KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - ePampasan

6 Sekiranya anda ingin membuat Tuntutan Baru sila pilih kekotak “PAMPASAN” dan klik “TUNTUTAN BARU” menu yang mana membolehkan anda mendaftarkan kes-k...

27 downloads 503 Views 1MB Size
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM)

JABATAN TENAGA KERJA (JTK) & PEJABAT TENAGA KERJA (PTK)

VERSI KETIGA – OKT 2010

PANDUAN PENGGUNA KANDUNGAN Pengenalan Laman Utama Sistem ePampasan Menu - Pampasan Tuntutan Baru Mengemaskini PP2 dan Penilaian Pampasan Tuntutan Baru – Tuntutan Tanpa Polisi Insurans Mengemaskini PP2 Bahagian 1 – Majikan Bahagian 2 – Pekerja Bahagian 3 – Kemalangan Bahagian 4 – Rawatan Bahagian 5 – Pendapatan Bahagian 6 – Kematian Buruh 90 & Lampiran Bahagian Hilang Upaya Kekal Tempoh Tiada Pampasan Pengesahan Tuntutan Penilaian Pampasan Pengesahan & Kelulusan Tuntutan Pampasan Inkuiri Penilaian Tuntutan Pampasan Inkuiri Status Tuntutan & Cetak Semula Membuka semula kes tidak diperkenankan Pembatalan Kes Senarai Kes-kes yang Masih Dijalankan Inkuiri Majikan yang diinsuranskan Pekerja Asing yang Diinsuranskan Polisi Insurans Majikan & Pekerja Yang Diinsuranskan Laporan Senarai Penyelenggaraan Senarai Majikan / Polisi atau Pekerja Asing yang masih Aktif Ringkasan (Laporan Pekerja Asing Yang Masih Aktif) Penyelenggaraan Kemaskini Kata Laluan Mendaftar Kumpulan Pengguna Mendaftar Akaun Baru Cetak Senarai Pengguna Kemaskini Maklumat Jabatan / Pejabat Tenaga Kerja Menambah Berita Baru Utiliti

2

MUKA SURAT 3 4 4 5-6 7–8 9 10 - 11 12 13 14 15 15 16 17 17 18 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 – 28 29 29 29 30 31 31 32 33 33 34 35 36 37 37 – 38 39 – 42

1)

PENGENALAN

Untuk melayari Laman Sesawang ePampasan sila taip alamat URL berikut www.epampasan.net.my seperti di Rajah 1.1.0 dibawah.

Rajah 1.1.0 Kemudian anda akan dibawa ke Skrin Daftar Masuk (Login) ePampasan yang seperti yang tertera dalam Rajah 1.1.1 di bawah.

Masukkan Kod Pejabat, ID Pengguna dan Kata Laluan dan klik Daftar Masuk

Pengumuman dan Buletin berkaitan sistem akan dipaparkan disini. Pengguna boleh mendapatkan maklumat melalui riangan ini

Semua Laporan akan dibuka melalui Format PDF. Untuk memuat turun “Adobe Reader” secara percuma klik pada pautan ini.

Rajah 1.1.1 Untuk “Kod Pejabat” berdasarkan Kod LMD yang telah diberikan kepada Pejabat masing-masing, manakala “ID Pengguna” dan “Kata Laluan” dibekal oleh Pihak JTK Putrajaya. Setelah berjaya daftar masuk ke dalam laman sesawang ePampasan anda dapat melihat paparan Skrin Utama seperti di Rajah 2.1.0

3

2)

LAMAN UTAMA SISTEM ePAMPASAN Menu Utama yang terdapat dalam Sistem ePampasan

Sebarang Buletin & Maklumat berkenaan sistem ePampasan akan dipaparkan di sini. Hanya Pihak JTK IBU PEJABAT (Putrajaya) yang boleh mengemaskini Buletin

Rajah 2.1.0

3)

MENU – PAMPASAN

Senarai Kes yang masih dalam Proses Mengemaskini PP2 & Penilaian Senarai Kes yang masih dalam Proses Pengesahan & Kelulusan Tuntutan Memuat Turun Panduan Pengguna Sistem ePampasan

Rajah 3.0 Kita mulakan dengan Menu “PAMPASAN”. Pada menu ini anda boleh membuat segala urusan berkenaan Taksiran Pampasan atau Menyemak Setiap Kes yang didaftarkan.

4

Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu.

MENU - PAMPASAN

HURAIAN

MUKA SURAT

Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing untuk membuat taksiran serta mencetak Surat PP1, PP2, Buruh 90 dan Jadual Pertama. Untuk membuat Tuntutan bagi Pekerja yang tidak mempunyai Polisi Insurans

5

Mengemaskini PP2 dan Penilaian Pampasan

Mengemaskini bahagian PP2 serta membuat taksiran kasar.

10

Pengesahan dan Kelulusan Tuntutan Pampasan

Menyemak taksiran kasar untuk kelulusan serta mencetak Surat PP4, PP5, PP6 atau PP7.

20

Inkuiri Penilaian Tuntutan Pampasan

Maklumat rujukan yang berkaitan dengan tuntutan pampasan.

21

Inkuiri Status Tuntutan & Cetakan Semula

Untuk rujukan status kes-kes tuntutan pampasan serta mencetak semula Surat atau Borang-Borang.

22

Membuka Semula Kes tidak Diperkenankan

Mengaktifkan semula kes-kes yang statusnya tidak diperkenankan.

23

Pembatalan Kes

Membuat Pembatalan Kes sekiranya terdapat kesilapan semasa membuat Tuntutan Mencetak senarai kes-kes yang masih dijalankan.

24

Tuntutan Baru

Tuntutan Baru – Tanpa Polisi Insurans

Senarai Kes Tuntutan yg Masih Dijalankan

3.1) 3.2)

Tuntutan Baru

Rajah 3.1.0

5

9

25

Sekiranya anda ingin membuat Tuntutan Baru sila pilih kekotak “PAMPASAN” dan klik “TUNTUTAN BARU” menu yang mana membolehkan anda mendaftarkan kes-kes yang telah dilaporkan di Pejabat atau Jabatan Tenaga Kerja masing-masing. Merujuk kepada Maklumat atau Surat Majikan yang diberikan kepada Pihak JTK, anda boleh membuat carian Pekerja Asing yang ditimpa kemalangan tersebut dengan melengkapkan butiran Pekerja Asing di “Kriteria Carian” seperti No Polisi, Nama Majikan, Nama Pekerja, No Pasport atau Kewarganegaraan Pekerja dan klik pada butang “Cari”. Untuk memudahkan dan mempercepatkan carian tersebut, anda boleh memasukkan maklumat terperinci bagi pekerja berkenaan. 3.1.1) Senarai Pekerja Pilih

Rajah 3.1.1 Untuk membuat pilihan sila klik pada “Pilih” bagi pekerja yang ingin anda membuat Penilaian Pampasan. Kemudian anda akan dipaparkan dengan skrin “Mengemaskini Tuntutan Baru”. Pada bahagian ini anda dikehendaki mengemaskini data-data yang tidak lengkap di dalam senarai tersebut untuk membuka fail tuntutan baru. Bagi No Rujukan LMD anda perlu menggunakan No Rujukan semasa mendaftarkan kes di Sistem LMD. Setiap ruangan yang mempunyai tanda “*” adalah medan wajib untuk anda lengkapkan.

6

3.1.2) Mengemaskini Tuntutan Baru

Semak Tuntutan Terdahulu

Hantar Tuntutan

Rajah 3.1.2

Lengkapkan maklumat berkenaan tuntutan seperti Tuntutan Notifikasi, Maklumat Majikan, Maklumat Pekerja & Maklumat Kemalangan. Untuk menyemak sekiranya pekerja tersebut pernah membuat sebarang tuntutan terdahulu, sila klik “Semak Tuntutan Terdahulu”. Sekiranya pernah membuat sebarang tuntutan, maka ianya akan disenaraikan pada bahagian ini.

7

Rajah 3.1.3 Keluar Setelah selesai mengemaskini Maklumat, klik pada butang “Hantar Tuntutan” dan Sistem akan menjana Surat PP1, Borang PP2, Buruh 90 dan Jadual Pertama yang lengkap. Sekiranya ingin mencetak Borang ini, anda perlu klik pada butang bergambar “Printer” pada penjana PDF.

8

3.2)

Tuntutan Baru – Tuntutan Tanpa Polisi Insurans

Rajah 3.2.1

9

Sekiranya maklumat pekerja yang mengalami kemalangan tidak terdapat dalam sistem epampasan atau dimaklumkan oleh Pihak Majikan bahawa pekerja tersebut belum mempunyai polisi atau pekerja tersebut membeli polisi selain dari 29 buah Panel Insurans yang dilantik, maka Pihak JTK/PTK boleh membuat keputusan sama ada untuk mendaftarkan kes pekerja berkenaan bagi Tuntutan Tanpa Polisi Insurans seperti dalam Rajah 3.2.1 di atas. Anda perlu melengkapkan semua maklumat bagi pekerja tersebut. Setelah mendaftar kes berkenaan proses seterusnya adalah sama seperti tuntutan yang mempunyai polisi insurans yang mana melalui sistem akan menjana Laporan PP1, PP2, Borang 90 dan Jadual Pertama dan Pihak Majikan atau Pemegang Polisi perlu melengkapkan PP2 & Borang 90 dan perlu dihantar kembali ke Pihak JTK/PTK dan bayaran pampasan seperti dinilai akan dibayar sendiri oleh Majikan kepada Pekerja yang mengalami kemalangan tersebut.

3.3)

Mengemaskini PP2 dan Penilaian Pampasan

Setelah menerima Borang PP2 dan Buruh 90 yang telah diisi dan dilengkapkan oleh Pemegang Polisi atau Majikan anda perlu mengemaskini Maklumat tuntutan melalui sistem. Klik pada pilihan “Mengemaskini PP2 dan Penilaian Pampasan”.

Senarai pekerja yang menunggu proses kemaskini data

Rajah 3.3.1 Pada bahagian berikut sila masukkan salah satu butiran pada “Kriteria Carian” untuk memudahkan anda mencari semula maklumat bagi kes baru yang telah anda Daftarkan pada “Tuntutan Baru” dan klik pada butang “Cari”. Kemudian tuntutan yang telah dibuat akan disenaraikan dan anda perlu klik pada “Pilih” untuk mengemaskini PP2 & Penilaian Pampasan.

10

Lengkapkan Maklumat yang terdapat pada Borang PP2. Iaitu pada bahagian-bahagian:-

Maklumat Majikan

Huraian Alamat & Maklumat Majikan Pekerja

Muka Surat 12

Pekerja

Alamat & Maklumat Pekerja yang membuat Tuntutan Kemalangan

13

Kemalangan

Maklumat Kemalangan seperti Tarikh, Masa, Tempat, Jenis Kemalangan dan lain-lain

14

Rawatan

Tempat pekerja mendapatkan rawatan

15

Pendapatan

Butiran Pendapatan, Faedah, Tarikh Mula Bekerja/Tarikh Keluar Hospital dan lain-lain

15

Kematian

Perlu dilengkapkan jika Pekerja mengalami Kemalangan Maut

16

Buruh 90 & Senarai Lampiran yang disertakan Lampiran Hilang Upaya Perlu dilengkapkan jika pekerja mengalami Kekal Hilang Upaya Kekal (HUK)

17

Tempoh Tiada Tempoh dimana Pampasan tidak dibayar atau Pampasan dikecualikan

18

Pengesahan Tuntutan Penilaian Pampasan

Jenis tuntutan, Keputusan Pesuruhjaya

18

Jumlah Pampasan yang diterima Pekerja berdasarkan kemalangan yang dialami

19

17

Anda dikehendaki mengemaskini data-data yang tidak lengkap di dalam senarai tersebut. Jika tulisan pada butang berwarna merah, bermakna bahagian tersebut masih belum lengkap diisi. Bahagian yang bertanda “*” adalah medan wajib yang perlu dilengkapkan. Apabila selesai, klik pada butang “Simpan & Seterusnya” untuk mengemaskini bahagian yang berikutnya.

11

3.3.1) Bahagian 1 – Majikan

Rajah 3.3.1 Klik Simpan & Seterusnya untuk ke bahagian berikutnya

Anda perlu mengemaskini Maklumat Majikan. Alamat Majikan yang tertera akan digunakan sebagai alamat Surat menyurat. Alamat majikan boleh dipinda sekiranya alamat berbeza daripada apa yang diberikan oleh majikan. Pindaan boleh dibuat bagi kekotak yang berwarna merah dan hitam sahaja, bagi kekotak yang bewarna kelabu hanya akan dibuka jika Pekerja mengalami Hilang Upaya Kekal (HUK) atau Kematian/ Maut. Setelah selesai, klik pada butang “Simpan & Seterusnya”. Untuk mengemaskini bahagian seterusnya. Sila ambil perhatian, Maklumat bertanda “*” adalah medan wajib diisi.

12

3.3.2) Bahagian 2 – Pekerja

Rajah 3.3.2 Seterunya adalah bahagian Maklumat Pekerja yang ditimpa kemalangan, anda boleh mengemaskini maklumat seperti Alamat pekerja di Malaysia, Alamat di Negara Asal (adanya alamat berikut memudahkan urusan seperti mencari waris dan sebagainya) atau Tarikh Lahir pekerja (untuk membuat urusan tuntutan penilaian pampasan bagi pekerja tersebut. Setelah lengkap klik pada “Simpan & Seterusnya”.

13

3.3.3)

Bahagian 3 – Kemalangan

Rajah 3.3.3 Bahagian ini penting untuk mengetahui Maklumat berkenaan kemalangan. Maklumat ini akan menentukan Masa, Tarikh dan Tempat Kemalangan, Waktu kerja biasa Pada Hari Kemalangan atau Bila Kemalangan Berlaku samaada Dalam Waktu Kerja atau Di Luar Waktu Kerja Bahagian ini juga pihak JTK boleh mengemaskini Maklumat tentang kejadian kemalangan dan mengklasifikasi jenis kecederaan dan kemalangan. Kemudian klik “Simpan & Seterusnya”.

14

3.3.4)

Bahagian 4 – Rawatan

Rajah 3.3.4 Masukkan maklumat Tempat Pekerja mendapatkan Rawatan selepas ditimpa kemalangan. Kemudian klik pada “Simpan & Seterusnya”. 3.3.5)

Bahagian 5 – Pendapatan

Masukkan Tarikh Mula Bekerja Selepas Kemalangan

Rajah 3.3.5 Kemaskini Maklumat Pendapatan yang tidak lengkap seperti Butir-butir Pendapatan Sebelum Kemalangan iaitu 6 bulan sebelum ditimpa kemalangan, Faedah yang diterima, Tarikh Mula Bekerja atau Tarikh Keluar Hospital. Kemudian klik “Simpan & Seterusnya”.

15

3.3.6)

Bahagian 6 – Kematian

Masukkan Tarikh Kematian

Rajah 3.3.6 Jika anda mendaftarkan kes Hilang Upaya Kekal (HUK) atau Hilang Upaya Sementara (HUS) bahagian ini akan dipudarkan dan tidak perlu dilengkapkan. Jika kes melibatkan Kemalangan Maut, sila lengkapkan bahagian ini. Terutamanya Tarikh Kematian. Sekiranya terdapat maklumat butirbutir tanggungan iaitu Waris anda boleh memasukkan maklumat berkenaan berdasarkan PP2 yang telah dikembalikan. Kemudian klik pada “Simpan & Seterusnya”.

16

3.3.7)

Buruh 90 & Lampiran

Rajah 3.3.7 Di bahagian ini anda perlu memilih setiap Borang atau Sijil yang dilampirkan berdasarkan kes yang dilaporkan, cuma “Tick” pada kekotak pilihan dan klik pada “Simpan & Seterusnya”. 3.3.8)

Bahagian Hilang Upaya Kekal

*Hilang Upaya Kekal

Rajah 3.3.8

17

Seterusnya ialah bahagian Hilang Upaya Kekal (HUK) berdasarkan Jadual Pertama, semua jenis Hilang Upaya Kekal akan disenaraikan. Anda cuma perlu memilih dan sistem secara automatik akan menyenaraikan % Kehilangan Upaya Mencari Nafkah dan anda boleh membuat pindaan % tersebut sekiranya mendapat pengesahan. Sekiranya terdapat lebih dari 1 rekod hilang upaya anda boleh klik pada “Simpan & Tambah Rekod” dan anda boleh memilih jenis yang seterusnya. Setelah lengkap klik pada “Seterusnya”. 3.3.9)

Tempoh Tiada Pampasan

Rajah 3.3.9 Lengkapkan bahagian ini sekiranya Pekerja tersebut mempunyai Hari dikecualikan dari Pembayaran Pampasan (Cuti putus-putus). Anda cuma perlu memasukkan Tarikh berkenaan dan sistem akan memberikan maklumat lengkap berserta Pengiraan Tarikh Tiada Pampasan Dibayar. 3.3.10)

Pengesahan Tuntutan

Rajah 3.3.10

18

Lengkapkan bahagian “Pengesahan Tuntutan” dengan memilih maklumat yang berkaitan. Samaada pekerja Dipengaruhi Dadah atau Arak. Keputusan Pesuruhjaya seperti Lulus, Ditolak kerana Dadah, Arak atau Tidak Terbit Dari dan Dalam Masa Pekerjaannya, Dibatalkan, Tidak Diperkenankan atas Permintaan JTK, Majikan atau Pekerja. Kemudian klik pada “Simpan & Seterusnya”. 3.3.11)

Penilaian Pampasan

Rajah 3.3.11

Hantar Untuk Pengesahan & Kelulusan Pesuruhjaya

Anda dikehendaki menyemak “Penilaian Pampasan” sebelum Hantar pengesahan. Di bahagian ini menunjukkan maklumat yang telah lengkapkan dalam “Mengemaskini PP2 dan Penilaian Pampasan”. bahagian ini juga anda dapat menyemak jumlah Tuntutan Pampasan dinilai dan diterima oleh Pekerja tersebut. Setelah membuat semakan klik butang “Hantar Untuk Pengesahan & Kelulusan”.

19

untuk anda Pada yang pada

3.4) PENGESAHAN & KELULUSAN TUNTUTAN PAMPASAN

Setelah membuat semakan dan tiada pindaan klik pada Penilaian Pampasan

Jumlah Pampasan yang diterima

Rajah 3.4.0

Klik Disah & Diluluskan Untuk Pampasan untuk Menjana Surat

Anda akan melihat skrin yang sama seperti “Mengemaskini PP2 dan Penilaian Pampasan”. Pada bahagian ini Pesuruhjaya boleh membuat pindaan pada butiran kes sebelum Disahkan. Jenis Tuntutan juga boleh ditukar sekiranya berlaku perubahan bagi Kes yang dijalankan iaitu daripada HUS kepada HUK atau Maut dan sebaliknya. Perbezaan “Penilaian Pampasan” antara bahagian Mengemaskini PP2 & Penilaian Pampasan dengan Pengesahan & Kelulusan Tuntutan Pampasan ialah pada butang Disah & Diluluskan untuk Pampasan seperti dalam Rajah 3.4.0 di atas. Pesuruhjaya boleh klik pada butang ini untuk mengesahkan taksiran dan menjana Surat-Surat berdasarkan kes yang dijalankan seperti PP4, PP5, PP6, PP7, Borang P, Memorandum dan beberapa lagi Surat - Surat yg disenaraikan di muka Lampiran A.

20

3.5) INKUIRI PENILAIAN TUNTUTAN PAMPASAN

Klik Pilih untuk menyemak Penilaian

Rajah 3.5.0 Bahagian ini Pegawai JTK boleh membuat semakan kes-kes yang sedang dijalankan atau pun sudah disahkan. Semua kes yang didaftarkan dalam Sistem ePampasan akan disenaraikan dan dijadikan sebagai rujukan. Setelah mencari maklumat Pekerja tersebut sila klik pada pautan “Pilih” dan anda akan dibawa ke paparan skrin seperti “Pengesahan & Kelulusan Tuntutan Pampasan”. Untuk makluman bahawa pada bahagian ini hanya boleh membuat semakan sahaja, jika ingin membuat Pindaan sila ke bahagian Penilaian PP2 dan Pampasan atau Pengesahan dan Kelulusan Tuntutan Pampasan.

21

3.6) INKUIRI STATUS TUNTUTAN & CETAKAN SEMULA

Rajah 3.6.0 Pada bahagian ini anda boleh menyemak Status Tuntutan & Mencetak Semula semua Borang-Borang serta Surat-Surat yang telah dijana bagi setiap kes. Untuk memilih kes - kes yg ingin dirujuk dengan memasukkan maklumat dengan menggunakan Kriteria Carian. Klik pada pautan “Pilih” dan Kes yang ingin anda buat Cetakan Semula akan disenaraikan.

Klik pada Kekotak untuk memilih Laporan yang ingin Dicetak Semula Setelah Pilih Klik pada Cetak Laporan

Rajah 3.6.1 Ringkasan kes tersebut akan disenaraikan dan anda boleh membuat pilihan Laporan yang ingin dibuat Cetakan Semula, tiada sebarang had untuk anda membuat cetakan semula.

22

3.7) MEMBUKA SEMULA KES TIDAK DIPERKENANKAN

Klik pada Pilih untuk Memilih Kes yang ingin dibuka semula

Rajah 3.7.0 Seterusnya Membuka Semula Kes Tidak Diperkenankan atas permintaan Pihak JTK, Majikan atau Pekerja tersebut. Sekiranya anda telah mendapat maklumat lengkap bagi setiap kes yang tidak diperkenankan anda boleh ke bahagian ini untuk Membuka Semula Kes tersebut. Klik Pilih pada senarai maklumat tuntutan dan klik “Buka Semula Kes”.

Klik Buka Semula Kes

Rajah 3.7.1 Setelah klik “Buka Semula Kes” maka anda boleh meneruskan proses mengemakini PP2 & Penilaian Pampasan.

23

3.8) PEMBATALAN KES

Klik Pilih

Rajah 3.8.1 Sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa membuat Tuntutan Baru anda boleh membuat Pembatalan Kes bagi kes yang masih dijalankan. Klik pada “Pilih” seperti dalam Rajah 3.8.1 di atas.

Masukkan Nota untuk Pembatalan

Batal Tuntutan

Rajah 3.8.2 Setelah pilih Tuntutan yang perlu dibuat Pembatalan. Anda perlu melengkapkan Nota sebab-sebab pembatalan perlu dibuat. Kemudian klik pada Batal Tuntutan.

24

3.9) SENARAI KES YANG MASIH DIJALANKAN

Rajah 3.9.1 Bahagian ini anda boleh membuat Cetakan bagi semua kes-kes yang Penilaian dan Pengesahan Sedang Dijalankan bagi Jabatan/Pejabat Tenaga Kerja yang dipilih. Anda boleh membuat pilihan dengan menggunakan Tarikh Daftar, Status Tuntutan, Negeri atau Pekerja Yang Diinsuranskan. Untuk mencetak senarai tersebut sila klik pada “Cetak”. Sila rujuk Rajah 3.9.1 & 3.9.2.

Klik pada Cetak untuk Mencetak Senarai Kes Yang Dijalankan

Rajah 3.9.2

25

4)

INKUIRI

Berikut adalah Keterangan menu ini. Menu – Inkuiri

Keterangan

Muka Surat

Majikan yang Diinsuranskan

Carian dibuat menggunakan Nama Majikan, No Pendaftaran Syarikat, Negeri Polisi dibeli dan Jumlah pekerja dalam Polisi tersebut.

27 - 28

Pekerja Asing yang Diinsuranskan

Carian dibuat menggunakan Nama Pekerja Asing, No Pasport serta Negara asal dan tempat kerja.

29

Polisi Insurans

Carian boleh dibuat menggunakan Maklumat Majikan, Pekerja Asing dan Polisi Insurans.

29

Majikan dan Pekerja yang diinsuranskan

Carian dibuat menggunakan antara maklumat Pekerja

29

dengan gabungan Majikan &

Rajah 4.0 Sekiranya anda mencari rekod-rekod berkenaan SPPA, anda boleh menggunakan bahagian Inkuiri ini untuk mencari rekod-rekod tersebut. Disini terdapat 4 cara untuk membuat semakan pada Inkuiri seperti dalam Rajah 4.0.

26

4.1)

Majikan Yang Diinsuranskan

Rajah 4.1.1 Sekiranya anda ingin membuat semakan maklumat Insurans SPPA berkaitan Nama Majikan. Anda boleh ke Menu Inkuiri dan membuat carian dengan menggunakan Nama Majikan, No Pendaftaran Syarikat Majikan, Negeri, Alamat Majikan atau Tempat Bekerja dan Pekerja Asing dalam Polisi tersebut seperti di Rajah 4.1.1 di atas. Masukkan maklumat yang anda ketahui dan pada Kriteria Carian. Jika anda Tick pada kekotak “Padankan Semua Perkataan Yang Berkaitan” sistem akan mencari rekod yang padan dengan Maklumat yang anda masukan pada kotak carian sahaja. Klik pada butang “Cari” dan sistem akan menyenaraikan semua rekod yang berkaitan.

Cetak Senarai

Rajah 4.1.2 Sekiranya anda ingin membuat semakan dengan lebih terperinci berkenaan dengan Polisi yang terdapat dalam Majikan berkenaan. Sila klik pada “Pilih” dan anda dapat melihat senarai nama pekerja yang mempunyai Polisi tersebut seperti dalam Rajah 4.1.2 di atas.

27

Rajah 4.1.3 Setelah anda klik pada “Pilih” pada bahagian ini maka anda dapat membuat semakan butiran tanggungan atau waris bagi pekerja tersebut.

Rajah 4.1.4 Maklumat tanggungan atau waris disenaraikan, untuk mencetak maklumat tersebut sila klik pada Cetak Senarai.

28

4.2)

Pekerja Yang Diinsuranskan

Rajah 4.2.1 Sekiranya anda ingin buat carian atas Nama Pekerja Asing anda boleh menggunakan menu ini. Cara untuk adalah sama seperti membuat carian maklumat majikan, yang mana pada bahagian ini anda perlu menaip Maklumat Pekerja Asing dan klik pada butang “Cari”. Setelah maklumat pekerja asing disenaraikan anda boleh menyemak dengan lebih terperinci dengan klik pada “Pilih”.

4.3)

Polisi Insurans

Rajah 4.3.1 Carian juga boleh dibuat dengan menggunakan maklumat Polisi Insurans dengan menggunakan kaedah yang sama seperti membuat semakan Maklumat Majikan & Maklumat Pekerja seperti yang dibuat sebelum ini.

4.4)

Majikan dan Pekerja yang diinsuranskan

Bagi carian dengan menggunakan Majikan dan Pekerja Yang Diinsuranskan adalah sama dengan proses yang lain-lain cuma pada bahagian ini anda boleh menggabungkan Nama Majikan dan Nama Pekerja untuk mencari maklumat.

29

5) LAPORAN Bahagian ini adalah untuk menjana laporan-laporan semasa, statistik dan senarai-senarai penyelenggaraan. Anda hanya boleh menjana laporan dalam bentuk PDF. Contoh seperti dalam Rajah 5.0 dibawah.

Rajah 5.0 LAPORAN Senarai Penyelenggaraan

KETERANGAN Mengandungi semua senarai penyelenggaraan seperti Taksiran Tuntutan, Insurans yang dilantik dan lain-lain untuk dicetak atau dijadikan rujukan

Senarai Majikan yang Aktif

Untuk menyemak Laporan Majikan yang masih mempunyai Tempoh Perlindungan yang Aktif dan Mencetak Maklumat tersebut secara ringkasan atau terperinci

Laporan Polisi yang masih Untuk menyemak Laporan Polisi yang masih Aktif mempunyai Tempoh Perlindungan yang Aktif dan Mencetak maklumat tersebut secara Ringkasan atau Terperinci Laporan Pekerja Asing yang Untuk menyemak Laporan Pekerja Asing yang masih Aktif masih mempunyai tempoh perlindungan yang Aktif dan Mencetak maklumat tersebut secara Ringkasan atau Terperinci Laporan Produksi / Statistik

Untuk menjana Laporan mengenai bilangan Polisi SPPA, Jumlah Tuntutan dan Premium Kasar, Nilai Tuntutan. Laporan ini boleh dibahagi pada negeri, sektor dan kewarganegaraan.

Laporan Semasa

Jumlah Pekerja Asing mengikut tempoh.

Laporan Transaksi Tuntutan

Untuk mengetahui Jumlah Taksiran Tuntutan.

30

Laporan Statistik Tuntutan Laporan Statistik Tuntutan Semasa 5.1)

Bilangan Jumlah Kes Baru atau Kes Yang Telah Ditutup Bilangan Jumlah kes yang masih dibuka oleh JTK / PTK

Senarai Penyelenggaraan

Senarai Penyelengaraan mengandungi beberapa jenis seperti dalam Rajah 5.1.1 di bawah yang boleh dicetak oleh kakitangan Jabatan / Pejabat Tenaga Kerja seperti Syarikat Insurans Yang Dilantik, Negeri, Jadual Pertama dan sebagainya.

Rajah 5.1.1

Di sini anda hanya perlu klik pada butang senarai untuk menjana senarai tersebut.

5.2)

Senarai Majikan / Polisi atau Pekerja Asing yang masih Aktif

Laporan-laporan ini ialah untuk mengetahui senarai Majikan, Polisi atau Pekerja Asing dimana tempoh perlindungan Polisi mereka masih sah. Untuk menjana laporan tersebut, Masukkan tempoh luput Polisi seperti di Rajah 5.2.1 dan klik pada butang “Cetak Laporan”. Contoh laporan ini terdapat di lampiran B. Terdapat 2 jenis laporan yang boleh anda pilih di “Jenis Laporan” samaada “Ringkas” atau “Terperinci”. Selain itu anda juga perlu memilih senarai yang terdapat “Kumpulan Ringkasan” dan “Negeri Yang Dipilih”. Untuk mendapatkan keputusan analisa yang dihasilkan, anda perlu klik pada kekotak “Cetak Laporan”. Contoh untuk carian senarai tersebut seperti yang terdapat dalam Rajah 5.2.1 dibawah Untuk menerangkan laporan ini, kami akan menggunakan Paparan Pekerja Asing. Proses carian dan cetakan bagi Majikan dan Polisi adalah sama.

31

Rajah 5.2.1 Ringkasan (Laporan Pekerja Asing Yang Masih Aktif) Ini merupakan laporan analisa “Ringkasan” bagi “Pekerja Asing Yang Masih Aktif” (yang diinsurankan). Untuk mencetak laporan, anda perlu klik pada butang bergambar “printer” pada format PDF seperti dalam Rajah 5.2.2.

Rajah 5.2.2

32

6) PENYELENGGARAAN

Menu - Penyelenggaraan Kemaskini Kata Laluan

Keterangan Menukar kata Laluan.

Mendaftar Pengguna

Kumpulan Mewujudkan kumpulan atau kelompok pengguna sistem. Kelompok ini boleh diberi tugastugas tertentu atau hadkan tugasan dalam sistem ini. Mendaftar Akaun Pengguna Mendaftar pengguna dalam Kumpulan Pengguna yang diwujudkan Cetak Senarai Pengguna Menjana laporan Senarai Pengguna dan Tugasan setiap kumpulan Kemaskini Maklumat Kemaskini Jawatan Tertinggi dalam Jabatan / Pejabat Tenaga sesebuah JTK / PTK Kerja Menambah Berita Baru Masukan berita dalam laman Buletin 6.1)

Muka Surat 33 34

35

36

37

37

Kemaskini Kata Laluan

Rajah 6.1.1 Hanya digunakan untuk Menukar Kata Laluan. Isikan ruangan “Kata Laluan Semasa” dengan kata laluan yang digunakan bila mendaftar masuk tadi. Berikan Kata Laluan Baru dengan mengisi pada ruangan “Kata Laluan Baru” dan “Pengesahan Kata Laluan Baru” klik pada kekotak “Tukar Kata Luluan” untuk menukar kata laluan. Seperti dalam Rajah 6.1.1.

33

6.2)

Mendaftar Kumpulan Pengguna Klik kemaskini utk buat penukaran

1 Klik pada Butang ini untuk Mewujudkan Kumpulan Baru

Padam Rekod yang diwujudkan

4

2

Masukkan Kod Kumpulan

3

Masukkan Nama Kumpulan

Tandakan modul yang diberikan akses oleh pengguna berkenaan

Rajah 6.2.1 Mewujudkan kumpulan baru. Setiap Kumpulan yang diwujudkan boleh diberi tugas-tugas khas atau menghadkan kegunaanya. Masuk ke menu “Mendaftar Kumpulan Pengguna“ untuk mewujudkan kumpulan penggunaan baru klik pada “Tambah kod kumpulan”. Beri kod dan Nama untuk kumpulan baru dan pilih aktif. Kemudian tanda pada akses yang boleh digunakan oleh kumpulan tersebut. Untuk kemaskini kumpulan yang wujud, klik pada pautan Kemaskini. Jika ingin membatalkan kumpulan yang diwujudkan sila klik pada Padam Rekod.

34

6.3)

Mendaftar Akaun Baru

Untuk mendaftar pengguna baru klik pada pilihan “Mendaftar Akaun Baru” dari kekotak “Akaun Pengguna”. Disini anda boleh melihat semua Nama pengguna yang sudah didaftarkan oleh Pihak JTK Putrajaya dan untuk mendaftar akaun baru, sila klik kekotak “Membuka Akaun Baru” seperti di Rajah 6.3.1.

Klik pada Membuka Akaun Baru

Rajah 6.3.1 Sekarang anda akan dibawa ke skrin daftar masuk pengguna baru, anda perlu melengkapkan setiap butiran yang dinyatakan dengan lengkap seperti Rajah 6.3.2. Status pengguna perlulah “Aktif” sekiranya dia perlu menggunakan laman web ini. Sekiranya statusnya “Tidak Aktif” kata laluan pengguna ini akan disekat.

1

Pilih Pejabat Tenaga Kerja

2

Klik disini bagi Pemegang Jawatan Tertinggi di PTK/JTK

3

Masukkan ID Pengguna & Kata Laluan

4 Pilih Kumpulan Pengguna

5 Rajah 6.3.2

35

Setelah lengkap klik Simpan

6.4)

Cetak Senarai Pengguna

Anda boleh mencetak senarai pengguna- pengguna di JTK atau PTK. Bahagian ini juga boleh mencetak tugasan- tugasan sesebuah kumpulan pengguna. Rajah 6.4.1 menunjukan Akaun Pengguna dan Rajah 6.4.2 menunjukkan Kumpulan Pengguna.

1

Klik pada Akaun Pengguna

2 Pilih Kumpulan Pengguna yang perlu dicetak

Rajah 12.4.1 Rajah 6.4.1

2 1

Klik pada Kumpulan Pengguna

Rajah 12.4.2 Rajah 6.4.2

36

Pilih Jabatan/Pejabat yang perlu dicetak senarai pengguna

6.5)

Kemaskini Maklumat Jabatan / Pejabat Tenaga Kerja

Rajah 6.5.1 Bahagian ini menentukan jawatan tertinggi di setiap JTK/PTK. Jawatan ini akan dijana dan dipaparkan pada bahagian tandatangan pada setiap surat. 6.6)

Menambah Berita Baru

Klik Menambah Berita Baru

Rajah 6.6.1 Berikutnya ialan Menambah Buletin Baru hanya boleh diakses oleh Pihak JTK Putrajaya sahaja. Segala maklumat berkenaan dengan sistem epampasan. Sila klik pada “Menambah Berita Baru”. Untuk mengemaskini semula berita yang telah diwujudkan sila klik pada “Kemaskini” dan untuk membatalkan rekod sila klik pada “Padam Rekod”.

37

Rajah 6.6.2 Untuk menambah berita baru anda perlu melengkapkan ruangan Subjek, Kandungan Berita yang ingin disampaikan, Kumpulan Pekerja yang akan disampaikan paparan berita seperti Pejabat Tenaga Kerja atau Pejabat Tenaga Kerja & Awam dan Status berita Aktif atau Tidak Aktif. Kemudian klik pada “Simpan”. Berikut adalah keterangan bagi pilihan “Kumpulan” dan “Status”:-

Kumpulan

Keterangan

Pejabat Tenaga Kerja

Hanya boleh dilihat oleh pihak JTK sahaja

Pejabat Tenaga Kerja & Awam

Boleh dilihat oleh semua pihak

Status Aktif Tidak Aktif

Keterangan Berita atau Pengumuman tersebut masih aktif Berita atau Pengumuman tersebut sudah tidak aktif atau sudah tidak diperlukan

38

7) UTILITI

Memudahkan carian dan Menyemak Status bagi setiap permohonan

1

ID Pegawai yang membuat Laporan akan tertera

Menyemak Tarikh Dikemaskini

Klik Menambah Laporan Baru

Status Permohonan

Menyemak Maklumat

Rajah 7.1.1 Sekiranya maklumat atau polisi yang anda cari berkenaan dengan seseorang pekerja asing tersebut tidak dijumpai melalui sistem, anda boleh membuat laporan dengan menggunakan Utiliti. Sila klik pada kekotak Menambah Laporan Baru dan anda akan dibawa ke skrin berikutnya. ID Pengguna Pegawai yang membuat Laporan akan tertera, untuk membuat semakan bagi setiap permohonan yang telah dibuat sila klik pada Pilih dan anda boleh menyemak Komen dan Maklumam Balas berkenaan dengan Laporan tersebut.

39

4

Setelah Tambah Laporan Baru klik Disini Maklumat Berikut akan tertera setelah anda Klik Tambah Laporan Baru

Masukkan No Tel Pegawai & Alamat Emel untuk dihubungi oleh PSPPA

2

Lengkapkan Maklumat dan Komen Polisi yang tidak dijumpai

3 Setelah lengkap klik pada Tambah Laporan Baru

Rajah 7.1.2 Lengkapkan bahagian berikut, kemudian masukkan komen dengan menyatakan maklumat yang tidak dapat dijumpai di dalam Sistem ePampasan bagi memudahkan Pihak SPPA menyemak melalui sistem atau Pihak Insurans. Setelah lengkap klik pada Tambah Laporan Baru.

40

Klik Disini jika ingin Tambah Komen Untuk membatalkan Laporan Utiliti

Untuk Menutup Kes Yang Dilaporkan

Contoh Kes yang dilaporkan dan Maklum Balas dari Pihak SPPA

Rajah 7.1.3 Berikut adalah contoh Komen & Maklum Balas antara PTK/JTK dengan Pihak SPPA berkaitan Maklumat Polisi yang tidak dijumpai. BUTANG PILIHAN Tambah Komen Laporan

Tamat

Laporan Dibatalkan

HURAIAN Sekiranya PTK/JTK ingin memberi maklum balas dan memaklumkan kepada Pihak SPPA maklumat yang telah disalurkan adalah Tidak Lengkap atau Tidak Dijumpai Untuk Menutup Kes Yang Dilaporkan setelah Pihak SPPA memberi maklum balas dan Maklumat Polisi telah dijumpai Untuk Membatalkan Laporan Utitili yang dibuat

41

Rajah 7.1.4 Laporan yang telah Ditutup atau Dibatalkan tidak boleh dibuat sebarang pindaan lagi contoh seperti dalam Rajah 7.1.4 di atas.

42