Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my

organisasi demi mancapai al-falah di dunia dan di akhirat. Pengertian pengurusan oleh Azman Che ... Bayan al-Iman Wa al-Islam Wa al-Ihsan Wa al-Iman B...

28 downloads 579 Views 522KB Size
Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim

Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam Izzaty Ulya Munirah binti Abd Aziz, Ahmad Irdha Mokhtar & Zulkefli Aini Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. [email protected]

ABSTRAK: Satu kajian bertajuk “Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia” telah dijalankan pada tahun 2002 dan hasilnya sangat membimbangkan sehingga memberikan idea kepada kerajaan untuk merangka Pelan Integriti Nasional (PIN) di bawah kelolaan Institut Integriti Malaysia. Masalah penyelewengan kuasa dan perolehan yang kritikal membuktikan kurangnya penghayatan ihsan dalam pengurusan di seluruh peringkat pimpinan hingga ke akar umbi. Modal insan yang berintegriti merupakan mereka yang mengamalkan nilai ihsan dalam kehidupan untuk menjadi yang terbaik bukan sahaja pada pandangan manusia, tetapi juga pada pandangan Tuhannya. Kajian ini akan meneliti konsep dan aplikasi ihsan dalam pengurusan organisasi Islam yang akhirnya akan menjurus kepada persoalan integriti, di samping menghuraikan kepentingan dan cabaran dalam menerapkan nilai tersebut di dalam sesebuah organisasi. Bahan bacaan seperti buku, jurnal dan dokumen telah dirujuk bagi menghasilkan kajian ini. Hasil kajian mendapati anggota organisasi yang mengamalkan ihsan akan sentiasa bermotivasi tinggi dan akan mewujudkan suasana yang harmoni dalam organisasinya kerana dia mengetahui bahawa tanggungjawab yang dipegang adalah amanah daripada Allah. Diharapkan kajian ini dapat menambah pengetahuan tentang nilai ihsan dalam pengurusan organisasi Islam. Kata kunci: Ihsan, pengurusan Islam, integriti, Pelan Integriti Nasional.

Pendahuluan Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang terbaik dan tercantik berbanding makhluk ciptaanNya yang lain (al-Tin 95:4). Kewujudan manusia di atas muka bumi ini bukanlah sia-sia, sebaliknya manusia telah diciptakan untuk suatu misi yang sangat besar iaitu untuk menyembah Allah (al-Dzariyat 51:56), dan dalam masa yang sama memegang tanggungjawab sebagai khalifah Allah di bumi (al-Baqarah 2:30) serta memakmurkan alam (Hud 11:61). Oleh itu, manusia memerlukan suatu bentuk aktiviti yang dapat memenuhi tanggungjawab tersebut iaitu pengurusan. Pengurusan menurut Abusin (1991) merupakan kebolehan menggunakan segala sumber alam sama ada berbentuk kebendaan atau kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah. Beliau juga menyatakan pengurusan boleh difahami sebagai satu kajian ilmiah dan satu kesenian yang bergantung kepada bakat dan kebolehan seseorang yang akan menjadi pengurus.

Teori pengurusan mula diperkembangkan oleh Barat pada pertengahan kurun ke-19, ketika masyarakat di sana mula menjurus kepada bidang perindustrian berbanding bidang pertanian sebelum ini (Abusin 1991). Walau bagaimanapun, pada hakikatnya Islam telah lama mendahului segala bidang kehidupan manusia termasuk pengurusan, kerana Allah yang menciptakan manusia dan alam ini telah menurunkan kitab alQuran dan al-sunnah al-nabawiyah sebagai panduan sepanjang zaman. Sejak 1400 tahun yang lalu, Rasulullah s.a.w manjadi model seorang pemimpin, pengurus dan pentadbir terbaik mengikut acuan Islam sehingga baginda s.a.w telah disenaraikan di tangga teratas oleh pengkaji Barat moden antaranya Michael H. Hart dalam bukunya The 100 A Ranking of The Most Influential Persons in History sebagai tokoh paling berpengaruh dalam sejarah dunia (Panel Akademi Pengurusan Yapeim 2011). Azman Che Omar (2001) pula mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

melalui dan bersama orang lain dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah bagi mencapai objektif organisasi demi mancapai al-falah di dunia dan di akhirat. Pengertian pengurusan oleh Azman Che Omar tersebut menunjukkan bahawa pengurusan memerlukan sebuah organisasi untuk menjalankan operasinya ke arah mencapai matlamat organisasi dan kejayaan atau al-falah di dunia dan akhirat. Organisasi pula tidak mampu bergerak tanpa kerjasama antara pengurus dan pekerja yang cekap dan berkesan.

Menurut Abusin (1991), keretakan organisasi yang ketara dari aspek integriti dalam kalangan pegawai dan pekerja di Eropah dan Amerika sangat mengecewakan para pekerja sehingga menyebabkan mereka terpaksa meluahkan perasaan tersebut melalui tunjuk perasaan. Perlucutan jawatan disebabkan rasuah yang berleluasa, mempergunakan kuasa untuk kepentingan diri atau orang lain, dan sebagainya dalam kalangan pegawai atasan seperti ketua eksekutif, pengarah urusan mahupun anggota parlimen sudah tidak menghairankan lagi bagi masyarakat di sana. Adakah ini bermakna teori pengurusan yang menjadi rujukan mereka dan menjadi kebanggaan Eropah zaman kini tidak berjaya?

Permasalahan timbul apabila sesetengah pekerja tidak menjalankan dan menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan baik sama ada disebabkan oleh punca dalaman iaitu sikap diri sendiri atau luaran iaitu pengurusan yang kurang berkesan dan tidak terkawal. Keadaan ini akan melambatkan gerak kerja organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Menurut Niamat Bin Yusuf (1991), faktor utama yang mengancam pengeluaran bukanlah kelemahan teknologi, tetapi sebaliknya kerana penyelewengan di dalam berbagai rupa, akibat daripada kehilangan kejujuran mereka yang terlibat dalam menjayakan produktiviti.

Apabila kembali kepada agama Islam yang syumul, terdapat teori pengurusan yang dibawa oleh tokoh-tokoh pengurusan Islam seperti al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali, Ibnu Taimiyah, Ibnu Khaldun dan lain-lain (Al-Ali 1985/1405H) yang tidak terdapat di dalam teori pengurusan Barat. Malah, ia menjadikannya istimewa dan lebih terhadapan berbanding teoriteori lain. Pertama, pengurusan Islam menekankan aspek persamaan, kelayakan dan akhlak; kedua, ia terdiri atas konsep syura; ketiga, ia mementingkan keperluan diri, jiwa dan harta manusia; keempat, pengurusan Islam memegang tanggungjawab kerakyatan dan kepimpinan yang ditaati; dan kelima, pengurusan Islam mempuyai pengawasan kendiri serta keenam, pengurusannya bersifat menyeluruh (Al-Ali 1985/1405H). Sifatsifat inilah yang membezakan antara pengurusan Islam dan pengurusan moden Barat.

Nilai integriti menjadi persoalan utama dalam permasalahan ini. Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari (Pelan Integriti Nasional). Integriti yang juga boleh disebut sebagai nilai dan etika harus diterapkan kepada setiap pekerja bagi mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan.

Konsep Ihsan Ihsan dari segi bahasa berasal daripada perkataan Bahasa Arab (‫ )أحسن‬yang terbina daripada huruf ha, sin dan nun (‫ )ح س ن‬yang membawa maksud ‘berbuat baik, memperbaikkan binaannya, tekun melaksanakannya’ (al-Mu’jam al-Wasit).

Sidek Baba (2012) telah meletakkan beberapa modul keihsanan dan keinsanan dalam pengurusan melalui tulisannya Pengurusan Islami: Aplikasi Ihsan dan Insan, antaranya modul PATT iaitu patuh, akur, tunduk dan taat, serta modul Mahmaz iaitu sifat mahmudah atau terpuji dan sifat mazmumah atau terkeji. Dua modul ini diperkenalkan bagi menyumbang ke arah kualiti dan produktiviti organisasi dan secara tidak langsung dapat memperbaiki keretakan yang berlaku dalam organisasi.

Ihsan meliputi setiap perbuatan manusia. Allah memerintahkan umat Islam untuk berlaku ihsan dalam bermuamalah sesama manusia dalam firmanNya yang bermaksud: “... Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan

2

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (al-Nahl 16:90).

tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu ...” (al-Nisa’ 4:36). Al-Zuhaili (2011) mentafsirkan perkataan ihsan iaitu berbuat baik dalam ayat di atas kepada ihsan terhadap ibu bapa iaitu dengan mentaatinya dalam perkara kebaikan, berkhidmat untuknya, menunaikan hajatnya, dan tidak menyakitinya. Ihsan terhadap kerabat dengan menyambung tali silaturrahim. Ihsan terhadap anak yatim dengan berlemah lembut dan mendidik mereka. Ihsan terhadap orang miskin dengan bersedekah dan menyantuni mereka. Ihsan terhadap jiran yang juga mempunyai hubungan persaudaraan adalah dengan membina kerjasama dan hubungan yang bahagia. Ihsan terhadap jiran tetangga adalah dengan bermuamalah yang baik walaupun bukan Islam, memberikan hadiah dan menyediakan jamuan. Ihsan terhadap teman bagi perjalanan yang pendek seperti pergi ke sesuatu tempat, menuntut ilmu dan sebagainya adalah dengan menjadi sahabatnya. Ihsan terhadap ibnu al-sabil adalah dengan membantunya pulang ke tempat asalnya atau tempat yang dituju. Ihsan terhadap hamba pula dengan memberi makanan dan pakaian seperti yang diperoleh tuannya, tidak memberikan pekerjaan yang tidak mampu dilakukan, dan memerdekakan mereka daripada kehambaan.

Menurut Ibnu Mas’ud, ayat tersebut merupakan ayat yang paling banyak terkumpulnya kebaikan dan juga kejahatan (al-Zuhaili 2011). Al-Zuhaili (2011) mentafsirkan ayat di atas dengan meletakkan ihsan dalam ibadah, ihsan dalam menjalankan hukuman, dan ihsan dalam menunaikan janji atau melangsaikan hutang. Ihsan dalam ibadah adalah sepertimana yang tercatat dalam sabda Nabi s.a.w dalam hadis Jibril (yang akan disebutkan kemudian). Yang kedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan hak mangsa pembunuhan atau kecederaan dengan qisas. Dan yang ketiga, berbuat ihsan adalah dengan tidak melambat-lambatkan pembayaran atau menambah faedah daripada nilai asal. Tetapi ihsan yang paling tinggi dan terbaik adalah ketika seseorang berbuat baik kepada orang yang melakukan kejahatan terhadap dirinya.

Al-sunnah yang menjadi sumber wahyu kedua Islam adalah bertujuan menguatkan dan menerangkan perkara yang terdapat di dalam al-Quran, menasakhkan perkara yang ditetapkan dalam al-Quran, dan menetapkan perkara yang tidak disebut di dalam al-Quran (Hatimi 2013). Oleh itu, nilai ihsan yang terdapat di dalam al-Quran juga diterangkan oleh Rasulullah s.a.w dalam beberapa hadith yang akan disebutkan.

Allah juga meletakkan perintah ihsan pada akhir ayat perintah jihad dengan harta dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah 2: 195).

Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w dalam Hadis Jibril ketika baginda ditanya oleh Jibril a.s yang bermaksud:

Allah memerintahkan manusia berbuat ihsan dengan mentaati perintahNya dan bersungguhsungguh melaksanakannya, kerana sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat ihsan dan akan mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran (Al-Zuhaili 2011).

“... Dia (Jibril) bertanya: Wahai Rasulullah, apa itu ihsan? Baginda s.a.w menjawab: “Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya. Sekiranya kamu tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Dia (Allah) pasti melihat kamu ...” (al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Su’al Jibril al-Nabi s.a.w An al-Iman Wa alIslam Wa al-Ihsan Wa Ilmi al-Sa’ah, No. 50; dan Muslim, Shohih Muslim, Kitab al-Iman, Bab

Dalam ayat lain juga, Allah dengan jelas memerintahkan manusia untuk berlaku adil dan berbuat kebaikan (ihsan) dalam firmanNya yang bermaksud:

3

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

Bayan al-Iman Wa al-Islam Wa al-Ihsan Wa alIman Bil Qadar, No. 9).

bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan, atau dengan makna melebihkan dan memberikan nikmat. Hadis menyuruh berbuat ihsan dalam membunuh sama ada ketika menjalankan hudud atau qisas dan juga berbuat ihsan ketika menyembelih.

Ibnu Hajar Al-Asqalani (2004) dalam kitabnya yang masyhur ‘Fathul Bari Bi Syarhi Sohih al-Bukhari’ menerangkan maksud ihsan yang disebutkan dalam hadis adalah itqan atau bersungguh-sungguh dan teliti dalam beribadah. Ihsan dalam beribadah bermaksud ikhlas, khusyu’, mengosongkan fikiran ketika beribadah dan berasa diawasi (muraqabah) oleh Yang disembah, iaitu Allah s.w.t. Keadaan pertama “seolah-olah kamu melihatNya” adalah ketika pandangan hatinya kepada al-Haq meliputi dirinya seperti dia sedang melihatNya, dan keadaan kedua “sesungguhnya Dia (Allah) pasti melihat kamu” adalah mendatangkan perasaan bahawa Allah sedang melihat segala yang dikerjakan. Dua keadaan ini akan menghasilkan makrifatullah dan takut kepadaNya (al-khasyyah).

Apatah lagi apabila berada dalam organisasi yang sememangnya merupakan gabungan kerjasama manusia dan sumber alam, maka lebih selayaknya untuk manusia berpegang kepada ihsan dalam membina hubungan sesama rakan sekerja dan membentuk persekitaran yang harmoni. Kamus Dewan Edisi Keempat pula mengambil Hadis Jibril sebagai salah satu definisi ihsan iaitu ‘beribadat kepada Allah dengan menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dengan Allah s.w.t yang sentiasa melihatnya’. Definisi lain adalah ‘kebaikan, kebajikan, perbuatan yang baik, kemurahan hati’, dan ‘jasa baik, izin’. Keihsanan pula adalah ‘sifat murah hati, kebaikan hati, kemurahan hati’. Dalam Bahasa Inggeris pula, perkataan ihsan diterjemahkan kepada ‘good deeds, benevolence, kindness, generosity’ (Hawkins 2004).

Menurut Hasan Al-Banna et al. (2011), mafhum hadis tersebut merujuk kepada dua definisi penting iaitu pertamanya ihsan bermaksud ‘sesuatu yang terbaik dan paling elok’. Keduanya ialah bermaksud ‘melakukan sesuatu amalan secara berkualiti melalui suatu tahap kesedaran yang tinggi bahawasanya setiap tindakan tersebut dalam pemerhatian dan penilaian Allah S.W.T. Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa’.

Allah juga bersifat dengan sifat ihsan dalam asmaul husna (al-muhsin). Ihsan Allah terhadap hambaNya sangat banyak sehingga Sidek Baba (2012) menyenaraikan lima bukti ihsan Pencipta kepada makhlukNya. Ihsan Allah s.w.t kepada hambaNya adalah pada pemberian nilai kehambaan dalam jiwa manusia. Ia menyebabkan manusia dapat menjalankan tangungjawabnya sebagai hamba yang menyembah Rabbnya. Ihsan kedua adalah jiwa khalifah sebagai satu pengiktirafan kepada penciptaan manusia. Al-Quran yang diturunkan melalui utusan Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi panduan manusia di samping akal yang cerdas untuk melaksanakan amanah sebagai hamba dan khalifah juga adalah ihsan daripada Allah s.w.t. Selain itu, Allah mengurniakan ihsanNya melalui tradisi nubuwwah atau kerasulan dengan melantik Rasulullah daripada kalangan manusia juga sebagai contoh ikutan bagi manusia. Rahmat dan nikmat yang dijelmakan dengan air, udara, pokok, sumber galian dan segalanya di langit dan bumi adalah ihsan Pencipta yang wajib disyukuri oleh manusia.

Betapa indahnya juga syariat Islam sehinggakan penyembelihan haiwan juga harus dilaksanakan dalam keadaan ihsan seperti yang tercatat dalam sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih perelokkanlah sembelihan kamu, hendaklah kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan haiwan sembelihannya.” (Muslim, Shohih Muslim, Kitab al-Shaidi Wa al-Dzabaihi Wa Ma Yu’kal Min al-Hayawan, Bab al-Amri Bi Ihsan alDzabhi Wa al-Qatli Wa Tahdid al-Syafarah, No. 1955). Ibnu 'Allan Al-Siddiqi (2009) dalam mensyarahkan hadis yang sama yang terdapat dalam kitab Riyad al-Salihin juga bersependapat dengan menyatakan ihsan adalah itqan atau 4

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

Ihsan menurut Sidi Gazalba (1975) bererti ‘berbuat baik, membaikkan’. Berbuat sebaik-baiknya bermaksud menyempurnakannya. Oleh itu, ihsan juga boleh diertikan sebagai ‘berbuat sempurna, menyempurnakan’. Berdasarkan takrif ini, Sidi Gazalba membawakan konsep ihsan daripada sudut ibadah.

Muhammad Nubli Abdul Wahab (2008) pula secara khusus memberikan makna ihsan dalam pengurusan organisasi iaitu memberikan lebih banyak daripada tugasan yang diminta, bekerja lebih baik daripada kerja yang ditugaskan, lebih masa daripada masa yang ditetapkan, dan memberikan perkhidmatan terbaik dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Akhirnya, pengurus atau pekerja tersebut akan menjadi pekerja yang dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai pekerja dan dalam masa yang sama, mendapat ganjaran hasil ibadah yang dilakukan kerana Allah.

Kesimpulan yang boleh diambil daripada Sidi Gazalba adalah apabila seseorang melaksanakan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji seperti yang diwajibkan, maka ia telah melaksanakan ibadah tersebut. Tetapi apabila ditambah dengan ibadah sunat yang seiring dengan pelaksanaan ibadah tadi, maka ia telah mencapai maksud ihsan dalam beribadah. Begitu juga jika disandarkan ihsan dalam pekerjaan, seseorang pekerja yang beramal dengan ihsannya akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai tahap kesempurnaan perkhidmatannya di dalam organisasi.

Berdasarkan pernyataan di atas, pengamalan konsep ihsan akan menghasilkan pekerja yang mempunyai sifat-sifat yang disukai Allah seperti bersungguh-sunggguh, amanah, menepati waktu, dan sebagainya, kerana ia tahu bahawa ia bekerja kerana Allah. Ia merasakan bahawa segala yang dilakukan adalah ibadah, maka segala amalannya akan diperhatikan oleh Allah walaupun ia tidak dapat melihat Allah.

Ab. Aziz Yusof (2010) pula menyatakan ihsan adalah melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan bersaksikan Allah dan melakukannya seolah-olah mereka dalam pemerhatian Allah.

Malek Shah Mohd Yusoff (2002) dalam tulisannya menyatakan pengurusan dari pandangan Islam dalam al-Quran merujuk kepada Kerajaan Yang Maha Esa (the lord of the worlds, the sacred king, the owner of sovereignty, the king of mankind) yang mempunyai unsur-unsur perintah, amalan dan urusan. Kenyataannya merujuk kepada beberapa ayat dalam al-Quran antaranya dalam surah Yunus ayat 3 dan ayat 31, al-Ra’d ayat 2, Sajdah ayat 5. Allah sebagai pentadbir hakiki dan manusia sebagai pentadbir yang diamanahkan. Teras kepada pengurusan islami adalah adab dan akhlak. Ihsan merupakan akhlak dalam menunaikan amanah tersebut kepada raja segala kerajaan, Allah s.w.t.

Falih Ibn Muhammad (2009) pula memberikan pengertian ihsan dalam bekerja iaitu melaksanakan pekerjaan dengan sebenarbenarnya, profesional dan tepat waktu. Ia berdasarkan kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janji...” (al-Ma’idah 5:1) Dan juga hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Taala mencintai seorang hamba yang bekerja secara profesional.” (Awradahu al-Albani, Shahih al-Jamic al-Shaghir Wa Ziyadatuhu, Kitab Jilid 1, Bab Harf al-Alif, No. 1880, Hukum hadith: “hasan” (al-Albani, Shahih al-Jamic al-Shaghir Wa Ziyadatuhu).

Pelbagai nilai telah disenaraikan oleh sarjana pengurusan muslim pada setiap proses pengurusan. Al-Ihsan iaitu kesedaran tentang pemerhatian Tuhan adalah antara nilai yang relevan dalam proses pengurusan pada tahap pengawalan (Siddiq Fadzil 2002). Barjoyai Bardai (2002) juga meletakkan konsep ihsan pada tahap pengawasan dalam pengurusan Islam. Konsep pengawasan yang akan memelihara keutuhan masyarakat untuk pertumbuhan dan kemajuan berterusan iaitu pengawasan diri dan nasihat-menasihati; sistem monitor pada hari pengadilan yang mana segala

Begitu juga pengertian yang diberikan oleh Syeikh Abu Bakar al-Jazairi: ‘Ihsan dalam bekerja adalah melakukan pekerjaan dengan baik, profesional, dan tidak ada unsur penipuan.’

5

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

pekerjaan akan dihisab; serta asas penilaian, ukuran dan perhitungan yang tepat terhadap sesuatu perancangan atau kerja, penting untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko. Konsep pengawasan lain yang dinyatakan adalah pengurusan individu, perhubungan manusia dan awam, program latihan untuk menambah ilmu, serta etika menurut Islam berpandukan akhlak Nabi s.a.w.

Malaysia (TLDM) ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan aktiviti penyelewengan dalam pembelian barang, perkakasan dan alat ganti (Shamshun Baharin 2015). Dalam tradisi ihsan yang menekankan nilai dan etika, pendekatan begitu tidak dibenarkan. Rasa berdosa dan insaf ketuhanan sentiasa menjadi pedoman terbaik dalam memandu sesuatu amalan itu sama ada baik atau tidak (Sidek Baba 2012).

Karamah insaniah atau kecemerlangan insan berkait rapat dengan situasi Godconciousness atau insaf ketuhanan yang tinggi. Apabila pertimbangan Allah diletakkan pada tahap tertinggi, manusia akan terus berada dalam kemakrufan dengan menjadikan amanah, ikhlas, tulus, telus dan adil sebagai asas dalam amalan (Sidek Baba 2012) termasuklah pengurusan. Keadaan inilah yang dimaksudkan dengan ihsan.

Walaupun sebahagian sarjana pengurusan Islam meletakkan ihsan hanya dalam salah satu elemen pengurusan iaitu pengawasan, nilai kebaikan tetap terdapat dalam emelen-eleman pengurusan yang lain iaitu perancangan, pengorganisasian dan pengarahan. Perancangan Perancangan yang menepati ihsan adalah proses menentukan objektif yang dikehendaki dan ia mestilah tidak bertentangan dengan syariat Islam, dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik serta menggunakan cara yang dihalalkan oleh Islam. Perancangan mestilah mengambil kira faktor-faktor dalaman organisasi dan persekitaran luaran yang mempengaruhi kehidupan sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut (Azman Che Omar 2001).

Kepentingan Ihsan Dalam Pengurusan Umat Islam pada hari ini berada dalam keadaan lalai dan leka kerana mereka mengabaikan prinsip ihsan dalam beribadah. Solat tidak dapat mencegah mereka daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar, zakat tidak dapat membersihkan hati dari ketamakan dunia, puasa tidak dapat melindungi mereka daripada kejahatan nafsu, dan haji tidak menaikkan taqwa mereka kepada Allah (Sidi Gazalba 1975). Hubungan antara manusia dengan Allah tidak dihayati sekaligus memberi kesan negatif kepada hubungannya sesama manusia. Menurut Sidi Gazalba (1975) juga, ihsan akan menjadi tabiat daripada hasil ibadah yang disempurnakan.

Perancangan yang terbaik dan bersifat ihsan dalam pengurusan Islam selari dengan perancangan berkesan yang diperkenalkan Barat kecuali dasar yang digunakan adalah yang ditetapkan dalam Islam iaitu al-Quran, al-sunnah, ijma’ dan qiyas, malah boleh digunakan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Pengurus dan pekerja yang mengamalkan ihsan dalam perancangan tidak akan terburu-buru membuat perancangan dan keputusan kerana ia berpegang kepada konsep syura atau rundingan dengan para bijak pandai kerana Allah memerintahkannya dalam firmanNya yang bermaksud:

Sidek Baba (2012) berpendapat kerosakan sumber-sumber alam dan hubungan kemanusiaan adalah akibat daripada kurang penekanan terhadap pembangunan insan dan tidak dijadikan landasan pembangunan. Maka, lahirlah pemikiran individualistik dan materialistik sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara untuk menguasai dan mendapatkan sesuatu seperti yang telah berlaku dalam kes stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu yang runtuh berikutan bekalan bahan mentah tidak menepati piawaian yang bersesuaian, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang terjadi akibat daripada penstrukturan binaan bangunan yang tidak menepati spesifikasi yang diberi, dan paling terkini yang menarik perhatian masyarakat apabila beberapa pegawai Tentera Laut Diraja

“... Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka...” (al-Syura 42 :38) “... Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (al-Nahl 16:43) Pengurus harus memaklumkan kepada ahli organisasi tentang objektif dan perancangan 6

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

yang dirangka supaya mereka tahu apa yang harus disumbangkan kepada organisasi untuk menjayakan rancangan tersebut. Rancangan ini juga akan dijadikan rujukan dalam menilai pencapaian jabatan atau bahagian dan dapat mengelakkan daripada kekeliruan dan wujudnya haluan yang berbeza dan tidak betul antara jabatan dalam organisasi (Azman Che Omar 2001).

pertembungan dua atau lebih yang layak. Kemudian, jawatan disahkan dengan mengumumkannya di masjid dan senarai harta milik pegawai tersebut diisytiharkan. Amalan ini telah dilakukan oleh Saidina Umar bin al-Khattab semasa pentadbirannya. Beliau pernah merampas harta dan memecat pegawai yang terlibat dalam salah guna kuasa mengumpul harta untuk kepentingan diri. Amalan sebegini akan membentuk integriti dan ihsan dalam diri para pekerja.

Pengorganisasian Menurut Azman Che Omar (2001), dalam elemen ini, pengurus mempunyai autoriti untuk meminta perkhidmatan yang khusus daripada pekerjanya dan pekerja harus menyempurnakan tugasan yang diberi. Pengurus yang bersifat ihsan akan menyerahkan autoriti yang berpadanan dengan tanggungjawab yang diberikan supaya pekerja dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik tanpa menghadapi sebarang masalah. Pengurus yang cekap juga akan membahagikan aktiviti organisasi kepada bahagian tertentu, bertujuan meletakkan ahli-ahli organisasi yang mahir dalam bidang khusus di dalam aktiviti kerja tersendiri, membuat penyelarasan, dan penambaikan dalam meningkatkan prestasi ahli dan organisasi.

Setelah melaksanakan segala yang dirancang, tawakal kepada Allah sangat penting kerana dia akan meyakini bahawa segala yang berlaku merupakan yang terbaik daripada Allah s.w.t. Pengarahan Pengarahan yang datang daripada pengurus yang bersifat ihsan adalah apabila pengurus sendiri menjadikan dirinya teladan kepada para pekerja. Pengurus mestilah berusaha untuk memiliki ciriciri tertentu iaitu bijak, matang, yakin diri, ingin maju, berupaya mengawal dan yakin terhadap matlamat organisasi (Abusin 1991). Pengarahan yang baik tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak, dilakukan dengan penuh kasih-sayang, serta munasabah dari segi jangka masa, anggaran kos dan jumlah tenaga kerja. Pengarahan juga akan menjadi lancar apabila tiada prasangka buruk antara anggota organisasi, sama ada yang memberi atau menerima arahan. Kecintaan dan iltizam yang tinggi terhadap pekerjaan juga mempengaruhi pengarahan. Pengurus yang baik akan menyediakan persekitaran yang selamat dan iklim pekerjaan yang menyenangkannya sehinga setiap pekerja bebas daripada rasa terancam (Panel Akademi Pengurusan YaPEIM 2011).

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai.” (al-Qasas 28:26) Kekuatan yang dimaksudkan adalah kebolehan untuk menjalankan tugas. Amanah pula mestilah disertakan dengan ketaatan kepada Allah dan bersih daripada kekejaman dan berat sebelah (Abusin 1991). Rasulullah s.a.w pernah menolak permohonan seorang sahabat, Abu Zar al-Ghifari yang ingin menjawat jawatan gabenor kerana kelemahan yang ada pada diri sahabat tersebut. Oleh itu, kisah tersebut harus dijadikan sandaran dalam memilih pekerja yang layak dengan tugas atau jawatan yang diberikan.

Menurut ucapan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan di Kota Kinabalu, Sabah tahun 2006 yang lepas, beliau menyatakan salah satu punca rasuah berlaku adalah disebabkan “kelemahan sistem”. Kuasa monopoli yang ada pada jawatan tertentu memberi kuasa budi bicara yang amat luas kepadanya untuk menentukan sesuatu keputusan, lebih-lebih lagi jika keputusan tersebut melibatkan kepentingan dirinya dan dia tidak perlu bertanggungjawab ke atas keputusan itu. Sebagai contoh, peruntukan undang-undang

Menurut Abusin (1991), untuk mengelak berlakunya pemilihan individu yang tidak layak menyandang sesuatu jawatan, batasan kuasa didahulukan sebelum membuat pemilihan melalui temuduga. Undi akan dibuat jika berlaku 7

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

mengenai penetapan kadar saman bagi kesalahan menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen di sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, memberi kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuanya seorang sahaja menentukan kadar saman, sama ada kadar minima RM1,000 atau kadar maksima RM25,000. Kuasa monopoli dan kuasa budi bicara seperti ini boleh membawa kepada ketidaktelusan dalam organisasi tersebut.

malaikat dan akan mendapat pembalasan yang sewajarnya dalam bentuk keduniaan dan lebihlebih lagi yang berkaitan persoalan alam akhirat (S. Salahudin Suyurno&Mohd Yadman Sarwan 2010). Dengan meletakkan ihsan sebagai nilai utama dalam menjalankan gerak kerja organisasi, matlamat organisasi iaitu al-falah dan mardhatillah (keredaan Allah) dapat dicapai. Konsep al-falah menjadikan matlamat organisasi adalah mencapai kejayaan manusia sebagai insan, dan organisasi sebagai matlamat kerjasama untuk kejayaan hakiki. Mardhatillah pula adalah nilai yang memastikan kewujudan keperluan asas kepada wujudnya suasana harmoni, hormatmenghormati, nasihat, ikhlas dalam hubungan, tanggungjawab, menolak aktiviti haram dan sebagainya (Mohd Shahar Bin Sidek 1991).

Oleh itu, pengurus harus ihsan dalam memilih pekerja dan meletakkannya di posisi atau jawatan yang betul dan sesuai. Pengawasan Ahmad Bashir Aziz (2015) meletakkan tiga cadangan penyelesaian kepada krisis moral dan budaya pengurusan iaitu: pertama, anjuran kepada pemurnian pengurusan (endogeneity); kedua, keperluan kepada kawalan dalaman; dan ketiga, pendidikan dan latihan berterusan tentang etika pengurusan Islam. Apabila memfokuskan kepada kawalan dalaman, ia sedikit sebanyak menyentuh soal ihsan secara tidak langsung. Kawalan luaran atau external control yang hanya menumpukan kepada persoalan peraturan dan penyeliaan kerja dalam pengurusan Barat tidak cukup untuk memenuhi elemen pengawalan dalam pengurusan. Oleh itu, pengurusan Islam mendatangkan pendekatan kawalan dalaman atau internal control yang menekankan keperluan kualiti minda dan perwatakan, kesedaran terhadap tangggungjawab sosial dan tugas, serta kewajipan melaksanakan tuntutan nilai etika agama.

Aplikasi Ihsan Dalam Pengurusan Pengurusan yang berkesan memerlukan modal insan yang terdiri daripada pengurus dan pekerja yang berkemahiran dalam menggunakan sumbersumber yang diperoleh dengan efisien dan efektif. Dalam masa yang sama, pengurusan Islam menekankan aspek nilai dan etika dalam diri setiap anggota agar pekerjaan yang dilakukan bukan sahaja semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, malah mencapai matlamat al-falah dunia dan akhirat (Mohamed Sulaiman et al. 2014). Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kualiti pekerjanya (Razaleigh Muhamat@Kawangit 2011).

Kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai kakitangan sesuatu organisasi dan perlunya memelihara amanah rakyat (public trust) adalah sifat yang terhasil daripada kawalan dalaman. Ia melahirkan perhubungan yang baik antara pekerja malah mewujudkan dalam diri pekerja muslim pengiktirafan bahawa tanggungjawab yang dilaksanakan adalah amanah daripada Allah s.w.t. Kesannya, segala amalan yang tidak beretika akan dijauhi dan akan membangunkan organisasi yang cemerlang (Ahmad Bashir Aziz 2015).

Apabila melihat kepada kisah-kisah pada zaman kegemilangan khilafah Islam terdahulu, para pemimpin iaitu Rasulullah s.a.w, para khalifah dan pegawai-pegawai sangat menitikberatkan nilai ihsan, itqan, amanah dan nilai Islam yang lain dalam pekerjaan mereka, berpandukan al-Quran dan al-sunnah yang dibawa oleh baginda Rasul s.a.w. Antara pemimpin yang boleh diambil iktibar daripada kepimpinannya adalah Kahlifah Umar bin Abdul Aziz yang merupakan khalifah kelima selepas alKhulafa’ al-Rasyidun iaitu Saidina Abu Bakar alSiddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib.

Ia juga akan menjadikan seseorang sentiasa bermotivasi tinggi dan sentiasa akan meningkatkan lagi tahap produktiviti dalam kerjanya kerana ia mengetahui bahawa setiap perbuatannya dilihat oleh Allah, dicatat oleh

Khalifah Umar bin Abdul Aziz mempunyai ciri-ciri pemimpin yang mengamalkan ihsan dan membudayakan integriti 8

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

dalam kepimpinan dan urus tadbir negara Islam yang diamanahkan kepadanya, ketika Islam sudah semakin jauh daripada jiwa umatnya. Hal ini dikhabarkan oleh Dr. Aidh al-Qarni dalam tulisannya dengan menyatakan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang zuhud, abid, mujahid, pembaharu abad pertama. Beliau telah meninggalkan kepentingan dunia dan berpaling daripada syahwah-syahwah yang negatif. Beliau kemudiannya amat menumpukan sebahagian besar waktunya kepada persoalan ilmu, ibadat, dakwah, zuhud dan menegakkan keadilan.” Nilai ihsan beliau terbukti ketika salah seorang puteranya meminta untuk berkahwin kali kedua dan pembiayaan tersebut diambil daripada khazanah kewangan negara. Khalifah Umar sangat marah dengan mengatakan bahawa masih ramai rakyatnya yang tidak berkahwin kerana ketidakmampuan mereka, dan meminta puteranya menggunakan harta beliau sendiri untuk membiayai perkahwinan tersebut (Rasid Muhamad 2011).

Sasaran 1: Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan; Sasaran 2: Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi masalah birokrasi; Sasaran 3: Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan; Sasaran 4: Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan Sasaran 5: Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Kelima-lima sasaran tersebut menumpukan kepada perancangan solusi kepada masalahmasalah yang berlaku di setiap peringkat seperti kepimpinan kurang berteladan, kelemahan sistem dan penguatkuasaan, pertentangan matlamat antara institusi yang menyebabkan krisis nilai, budaya masyarakat yang kurang menitikberatkan integriti, dan kurang penghayatan nilai murni dan etika kerja individu itu sendiri. Kesemua masalah tersebut membawa kepada kemerosotan integriti dalam kalangan pihak atasan, masyarakat dan individu.

Sebuah kajian bertajuk “Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia” telah dijalankan di bawah arahan Perdana Menteri ketika itu dengan dikoordinasikan oleh Badan Pencegah Rasuah Malaysia dan dilaksanakan oleh lima pakar sains sosial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia pada tahun 2002. Hasil kajian yang dibentangkan pada 2003 dan kesedaran tentang peri pentingnya menerapkan nilai dan etika ini, salah satunya ihsan dalam jiwa setiap modal insan, kerajaan Malaysia telah menggubal Pelan Integriti Nasional (PIN) dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM). Pelan tersebut merupakan suatu perancangan menyeluruh dalam memantapkan etika dan membudayakan integriti di seluruh peringkat pimpinan dan masyarakat dari aspek keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran. Pelaksanaannya telah dirangka secara terperinci bagi setiap aspek yang dinyatakan. Apabila tercapainya matlamat agenda utama PIN ini, ia akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan yang seimbang dan lestari, kestabilan politik dan keharmonian kehidupan rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat.

Manakala Fasa Kedua PIN (2009 - 2013) yang dikenali sebagai Sasaran Integriti, lima sasaran dalam fasa pertama akan diteruskan tetapi ia akna lebih menumpukan kepada pemerkasaan integriti di peringkat akar umbi. Generasi muda, para pelajar dan agensi penguatkuasaan kerajaan dijadikan fokus program integriti pada fasa ini. Sektor swasta juga terlibat dalam menggalakkan budaya tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang membawa kesan positif kepada alam sekitar, pengguna, kakitangan dan masyarakat setempat. Hakikat sebenar peningkatan integriti adalah subjektif dan sukar diukur, tetapi ia dapat dihayati dan ditonjolkan melalui tindakan dan naratif atau persepsi masyarakat (Pelan Integriti Nasional). Usaha yang dirancang tersebut hanyalah sebagai kawalan luaran yang dapat memupuk jiwa insan membina kawalan dalamannya sedikit demi sedikit. Kawalan dalaman inilah yang diertikan sebagai al-ihsan dalam diri manusia yang menjadikannya sentiasa berwaspada daripada memikir atau melakukan

PIN mensasarkan lima keutamaan yang perlu dicapai dalam tempoh lima tahun pertama iaitu: 9

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

sebarang ketidakwajaran. Ia menyedari bahawa setiap tindakan yang dilakukan sentiasa diperhatikan oleh closed-circuit television (CCTV) yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar sehingga tidak ada sesuatu sekecil mana pun yang terselindung (Panel Akademi Pengurusan Yapeim 2011).

sejarah dan ia tidak boleh dipraktikkan lagi dalam kehidupan moden walaupun di negara yang majoriti penduduknya muslim (Nik Mohd Zain Nik Yusof 2002). Selain itu, pengurusan Islam tidak dapat dilaksanakan apabila pengurus sendiri berpandangan serong terhadap agama Islam. Islam dilihat mundur, miskin, menindas, ganas, tidak adil, kejam dan jahat (Nik Mohd Zain Nik Yusuf 2002), sehingga menyebabkan tiada satu pun nilai Islam yang dirasakan baik dan berjaya untuk dilaksanakan dalam organisasi.

Manusia harus menyedari bahawa segala tingkah laku yang dilakukan sentiasa diperhatikan dan diawasi oleh Allah s.w.t. Kuasa pengawasanNya jauh mengatasi kuasa pengawasan ketua jabatan ataupun pengarah kerana had kemampuanNya tiada batasan dan ruang pemerhatianNya tidak terikat oleh jarak dan tempat (Mardzelah Makhsin 2008). Allah s.w.t dengan jelas telah menerangkan tentang hal ini dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang bermaksud:

Antara penyelesaian yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi cabaran yang timbul ini adalah dengan memberikan pendedahan kepada para pengurus tentang kelebihan-kelebihan konsep pengurusan Islam (Nik Mohd Zain Nik Yusoff 2002). Pengurusan Islam mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di akhir pendahuluan di atas, yang tidak dapat diperoleh dalam konsep pengurusan Barat.

“Maka sesiapa berbuat kebaikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya!” (al-Zalzalah 99: 7 & 8).

Selain itu, kesedaran harus diberikan kepada para pengurus supaya memberi keutamaan kepada pembentukn sistem nilai berasaskan tauhid dengan memberi penekanan kepada iman, ilmu dan amal. Iman dijadikan sebagai asas sistem nilai itu, ilmu untuk memberi perspektif yang betul kepada penggunaan akal seterusnya membina sikap intelektual yang cintakan kebenaran, dan amal sebagai penyaluran tenaga hawa nafsu dan syahwat melalui kemahiran yang digunakan untuk mengerjakan amal soleh. Pada akhirnya, ia akan membentuk organisasi yang dibangunkan atas asas taqwa kepada Allah s.w.t (Nik Mohd Zain Nik Yusoff 2002).

Cabaran Dalam Mengaplikasikan Ihsan Walaupun konsep ihsan sudah wujud dalam pengurusan Islam dan hanya perlu diaplikasikan oleh para pengurus dan pekerja, tetapi masih ramai yang tidak mengetahui dan memahaminya, malah ada juga yang mengetahuinya tetapi tidak berminat untuk mendalaminya (Mohamed Sulaiman et al. 2014). Masalah yang dihadapi adalah apabila penerimaan terhadap konsep pengurusan islami masih tidak meluas. Sebahagian pengurus lebih yakin dengan model pengurusan Barat yang kelihatan lebih berjaya berbanding pengurusan islami seterusnya meyebabkan mereka memandang rendah konsep tradisi dalam teori dan amalan pengurusan (Nik Mohd Zain Nik Yusof 2002). Mereka lebih bangga dengan tokoh pengurusan Barat yang digelar ‘management gurus’ sepanjang abad ke-20 seperti Stephen Covey, Tom Peters, Warren Bennis, Jim Collings, James Champy, Rosabeth Moss Kanter, Gary Hammel dan sebagainya (Auni Hj Abdullah 2010).

Kesimpulan

Oleh itu, setiap muslim seharusnya menghayati sifat ihsan Allah s.w.t dengan berusaha mencapai maqam ihsan tidak kira dalam apa jua perbuatannya, kerana setiap insan yang berjiwa ihsan akan membentuk masyarakat yang berintegriti dan profesional dalam pekerjaannya serta menjauhi penyelewengan yang bakal merosakkan diri, keluarga dan masyarakat.

Mereka juga menganggap model pengurusan berkonsepkan Islam hanya dalam 10

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

Budaya Itqaan Dan Nilai Ihsan. World Congress on Islamic Systems (WorldISLAM 2011). Anjuran t.pt. t.tp., Hatimi, R. M. 2013. Al-Mursyid Al-Hadi Fi Usul Al-Fiqh Al-Islami. Mesir: Jamiat al-Azhar. Hawkins, J. M. 2004. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ibnu 'Allan Al-Siddiqi, M. 2009. Dalil AlFalahin Lituruq Riyad Al-Salihin 3. Beirut: Dar al-Kotob al-Ilmiyah. Ibnu Hajar Al-Asqalani, A. B. A. 2004. Fathul Bari Syarh Sohih Al-Bukhari. Mesir: Dar al-Hadith. Institut Integriti Malaysia. 2006. Pelan Integriti Nasional. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malek Shah Mohd Yusoff. 2002. Pengurusan Islami: Satu Gagasan Ilmu. Wacana Pengurusan Islami: Siri 1, hlm. 5-18. Mardzelah Makhsin. 2008. Hisbah Sistem Pengawasa Dan Etika Pengurusan Islam Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Mohamed Sulaiman, Nur Arfifah Abdul Sabian & Abdul Kadir Othman. 2014. The Understanding of Islamic Management Practices among Muslim Managers in Malaysia. Asian Sosial Science 10(1): Mohd Shahar Bin Sidek. 1991. Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam. Dlm. Mohd Shahwahid Hj Othman (pnyt.). Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam, hlm. 21-22. Selangor: Persatuan Siswazah Islam Universiti Putra Malaysia (PERSIS) Muhammad Nubli Abdul Wahab. 2008. Kecemerlangan Pengurusan Organisasi Dalam Islam Siri 1. Kuantan: Penerbit Universiti Malaysia Pahang. Niamat Bin Yusuf. 1991. Dorongan-Dorongan Kerja Dalam Organisasi. Dlm. Mohd Shahwahid Hj Othman (pnyt.). Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam, hlm. 94. Selangor: Persatuan Siswazah Islam Universiti Putra Malaysia (PERSIS). Nik Mohd Zain Nik Yusof. 2002. Konsep Dan Proses Pengurusan Islami. Wacana Pengurusan Islami Siri 1, hlm. 95-106. Panel Akademi Pengurusan Yapeim. 2011. Pengurusan Islami: Menghayati Prinsip

Rujukan Al-Quran al-Karim. Anon. 2006. Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan: "Isu-Isu Tadbir Urus Dan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam: Dulu, Kini Dan Masa Depan. http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p =sidek&id=3745 [10 November 2015] Ab. Aziz Yusof. 2010. Pengurus Bertakwa Memakmurkan Syarikat. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Abusin, A. I. 1991. Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Bashir Aziz. 2015. Pengurusan Islam Alternatif Pengurusan Moden. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Al-Albani, A. a. a.-R. M. N. a.-D. 1988. Shohih Al-Jami' Al-Shoghir Wa Ziyadatuhu (Al-Fath Al-Kabir). 3. Beirut: al-Maktab al-Islami. Al-Ali, M. M. 1985/1405H. Al-Idarah Fi AlIslam. Jeddah: al-Dar al-Su'udiyah Li alNasyr Wa al-Tauzi'. Al-Bukhari, A. a. M. B. I. 2010/1431H. Shohih Al-Bukhari. Beirut: al-Maktabah al-Ashriyyah. Al-Mu'jam Al-Wasit. 2011. 5. al-Qahirah: Maktabah al-Islamiyah. Al-Naisaburi, M. B. a.-H. a. a.-H. a.-Q. 1910. Shohih Muslim. Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyah. Al-Zuhaili, W. 2011. Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Manhaj. Dimasyq: Dar al-Fikr. Auni Hj Abdullah. 2010. Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise. Azman Che Omar. 2001. Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Barjoyai Bardai. 2002. Prinsip Dan Kaedah Pengurusan Islami: Lakaran Suatu Disiplin Ilmu. Wacana Pengurusan Islami Siri 1, hlm. 41-94. Falih Ibn Muhammad, I. F. a.-S. 2009. Meraih Puncak Ihsan. Jakarta: Darus Sunnah Press. Hasan Al-Banna, B. M., Ab Mumin Ab Ghani & Siti Arni Binti Basir. 2011. Pemantapan Sistem Pengurusan Islam Berkualiti Melalui Konsep Tawhidi, 11

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

Dan Nilai Qurani. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YaPEIM Sdn Bhd. Rasid Muhamad. 2011. Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz. Shah Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd. Razaleigh Muhamat@Kawangit. 2011. Pengurusan Modal Insan Dari Perspektif Islam. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. S. Salahudin Suyurno & Mohd Yadman Sarwan. 2010. Pengurusan Organisasi Cemerlang Pada Zaman Siber. Dlm. Mohd Asri Abdullah & Mohd nor Mamat (pnyt.). Islam & Pengurusan: Menangani Arus Globalisasi, hlm. 36. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM. Shamshun Baharin, B. M. J. 2015. Pena Pengarang. Buletin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bil. 2/2015. Sheikh Abdullah Basmeih. 1422H/2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran (30 Juz). Kuala Lumpur: Darul Fikir. Siddiq Fadzil. 2002. Proses Pengurusan: Penerapan Nilai-Nilai Islam. Wacana Pengurusan Islami Siri 1, hlm. 107. Sidek Baba. 2012. Pengurusan Islami: Aplikasi Ihsan Dan Insan. Kuala Lumpur: Techknowlogic Trading Sdn. Bhd. Sidi Gazalba. 1975. Asas Agama Islam: Pembahasan Ilmu & Filsafat Tentang Rukun Islam, Ihsan, Ikhlas, Taqwa. Jakarta: Penerbit "Bulan Bintang".

12