PECUTAN AKHIR SPM BAHASA MELAYU - sumberpendidikan.com

Usaha-usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) ... golongan ini memberikan sumbangan berkesan ... Cara-cara Mengatasi Penyakit Be...

4 downloads 791 Views 2MB Size
1

PECUTAN AKHIR SPM BAHASA MELAYU Perkongsian Ilmu Program PTRS Dewan Serbaguna Meru, Klang, Selangor 08 OKT 2017 (Ahad)

Salam Sejahtera Salam Keilmuan 2

3

4

Wahai anakku ;  Pinjamkan

seketika telinga dan matamu – untuk melihat dan mendengar bicara saya hari ini

 Pinjamkan hatimu

untuk berada dalam majlis ini.  Pinjamkan akal dan mindamu untuk memastikan ilmu melekat dalam dirimu

5

6

TEKNIK MENJAWAB

Bahasa Melayu SPM 2017 Dihasilkan oleh ;

SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya. [email protected]

Saharuddin-abdullah.blogspot.com www.slideshare.net/ckgdin Ckgsaha@twiter

7

 Tak Kenal Maka Tak Cinta.  Berasal dari Temerloh, Pahang. Pendidikan :  IPSI – Tg Malim – 1989 – 1992  UPM – PBMP 1997 – 2000. Perkhidmatan :  SK Kuala Krau ;1992 – 1997  SK Kanchong Darat ; 1998 – 2001  SMK Sijangkang Jaya ; 2002 – 2017 Anugerah KPM :  1996, 2004, 2013 (APC)  2008 (GC), 2017 (IK)

QR Code Reader

8

9

10

Ceramah Bahasa Melayu 2016\UST AKHWAN AFANDI HASRAT -lirik - l OFFICIAL VIDEO KLIP -( Full Video Clip ).flv

Soalan KBAT

Apa yang boleh diperkatakan ?11

Menjulang Kejayaan

12

Anda Perlu Tahu Pelajar Cemerlang :  Kertas 1.(130 markah)  100 (130) / 280 = 36 markah  Kertas 2. (110 markah)  90 (110)/ 280 = 32 markah  Kertas 3. (40 markah)  40 (40) / 280 = 14 markah  Jumlah 82 markah : ( Gred A )

13

Memecah Kebekuan Minda  Pilih nombor dan kombinasi warna yang anda suka,  Mengapa anda suka nombor dan warna

itu?  Semoga nombor dan warna anda memberi sejuta makna dalam hidup anda. HELAIAN

14

Memecah Kebekuan Minda Semoga nombor dan warna anda memberi inspirasi untuk anda 15

TARGET

BAHASA MELAYU A+ /A /A-

16

GARIS PANDUAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM KEPERLUAN KERTAS 1 1103/1 Bentuk Soalan Ujian Berbentuk Subjektif Rangsangan

Jenis Item Karangan Karangan Umum

Tempoh Ujian 2 jam 15 minit 17

18

Bilangan Soalan yang Dikemukakan

a. Hanya satu soalan dan tiada pilihan-wajib jawab b. 5 soalan pilihan dan hanya jawab satu soalan sahaja

19

JUMLAH MARKAH : 130 Markah Bahagian A :

30

Bahagian B :

100

20

Skrip Contoh Karangan Terbaik Ceramah Bahasa Melayu 2016\Contoh Karangan Terbaik.pptx

21

FORMAT SOALAN Bahagian A Karangan Berpandu – Bahan Rangsangan Masa yang dicadangkan ialah 45 minit Panjang Karangan

Antara 200 hingga 250 patah perkataan

22

Bentuk Soalan

a) Gambar foto / Ilustrasi b) Ilustrasi kartun c) Pelan / Peta d) Iklan e) Petikan f) Gambar Rajah g) Dialog / Catatan

TEKNIK LATIHAN KESUNGGUHAN KESABARAN

23

24

Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-syarat yang berikut:-

a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta contoh yang sesuai e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul f) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul

25

PERINGATAN !!! Karangan yang lengkap dengan segala isi penting tetapi susunan yang tidak teratur hingga menyebabkan gaya dan pengolahan kurang lancar akan menyebabkan markah tidak dapat diberi pada peringkat cemerlang kerana cacat dari aspek gaya persembahan dan kelancaran

1. Mengenal pasti arahan dan kehendak soalan Baca arahan dengan jelas dan teliti.  Kenal pasti isu dan fokus soalan.  Pastikan kehendak soalan, sama ada hanya SATU bahagian atau DUA bahagian.  Mulai 2016, soalan berbentuk DUA bahagian (KBAT) telah diperkenalkan oleh LPM.  Ramai calon gagal menjawab mengikut kehendak soalan yang diberi.

26

27

CONTOH SOALAN

Isu dan Fokus Huraikan pendapat anda tentang langkahlangkah menjaga keselamatan di jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.  Pematuhan undang-undang jalan raya.  Penyelenggaraan kenderaan.  Penguatkuasaan undang-undang.

CONTOH SOALAN Isu dan Fokus Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara kita. (MRSM)  Mewartakan kawasan pelancongan baharu.  Meningkatkan prasarana  Mempromosikan produk pelancongan

28

29

CONTOH SOALAN RANGSANGAN Isu dan Fokus pendapat anda tentang ciri-ciri sebuah pusat sumber sekolah yang baik. (TRENGGANU)  Lokasi yang strategik dan suasana kondusif.  Mengadakan pelbagai kemudahan dan aktiviti.  Menghebahkan kemudahan dan perkhidmatan di pusat sumber.

30

CONTOH SOALAN RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sebuah pusat sumber sekolah yang baik. (TRENGGANU)  Lokasi yang strategik dan suasana kondusif.  Mengadakan pelbagai kemudahan dan aktiviti.  Menghebahkan kemudahan dan perkhidmatan di pusat sumber.

31

CONTOH SOALAN RANGSANGAN  Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (KEDAH )  Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (KEDAH)

Menjalankan aktiviti gotong royong.  Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung.  Mengadakan majlis rumah terbuka.

32

CONTOH SOALAN RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memiliki keluarga bahagia. (MRSM)  Mengukuhkan institusi keluarga.  Melahirkan anak-anak berjaya.  Membentuk sikap positif.

33

CONTOH SOALAN RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memiliki keluarga bahagia. (MRSM)  Mengukuhkan institusi keluarga.  Melahirkan anak-anak berjaya.  Membentuk sikap positif.

34

SOALAN PERCUBAAN Huraikan ciri-ciri pemimpin pelajar yang berkualiti

Mempunyai sahsiah yang terpuji.  Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.  Menjadi contoh dan teladan.

Dimensi Masyarakat / Negara Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat bandar. Hal ini disebabkan tuntutan kehidupan di bandar yang semakin tinggi. Bincangkan fenomena tersebut dan langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Dimensi Masyarakat / Negara Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat bandar. Hal ini disebabkan tuntutan kehidupan di bandar yang semakin tinggi. Bincangkan fenomena tersebut dan langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Bengkel Membina Rangka Karangan Huraikan pendapat anda tentang kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kehidupan.

 Dapat berkongsi pendapat.  Memudahkan urusan perniagaan.  Memperoleh pelbagai maklumat. 37

Dimensi Diri/Individu/Remaja Terdapat sebilangan murid, ibu bapa masyarakat hanya mementingkan pencapaian akademik dengan meminggirkan aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk menyakinkan semua pihak bahawa kegiatan kokurikulum banyak faedahnya kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan di sekolah.

Dimensi Keluarga/Ibu Bapa Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Setiap kali berlaku kenaikan harga barangan, para peniaga akan mengaut keuntungan manakala pengguna akan menanggung beban. Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan.

Dimensi Masyarakat/Negara Usaha-usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara. Huraikan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membantu golongan ini.

Dimensi Diri/Individu/Remaja

Pada era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.

Dimensi KOMSAS Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya bermaksud tidak akan tercapai cita-cita kalau tidak berusaha dan bersusah payah. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai impian anda.

43

2. Membina rangka karangan…mengapa ?  Mengelakkan isi penting tidak disusun mengikut keutamaan.  Mengelak karangan daripada terpesong atau menyimpang.  Mengelak isi sama daripada berulang.  Mengelakkan daripada terputus idea.  Memastikan masa mengarang dapat dijimatkan.  Rangka mesti mengandungi pendahuluan, isi penting dan penutup.

Rangka Karangan (Ciri Remaja Memilik Jati Diri Yang Kukuh)

44

Pendahuluan – Jati diri sangat penting dalam membina kehidupan yang cemerlang – Jati diri dapat menangkis gejala negatif yang cuba merosakkan kehidupan – peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 1)Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang – Intelek boleh mencorak tamadun bangsa dan membina kehidupan yang lebih baik. 2)Mempunyai kesihatan mental dan fizikal yang sempurna – membolehkan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan remaja negara maju – amalan gaya hidup sihat. 3)Memiliki etika dan personality yang luhur – suntikan agama dan nilai moral yang luhur sejak kecil – melakukan kerja amal supaya disanjung oleh masyarakat. 4)Kreatif dan inovatif untuk memacu kecemerlangan negara – menggunakan minda - berani mencuba dan mencipta sesuatu yang baharu – mempelajari bidang TMK sesuai dengan situasi semasa. Penutup – Remaja harus memandang jauh ke hadapan – mengelakkan diri daripada terlibat dalam permasalahan sosial yang boleh memusnahkan masa depan negara – bersatu hati dan seia sekata membangunkan negara.

Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan) Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam diri masyarakat – bersikap - bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing – sibuk dengan kerjaya – mengejar kemewahan hidup. 1)Menganjurkan festival rakyat – meliputi pelbagai lapisan masyarakat setempat – pengadakan pelbagai aktiviti. 2)Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan – dapat mengenali jiran dengan lebih dekat – amalan ziarah. 3)Mengadakan program gotong rotong menceriakan kemudahan / prasarana awam – bekerjasama untuk memajukan kawasan setempat. 4)Menghadiri aktiviti sosial – kenduri kahwin, kematian, kemalangan – memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup Penutup – semua pihak harus bekerjasama mewujudkan semangat kejiranan – bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat,

45

Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran Sukan Ant)

46

Pendahuluan – sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan politik – serampang dua mata – badan sihat, minda cerdas. 1)Memperkenalkan Malaysia ke negara luar – negara kita dapat dikenali diperingkat antarabangsa – F1, squasy, badminton, hoki – kemudahan bertaaf dunia. 2)Menambahkan pendapatan negara – kehadiran pelancong untuk menonton –pengaliran masuk wang – pengangkutan, penginapan, membeli belah. 3)Merapatkan hubungan antara negara peserta – hubungan sosial dapat diwujudkan untuk mengenali antara satu sama lain – dapat berkongsi idea, pendapat untuk kebaikan. Penutup – semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran dapat dilaksanakan dengan jayanya – kecemerlangan mampu meletakkan imej negara di persada dunia – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain.

47

3. Menulis Perenggan Pendahuluan Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi sesuatu karangan.  Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan pertama melalui penulisan pendahuluan.  Pendahuluan yang menarik akan berjaya menambat hati pemeriksa.  Pendahuluan yang hambar pula akan mematikan minat pemeriksa.  Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.

Contoh Pendahuluan: (isu negatif)

48

Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat sama ada di warungwarung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.

Contoh Pendahuluan:

49

Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca kemerdekaan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini telah menjadi bualan masyarakat diseluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan dalam kalangan ahli politik. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Di mana silapnya ?Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.

Contoh Isu - negatif

50

 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar.  Punca-Punca Pembuangan Bayi.

 Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak.  Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.  Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga.

 Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit.  Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.  Punca-punca Masalah Sosial Remaja.

 Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar  Punca-punca pelajar ponteng sekolah.

Contoh Pendahuluan: (isu positif)

51

Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah kepentingan isu ini kepada kita? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya. . …(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.

Contoh Isu: (positif)

52

 Kepentingan Pendidikan kepada Rakyat dan Negara.  Industri Makanan Tradisional Penting untuk Negara.  Amalan Gaya Hidup Sihat  Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan Keluarga Bahagia.  Kebaikan Amalan Menabung dalam Kalangan Remaja.  Langkah-langkah untuk Memupuk Budaya Membaca dalam Kalangan Pelajar  Peranan Pihak Berkuasa untuk Memajukan Sektor Pertanian.

Contoh Pendahuluan Umum:

53

 Sebab-sebab kerajaan wajar meneruskan Program Angkasawan Negara. Pada 10 Oktober 2007, suatu perisitiwa besar telah terakam dalam sejarah tanah air. Peristiwa tersebut ialah kejayaan seorang anak Malaysia, iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersama-sama dengan dua orang lagi krew Soyuz TMA 10 telah berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Kejayaan anak Malaysia itu membawa seribu erti kepada hala tuju negara untuk bangkit dan bersaing dalam persaingan global. Jika dahulu anak-anak Malaysia dianggap sebagai bangsa hingusan, tetapi pada hari ini sudah banyak negara mula mengangkat tabik kerana menghormati kejayaan bangsa Malaysia.

Bengkel Membina Pendahuluan  Lihat grafik di bawah

dengan teliti. Huraikan faedahfaedah melancong dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Meningkatkan ekonomi negara

Menanam semangat patriotik

Merapatkan hubungan kekeluargaan 54

Contoh Pendahuluan: Dalam era pasca kemerdekaan ini, halwa telinga dan mata kita sering dihidangkan dengan pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat untuk melancong dalam negara. Negara kita juga kaya dengan pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Jambatan Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan negeri Melaka. Kita melancong untuk melihat keindahan alam semula jadi, tempat bersejarah, mercu tanda, kawasan tanah tinggi dan sebagainya. Persoalannya, apakah faedah melancong dalam negara sendiri? Persoalan inilah yang akan saya huraikan dalam huraian berikutnya. 55

56

4. Menulis Perenggan Isi  Karangan berpandu – dicadangkan supaya menulis 3 @ 4 perengan isi.  Gunakan isi yang diberi sepenuhnya.  Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan.  Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain.  Kesinambungan dan pertautan perenggan juga sangat penting untuk menghasilkan karangan yang baik.  1 isi hanya untuk 1 perenggan.

57 CONTOH HURAIAN ISI Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.  …Pematuhan kepada undang-undang jalan raya. Undang-undang digubal dan dipinda untuk memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga keselamatan di jalan raya.

58 CONTOH HURAIAN ISI Faedah Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa. Antara faedah yang diperoleh dalam penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ialah dapat memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Mengikut peta dunia, Malaysia hanyalah sebuah negara yang kerdil dan tersorok. Sejarah bangsa Malaysia juga tidaklah begitu menonjol hingga menyebabkan dunia tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari ini, Malaysia sudah terkenal dan mampu duduk sebaris dengan negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia dalam penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita menonjol dalam penganjuran sukan permotoran Formula One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ini, negara kita dikenali di seluruh rantau dunia..

CONTOH HURAIAN ISI Ciri-ciri Pemimpin Pelajar yang Berkualiti.

59

Selain itu, ciri-ciri pemimpin pelajar yang berkualiti ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Pemimpin pelajar yang berkualiti akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahunya dengan baik dan sempurna. Pimpinan yang berkualiti menyebabkan mereka akan disanjung tinggi oleh para pelajar dan secara tidak langsung pelajar akan akur dengan arahan yang disampaikan. Peribahasa Melayu ada menyatakan tuah yang disembah, junjung yang dipanjat. Contoh pemimpin pelajar yang bertanggungjawab ialah adil dalam menjalankan tugas, tidak bersifat perkauman, sanggup berkorban dan selalu berbincang untuk membuat keputusan. Ternyatalah bahawa, pemimpin yang berkualiti ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

60 CONTOH HURAIAN ISI Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan. Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk semangat kejiranan adalah dengan mengadakan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi adalah amalan mulia dan sangat dituntut oleh agama kerana dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Keakraban dalam masyakarat akan melahirkan satu kelompok komuniti yang bersatu padu dan saling memerlukan bak peribahasa bagai aur dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan, kenduri kendara dan sebagainya. Jelaslah bahawa amalan ziarah menziarahi dapat memupuk semangat kejiranan.

61

Ungkapan Menarik Dalam Karangan Ceramah Bahasa Melayu 2016\Ungkapan Menarik Karangan.pptx

Bengkel Menulis Isi  Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan faedahfaedah melancong dalam negara.

Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Meningkatkan ekonomi negara

Menanam semangat patriotik

Merapatkan hubungan kekeluargaan

62

CONTOH HURAIAN ISI Faedah-faedah Melancong dalam Negara.

Antara faedah melancong dalam negara ialah dapat meningkatkan ekonomi negara. (bagaimana) Apabila kita pergi melancong, kita akan mengeluarkan perbelanjaan untuk membayar kos menggunakan prasarana dan infrastrukur yang disediakan. Ini secara tidak langsung dapat membantu perkembangan industri pelancongan dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Contoh perbelanjaan yang selalu dikeluarkan ialah untuk penginapan, pengangkutan, dan membeli-belah. Ini membuktikan bahawa melancong dalam negara dapat meningkatkan ekonomi negara. 63

CONTOH HURAIAN ISI Faedah-faedah Melancong dalam Negara. Selain itu, faedah melancong dalam negara dapat menanamkan semangat patriotik iaitu cinta pada negara. (bagaimana) Sekiranya kita mengunjungi tempat-tempat bersejarah, kita akan mengetahui sejarah sesuatu tempat dan secara tidak langsung akan menanamkan perasaan cinta akan negara . Pepatah Melayu ada menyatakan, tak kenal maka tak cinta. Antara tempat bersejarah di negara kita ialah Kota A Famosa, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abd Samad dan sebagainya. Ternyatalah, dengan melancong dalam negara dapat menanamkan semangat patriotik dalam diri kita. 64

CONTOH HURAIAN ISI Faedah-faedah Melancong dalam Negara. Faedah yang diperoleh apabila kita melancong dalam negara ialah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. (bagaimana) Apabila kita melancong dalam negara, perbelanjaannya adalah lebih murah. Oleh itu, lebih ramai ahli keluarga dapat turut serta dalam program itu. Selain itu, kita juga boleh singgah atau bermalam di rumah sanak saudara di tempat kita melancong. Ini secara tidak langsung dapat mempereratkan hubungan kekeluargaan, memperkenalkan anak-anak dengan saudara mara dan menjalinkan semula hubungan yang mungkin sudah lama terpisah. Ahli bijak pandai Melayu ada menyatakan, yang jauh didekatkan dan yang dekat dimesrakan. Ternyatalah bahawa melancong dalam negara dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. 65

66

5. Menulis Perenggan Penutup  Karangan

yang cemerlang haruslah mempunyai penutup yang matang.  Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan atau kesimpulan terhadap isu yang dibincangkan.  Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan penegasan terhadap isu dapat dikemukakan dengan berkesan.  Jangan masukan isi baharu dalam penutup.

Contoh Penutup: (Negatif)

67

Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas, ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari atau melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Contoh Penutup: (positif)

68

Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas, ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah Melayu ada menyatakan bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita akan terus menyokong isu …..… ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran matang untuk terus membangunkan negara.

Contoh Penutup:

69

Konklusinya, kita tidak mampu untuk hidup bersendirian di atas muka bumi yang sejahtera ini. Kehidupan yang sempurna dan harmoni hanya kita perolehi apabila kita mempunyai jiran-jiran yang dapat membantu kita dikala kita susah dan senang. Semangat kejiranan yang kian menipis dalam masyarakat hari ini hanya dapat ditangani apabila masyarakat sanggup membuat anjakan paradigma dan berubah sikap. Sikap mementingkan diri sendiri harus dikikis dari sanubari bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan yang dapat merencanakan satu kehidupan yang baik. Pepatah yang berbunyi bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana muafakat membuktikan kepentingan jiran dan kehidupan bermasyarakat.

Contoh Penutup:

70

Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna. Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita. Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita. Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati demi melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera.

Bengkel Menulis Penutup  Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan faedah faedah melancong dalam negara.

Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Meningkatkan ekonomi negara

Menanam semangat patriotik

Merapatkan hubungan kekeluargaan 71

Menggalakkan Tanaman Hijau Pencemaran Udara Alam sekitar yang bersih merupakan idaman semua insan. Penanaman pokok merupakan salah satu daripada langkah untuk memelihara alam sekitar. Pokok yang ditanam boleh membekalkan oksigen kepada manusia dan karbon dioksida yang dihembus oleh manusia akan diserap oleh pokok. Penanaman pokok juga boleh mencantikkan pemandangan, memberi sumber pendapatan dan menjimatkan perbelanjaan. Justeru itu, lebih banyak pokok yang kita tanam, maka alam dipersekitaran kita akan menjadi lebih nyaman dan segar. Pelbagai pokok boleh ditanam di persekitaran kita seperti pokok buah-buahan, pokok bunga dan tanaman sayur. Jelaslah kepada kita bahawa penanaman pokok adalah antara langkah untuk menjaga alam sekitar.

Selain itu, menjaga kebersihan sungai juga merupakan langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar. Sikap masyarakat yang suka membuang sampah sarap atau sisa buangan ke dalam sungai haruslah diubah. Pelbagai kempen telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan untuk memastikan sungai sentiasa bersih dan ceria. Slogan ‘Sayangi Sungai Kita’ sudah acapkali kedengaran dan dipaparkan dalam media massa. Sungai yang bersih membolehkan kita memperoleh sumber air yang bersih, menjadikan sungai sebagai kawasan pelancongan dan berupaya untuk menjadi tempat rekreasi. Sehubungan dengan itu, sewajarnya kita menyahut Kempen Cintai Sungai kita sebagai langkah untuk memelihara alam sekitar.

Menjaga Kebersihan Sungai -Pencemaran air

Mengamalkan Kitar Semula Pencemaran darat

Langkah memelihara alam sekitar yang seterusnya ialah mengamalkan amalan kitar semula. Amalan kitar semula ini telah lama dilaksanakan di negara kita, namun sambutan yang diberikan oleh masyarakat masih lagi dingin. Amalan kitar semula bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar malah boleh mendatangkan pendapatan kepada masyarakat. Barangan yang telah kita guna perlulah diasingkan mengikut jenisnya seperti kertas, plastik dan kaca. Dengan pengasingan ini, barangan tersebut boleh dijual atau diguna semula dan secara tidak langsung boleh mengurangkan masalah pelupusan sampah yang sering menjejaskan alam sekitar. Terbuktilah, amalan kita semula dapat memelihara alam sekitar.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM Bahasa Melayu KARANGAN UMUM

76

Kome bace, kome dapat

77

MAKSUD AL QURAN “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Surah ar-Ra’d ayat 11)

78

79

BENTUK KARANGAN

Berformat

Umum

80

BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM Keperluan SPM Pembahagian soalan : 1. Dimensi diri/individu/remaja. 2. Dimensi keluarga 3. Dimensi masyarakat/kerajaan/ negara. 4. Dimensi Serantau/Global/ Antarabangsa 5. Dimensi Komsas

81

BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM Keperluan SPM 1. 5 soalan dikemukakan dan pilih 1 soalan sahaja 2. Panjangnya perlu melebihi 350 patah kata 3. Masa yang dicadangkan 1 jam 30 minit 4. 100 markah

82

1.Surat Kiriman 2.Laporan 3.Rencana 4.Berita 5.Wawancara 6.Ulasan 7.Perbahasan 8.Ceramah

1.Keperihalan 2.Cereka 3.Fakta 4.Perbincangan 5.Bahas 6 Komsas

83

SKEMA PEMARKAHAN Ø (a) Takrif

Ø (b) Isi / Fikiran Ø (c) Bahasa Ø (d)Pengolahan / Penyampaian / Pemerengganan

84

KRITERIA PENSKORAN      

Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan Kurang memuaskan Pencapaian minimum

: 80-100 : 66-79 : 51-65 : 36-50 : 21-35 : 01-20

85

Markah kurang Daripada 350 Baik bawah

: 51 - 65

Memuaskan

: 36 - 50

Kurang memuaskan

: 21 - 35

Tidak memuaskan

: 0 - 20

86

Bengkel Memahami Kehendak Soalan  Dimensi Diri / Individu.  Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang”.

Tuliskan ceramah itu selengkapnya.

87

Bengkel Memahami Kehendak Soalan Dimensi Keluarga / Ibu Bapa.  Teknologi siber kini semakin maju. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan peranan ibu bapa dalam mendidik anakanak memanfaatkan internet pada masa ini.

88

Bengkel Memahami Kehendak Soalan Dimensi masyarakat / negara .  Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak – pihak berkenaan.

89

Bengkel Memahami Kehendak Soalan  Dimensi Serantau antarabangsa

/

Global

/

Kecenderungan negara-negara luar untuk campur tangan dalam masalah sesebuah negara berpunca daripada pelbagai faktor. Huraikan faktor-faktor tersebut.

90

Bengkel Memahami Kehendak Soalan

Dimensi KOMSAS.  Anda begitu teruja untuk menyertai pertandingan menulis cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk cerpen berdasarkan peribahasa “Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga” Tulis cerpen itu selengkapnya.

91

Menulis Pendahuluan

         

Jenis-jenis Pendahuluan. Berbentuk Soalan/Persoalan. Berbentuk Definisi Berbentuk fakta Bentuk sejarah. Bentuk suasana Bentuk peribahasa Bentuk puisi Bentuk gabungan Petikan tokoh

Pendahuluan Definisi (Langkah-langkah Mengatasi Pembalakan Haram)

92

Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar, memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan dokumen daripada kerajaan. Sebaliknya pembalakan harap merupakan kegiatan membalak yang dijalankan secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.

Pendahuluan Persoalan.

93

( Cara-cara mengatasi masalah keganasan rumah tangga ) Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini? Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita..

94

Pendahuluan Fakta (Cara-cara Menangani Masalah Ponteng Sekolah)

Dasawarsa ini, gejala ponteng sekolah kian menjadijadi dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Gejala ini kian sukar untuk dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati kira-kira 20 % pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah setiap hari. Angka ini sangat menggerunkan. Kerjasama dari semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan pihak berkuasa sangat diperlukan untuk menangani isu ini. Kita tidak mahu, fenomena ini menjadi lebih parah dan boleh menjejaskan proses pembentukan insan yang sempurna. Cara-cara menangani gejala

ini akan saya huraikan dalam huraian berikutnya.

95

Pendahuluan Peribahasa. (Unsur Budi Bahasa dalam cerpen yang anda baca) Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti kacang lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan daun”. Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang yang menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh itu, sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih atas segala jasa, pertolongan, dan pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup “seperti kacang lupakan kulit” tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

96

Pendahuluan Sejarah. (Usaha-usaha Memartabatkan Bahasa Melayu) Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau “lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak merdeka. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan.

97

Pendahuluan Gabungan Boleh juga menggunakan pendahuluan gabungan seperti;  Definisi sesuatu persoalan  Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk.  Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan umum.  Pendapat peribadi berkenaan tajuk karangan.

Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme

98

‘Tiga Buah Pondok Telefon Dibakar’, ‘Sampah Sarap Bertaburan di Pusat Rekreasi’, dan ‘Tandas Awam Diconteng dengan Kata-kata Lucah’. Begitulah antara tajuk berita yang dipaparkan di media massa. Sejak belakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lari daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini, kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, mengapakah hal ini terjadi? Adakah pembangunan dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak semakin gawat. Janganlah kita hanya bertindak apabila suasana menjadi lebih teruk. Sikap sudah terhantuk baru tengadah tidak harus dijadikan amalan dalam hidup kita.

Pendahuluan Suasana. (Punca-punca Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar)

99

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, media masa melaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan Rawang yang dibakar oleh pelajar yang diambil tindakan oleh guru disiplin. Kes terkini yang kita ketahui ialah tentang kematian pelajar di sebuah sekolah berasrama di Negeri Sembilan. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut, gempar dan mahu masalah itu ditangani dengan segera. Walau apapun tindakan yang dilakukan, perkara tersebut sudah berlaku dan menggambarkan kegawatan disiplin sekolah. Punca kejadian ini harus diselusuri agar langkah menangani dapat diambil tindakan segera

100

101

Gabungan: ( Cara-cara Memperkasakan Integrasi Nasional) Sebagai rakyat sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, kita tidak boleh memandang ringan soal integrasi. Kita juga secara jujur harus mengakui, selepas hampir setengah abad mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih menjadi masalah di negara kita. Di manakah silapnya apabila kaum Melayu, Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam suasana yang mesra? Semua pihak akur bahawa sekolah berperanan penting memupuk perpaduan, tetap terdapat segelintir pihak yang masih memperjuangkan pendidikan kaum sendiri. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata bidalan Melayu, “Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah”.Bagi memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat Malaysia perlu diperteguhkan. 102

3 JENIS MANUSIA ORANG YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM ORANG YANG HARI INI SAMA MACAM SEMALAM ORANG YANG HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM

103

‘KECEMERLANGAN, KESEDERHANAAN ATAU KEGAGALAN ADALAH PILIHAN SENDIRI’

104

105

Rehatkan Minda Kalau kita nak rasa apa yang org lain rasa kita kena buat apa yang orang lain buat