Julie's keluarkan 2 juta pek promosi

DENGAN penyediaan sebanyak 2 juta pek biskut yang dipro- mosikan menerusi ker- jasama Julie's dan Legoland. Malaysia Resort, Julie's memberi peluang k...

36 downloads 366 Views 2MB Size
B1/ Isnin, 17 Oktober 2016

Penggunaan elemen-elemen maritim dalam peribahasa Melayu

Muka

Muka B5

B2

Penghargaan jasa warga emas

Julie’s keluarkan 2 juta pek promosi Untuk pelanggan nikmati diskaun istimewa berkunjung ke Legoland Malaysia Oleh SURAIDAH ROSLAN

D

ENGAN penyediaan sebanyak 2 juta pek biskut yang dipromosikan menerusi kerjasama Julie’s dan Legoland Malaysia Resort, Julie’s memberi peluang kepada pelanggannya di seluruh Malaysia dan Singapura untuk berkunjung ke Legoland dengan tawaran diskaun yang istimewa. Syarikat pengeluar produk Julie’s, Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd dan Legoland Malaysia Resort menawarkan diskaun 35 peratus bagi pembelian tiket masuk dan ‘Kids Go Free’ iaitu tiket masuk percuma untuk kanak-kanak yang berusia tiga hingga 11 tahun dengan setiap pembelian satu tiket dewasa. Pengurus Pemasaran Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd Benny Chia berkata untuk promosi diskaun 35 peratus bagi pembelian tiket masuk ke Legoland, promosi ini sudah bermula dan tempoh sah penggunaan baucer diskaun adalah sehingga 30 April 2017. Untuk mendapatkan diskaun 35 peratus ini, pelanggan perlu membeli manamana produk Julie’s iaitu Julie’s Le-mond sandwic atau Julie’s Hershey’s. “Apa yang perlu pelanggan lakukan adalah memotong bahagian baucer diskaun dari pembungkus produk Julie’s Le-mond sandwich atau Hershe’s dan tunjukkan baucer itu ketika membuat pembelian tiket di kaunter tiket Legoland Malaysia Resort,” katanya pada sidang media sempena Program Kerjasama Julie’s dan Legoland Malaysia Resort, di Legoland Malaysia Resort, Johor Bahru, pada Jumaat lalu. Bagi promosi Kids Go Free pula, pelanggan boleh membeli mana-mana biskut Julie’s sama ada Golden Cracker mahupun Sugar Cracker. Pelanggan perlu membawa

(Gambar atas) PROMOSI Julie’s beri peluang kepada pelanggan untuk berkunjung ke sini, Legoland Malaysia Resort. (Gambar kiri) BENNY (dua kiri) dan Eric (dua kanan) bersama maskot Julie’s dan Legoland menunjukkan produk Julie’s yang dipromosikan menerusi kerjasama berkenaan.

potongan promosi Kids Go Free ini ketika membuat pembelian tiket. Dengan setiap pembelian tiket dewasa menggunakan promosi Kids Go Free ini, kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun akan memperoleh satu tiket secara percuma. Ia membolehkan pelanggan menjimatkan RM144 untuk pembelian tiket kanak-kanak. Selain itu, pelanggan Julie’s yang membuat pembelian mana-mana produk Julies bernilai sekurang-kurangnya RM10 atau SGD5 juga berpeluang memenangi 54 hadiah istimewa menerusi ‘My Xhilarating Moment Contest’ atau ‘Saat yang menyeronokkan bagi saya’. Pertandingan ini akan bermula pada 1 November hingga 31 Disember 2016. Antara hadiah utama adalah pakej penginapan dau hari satu malam (2H 1M) di Legoland Malaysia Resort; empat tiket lawatan VIP ke Taman

BENNY (kiri) dan Eric (kanan) semasa sidang media mengenai Program Kerjasama antara Julie’s dan Legoland Malaysia Resort. Tema Legoland; serta hamuarga atau rakan-rakan dan “Pemenang akan dipilih per Julie’s bernilai RM100. melengkapkan kapsyen denberdasarkan kreativiti gam“Pelanggan hanya perlu gan ‘Ini merupakan saat yang bar dan kapsyen yang menamemuatnaik sekeping gammenyeronokkan bagi saya rik. Pengumuman pemenang bar yang menunjukkan kerana.........’ akan dibuat pada pertengakeseronokan ber“Gambar beserta kapsyen han Januari 2017. Pembeli sama kelyang lengkap perlu di muatdinasihatkan menyimpan naik dalam Facebook atau resit pembelian sebagai bukti Instagram dengan hashtag bagi tuntutan hadiah,” ka#JuliesXLegoland bagi metanya. menangi hadiah istimewa Katanya Julie’s & Legoland yang ditawarkan. juga ingin memberi ruang kepada ibu bapa mengimbau

kembali zaman kanakkanak mereka yang dahulunya gemarkan blok lego. Benny berkata adalah diharapkan dengan tawaran promosi yang disediakan untuk pelanggan Julie’s dan Legoland itu, orang ramai akan merebut peluang yang ada bagi bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah hujung tahun ini. Mengenai sasaran jualan yang akan diperoleh menerusi promosi bersama Legoland, Benny berkata dengan 2 juta produk Julie’s yang dikeluarkan sehingga Disember nanti, Julie’s menjangka nilai jualan yang tinggi. Menurutnya sekiranya 2 juta pek produk itu habis sebelum promosi berakhir, Julie’s tidak akan mengeluarkan sebarang tambahan pek promosi. Sementara itu, Ketua Bahagian Pemasaran Legoland Malaysia Resort Eric Chong berkata menerusi kerjasama bersama Julie’s itu, Legoland memang menjangkakan peningkatan dari segi jumlah pengunjung. Bagaimanapun, sukar untuk ditentukan berapa peratus promosi itu akan menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung kerana kebiasaannya pada setiap hujung tahun, pengunjung yang datang ke Legoland memang meningkat. “Malah tahun ini juga adalah tahun pertama kita memperkenalkan Ninja Go

Ride maka, kami memang menjangkakan peningkatan jumlah pengunjung,” katanya. Melalui kerjasama itu, beliau melihat ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Bagi Legoland, kerjasama itu memberi peluang kepada mereka menyediakan peluang berharga kepada pelanggan Julie’s untuk menikmati pengalaman menarik sepanjang berada di Legoland. “Kami juga memberi peluang kepada pelanggan Julie’s menikmati pengalaman bermain Ninja Go Ride yang akan dilancarkan pada November depan. “Ini adalah penambahan baru yang terbesar di Legoland Malaysia Resort dan ia adalah permainan indoor 4D terbaharu. Permainan dari teknologi Triotech dan Maestro ini dinspirasikan daripada produk line NinjaGo,” katanya. Seiring dengan usaha promosi itu, Benny berkata maskot Julie’s dan Legoland akan muncul di pusat belibelah di Malaysia untuk berinteraksi dengan pelanggan menerusi pameran bergerak. Pelanggan berpeluang bergambar dengan maskot Julie’s dan Legoland serta berpeluang memenangi hadiah menerusi penyertaan dalam aktiviti permainan yang diadakan semasa pameran bergerak itu.