Baitul Maqdis sampai Nabi Ismail menjelang remaja. Di Baitul Maqdis, ternyata Siti Sarah hamil yang melahirkan seorang putra yang diberi nama Ishak. Nabi Ibrahim diperintahkan lagi oleh Allah untuk kembali ke Mekkah untuk menengok isetri dan anaknya yang pertama yaitu Nabi Ismail, yang rupanya sudah mulai besar. Dalam suatu riwayat kira-kira berusia 6-7 tahun. Sejak dilahirkan sampai besar itu Nabi Ismail menjadi

Gambaran kota Makkah tahun 1800an.

TAJDID-Disember-2008

9

kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat Ash Shaffaat (102). “Maka tatkala sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha bersama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu. Ia menjawab: “Hai bapakku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Dalam impiannya ia mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih putranya Nabi Ismail dan sampai di Mina beliau menginap, beliau mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah malamnya di Mina, masih bermimpi yang sama juga. Betapa ujian berat kepada Nabi Ibrahim as. Supaya menyembelih putra kesayangannya. Itulah yang dijelaskan dalam surat Ash-Shaffaat ayat 102. Setelah terjadi dialog dengan putranya, Ibrahim mengajak putranya Nabi Ismail, kira-kira antara ratusan meter dari tempat tinggalnya (Minah). Baru berjalan lebih kurang 70-80 meter,syaitan menggoda isterinya Siti Hajar. “Ya Hajar! Apakah benar suamimu yang membawa parang akan menyembelih anakmu Ismail yang sedang tumbuh dan lucu itu?” Siti Hajar. “Ya Ibrahim, ya Ibrahim mau dikemanakan anakku?” Tapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah SWT. Di tempat itulah dimana pada tanggal 10 bulan Zulhijjah bagi jemaah haji disuruh melempar batu dengan membaca “Bismillahi Allahu Akbar.” Hal tersebut mengandung arti bahwa kita melempar syaitan atau sifat-sifat setan yang ada di dalam diri kita. Akhirnya tibalah mereka di Jabal Qurban kira-kira 200 meter dari tempat tinggal Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Sebagaimana difirmankan oleh Allah didalam surat Ash-Shaffaat (103-107). “Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”

Zaman Nabi Muhammad SAW Masalah korban diceritakan kembali iaitu di dalam surat Al-Kautsar (1-3) “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya nikmat yang banyak, Maka dirikanlah sholat karena Tuhanmu, dan Berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu

dialah yang terputus”. Berbicara tentang kenikmatan, Allah mengingatkan. “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu mengitungnya” (QS:Ibrahim: 34). Oleh karena itu berkaitan dengan ibadah kurban yang sudah ada sejak Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad Saw Allah berfirman. “Dirikanlah shalat karena Tuhanmu dan berkorbanlah,” Sholat merupakan hubungan vertikal dengan Allah untuk mensyukuri nikmat Allah. Hubungan antara sesama manusia secara horizontal diwujudkan bahawa setelah solat Aidiladha iaitu dengan berkorban menyembelih haiwan ternak berupa kambing atau lembu untuk dibagikan kepada fakir miskin. Kita biasanya serius ketika beribadah langsung dengan Allah tapi kadang-kadang ibadah sesama manusia seringkali kurang serius. Allah SWT mengingatkan dalam surat Al-Mauun (1-7) “Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim. Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka celakalah bagi orang-orang yang shalat (yaitu) orangorang yang lalai dari shalatnya, orang-orang yang berbuat riya dan enggan (menolong dengan ) barang berguna”. Korban ini merupakan masalah ubudiyah yang bersifat sosial yang berhubungan dengan sesama manusia dengan cara mengorbankan sebagian harta. Maka korban secara lughatan bahasa dengan berdasarkan pada surat Al-Maidah ayat 27 “Qurban” berarti mendekatkan diri kepada Allah SWT, untuk mendapatkan ridho serta mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT (surat Al-Kaustar) dengan menyembelih haiwan korban, adalah untuk mendeka tkan diri kepada Allah SWT. Ditegaskan dalam surat Al-Hajj (37) “daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridlaan) Allah tapi ketaqwaan dari pada kamulah yang dapat mencapainya”. Waktu berkorban dimulai sejak tanggal 10 sampai dengan 13 Zulhijjah. Masa menyembelih korban pada tanggal 10 disebut “yaumul nahar” yaitu hari untuk menyembelih korban. Sedangkan tanggal 11, 12, 13 dinamakan “yaumul tsyriq.” Di luar waktu tersebut bila kita menyembelih haiwan dinamakan sedekah. Maka kalu niatnya berkorban harus dilakukan pada waktuwaktu yang telah ditentukan tersebut. Hukumnya berkorban ada dua pendapat, pertama wajib bagi orang yag mampu (kalau dibelikan kambing tidak akan mengurangi kewajiban memberi nafkah kepada keluarga). Menurut mazhab di luar Syafi’i hukumnya sunnah mu’akadah. Adapun diwajibkan

TAJDID-Disember-2008

10

secara mutlak yaitu korban yang disebut Nazar yang seseorang yang sudah meniatkan untuk menyembelih haiwan apabila niatnya terkabul. Dasar kewajiban ibadah kurban juga berdasarkan hadist Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa mempunyai kesanggupan dan kemampuan (untuk berkorban) tapi tidak mau berkorban maka janganlah dia mendekati Musholla kami”. Hadis ini merupakan suatu kritikan yang seolah-olah Nabi Muhammad SAW berkata: “Kenapa kamu beribadah kepada Allah begitu tekun, tapi kenapa kamu tidak mau berkorban padahal kamu memiliki harta yang berlebihan”.Oleh karena itulah bagi yang mampu hukumnya wajib untuk berkorban yakinlah bahwa apabila kita berkorban tidak akan mengurangi kekayaan kita dan tidak akan membuat kita menjadi miskin. Adapun binatang yang boleh untuk berkorban adalah unta, sapi, kerbau, dan kambing. Kalau tidak mampu, memang tidak wajib. Diriwayatkan ada seorang sahabat yang miskin yang tidak sanggup membeli seekor kambing, oleh karena itu dibolehkan hanya membeli dagingnya saja untuk berkorban, tapi yang nyata berkorban wujudnya memang seekor binatang sebagaimana tersebut diatas. Daging kurban boleh dibagikan kepada tiga golongan menurut syariat. Boleh dimakan sekeluarga sendiri paling banyak 1/3 bagian, 1/3 bagian lagi untuk

fakir miskin dan 1/3 bagian lagi untuk handai tolan dan kenalan. Boleh juga secara keseluruhan diserahkan kepada panitia dan terserah panitia yang membagikannya. Bila hanya minta pahanya saja bagi berkorban masih diperbolehkan asal bukan qurban nadzar. Apa hikma ibadah kurban? Hikmahnya antara lain menggembirakan fakir-miskin. Sebab tidak semua orang mampu makan dengan daging walau adanya di kota besar, masih banyak kawan kita, saudara kita, tetangga kita yang makan daging sebulan sekali. Sehariharinya hanya makan alakadarnya. Maka dianjurkan sekali bagi orang yang mampu untuk berkorban dengan niat ikhlas kelak dikemudian hari akan mengantarkan kita menuju surga yaitu binatang yang telah kita kurbankan, yang merupakan wujud amal salehnya. Dalam hadis yang lain nabi Muhammad SAW bersabdaæ “Tiap-tiap rambut yang dikurbankan adalah merupakan“Khair”. Ungkapan“Khair”ini mengandung erti keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, kemurahan Allah dan kalau orang sudah mendapatkan khairat maka berarti dia telah memperoleh segalagalanya dari Allah. Itulah hikmah daripada ibadah korban.Wallaahu‘alam bish-showab. (**)

TAJDID-Disember-2008

11

S O R OT A N

Berkorban di Hari Raya Selain merupakan momentum bagi penyelenggaraan Ibadah Haji, pada hari raya Iedul Adha, bagi sebagian kita yang sanggup disunahkan untuk melaksanakan ibadah Qurban. Secara ritual qurban dilakukan dengan proses adz-dzabhu (penyembelihan) hewan ternak. Syar’i nya ibadah qurban hanya sebatas penyembelihan sampai menetesnya darah haiwan qurban ke tanah. Namun makna yang terkandung di dalamnya ialah bagaimana kita mampu menyembelih keangkuhan dan keegoan yang ada di dalam diri kita, yang akan menghalangi untuk berbuat baik kepada sesama makhluk. Semangat yang terkandung dalam ibadah qurban ialah bagaimana kita mampu membebaskan diri dari mempertuhankan harta. Dengan demikian diharapkan kita dapat lebih mendekatkan kepada Allah dengan mengurbankan segala potensi yang kita miliki untuk meraih cinta Ilahi. Persoalannya apakah qurban yang secara rutin sering kita laksanakan mampu mencerminkan makna dan semangat yang terkandung didalamnya, atau hanya menjadi ritualitas semata. Kita melaksanakannya dengan ringan-ringan saja sebagai sebuah kelaziman tanpa nilai pengorbanan didalamnya. Barangkali saja kisah sederhana ini bisa menginspirasi.

“SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1429 H”

Kisah “YU TIMAH” (Dicuplik dari RESONANSI - Republika Desember 2006/Ahmad Tohari) Ini kisah tentang Yu Timah.Siapakah dia? Yu Timah adalah tetangga kami. Dia salah seorang penerima program Subsidi Langsung Tunai (SLT) yang kini sudah berakhir. Empat kali menerima SLT selama satu tahun jumlah uang yang diterima Yu Timah dari pemerintah sebesar Rp 1,2 juta. Yu Timah adalah penerima SLT yang sebenarnya. Maka rumahnya berlantai tanah, berdinding anyaman bambu, tak punya sumur sendiri. Bahkan status tanah yang di tempati gubuk Yu Timah adalah bukan milik sendiri. Usia Yu Timah sekitar lima puluhan, berbadan kurus dan tidak menikah. Barangkali karena kondisi tubuhnya yang kurus, sangat miskin, ditambah yatim sejak kecil, maka Yu Timah tidak menarik lelaki manapun.Jadilah Yu Timah perawan tua hingga kini. Dia sebatang kara. Dulu setelah remaja Yu Timah bekerja sebagai pembantu rumah tangga di Jakarta. Namun, seiring usianya yang terus

meningkat, tenaga Yu Timah tidak laku di pasaran pembantu rumah tangga. Dia kembali ke kampung kami. Para tetangga bergotong royong membuatkan gubuk buat Yu Timah bersama emaknya yang sudah sangat renta. Gubuk itu didirikan di atas tanah tetangga yang bersedia menampung anak dan emak yang sangat miskin itu. Meski hidupnya sangat miskin, Yu Timah ingin mandiri. Maka ia berjualan nasi bungkus. Pembeli tetapnya adalah para santri yang sedang mondok di pesantren kampung kami.Tentu hasilnya tak seberapa. Tapi Yu Timah bertahan. Dan nyatanya dia bisa hidup bertahun-tahun bersama emaknya. Setelah emaknya meninggal Yu Timah mengasuh seorang kemenakan.Dia biayai anak itu hingga tamat SD.Tapi ini zaman apa.Anak itu harus cari makan. Maka dia tersedot arus perdagangan pembantu rumah tangga dan lagi-lagi terdampar di Jakarta.

TAJDID-Disember-2008

12

Sudah empat tahun terakhir ini Yu Timah kembali hidup sebatang kara dan mencukupi kebutuhan hidupnya dengan berjualan nasi bungkus. Untung di kampung kami ada pesantren kecil. Para santrinya adalah anak-anak petani yang biasa makan nasi seperti yang dijual Yu Timah. Kemarin Yu Timah datang ke rumah saya. Saya sudah mengira pasti dia mau bicara soal tabungan. Inilah hebatnya. Semiskin itu Yu Timah masih bisa menabung di bank perkreditan rakyat syariah di mana saya ikut jadi pengurus.Tapi Yu Timah tidak pernah mau datang ke kantor. Katanya, malu sebab dia orang miskin dan buta huruf. Dia menabung Rp 5.000 atau Rp 10 ribu setiap bulan. Namun setelah menjadi penerima SLT Yu Timah bisa setor tabungan hingga Rp 250 ribu.Dan sejak itu saya melihat Yu Timah memakai cincin emas. Yah, emas. Untuk orang seperti Yu Timah, setitik emas di jari adalah persoalan mengangkat harga diri. Saldo terakhir Yu Timah adalah Rp 650 ribu. Yu Timah biasa duduk menjauh bila berhadapan dengan saya. Malah maunya bersimpuh di lantai, namun selalu saya cegah. ‘’Pak, saya mau mengambil tabungan,’’ kata Yu Timah dengan suaranya yang kecil. ‘’O,tentu bisa.Tapi ini hari Sabtu dan sudah sore.Bank kita sudah tutup. Bagaimana bila Senin?’’ ‘’Senin juga tidak apa-apa. Saya tidak tergesa.’’ ‘’Mau ambil berapa?’’ tanya saya. ‘’Enam ratus ribu, Pak.’’ ‘’Kok banyak sekali. Untuk apa, Yu?’’

Yu Timah tidak segera menjawab.Menunduk, sambil tersenyum malu-malu. ‘’Saya mau beli kambing kurban, Pak. Kalau enam ratus ribu saya tambahi dengan uang saya yang di tangan, cukup untuk beli satu kambing.’’ Saya tahu Yu Timah amat menunggu tanggapan saya. Bahkan dia mengulangi kata katanya karena saya masih diam. Karena lama tidak memberikan tanggapan, mungkin Yu Timah mengira saya tidak akan memberikan uang tabungannya. Padahal saya lama terdiam karena sangat terkesan oleh keinginan Yu Timah membeli kambing kurban. ‘’Iya, Yu. Senin besok uang Yu Timah akan diberikan sebesar enam ratus ribu. Tapi Yu, sebenarnya kamu tidak wajib berkurban.Yu Timah bahkan wajib menerima kurban dari saudarasaudara kita yang lebih berada. Jadi, apakah niat Yu Timah benar-benar sudah bulat hendak membeli kambing kurban?’’ ‘’Iya Pak. Saya sudah bulat. Saya benar-benar ingin berkurban. Selama Ini memang saya hanya jadi penerima. Namun sekarang saya ingin jadi pemberi daging kurban.’’ ‘’Baik, Yu. Besok uang kamu akan saya ambilkan di bank kita.’’ Wajah Yu Timah benderang. Senyumnya ceria. Matanya berbinar. Lalu minta diri, dan dengan langkahlangkah panjang Yu Timah pulang. Setelah Yu Timah pergi, saya termangu sendiri. Kapankah Yu Timah mendengar, mengerti, menghayati, lalu menginternalisasi ajaran kurban yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim? Mengapa orang yang sangat awam itu bisa punya keikhlasan demikian tinggi sehingga rela mengurbankan hampir seluruh hartanya? Pertanyaan ini muncul karena umumnya ibadah haji yang biayanya mahal itu tidak mengubah watak orangnya. Mungkin saya juga begitu. Ah, Yu Timah, saya jadi malu. Kamu yang belum naik haji, atau tidak akan pernah naik haji, namun kamu sudah jadi orang yang suka berkurban. Kamu sangat miskin, tapi uangmu tidak kau belikan makanan, televisi, atau pakaian yang bagus. Uangmu malah kamu belikan kambing kurban. Ya, Yu Timah. Meski saya dilarang dokter makan daging kambing, tapi kali ini akan saya langgar. Saya ingin menikmati daging kambingmu yang sepertinya sudah berbau surga. Mudah-mudahan kamu mabrur sebelum kamu naik haji. Lebih baik Memberi Dari pada Menerima. Semoga Kita dapat mengambil Hikmahnya. Amien.

TAJDID-Disember-2008

13

QUR’AN SUNNAH

Wanita dalam Al-Qur’an Abu Nadia Al Bugisi

Makhluk Allah yang bernama wanita ini ternyata sudah cukup lama ada dan banyak mengintervensi kehidupan kita yang sudah berkeluarga. Tentunya kita sudah boleh mengenal baik wanita yang telah menjadi bagian atau teman hidup. Meski terbuat dari ‘tulang bengkok’ seorang lelaki, tetapi mengapa lelaki masih sulit memahaminy? Apa karena ini adalah majaz, atau sebab jalannya yang lenggak-lenggok atau otak kita saja yang bengkok kemudian tak boleh memahami bahasanya atau tidak mampu menangkap kemauannya? Sujiwo Tejo, penyair Indonesia juga mengaku menyerah mendifinisikan wanita, katanya ‘Tuhan saja bisa di difinisikan tapi tidak dengan wanita’. Al Qur’an memberi perhatian luar biasa buat wanita, dengan berbagai cara, diantaranya dengan menjadikan nama wanita atau yang menunjukkan wanita menjadi nama surat, misalnya Maryam, Al Mujaadilah, Al Mumtahanah. Dan tidak sedikit Ayat Al Qur’an yang berbicara masalah wanita. Dalam berbagai surat al Qur’an juga dikisahkan kepribadian-kepridadian wanita, yaitu kepribadian untuk dicontoh dan kepribadian untuk dihindari dan dijauhi, dalam tulisan ini kami mencoba untuk memaparkan beberapa tipe dari wanita yang ada dalam Al-Qur’an semoga bisa kita jadikan sebagai pelajaran dan agar kita makin bisa mengerti wanita yang menjadi pendamping hidup kita. A.Tipikal kepribadian yang dapat dijadikan contoh : Pertama, jenis pejuang. Wanita tipe pejuang memiliki kepribadian kuat. Ia berani menanggung risiko

apa pun demi prinsip dan keyakinannya akan kebenaran. Misalnya kita bisa melihat beberapa tokoh dalam al qur’an yang saat keimanannya diusik dan kehormatannya dilecehkan mereka tetap tegar. Tipe ini diwakili oleh Siti Asiyah binti Mazahim, istri Fir’aun. Walau berada dalam cengkraman Fir’aun, Asiyah mampu menjaga aqidah dan harga dirinya sebagai seorang Muslimah. Asiyah lebih memilih istana di surga daripada istana di dunia yang dijanjikan Fir’aun. Allah SWT mengabadikan do’anya, “Dan Allah menjadikan perempuan Fir’aun teladan bagi orang-orang beriman, dan ia berdo’a : Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkan aku dari kaum yang dzalim.” (QS. AtTahriim [66] : 11). Kedua, jenis wanita shalihah yang menjaga kesucian dirinya. Jenis ini diwakili Maryam binti Imran. Hari-harinya ia isi dengan ketaatan kepada Allah. Ia pun sangat konsisten menjaga kesucian dirinya. “Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki,

TAJDID-Disember-2008

14

sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!” demikian ungkap Maryam (QS. Maryam [19] : 20). Karena keutamaan inilah, Allah SWT mengabadikan namanya sebagai nama salah satu surat dalam Al-Qur’an (QS. Maryam [19]). Maryam pun diamanahi untuk mengasuh dan membesarkan Kekasih Allah, Isa putra Maryam (QS. Maryam [19] : 16-34). Allah SWT memuliakan Maryam bukan karena kecantikannya, namun karena keshalihan dan kesuciannya. Ketiga, jenis yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam rumah tangga dan kehidupan, misalnya sebagaimana yang dikisahkan dalam surat al Mujaadilah, yaitu wanita yang mempertanyakan tentang suami yang membuatnya merasa dalam posisi digantung. Keempat, wanita yang berupaya untuk senantiasa aktif berperan serta dalam peristiwaperistiwa sosial, politik dan kemasyarakatan, diantaranya sebagaimana dikisahkan dalam surat al Mumtahanah ayat ke 10 : “Hai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-perempuan yang beriman, Maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka;maka jika kamu Telah mengetahui bahwa mereka (benar-benar) beriman Maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. dan berikanlah kepada (suami suami) mereka, mahar yang Telah mereka bayar. dan tiada dosa atasmu mengawini mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (perkawinan) dengan perempuan-perempuan kafir; dan hendaklah kamu minta mahar yang Telah kamu bayar; dan hendaklah mereka meminta mahar yang Telah mereka bayar. Demikianlah hukum Allah yang ditetapkanNya di antara kamu. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Kelima, wanita yang memperjuangkan status sosial dalam masyarakat sebagai bagian identitas dirinya dan bukan kesombongan, tetapi tetap menjadikan

keinginannya mempertahankan status sosial itu tunduk kepada al Qur’an dan as Sunnah. Sebagaimana dikisahkan dalam surat al Ahzab, kisah Zainab binti Jakhsyi. B.Tipikal untuk dijauhi dan tidak ditiru Pertama, jenis penghasut, tukang fitnah, dan biang gosip. Tipe ini diwakili Ummu Jamil, istrinya Abu Lahab. Al-Qur’an menjulukinya sebagai “pembawa kayu bakar” alias penyebar fitnah. Dalam istilah sekarang, wanita penyiram bensin. “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa. Hartanya dan segala yang disuahakannya tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Demikian pula istrinya, pembawa kayu bakar yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. AlLahab [111] : 1-5). Bersama suaminya, Ummu Jamil bahu membahu menentang dakwah Rasulullah SAW, menyebar fitnah, dan melakukan kezaliman. Isu yang awalnya biasa, menjadi luar biasa ketika diucapkan Hindun. Kedua, jenis keras kepala dan mengingkari kebenaran. Allah pun mengecam perempuan yang bekhianat kepada suaminya (yang shaleh). Istrinya Nabi Nuh dan Nabi Luth mewakili tipe ini. Saat suaminya memperjuangkan kebenaran, mereka malah menjadi pengkhianat dakwah. Difirmankan, “Allah membuat istri Nuh dan istri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang shaleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya) : Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka).” (QS. AtTahriim [66] : 10). Inilah beberapa kepribadian wanita yang di abadikan lewat ayat-ayat Al-Qur’an yang merupakan pelajaran berharga bagi kita,sekarang tinggal kita bertanya : Jenis yang manakah saya dari tipikal-tipikal yang di sebutkan Al-Qur’an?semoga bukan dari jenis yang tidak baik dan tidak patut ditiru. Wallahu a’lamu bishawab. (**)

TAJDID-Disember-2008

15

KHUTBAH JUMAAT

SYAWAL, KESINAMBUNGAN ANUGERAH RAMADHAN Rasman Saridin Pengarah Kolej Islam Muhammadiyah

Bertaqwalah kita sekelian kepada Allah Rabbul Jalil dengan sebenar-benar taqwa. Taqwa yang melonjak naik selepas kita melalui latihan selama sebulan di Institut Latihan Ramadhan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Kita telah pun melaksanakan shalat hari raya Aidil Fitri, hari kemenangan, hari keseronokan, hari untuk mengumandangkan takbir, mengagung dan membesarkan nama Allah. Islam telah menentukan kehidupan kita ini sentiasa dalam suasana takbir iaitu membesarkan Allah Azzawajalla. Ketika azan kita mengucapkan takbir,membesarkan nama Allah. Ketika iqamah kita mengucapkan takbir. Saat hendak memulakan solah kita melafazkan takbir. Ketika menyembelih binatang kita mengucapkan takbir,ketika berada di medan perang kita melaungkan takbir. Pada Aidil Fitri seperti yang telah kita laksanakan kita dianjurkan untuk mengumandangkan takbir selantanglantangnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak Ada Tuhan Melainkan Allah Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Bagi Allah Segala Kepujian.

Muslimin-Muslimat Rahimakumullah Ramadan Al-Mubarak telah berlalu, begitu juga bulan-bulan yang lain.Tahun berlalu dan berganti tahun berikutnya, hingga mengikis sisa umur kita. Kita bergembira dengan berakhirnya Ramadan dan bermulanya Syawal, tanpa menyedari bahawa bulan ini seumpama lembaran hidup kita yang dilipat satu

demi satu sehingga habis lipatan tersebut. Ketika itu barulah kita sedar bahawa tempoh hidup kita di dunia ini sudah tamat. Dalam hal inilah Hasan Al-Basri pernah berkata: “Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau adalah kumpulan hari-hari. Setiap kali satu hari berakhir, maka satu bahagian dari hidupmu/umurmu juga turut lenyap.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Perlu diingat bahawa di antara manusia ada yang mengadap Allah hanya pada bulan Ramadan sahaja. Berakhirnya Ramadan berakhirlah juga amal ibadah yang begitu tekun dilaksanakan sepanjang Ramadan. Mereka dilanda penyakit malas, muak, mali dan seumpamanya. Masjid sudah jarang dikunjungi, AlQuran sudah kadang-kadang sahaja dibuka, lidah tidak lagi dibasahi dengan tahlil, tahmid, tasbih serta zikitzikir yang lain. Iktikaf amat jauh sekali. Qiamullail begitu juga. Amalan sedekah dan seumpamanya terus membeku. Seolah-olah Allah hanya layak disembah pada bulan Ramadhan. Ingatlah sesiapa yang menyembah bulan Ramadan, sesungguhnya bulan

TAJDID-Disember-2008

16

Ramadan itu telah pergi dan berlalu. Sementara Allah s.w.t tidak pernah mati dan sentiasa hidup. Justeru itu menjadi tanggungjawab kita sekelian sebagai seorang mukmin, muslim dan muttaqin untuk meneruskan segala amalan soleh sepertimana yang diamalkan sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu seperti solah berjemaah, solah sunat, membaca Al-Quran, berqiamullail, berzikir, beriktikaf, bertaubat, berdoa, bersedekah berada di dalam halaqah ilmu dan seumpamanya. Kedudukan mereka yang beramal soleh telah disebutkan oleh Allah S.W.T dalam Surah An-Nisaa’ ayat 124: Maksudnya: Dan barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.

Muslimin, Muslimat Rahimakumullah Kemuliaan Aidil Fitri dibulan syawal ini marilah kita manfaatkan dengan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Sifat benci-membenci digantikan dengan sayangmenyayangi, hentam-menghentam diwarnai dengan nasihat-menasihati, bermasam muka kepada senyum mesra, tidak bertegur sapa kepada tegur-menegur antara kita, maki-hamun kepada kata-kata lunak menusuk kalbu, sikap perseteruan kepada persaudaraan. Pendeknya semangat Aidil Fitri kita hidupkan bagi menghayati firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10: Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Latihan sepanjang Ramadhan yang baru berlalu amat penting dalam konteks seorang pejuang atau perajurit. Ia merupakan salah satu pengisian yang memenuhi dasar pembinaan mental dan kerohanian Islam dalam berjamah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Latihan sepanjang Ramadhan yang baru berlalu amat penting dalam konteks seorang pejuang atau perajurit. Ia merupakan salah satu pengisian yang memenuhi dasar pembinaan mental dan kerohanian Islam dalam berjemaah. Berjemaah yang memiliki kekuatan dalaman atau spiritual ini di samping kekuatan fizikal dan logistik merupakan jamaah yang menjadi pilihan panglima Salahuddin Al-Ayyubi dalam misi perang salib. Sebagai panglima perang, beliau biasa melakukan rondaan malam ke khemah-khemah tenteranya. Apabila melalui khemah-khemah yang penghuninya mendirikan shalat, membaca Al-Quran, bertasbih, beristighfar serta berzikir kepada Allah maka dia berkata“ Dari sinilah akan datangnya kemenangan”. Sebaliknya apabila melihat tentera-tentera yang ada di dalam khemah terlelap dalam tidur yang nyenyak maka dia berkata“Aku khuatir kekalahan datang dari sini, dari tentera-tentera yang terlelap dalam tidur dan lalai”. Tentera yang pada siangnya umpama singa-singa yang lapar manakala malamnya umpama abid kekasih Allah inilah yang bersama-sama panglima Salahuddin AlAyyubi membebaskan Baitul Maqdis dalam peperangan Hithin setelah 70 tahun ia berada di tangan tentera-tentera salib. Begitulah kekuatan ’spiritual combat power’ yang ada kepada umat Islam walaupun di luarnya nampak lemah tetapi dengan kekuatan amalannya ia menjadi lebih keras dari sebatang pokok yang kering, lebih hening dari mutiara, lebih tajam dari duri. Semangat sedemikianlah yang dikobarkan oleh syariat Islam melalui ucapan takbir di Aidil Fitri ini. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Dalam suasana kegembiraan ini janganlah sekali-kali ianya menggerhanakan kita untuk turut merasai keperitan, kepahitan, kesusahan, keseksaan yang sedang dialami oleh saudara seaqidah kita di bumi Palestin, Afghanistan, Iraq malah di mana sahaja di bumi Allah ini. Saudara-saudara kita sedang menghadapi tekanan, penindasan serta pembunuhan dari musuh-musuh Allah dan musuh-musuh umat Islam. Agenda musuhmusuh Islam ini sama ada bernama Nasoro mahupun Yahudi adalah disebabkan kita beriman dan mentauhidkan Allah Rabbul Jalil semata-mata. Perkara ini telah disebut oleh Allah SWT dalam Surah Al-Buruj ayat 8: Maksudnya: Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orangorang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!(**)

TAJDID-Disember-2008

17

TSAQAFAH

Pengertian Kaunseling dalam Perspektif Barat Bahagian Terakhir dari 2 Tulisan Ustaz Abdur Rahim s/o Abul Nasir (Naib Presdien II Persatuan Muhammadiyah)

Dalam kamus Webster‘s, perkataan kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu counseilling, conseilling advising, yang diambil daripada Inggeris juga iaitu counseling atau counselling (Zainab Ismail 2000 : 154) Perspektif Barat pula, kaunseling adalah satu proses bagaimana seorang kaunselor membantu seorang klien untuk menghadapi, memahami dan menerima informasi tentang dirinya dan hubungnnya dengan orang lain. Dengan ini, dia boleh membuat keputusan yang bermakna dalam menghadapi pelbagai pilihan hidup (Cottle,W.C. & Downie, N.M. 1970, 1). Dari segi istilah pula, kaunseling ialah satu proses interaksi yang memudahkan untuk memahami diri dan persekitaran serta menghasilkan perubahanperubahan dalam tingkah laku dan membina matlamat untuk tingkah laku pada masa hadapan (Stone & Shertzer 1972). Kaunseling juga merupakan satu proses seorang kaunselor membantu seorang klien untuk menghadapi, memahami dan menerima informasi tentang diri dan hubungannya dengan orang lain yang akhirnya dia boleh membuat keputusan yang efektif tentang pilihan hidup (Cottle & Downie 1970). Pengertian Kaunseling sering kali disalah definisikan, iaitu berkemungkinan difahami sebagai bimbingan, nasihat ataupun mengajar. Berdasarkan ciri-ciri kaunseling seperti yang dikemukan oleh Pietrofesa dan Hoffman dan Spleit (1984), kaunseling dapat difahamkan seperti berikut: 1. Kaunseling merupakan perkhidmatan profesional

yang ditawarkan oleh kaunselor terlatih. 2. Kanseling adalah suatu proses di mana asasnya berdasarkan perhubungan menolong kaunselorklien, iaitu perhubungan yang selamat dan tulen. 3. Kaunseling memberi tumpuan kepada kemahiran membuat keputusan dan penyelusaian masalah. 4. Kaunseling melibatkan klien mempelajari tingkah laku baru atau membina sikap baru. 5. Kaunseling adalah kerjasama kaunselor dan klien yang berasaskan hormat di antara individu. 6. Kaunseling merupakan satu cara hidup dan prosesnya selalu memudahcarakan. BEBERAPA PANDANGAN ISLAM Zainab Ismail (2000) memetik pandangan Abdul Rahman Ahmad (1992) menyatakan bahawa kaunseling juga didefinasikan sebagai suatu perkhidmatan yang mengunakan psikologi sebagai satu cara untuk memahami masalah klien dan membantu klien dalam membuat pilihan, keputusan dan perancangan (Internasional Encyclopedia of The Social Sciences 1975) dan sebagai suatu proses menolong klien mengenali diri dan persekitarannya. Kaunseling adalah satu proses interaksi yang mengerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai terhadap perubahan tingkah laku. Mengikut George & Cristiani (1990), kaunseling melambangkan satu hubungan yang professional antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Hubungan ini kadangkala melibatkan

TAJDID-Disember-2008

18

lebih dari dua individu yang bertujuan untuk membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan yang bermakna dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional (Wan Abdul Kadir Wan Ahmad 2006 : 132). Kaunseling mengerakkan klien memahami kelemahan diri yang menjadi punca masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya. Kaunseling merupakan proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan. Pengetahuan atau maklumat baru diperolehi hasil daripada interaksi dengan kaunselor, manakala kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui role play (Wan Abdul Kadir Wan Ahmad 2006 : 133). Mengikut Hassan Langgulung (1983), kaunseling ialah proses pengajaran pembalajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) antara seorang yang pakar dalam psikologi kaunseling (kaunselor) dan seorang lain yang ditujukan kaunseling itu (klien). Dalam situasi begini, teknik-teknik dan kaedah teknikal dan professional digunakan yang bertujuan menolong klien untuk menyelesaikan masalahnya dan menghadapi masalah-masalah itu dengan kaedah-kaedah penyesuaian yang secara langsung menolongnya memahami dirinya, memahami kebolehan-kebolehan dan minatnya serta mengalakkannya untuk menerima takdir yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya. Kaedah ini juga melatihnya membuat keputusan-keputusan berpandukan kepada syariat Allah s.w.t. sehingga dia sendiri mencari dan mengingini yang halal dan meninggalkan yang haram. Dia juga meletakkan bagi dirinya tujuan-tujuan yang realistik dan halal, mengunakan kebolehan-kebolehan sejauh yang mampu dan berguna bagi dirinya serta orang lain sehingga dia mendapati aktualisasi dirinya dalam mengerjakan apa yang diredai oleh Allah s.w.t sehingga dia menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat (Zainab Ismail 2000 : 157). Konsep kaunseling sering juga disalah fahami secara

serius. Kauseling seharusnya dijalankan oleh mereka yang terlatih dalam penggunaan dan pelbagai pendekatan kaunseling. Kaunseling merupakan satu proses di mana kaunselor mengurus pemikiran dan perasaan klien. Kaunselor menolong klien melihat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah kerana klien adalah mereka yang terperangkap dalam situasi tidak berkeupayaan untuk menyelesaikannya (Abdul Malek Bin Mat Zin 2003 : 20). Dalam interaksi kaunseling, unsur-unsur berikut mungkin wujud tetapi ianya bukan merupakan proses kaunseling: (Abdul Malek Bin Mat Zin 2003 : 21) 1. Memberi penerangan. 2. Memberi nasihat, mengadakan cadangan dan sokongan. 3. Mempengaruhi nilai, sikap, kepercayaan, minat, keputusan dan lain-lain berkaitan dengan klien. 4. Menemuduga klien. Dalam kerjaya kaunseling ada berpuluhpuluh kaedah yang telah diciptakan oleh pakar kaunseling dari berbagai bagai mazhab pemikiran yang wujud dalam kaunseling di dunia Barat. Perlu juga diperhatikan, ada beribu-ribu teknik dalam kaunseling dan psikoterapi yang nampaknya membentuk serangkaian kaedah sesuai dengan teknik-teknik itu dibina (Abdul Malek Bin Mat Zin 2003 : 27). Sebelum membincangkan lebih lanjut tentang kaunseling, perlu juga diterangkan sedikit tentang psikoterapi. Kedua-dua istilah ini, kaunseling dan psikoterapi digunakan dalam makna yang serupa. Sebenarnya kedua-duanya dapat diperkirakan terletak pada dua buah kutub dalam sebuah kontinum; kaunseling digunakan untuk “di sini dan sekarang” dan lebih berkaitan dengan masalah perkembangan biasa; dan psikoterapi biasanya menyatakan kekacauan yang teruk dalam bentuk ketegangan emosi yang tajam dan untuk masa yang lebih lama (Abdul Malek Bin Mat Zin 2003 : 128). Menurut konsep kaunseling Barat, nasihat adalah juzuk kecil daripada kaunseling (Amir Awang 1984, 32). Konsep Barat ini, berbeza dengan konsep Islam. Dalam Islam, kaunseling adalah nasihat dan ia wajib

TAJDID-Disember-2008

19

T S A Q A F A H dilaksanakan apabila terdapat individu lain yang memerlukannya. Walaupun tidak ada seorang pun tokoh-tokoh dari Barat yang terlibat dengan kaunsling menyatakan kaunseling itu nasihat, namun kaunseling itu sendiri terbahagi kepada tiga teknik: (Zainab Ismail 2000 : 155) 1. Directive counseling, iaitu teknik kaunseling yang paling berperanan ialah kaunselor-kaunselor berusaha mengarah klien sesuai dengan masalahnya. 2. Non directive counseling, iaitu teknik ini semuanya berpusat kepada klien. Kaunselor hanya menampung pembicaraan, yang berperanan ialah klien. Klien bebas berbicara sedangkan kaunselor menampung dan mengarahkan. 3. Elective counseling, iaitu campuran dari teknik directive counseling dan non- directive counseling. MATLAMAT KAUNSELING Dalam hubungan kaunseling sebenarnya ia mempunyai matlamat. Pada dasarnya, matlamat kaunseling adalah mewujudkan kedudukan kesihatan mental yang sihat kepada masyarakat. Namun begitu antara matlamat kaunseling adalah: (Amer Shakir Bin Zainal 2000 : 228) 1. Menolong merubah perlakuan klien 2. Menambah kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya. 3. Menambah kemahiran membuat keputusan 4. Membantu perkembangan bakat dan potensi 5. Memperbaiki hubungan klien dengan ahli-ahli di dalam masyarakat. Matlamat yang jelas itu sebenarnya adalah untuk membawa manusia kepada kesejahteraan. Seorang pelajar telah datang ke bilik kaunseling kerana mengalami ketegangan atau kebimbangan dalam menghadapi peperiksaan. Seorang pelajar lain pula datang dengan tujuan untuk mengethui cara belajar yang berkesan. Seorang pelajar lagi mengunjungi kaunselor kerana beberapa masalah peribadi yang dihadapinya. Kedatangan semua individu berkenaan dengan harapan memenuhi keperluan tersendiri. Mereka memerlukan kaedah dan teknik tersendiri beagi menyelesaikan konflik dan kehendak masing-masing. Oleh itu kaunselor perlu mengenalpasti harapan-harapan individu yang datang menemuinya, karana ada kemungkinan harapan tersebut tidak selaras dengan matlamat dan objektif kaunseling (Abdul Malek Bin Mat Zin 2003 : 21).

Matlamat adalah penting bagi menentukan hala tuju proses kaunseling. Matlamat kaunseling terbahagi kepada dua, pertama matlamat jangka pendek dan kedua matlamat jangka panjang. semua matlamat jangka pendek yang wujud semasa proses kaunseling akan membantu merealisasikan matlamat jangka panjang. secara keseluruhan matlamat kaunseling adalah untuk membantu individu mengatasi masalah semasa dan sebagai alat memperlengkap diri menghadapi masalah yang akan mendatang (Abdul Malek Bin Mat Zin 2003 : 22). Matlamat jangka panjang dapat digolongkan sama ada dalam mana-mana satu aspek berikut, iaitu membantu klien mendapat kesempurnaan kendiri (selfactualizing), mendapat kesedaran kendiri (self-realization) atau menjadi manusia yang berkemampuan berfungsi sepenuhnya. Matlamat jangka pendek pula perlu merujuk kepada penyelesaian masalah semasa dan dialami oleh klien, iaitu pada masa klien berhadapan dengan kaunselor (Abdul Malek Bin Mat Zin 2003 : 22). Blocher (1966) juga menambah dua lagi matlamat kaunseling. Pertama, kaunseling membantu kebebasan individu untuk memilih dan bertindak dalam persekitaran tertentu yang mengizinkan. Kedua, mempertingkatkan keberkesanan individu bertindak balas terhadap persekitaran. Matlamat kaunseling juga sebagai perkembangan peribadi seseorang, dengan harapan individu berkenaan dapat berubah mengikut perubahan dan kesesuaian masa. Perubahan-perubahan tersebut dilakukan dengan cara yang rasional dan sihat. KESIMPULAN Memang tidak boleh dinafikan bahawa terdapat berbagai-bagai pengertian kaunseling yang datang dari pemikir-pemikir Barat. Namun kepelbagaian definisi yang dikemukakan oleh mereka sedikit sebanyak terdapat kaitan antara satu sama lain. Kaitan ini dapat dilihat dari segi bentuk kauseling yang bertindak membantu dan meyeleraikan kebuntuan yang terdapat dalam diri manusia serta menggunakan kaedah-kaedah yang sistematik dalam memberi klien jalan yang terbaik untuknya membuat keputusan. Secara dasar, matlamat kaunseling dari perspektif Barat ialah membantu klien menolong dirinya sendiri dan menyelesaikan masalahnya. Maka disini jelaslah bahawa kaunseling ini penting dan sering diperlukan dalam kehidupan masyarakat bagi mengelak manusia membuat keputusan yang akan mendatangkan kekecewaan dan permasalahan yang dihadapinya selama itu hanyalah dibebani atas dirinya sendiri hingga akhirnya. (**)

TAJDID-Disember-2008

20

TSAQAFAH

BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH Rasman Saridin Pengarah Kolej Islam Muhammadiyah Takbir Hari Raya Takbir Hari Raya adalah merupakan perintah Allah s.w.t.. Allah Azza wa-Jalla berfirman:

“Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu, mudahmudahan kamu mahu bersyukur”. (al-Baqarah 2: 185)

“Baginda keluar pada Hari Raya Idul Fitri, maka baginda bertakbir (dalam perjalanan) hingga sampai di musalla, dan hingga ditunaikannya solat. Apabila baginda telah selesai menunaikan solat, maka baginda menghentikan takbir”. (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Abi

Syaibah dalam al-Musannaf 2/165. al-Faryabi dalam Ahkamul Ideian no 59. Al-Baihaqi dalam As-Sunan alKubra 3/279. Lihat: Silsilah al-Ahadis as-Sahihah 170. sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) Disyariatkan bertakbir dengan jahar (mengeluarkan suara) ketika pergi ke musalla, melaungkan sendirisendiri bukan berjamaah dan bukan dipimpin oleh seseorang. Dimulakan sejak terbit fajar di hari Arafah. Berakhir di hari Tasyriq setelah solat Asar. Cara ini disepakati oleh Malik, Abu Hanifah, Syafie, Ahmad dan Ibnu Taimiyah. ((1). Lihat: Majmu Fatawa 24/220 Ibnu Taimiyah. (2). Subulus Salam 2/71-72) “Ibnu Umar bertakbir dengan menyaringkan (menguatkan) suaranya. Pada Hari Idul Fitri dan Hari Korban setelah solat Subuh sehingga duduk di musalla. Beliau terus bertakbir sehinggalah Imam sampai (untuk solat)”. (H/R Ibnu Abi Syaibah dan Daruqutni dengan sanad yang sahih)

TAJDID-Disember-2008

21

Tentang jangka masa untuk bertakbir Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata:Takbir pada hari‘Ied al-Fithri dimulai ketika terlihatnya hilal (anak bulan), dan berakhir dengan selesainya ‘Ied iaitu ketika imam selesai dari khutbah, (demikian) menurut pandangan yang benar. (Majmu’ Fatawa, jilid 24 ms. 220 dan 221. Dinukil daripada artikel bertajuk Bimbingan Berhari Raya Idul Fithri yang disusun oleh Abu Sulaiman Aris yang diterbitkan oleh Majalah As-Sunnah Edisi 07/VIII/1425H/2004M, ms. 39) Perihal lafaz takbir raya maka terdapat beberapa riwayat dari para sahabat radhiallahu ‘anhum yang di antaranya adalah: Daripada Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anh, beliau mengucapkan:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang berhak diibadahi kecuali hanya Allah semata, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji hanya bagi Allah. (Hadis riwayat Imam Ibnu Abu Syaibah di dalam Mushannaf, hadis no: 5649) Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anh, beliau pernah mengucapkan:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahilhamd, Allahu Akbar wa A-khallu, Allahu Akbar‘alaa maa hadaana. (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar segala puji hanya bagi Allah, Allah Maha Besar lagi Maha Agung, Allah Maha Besar di atas petunjuk yang telah diberikan kepada kita). (Riwayat Imam al-Baihaqi di dalam Sunan alKubra (III/315) Salman al-Farisi radhiallahu‘anh pula berkata: Agungkanlah Allah dengan menyebut Allahu Akbar, Allahu Akbar,Allahu Akbar Kabeera (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,Allah Maha Besar). (Hadis riwayat Imam alBaihaqi di dalam Sunan al-Kubra (III/316)) Ketika dalam perjalan ke tempat solat‘Ied,disunnahkan juga untuk kita bertakbir sehinggalah apabila solat akan didirikan. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen alAlbani rahimahullah: … disyari’atkan apa yang dikerjakan oleh kaum Muslimin berupa takbir dengan suara lantang selama di dalam perjalanan menuju tempat perlaksanaan solat (musholla), meskipun banyak dari mereka mulai meremehkan sunnah ini. (Dinukil dari kitab Meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya ditulis oleh Syaikh‘Ali Hassan bin‘Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32) Bertakbir sejak mula keluar dari rumah adalah untuk menyerlahkan syi’ar Islam di seluruh perjalanan yang

ditempuhi untuk menuju ke tempat solat. Syaikh Wahid Abdussalam Bali telah berkata: …setiap muslim bertakbir sejak keluar dari rumahnya sehingga sampai ke tempat solat, dengan mengeraskan suaranya, sebagai memaklumkan syi’ar Islam yang agung ini. Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (al-Hajj (22): 32) Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dengan sanad sahih dari al-Zuhri rahimahullah:Bahawa Nabi shallallahu‘alaihi wasallam keluar pada Hari Raya al-Fithri dengan bertakbir hingga sampai di tempat solat. (Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya (edisi terjemahan oleh Ahmad Syaikhu, Darul Haq, Jakarta 2005), ms. 415-416) Tentang tatacara takbir yakni dengan suara yang kuat, maka ianya tidak berbeza antara ‘Ied al-Fithri atau ‘Ied alAdha (Hari Raya Haji). Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar alAsqalani rahimahullah: Sa’id bin Manshur meriwayatkan dengan sanad yang maushul (sanadnya bersambung sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam), dari Ubaid bin Umair,dia berkata:“Bahawa‘Umar ketika sedang berada di dalam khemahnya di Mina selalu mengumandangkan takbir, begitu pula dengan orangorang yang berada di dalam masjid dan orang-orang yang berada di pasar, hingga kota Mina bergemuruh dengan suara takbir.”(Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani,Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari,Tahqiq Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, (Edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta 2004) Jilid 5, ms. 315) Ada pun cara bertakbir, maka ia adalah umum sebagaimana keumuman dalil yang menganjurkannya. Oleh itu bertakbir boleh secara bersendirian atau berkumpulan, sama ada secara serentak atau dipimpin oleh seseorang. Semuanya bergantung kepada suasana ketika sedang bertakbir.Yang dilarang adalah menetap atau mengkhususkan cara bertakbir kepada satu cara sahaja sehingga orang ramai menganggap ia adalah satusatunya cara untuk bertakbir. Ada pun lafaz takbir yang bermacam-macam pada masa kini, yang lebih utama adalah lafaz takbir yang diriwayatkan daripada para sahabat sebagaimana yang dikemukakan di atas. Sekali pun dalam riwayat-riwayat tersebut tidak dinyatakan bahawa ia berasal daripada Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam, dalam kaedah usul fiqh sedia diterangkan bahawa perbuatan sahabat dalam ibadah memiliki nilai marfu’ (bersambung kepada Rasulullah s.a.w.), iaitu berasal daripada Rasulullah, sekali pun mereka tidak menyandarkan secara jelas kepada baginda. (**)

TAJDID-Disember-2008

22

RAGAM INFO GRADUATION MUHAMMADIYAH KINDERGARTEN 2008

Tanggal 9 November 2009 melambangkan satu permulaan baru bagi 40 pelajar K2 dari Tadika Muhammadiyah (MK). Pada hari tersebut, perasmian acara Tamat Pendidikan Peringkat Prasekolah telah diadakan bagi merai kejayaan anak-anak ini menyelesaikan pendidikan prasekolah mereka. Diadakan di Auditorium Perpustakaan Tampines, acara itu telah dirancakkan lagi dengan persembahanpersembahan menarik dari para pelajar MK.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Dr Fatimah Lateef, AP bagi Marine Parade GRC selaku Tetamu Terhormat,

dan juga Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Shaik Hussain Shaik Yaakob bersama isteri. Di dalam ucapan beliau, Dr Fatimah telah menekankan peri pentingnya pendidikan awal anakanak. Pendidikan akademik dan agama harus diseimbangkan agar anak-anak mendapat pendedahan dan pendidikan yang syumul. Lantas beliau menyeru kepada para ibu bapa agar meletakkan pendidikan sebagai salah satu keutamaan keluarga. Sementara Penyelia MK, Encik Md Gazali Alistar pula telah meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih beliau kepada para ibu bapa dan anggota masyarakat yang telah meletakkan kepercayaan mereka terhadap MK sehingga ia dapat terus bertahan selama 27 tahun. Bagi pihak Jawatankuasa Pentadbir dan karyawan MK, kami mengucapkan tahniah kepada para pelajar K2 2008 dan juga keluarga mereka. Semoga saat ini menjadi satu titik permulaan untuk kejayaan-kejayaan yang bakal kalian kecapi kelak. (RSZ)

CLF Seminar Series III & IV CLF Seminar Series III “ANAK-ANAK DILAHIRKAN FITRAH…” Pada tanggal 1hb November 2008, Muhammadiyah Kindergarten sekali lagi telah menganjurkan siri seminar pendidikan. Siri III ini mengupas maudhu’ “Anak-anak dilahirkan fitrah…” yang dipetik dari hadis Nabi s.a.w. Ustaz Ade Novli,mudir Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) digandingkan bersama Puan Hamidah Bahashwan, counselor pendidikan yang banyak dikenal di Singapura. Ustaz Ade telah mengupaskan mengenai pendidikan anak-anak menurut Islam. Apakah inti pendidikan tersebut dan apakah petua-petua yang harus diamalkan oleh ibu bapa. Apa yang menarik ialah apabila beliau mengongsi antara elemen yang perlu dipupuk pada anak-anak. Puan Hamidah pula mengupas mengenai ciri-ciri positif yang mesti dipupuk kepada anak-anak. Memupuk sikap positif anak-anak adalah sangat penting. Memupuk minat dalam menimba ilmu

sangat-sangat diperkenankan. Tetapi harus diingat bahawa ilmu tanpa beramaltidak akan membawa kemana-mana. Sikap yang positif adalah antara yang penting yang perlu kita pupuk ke diri anak-anak. CLF Seminar Series IV “TRANSIT KE DARJAH 1” Puan Sharifah Fairus, Naib Pengetua Sekolah Haig Girls telah mengongsi beberapa cara bagaimana ibubapa boleh membantu anak-anak menyesuaikan diri mereka ke darjah 1. Antara yang dikongsi bersama adalah:1) Strategi membina keyakinan dalam matematik 2) Budaya Matematik yang mungkin baru untuk anak-anak 3) Memupuk minat kepada Bahasa Inggeris & Melayu 4) Dedahkan cara menyesuaikan diri dengan ilmu sains. 5) Mengamalkan budaya berfikiran kritikal. 6) Refleksi diri

TAJDID-Disember-2008

23

KOLEJ ISLAM MUHAMMADIYAH R A GSINGAPURA AM INFO (KIM) Dengan Kerjasama

IAIN IMAM BONJOL, SUMATERA BARAT KIM Diiktiraf oleh MUIS

PENGENALAN KIM ditubuh pada tahun 2000 dan kerjasama dengan IAIN Imam Bonjol Sumatera Barat bagi melancarkan program Dakwah, Bahasa Arab dan Tarbiyah (pendidikan). IAIN Imam Bonjol adalah sebuah pusat Pengajian Tinggi Islam yang dimiliki oleh pemerintah Indonesia secara rasmi pada tahun 1966. PROGRAM SEPARUH MASA 1) Diploma Pengurusan Dakwah (2 Tahun) 2) Diploma Pendidikan / Tarbiyah (3 Tahun) 3) Kursus Persiapan Menjadi Guru Agama (1 Tahun) 4) Sarjana Muda (S1) pengurusana Dakwah (4 Tahun) WAKTU PELAJARAN Separuh Masa Jumaat Sabtu & Ahad

: 7.30 mlm – 9.30 mlm : 2.00 ptg – 9.00 mlm

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN Sarjana Muda (S.I) Diploma (Umur 17 tahun keatas) 1) GCE ‘N’. ‘O’ Level atau Menengah 2) Tsanawi Rabi (Men. 4) kelolaan MUIS 3) Tsanawi Rabi (Men. 4) Madrasah Mingguan PEMINDAHAN KE PERINGKAT SARJANA MUDA (S.I) Umur 20 tahun ke-atas 1) Diploma Pengajian Islam yang diiktiraf 2) Sijil Pengajian Islam yang diiktiraf 3) Sijil A’liyah dan Madrasah sepenuh masa atau Institusi yang diiktiraf PEMINDAHAN KIM menerima pelajar pindahan dari Institusiinstitusi Pendidikan Tinggi Singapura, Malaysia dan Indonesia.

KEUNGGULAN PROGRAM 1) Pensyarah yang berlatar belakang pendidikan Degree, Master dan P.hD, dan diiktiraf oleh Universiti-Universiti Indonesia, Malaysia dan Timur Tengah. Program kami disusun khas bagi kemudahan kewangan dan masa anda! 2) Pengiktirafan Antarabangsa, pelajar dapat melanjutkan pengajian Sarjana Muda atau Degree di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) di Indonesia, dan selanjutnya dapat meneruskan pengajian di peringkat Master (MA) di Malaysia, Indonesia dan Timur- Tengah.

TUJUAN 1. Institusi pengajian tinggi bertaraf antar bangsa dunia 2. M enyediakan wadah untuk membina kebolehan individu muslim semaksimal mungkin dengan mengatur kurikulum berseluruhan (holistik) 3. Terbentukny a insan muslim y ang menguasai ilmu ke-Islaman dengan wawasan luas dan terpadu dengan landasan iman, ilmu dan amal. 4. Terbentuknya intelektual muslim yang mempunyai modal insan dan mampu menghadapi cabaran hidup, sejagat demi melaksanakan perintah Allah SWT PROGRAM SEPENUH MASA 1) Diploma Bahasa Arab dan Pengajian Islam PROGRAM SEPARUH MASA 2) Kursus Bahasa Arab (Permodul 4 Bulan) Peserta yang menyelesaikan kursus akan di beri sijil yang diiktirafkan oleh KIM. Kursus akan di laksankan selama 6 Modul. WAKTU PELAJARAN PENGAJIAN DIPLOM A BAHASA ARAB Sepenuh Masa Isnin - Jumaat : 8.00 pg – 1.00 tgh 5.00 ptg – 9.30 mlm Separuh Masa Isnin & Rabu : 7.00 mlm – 9.30 mlm Sabtu : 2.00 ptg – 7.00 mlm YURAN PENGAJIAN SARJANA (S1) DAN DIPLOMA Pendaftaran $50.00 Buku Prospektus $10.00 Lab Komputer $50.00 Kad Tanda Mahasiswa $10.00 Yuran Bulanan $180.00 Yuran 1 Semester (ansuran) $900.00 YURAN KURSUS BAHASA ARAB Pendaftaran $20.00 Buku Prospektus $10.00 Lab Komputer $35.00 Yuran Bulanan $80.00

i s o m pr o Kursus Asas Bahasa Arab Yang Lengkap! Membaca, menulis dan bertutur dengan mudah. Guru mengajar dalam bahasa Arab, Inggeris & melayu “Jangan Pernah Percaya Bahasa Arab Itu Susah....!” Buktikan dan Pastikan Anda Bersama Kami.... Kami Hadirkan Bahasa Arab Yang Mudah dan menyenangkan

Diskaun 20% bagi 50 pelajar yang berdaftar awal

BERMULA JAN 2008

UNTUK PENDAFTARAN Pendaftaran Alamat Hari/Waktu

: 1 Okt 2008 - 30 Dis 2008 : 14 Jalan Selamat (418534) : Selasa - Jumaat (10 pg - 5 ptg) Sabtu (10 pg - 1.30 ptg) Talian : 6242-7388 / 9159-5070 (HP) Fax : 6449-2781 Email : [email protected] TAJDID-Disember-2008 Pengarah : Ustaz Rasman Saridin

24

RAGAM INFO KONVOKESYEN KOLEJ ISLAM MUHAMMADIYAH

Usaha Gigih Pasti Membawa Kejayaan Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun penat-lelah menghabiskan masa menghadiri kuliah menelaah dan mengkaji, para graduan Kolej Islam Muhammadiyah (KIM) berjaya dalam mencapai impian mereka dalam konvokesyen kedua yang diadakan di Perpustakaan Daerah Tampines pada 26 Oktober 2008. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Menteri Sekitaran & Sumber Air dan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim serta Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol, Indonesia, Prof Sirajuddin Dzar. Dalam ucapannya, Dr Yaacob Ibrahim mengalu-alukan usaha badan Melayu/Islam seperti KIM, yang menawarkan kursus posmenengah sambilan dan sarjana muda kepada masyarakat Islam setempat. Beliau juga menyeru badanbadan Melayu/Islam yang menawarkan pelbagai kursus Islam pos-menengah supaya PERINGKAT SARJANA Samsuri bin Yacoob Ahmat Samsi bin abd Karim Nek Mah bte Batri Mohd Ghazali bin Mohd Said Mohd Amin bin Kadir Muji bin Hochri Roslan bin Suip Mohd Rafii bin Abdul Hamed Mohd Yusof bin Sa’ad Abdul Rahim bin Yusof Abdul Rahim bin Mohd Don Ismail bin Hasan

menubuhkan satu rangkaian untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran. Rangkaian serupa ini membolehkan mereka berkongsi pelbagai amalan terbaik dalam usaha memperbaiki sistem pendidikan dan kurikulum masing-masing, dan mungkin juga satu hari kelak, kemungkinan berkongi sumber-sumber yang terhad. Mereka juga boleh bekerjasama dengan institusiinstitusi pengajian tinggi setempat untuk memperbaiki mutu kursus masing-masing. Majlis ini diisi juga dengan PERINGKAT DIPLOMA Mohd Fauzi bin Salim Ghazali bin Jumaat Alias bin Hassan Khairyas bte Yasin Lela Salim bin Kasimi Aminah bte Sakiman Bibi Shahidah bte Syed attar Shah Nor Aisyah bte Yahya Suri bin Abu Sabran bin Jumaat

TAJDID-Disember-2008

ceramah khas Prof Sirajuddin yang menyingkap perkembangan ilmu dalam Islam dari zaman awal hingga ke hari ini. Seramai 22 pelajar, 12 peringkat sarjana dan 10 peringkat diploma, menerima ijazah masing-masing dalam jurusan pengurusan dakwah di majlis tersebut. Mereka kumpulan kedua pelajar KIM yang menamatkan pengajian di bawah program kerjasama antara KIM dan Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol Padang, Sumatera Barat. (Sila lihat rajah senarai graduan KIM) Saudara Amin bin Sidek telah terpilih sebagai graduan terbaik (kepujian). KIM, yang ditubuhkan pada 2000, kini menawarkan pelbagai kursus pengajian Islam peringkat diploma dan sarjana. Antaranya ialah kursus sarjana Pengajian Islam dan Dakwah, yang memakan masa empat tahun, dan diploma Pendidikan Agama Islam, yang mengambil masa dua tahun. (Yazid)

25

RAGAM INFO 8th General Conference of Islamic Call

Selamatkan Generasi Muda Generasi muda Islam memegang peranan penting dalam menentukan nasib negara dan agama kelak. Keranannya sudah saatnyalah dari sekarang mulai difikirkan langkahlangkah strategis untuk menyelamatkan mereka yang kian terpuruk dalam kemerosotan moral akhlak. Semangat itu mengemuka dalam konferensi bertajuk “8th General Conference of Islamic Call” yang diadakan di Tripoli, ibunegara Libya. Konferensi yang berlangsung dari 27-31hb Oktober 2008 itu dihadiri oleh lebih dari 100 orang perwakilan 50 negera, termasuk 2 orang dari Singapura. Kedua orang perwakilan negera Singapura itu adalah Ustaz Shaik Hussain Shaik Yacoob, Presiden Muhammadiyah Singapura dan Encik Mohd Gazali Alistar, Setiausaha Umum Muhammadiyah. Selain itu dalam masa terdekat, panitia akan melakukan pengorganisasian untuk mengirimkan ahli-ahli dan pensyarah-pensyarah ke beberapa universiti yang dianggap memerlukan tenagatenaga ahli pada bidang tertentu. Pada hari kedua konferensi, diadakan diskusi bertajuk “pendekatan Dakwah Hari Ini.” Beberapa tema yang dibahas adalah berkenaan dengan sufiisme, Sunnah, Syiah serta membincangkan tentang interaksi antara seluruh masyarakat pemeluk agama di dunia. Diharapkan adanya sebuah perhubungan positif dalam menjaga kontak sehingga terjadi perdamaian dunia.

Ustaz Shaik Hussain Shaik Yacoob (kanan) bergambar bersama beberapa peserta konferensi. Dari kiri ke kanan, Duta Bosnia, Wakil Libya Saad Al Falah, Md Ghazali Alistar dan Ibrahi, Mufti Bosnia

Setelah lebih mengenal pasti permasalahanpermasalahan yang penyebab mundurnya generasi muda, para peserta konferensi berhasil merumuskan beberapa rancangan untuk generasi muda diantaranya dengan mengadakan pusatpusat pelatihan termasuk bengkel ekonomi dan memberikan kesempatan kepada pemuda tidak mampu untuk melanjutkan pendidikan di universiti.

Permasalahan Ijtihad Para peserta konferensi juga membahas mengenai perkembangan ijtihad yang dibuat oleh ulama-ulama tempatan. Kerana adanya perbezaan ada istiadat dan budaya, seringkali ijtihad yang diputuskan oleh ulama di satu negara, tidak boleh diterima oleh sebahagian masyarakat di negara lain. Hal ini seringkali menimbulkan percanggahan dan perpecahan. Kerananya, dalam menentukan ijtihad, para ulama harus memahami budaya dan masyarakat mereka. Ini merupakan prasyarat sebelum menerapkan ijtihad dalam menghukumkan isu-isu baru. (Handi)

TAJDID-Disember-2008

26

JABATAN KEANGGOTAAN Welcome to our new members for the month of October – November 2008 Ahlan was sahlan kepada anggota baru Muhammadiyah bagi bulan Oktober – November 2008:

Kemaskini Yuran Keanggotaan Kami telah mengirim surat pemberitahuan pada 28 Okt 08 kpd semua anggota yang mempunyai tunggakan lebih dari 3 tahun. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada respon yang telah kami terima.

NAME NO Zone MOHAMMAD FARID BIN ABDULLAH 2042 UTARA MOHAMED ZIN BIN MYDIN 2043 SELATAN OTHMAN BIN SAJANI 2073 TIMUR ABDUL KADIR BIN ABDUL RASHID 2074 SELATAN SHEIKH NASARUDIN 2075 TIMUR KHAIRUL ABDULLAH BIN KAMAL 2076 TIMUR ABDUL MUHYIE BIN ANUAR 2077 TENGAH MUHAMMAD ALIFF HAIDAR BIN MUHAMMAD NUR 2078 UTARA JENAB NURLAELA 2079 UTARA SHARIZAH SHAKIRAH BTE ABDUH 2080 TIMUR SITI DEWI BTE MOHD RASID 2081 UTARA LIYANA FILZAH BTE ANUAR 2082 UTARA

MESYUARAT AGUNG ZON AKAN DI ADAKAN PADA 1HB JANUARI 2009 DI PUSAT MUHAMMADIYAH. Inalillahi wa ina ilahi raji’un Salam takziah kami ucapkan kepada anggota keluarga almarhumah: Surinah bt Ibrahim Zon Tengah Rokiah bt Abdullah Zon Tengah

Sila hubungi Sdr Abduh di talian 62427388 jika ada; i. Soal yuran ii. Soal keanggotaan iii. Berita mengenai anggota yang perlu di umumkan iv. Anggota yang sudah lama tidak terima surat ataupun Tajdid

TAJDID-Disember-2008

Kami akan mengeluarkan Kad Keanggotaan yang baru. Jika anda ingin memperbaharui kad anda, sila kirimkan 1 gambar paspot kpd kami. Bayaran $2. sahaja.

27

BAHASA ARAB UNTUK SEMUA Ruang Pelajaran Bahasa Arab secara mudah dan praktis ini dipersembahkan secara berkala oleh Kolej Islam Muhammadiyah (KIM)

Bahagian 3 MUFRAD (Tunggal) - MUTSANNA (Dual) - JAMAK Dari segi bilangannya, bentuk-bentuk Isim dibagi tiga: 1) ISIM MUFRAD (tunggal) kata benda yang hanya satu atau sendiri. 2) ISIM MUTSANNA (dual) kata benda yang jumlahnya dua. 3) ISIM JAMAK (plural) atau kata benda yang jumlahnya lebih dari dua. Isim Mutsanna (Dual) bentuknya selalu beraturan yakni diakhiri dengan huruf Nun Kasrah, baik untuk Isim Mudzakkar maupun Isim Muannats. Contoh: Adapun Isim Jamak, dari segi bentuknya terbagi dua macam: 1. JAMAK SALIM, yang bentuknya beraturan:

2. JAMAK TAKSIR, yang bentuknya tidak beraturan:

Ingat, jangan melangkah ke halaman selanjutnya sebelum mengerti pelajaran di atas dan menghafal semua kosa kata yang baru anda temukan! TAJDID-Disember-2008

28

P E M U D A MUHAMMADIYAH Sesi Temu Bual

Saufi Pemuda Mesti Memiliki Wawasan Temu ramah kali ini adalah bersama seorang ahli Pemuda yang sudahpun mengenal Muhammadiyah 4 tahun yang lalu. Saufi merupakan ahli Muhammadiyah sejak tahun 2004. Dia banyak menyumbangkan tenaga di Bahagian Pemuda. Sebelum memutuskan untuk melanjutkan pelajarannya di Indonesia. Mengapakah dia memilih Indonesia? Bacalah kawan-kawan. Bagaimanakah Muhammadiyah?

anda

mengenal

Saya mengenal Muhammadiyah menerusi seorang ustaz yang selama ini telah membimbing saya dan rakan-rakan seperjuangan seperti Shamin, Nazmi, Isa dan Adib. Dia yang membawa kami semua ke persatuan ini.

Pada masa itu apakah pandangan anda tentang Persatuan Muhammadiyah? Saya cuma tahu bahawa persatuan tersebut berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

memenuhi matlamat hidup saya iaitu mempelajari isi kandungan Al-Quran dengan lebih mendalam. Saya pasti suasana di Bandung dapat membantu saya dalam merealisasikan impian saya.

Apakah yang anda ingin lihat kelak di Bahagian Pemuda setelah anda tamat pengajian? Saya mahu lihat Pemuda mempunyai tenaga yang cukup dan wawasan yang mantap. Saya juga ingin melihat beberapa ahli Pemuda meningkatkan diri mereka dalam ilmu ukhrawi dan pengurusan dakwah. (Adib)

Apakah yang buat anda ingin terus bergiat di persatuan ini? Tali persaudaraan yang begitu erat dengan teman-teman seperjuangan saya dan hubungan yang terjalin dengan anggota Muhammadiyah seperti Ustaz Rasman, Ustaz Ade, Ustaz Saifudin, Ustaz Abdul Hamid,Wak Rashid dan Encik Fadlon.

“X”

Anda akan melanjutkan pelajaran ke Indonesia. Apakah yang mendorong anda untuk ke sana? Saya pernah ke sana untuk menemani Ustaz Rasman (Pengarah Kolej Islam Muhammadiyah-red) dan Ustaz Abdul Hamid (pengajar KIM-red) menguruskan sesuatu. Saya terpegun dengan orangorang di sana yang fasih berbual dalam Bahasa Arab. Kebolehan berpidato orang-orang di sana membuat saya terpegun. Pada masa yang sama, saya juga ingin

Saufi (“X”) bersama kawan-kawan dari Pemuda Muhammadiyah Singapura masa silaturrahmi ke Pemuda Muhammadiyah Batam.

TAJDID-Disember-2008

29

BELIAWANIS CORNER

A

ssalamu’alaikum! May everyone is in best of health and iman. Alhamdulillah, we are here again for the 3rd edition! We hope all of you had a blessed Ramadhan and Eidulfitri! Since day one we brought up the topic on Strive for Allah’s Shade. Last edition, we talked about the very first point out of 7 points - a just ruler. This will keep us occupied for the next few edition, won’t it? Anyway.. we promised to disclose the next 2 categories of people who will be in a dignified position on the Day of Gathering.

Strive for Allah’s Shade 2. ‘A youth who grew up in the worship of Allah’ Someone once said,“From the success of a youth is that Allah guides him to a scholar of the Sunnah.” But being youth, we know how we are so vulnerable to the temptations of life and liable to drift away from the Islamic Path. Hence, it is a great blessing from Allah for a youth to be guided towards worship and be befriended by the righteous. This becomes apparent when we look at society around us and we see that most of the worldly distractions, such as music, games, clubs, fashion etc. are all specifically targeted at the young. “You’re only young once!” they are told, which is why many Muslims nowadays waste their youth thinking that they will pray,wear Hijaab and go to Hajj, etc. when they are old, as if they have a guarantee of longevity from Allah! How well we would do to heed the Prophet’s advice when he said, “Take benefit of five before five: 1. Your youth before your old age 2. Your health before your sickness 3. Your wealth before your poverty 4. Your free time before you are preoccupied 5. Your life before your death.”

3. ‘A man whose heart is attached to the mosques’ There is great encouragement in the Sunnah for men to pray in the mosques and the reward associated with it is tremendous. Not only does it make the person eligible for Allah’s Shade on the Day of Judgment, but,‘he does not take a step towards the mosque except that because of it, he is raised by one rank and one sin is removed from him. “Then when he prays, the Angels do not cease supplicating for him (for) as long as he remains at his place of Prayer (sayings): O Allah send blessings upon him, O Allah have mercy upon him...”

TAJDID-Disember-2008

30

It must be emphasized here however, that all the Hadith encouraging the men to be attached to the mosques are not intended to lead one to the conclusion that Islam is a religion which should be confined to the mosques, as many people imagine. Nonetheless, the mosque should be at the heart of the Muslim community, and the role of those in authority of the mosques is vital here. They are the ones mainly responsible for making the mosque a welcome refuge for the Muslims, rather than an arena for politics and power struggles as many seem to have become these days. And we seek Allah’s refuge from this! We do hope this benefits us as Muslim youth.

MUSLIMAH IFTAR 2008/1429H As part of the Beliawanis activities, we organise the Iftar session during Ramadhan. For this year, we had our first Iftar gathering on the 9th Sept 2008, at sis Munirah and sis Masturah’s house, with the presence of 10 other sisters. We gathered at 6.30pm and prepare food for Iftar. Like our previous iftar, we do it potluck basis; regardless of the little quantity one has brought, we still manage to share equally! After we end the prayers at around 9pm, we sat in a circle to listen to a short Tazkirah (reminder) by one of our sisters. Three of them are appointed earlier to deliver any messages or lessons, for the 3 iftar sessions we have. The other 2 sessions were held on the 17th and 25th Sept 2008 at sis Dian’s house and Chai Chee Restaurant respectively. May the blessings of Ramadhan shower us until now, Aamiin.

Beliawanis Committee 2007 – 2009: Chairman : Roszanah Abdul Salim Vice Chairman: Junainah Othman Secretary : Nur Farhana Ramlan Asst Sect : Junaidah Othman Treasurer : Dian Hayati Mohd Yusoff Asst Treasurer: Khairunisa Ramlee

Committee: Munirah Md Ali Hanafiah Suhaily Ahmat Samsi Masturah Md Ali Hanafiah Izyan Hanani Md Yusoff

Wanna join us as beliawanis?? Email to: [email protected]

TAJDID-Disember-2008

31

BERITA BERGAMBAR

TAJDID-Disember-2008

32