PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD

kastam diraja malaysia cukai barang dan perkhidmatan panduan invois cukai dan penyimpanan rekod...

175 downloads 490 Views 2MB Size
KASTAM DIRAJA MALAYSIA

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

KANDUNGAN PENGENALAN ............................................................................................................. 1 Pelaksanaan Am Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ........................................ 1 INVOIS CUKAI SECARA UMUM ................................................................................. 1 Pengeluaran Invois Cukai .......................................................................................... 3 Invois Cukai Tidak Perlu Dikeluarkan ........................................................................ 3 JENIS INVOIS CUKAI .................................................................................................. 4 Invois Cukai Lengkap ................................................................................................ 5 Invois Cukai Dipermudahkan ................................................................................... 10 Invois Bil Kendiri ...................................................................................................... 17 Penyata Jualan atau Invois yang Dikeluarkan Oleh Pelelong.................................. 21 Invois Cukai dan Pembekalan yang Diberi Pelepasan ............................................ 23 Invois Cukai Dalam Mata Wang Asing .................................................................... 24 Pengimportan Barang Dan Perkhidmatan ............................................................... 26 Invois Cukai Elektronik ............................................................................................ 26 Invois Cukai Hilang atau Tersilap Letak .................................................................. 27 Invois Proforma ....................................................................................................... 27 NOTA KREDIT DAN NOTA DEBIT ............................................................................ 28 Nota Kredit............................................................................................................... 29 Nota Debit................................................................................................................ 33 Butir-butir Pada Nota Kredit Dan Nota Debit ........................................................... 37 Penyimpanan Rekod Kredit ..................................................................................... 40 PENYIMPANAN REKOD ........................................................................................... 40 Apa Itu Rekod? ........................................................................................................ 41 Rekod Komputer/Elektronik ..................................................................................... 44 Penyimpanan Rekod Di Luar Negara ...................................................................... 45 i Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

REKOD PADA LEMBARAN RINGKASAN CBP ....................................................... 45 REKOD YANG DIPERLUKAN BAGI TUNTUTAN PELEPASAN CBP ATAS HUTANG LAPUK ....................................................................................................... 49 INVOIS CUKAI TIDAK PERLU DIKELUARKAN DAN PENYIMPANAN REKOD ..... 51 Orang berdaftar CBP di bawah Pelepasan Barang Terpakai .................................. 52 Skim Kadar Rata ..................................................................................................... 53 Skim Pengilang Tol Diluluskan (ATMS) ................................................................... 60 Pendaftaran Kumpulan CBP.................................................................................... 62 Usaha Sama ............................................................................................................ 72 KES-KES LAIN .......................................................................................................... 73 Ejen ......................................................................................................................... 73 Pelelong .................................................................................................................. 74 Pengambilan Semula Barang Oleh Pemberi Pinjaman/Pembiaya .......................... 75 Barang Gantian ....................................................................................................... 77 Faedah Pekerja ....................................................................................................... 79 SOALAN LAZIM ......................................................................................................... 80 MAKLUMBALAS ATAU KOMEN .............................................................................. 83 MAKLUMAT LANJUT ................................................................................................ 84

ii Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

PENGENALAN 1.

Panduan khusus ini disediakan untuk membantu perniagaan memahami

perkara berkaitan dengan layanan CBP ke atas invois cukai dan penyimpanan rekod. Pelaksanaan Am Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) 2.

CBP adalah cukai berperingkat yang dikenakan kepada pengguna domestik.

CBP dikenakan ke atas semua pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai di Malaysia selain yang dikecualikan secara khusus. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan ke Malaysia. 3.

Pembayaran cukai dibuat secara berperingkat-peringkat oleh perantara dalam

proses pengeluaran dan pengagihan. Walaupun cukai yang akan dibayar sepanjang rantaian pengeluaran dan pengedaran, hanya nilai ditambah pada setiap peringkat yang dikenakan cukai, ini akan mengelakkan cukai dua kali. 4.

Di Malaysia, seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan dikenali sebagai orang yang berdaftar. Orang yang berdaftar dikehendaki untuk mengenakan CBP (cukai output) ke atas pembekalan bercukai yang dibuat kepada pelanggan. Beliau juga dibenarkan untuk menuntut cukai input kredit ke atas apa-apa CBP (cukai input) yang dilakukan ke atas pembelian input kepada perniagaannya. Oleh itu, cukai itu sendiri tidak merupakan satu kos kepada pengantara dan tidak kelihatan sebagai item perbelanjaan dalam penyata kewangan mereka. INVOIS CUKAI SECARA UMUM 5.

Dokumen yang paling penting dalam sistem CBP adalah invois cukai. Dokumen

ini lazimnya dikeluarkan oleh pembekal bagi memaklumkan pembeli berkenaan tanggunjawabnya untuk membuat bayaran ke atas mana-mana transaksi. Ia mengandungi maklumat tertentu seperti butiran berkenaan orang berdaftar dan pembekalan, kadar CBP dan jumlah CBP yang perlu dibayar seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang CBP. Invois cukai adalah bukti yang penting untuk:

1 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(a)

menyokong tuntutan orang berdaftar CBP untuk potongan CBP (cukai input) yang ditanggung atas pembelian berkadar standard;

(b)

mencetuskan masa pembekalan sebagaimana tarikh invois dalam menentukan CBP yang akan diakaunkan oleh orang berdaftar di atas pembekalan barang dan perkhidmatan (perakaunan berasaskan invois); Contoh 1 Pengilang perabot (orang berdaftar CBP dalam tempoh bercukai bulanan) membekalkan perabot kepada peruncit pada 15 Jun 2015. Pengilang mengeluarkan invois pada 20 Jun 2015 dan bayaran diterima pada 3 Julai 2015. 20 Jun 2015 yang mana adalah tarikh invois cukai merupakan masa pembekalan dan orang berdaftar perlu mengakaunkan CBP kepada pihak berkuasa cukai dalam tempoh bercukai Jun walaupun bayaran diterima pada 3 Julai 2015.

(c)

menentukan pembekalan yang dibuat olehnya perlu dimasukkan dalam tempoh bercukai tertentu; Contoh 2 Berdasarkan contoh dalam subperenggan (b) di atas, tarikh akhir untuk memfailkan penyata bagi pembekalan perabot tidak harus lewat daripada hari terakhir bulan Julai 2015 iaitu berdasarkan tarikh invois memandangkan tempoh bercukai pengilang ialah pada Jun 2015.

(d)

menentukan bila cukai input boleh dituntut berdasarkan invois cukai yang diterima daripada pembekal; Contoh 3 Peruncit yang berdaftar untuk CBP boleh menuntut cukai input atau CBP yang dikenakan ke atas pembelian perabot untuk kegunaan dalam aktiviti yang bercukai. Cukai input boleh dituntut oleh peruncit selagi dia mempunyai invois cukai daripada pembekal walaupun pembayaran belum dibuat untuk pembekalan berkenaan. 2

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Pengeluaran Invois Cukai 6.

Invois cukai adalah serupa dengan invois komersil atau resit, tetapi ia

mengandungi butiran atau maklumat tambahan seperti yang ditentukan di bawah perundangan CBP. Umumnya, setiap orang berdaftar yang membuat pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai dikehendaki mengeluarkan invois cukai. 7.

Invois cukai mesti dikeluarkan dalam tempoh 21 hari dari masa pembekalan.

Pembekal mestilah menyimpan salinan invois cukai dan salinan asal hendaklah disimpan oleh penerima. Hanya orang berdaftar CBP boleh mengeluarkan invois cukai sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak. 8.

Sebagai orang berdaftar, anda perlu mempunyai invois cukai untuk menuntut

kredit cukai input. Tanpa invois cukai yang sepatutnya, orang berdaftar CBP dan pelanggan beliau yang juga orang berdaftar CBP, tidak boleh menuntut CBP yang ditanggung ke atas pembelian barang atau perkhidmatan yang bercukai. Di samping itu, pembeli asing (pelancong) juga memerlukan invois cukai untuk menuntut pembayaran balik CBP atas pembelian barang bercukai. 9.

Walau bagaimanapun, di bawah keadaan tertentu (cukai input yang tidak

dibenarkan), anda mungkin tidak layak untuk menuntut cukai input walaupun mempunyai invois cukai daripada pembekal. Invois Cukai Tidak Perlu Dikeluarkan 10.

Invois cukai tidak perlu dikeluarkan apabila orang berdaftar membuat

pembekalan berikut: (a)

pembekalan berkadar sifar;

(b)

pembekalan yang dibuat tanpa balasan yang dikenakan cukai (disifatkan sebagai suatu pembekalan); Contoh 4 Pembekalan hadiah bernilai lebih daripada RM500.00 kepada pelanggan dalam perjalanan perniagaan atau aset perniagaannya dibekalkan untuk kegunaan persendirian.

3 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

11.

Walau bagaimanapun, invois cukai yang berkaitan dengan pembekalan

berkadar sifar dan yang disifatkan sebagai suatu pembekalan hendaklah dikeluarkan bagi tujuan tuntutan cukai input apabila orang berdaftar CBP meminta invois tersebut. Jika invois cukai yang dikeluarkan adalah untuk pembekalan berkadar sifar, pembekal mesti menunjukkan bahawa CBP adalah dikenakan pada kadar sifar peratus (0%). 12.

Invois cukai tidak boleh dikeluarkan untuk: (a)

apa-apa pembekalan barang terpakai di bawah skim pelepasan barang bercukai;

(b)

apa-apa pembekalan perkhidmatan diimport; dan

(c)

apa-apa pembekalan barang yang dirawat atau diproses yang dianggap telah dibekalkan oleh penerima di bawah skim pengilang tol diluluskan; atau

13.

Tiada invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai suatu cukai

boleh dikeluarkan(a)

atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang bukan suatu pembekalan yang bercukai;

(b)

atas apa-apa pembekalan berkadar sifar; atau

(c)

oleh mana-mana orang yang bukan seorang berdaftar.

JENIS INVOIS CUKAI 14.

Pengeluaran invois cukai boleh dikelaskan seperti berikut: (a)

(b)

Invois cukai (i)

Invois cukai lengkap

(ii)

Invois cukai diperdipermudahkankan

Invois dianggap sebagai Invois Cukai (i)

Invois bil kendiri

(ii)

Invois atau penyata jualan yang dikeluarkan oleh pelelong

4 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Invois Cukai Lengkap 15.

Invois cukai lengkap mesti mengandungi maklumat berikut: (a)

perkataan ‘invois cukai’ di tempat yang ketara;

(b)

nombor siri invois cukai;

(c)

tarikh pengeluaran invois cukai;

(d)

nama, alamat dan nombor pengenalan pembekal;

(e)

nama dan alamat orang yang menerima pembekalan barang atau perkhidmatan;

(f)

pemerihalan yang mencukupi untuk mengenalpasti barang atau perkhidmatan yang dibekalkan;

(g)

bagi setiap perihalan, bezakan jenis pembekalan untuk kadar sifar, standard dan dikecualikan, kuantiti barang atau takat perkhidmatan dibekalkan dan amaun kena dibayar tidak termasuk cukai;

(h)

apa-apa diskaun yang ditawarkan;

(i)

jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk cukai, kadar cukai dan jumlah cukai dikenakan ditunjukkan secara berasingan;

(j)

jumlah amaun kena dibayar termasuk jumlah cukai dikenakan; dan

(k)

apa-apa amaun merujuk kepada subperenggan (i) dan (j) yang dinyatakan dalam mata wang selain daripada Ringgit, hendaklah juga dinyatakan dalam Ringgit menurut perenggan 5 Jadual Ketiga, Akta CBP 2014.

Contoh invois cukai lengkap adalah seperti di Rajah 1.

5 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 1: Contoh Invois Cukai Lengkap (Pembekalan Bercukai) Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP

KILANG KASUT SEDAP PAKAI SDN.BHD. Lot 123, Jalan Pengkalan, 31500 Lahat, Perak (GST ID No: 100001/2015) Tel : 05-3349876

No. Invois: 0001111 Tarikh : 25 Jun 2015 No. N/H : S000345

INVOIS CUKAI

Nama & alamat pelanggan

perkhidmatan

1. 2. 3.

Perihal

Kuantiti

Kasut Sekolah SS1201 Kasut Sekolah SS1210 Kasut Sukan SP2315

Harga perunit (RM)

200 200 50

8.00 10.00 25.00

Jumlah (RM)

1,600.00 2,000.00 1,250.00 4,850.00

Diskaun @ 10%

Kuantiti barang atau takat perkhidmatan dibekalkan

Tarikh invois cukai

Perkataan “Invois Cukai” dinyatakan dengan jelas

Kepada : Syarikat Kasut Ali Sdn. Bhd. No. 27, Jalan Maju Jaya, Perihal barang atau 31400 Ipoh, Perak No. Siri

Nombor bersiri invois cukai

(485.00)

Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk CBP

4,365.00 Tambah CBP @ 6%

Jumlah Jualan

Kadar CBP

Jumlah amaun CBP dikenakan

261.90

4,626.90

Jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP

………………………………………………………… KILANG KASUT SEDAP PAKAI SDN.BHD.

Invois Cukai bagi Pembekalan Bercampur 16.

Invois cukai boleh mengandungi

butir-butir bagi

lebih daripada satu

pembekalan (pembekalan bercukai dan pembekalan dikecualikan). Misalnya, invois yang dikeluarkan oleh syarikat insurans bagi pembekalan insurans perubatan, insurans kebakaran, insurans kenderaan bermotor (berkadar standard) dan insurans hayat (dikecualikan) kepada pembeli yang sama. Apabila ini berlaku, invois cukai (invois cukai lengkap atau invois cukai dipermudahkan) hendaklah dengan jelas membezakan antara pelbagai pembekalan tersebut dan menunjukkan secara 6 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

berasingan nilai terlibat dan cukai yang dikenakan (jika ada) bagi setiap pembekalan untuk tujuan CBP. Orang berdaftar boleh menggunakan apa-apa penunjuk yang diingini untuk membezakan pelbagai pembekalan. Contoh invois cukai lengkap bagi pembekalan bercampur adalah seperti berikut: Rajah 2: Contoh Invois Cukai Lengkap (Pembekalan Bercampur – Kadar Standard dan Dikecualikan) Nombor bersiri invois cukai

Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP

No. Invois: 0001114

PRU DEN INSURANCE SDN. BHD. Lot 123, Jalan Meru, 43210 Klang, Selangor Tel: 03-33498765 (GST ID No: 100004/2015) INVOIS CUKAI SYARIKAT AL AMIN SDN. BHD. No. 27, Jalan Kapar, 43210 Klang, Selangor (GST ID No: 100004/2015) Petunjuk bagi pembekalan dikecualikan

Petunjuk bagi pembekalan berkadar standard

No.

Tarikh : 25 Jun 2015 Perkataan “Invois Cukai” dinyatakan dengan jelas

Nama & alamat pelanggan

Jumlah

Perihal

(RM)

1.

**Premium insurans hayat (CEO)

200.00

2.

*Premium insurans perubatan (10 pekerja@ RM70 seorang)

700.00

3.

*Premium insurans kebakaran (1 bangunan pejabat)

2,000

4.

*Premium insurans kenderaan motor (3 syarikat kenderaan @ RM1,000 seunit)

3,000

Jumlah (tidak termasuk CBP) Perihal perkhidmatan dibekalkan

CBP dikenakan @ 6%

Item 3

**Dikecualikan

1

Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk CBP

5,900.00 342.00

Jumlah amaun dikenakan

Ringkasan CBP *6%

Tarikh invois cukai

6,242.00

Amaun(RM) 5,700.00

CBP (RM) 342.00

200.00

Nil

Jumlah amaun CBP dikenakan

Jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP

PRU DEN INSURANCE SDN. BHD.

7 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 3: Contoh Invois Cukai Lengkap (Pembekalan Bercampur – Berkadar Standard dan Sifar)

DORY MART SDN. BHD. Lot 123, Jalan Raja, 98000 Miri, Sarawak Tel : 085-650000 (GST ID No: 100004/2015)

Nombor bersiri invois No. Invois Cukai: T01114 cukai

Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP

Tarikh: 7 November, 2015

tgttnnum ber Tarikh invois cukai

INVOIS CUKAI

BIG CAFE SDN. BHD. Lot 123, Jalan Pujut, 98000 Miri, Sarawak Tel : 085-659090 Petunjuk bagi pembekalan berkadar standard

Perkataan “Invois Cukai” dinyatakan dengan jelas

Nama & alamat pelanggan

No.

1.

Kuantiti

Perihal *Julie’s Biskut Perisa Lemon

Jumlah (RM)

10

10.00

100.00

10

5.00

50.00

50

1.00

50.00

30

2.00

60.00

10

2.30

23.00

10

0.70

7.00

A1101

2.

*Yogurt (Unit) A1102

Petunjuk bagi pembekalan berkadar sifar

Harga seunit

3.

*Air Mineral A1103

4.

**Tepung B0123

5.

**Gula B0234

6.

**Garam B098

Perihal barang dibekalkan

Kadar CBP

Ringkasan CBP * 6% ** 0%

Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk CBP

Jumlah (tidak termasuk CBP) *CBP dikenakan @ 6%

Jumlah amaun CBP dikenakan

Jumlah amaun dikenakan

Amaun(RM) 200.00 90.00

290.00 12.00

Cukai(RM) 12.00 0.00

302.00

Jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP

........................................................ ............................................................

DORY MART SDN. BHD.

............................................................

8 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 4: Contoh Invois Cukai Lengkap (Pembekalan Bercampur – Berkadar Standard dan Sifar dengan Diskaun)

EXTRA MART SDN. BHD. Lot 123, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur Tel: 03–6209 9000 (GST ID No: 100004/2015)

Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP

INVOIS CUKAI

Nama & alamat pelanggan

ZT Tepung 1kg Petunjuk bagi pembekalan berkadar standard

Petunjuk bagi pembekalan berkadar sifar

Kadar CBP

Disk. ST Mentega Berkrim 500gm Disk. ST Keju Philadelphia 290gm Disc. ZT Tepung Sago 1kg ZT Gula Kasar 1kg ST Yis Merah Segera ST Pes Pandan 30ml ST Pes Vanila 30ml

Tarikh: 1 Jun 2015 Tarikh invois cukai

SUPREMO CAKE SDN. BHD. No 69, Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur Tel: 03-4026 9999 Perihal barang dibekalkan

No. Invois: T01114

Perkataan “Invois Cukai” dinyatakan dengan jelas

000181

KUANTITI 50

RM 1.90

000111

20

7.90

000119

17

12.90

000221 000212 000129 000321 000921

31 25 18 19 19

2.85 2.30 4.30 5.10 5.10

Jumlah Item Jumlah Jualan (Tidak Termasuk CBP) CBP dikenakan@ 6% ke atas RM610.00 Jumlah Jualan (Termasuk CBP)

Jumlah amaun CBP dikenakan

Jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP

Kupon TUNAI TUNAI Baki Ringkasan CBP ST @ 6% ZT @ 0%

Amaun(RM) 610.00 231.35

JUMLAH PENJIMATAN

RM48.00

Nombor bersiri invois cukai tgttnnumber

RM 95.00 -9.50 158.00 -20.00 219.30 -18.50 88.35 57.50 77.40 96.90 96.90

Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk CBP

199 841.35 36.60 877.95

100.00 800.75 35.00

Cukai(RM) 24.40 0.00

........................................................

EXTRA MART SDN. BHD.

............................................................

9 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 5: Contoh Invois Cukai Lengkap (Pembekalan Bercampur – Berkadar Standard dan Sifar dengan Diskaun) Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP

KOWAYS (M) SDN. BHD. No.69, Jalan Raja, 20200 Kuala Terengganu Terengganu Tel: 09 - 6228 9000 Faks: 09 – 6228 8000 (GST ID No: 100004/2015) Nama & alamat pelanggan

No. Invois: T090909 Tarikh: 18 November 2015

INVOIS CUKAI

AIMS STOCKIST SDN. BHD. No 19, Jalan Tun Husin, 20200 Kuala Terengganu Terengganu Tel: 09 - 6229 7777 No

Perihal

Kuantiti

Perihal barang dibekalkan Petunjuk bagi 1. pembekalan berkadar sifar

2.

3. 4. 5. 6.

Harga Seunit

Perkataan “Invois Cukai” dinyatakan dengan jelas

Jumlah

Disk (RM)

18.90

567.00

10

21.90

219.00

25 10

15.90 19.90

397.50 199.90

15

25.00

375.00

20

10.50

210.00

(RM)

Jumlah termasuk CBP (RM)

-56.70

510.30

0.00

510.30

-21.90

197.10

0.00

197.10

Nil

397.50

23.85

421.35

-9.99

189.91

11.39

201.30

-18.75 Nil

356.25 210.00

21.38 12.60

377.63 222.60

1,861.06 69.22 PENGGENAPAN JUMLAH KENA DIBAYAR TERMASUK CBP BAUCAR TUNAI TUNAI BAKI

1,930.28 0.02

JUMLAH AMAUN KENA DIBAYAR Petunjuk bagi pembekalan berkadar standard

Kadar CBP

CBP @ 6%

(RM)

30

Tarikh invois cukai

Jumlah tidak termasuk CBP (RM)

(RM)

T0 Beras Organik 5kg Disk. @ 10% T0 Minyak Kacang Organik 750ml Disk. @ 10% T6 Teh Hijau Farm 10bags T6 Pelembut Eco 500ml Disk. @ 5% T6 Pencuci Kain Eco 500ml Disk. @ 5% T6 Eco Ironing Aid 300ml

Nombor bersiri invois cukai tgttnnum ber

Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk CBP Jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP

1,930.30 50.00 1,900.00 19.70

........................................................

KOWAYS (M) SDN. BHD. *** T6 : ST 6% T0 : CBP 0%

............................................................

10 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jumlah amaun CBP dikenakan

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Invois Cukai Dipermudahkan 17.

Terdapat keadaan di mana Ketua Pengarah boleh, atas permintaan secara

bertulis

membenarkan

orang

berdaftar

untuk

mengeluarkan

invois

cukai

dipermudahkan kepada pelanggan mereka mengikut seksyen 33(3) Akta CBP 2014. Pengeluaran invois ini biasanya melibatkan peruncit yang menjana jumlah invois harian yang banyak seperti pasar raya, pasar mini, restoran, salun kecantikan, stesen minyak, bengkel motor dan lain-lain kedai jualan. 18.

Invois cukai dipermudahkan boleh dikeluarkan tanpa mengira apa-apa jumlah

jualan dan boleh berlaku dalam bentuk invois, resit, baucar atau apa-apa dokumen lain yang seumpamanya dengan syarat ia mengandungi butir-butir yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Contohnya, orang yang berdaftar membuat permohonan ke Ketua Pengarah untuk membenarkannya untuk tidak memasukkan butir-butir yang ditetapkan di dalam invois cukai lengkap seperti berikut: (a)

perkataan “Invois Cukai”

(b)

nama dan alamat penerima; dan

(c)

harga dan cukai bagi setiap item ditunjukkan secara berasingan.

Dalam kes ini, Ketua Pengarah boleh membenarkan invois sedemikian dikeluarkan oleh orang berdaftar dengan syarat invois ini mengandungi butir-butir seperti berikut: (a)

nama, alamat dan nombor pengenalan pembekal;

(b)

tarikh pengeluaran invois cukai;

(c)

nombor siri invois cukai;

(d)

pemerihalan yang mencukupi untuk

mengenalpasti

barang atau

perkhidmatan yang dibekalkan; (e)

bagi setiap perihalan, bezakan jenis pembekalan untuk kadar sifar, standard dan dikecualikan, kuantiti barang atau takat perkhidmatan dibekalkan dan amaun kena dibayar termasuk cukai;

(f)

jumlah amaun kena dibayar termasuk jumlah cukai yang dikenakan; dan

(g)

kadar cukai dan amaun cukai yang dikenakan.

11 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Contoh invois cukai dipermudahkan adalah seperti di Rajah 6, 7 dan 8 di bawah. Rajah 6: Contoh Invois Cukai Dipermudahkan (Pembekalan Bercukai)

Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP

Perihal barang atau perkhidmatan dibekalkan

Kadar CBP

COMFORT PARKING SDN. BHD. GF1-03, Kompleks Beli-Belah, Jalan Kenangan, 41100 Klang, Selangor. No. siri invois (GST ID No: 003456/2014) cukai Tel : 03-33498765 Deskripsi

No. Invoi s: A00295 Tarikh: 25.6.2015 Tarikh invois cukai

Jumlah (RM)

Bayaran Pakir – 3 jam @ RM1 sejam

3.18

Penggenapan

0.02

AMAUN PERLU DIBAYAR

Jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP

*3.20 Jumlah amaun CBP dikenakan

* CBP @ 6% termasuk dalam jumlah

RM0.18

12 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 7: Contoh Invois Cukai Dipermudahkan (Pembekalan Bercampur)

Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP

AGRO SHOPPING CENTRE SDN BHD

DESA PINGGIRAN PUTRA, SG. MERAB TEL: 03 – 88960000

FAX: 03 – 88961111

CBP Reg. No: ………………… Date: 30/6/2015

Tarikh invois cukai

15:35:45

Nombor bersiri invois cukai Petunjuk bagi pembekalan berkadar standard

No. Invois: V001619

Unit BISKUT PNKL [PACK] Perihal barang atau perkhidmatan dibekalkan

Harga Seunit (RM)

1

3.90

Jumlah (RM) 3.90

S

010611 PRINGLES SC 182G [PCS]

1

6.90

6.90

S

001002

Petunjuk bagi pembekalan berkadar sifar supply

GULA

2

1.45

2.90

Z

123235 Jumlah Item

4

Jumlah jualan termasuk CBP @ 6%

13.70

Penggenapan

0.00

Tunai

14.00 Kadar CBP

Baki Ringkasan CBP

Amaun(RM)

S = 6%

10.19

Z = 0%

2.90

Cetak

: 30/6/2015

Jurujual

: Amin

Jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP

0.30 Tax(RM) 0.61

Jumlah amaun CBP dikenakan

0.00

13 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 8: Contoh Invois Cukai Dipermudahkan (Pembekalan Bercampur dengan Diskaun) Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP

Tarikh invois cukai

Perihal barang atau perkhidmatan dibekalkan

Nombor bersiri invois cukai

ABEEDEEN TRADING Jalan Taman Pasir Puteh, Putatan, 88998 Kota Kinabalu, Sabah CBP ID: XXXXXXXX No. Invois: IV669988 07-04-15 09.06PM Salesperson: SAREZAN

Lay’s Sour Cream & Onion 120G 209001001072 Diskaun @ 10%

RM

RM

Code

1*7.95 ea

7.95 -0.79

T6

Petunjuk bagi pembekalan berkadar standard supply

Corntoz Keju Bercili 60G 209002001082

2*1.40 ea

2.80

T6

Frost Root Beer 600ML 209003001092

2*1.60 ea

3.20

T6

Cactus Air Mineral 1500ML 209004001088 Diskaun @ 5%

6*1.10 ea

6.60 -0.33

T6

Gula Kasar 1KG 209005009099 Diskaun @ 5%

2*2.30 ea

4.60 -0.23

T0

Item Dikira Jumlah Jualan Termasuk CBP @ 6% Penggenapan Jumlah Jualan (Digenapkan)

13 23.80 0.00 23.80

TUNAI Baki TUNAI

50.00 26.20

Kadar CBP

Ringkasan CBP T4 T0 Jumlah Penjimatan Promosi

Jumlah (RM) 18.33 4.37

Cukai (RM) 1.10 0.00 1.35

Petunjuk bagi pembekalan berkadar sifar

Jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP

Jumlah amaun CBP dikenakan

14 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Invois Cukai Dipermudahkan dan Tuntutan Cukai Input 19.

Invois cukai dipermudahkan boleh digunakan untuk menuntut cukai input.

Dalam kes invois cukai yang diluluskan tanpa nama dan alamat penerima, amaun cukai input yang boleh dituntut adalah sehingga RM30.00. Jika jumlah CBP adalah lebih daripada RM30.00, cukai input hanya boleh dituntut sehingga had RM30.00 dengan menggunakan invois cukai ini. Oleh itu, penerima hendaklah meminta invois cukai yang mengandungi nama dan alamatnya untuk membolehkannya menuntut cukai input sepenuhnya jika amaun cukai input melebihi RM30.00. 20.

Pembekal hendaklah menyimpan invois asal, membatalkan dan menyimpan

rekod invois yang dibatalkan apabila digantikan dengan invois cukai yang mengandungi nama dan alamat penerima. Contoh 5 Ali adalah orang berdaftar CBP, membeli barang bernilai RM590.00 termasuk CBP sebanyak RM33.40 (6/106 x RM590.00) di sebuah pasar raya besar dan bertanya sama ada dia boleh menggunakan invois cukai dipermudahkan yang tidak mengandungi nama dan alamatnya untuk menuntut cukai input sepenuh. Ali boleh menuntut cukai input bagi jumlah CBP sehingga RM30.00 dengan invois cukai dipermudahkan. Jika dia mahu menuntut cukai input sepenuhnya sebanyak RM33.40, maka dia hendaklah meminta invois cukai yang mengandungi nama dan alamatnya. Apabila hal ini berlaku, Ali hendaklah memulangkan invois yang tidak mengandungi nama dan alamat kepada pembekal. Resit 21.

Resit adalah pengakuan bertulis (elektronik atau manual) bahawa barangan

tertentu atau sejumlah wang telah diterima sebagai pertukaran bagi barang atau perkhidmatan. Resit dianggap sebagai invois cukai yang sah jika ianya mempunyai semua butir-butir yang terdapat di dalam invois cukai lengkap atau invois cukai dipermudahkan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Soalan 1

15 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Bolehkah resit jualan diterima sebagai invois cukai lengkap jika ia mempunyai semua butir-butir invois cukai lengkap? Ya, jika resit jualan mempunyai semua butir-butir invois cukai lengkap. Soalan 2 Ahmad adalah orang berdaftar CBP yang membekalkan barang bercukai kepada pelanggannya (orang berdaftar CBP) yang menggunakan kad kredit untuk pembayaran. Bolehkah resit jualan yang dikeluarkan kepada pelanggannya digunakan untuk menuntut cukai input? Jika pelanggan tersebut membeli barang atau perkhidmatan bercukai dan membuat pembayaran menggunakan kad kredit (contohnya Visa, Master Card dll), anda boleh memberi pemegang kad tersebut resit jualan pada masa jualan. Resit jualan itu boleh diterima sebagai invois cukai dipermudahkan jika ia mengandungi semua butir-butir invois cukai dipermudahkan yang diluluskan oleh Pengarah Kastam. Soalan 3 Kadang-kadang resit atau invois cukai dipermudahkan yang dikeluarkan oleh peruncit dicetak di atas kertas termal dan cetakan tersebut boleh pudar bagi suatu tempoh masa. Apakah patut saya buat sekiranya audit CBP meminta invois tersebut? Sekiranya anda adalah orang berdaftar CBP dan berniat untuk menuntut kredit cukai input ke atas perolehan anda, anda hendaklah mengimbas atau membuat salinan invois tersebut. Soalan 4 John, seorang berdaftar CBP memegang invois cukai dipermudahkan (tanpa nama dan alamat penerima) daripada sebuah pasaraya untuk barang yang dibeli bagi perniagaannya. Jumlah CBP ialah RM35.00 (cukai input yang boleh dituntut adalah RM30.00 dengan invois tersebut). Apakah yang akan terjadi kepada invois cukai asal apabila dia meminta invois cukai yang mengandungi nama dan alamatnya untuk tujuan menuntut kredit cukai input?

16 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Dalam situasi ini, pasaraya tersebut hendaklah mengambil balik invois cukai asal tersebut, membatalkannya dan menyimpan rekod invois cukai yang dibatalkan sebelum menggantikan dengan invois cukai yang lain dengan menyatakan tarikh invois cukai yang asal. Invois Bil Kendiri 22.

Dalam keadaan tertentu, nilai pembekalan ditentukan oleh orang yang

menerima barang itu. Oleh itu, bagi tujuan CBP penerima barang itu dibenarkan untuk mengeluarkan invois kepada dirinya sendiri yang disifatkan sebagai invois cukai berkenaan dengan pembekalan barang atau perkhidmatan yang diterima daripada orang berdaftar yang lain. Pengeluaran invois bil kendiri oleh penerima kepada dirinya sendiri di bawah subseksyen 33(5) Akta CBP 2014 adalah tertakluk kepada syaratsyarat berikut: (a)

nilai pada masa pembekalan dibuat tidak diketahui oleh pembekal;

(b)

kedua-dua penerima dan pembekal adalah orang berdaftar;

(c)

penerima dan pembekal bersetuju secara bertulis untuk menggunakan invois bil kendiri; dan

(d)

pembekal dan penerima bersetuju bahawa pembekal tidak akan mengeluarkan invois cukai berhubung sesuatu pembekalan.

23.

Mana-mana

penerima

yang

diluluskan

oleh

Ketua

Pengarah

untuk

mengeluarkan invois bil kendiri, hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut dalam invois: (a)

dokumen itu boleh dianggap sebagai invois cukai dengan kelulusan Ketua Pengarah terlebih dahulu;

(b)

satu salinan invois bil kendiri diberikan kepada pembekal dan satu salinan disimpan oleh penerima; dan

(c)

dalam kes di mana invois bil kendiri dikeluarkan sebelum masa barang itu dialihkan atau sebelum masa barang itu tersedia atau sebelum masa perkhidmatan itu dilaksanakan, invois bil kendiri hendaklah dikeluarkan dengan bayaran.

17 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Siapa Boleh Mengeluarkan Invois Bil Kendiri? 24.

Dalam transaksi perniagaan biasa, pembekal akan mengeluarkan invois

kepada pembeli. Namun begitu, dalam hal invois bil kendiri pembeli akan mengeluarkan invois kerana pembekal tidak dapat menentukan nilai pembekalan itu. Salinan invois perlu disimpan oleh pembekal manakala invois asal perlu disimpan oleh penerima/pembeli untuk menuntut cukai input (CBP dibayar atas input). Misalnya, pengilang tembakau mengeluarkan invois cukai kepada penanam yang membekalkan daun tembakau. Memandangkan penerima/pembeli mengetahui nilai pasaran terbuka daun tembakau, maka mereka sewajarnya boleh menyediakan maklumat yang diperlukan mengenai nilai produk itu dan selanjutnya mengeluarkan invois bil kendiri. 25.

Anda hanya boleh mengeluarkan invois bil kendiri dengan kelulusan Ketua

Pengarah. Nombor rujukan kelulusan hendaklah dinyatakan dalam invois bil kendiri. Kelulusan yang diberikan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sekiranya anda tidak memenuhi standard yang ditetapkan bagi invois tersebut. 26.

Penerima yang diluluskan oleh Ketua Pengarah untuk mengeluarkan invois bil

kendiri hendaklah menyatakan butir-butir yang berikut dalam invois: (a)

nama, alamat dan nombor pengenalan pembekal dan penerima;

(b)

perkataan 'invois bil kendiri' di tempat yang ketara;

(c)

nombor siri invois;

(d)

tarikh pengeluaran invois;

(e)

nombor rujukan kelulusan Ketua Pengarah;

(f)

pemerihalan yang mencukupi untuk mengenalpasti barang atau perkhidmatan yang dibekalkan;

(g)

bagi setiap perihalan hendaklah membezakan jenis pembekalan untuk kadar sifar, kadar standard dan dikecualikan, kuantiti barang atau takat perkhidmatan yang dibekalkan dan amaun yang perlu dibayar tidak termasuk cukai;

(h)

apa-apa diskaun yang ditawarkan;

18 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(i)

jumlah yang dibayar tidak termasuk cukai, kadar cukai dan jumlah cukai yang dikenakan hendaklah ditunjukkan secara berasingan;

(j)

jumlah yang kena dibayar termasuk jumlah cukai yang dikenakan; dan

(k)

apa-apa amaun merujuk kepada subperenggan (i) dan (j), dinyatakan dalam mata wang selain daripada Ringgit, juga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit menurut perenggan 5 Jadual Ketiga Akta CBP 2014.

Contoh invois bil kendiri adalah seperti di Rajah 9.

19 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 9: Contoh Invois Bil Kendiri

Nama, alamat dan nombor pengenalan CBP pembekal

KILANG TEMBAKAU SELANGOR SDN BHD INVOIS BIL KENDIRI

Pembeli SYARIKAT DAUN TEMBAKAU SDN BHD No. 27,Jalan Persiaran, 51100 Kota Baru, Kelantan. Nama, alamat dan (GST ID No: 100900/2015) Nombor pengenalan CBP

No. Ruj. Kelulusan:

Nombor siri invois cukai

Penerima KILANG TEMBAKAU SELANGOR SDN.BHD Lot 123, Jalan Meru, 43210 Klang, Selangor Tel: 03-33498765 Perihal barang atau (GST ID No: 100003/2014) perkhidmatan dibekalkan

Perihal

1. 2. 3.

Daun Tembakau Gred C Daun Tembakau Gred B Daun Tembakau Gred A

Kadar CBP

Kadar Cukai (%)

Tarikh : 25 Jun 2015 No N/H : S000345

Kuantiti

6.00 6.00 6.00

Kuantiti barang atau takat perkhidmatan dibekalkan

Nombor kelulusan JKDM

No. Invois Cukai: 0001113

penerima/pelanggan

No. Siri

Perkataan “Invois Bil Kendiri” dinyatakan dengan jelas

Harga Seunit (RM) 200 200 50

8.00 10.00 25.00

Amaun tidak termasuk cukai Campur jumlah amaun CBP

Jumlah (RM)

1,600.00 2,000.00 1,250.00

4,850.00 291.00

5,141.00

Jumlah Jualan Jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP

………………………………………………….....……… KILANG TEMBAKAU SELANGOR SDN.BHD.

20 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk CBP Jumlah amaun CBP dikenakan

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Kandungan Perjanjian Bertulis Invois Bil Kendiri 27.

Invois bil kendiri hanya boleh dikeluarkan dengan adanya perjanjian bertulis di

antara penerima/pembeli dengan pembekal. Perjanjian bil kendiri hendaklah mengandungi maklumat yang berikut: (a)

nama dan nombor pengenalan CBP penerima/ pembeli;

(b)

nama dan nombor pengenalan CBP pembekal;

(c)

pembeli

bersetuju

mengeluarkan invois bil

kendiri

bagi

semua

pembekalan yang diterima olehnya daripada pembekal untuk tempoh tertentu yang akan berakhir tidak lewat daripada tarikh tamat tempoh 12 bulan atau tarikh tamat kontrak di antara pembeli dengan pembekal; (d)

pembeli bersetuju mengeluarkan invois bil kendiri yang menunjukkan nama, alamat dan nombor pengenalan CBP pembekal, serta butir-butir lain yang terdapat dalam invois cukai lengkap;

(e)

pembeli bersetuju memaklumkan pembekal jika pengeluaran invois bil kendiri akan dibuat oleh pihak ketiga seperti firma perakaunan atau ejen cukai, dengan memberikan butiran pihak ketiga tersebut;

(f)

pembeli bersetuju membuat perjanjian bil kendiri baru sekiranya terdapat perubahan nombor pengenalan CBP;

(g)

pembekal bersetuju menerima invois bil kendiri yang dikeluarkan oleh pembeli bagi pembekalan yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut;

(h)

pembekal bersetuju tidak mengeluarkan invois CBP bagi pembekalan yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut; dan

(i)

pembekal dan penerima akan memaklumkan satu sama lain jika salah seorang daripada mereka tidak lagi didaftarkan di bawah CBP, memindahkan perniagaan sebagai usaha berterusan atau didaftarkan di bawah nombor pengenalan CBP yang baru.

Penyata Jualan atau Invois yang Dikeluarkan Oleh Pelelong 28.

Pembekalan yang dibuat oleh pelelong yang bertindak atas namanya sendiri

dianggap sebagai pembekalan yang dibuat oleh prinsipal atau pemunya barang yang 21 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

diletakkan untuk lelongan. Jika prinsipal adalah orang kena cukai; pelelong sama ada orang kena cukai atau tidak, dia akan bertanggungjawab untuk mengakaunkan cukai output yang dikenakan ke atas mana-mana barang yang telah dilelong bagi pihak prinsipal. Dalam keadaan ini, pelelong sama ada berdaftar atau tidak hendaklah mengeluarkan dokumen untuk membilkan pembeli dalam bentuk penyata jualan atau invois yang boleh dianggap sebagai invois cukai berdasarkan prinsip termasuk cukai. 29.

Penyata jualan atau invois tersebut hendaklah mengandungi butir-butir berikut: (a)

nama, alamat dan nombor pendaftaran perniagaan pelelong;

(b)

nama dan alamat pembeli;

(c)

tarikh penyata jualan atau invois dikeluarkan;

(d)

nombor siri invois;

(e)

pemerihalan yang mencukupi untuk mengenalpasti barang atau perkhidmatan yang dibekalkan;

(f)

jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP;

(g)

kadar cukai;

(h)

jumlah cukai dikenakan; dan

(i)

perkataan “Harga kena dibayar termasuk CBP”

Contoh penyata jualan atau invois pelelong seperti pada Rajah 10 di bawah:

22 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 10: Contoh Penyata Jualan Pelelong Nama, alamat dan nombor pendaftaran perniagaan pelelong

MUHAMMAD AUCTIONS (A234543) Auctioneers & Valuers T1-02, Jalan TTH 1/1, Taman Tuanku Hamimah, 08000 Sungai Petani, Kedah Perkataan “Penyata Tel: 04-4422345 Jualan” atau “Invois”

Nama dan alamat pembeli

dinyatakan dengan jelas

PENYATA JUALAN

No Invois : 00011/2015 Tarikh : 20 Jun 2015 Nombor

Alia Safiyya No. 20 Jalan BPJ 2/3, Bandar Puteri Jaya 08000 Sungai Petani, Kedah Lot

bersiri invois

Perihal

Jumlah (RM)

1.

Satu set perabot bilik tidur

2.

Sepasang kerusi rotan bilik tidur

Tarikh invois

2,080.00

Jumlah Jualan

728.00 * 2,808.00

Perihal barang atau perkhidmatan dibekalkan

* Jumlah jualan termasuk CBP RM158.95 @ 6% Amaun CBP dan kadar cukai yang dikenakan

Jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP

Invois Cukai dan Pembekalan yang Diberi Pelepasan 30.

Di bawah Akta CBP 2014, Menteri boleh memberikan pelepasan kepada mana-

mana orang atau golongan orang tertentu daripada membayar keseluruhan atau sebahagian cukai ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan bercukai atau apa-apa pengimportan barang atau kelas barangan tertentu. Orang kena cukai hendaklah diberi pelepasan daripada mengenakan dan memungut CBP ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan bercukai yang dibuat kepada mana-mana orang atau golongan orang berkenaan. CBP tidak perlu dikenakan ke atas jumlah pembekalan bercukai dan invois cukai yang dikeluarkan kepada orang itu hendaklah menyatakan klausa “Dilepaskan daripada mengenakan CBP bagi pembekalan kepada orang yang diberi pelepasan di bawah butiran……., Jadual…..Perintah CBP (Pelepasan) 2014”. Contoh invois cukai untuk pembekalan yang diberi pelepasan adalah seperti berikut:

23 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 11: Contoh Invois Cukai Bagi Pembekalan Yang Diberi Pelepasan Perkataan invois cukai dinyatakan dengan jelas

Nombor bersiri invois

INVOIS CUKAI

Nama & alamat pelanggan

No. Invois: 1111 ABC KOMPUTER SDN.BHD. Tarikh : 25 Jun 2015 No.1, Jalan Bandar 43210 Shah Alam, Selangor No N/P : S000345 (GST ID No: 100001/2009) Tarikh Tel : 03-33498765 Nama, alamat dan nombor

invois cukai

pengenalan CBP pembekal

SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG No. 24, Hala Meru, 43210 Klang, Selangor Tel: 03-33545454

No. Siri

1. 2. 3.

Date

Perihal barang atau perkhidmatan dibekalkan Harga

Perihal

Kuantiti

Komputer – CPU (Dell) Monitor (Dell 14”) Tetikus tanpa Wayar (Dell)

Kuantiti barang atau takat perkhidmatan dibekalkan

100 100 100

Seunit (RM) 2,000.00 500.00 25.00

Jumlah Jualan CBP @ 6%

Jumlah (RM)

20,000.00 5,000.00 2,500.00 27,500.00 Nil

Jumlah amaun CBP kena dibayar

(Dilepaskan daripada mengenakan CBP bagi pembekalan kepada orang

Kadar CBP

yang diberi pelepasan

Klausa pelepasan CBP

Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk CBP

dibawah butiran 3, Jadual A Perintah CBP (Pelepasan) 2014)

Jumlah Amaun Kena Dibayar

27,500.00

………………………………………………………… ABC KOMPUTER SDN.BHD.

Jumlah amaun perlu dibayar

Invois Cukai Dalam Mata Wang Asing 31.

Jika orang berdaftar mengeluarkan invois cukai dalam mata wang asing, butir-

butir berikut dalam invois cukai mesti ditukar kepada Ringgit Malaysia (RM) bagi tujuan: (a)

jumlah amaun kena dibayar (tidak termasuk CBP);

(b)

jumlah cukai dikenakan; dan

24 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(c) 32.

jumlah amaun kena dibayar (termasuk CBP).

Bagi pertukaran mata wang asing, tidak perlu membuat permohonan bertulis

untuk mendapatkan kelulusan. Penggunaan kadar pertukaran adalah bersamaan dengan masa pembekalan diterima oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam): (a)

Dalam kes urusniaga tempatan, penggunaan kadar pertukaran harian (kadar jualan selaras dengan para 5 Jadual Ketiga Akta CBP 2014) bagi mana-mana bank yang beroperasi di Malaysia boleh diterima. Contoh invois cukai tempatan dalam mata wang asing adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12.

(b)

Dalam kes pengimportan barang, pertukaran mata wang asing hendaklah pada kadar pertukaran yang diumumkan oleh Kastam yang mana dikemaskini setiap minggu. Rajah 12: Contoh Invois Cukai Tempatan Dalam Mata Wang Asing

Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP

Kenzou Electronic Bhd Lot 169, Jalan Pasar, 32100 Ipoh, Perak (GST ID No: …………….) Tel: 03-33161900

Nama & alamat pelanggan

No Invois

: 0002121

Tarikh No N/H

: 3.6.2015 : D100011 Harga dalam mata wang asing

INVOIS CUKAI

Kepada:Kenzo Sdn Bhd No. 24, Jalan Silibin 32100 Ipoh, Perak. No.

1. 2. 3.

Nombor bersiri invois cukai

KENZOU ELECTRONIC BHD

Perihal * LCD TV 42” T004S * Blue-Ray Player BD001 * Teater Rumah HT010

Perihal barang atau perkhidmatan dibekalkan

Perkataan invois cukai dinyatakan dengan jelas

Bil

Harga Seunit (USD)

Jumlah (USD)

Harga dalam Ringgit

20

1,000.00

20,000.00

Jumlah (RM) @3.50 70,000.00

20

500.00

10,000.00

35,000.00

10

300.00

3,000.00

10,500.00

Jumlah Jualan 33,000.00 *Campur CBP @ 6% 1,980.00 Jumlah amaun kena 34,980.00 dibayar Jumlah amaun

115,500.00 6,930.00 122,430.00

kena dibayar termasuk CBP

………………………………………… KENZOU ELECTRONIC BHD

25 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia ………………………………………… KENZOU ELECTRONIC BHD

Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk CBP Jumlah GST cukai dikenakan

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Pengimportan Barang Dan Perkhidmatan 33.

Semua pengimportan barang dan perkhidmatan bercukai tertakluk kepada

CBP. CBP untuk barangan import diikrar dan dibayar pada masa pengimportan berdasarkan kepada invois daripada pembekal luar negara dengan menggunakan borang pengikraran (Borang Kastam No. 1 atau 9). Pengikraran borang tersebut bersama dengan Resit Rasmi Kastam (COR) adalah mencukupi bagi tujuan tuntutan cukai input oleh pengimport atau pembeli. Bagi perkhidmatan yang diimport, CBP akan diakaunkan melalui kaedah mekanisme caj balikan dan invois cukai tidak perlu dikeluarkan bagi pembekalan tersebut (Untuk maklumat lanjut mengenai Mekanisme Caj Balikan, sila rujuk Panduan CBP Mengenai Perkhidmatan yang Diimport). Oleh itu, keperluan untuk mengeluarkan invois cukai dalam kes pengimportan barang dan perkhidmatan adalah tidak berkenaan. Invois Cukai Elektronik 34.

Di bawah Seksyen 34 Akta CBP 2014, orang berdaftar hendaklah dikira

sebagai mengeluarkan invois cukai kepada orang lain walau pun tiada penyerahan apa-apa dokumen yang setara dengannya dalam bentuk kertas kepada orang itu sekiranya butir-butir yang dikehendaki direkodkan dalam komputer dan: (a)

dihantar atau dijadikan tersedia kepada orang itu secara elektronik (termasuk email, faksimili dll); atau

(b)

dikeluarkan atas apa-apa bahan selain kertas dan diserahkan kepada orang itu.

35.

Jika invois cukai, resit, nota kredit atau nota debit dikeluarkan secara elektronik,

dokumen ini sepatutnya menjadi tersedia boleh diakses dan ditukar ke dalam tulisan. Keperluan bagi dokumen elektronik ini adalah seperti berikut: (a)

penerima yang dimaksudkan mesti mengesahkan secara bertulis bahawa mereka bersedia menerima dokumen elektronik mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. (Kebenaran ini mesti disimpan oleh pembekal bagi tempoh tujuh tahun selepas pengeluaran dokumen elektronik terakhir kepada penerima);

26 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(b)

kedua-dua pembekal dan penerima pembekalan mesti menyimpan dokumen itu dalam bentuk mudah dibaca dan dalam bentuk enkripsi bagi tempoh tujuh tahun daripada tarikh pembekalan. Mereka juga mesti mempunyai akses kepada kod yang sepatutnya atau cara yang lain disediakan bagi membolehkan juruaudit Kastam membandingkan dokumen dalam bentuk boleh dibaca dengan bentuk enkripsi;

(c)

Bagi invois cukai, resit, nota kredit atau nota debit yang dikeluarkan secara manual dan kemudiannya ditukar kepada bentuk elektronik, dokumen tersebut hendaklah disimpan dalam bentuk asal sebelum penukaran itu dibuat.

(d)

Orang kena cukai hendaklah mewujudkan kawalan untuk memastikan invois cukai elektronik tidak boleh dimanipulasikan sebelum dan semasa penghantaran.

(e)

Orang kena cukai tidak boleh mengeluarkan invois cukai dalam bentuk kertas

kepada

pelanggan

apabila

invois

cukai

elektronik

telah

dikeluarkan. Jika invois cukai perlu dikeluarkan dalam bentuk kertas, maka langkah sewajarnya hendaklah diambil untuk mengelak berlakunya tuntutan cukai input berganda oleh pelanggan. Contohnya, membatalkan sama ada invois bentuk kertas atau elektronik yang telah dikeluarkan. (f)

Orang kena cukai hendaklah mencetak dan menyimpan salinan bercetak bagi invois cukai elektronik yang dikeluarkan jika dia tidak ingin menyimpan invois cukai di dalam media elektronik.

Invois Cukai Hilang atau Tersilap Letak 36.

Apabila invois cukai bagi pembekalan tertentu hilang atau tersilap letak, anda

boleh memohon kepada pembekal untuk menyediakan salinan invois cukai yang diakui sah kerana mengeluarkan lebih daripada satu invois cukai bagi setiap pembekalan bercukai adalah satu kesalahan. Salinan invois cukai yang diakui sah boleh digunakan untuk menuntut cukai input selagi dokumen itu dengan jelas ditanda “SALINAN” oleh pembekal. Invois Proforma

27 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

37.

Invois proforma tidak dianggap sebagai invois cukai. Anda hanya boleh

menuntut cukai input dalam penyata CBP jika anda mempunyai invois cukai yang sewajarnya. Jika pembekal anda tidak memberikan invois cukai yang sewajarnya, anda sepatutnya memintanya. NOTA KREDIT DAN NOTA DEBIT 38.

Akta CBP menyediakan keperluan mengeluarkan nota kredit dan nota debit

berhubung sesuatu pembekalan. Balasan bagi pembekalan tertentu hanya boleh dipinda melalui nota kredit atau nota debit kerana ia bertentangan dengan Prinsip Perakaunan Umum Diterima (GAAP) untuk hanya mengeluarkan invois cukai yang lain bagi menampung pembekalan tersebut. 39.

Nota kredit dan nota debit menyediakan mekanisme bagi membenarkan

pembekal untuk membuat pelarasan yang perlu berhubung pembekalan bercukai selepas invois cukai telah dikeluarkan kerana terdapat perubahan yang berikutnya (penurunan atau peningkatan) dalam nilai asal pembekalan. 40.

Pengeluaran nota kredit dan nota debit oleh orang berdaftar berlaku apabila

terdapatnya: (a)

suatu perubahan dalam kadar cukai berkuatkuasa di bawah Seksyen 10 Akta ini atau suatu perubahan dalam pemerihalan pembekalan berkadar sifar atau pembekalan dikecualikan di bawah Seksyen 17 atau 18 Akta ini mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(b)

apa-apa pelarasan bagi tujuan perniagaan seperti pembatalan dalam pembekalan barang dan perkhidmatan, terkurang atau terlebih catat jumlah CBP dan pemulangan barang,

dan

perubahan

berlaku

selepas

penyata

bagi

pembekalan

tersebut

telah

dihantarkepada Ketua Pengarah, nota kredit atau nota debit hendaklah dikeluarkan oleh orang yang membuat atau menerima pembekalan tersebut. 41.

Apabila nota kredit atau nota debit dikeluarkan berkaitan dengan perubahan

dalam kadar cukai atau pemerihalan, pembekal dan penerima yang merupakan orang

28 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

berdaftar, hendaklah membuat pelarasan dalam penyata bagi tempoh bercukai di mana perubahan berlaku. 42.

Dalam kes di mana nota kredit atau nota debit dikeluarkan bagi apa-apa

pelarasan yang dibuat bagi tujuan perniagaan, pembekal dan penerima yang merupakan orang berdaftar, hendaklah membuat pelarasan dalam penyata bagi tempoh bercukai di mana nota kredit atau nota debit dikeluarkan atau diterima. Nota Kredit 43.

Nota kredit dikeluarkan oleh pembekal apabila nilai pembekalan dikurangkan

selepas invois cukai dikeluarkan. Nota ini dikeluarkan untuk membetulkan kesilapan yang tidak disengajakan atau memberi kredit sewajarnya apabila terdapat perubahan pada kadar atau perihalan; ataupun apabila pelarasan dibuat dalam urusan perniagaan. (a)

Perubahan kadar atau perihalan Nota kredit hendaklah dikeluarkan jika terdapat perubahan daripada kadar CBP yang lebih tinggi kepada kadar yang lebih rendah atau perubahan dalam perihal bekalan daripada bekalan kadar standard kepada pembekalan berkadar sifar atau dikecualikan. Contoh 6 Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (5%) Amaun invois (termasuk CBP RM1,200)

RM21,200

(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan sebelum perubahan pada kadar) Bayaran yang diterima selepas perubahan kadar RM21,200 (Termasuk CBP RM1,200) Nilai pembekalan barang di mana barang RM20,000 dialihkan keseluruhannya selepas perubahan kadar (Tidak Termasuk CBP RM1,200)

29 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Oleh kerana bayaran diterima dan barang dialihkan selepas perubahan pada kadar, maka CBP akan dikenakan pada kadar 5% ke atas pembekalan barang itu mengikut seksyen 66 Akta ini. Maka, nota kredit berjumlah RM200 (RM20,000 x 6%) (RM20,000 x 5%) akan dikeluarkan kepada penerima yang disebabkan perubahan pada kadar. Jumlah bayaran selepas pelarasan untuk perubahan pada kadar dikira seperti berikut: Amaun invois:

RM21,200

(Termasuk CBP RM1,200) Amaun nota kredit:

RM200

(RM20, 000 x 6%) - (RM20, 000 x 5%) Jumlah bayaran selepas perubahan pada kadar:

RM21,000

(RM21,200 - RM200) Contoh 7 Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (5%) Amaun invois (termasuk CBP RM1,200):

RM21,200

(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan sebelum perubahan pada kadar) Bayaran diterima sebelum perubahan pada RM10,600 kadar (Termasuk CBP RM600) Nilai

pembekalan

barang

di

mana RM15,000

sebahagiannya dialihkan sebelum perubahan pada kadar: (Tidak Termasuk CBP RM900) Oleh kerana nilai pembekalan barang dialihkan adalah lebih tinggi daripada bayaran yang diterima sebelum perubahan kadar, 6% CBP dikenakan ke atas RM15,000 dan CBP pada kadar 5% 30 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

dikenakan ke atas baki RM5,000 mengikut seksyen 66 Akta ini. Maka, nota kredit berjumlah RM50 akan dikeluarkan kepada penerima disebabkan perubahan pada kadar [(RM5,000x 6%) (RM5,000 x 5%) = RM50]. Jumlah bayaran selepas pelarasan untuk perubahan dalam kadar dikira seperti berikut: Amaun invois (Termasuk CBP RM1,200):

RM21,200

(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan sebelum perubahan pada kadar) Amaun nota kredit:

(RM50)

(RM5,000 x 6%) - (RM5,000 x 5%) Jumlah bayaran selepas perubahan pada kadar

RM21,150

(RM 21,200 - RM50) Contoh 8 Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (5%) Nilai invois (Termasuk CBP RM1,200):

RM21,200

(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan sebelum perubahan pada kadar) Bayaran diterima sebelum perubahan kadar:

RM15,900

(Termasuk CBP RM900) Nilai

pembekalan

barang

di

mana RM10,000

sebahagiannya dialihkan sebelum perubahan kadar (Tidak Termasuk CBP RM600) Oleh kerana bayaran yang diterima adalah lebih tinggi daripada nilai pembekalan barang yang dialihkan sebelum perubahan kadar, maka 6% CBP dikenakan ke atas RM15,000 dan CBP pada kadar 5% dikenakan ke atas baki RM5,000 selaras dengan seksyen 66 Akta ini. Maka, nota kredit berjumlah RM50 akan dikeluarkan kepada penerima yang disebabkan perubahan pada 31 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

kadar [(RM5,000 x 6%) - (RM5,000 x 5%) = RM50)]. Jumlah bayaran selepas pelarasan untuk perubahan pada kadar dikira seperti berikut: Amaun invois (Termasuk CBP RM1,200):

RM21,200

(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan sebelum perubahan pada kadar) Amaun nota kredit:

RM50

[(RM5,000 x 6%) – (RM5,000 x 5%)] Jumlah bayaran selepas perubahan kadar:

RM21,150

(RM21,200 - RM50) Begitu juga, contoh 1,2 dan 3 di atas akan terpakai kepada situasi di mana terdapat perubahan: (i)

daripada kadar yang tinggi kepada kadar yang rendah

(ii)

dalam perihalan daripada kadar standard kepada kadar sifar

(iii)

dalam

perihalan

daripada

kadar

standard

kepada

pembekalan dikecualikan. (b)

Pelarasan dalam urusan perniagaan Nota kredit perlu dikeluarkan jika terdapat perubahan dalam balasan disebabkan oleh pelarasan dalam urusan perniagaan seperti: (i)

apabila

barang

yang

diinvois

sebagai

berkadar

standard

sepatutnya dikecualikan atau berkadar sifar; (ii)

pembekalan barang atau perkhidmatan dibatalkan;

(iii)

sebahagian atau sepenuhnya balasan telah diketepikan;

(iv)

diskaun kuantiti telah diberikan selepas barangan dibekalkan;

(v)

apabila barang yang kurang bermutu diterima oleh pelanggan pada satu harga yang telah diturunkan;

(vi)

barang dikembalikan atau perkhidmatan tidak diterima; atau 32

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(vii)

barang dan perkhidmatan yang dibekalkan bagi balasan yang tidak dapat dipastikan; Contoh 9 Pada 1 Jun 2015, Kamal Sdn.Bhd. syarikat pemborong barang mainan telah mengeluarkan invois jualan berjumlah RM2,120.00 bagi pembekalan 20 set ‘baby walker’ kepada Cute Baby Enterprise pada harga RM100.00 seunit. Pada hari yang sama, Cute Baby Enterprise membatalkan pembelian tersebut. Selepas itu, Kamal Sdn.Bhd. mengeluarkan nota kredit yang bernilai RM2,000.00 (RM100.00 x 20) bagi ‘baby walker’ berkenaan dan CBP berjumlah RM120.00 (RM2,000.00 x 6%). Jumlah bayaran yang dibatalkan termasuk CBP adalah sebanyak RM2,120.00.

Nota Debit 44.

Nota debit dikeluarkan oleh pembekal apabila nilai pembekalan meningkat

selepas invois cukai dikeluarkan. Nota ini dikeluarkan untuk membetulkan kesilapan yang tidak disengajakan atau memberi debit sewajarnya apabila terdapat perubahan pada kadar atau perihalan; ataupun apabila pelarasan dibuat dalam urusan perniagaan. (a)

Perubahan kadar atau perihalan Nota debit perlu dikeluarkan jika terdapat perubahan dari kadar CBP yang lebih rendah kepada kadar yang lebih tinggi atau perubahan dalam perihalan pembekalan daripada pembekalan berkadar sifar atau dikecualikan kepada pembekalan berkadar standard. Contoh 10 Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (7%) Amaun invois (termasuk CBP RM1,200):

RM21,200

(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan sebelum perubahan pada kadar) Bayaran yang diterima selepas perubahan kadar

RM21,200

33 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(Termasuk CBP RM1,200) Nilai pembekalan barang di mana barang

RM20,000

dialihkan keseluruhannya selepas perubahan perihalan (Tidak Termasuk CBP RM1,200) Oleh kerana bayaran diterima dan barang dialihkan selepas perubahan pada kadar, maka CBP akan dikenakan pada kadar 7% ke atas pembekalan barang itu mengikut seksyen 66 Akta ini. Maka, nota debit berjumlah RM200 (RM20, 000 x 7%) (RM20,000 x 6%) akan dikeluarkan kepada penerima yang disebabkan perubahan pada kadar. Jumlah bayaran selepas pelarasan untuk perubahan pada kadar dikira seperti berikut: Amaun invois:

RM21,200

(Termasuk CBP RM1,200) Amaun nota debit:

RM200

[(RM20,000 x 7%) – (RM20,000 x 6%)] Jumlah bayaran selepas perubahan pada kadar:

RM21,400

(RM21,200 + RM200) Contoh 11 Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (7%) Amaun invois (termasuk CBP RM1,200):

RM21,200

(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan sebelum perubahan pada kadar) Bayaran diterima sebelum perubahan pada kadar:

RM10,600

(Termasuk CBP RM600) Nilai pembekalan barang di mana sebahagiannya RM15,000 dialihkan sebelum perubahan pada kadar: (Tidak Termasuk CBP RM900) 34 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Oleh kerana nilai pembekalan barang dialihkan adalah lebih tinggi daripada bayaran yang diterima sebelum perubahan kadar, 6% CBP dikenakan ke atas RM15,000 dan CBP pada kadar 7% dikenakan ke atas baki RM5,000 mengikut seksyen 66 Akta ini. Maka, nota debit berjumlah RM50 akan dikeluarkan kepada penerima disebabkan perubahan pada kadar [(RM5,000x 7%) (RM5,000 x 6%) = RM50]. Jumlah bayaran selepas pelarasan untuk perubahan dalam kadar dikira seperti berikut: Amaun invois (Termasuk CBP RM1,200):

RM21,200

(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan sebelum perubahan pada kadar) Amaun nota debit:

RM50

[(RM5,000 x 7%) – (RM5,000 x 6%)] Jumlah bayaran selepas perubahan pada kadar:

RM21,250

(RM21,200 + RM50) Contoh 12 Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (7%) Amaun invois (Termasuk CBP RM1,200):

RM21,200

(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan sebelum perubahan pada kadar) Bayaran diterima sebelum perubahan kadar:

RM15,900

(Termasuk CBP RM900) Nilai pembekalan barang di mana sebahagiannya RM10,000 dialihkan sebelum perubahan kadar: (Tidak Termasuk CBP RM600) Oleh kerana bayaran yang diterima adalah lebih tinggi daripada nilai pembekalan barang yang dialihkan sebelum perubahan kadar, maka 6% CBP dikenakan ke atas RM15,000 dan CBP pada kadar 7% dikenakan ke atas baki RM5,000 selaras dengan 35 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

seksyen 66 Akta ini. Maka, nota debit berjumlah RM50 akan dikeluarkan kepada penerima yang disebabkan perubahan pada kadar [(RM5, 000 x 7%) - (RM5, 000 x 6%) = RM50)]. Jumlah bayaran selepas pelarasan untuk perubahan pada kadar dikira seperti berikut: Amaun invois (Termasuk CBP RM1,200)

RM21,200

((Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan sebelum perubahan pada kadar) Amaun nota debit:

RM50

[(RM5,000 x 7%) – (RM5,000 x 6%)] Jumlah bayaran selepas perubahan kadar:

RM21,250

(RM21,200 + RM50) Begitu juga, contoh 1, 2 dan 3 di atas akan terpakai kepada situasi di mana terdapat perubahan: (i)

daripada kadar yang rendah kepada kadar yang tinggi

(ii)

dalam perihalan daripada kadar sifar kepada kadar standard

(iii)

dalam perihalan daripada pembekalan dikecualikan kepada kadar standard.

(b)

Pelarasan dalam urusan perniagaan Nota debit hendaklah dikeluarkan jika terdapat perubahan dalam balasan disebabkan oleh pelarasan dalam urusan perniagaan seperti: (i)

apabila barang yang diinvoiskan sebagai dikecualikan atau berkadar sifar sepatutnya berkadar standard;

(ii)

caj tambahan yang dikenakan seperti kos pengangkutan selepas penghantaran barang;

(iii)

apabila harga barang yang dihantar kepada pelanggan adalah di bawah harga yang sepatutnya;

36 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(iv)

terlebih

pembekalan

barang

atau

perkhidmatan

kepada

pelanggan; atau (v)

barang atau perkhidmatan yang dibekalkan bagi balasan yang tidak dapat dipastikan.

Contoh 13 Invois bagi jumlah RM1,500 telah dikeluarkan oleh Moden Sdn. Bhd. untuk pembekalan beras 50kg pada RM30/kg kepada Esa, seorang peruncit. Tiada CBP dikenakan ke atas pembekalan beras yang berkadar sifar. Selepas satu minggu, Modern Sdn. Bhd. mendapati bahawa biskut 10kg pada RM30/kg dan 40kg beras sebenarnya dibekalkan kepada Esa. Disebabkan terdapat perubahan dalam balasan daripada RM1,500 kepada RM1,518, nota debit telah dikeluarkan oleh Moden Sdn. Bhd. untuk menuntut CBP ke atas pembekalan bercukai biskut (RM300 x 6%). Butir-butir Pada Nota Kredit Dan Nota Debit 45.

Menurut Peraturan-Peraturan CBP 2014, butir-butir seperti berikut hendaklah

dinyatakan dalam nota kredit dan nota debit: (a)

perkataan “nota kredit” atau “nota debit” di tempat yang ketara;

(b)

nombor siri dan tarikh dikeluarkan;

(c)

nama, alamat dan nombor pengenalan CBP pembekal;

(d)

nama dan alamat orang yang menerima pembekalan barang atau perkhidmatan;

(e)

sebab-sebab dikeluarkan;

(f)

pemerihalan pembekalan barang atau perkhidmatan;

(g)

kuantiti dan amaun bagi setiap pembekalan;

(h)

jumlah amaun tidak termasuk cukai;

(i)

kadar cukai dan amaun cukai; dan

(j)

nombor dan tarikh invois cukai asal.

37 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Contoh nota kredit dan nota debit adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13 dan Rajah 14. Rajah 13: Contoh Nota Kredit

38 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 14: Contoh Nota Debit

39 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Penyimpanan Rekod Kredit 46.

Penerima mesti menyimpan rekod mengenai semua kredit yang diterima

daripada pembekalnya. Jika penerima kebiasaannya mengeluarkan nota debit kepada pembekal yang kredit itu patut diberikan dan menyelaraskan rekod penerima pada peringkat itu, nota debit hendaklah menunjukkan butir-butir sama yang diperlukan bagi nota kredit, iaitu nota kredit daripada pembekal mesti sepadan dengan nota debit yang dikeluarkan oleh penerima bagi pembekalan yang sama. Begitu juga, pembekal harus menyimpan rekod semua kredit yang diberikan kepada penerima dan membuat pelarasan yang perlu. Penerima dan pembekal perlu memastikan bahawa pelarasan dibuat sekali sahaja dan nota kredit dan nota debit itu tidak digunakan secara serentak sebagai dokumen perakaunan. PENYIMPANAN REKOD 47.

Seksyen 36 Akta CBP 2014 memerlukan setiap orang kena cukai dan bukan

orang kena cukai tertentu untuk menyimpan rekod yang lengkap dan benar berkenaan semua transaksi yang boleh memberi kesan atau boleh menjejaskan liabiliti cukai. Rekod-rekod ini hendaklah disimpan di Malaysia kecuali sebagaimana selainnya yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, dan perlu dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir berhubungan dengan rekod itu. 48.

Bukan orang kena cukai tertentu yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut: (a)

mana-mana orang yang telah terhenti menjadi orang kena cukai dan telah membuat/akan membuat tuntutan pelepasan hutang lapuk;

(b)

perkhidmatan

diimport

yang

dibekalkan kepada penerima,

yang

merupakan bukan orang kena cukai, bagi maksud perniagaan; (c)

barang daripada orang kena cukai dijual oleh bukan orang kena cukai untuk mendapatkan kembali apa-apa hutang yang terhutang oleh orang kena cukai;

40 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(d)

pembekalan oleh pelelong yang merupakan bukan orang kena cukai atas namanya sendiri bagi pihak prinsipal / pemilik barangan yang merupakan orang kena cukai; dan

(e)

bukan orang kena cukai di Malaysia yang menerima barang (dalam perjalanan

atau

penerusan

perniagaan)

daripada

pengilang

tol

diluluskan. 49.

Mana-mana orang yang melanggar Seksyen 36 CBP Akta 2014, melakukan

suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Apa Itu Rekod? 50.

Rekod adalah dokumen termasuk semua buku akaun atau cetakan komputer

berkaitan jika komputer digunakan, juga termasuk dokumen-dokumen sokongan. Jika rekod itu dalam bentuk elektronik yang boleh dibaca, suatu manual kepada perisian mesti disediakan. Rekod boleh termasuk: (a)

semua rekod barang atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh atau kepada orang kena cukai termasuk invois cukai, invois, penyata jualan, resit, nota kredit, nota debit dan borang pengikraran eksport;

(b)

semua rekod pengimportan barang;

(c)

buku

akaun

fizikal,

laporan

kewangan

dan

sumber

dokumen

berdasarkan kertas termasuk cetakan komputer rekod perniagaan dan rekod perakaunan; (d)

rekod elektronik; dan

(e)

semua perincian mengenai sistem perakaunan, termasuk carta, kod akaun, manual arahan, sistem dan program dokumentasi dan spesifikasi, dll.

51.

Semua orang kena cukai dan bukan orang kena cukai yang tertentu perlu

menyimpan setiap dokumen perakaunan yang munasabah dan rekod-rekod semua pembekalan

dan

perolehan

perniagaan

bagi

membolehkan

juruaudit

CBP

41 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

menetapkan sifat, masa dan nilai semua pembekalan bercukai dan pengimportan barang dan perkhidmatan, termasuk maklumat yang membantu dalam menyelaraskan rekod-rekod perakaunan dengan penyata CBP yang dikemukakan. 52.

Perincian mengenai sebarang pembekalan yang dikecualikan dan apa-apa

kaedah pengagihan yang digunakan juga harus disediakan. Oleh itu, istilah "rekod" adalah termasuk rekod semua barang dan perkhidmatan yang dibekalkan, diterima dan diimport dan kadar cukai berkenaan ke atas semua pembekalan yang dibuat dan diterima. Rekod-rekod tertentu yang perlu disimpan termasuk: (a)

Rekod Entiti Perniagaan Rekod pendaftaran perniagaan seperti Borang 9, Borang 13, Borang 24 atau Borang 49.

(b)

Rekod Percukaian (i)

Penyata CBP, slip pembayaran and resit;

(ii)

Rekod pelepasan eksport, seperti pengikraran eksport (K2), rekod status barang bercukai dan rekod lain yang berkaitan.

(iii)

Rekod pelepasan import seperti: 

pengikraran Import (K1, K9), Resit Rasmi Kastam dan Borang Ikrar Nilai (K1A);



rekod pengangkutan seperti invois, pesanan penghantaran, senarai pembungkusan, bil muatan, rekod insurans, caj pengangkutan dan rekod lain yang berkaitan;



Surat/Ketetapan

atau

Keputusan

Penjenisan/Ketetapan

Penilaian atau Ketetapan Awal Kastam;

(iv)



surat pengecualian yang diperolehi oleh orang berdaftar; dan



Permit Import;

rekod dan dokumen untuk mengakaunkan mana-mana pelarasan yang berkaitan dengan input dan output cukai CBP;

(v)

borang pengikraran Hasil Dalam Negeri;

(vi)

lembaran ringkasan CBP; 42

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(vii) (c)

lembaran kerja pelarasan CBP.

Rekod Transaksi Perniagaan (i)

Rekod-rekod jualan dan belian seperti pesanan belian/nota pesanan, pesanan penghantaran, invois cukai, invois, resit, baucer, gulungan daftar tunai, nota kredit, nota debit dan rekod lain yang berkaitan.

(ii)

Rekod kontrak (termasuk sub-kontrak) seperti perjanjian antara pembeli dengan penjual atau pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga perniagaan, surat konsesi kuasa, perjanjian usahasama / pajakan/ pengilangan, royalti/ francais/ lesen dan lain-lain perjanjian Hak Harta Intelek (IPR), kontrak komisen ejensi broker, kontrak pengedaran/penjualan dan pembelian dan rekod lain yang berkaitan.

(iii)

Rekod surat-menyurat seperti surat, faksimili, email dan dokumen lain yang berkaitan.

(iv)

Rekod-rekod pembayaran seperti cek, bank draf, surat kredit, permohonan pemindahan dana, pesanan debit dan rekod lain yang berkaitan.

(v)

Perincian mengenai mana-mana ejen yang bertindak bagi pihak pembekal/prinsipal dan transaksi yang dibuat melalui ejen-ejen.

(d)

Rekod Perakaunan (i)

Laporan Kewangan yang diaudit termasuk Akaun Untung dan Rugi.

(ii)

Akaun Pengurusan.

(iii)

Lejer Am dan Lejer Subsidiari.

(iv)

Buku Tunai.

(v)

Daftar Aset Tetap.

(vi)

Rekod pengeluaran, lembaran/senarai stok dan senarai kawalan;

(vii)

Senarai

pemiutang

dan

penghutang

(berkenaan

dengan

perubahan dalam asas perakaunan) 43 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(viii)

Pelarasan audit

(ix)

Jurnal, slip penerimaan, resit, baucer bayaran, slip pembayaran dan rekod lain yang berkaitan.

(e)

Rekod lain: (i)

barangan perniagaan yang digunakan untuk tujuan bukan perniagaan;

(ii)

pelupusan barangan perniagaan sama ada bagi sesuatu balasan atau tidak;

(iii)

hadiah kepada pelanggan dalam perjalanan atau penerusan perniagaan yang dijalankan;

(iv)

pemberian sampel kepada pelanggan yang berpotensi dalam perjalanan atau penerusan perniagaan yang dijalankan;

(v)

faedah sampingan yang diberikan kepada pekerja; dan

(vi)

pergerakan barangan import ke/dari Gudang Berlesen.

Anda mungkin memerlukan maklumat di atas apabila mengira liabiliti CBP sebelum mengisi penyata CBP. Rekod Komputer/Elektronik 53.

Orang berdaftar mesti menyimpan dokumen asal yang biasanya disimpan

dalam bentuk kertas (hard copy). Walau bagaimanapun, bagi rekod dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod tersebut hendaklah disimpan dalam apaapa cara bagi membolehkan rekod tersebut dipermudahkan diakses dan ditukar ke dalam bentuk bertulis. 54.

Bila rekod pada asalnya dalam suatu bentuk manual dan ia kemudiannya

ditukar ke dalam rekod elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum pertukaran itu. Rekod tersebut hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding. Misalnya, rekod disimpan di dalam komputer menggunakan pita magnet atau cakera, sepatutnya boleh ditukar ke dalam bentuk dipermudahkan dibaca yang memuaskan dan tersedia kepada Kastam atas permintaan untuk membolehkan pegawainya memeriksa operasi orang berdaftar dan

44 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

maklumat yang disimpan melalui orang yang bertanggungjawab ke atas komputer atau perisiannya. Penyimpanan Rekod Di Luar Negara 55.

Mana-mana rekod yang berkaitan dengan CBP mesti disimpan di Malaysia oleh

orang kena cukai. Bagi mereka yang bercadang untuk menyimpan rekod mereka di luar negara, kelulusan perlu diperolehi daripada Ketua Pengarah tertakluk kepada syarat yang difikirkannya patut. Selain mematuhi Seksyen 36 Akta CBP 2014, rekod yang disimpan di luar negara mesti disediakan apabila dikehendaki oleh pegawai CBP untuk tujuan pengesahan atau audit. REKOD PADA LEMBARAN RINGKASAN CBP 56.

Untuk memudahkan anda mengemukakan penyata CBP yang betul dan tepat

dan untuk membantu mana-mana proses audit, adalah dinasihatkan agar anda mengekalkan suatu rekod pada lembaran kerja CBP. Lembaran kerja CBP adalah ringkasan nilai perolehan/pembekalan dan cukai input/output bagi setiap tempoh bercukai. 57.

Bagi

setiap

tempoh

bercukai,

anda

perlu

mengemaskini

rekod

dan

menyediakan lembaran ringkasan CBP dengan tajuk berasingan seperti yang berikut: (a)

Jumlah Perolehan dan Cukai Input

(b)

Jumlah Pembekalan dan Cukai Output

(c)

Maklumat Tambahan

Contoh lembaran ringkasan CBP adalah seperti di Rajah 15, 16 dan 17.

45 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 15: Lembaran Ringkasan CBP Bagi Jumlah Perolehan dan Cukai Input Bagi Tempoh Bercukai 1 Jul – 30 Sep 2015

Jenis Perolehan

Nilai Perolehan tidak termasuk CBP

Cukai Input 6%

(RM)

Boleh Dituntut

KADAR STANDARD 1. Belian Biasa – untuk melakukan pembekalan berkadar standard Belian Biasa – untuk melakukan pembekalan dikecualikan Belian Biasa – untuk melakukan pembekalan sampingan yang dikecualikan (Peraturan 43 & 44A) 2. Belian Harta Modal – untuk melakukan pembekalan berkadar standard Belian Biasa – Untuk melakukan pembekalan dikecualikan 3. Pembekalan dengan Pelepasan CBP 4. Perkhidmatan Diimport 5. CBP ke atas Import Jumlah Kecil Pelarasan: 1. Pelepasan Hutang Lapuk 2. Nota Kredit / Nota Debit 3. Pelarasan Harta Modal 4. Pelarasan Tahunan 5. Pelarasan Lain Jumlah Kecil Jumlah Keseluruhan

(RM) Tidak Boleh Dituntut Nil

20,000

1,200

10,000

Nil

400

24

Nil

77,000

4,620

Nil

10,000

Nil

600

Nil 15,500 11,200 144,100

Nil 930 672 7,446

Nil Nil Nil 1,200

2,000 4,056 Nil Nil Nil 6,056 150,156

120 243.36 Nil Nil Nil 363.36 7,809.36

Nil Nil Nil Nil Nil 0 1,200

600

46 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 16: Lembaran Ringkasan CBP Bagi Jumlah Perolehan dan Cukai Output Bagi Tempoh Bercukai 1 Jul – 30 Sep 2015

Jenis Pembekalan

Nilai Pembekalan Tidak Termasuk CBP

Cukai Output

(RM)

(RM)

KADAR STANDARD 1. Pembekalan Biasa

6%

125,000

7,500

2. Pelupusan Aset Perniagaan

5,000

300

3. Dianggap sebagai Pembekalan:

3,200

192

8,100

486

141,300

8,478

1,000

60

2. Nota Kredit / Nota Debit

Nil

Nil

3. Pelarasan Harta Modal

Nil

Nil

4. Pelarasan Tahunan

Nil

Nil

5. Pelarasan Lain

Nil

Nil

1,000

60

142,300

8,538

Hadiah, aset perniagaan yang digunakan untuk kegunaan persendirian, dan sebagainya. 4. Perkhidmatan yang diimport Jumlah Kecil Pelarasan: 1. Mendapatkan kembali hutang lapuk

Jumlah Kecil Jumlah Keseluruhan Cukai Bersih Kena Dibayar / (Kena Dituntut)

[Cukai Output – Cukai Input] 8,538 – 7,809.36 = RM 728.64

Rajah 17: Maklumat Tambahan Bagi Lembaran Ringkasan CBP Bagi Tempoh Bercukai 1 Jul – 30 Sep 2015 Jenis Pembekalan

Nilai

CBP

(RM)

(RM)

Jumlah Nilai Kadar Sifar – Pembekalan Tempatan Jumlah Nilai Pembekalan Export Jumlah Nilai Pembekalan yang Dikecualikan

1,000

Nil

25,000

Nil

Nil

Nil

47 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Jumlah Nilai Pembekalan yang Diberi Pelepasan CBP

7,600

Nil

Jumlah Nilai Barang yang Diimport di bawah Skim Khas dan penangguhan CBP

1,000

60 (Penangguhan)

Jumlah Nilai Pembekalan yang Tidak Diambil Kira

3,569

Nil

38,169

Nil

JUMLAH

58.

Lembaran ringkasan CBP seperti di Rajah 15, 16 dan 17 adalah keperluan

asas untuk merekod maklumat CBP. Lembaran kerja tambahan diperlukan untuk menyokong lembaran ringkasan tersebut. Sebagai contoh, anda sebagai pembekal yang berdaftar CBP mungkin dikehendaki untuk menyediakan lembaran kerja tambahan untuk menyokong angka yang tercatat di dalam Nota Kredit/Nota Debit seperti yang direkodkan dalam Rajah 15. Contoh lembaran kerja adalah seperti di Rajah 18. Rajah 18: Senarai Nota Kredit / Nota Debit dan Invois Cukai berkaitan bagi Pelarasan CBP sehingga 30.09.2015

Nilai CN /

No. Nota No.

Kredit /

Tarikh

Debit.

1.

CN1234

1.5.2015

DN

Tempoh

Nilai No. Invois

Invois

CBP

(Termasuk Berkaitan (Termasuk Dibayar CBP)

CBP)

(RM)

(RM)

1,060

67899

10,600

Bercukai CBP ke atas Cukai

Cukai Output

Diikrar/

disebabkan

Dibayar

CN/DN

(RM) 600

Pelarasan

(RM) Apr –

(60)

Jun 2015 2

CN1911

21.5.2015

2,120

68450

20,140

1,140

Apr –

(120)

Jun 2015 3.

DN66997 13.6.2015

954

79776

5,300

300

Apr –

54

Jun 2015 JUMLAH

4,134

36,040

2,040

(126)

48 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

REKOD YANG DIPERLUKAN BAGI TUNTUTAN PELEPASAN CBP ATAS HUTANG LAPUK 59.

Orang kena cukai dikehendaki menyenggara dan memelihara semua rekod dan

dokumen berhubung hutang lapuk. Di samping rekod yang dinyatakan pada perenggan 47 hingga 55 panduan ini, orang berdaftar diperlukan untuk menyimpan rekod tambahan bagi menyokong tuntutan pelepasan hutang lapuk seperti: (a)

keterangan dokumentari lain yang menunjukkan tempoh masa, jenis, maklumat pembeli dan balasan pembekalan;

(b)

rekod atau apa-apa dokumen lain yang menunjukkan bahawa anda telah mengakaun dan membayar cukai;

(c)

rekod atau apa-apa dokumen lain, sebagai contoh senarai tempoh (aging) penghutang yang menunjukkan bahawa balasan itu tidak diterima selepas 6 bulan daripada tarikh pembekalan dan diakaun sebagai hutang lapuk di dalam akaun orang kena cukai;

(d)

rekod atau apa-apa dokumen lain yang menunjukkan bahawa semua usaha yang wajar telah diambil oleh orang berdaftar untuk mendapatkan semula hutang. Usaha yang wajar adalah termasuk: (i)

surat permintaan atau peringatan daripada syarikat; atau

(ii)

surat daripada syarikat peguamcara atau tindakan undangundang terhadap penghutang jika ada; atau

(iii)

penglibatan dan tindakan daripada ejensi kredit jika ada; atau

(iv)

hutang lapuk telah dihapuskan dalam akaun syarikat dan sebagainya.

Ia tidak wajib untuk memenuhi semua syarat di atas. Walau bagaimanapun, hanya menghantar surat permintaan kepada penghutang tidak boleh dianggap sebagai satu usaha yang mencukupi untuk memungut semula hutang. Oleh itu, Kastam mungkin tidak meluluskan pelepasan hutang lapuk orang kena cukai tersebut. (e)

rekod insolvensi seperti:

49 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(i)

Individu: Surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk memberitahu bahawa penghutang diisytiharkan sebagai muflis di bawah Akta Kebankrapan 1967;

(ii)

Syarikat: 

surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia; atau



perintah mahkamah untuk penggulungan di bawah Akta Syarikat 1965;



surat pelantikan penerima;



penyata hal ehwal yang diserah simpan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menyatakan bahawa harta syarikat tidak mencukupi untuk menampung bayaran bagi apa-apa hutang;



borang yang berkaitan dengan insolvensi penghutang seperti:  Borang 70, Akta Syarikat 1965 (Notis Pelantikan dan Keadaan Pejabat atau Pelikuidasi (Penggulungan) oleh Mahkamah);  Borang 75, Akta Syarikat 1965 (Akaun Penerimaan dan Pembayaran Pelikuidasi dan Penyata Kedudukan dalam Penggulungan);  Bukti Hutang (Borang Am);

(f)

menyenggara akaun tunggal yang dikenali sebagai “bayaran balik akaun hutang lapuk”.

60.

Rekod yang juga perlu disimpan perlu menunjukkan perincian pembekalan

setiap tuntutan yang dibuat: (a)

perincian pembekalan bagi tuntutan; (i)

jumlah CBP yang dikenakan;

(ii)

tempoh bercukai yang mana CBP telah diakaunkan dan dibayar kepada Ketua Pengarah; 50

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(iii)

tarikh dan nombor siri invois cukai yang dikeluarkan atau jika tiada sebarang invois, maklumat lain yang perlu untuk mengenal pasti masa, jenis dan penghutang; dan

(iv)

apa-apa bayaran yang diterima.

(b)

jumlah CBP yang tertunggak berkaitan dengan tuntutan tersebut;

(c)

jumlah CBP yang dituntut; dan

(d)

tempoh bercukai yang mana tuntutan dibuat.

Contoh adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 19. Rajah 19: Contoh Rekod bagi Tuntutan Hutang Lapuk No

No. Invois

Tarikh

Amaun

Invois

Invois

CBP

Tempoh

Bayaran

Dibayar Bercukai

Diterima

Termasuk

Cukai

CBP

Diikrar/

Tunggakan

CBP

Tempoh Tempoh

Dituntut Bercukai (Bulan) Tuntutan

Dibayar (RM)

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)

1.

IA1234

9.2.2016

1,900.00

107.55

Jan – Mar 2016

190.00

1,710.00

96.79

Apr – Jun 2017

14

2.

IA1235

1.6.2016

2,000.00

113.21

Apr – Jun

200.00

1,800.00

101.89 Apr – Jun

10

2016 3.

IA1236

1.9.2016

5,500.00

311.32

Jul – Sep

2017 Nil

5,500.00

311.32 Apr – Jun

2016 TOTAL

9,400.00

532.08

2017 390.00

9,010.00

510.00

Contoh di atas menggunakan invois sebagai rujukan. Walau bagaimanapun, jika masa pembekalan tidak berpandukan tarikh invois, rujukan boleh dibuat menggunakan masa penghantaran atau pembayaran yang mana berkenaan. INVOIS CUKAI TIDAK PERLU DIKELUARKAN DAN PENYIMPANAN REKOD 61.

Di bawah perundangan CBP, secara amnya orang berdaftar yang membuat

pembekalan bercukai mesti mengeluarkan invois cukai. Namun, di bawah keadaan 51 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

7

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

tertentu, orang berdaftar boleh mengenakan CBP atas pembekalannya tanpa mengeluarkan invois cukai. Orang berdaftar CBP di bawah Pelepasan Barang Terpakai 62.

Orang yang diluluskan di bawah skim ini boleh membeli barangan terpakai

(kenderaan bermotor/hartanah terpakai) daripada orang yang tidak berdaftar atau individu. Kemudiannya, apabila orang yang diluluskan di bawah skim ini menjual semula barang itu, dia perlu mengenakan CBP atas perbezaan antara harga jualan dengan harga pemerolehan barang tersebut. Memandangkan invois cukai tidak boleh dikeluarkan oleh orang yang diluluskan, pembeli barang tersebut tidak boleh menuntut input cukai walaupun beliau adalah orang berdaftar. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Skim Pelepasan Barang Terpakai). 63.

Orang berdaftar di bawah skim ini mesti menyimpan rekod seperti: (a)

invois belian dan jualan bagi jualan di bawah Skim Pelepasan Barang Terpakai;

64.

(b)

buku log; dan

(c)

baucer bayaran.

Buku log perlu mengandungi butir-butir seperti: (a)

Butir-butir Belian (i)

tarikh perolehan / pembelian;

(ii)

nombor invois belian;

(iii)

jumlah harga belian.

(iv)

nama dan alamat penjual;

(v)

hartanah (bangunan komersil)/nombor pendaftaran kenderaan, nombor enjin dan casis kenderaan; dan

(vi) (b)

model dan buatan.

Butir-butir Jualan (i)

tarikh jualan; 52

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(ii)

nombor invois jualan;

(iii)

nama dan alamat pembeli;

(iv)

jumlah harga jualan;

(v)

hartanah (bangunan komersil)/nombor pendaftaran kenderaan, nombor enjin dan casis kenderaan; dan

(vi) (c)

model dan buatan.

Butir-butir Perakaunan (i)

harga belian;

(ii)

harga jualan;

(iii)

nilai margin jualan;

(iv)

kadar cukai pada tarikh jualan; dan

(v)

CBP perlu dibayar.

Contoh rekod skim margin adalah seperti di Rajah 20. Rajah 20: Contoh Rekod Skim Margin No

Jualan

Purchase

Margin

CBP

Additional Information

termasuk Tarikh

No.

Amaun

Inv

(RM)

Tarikh

No.

Amaun

Resit

(RM)

CBP 6%

Amaun

Tempoh

No

Kena

Bercukai

Daftar/

Dibayar

Buatan

Lainlain

No Lot

1.

1.6.2015 V123

50,000

4.4.2012

P899

20,000

30,000

1,698.11

Jun 2015

WBP12

Ford

Escape

2.

5.8.2015 V124

43,000

6.3.2011

1199

23,000

20,000

1,132.08

Aug 2015

LB123

Honda

Civic

Skim Kadar Rata 65.

Skim kadar rata membenarkan mana-mana orang yang layak dan menjalankan

perniagaan yang melibatkan aktiviti yang ditetapkan untuk memasukkan suatu tambahan kadar rata yang ditetapkan dalam balasan bagi apa-apa pembekalan bercukai barang yang dibuat olehnya daripada aktiviti yang ditetapkan kepada orang berdaftar dalam perjalanan atau penerusan perniagaan itu.

53 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

66.

Orang yang diluluskan bagi aktiviti yang ditetapkan dikehendaki mengeluarkan

invois dan mengenakan tambahan kadar rata yang ditetapkan dalam balasan atas pembekalan bagi barangan bercukai kepada orang berdaftar CBP. Contoh invois yang dikeluarkan oleh orang yang diluluskan adalah seperti di Rajah 21. 67.

Di samping invois yang dikeluarkan oleh orang yang diluluskan, Ketua

Pengarah boleh, apabila permohonan dibuat oleh orang berdaftar, membenarkannya untuk mengeluarkan invois berkaitan pembekalan yang dibuat oleh orang yang diluluskan tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (a)

nilai barang atau perkhidmatan tidak diketahui oleh orang yang diluluskan pada masa pembekalan dibuat;

(b)

orang berdaftar dan orang yang diluluskan bersetuju secara bertulis bahawa orang yang diluluskan tidak akan mengeluarkan invois berhubung suatu pembekalan yang dibuat di bawah skim ini;

(c)

orang berdaftar hendaklah mengeluarkan invois yang menunjukkan butirbutir yang dinyatakan di perenggan 69 panduan ini;

(d)

salinan invois diberikan kepada orang yang diluluskan dan satu salinan disimpan oleh orang berdaftar;

(e)

orang yang diluluskan hendaklah memaklumkan orang berdaftar jika dia tidak lagi menjalankan perniagaan, memindahkan perniagaannya sebagai satu usaha berterusan atau menjadi orang berdaftar;

(f)

dalam kes di mana invois dikeluarkan sebelum pembekalan dibuat, invois tersebut perlu dikeluarkan bersama bayaran; dan

(g)

apa-apa syarat lain yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Ketua Pengarah.

Contoh invois yang dikeluarkan oleh orang berdaftar (penerima) adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 22. 68.

Orang yang diluluskan di bawah skim ini tidak dibenarkan untuk menuntut kredit

input cukai (ITC) dan pembeli yang merupakan orang berdaftar CBP boleh menuntut ITC berdasarkan tambahan kadar rata (cukai) yang ditanggung. Orang yang diluluskan tidak perlu mengemukakan penyata atau meremit tambahan kadar rata 54 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(cukai) yang dipungut kepada Kastam. Namun, dia mesti mengemukakan penyata jualan tahunan termasuk senarai pelanggannya kepada Ketua Pengarah. Contoh penyata jualan tahunan skim kadar rata adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1 di bawah.

55 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Jadual 1: Penyata Jualan Tahunan Skim Kadar Rata bagi Tahun 2014 Nama Orang Yang Diluluskan

:

Alamat Orang Yang Diluluskan

:

Nombor Skim Kadar Rata

:

Bulan

Jualan Skim Kadar Rata

Tambahan Kadar Rata

Jualan Lain

(RM)

(RM)

(RM)

Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jumlah(RM)

No.

Nama Pembeli (Orang Berdaftar)

Tandatangan

:

Nama

:

Jawatan

:

Cop Syarikat

:

Nombor Cukai Barang dan Perkhidmatan (Nombor CBP)

56 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

69.

Invois dikeluarkan di bawah skim ini perlu mengandungi butir-butir berikut: (a)

nombor siri invois;

(b)

nama, alamat dan nombor rujukan orang yang diluluskan;

(c)

tarikh pengeluaran invois;

(d)

nama, alamat dan nombor pengenalan CBP orang berdaftar yang mana barang itu dibekalkan;

(e)

perihal barang dibekalkan;

(f)

jumlah amaun kena bayar tidak termasuk tambahan kadar rata, kadar tambahan kadar rata dan jumlah amaun kadar tambahan kadar rata perlu ditunjukkan secara berasingan; dan

(g) 70.

jumlah kena dibayar termasuk tambahan kadar rata.

Orang yang diluluskan hanya perlu mengeluarkan invois dengan tambahan

kadar rata untuk mana-mana pembekalan barang bercukai kepada orang berdaftar CBP berkaitan dengan aktiviti yang ditetapkan bagi perniagaannya.

57 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 21: Contoh Invois Bagi Skim Kadar Rata Nama, alamat dan no. rujukan(Dikeluarkan kadar rata bagi orang yang diluluskan

oleh Orang yang Diluluskan)

ELLE TOBACCO ENTERPRISE (I0000897) Lot 123, Jalan Mahsuri, 81200 Johor Bahru Tel : 07-2312 345 (Kadar Rata No. Ruj.: FRS1022/2015)

No. Invois : 0001114 Date

: 1 Jun 2015

Invoice

INVOIS DUNVILLE MANUFACTURING SDN. BHD. Lot 123, Jalan Padi, 81200 Johor Bahru Tel : 07-3349 765 (GST ID No : 100004/2014)

No.

Nombor siri invois

Tarikh dikeluarkan

Nama, alamat dan nombor CBP pelanggan

Jumlah

Perihal

(RM)

1.

10kg Daun Tembakau Hijau (Gred 1)

@ RM100/kg

1,000.00

2.

20kg Daun Tembakau (Gred 2)

@ RM50/kg

1,000.00

3.

40kg Daun Tembakau Spring (Gred 3) @ RM30/kg

1,200.00

Jumlah(tidak termasuk kadar rata tambahan ) Kadara rata tambahan @ 1%

3,200.00 32.00

Perihal barang yang dibekalkan

Jumlah amaun yang kena dibayar

Jumlah amaun tidak termasuk tambahan kadar rata

Jumlah amaun tambahan kadar rata

3,232.00

Kadar bagi tambahan kadar rata

Jumlah amaun termasuk tambahan kadar rata

........................................................

ELLE TOBACCO ENTERPRISE

............................................................

58 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rajah 22: Contoh Invois Bagi Skim Kadar Rata (Disediakan oleh Orang Berdaftar) Nama, alamat dan nombor rujukan kadar rata bagi orang yang diluluskan

KILANG KELAPA SAWIT SDN BHD INVOIS

Pembekal KEBUN LUMADAN ENTERPRISE Lot 22, Jalan Lumadan-Sipitang, 89808 Beaufort, Sabah. (No. Ruj. Flat Rate : FRS1227/2015)

No. Invois : 0001206 Nombor siri invois Nama, alamat dan Nombor pengenalan CBP penerima/pelanggan

Penerima KILANG KELAPA SAWIT SDN.BHD Lot 172, Jalan Lumadan-Sipitang, 89808 Beaufort, Sabah. Tel: 087-211730 Perihal barang (GST ID No: 100017/2015) dibekalkan

No. Siri

Perihal

1.

Buah tandan segar kelapa sawit

Kuantiti (tan)

40

Tarikh invois dikeluarkan

Tarikh : 25 Jun 2015 No N/H : S000206

Harga Seunit (RM)

Jumlah (RM)

413.00

Jumlah(tidak termasuk kadar rata tambahan ) Kadar rata tambahan @ 1% Kadar bagi tambahan kadar rata

Jumlah Kena Dibayar

………………………………………………….....……… KILANG KELAPA SAWIT SDN.BHD.

16,520.00

16,520.00 165.20

16,685.20

Jumlah amaun kena dibayar termasuk tambahan kadar rata

59 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk tambahan kadar rata

Jumlah amaun tambahan kadar rata

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Rekod-Rekod Yang Perlu Disimpan 71.

Rekod yang perlu disimpan di bawah skim kadar rata adalah termasuk: (a)

invois;

(b)

rekod jualan: (i)

jumlah jualan kepada orang berdaftar CBP dengan tambahan kadar rata; dan

(ii) (c)

jumlah aktiviti bukan pertanian; dan

penyata jualan tahunan.

Skim Pengilang Tol Diluluskan (ATMS) 72.

Pengilang tol/kontrak yang menjalankan aktiviti nilai ditambah melibatkan

perawatan atau pemprosesan barang bagi prinsipal di luar negara, boleh memohon ATMS sebagai Pengilang Tol Diluluskan (ATM) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan (Sila rujuk kepada Panduan Skim Pengilang Tol Diluluskan CBP). 73.

Di

bawah

ATMS,

pembekalan

aktiviti

nilai

ditambah

(seperti

caj/tol

pemprosesan) dibuat oleh ATM untuk dan kepada prinsipal di luar negara tidak diambil kira di bawah Seksyen 72(1) Akta CBP 2014. CBP atas barang diproses atau barang siap dihantar oleh ATM tersebut (untuk prinsipalnya di luar negara) kepada pelanggan tempatan (orang berdaftar CBP atau bukan orang berdaftar CBP) akan diakaun oleh pelanggan tempatan melalui kaedah “Perakaunan Kendiri Penerima”, iaitu pelanggan tempatan mesti mengakaun dan membayar cukai seolah-olah dirinya sendiri membekalkan barang itu. Invois Bagi ATMS 74.

ATM boleh mengeluarkan invois cukai kepada prinsipal luar negara bagi

pembekalan perkhidmatan nilai ditambah yang dilaksanakan atas bahan mentah yang dikonsainkan oleh prinsipal luar negara. Invois cukai tidak boleh dikeluarkan untuk barangan yang diproses atau barangan siap yang dihantar kepada pelanggan tempatan bagi pihak prinsipal luar negara. Walau bagaimanapun, barang siap yang

60 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

dihantar oleh ATM kepada pelanggan tempatan mesti diiringi oleh Nota Hantaran (DO). 75.

Pelanggan/penerima

tempatan

yang

menerima

barang

tersebut

akan

mengakaun cukai output atas pembekalan tempatan melalui kaedah “Perakaunan Kendiri Penerima” berdasarkan invois daripada prinsipal luar negara atau bila bayaran dibuat kepada prinsipal luar negara. Pada masa yang sama, pelanggan tempatan boleh menuntut cukai output yang dianggap sebagai kredit cukai inputnya sekiranya dia adalah orang berdaftar CBP. 76.

Namun, jika pelanggan tempatan (orang berdaftar CBP) menerima barang yang

diproses atau barang siap daripada ATM dan kemudiannya membekalkan barang itu untuk pasaran tempatan, dia mesti mengakaunkan cukai output dan mengeluarkan invois cukai kepada pembeli atas pembekalan tempatan tersebut. Penyimpanan Rekod 77.

Kedua-dua pengilang tol diluluskan dan pelanggan tempatan (peserta ATMS)

kepada pelanggan luar negara yang berdaftar di bawah ATMS mesti menyenggara akaun dan rekod yang kemaskini pada setiap masa. (a)

Penyimpanan rekod oleh Pengilang Tol Diluluskan Di samping rekod yang dinyatakan dalam perenggan 47 hingga 55 panduan ini, pengilang tol di bawah ATMS hendaklah pada setiap masa menyenggara dan memelihara rekod perakaunan dan inventori yang teratur berhubung bahan mentah diterima, disimpan dan dikilang termasuk barang yang diproses atau barang siap yang dihantar dan dieksport semula. Rekod ini termasuk: (i)

semua invois daripada prinsipal di luar negara;

(ii)

pesanan hantaran;

(iii)

dokumen dan rekod lain yang asal berhubung dengan perolehan, resit dan pembekalan bahan mentah (belian import atau tempatan) dan barang siap yang dieksport semula, dihantar atau dikonsainkan di bawah ATMS;

61 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(iv)

apa-apa perjanjian atau kontrak dibuat antara Pengilang Tol Diluluskan dengan prinsipal luar negara;

(v)

senarai penerima yang berada di bawah ATMS (berdaftar dan bukan berdaftar); dan

(vi)

ringkasan barangan yang dihantar kepada penerima ATMS (berdaftar dan bukan berdaftar).

(b)

Penyimpanan Rekod oleh Pelanggan Tempatan (berdaftar dan bukan berdaftar) Pelanggan tempatan di bawah ATMS hendaklah menyenggara dan memelihara rekod perakaunan dan inventori yang sewajarnya pada setiap masa berhubung barang siap diterima dan dibekalkan, bagi tempatan dan luar negara. Rekod ini termasuk: (i)

semua invois daripada prinsipal luar negara;

(ii)

rekod bayaran kepada prinsipal luar negara;

(iii)

pesanan hantaran daripada ATM;

(iv)

dokumen asal dan rekod lain yang berkaitan pembekalan diterima dan dijual seperti Borang Pengikraran Kastam (K1/K2/K9) dll; dan

(v)

apa-apa perjanjian atau kontrak antara pelanggan tempatan (pembeli barang siap) dan prinsipal di luar negara.

Pendaftaran Kumpulan CBP 78.

Syarikat-syarikat di bawah satu kumpulan boleh memilih untuk didaftarkan

sebagai satu kumpulan di bawah CBP. Dua atau lebih syarikat boleh berada dalam satu kumpulan di bawah CBP apabila satu syarikat mengawal syarikat lain atau apabila syarikat-syarikat ini dikawal oleh seorang atau beberapa individu dalam perkongsian. Orang yang mengawal perlu memegang lebih daripada lima puluh peratus daripada modal saham setiap syarikat ini. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Panduan Pendaftaran CBP). Invois Bagi Kumpulan CBP

62 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

79.

Pengeluaran invois oleh orang berdaftar di bawah pendaftaran kumpulan

adalah seperti berikut: (a)

Anggota kumpulan CBP yang membuat pembekalan secara individu kepada penerima di luar kumpulan mesti mengeluarkan invois cukai dengan nombor pendaftaran CBP individu tersebut.

(b)

Bagi pemerolehan secara individu oleh anggota kumpulan CBP daripada pembekal di luar kumpulan, invois cukai hendaklah dikeluarkan atas nama anggota individu tersebut.

(c)

Pembekalan atau transaksi di antara anggota dalam kumpulan CBP adalah merupakan pembekalan yang tidak diambil kira. Anggota boleh mengeluarkan invois biasa kepada anggota yang lain apabila membuat pembekalan di dalam kumpulan.

Rekod Yang Perlu Disimpan 80.

Selain dokumen dan rekod yang dinyatakan di perenggan 47 hingga 55

panduan ini yang perlu disimpan oleh orang berdaftar, semua anggota kumpulan CBP termasuk anggota wakil hendaklah juga menyimpan rekod berikut: (a)

rekod bulanan anggota secara individu ke atas jumlah input (pembelian dan pemerolehan) dan output (jualan dan pelupusan selain daripada jualan); dan

(b)

ringkasan bulanan anggota secara individu ke atas jumlah input (pembelian dan pemerolehan) dan output (jualan dan pelupusan selain daripada jualan).

Contoh ringkasan bulanan tersebut adalah seperti di bawah:

63 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Contoh 14: Anggota A (No. Pendaftaran CBP): Ringkasan Jumlah Output Dibekalkan Bagi Tempoh Januari 2014

Jenis Pembekalan Pembekalan kepada Luar Kumpulan

Output

Amaun Output

Kadar Standard

(RM)

Cukai Output (RM) 6%

10,000

600

3,000

Nil

1,000

Nil

N/A

N/A

1,000

Nil

10,000

Nil (Tidak diambil kira)

Nil

Nil

500

30

Pelarasan Lain

Nil

Nil

Jumlah

25,500

630

Kadar Sifar Tempatan Kadar Sifar Export Dikecualikan Pembekalan dengan Pelepasan CBP Pembekalan Dalam Kumpulan

Kadar Standard

Kadar Sifar Pelarasan

Mendapat kembali Hutang Lapuk

64 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Contoh 15: Anggota A (No. Pendaftaran CBP): Ringkasan Jumlah Input yang Diperolehi bagi Tempoh Bercukai Januari 2014 Jenis Pembekalan Pembekalan dari Luar Kumpulan

Input

Kadar Standard

Cukai Input

Amaun Input

(RM)

(RM) Input lain 8,000

Kadar Sifar

6%

Harta modal

6,480

100,000 1,000

Nil

1,000

Nil

Tempatan Dikecualikan

(Dikecualikan)

Pembekalan Dalam Kumpulan

Pembekalan dengan Pelepasan CBP

N/A

N/A

Barangan Diimport di bawah Skim Khas

N/A

N/A

CBP ke atas Imports

Nil

Nil

6,000

Nil

Kadar Standard

(Tidak diambil kira) Kadar Sifar

Pelarasan

Pelepasan Hutang Lapuk Pelarasan lain Jumlah

Cukai Bersih Kena Dibayar/(Kena Dituntut)

500

Nil

1,000

60

Nil

Nil

117,500

6,540

(5,910) [Cukai Output – Cukai Input = 630 – 6,540]

65 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Contoh 16: Anggota B (No. Skim Pedagang Diluluskan): Ringkasan Jumlah Pembekalan Output bagi Tempoh Bercukai Januari 2014

Jenis Pembekalan Pembekalan kepada Luar Kumpulan

Output

Amaun Output (RM)

Cukai Output (RM) 6%

Kadar Standard

100,000

6,000

Kadar Sifar

10,000

Nil

2,000

Nil

Dikecualikan

N/A

N/A

Pembekalan dengan Pelepasan CBP

Nil

Nil

Pembekalan Dalam Kumpulan

Kadar Standard

Nil

Nil

Kadar Sifar

Nil

Nil

Pelarasan

Mendapat kembali Hutang Lapuk

Nil

Nil

Pelarasan lain

Nil

Nil

112,000

6,000

Tempatan Kadar Sifar Export

Jumlah

66 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Contoh 17: Anggota B (Skim Pedagang Diluluskan): Ringkasan Jumlah Input yang Diperolehi bagi Tempoh Bercukai Januari 2014

Jenis Pembekalan Pembekalan kepada Luar

Input

Kadar Standard

Kumpulan

Cukai Input

Amaun Input

(RM)

(RM) Input lain 50,000

Kadar Sifar

6%

Harta modal

3,000

Nil 3,000

Nil

6,000

Nil

Tempatan Dikecualikan

(Dikecualikan) Pembekalan dengan Pelepasan CBP Barangan Diimport di bawah Skim Khas

Pelarasan

Nil

2,000

120 (Ditangguh)

CBP ke atas Imports Pembekalan Dalam Kumpulan

Nil

Kadar Standard

Nil

Nil

4,000

Nil (Tidak diambil kira)

Kadar Sifar

N/A

N/A

Pelepasan Hutang Lapuk

Nil

Nil

Pelarasan lain

Nil

Nil

Jumlah

65,000

Cukai Bersih Kena Dibayar/(Kena Dituntut)

3,000

3,000 [Cukai Output – Cukai Input = 6,000 – 3,000]

67 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Contoh 18: Anggota Wakil (No. Pendaftaran CBP): Ringkasan Jumlah Pembekalan Output bagi Tempoh Bercukai Januari 2014

Jenis Pembekalan Pembekalan kepada Luar Kumpulan

Output

Amaun Output (RM)

Cukai Output (RM) 6%

Kadar Standard

100,000

6,000

Kadar Sifar

10,000

Nil

2,000

Nil

N/A

N/A

Pembekalan dengan pelepasan CBP

3,000

Nil

Kadar Standard

5,000

Nil

Tempatan Kadar Sifar Export Dikecualikan

Pembekalan Dalam Kumpulan

Pelarasan

(Tidak diambil kira) Kadar Sifar

Nil

Nil

Mendapat kembali Hutang Lapuk

Nil

Nil

Pelarasan lain

Nil

Nil

120,000

6,000

Jumlah

68 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Contoh 19: Anggota Wakil (No. Pendaftaran CBP): Ringkasan Jumlah Input yang Diperolehi bagi Tempoh Bercukai Januari 2014

Jenis Pembekalan Pembekalan dari Luar Kumpulan

Input

Kadar Standard

CukaiInput

Amaun Input

(RM)

(RM) Input lain 50,000

Kadar Sifar

6%

Harta modal

3,000

Nil 3,000

Nil

6,000

Nil

Tempatan Dikecualikan

(Dikecualikan)

Pembekalan Dalam Kumpulan

Pembekalan dengan Pelepasan CBP

Nil

Nil

Barangan Diimport di bawah Skim Khas

N/A

N/A

CBP ke atas Imports

Nil

Nil

10,000

Nil

Kadar Standard

(Tidak diambil kira) Kadar Sifar

Adjustments

1,500

Nil

Pelepasan Hutang Lapuk

Nil

Nil

Pelarasan lain

Nil

Nil

Jumlah

70,500

Cukai Bersih Kena Dibayar/(Kena Dituntut)

3,000

3,000 [Cukai Output – Cukai Input = 6,000 – 3,000]

81.

Anggota Wakil juga dikehendaki menyimpan rekod-rekod seperti berikut: (a)

rekod bulanan disatukan ke atas semua input (pembelian dan pemerolehan), output (jualan dan pelupusan selain daripada jualan) dan CBP kena dibayar/dituntut oleh semua anggota kumpulan; 69

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

(b)

salinan ringkasan bulanan setiap anggota secara individu ke atas jumlah input (pembelian dan pemerolehan), output (jualan dan pelupusan selain daripada jualan) dan CBP kena dibayar/dituntut; dan

(c)

penyata bulanan CBP bagi kumpulan CBP.

Contoh rekod bulanan disatukan bagi kumpulan CBP ditunjukkan di bawah:

70 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Contoh 20: Anggota Wakil (No.Pendaftaran Kumpulan CBP): Rekod Bulanan Disatukan bagi Jumlah Input dan Output Semua Anggota Kumpulan bagi Tempoh Bercukai: Januari 2014 Pembekalan Output kepada Penerima Diluar Kumpulan CBP Jumlah Output Kadar Standard

Jumlah Pelepasan Output CBP

Jumlah Output Kadar Sifar

Pelarasan

Perolehan daripada Pembekal Diluar Kumpulan CBP

Jumlah Cukai Output

Jumlah Input Kadar Standard

Jumlah Input Kadar Sifar

Jumlah Input Dikecuali kan

Jumlah Pelepasan

Input CBP

6%

Tempatan (RM)

(RM)

Eksport (RM)

(RM)

(RM)

Input Lain (RM)

Harta Modal (RM)

(RM)

(RM)

(RM)

Jumlah Nilai Pengimportan di bawah Skim Khas

CBP ke atas Import

(RM)

(RM)

Pelarasan

Jumlah Cukai Input 6%

(RM)

(RM)

Cukai Bersih Kena Dibayar, (Kena Dituntut) oleh Ahli

(RM)

Anggota Wakil Anggota A

100,000

3,000

(RM) 10,000

10,000

1,000

3,000

1,000

500

630

8,000

100,000

1,000

1,000

Nil

N/A

Nil

1,000

6,540

(5,910)

Anggota B

100,000

Nil

10,000

2,000

Nil

6,000

50,000

Nil

3,000

6,000

Nil

2,000

120

Nil

3,000

3,000

Anggota C

200,000

Nil

30,000

Nil

Nil

12,000

10,000

Nil

10,000

5,000

Nil

N/A

Nil

Nil

600

11,400

Anggota D

50,000

Nil

20,000

Nil

Nil

3,000

20,000

Nil

5,000

2,000

Nil

N/A

Nil

Nil

1,200

1,800

460,000

4,000

73,000

5,000

500

27,630

138,000

100,000

22,000

20,000

Nil

2,000

120

1,000

14,340

13,290

2,000

Nil

6,000

50,000

Nil

3,000

6,000

Nil

N/A

Nil

Nil

3,000

3,000

(ATS)

Jumlah Cukai Bersih Kena Dibayar, (Kena Dituntut) oleh Kumpulan

13,290 (Cukai Output – Cukai Input )

71 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Usaha Sama 82.

Usaha Sama ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti petroleum huluan di

bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) diluluskan untuk pendaftaran di bawah usaha sama CBP (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Aktiviti Huluan Petroleum CBP). Rekod yang Perlu Disimpan 83.

Pengendali Usaha dan Pengusaha dikehendaki menyenggara rekod-

rekodnya seperti berikut: (a)

Pengendali Usaha (i)

Kontrak Perkongsian Pengeluaran, Perjanjian Pengendalian Bersama, Program Belanjawan dan Program Kerja serta dokumen lain yang berkaitan usaha sama;

(ii)

invois belian dan jualan atas nama pengendali usaha bagi usaha sama. Keterangan dokumentari lain yang berkaitan pembelian atau pemerolehan dan jualan tersebut;

(iii)

bil kepentingan bersama yang dikeluarkan kepada semua pengusaha; dan

(iv)

rekod kuantiti bulanan petroleum mentah atau gas mentah yang dikeluarkan oleh setiap pengusaha daripada telaga minyak atau gas;

(a)

Pengusaha (i)

invois belian atas pembekalan barang dan perkhidmatan kepada pengendali usaha berkaitan JV itu. Keterangan dokumentari pembekalan tersebut kepada pengendali usaha. (Pengusaha itu boleh menuntut cukai input ke atas pemerolehan yang dibuatnya bagi JV itu); dan

(ii)

invois jualan atas pembekalan petroleum mentah atau gas mentah yang dikeluarkan daripada telaga minyak atau gas. (Pengusaha perlu mengakaun dan membayar cukai output 72

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

[CBP]

ke

atas

pembekalan

barang

tersebut

kepada

pelanggannya). KES-KES LAIN 84.

Kes-kes lain mengenai pengeluaran invois cukai dan penyimpanan rekod

adalah termasuk: Ejen 85.

Ejen boleh membeli atau menjual barang dan perkhidmatan bagi pihak

prinsipal sama ada atas nama prinsipal atau namanya sendiri. 86.

Jika ejen menjual barang dan perkhidmatan bagi pihak prinsipal, prinsipal itu

adalah penjual dan bukan ejen tersebut. Dalam hal yang sedemikian, ejen tidak perlu mengeluarkan invois cukai atas namanya sendiri kepada pembeli. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, ejen dibenarkan mengeluarkan invois cukai bagi pihak prinsipal dengan syarat ianya dikeluarkan di atas nama prinsipal. 87.

Jika ejen membeli barang dan perkhidmatan bagi pihak prinsipal, prinsipal

adalah pembeli dan bukan ejen tersebut. Dalam kes sedemikian, invois cukai mesti menunjukkan butir-butir prinsipal, iaitu invois cukai perlu dikeluarkan kepada prinsipal. 88.

Dalam kes ejen yang membeli atau menjual barang dan perkhidmatan atas

namanya sendiri, dia adalah pembeli atau penjual. Jika ejen adalah orang berdaftar, dia perlu mengeluarkan invois cukai atas namanya sendiri. 89.

Jika ejen adalah orang berdaftar, dia perlu mengeluarkan invois cukai untuk

menuntut komisen daripada prinsipal bagi perkhidmatannya sebagai ejen penjual atau pembeli. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Ejen CBP). Penyimpanan Rekod 90.

Selain rekod yang disebut dalam perenggan 47 hingga 55 panduan ini, ejen

juga mesti menyimpan rekod yang lengkap bagi nama, alamat dan nombor CBP prinsipal dalam mana-mana transaksi.

73 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Pelelong 91.

Dalam jualan lelong, pelelong biasanya bertindak sebagai ejen untuk menjual

barang bagi pihak prinsipal. Prinsipal mungkin termasuk pemilik atau pembiaya. Walaupun barang akan dilelong bagi pihak prinsipal, pelelong perlu mengakaunkan cukai output bagi penjualan barang jika pemilik adalah orang kena cukai. Invois untuk pembekalan bagi barang yang dilelong juga akan dikeluarkan oleh pelelong. 92.

Jenis dokumen untuk dibilkan atau invois yang akan dikeluarkan kepada

pembeli barang lelong bergantung kepada status CBP pemilik barang. Jika pemilik adalah orang kena cukai, pelelong sama ada orang berdaftar atau tidak hendaklah mengeluarkan invois atau penyata jualan (disifatkan sebagai invois cukai) seperti yang dinyatakan dalam perenggan 28 panduan ini. Ringkasan senario di atas adalah seperti di bawah: Rajah 23: Ringkasan Jenis Invois Yang Dikeluarkan Oleh Pelelong Kepada Pembeli Barang Lelong SENARIO

93.

STATUS PEMILIK

CUKAI OUTPUT

PELELONG

JENIS INVOIS

1

Orang Kena Cukai

Dikenakan

Orang Berdaftar

Invois yang disifatkan sebagai invois cukai yang dikeluarkan oleh pelelong

2

Orang Kena Cukai

Dikenakan

Bukan Orang Berdaftar

Invois yang disifatkan sebagai invois cukai yang dikeluarkan oleh pelelong

3

Bukan Orang Kena Cukai

Tidak Dikenakan

Orang Berdaftar

Invois

4

Bukan Orang Kena Cukai

Tidak Dikenakan

Bukan Orang Berdaftar

Invois

Perkhidmatan yang diberikan oleh pelelong adalah pembekalan bercukai,

maka komisen yang diperolehi oleh pelelong akan dikenakan cukai output. Jika pelelong adalah orang berdaftar, maka dia perlu mengeluarkan invois cukai untuk menuntut komisen atau fi daripada prinsipal untuk menjalankan pelelongan. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan CBP mengenai Pelelong). 74 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Penyimpanan Rekod 94.

Pelelong, sama ada orang kena cukai atau tidak, hendaklah menyenggara

dan menyimpan rekod untuk mengakaunkan semua barang yang diterima dan dilelong bagi pihak prinsipal yang merupakan orang kena cukai untuk sekurangkurangnya tujuh tahun. Semua rekod perakaunan hendaklah disokong oleh dokumen asal yang berkaitan dan hendaklah disimpan mengikut Prinsip Perakaunan Diterima Umum (GAAP) dan menyediakan jejak audit yang baik. Rekod yang perlu disenggara oleh pelelong adalah termasuk: (a)

nama, alamat dan nombor CBP prinsipal dalam mana-mana transaksi;

(b)

tarikh jualan;

(c)

kuantiti dan perihal setiap barang atau harta yang dilelong bagi pihak setiap prinsipal;

(d)

harga lelongan bagi setiap barangan atau harta yang telah dilelong;

(e)

yuran penyertaan atau komisen yang diterima untuk setiap barang atau harta yang telah dilelong;

(f)

bayaran atas perkhidmatan sampingan yang disediakan kepada setiap prinsipal; dan

(g)

perincian mengenai cukai output dikenakan dan cukai input yang dituntut.

Pengambilan Semula Barang Oleh Pemberi Pinjaman/Pembiaya 95.

Pada umumnya, pemilikan semula barang adalah merujuk kepada pemberi

pinjaman atau pembiaya yang mengambil semula aset/hartanah/barang yang digunakan sama ada sebagai cagaran atau disewakan atau dipajakkan dalam sesuatu transaksi. Penyewa adalah individu yang mulanya memiliki harta atau barang yang kemudiannya diambil balik oleh pemberi pinjaman atau pembiaya apabila penyewa gagal membuat pembayaran. Tindakan pengambilan semula tersebut bukanlah pembekalan bagi tujuan CBP. Apabila pengambilan semula barang (iaitu individu atau institusi yang menyediakan sumber kewangan dan kemudian mengambil semula harta atau barang untuk mengambil semula pinjaman) menjual harta atau barang tersebut, dia dianggap telah menjual barang itu bagi 75 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

pihak penyewa dan perlu mengakaunkan sebarang cukai output ke atas penjualan barang yang diambil semula itu jika penyewa adalah orang berdaftar. Invois bagi pembekalan barang tersebut juga perlu dikeluarkan oleh pemilik semula barang tersebut. 96.

Mekanisme mengenai pengeluaran invois adalah sama seperti pelelong

dalam perenggan 91 hingga 94 panduan ini. Pengambilan semula barang sama ada orang berdaftar CBP atau tidak hendaklah mengeluarkan dokumen untuk dibilkan berdasarkan prinsip termasuk cukai sekiranya penyewa harta atau barang adalah orang berdaftar CBP. 97.

Biasanya, pemberi pinjaman/pembiaya mungkin memberi kontrak kerja

pengambilan semula barang kepada ejen pengambilan semula barang. Ejen itu kemudian akan menyerahkan barang itu kepada pemberi pinjaman atau pembiaya. Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh ejen pengambilan semula barang adalah pembekalan bercukai. Jika ejen itu ialah orang berdaftar, dia perlu mengeluarkan invois cukai untuk menuntut komisen daripada pemberi pinjaman / pembiaya bagi perkhidmatan beliau sebagai ejen pengambilan semula barang (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Panduan CBP mengenai Pengambilan Semula). 98.

Pemberi pinjaman / pembiaya juga boleh melantik seorang pelelong untuk

melelong harta atau barang bagi pihaknya (Sila rujuk kepada perenggan 91 hingga 94 panduan ini). Contoh 21 Dalam kes sewa beli di mana pembeli (orang berdaftar CBP) telah gagal atas pembayarannya, pemberi pinjaman / pembiaya melantik ejen pengambilan semula barang (orang berdaftar CBP) untuk mengambil semula barang daripada pembeli. Apabila pemberi pinjaman / pembiaya menjual barang itu, beliau dianggap telah menjual barang bagi pihak penyewa (pembeli atau pemilik awal barang) dan perlu mengeluarkan penyata jualan atau invois berdasarkan prinsip termasuk cukai kepada pembeli barang tersebut dan mengakaunkan cukai output. Memandangkan ejen itu ialah orang berdaftar, beliau perlu mengeluarkan invois cukai kepada pembiaya bagi perkhidmatan yang diberikan sebagai pengambilan semula barang.

76 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Penyimpanan Rekod 99.

Pemilik semula barang (pemberi pinjaman / pembiaya) atau ejen pemilik

semula barang yang merupakan orang kena cukai atau orang berdaftar CBP mesti menyenggara dan memelihara rekod perakaunan dan dokumen yang sepatutnya (termasuk invois cukai) ke atas semua barang yang dimiliki semula untuk sekurangkurangnya 7 tahun selaras dengan Akta CBP 2014. Di samping itu, rekod tersebut perlu mengandungi butir-butir seperti berikut: (a)

nama, alamat dan nombor CBP orang (penyewa) yang mana barangnya telah dijual;

(b)

kuantiti dan perihal barang atau harta yang diambil semula;

(c)

tarikh barang atau harta diambil semula;

(d)

tarikh barang diambil semula itu dijual;

(e)

perihal dan kuantiti barang yang dijual dan kadar cukai yang dikenakan;

(f)

jumlah amaun yang telah dijual dan jumlah cukai yang telah dikenakan; dan

(g)

perbelanjaan sampingan yang ditanggung dalam pengambil semula barang.

Barang Gantian 100.

Barangan yang diganti bagi tujuan CBP mungkin melibatkan situasi berikut: (a)

Situasi 1 – Tiada Caj Tambahan Jika anda menggantikan barang dikembalikan dengan barang yang sama, anda boleh sama ada: (i)

Membiarkan CBP asal kekal; Anda tidak perlu mengakaun CBP atas barang yang diganti asalkan ia dibekalkan secara percuma. Contoh 22

77 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Ali membeli sebuah buku daripada ABC Buku Mart Sdn.Bhd pada 03.06.2014. Dia mengembalikan buku itu pada keesokan harinya mengadu beberapa muka surat hilang. Penjual bersetuju untuk menggantikan buku itu dengan buku yang baru tanpa caj tambahan. Dalam kes ini, penjual itu tidak perlu mengakaun CBP atas buku yang diganti disebabkan tiada caj tambahan dikenakan. ATAU (ii)

Jika penjual memutuskan untuk mengeluarkan nota kredit untuk menampung penggantian itu, dia perlu mengeluarkan invois cukai baru untuk barang yang diganti. Contoh 23 Ali membeli sebuah buku dari ABC Book Mart Sdn. Bhd. pada 03.06.2015. Beliau kembali pada hari berikutnya mengadu beliau telah diberi edisi yang salah. Penjual bersetuju untuk menggantikan buku dengan edisi yang betul tanpa bayaran tambahan. Penjual mengeluarkan nota

kredit

untuk

buku

edisi

yang

salah

dan

mengeluarkan invois cukai baru bagi buku yang diganti. Dalam kes ini, penjual tidak perlu mengakaunkan CBP ke atas buku yang diganti kerana tiada caj tambahan. (b)

Situasi 2 – Caj Kurangan atau Caj Tambahan Jika barang diganti dibekalkan pada harga lebih rendah daripada barang asal, penjual boleh mengeluarkan nota kredit untuk mengakaun pelarasan CBP. Sebaliknya, jika ia dibekalkan pada harga lebih tinggi, penjual boleh mengeluarkan nota debit untuk mengakaun CBP tambahan. Contoh 24 Ali membeli sebuah novel kulit nipis daripada ABC Buku Mart Sdn. Bhd. pada 03.06.2014. Dia mengembalikan buku itu pada keesokan hari, memohon digantikan dengan edisi kulit tebal. 78

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Novel kulit tebal menyebabkan kos tambahan RM30.00. Penjual itu boleh mengeluarkan invois cukai yang lain untuk RM30.00 dan mengakaunkan CBP. Invois cukai tambahan ini hendaklah mempunyai rujukan kepada invois terdahulu yang dikeluarkan. Faedah Pekerja 101.

Faedah pekerja adalah manfaat yang diberikan kepada pekerja atau ahli

keluarga pekerja (misalnya pasangan dan anak). Ia merangkumi apa-apa hak, keistimewaan, perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan secara percuma kepada pekerja (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Faedah Pekerja CBP). 102.

Barang atau perkhidmatan yang diperolehi dan diberikan kepada pekerja

sebagai manfaat pekerja termasuk barang berkadar sifar dan manfaat yang tertakluk kepada peraturan hadiah RM500.00 dianggap sebagai digunakan bagi tujuan perniagaan dan orang kena cukai boleh menuntut cukai input yang ditanggung ke atas perolehan kecuali pembekalan yang dikecualikan dan cukai input tidak dibenarkan. Invois Cukai Bagi Tuntutan Cukai Input Atas Faedah Pekerja 103.

Memandangkan faedah pekerja dianggap sebagai dibekalkan bagi tujuan

CBP, maka apa-apa cukai input yang ditanggung ke atas pemerolehan barang atau perkhidmatan tersebut boleh dituntut sebagai kredit cukai input asalkan terdapat invois cukai bagi pemerolehan tersebut dan invois cukai itu mesti dialamatkan kepada majikan. Jika invois cukai itu dialamatkan kepada pekerja, cukai input tidak boleh dituntut. Contoh 25 Hassan, seorang pengurus syarikat CBP berdaftar membeli barang kena cukai daripada peruncit berdaftar CBP. Invois cukai untuk bekalan barangan yang diberi sebagai faedah pekerja kepada kakitangan syarikat itu telah dialamatkan kepada Hassan. Cukai input tidak boleh dituntut kerana invois cukai mestilah dialamatkan kepada majikan, syarikat berdaftar CBP dan bukan Hassan, pekerja syarikat tersebut.

79 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

Perlukah saya mengeluarkan invois cukai atas barang atau perkhidmatan yang diberikan kepada kakitangan saya sebagai faedah pekerja? 104.

Pada dasarnya, semua perkhidmatan yang diberi secara percuma kepada

kakitangan anda sebagai faedah pekerja tidak tertakluk kepada CBP dan oleh itu, invois cukai tidak perlu dikeluarkan. Namun, barang yang diberikan kepada pekerja anda sebagai faedah pekerja tertakluk kepada CBP jika nilai barang itu melebihi RM500.00 tetapi anda mempunyai pilihan sama ada memberi atau tidak memberi invois cukai kepada pekerja dan anda perlu mengakaunkan cukai output berkenaan. Rekod yang Perlu Disimpan 105.

Orang berdaftar atau orang kena cukai dikehendaki menyenggara dokumen

yang lengkap dan kemaskini seperti invois komersil, invois cukai, baucer, rekod pekerjaan dan apa-apa dokumen berkaitan faedah sampingan yang diberi kepada pekerja. Ia hendaklah tersedia atas permintaan Ketua Pengarah dan rekod ini juga mesti disimpan bagi tempoh tujuh tahun. SOALAN LAZIM S1.

Saya adalah orang berdaftar CBP dan membuat kedua-dua pembekalan berkadar standard dan dikecualikan kepada pelanggan saya. Bolehkah saya mengeluarkan satu invois cukai bagi kedua-dua pembekalan tersebut ?

J1.

Anda boleh mengeluarkan satu invois cukai jika transaksi melibatkan keduadua pembekalan bercukai dan tidak bercukai (dikecualikan atau di luar skop pembekalan). Walau bagaimanapun, anda mesti menggunakan petunjuk untuk membezakan jenis pembekalan dalam invois cukai.

S2.

Saya pembekal berdaftar CBP yang membuat pembekalan bercampur iaitu berkadar standard dan dikecualikan. Bolehkah saya mengeluarkan satu

invois

cukai

bagi

transaksi

yang

merupakan

pembekalan

dikecualikan sepenuhnya? J2.

Jika transaksi melibatkan pembekalan dikecualikan sepenuhnya, maka anda mesti mengeluarkan invois biasa. Dalam kes ini, syarikat anda perlu

80 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

mempunyai dua (2) set nombor siri iaitu, satu set untuk invois cukai dan satu set untuk invois biasa. S3.

Kami dibenarkan untuk mengeluarkan invois cukai dalam mata wang asing dan perlu menukar kepada mata wang Ringgit Malaysia. Adakah perlu menukar kepada Ringgit Malaysia bagi setiap item yang ditunjukkan pada invois cukai? Adakah mencukupi untuk menukar hanya jumlah bayaran (tidak termasuk CBP) dalam Ringgit Malaysia?

J3.

Tidak, hanya menukar jumlah bayaran (tidak termasuk CBP) dalam Ringgit Malaysia adalah tidak mencukupi. Item-item berikut pada invois cukai mestilah ditukar ke dalam Ringgit Malaysia untuk tujuan CBP:

S4.

1.

Jumlah amaun yang kena dibayar (tidak termasuk CBP)

2.

Jumlah cukai yang dikenakan, dan

3.

Jumlah amaun yang kena dibayar (termasuk CBP)

Saya seorang peniaga kereta terpakai berdaftar CBP dan juga diberikan kelulusan di bawah skim margin. Dalam keadaan sedemikian, adakah benar bahawa saya tidak boleh mengeluarkan invois cukai untuk jualan kereta terpakai ?

J4.

Peniaga kereta terpakai tidak perlu mengeluarkan invois cukai untuk pembekalan kereta terpakai di bawah Skim Margin (mengeluarkan invois biasa). Walau bagaimanapun, jika anda membekalkan kereta terpakai sebagai orang berdaftar (tidak menggunakan Skim Margin) , maka anda perlu mengeluarkan invois cukai dan mengenakan CBP 6%.

S5.

Adakah saya perlu untuk menukar mata wang asing kepada Ringgit Malaysia pada invois cukai bagi barang-barang yang dieksport ?

J5.

Anda tidak perlu menukar mata wang asing kepada Ringgit Malaysia pada invois cukai yang dikeluarkan kepada pelanggan di luar negara.

S6.

Orang yang diluluskan di bawah Skim Kadar Rata (FRS) perlu mengemukakan penyata jualan tahunan. Adakah ini jualan tahunan berdasarkan tahun kalendar atau tahun kewangan?

J6.

Jualan tahunan hendaklah berasaskan kepada tahun kalendar.

81 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

S7.

Adakah saya perlu mengeluarkan invois cukai untuk deposit atau sebahagian pembayaran jika deposit atau bayaran itu adalah sebahagian daripada balasan?

J7.

Ya , anda perlu mengeluarkan invois cukai.

S8.

Merujuk kepada soalan No.7, bolehkah saya menuntut cukai input bagi deposit atau bayaran sebahagian yang dibuat?

J8.

Ya, anda boleh membuat tuntutan cukai input atas deposit atau bayaran sebahagian yang dibuat jika invois cukai telah dikeluarkan.

S9.

Adakah caj perkhidmatan yang dinyatakan dalam bil hotel saya tertakluk kepada CBP?

J9.

Caj perkhidmatan adalah caj bagi pembekalan perkhidmatan oleh hotel. Oleh itu, ia adalah tertakluk kepada CBP.

S10. Saya menggunakan buku invois cukai dipermudahkan yang telah diluluskan (tanpa nama dan alamat pelanggan) yang bertulis tangan untuk jualan saya. Apakah yang perlu saya lakukan apabila pelanggan meminta saya memasukkan nama dan alamatnya bagi membolehkannya menuntut cukai input penuh yang lebih daripada RM30? J10.

Buku invois cukai dipermudahkan anda yang diluluskan mesti mempunyai butir-butir yang pra-cetak sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Anda hanya perlu mengisi tarikh, perihal barang, kuantiti, kadar CBP dan harga. Sekiranya pelanggan anda meminta memasukkan nama dan alamat (jika tidak dinyatakan dalam invois) bagi tujuan menuntut cukai input penuh, maka penambahan perlu dilakukan oleh pembekal pada salinan pembekal dan pelanggan (berkarbon).

S11. Saya telah diluluskan untuk mengeluarkan invois bil kendiri bagi pihak pembekal saya. Saya mempunyai perkiraan bil itu dengan lima (5) dengan pembekal. Bolehkah saya mengekalkan lima (5) set nombor siri untuk setiap pembekal. J11.

Ya, anda perlu menggunakan set nombor siri yang berbeza bagi setiap pembekal apabila anda mengeluarkan invois bil kendiri.

82 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

S12. Apa kadar pertukaran yang perlu saya gunakan untuk pembayaran saya ke atas pembekalan perkhidmatan diimport (mekanisme caj balikan) dan pembekalan barang-barang (perakaunan penerima) di bawah Skim Pengilang Tol Diluluskan? J12.

Anda perlu menggunakan kadar jualan harian pertukaran di Malaysia.

S13. Bolehkah saya menggunakan nota kredit untuk membuat bayaran kontra dengan pelanggan saya yang juga merupakan pembekal saya? J13.

Jika anda adalah orang yang berdaftar CBP, anda tidak boleh mengeluarkan nota kredit untuk membuat bayaran kontra. Bagi tujuan CBP, nota kredit dikeluarkan jika terdapat perubahan dalam balasan selepas invois cukai telah dikeluarkan untuk bekalan masing-masing.

Pembayaran

kontra tidak

melibatkan perubahan dalam balasan yang telah diinvoiskan. Anda boleh mengeluarkan

dokumen

lain

seperti

memo

kredit,

khidmat

nasihat

penghantaran wang, baucar dan lain-lain untuk tujuan pembayaran kontra. S14. Saya menyewa premis perniagaan dan membayar bil-bil utiliti seperti elektrik dan air. Bolehkah saya menuntut kredit cukai input jika bil adalah atas nama pemilik premis saya yang merupakan seorang yang berdaftar CBP? J14.

Anda tidak boleh menuntut cukai input memandangkan bil itu dikeluarkan atas nama pemilik premis. Bagi membolehkan anda menuntut cukai input, bil tersebut hendaklah dikeluarkan atas nama anda.

S15. Merujuk kepada contoh invois cukai di Rajah 2,3,7 & 8 dalam Panduan Invois Cukai dan Penyimpanan Rekod, adakah wajib untuk menyatakan ringkasan CBP dalam invois cukai? J15.

Tidak wajib. Walau bagaimanapun, bagi Rajah 7 & 8, jika anda telah diluluskan

oleh

Ketua

Pengarah

untuk

mengeluarkan

invois

cukai

dipermudahkan yang termasuk cukai, maka anda perlu menyatakan jumlah CBP yang dikenakan. MAKLUMBALAS ATAU KOMEN

83 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014

106.

Sebarang maklumbalas atau komen amatlah dihargai. Sila emel maklumbalas

atau komen anda kepada Teh Kheng Ean ([email protected]), Annie a/p

Thomas

([email protected])

or

Nurmildewati

bt.

Tunjol

([email protected]). MAKLUMAT LANJUT 107.

Maklumat lanjut untuk membantu memahami CBP boleh diperolehi

daripada:(a)

Laman sesawang CBP: www.gst.customs.gov.my

(b)

Hotline CBP: 03-88822111

(c)

Pusat Panggilan Kastam: 

Tel

:

03–78067200 / 1-300-888-500



Fax

:

03–78067599



E-mail

:

[email protected]

84 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia