Headline MediaTitle Date Section Page No Language Journalist Frequency
Khasiat daun bidara dikomersialkan Sinar Harian (Utara) 06 Mar 2018 NEWS 40 Malay N/A Daily
Color Circulation Readership ArticleSize AdValue PR Value
Full Color 160,000 509,000 274 cm² RM 1,919 RM 5,757
Khasiat daun bidara dikomersialkan KUALA NERANG - Keistimewaan daun bidara dalam dunia perubatan sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ramai pengamal perubatan tradisional dan moden kini menjadikan daun itu sebagai perubatan alternatif merawat pelbagai penyakit. Justeru itu, anak muda dari Taman Sentosa di sini mengambil kesempatan mempelbagaikan lagi keistimewaan daun bidara yang banyak keistimewaannya itu dengan menjadikannya gel mandian bidara. Menurut Ahmad Muzakir Ahmad Shukri, 29, sebelum ini, daun bidara kurang dikenali kerana tiada proses hiliran berkaitan produk yang dihasilkan melalui daun itu kerana tiada penerokaan dilakukan mengenai keistimewaannya. “Oleh itu, saya cuba buat kajian dengan menghasilkan daun bidara itu sebagai gel mandian yang mempunyai banyak khasiatnya dan cuba komersialkannya,” kata bekas pelajar perubatan Islam Darul Syifa ini. Menurutnya, melalui syarikat Sri Nasuha Resources, sebanyak 6,000 botol gel mandian daun bidara berjaya dipasarkan pada tahun lalu, dan ini menunjukkan peningkatan berbanding hanya 1,000 hingga 3,000 sahaja berjaya dipasarkan sebelum ini. Katanya, gel mandian daun bidara itu mampu membantu merawat pelbagai penyakit seperti demam panas, jerawat, kekuatan rambut, kulit, bisul dan sebagainya. "Daun bidara mempunyai kandungan mineral kalsium yang tinggi bagi menguatkan serta merawat kesihatan tulang dan gigi, serta mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. “Banyak dalil yang menunjukkan khasiat daun bidara
ini sangat baik untuk penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi dan gangguan makhluk halus. Oleh itu saya menjadikannya sebagai gel untuk dijadikan sebagai perubatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit berkenaan,” katanya yang mula beroperasi pada 2016. Menurut Ahmad Muzakir, sambutan produknya kini sangat menggalakkan kerana sudah berjaya memasarkannya hingga ke luar negara seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Katanya, produk tersebut juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM), Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP), Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan Malaysia Best (BEST) dari Fama. “Kini syarikat berjaya mengeluarkan dua lagi produk berasaskan daun bidara iaitu sabun muka dan minyak bidara yang sesuai untuk memulihkan diri daripada masalah sihir dan kulit muka. "Sambutannya kini sungguh menggalakkan dan kami berharap dapat memasarkannya hingga ke seluruh Malaysia juga,” katanya yang turut mempunyai pusat rawatan perubatan Islam.
Daun bidara mempunyai kandungan mineral kalsium yang tinggi bagi menguatkan serta merawat kesihatan tulang dan gigi, serta mengandungi antioksidan yang sangat tinggi."
- Ahmad Muzakir
Headline MediaTitle Date Section Page No Language Journalist Frequency
Khasiat daun bidara dikomersialkan Sinar Harian (Utara) 06 Mar 2018 NEWS 40 Malay N/A Daily
Color Circulation Readership ArticleSize AdValue PR Value
Full Color 160,000 509,000 274 cm² RM 1,919 RM 5,757
Ahmad Muzakir menunjukkan produknya berasaskan daun bidara yang kini mendapat sambutan menggalakkan.