Penjelasan berkenaan Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang

mengenai Hak Orang Kurang Upaya ... Thailand dan Uzbekistan di atas sumbangan penting ... kenapa ianya diwujudkan dan bagaimana ia boleh membantu OKU ...

62 downloads 534 Views 896KB Size
i a n e g n e M n a a y a y a Ian p Keu Penjelasan berkenaan Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU)

YAYASAN VICTOR PINEDA

PENGHARGAAN Teks di dalam buku kecil ini telah disediakan oleh Victor Santiago Pineda, pengasas Yayasan Victor Pineda yang juga merupakan delegasi kerajaan termuda dalam Jawatankuasa Khas yang merangka Konvensyen mengenai Hak OKU. Projek ini telah dimulakan di UNICEF dan telah menjadi panduan sejak ianya dimulakan oleh Helen Schulte dari Bahagian Perlindungan Kanak-kanak, UNICEF dengan sokongan daripada Maria Cristina Gallegos, Penyelaras Suara Belia di Unit Pembangunan dan Penglibatan Remaja UNICEF. Buku kecil ini telah disunting dan diterbitkan oleh Bahagian Komunikasi UNICEF. Selain itu UNICEF amat menghargai sokongan Save the Children UK dan Sweden, dan juga Special Olympics. Penghargaan juga kami berikan kepada pejabat UNICEF di Armenia, China, Etiopia, Nicaragua, Thailand dan Uzbekistan di atas sumbangan penting mereka. Terima kasih tidak terhingga kepada kanak-kanak dan belia yang telah berkongsi pandangan melalui wawancara-wawancara dan perbincangan-perbincangan yang telah dianjurkan oleh Save the Children dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia Arab di Sana’a, Yaman pada Oktober 2007, dan di Sidang Kemuncak Belia yang telah dianjurkan oleh Special Olympics di Shanghai, China, serentak dengan Kejohanan Sukan Musim Panas pada Oktober 2007. Ribuan terima kasih juga kepada mereka yang telah menyertai perbincangan dalam talian melalui Suara Belia UNICEF, dan kepada pemimpin belia OKU dari inisiatif A World Enabled, Yayasan Victor Pineda. UNICEF juga sangat terhutang budi kepada kanak-kanak yang telah menyumbangkan puisi dan hasil kerja seni mereka. Kami juga ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan penasihat teknikal projek ini di atas komen-komen membina mereka terhadap setiap draf dihasilkan, khasnya kepada Saudamini Siegrist (UNICEF Florence), Gerison Lansdown (konsultan bebas), Alexandra Yuster, Daniel Seymour and Nadine Perrault (UNICEF New York), Catherine Naughton (Christian Blind Mission), dan Cherie Tropet dan Vanessa Anaya (Victor Pineda Foundation), yang telah membantu menulis semula draf-draf diperingkat permulaan. Kami amat berterima kasih diatas sumbangan besar yang disalurkan untuk projek ini oleh Jawatankuasa German untuk UNICEF. © United Nations Children’s Fund (UNICEF) April 2008 Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula kecuali setelah mendapat kebenaran. Sila hubungi Bahagian Pembangunan Professional, Jabatan Kominikasi, UNICEF. 3 UN Plaza, New York, NY 10017, USA Tel.: (+1-212) 326-7434 Faks: (+1-212) 303-7985 Emel: [email protected]

Kebenaran akan diberi secara percuma untuk institusi pendidikan atau untuk organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Pihak-pihak lain perlu membayar sedikit bayaran. Illustrasi kulit muka buku adalah oleh Liza Lavoie, inspirasi dari lukisan oleh Lea Nohemi Hernandez Rekabentuk buku oleh Christina Bliss

GLOSARI Diterima pakai: Meluluskan secara rasmi atau menerima (sebagai contoh, konvensyen atau deklarasi).

Diskriminasi: Layanan tidak adil oleh seseorang atau kumpulan atas pelbagai sebab bangsa, agama, jantina atau kebolehan yang berbeza.

Artikel: Perenggan atau bahagian dalam dokumen perundangan yang bernombor; nombor-nombor ini memudahkan untuk pencarian maklumat, menulis dan berbincang mengenainya.

Perlaksanaan: Untuk bertindak ke atas sesuatu keputusan. Melaksanakan artikel Konvensyen bermaksud merealisasikan janji-janjinya.

Teknologi bantuan: Alat yang membantu anda melakukan perkara yang anda tidak boleh lakukan, sebagai contoh, kerusi roda untuk membantu anda bergerak atau percetakan besar pada skrin komputer untuk membantu anda lihat. Jawatankuasa: Satu kumpulan yang dipilih untuk bekerjasama dan membantu kumpulan yang lebih besar. Komunikasi: Perkongsian maklumat. Ia juga bermakna satu cara untuk membaca, bercakap atau memahami maklumat menggunakan multimedia, percetakan besar, Braille, bahasa isyarat atau dengan seseorang membaca dengan suara yang kuat. Komuniti: Sekumpulan masyarakat yang tinggal di kawasan yang sama. Ia juga bermaksud masyarakat yang mempunyai minat atau tujuan yang sama. Konvensyen: Triti atau perjanjian oleh sekumpulan negara untuk membangunkan dan mengikuti undang-undang yang sama. Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak adalah satu perjanjian untuk memastikan bahawa semua kanak-kanak boleh menikmati hak-hak mereka sebagai ahli masyarakat dan mendapat penjagaan dan perlindungan khas yang mereka perlukan sebagai kanak-kanak. Ia adalah triti hak asasi manusia yang paling diterima secara meluas dalam sejarah. Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya merupakan satu perjanjian untuk memastikan bahawa semua orang, termasuk kanak-kanak kurang upaya, boleh menikmati hak-hak mereka. Maruah: Nilai dalaman dan kehormatan anda sebagai seorang manusia. Ia adalah hormat kendiri. Ianya juga bermaksud untuk dilayan oleh orang lain dengan hormat.

Maruah diri: Maruah yang ada pada seseorang sejak dilahirkan. Perundangan: Berkaitan, berdasarkan atau dikehendaki oleh undang-undang. Distrofi otot: Satu keadaan yang menyebabkan otot menjadi semakin lemah dari semasa ke semasa. Meratifikasikan: Apabila sesebuah konvensyen atau perjanjian yang ditandatangani diluluskan secara rasmi oleh sesebuah negara dan menjadi undang-undang dalam negara tersebut. Negara-negara pihak: Negara-negara yang telah menandatangani dan bersetuju dengan Konvensyen. UNICEF: The United Nations Children’s Fund (Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Ia adalah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperjuangkan hak kanak-kanak, kelangsungan hidup mereka, pembangunan dan perlindungan, untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik, lebih selamat dan selesa untuk kanak-kanak - dan untuk kita semua. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Sebuah organisasi yang boleh dikatakan wujud di setiap negara di dunia. Kerajaan-kerajaan bertemu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dan bekerjasama untuk keamanan dan untuk menjadikan dunia sebagai tempat lebih baik. Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia: Ditandatangani pada 10 Disember 1948 oleh semua negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perjanjian ini menyenaraikan semua hak-hak manusia.

aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

iii

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN! Penjelasan tentang Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU)

ISI KANDUNGAN

Isu utama

2

Tindakan kearah perubahan

3

Mengenai buku ini

3

Mengenai Konvesyen

7

Ringkasan Konvensyen mengenai Hak OKU

8

Bagaimana hak menjadi kenyataan

17

Uji pengetahuan anda

19

Glosari

21

aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

1

Isu penting Walau tidak boleh berjalan, Tapi aku masih punyai perasaan, Aku tidak boleh melihat, Tapi aku berfikir sepanjang masa, Walau aku tidak boleh mendengar, Aku masih ingin berhubung, Kenapa manusia melihat aku sebagai tidak berguna, tidak berfikir, tidak bercakap, Bilamana aku juga berkemampuan seperti yang lain, Untuk berfikir mengenai dunia kita. — Coralie Severs, 14, United Kingdom

Puisi ini mewakili jutaan kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya di serata dunia. Ramai di antara mereka berhadapan dengan diskriminasi setiap hari. Keupayaan mereka tidak dipedulikan dan kemampuan mereka dipandang rendah. Mereka tidak mendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan yang mereka perlukan, dan mereka juga disisihkan daripada aktiviti kemasyarakatan. Akan tetapi, kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya juga mempunyai hak yang sama seperti orang lain.

“Katakan padaku… kau boleh lakukannya!” Bismark Benavides, 13, Nicaragua 2

Tindakan ke arah perubahan Ini adalah sebab mengapa Konvensyen mengenai Hak OKU diwujudkan. Perjanjian antarabangsa ini memerlukan kerajaan di seluruh dunia bagi mendukung hak-hak kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. UNICEF dan rakan-rakannya bekerjasama menggalakkan semua negara untuk meratifikasi Konvensyen ini. Ini akan melindungi kanak-kanak yang kurang upaya daripada diskriminasi dan menggalakkan penglibatan mereka di dalam masyarakat. Oleh itu, kita semua mempunyai peranan yang perlu dilaksanakan. Teruskan pembacaan untuk mengetahui bagaimana untuk melibatkan diri dalam memastikan semua orang diperlakukan sebagaimana yang sepatutnya.

Memahami ketidakupayaan

Lisa Lavoie

Pernahkah anda merasa disisihkan? Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai kesukaran untuk melihat, belajar, berjalan atau mendengar selalu merasa diri mereka dikecualikan. Terdapat banyak rintangan yang menghalang mereka dari mengambil bahagian dengan cara yang sama seperti orang lain, dan kebanyakan daripada rintangan ini datangnya dari masyarakat itu sendiri. Seorang kanak-kanak yang memerlukan kerusi roda misalnya, juga mahu ke sekolah. Tetapi dia mungkin tidak dapat melakukannya kerana sekolah tidak mempunyai landas angkat dan pengetua atau guru-guru tidak banyak membantu. Dengan ini, kita perlu mengubah peraturan sedia ada, sikap dan mungkin juga mewujudkan kemudahan-kemudahan dengan kerjasama semua orang.

Mengenai buku ini Buku ini ditulis untuk kanak-kanak dan dengan penglibatan mereka juga untuk menjelaskan tentang Konvensyen mengenai Hak OKU; kenapa ianya diwujudkan dan bagaimana ia boleh membantu OKU menyedari hak-hak mereka. Kami berharap anda boleh menggunakan buku ini untuk membantu menyebarkan perkara ini agar individu kurang upaya mendapat peluang yang sama dalam mencapai matlamat mereka. Anda mungkin seorang yang kurang upaya, atau anda mungkin mengenali seseorang yang kurang upaya. OKU mungkin mengalami kesukaran melihat, mendengar, berjalan atau mengingati. Tetapi mereka juga mempunyai impian, harapan dan idea-idea yang mereka mahu kongsikan seperti dalam bentuk lukisan dan puisi yang terdapat di dalam buku ini. Kami menggalakkan anda berkongsi maklumat ini dengan ibubapa, guru-guru, rakan-rakan anda dan sesiapa yang anda rasakan mungkin berminat. aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

3

Di dalam buku ini anda akan fahami ringkasan Konvensyen mengenai Hak OKU dan sebab-sebab ianya diadakan. Anda boleh mempelajari mengenai hak-hak dan tanggungjawab semua orang, langkah-langkah dan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu kanak-kanak kurang upaya menyedari hak-hak mereka. Anda juga boleh mempelajari apakah tindakan yang boleh diambil bagi melakukan perubahan ini. Di muka surat terakhir buku ini terdapat senarai perkataanperkataan dan definisinya. Senarai atau glosari ini akan membantu anda memahami perkataan-perkataan yang mungkin baru bagi anda.

Apa itu konvensyen? Konvensyen adalah perjanjian di antara negaranegara untuk mematuhi undang-undang yang sama tentang sesuatu isu. Apabila sesebuah negara menandatangani dan meratifikasi (mempersetujui) sesebuah konvensyen, ia menjadi sebuah janji (yang sah dari segi) perundangan dan panduan kepada kerajaan. Ia mendorong kerajaan untuk menyesuaikan dan mengubah undang-undang mereka sendiri supaya ia sealiran dengan matlamat konvesyen.

Apa itu hak asasi manusia? Setiap orang di dunia ini dilindungi oleh undang-undang yang mempertahankan hak-hak dan maruah mereka (maruah yang ada pada manusia sejak dari lahir). Tiada siapa yang terkecuali. Sebagai contoh, setiap manusia mempunyai hak untuk hidup dan bebas daripada perhambaan. Hak-hak ini telah disahkan di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, yang diterimapakai oleh semua negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk makan dan mendapat penjagaan kesihatan, hak untuk pergi ke sekolah dan hak untuk dilindungi dari keganasan dan penderaan. Kanak-kanak juga mempunyai hak untuk menyuarakan apa yang mereka fikir boleh terjadi apabila orang dewasa membuat keputusan yang melibatkan mereka, dan untuk pendapat mereka diterimapakai. Hak asasi kanak-kanak telah dinyatakan dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak.

4

Mesejnya adalah KEUPAYAAN Oleh Victor Santiago Pineda, presiden Yayasan Victor Pineda Semasa saya berumur lima tahun, saya telah berhenti berjalan. Semakin saya membesar, otot saya menjadi terlalu lemah hingga tidak mampu membantu saya bernafas. Saya fikir tiada seorang pun yang menyukai saya kerana saya berbeza. Ibubapa saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tetapi mereka selalu membuat saya rasa disayangi. Mereka mempercayai saya dan Mempunyai ketidakupayaan bukan sesuatu yang membiarkan saya mengambil risiko tidak baik. Bahkan ianya boleh menjadi sesuatu dan mencuba perkara baru. Dengan ini yang boleh dibanggakan. Kita semua adalah berbeza saya telah membina keyakinan diri. dan mempunyai KEUPAYAAN yang berbeza. Setiap kanak-kanak boleh menjadi duta keupayaan

Keluarga saya juga tahu bahawa saya mewakili keluarga, sekolah dan komuniti. Kita akan berjuang untuk menjalani hidup masing-masing mempunyai idea-idea, pengalaman saya sendiri. Sepanjang zaman kanakdan kemahiran yang berguna kepada orang lain. kanak, saya telah mengubah pendapat Buku ini mengajak semua orang dari seluruh dunia orang lain mengenai apa yang untuk memperingati dan menghormati kita semua saya boleh lakukan dan bagaimana sebagaimana yang sepatutnya. saya melakukannya. Kemudian, saya mengetahui bahawa terdapat – Victor Santiago Pineda undang- undang yang melindungi saya. Dengan adanya undang-undang ini, saya menerima bantuan yang saya perlukan dan mampu menjadi pelajar yang berjaya. Saya membesar dengan tertanya-tanya bagaimanakah hidup saya jika saya tinggal di satu tempat yang tidak melindungi hak kanak-kanak seperti saya. Apabila saya mendapat tahu bahawa orang seperti saya dari seluruh dunia akan bertemu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan isu ini, maka saya bekerja keras untuk menyertai mereka. Saya adalah delegasi termuda dalam jawatankuasa khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang merangka Konvensyen mengenai Hak OKU. Saya mendapat ramai kawan dan, bersama-sama dengan kerajaan, kami mewujudkan Konvensyen. Setiap manusia di dunia ini berbeza dan mempunyai idea, pengalaman, tradisi dan kemampuan yang berbeza. Saya telah mempelajari bahawa perbezaan-perbezaan ini mencipta kemungkinan baru, harapan baru, impian baru dan persahabatan baru. Buku ini mendorong kanak-kanak normal dan kurang upaya untuk berdiri bersama-sama dan berjuang untuk kebenaran. Perbezaan di antara manusia di dunia ini adalah khazanah yang perlu dihargai dan dikongsi oleh semua. Setiap kanak-kanak adalah sebahagian daripada dunia dan mereka mampu menyumbang kebolehan unik mereka. Oleh itu, penglibatan setiap kanak-kanak adalah satu kemestian. Victor Santiago Pineda adalah pendidik dan pembikin filem yang bekerja bersama belia kurang upaya untuk memberitahu mereka tentang hak-hak mereka. Beliau telah membina inisiatif A World Enabled bersama yayasan beliau untuk mendidik masyarakat tentang kebolehan dan potensi belia kurang upaya. Encik Pineda pernah bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia dan ketua-ketua kerajaan untuk mempromosi rasa hormat, peluang dan maruah yang samarata untuk semua orang. Beliau menghidap distrofi otot dan mengunakan kerusi roda untuk bergerak. aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

5

Aku bahagia apabila… Aku bahagia dengan perkara-perkara kecil Aku bahagia apabila… Insan lain memahami apa yang ku cuba sampaikan Bila aku bercakap dengan orang lain pada tahap yang sama Aku bahagia dan aku bangga dengan diriku Aku gembira sewaktu belajar Dengan belajar aku boleh mendapat maklumat baru Aku dapat memahami berita dari seluruh dunia Aku boleh mengira berapa banyak perlu dibayar bila aku makan Aku boleh nyatakan apa yang ku fikirkan betul atau salah Aku bahagia dapat melakukan banyak perkara sendiri Aku gembira kerana aku mempunyai perkara kegemaranku Aku gembira sewaktu bersorak untuk pemain bola Kerana semangat mereka sungguh hebat Aku merasakan seperti diriku sebahagian dari mereka Dan aku juga menjadi sungguh bersemangat Aku gembira kerana aku ada sebuah impian Ianya mungkin kelihatan kecil tetapi Merancang dan hidup dengan bersungguh-sungguh setiap hari Membuatkan aku berasa sungguh bahagia — Kim Yoona, 15, Republic of Korea

“Hak untuk bermain,” Javlon Rakmonberdiev, 12, Uzbekistan

6

Mengenai Konvensyen Konvensyen mengenai Hak OKU adalah perjanjian oleh negara-negara di seluruh dunia untuk memastikan OKU dan orang bukan OKU dilayan secara sama rata. Konvensyen, yang juga disebut triti, perjanjian antarabangsa atau instrumen perundangan, menjadi panduan bagi mendorong kerajaan dalam memastikan anda boleh menikmati hak-hak anda. Ini merangkumi semua orang dewasa dan kanakkanak kurang upaya, lelaki dan perempuan. Konvensyen mengenai Hak OKU telah diterimapakai pada 13 Disember 2006. Sehingga 2 April 2008, 20 buah negara telah meratifikasi Konvensyen ini, dimana ia bermaksud akan berkuatkuasa pada 3 May 2008 (sila lihat peraturan Konvensyen di ). Walaupun Konvensyen ini adalah untuk semua OKU tidak kira umur, buku ini mendalami maksud setiap hak dalam kehidupan kanak-kanak kerana anda adalah penting!

Mengapa peduli tentang Konvensyen? Jika anda, ibubapa anda atau seseorang di dalam keluarga anda adalah OKU, Konvensyen ini menawarkan maklumat yang berguna. Ia berguna sebagai panduan kepada anda dan keluarga anda dan rakan-rakan anda yang mahu membantu anda – dalam menggunakan hak-hak anda. Ia juga menyatakan akan tindakan-tindakan yang mesti diambil oleh kerajaan untuk membantu semua OKU menyedari hak-hak mereka. Individu dengan pelbagai jenis ketidakupayaan dari negara-negara lain telah bekerjasama dengan kerajaan mereka untuk membangunkan Konvensyen ini. Mereka mendapat idea dari tinjauan dan undang-undang berguna yang membantu OKU pergi ke sekolah, mendapat pekerjaan, bergembira dan hidup aman dalam komuniti mereka. Banyak peraturan sedia ada, sikap yang perlu diubah dan kemudahan yang perlu disediakan untuk memastikan seorang kanak-kanak kurang upaya boleh pergi ke sekolah, bermain dan mengambil bahagian dalam perkara-perkara yang mereka ingin lakukan. Jika kerajaan anda meratifikasi Konvensyen ini, bermaksud mereka telah bersetuju melakukan perubahan-perubahan ini. Adalah penting untuk diingati bahawa hak-hak di dalam Konvensyen ini bukan hak-hak yang baru. Hak-hak ini adalah hak-hak sama yang diterima di dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Konvensyen mengenai Hak Kanakkanak dan lain-lain triti hak asasi antarabangsa. Konvensyen mengenai Hak OKU memastikan yang hak-hak ini dihormati untuk OKU.

aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

7

Konvensyen mengenai Hak OKU secara ringkas

Bersikap optimistik adalah moto kami dalam kehidupan Dengarkan wahai kawanku Cintai dan yakini moto anda Hidup adalah anugerah dari Tuhan yang pengasih Kepada semua makhluk di syurga dan juga di bumi Jika kamu mempunyai rakan yang kurang upaya Sentiasalah bersama mereka untuk membantu mereka merasa selamat Galakkan mereka untuk menjadi optimistik dan untuk mencintai kehidupan Katakan kepada mereka bahawa berputus asa itu adalah perbuatan pengecut Dan ketabahan dan keazaman adalah tanda keberanian Harapan adalah sasaran kita dalam kehidupan Sebuah senyuman yang menyenangkan membawa kita bersatu Tiada putus asa dalam kehidupan dan tiada kehidupan jika berputus asa

— Jwan Jihad Medhat, 13, Iraq

Konvensyen ini mengandungi perjanjianperjanjian tentang banyak perkara. Terdapat 50 artikel dalam Konvensyen menjelaskan dengan terperinci tentang janji-janji ini. Dimana kami menyebut ‘kerajaan’ di dalam muka surat selanjutnya, kami maksudkan kerajaan-kerajaan yang telah meratifikasi Konvensyen (juga dipanggil ‘Negara-negara pihak’).

Apa itu undangundang? Undang-undang adalah peraturan-peraturan yang perlu diikuti supaya manusia saling menghormati dan hidup bersama dengan selamat.

Apakah maksud meratifikasi? Kerajaan-kerajaan yang meratifikasi Konvensyen bersetuju untuk melakukan yang terbaik untuk menguatkuasakan artikelartikelnya. Sila periksa samada negara anda telah meratifikasi Konvensyen ini. Jika kerajaan anda telah meratifikasi sesuatu Konvensyen, anda boleh mengingatkan wakil kerajaan anda tentang tanggungjawab mereka. Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu telah menghasilkan senarai Negara-negara pihak yang telah menandatangani dan bersetuju dengan Konvensyen ini. Sila rujuk laman sesawang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: untuk melihat jika negara anda telah meratifikasi Konvensyen ini.

8

KONVENSYEN SECARA RINGKAS Artikel 1:

Tujuan Artikel ini meringkaskan objektif utama Konvensyen, iaitu untuk mempromosi, melindungi dan memastikan semua OKU termasuk kanak-kanak menikmati sepenuhnya hak asasi manusia dan kebebasan secara sama rata. Artikel 2: Definisi

Artikel ini menyenaraikan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud tertentu di dalam Konvensyen ini. Contohnya, “bahasa” adalah termasuk perkataan yang dituturkan dan juga isyarat atau lain-lain bahasa bukan pertuturan. “Komunikasi” adalah termasuk bahasa, paparan teks, Braille (yang menggunakan titik-titik timbul sebagai huruf dan nombor), komunikasi dengan sentuhan, tulisan yang diperbesar dan multimedia boleh akses (seperti laman sesawang atau audio). Artikel 3: Prinsip-prinsip

umum Prinsip-prinsip (pegangan utama) Konvensyen ini adalah: (a) Menghormati maruah, kebebasan membuat pilihan sendiri dan kemerdekaan semua orang. (b) Tiada diskriminasi (memperlakukan semua orang secara sama rata). (c) Penglibatan dan penyertaan sepenuhnya di dalam masyarakat (menjadi sebahagian dari komuniti anda). (d) Menghormati perbezaan dan menerima OKU sebagai sebahagian daripada kepelbagaian manusia. (e) Peluang yang saksama. (f) Aksessibiliti (mempunyai akses untuk pengangkutan, tempat-tempat dan maklumat, dan tidak dihalang penggunaan kerana anda seorang OKU). (g) Kesamarataan di antara lelaki dan perempuan (mendapat peluang yang sama, samada lelaki atau perempuan). (h) Menghormati kemampuan kanak-kanak kurang upaya dan hak mereka untuk memelihara identiti mereka (dihormati kerana kemampuan anda dan merasa bangga dengan diri anda sendiri). Kewajipan-kewajipan umum Sepatutnya tiada undang-undang yang mendiskriminasi OKU. Jika perlu, kerajaan patut menggubal undangundang baru dan melaksanakannya untuk memelihara hak OKU. Jika undang-undang atau tradisi sedia ada mendiskriminasi OKU, kerajaan perlu mencari jalan untuk mengubahnya. Kerajaan patut mendapatkan nasihat daripada OKU termasuk kanak-kanak untuk membuat undang-undang dan polisi baru.

Lisa Lavoie

Artikel 4 :

Jika terdapat undangundang atau amalan yang menghalang kanakkanak kurang upaya dari melakukan perkara yang sama seperti kanakkanak lain, ianya perlu diubah. Kerajaan anda patut berunding dengan organisasi kanak-kanak kurang upaya untuk mengubah undangundang dan polisi seperti ini.

aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

9

KONVENSYEN SECARA RINGKAS Artikel 5:

Kesamarataan dan tidak mendiskriminasi Kerajaan mengiktiraf bahawa semua orang mempunyai hak untuk dilindungi oleh undangundang, dan undang-undang sesebuah negara adalah digunapakai untuk semua orang yang tinggal di negara tersebut. Artikel 6:

Wanita kurang upaya Kerajaan mengetahui wanita dan kanak-kanak perempuan kurang upaya menghadapi pelbagai jenis diskriminasi. Kerajaan bersetuju untuk melindungi hak asasi dan kebebasan mereka. Artikel 7:

Kanak-kanak kurang upaya Kerajaan bersetuju untuk mengambil tindakan yang sebaik mungkin supaya kanak-kanak kurang upaya boleh menikmati semua hak asasi dan kebebasan yang sama seperti kanakkanak lain. Kerajaan juga harus bersetuju memastikan kanak-kanak kurang upaya boleh meluahkan pandangan tanpa sebarang sekatan Kanak-kanak lelaki dan perempuan kurang mengenai semua upaya mempunyai hak yang sama seperti kanakperkara yang memberi kanak lain. Sebagai contoh, setiap kanak-kanak kesan ke atas mereka. mempunyai hak untuk pergi ke sekolah, bermain, Apa yang terbaik dan dilindungi daripada kekejaman, dan untuk terlibat dalam keputusan yang memberi kesan untuk setiap kanakkepada mereka. Kerajaan mesti menyediakan kanak haruslah selalu Meningkatkan Kesedaran Kerajaan patut mendidik semua orang mengenai hakhak, maruah, pencapaian dan kemahiran OKU. Kerajaan harus bersetuju untuk melawan stereotaip, prejudis, dan aktiviti-aktiviti yang boleh mencederakan OKU. Sebagai contoh, sekolah anda patut mempromosi sikap hormat terhadap OKU walaupun di kalangan kanak-kanak yang masil kecil. Artikel 9:

Pihak media patut melaporkan jika terdapat sebarang ketidakadilan berlaku terhadap kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya.

Aksessibiliti Kerajaan bersetuju untuk membantu merealisasikan kemungkinan untuk OKU hidup berdikari dan menyertai komuniti dan masyarakat mereka. Di mana-mana tempat awam, termasuk bangunan, jalan, sekolah dan hospital, mestilah diberi kemudahan kepada OKU, termasuk kanak-kanak. Jika anda berada di bangunan awam dan memerlukan pertolongan, seorang penonton, pembaca atau penterjemah bahasa isyarat professional perlu ada untuk membantu anda.

10

Lisa Lavoie

Artikel 8:

maklumat dan bantuan yang diperlukan untuk kanak-kanak kurang upaya untuk mereka menyedari hak ini.

KONVENSYEN SECARA RINGKAS

“Keamanan untuk setiap kanak-kanak,” Ani Verdayan, 8, Armenia

Bagaimana tentang teknologi? Telefon, komputer dan teknologi lain perlulah mudah digunakan oleh orang yang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Sebagai contoh, laman sesawang boleh direka supaya orang yang mengalami kesukaran menggunakan papan kekunci, melihat dan mendengar boleh menggunakan maklumat dalam format yang berbeza. Sesebuah komputer boleh mempunyai papan kekunci Braille, atau ia boleh menggunakan alat sintesis pertuturan untuk mengucapkan perkataan yang terdapat pada skrin.

aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

11

KONVENSYEN SECARA RINGKAS Hak untuk hidup Setiap manusia dilahirkan dengan hak untuk hidup. Kerajaan memberi jaminan bahawa ini adalah digunapakai orang yang normal dan OKU. Artikel 11:

Situasi berisiko dan kecemasan OKU mempunyai hak yang sama seperti orang lain untuk dilindungi dan selamat semasa peperangan, darurat atau bencana alam, seperti ribut. Di sisi undang-undang anda tidak boleh dikecualikan daripada tempat perlindungan atau ditinggalkan sendirian kerana anda mempunyai ketidakupayaan manakala yang lain diselamatkan.

Anda mempunyai hak untuk hidup. Ia adalah anugerah untuk anda, menurut undang-undang, tiada siapa pun boleh mengambil hak itu daripada anda.

Artikel 12:

Kesamarataan di sisi undang-undang OKU mempunyaihakuntuk menikmati‘keupayaan di sisi undang-undang’ dengan cara yang sama seperti orang lain. Ini bermaksud, semasa anda meningkat dewasa, anda boleh melakukan perkara-perkara seperti ingin mendapatkan pinjaman untuk belajar atau menandatangani pajakan untuk menyewakan pangsapuri/rumah anda, samada anda seorang OKU atau tidak. Anda juga boleh memiliki atau mewarisi harta. Artikel 13: Akses

kepada keadilan Jika anda terlibat dengan sesuatu jenayah, samada menjadi mangsa, melihat orang lain menjadi mangsa atau dituduh melakukan sesuatu kesalahan, anda mempunyai hak untuk diperlakukan secara adil apabila kes anda sedang disiasat dan diselesaikan. Anda mestilah diberikan peluang untuk menjelaskan diri anda dalam semua proses undang-undang. Artikel 14: Kebebasan

dan keselamatan seseorang Kerajaan perlu memastikan bahawa kebebasan OKU dilindungi oleh undang-undang sama seperti orang lain. Artikel 15:

Bebas dari penyeksaan atau kezaliman, layanan atau hukuman yang tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah Tiada sesiapa pun boleh diseksa atau dihina atau dilayan dengan kejam. Semua orang mempunyai hak untuk menolak eksperimen perubatan atau saintifik. Artikel 16:

Bebas dari keganasan dan penderaan Kanak-kanak kurang upaya perlu dilindungi daripada keganasan dan penderaan. Mereka tidak boleh dizalimi atau dianiayai di dalam atau di luar rumah mereka. Jika anda telah mengalami keganasan atau penganiayaan, anda mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan untuk menghentikan penderaan tersebut dan untuk kembali pulih. Artikel 17:

Melindungi seseorang Tiada siapa yang boleh melayan anda seperti anda kurang daripada orang lain disebabkan keupayaan fizikal atau mental anda. Anda mempunyai hak untuk dihormati oleh orang lain seperti diri anda seadanya.

12

Lisa Lavoie

Artikel 10:

KONVENSYEN SECARA RINGKAS Artikel 18:

Kebebasan untuk berpindah dan kewarganegaraan Setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada nama berdaftar yang sah, kewarganegaraan dan, setakat yang mungkin, hak untuk mengenali dan dijaga oleh atau ibu-bapa sendiri. Mereka tidak boleh disekat daripada memasuki atau keluar dari negara kerana mereka kurang upaya. Artikel 19:

Hidup secara berdikari dan diterima dalam masyarakat Rakyat mempunyai hak untuk membuat pilihan tentang di mana mereka tinggal, sama ada mereka berkurang upaya atau tidak. Apabila anda meningkat dewasa, anda akan mempunyai hak untuk hidup berdikari dan untuk menyertai komuniti anda jika anda mahu. Anda juga perlu mempunyai akses untuk perkhidmatan sokongan jika anda memerlukan bantuan untuk hidup dalam masyarakat, seperti penjagaan di rumah anda dan bantuan peribadi. Artikel 20: Kebebasan

peribadi Kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk bebas bergerak dan berdikari. Kerajaan mesti membantu mereka berbuat demikian. Artikel 21:Kebebasan

berekspresi, menyuarakan pendapat, dan akses kepada maklumat Rakyat mempunyai hak untuk meluahkan pendapat mereka, untuk mencari, menerima dan berkongsi maklumat dan untuk menerima maklumat dalam bentuk yang mereka boleh memahami dan menggunakannya. Artikel 22:

Menghormati privasi Tiada siapa boleh masuk campur dalam hal peribadi individu lain, samada mereka kurang upaya atau tidak. Mereka yang mengetahui maklumat mengenai orang lain, seperti status kesihatan, tidak boleh mendedahkannya kepada umum. Artikel 23: Hormat

Lisa Lavoie

kepada tempat asal/akar umbi Manusia mempunyai hak untuk hidup dengan ahli keluarga mereka. Jika anda seorang OKU, kerajaan perlu menyara keluarga anda dengan perbelanjaan yang berkaitan dengan sifat kurang upaya tersebut, maklumat dan perkhidmatan. Anda tidak boleh dipisahkan daripada ibu-bapa anda kerana anda seorang OKU! Jika anda tidak boleh tinggal dengan keluarga terdekat anda, kerajaan perlu membantu menyediakan penjagaan dalam lingkungan keluarga atau masyarakat Kanak-kanak yang lebih luas. Belia kurang upaya kurang upaya mempunyai hak yang sama seperti belia mempunyai hak yang lain untuk mendapatkan maklumat untuk bergerak kesihatan mengenai kelahiran dan hakbebas dan hak yang sama seperti orang lain untuk berdikari. berkahwin dan memulakan keluarga.

aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

13

KONVENSYEN SECARA RINGKAS

“Kehidupan harian dalam komuniti saya,” Pedri Jose Rivera, 14, Nicaragua

Artikel 24:

Pendidikan Manusia mempunyai hak untuk pergi ke sekolah. Anda tidak boleh dikecualikan daripada mendapat pendidikan atas sebab anda seorang OKU. Anda tidak sepatutnya dididik di sekolah-sekolah yang berasingan. Anda mempunyai hak untuk mendapat pendidikan dan kurikulum yang sama seperti kanak-kanak lain, dan kerajaan mesti memberi bantuan yang anda perlukan untuk merealisasikan perkara ini. Sebagai contoh, kerajaan mestilah menyediakan cara yang sesuai untuk anda untuk berkomunikasi supaya guru-guru memahami bagaimana untuk bertindak balas dengan keperluan anda. Artikel 25 dan 26:

Kesihatan dan pemulihan OKU mempunyai hak pada tahap dan kualiti yang sama untuk rawatan kesihatan yang percuma atau berpatutan sebagaimana yang diperuntukkan kepada orang lain. Jika anda seorang OKU, anda juga mempunyai hak untuk khidmat kesihatan dan pemulihan. Artikel 27: Kerja

dan pekerjaan OKU mempunyai hak yang sama untuk bekerja tanpa diskriminasi setelah mereka memilih pekerjaan secara bebas.

14

KONVENSYEN SECARA RINGKAS Artikel 28:

Taraf kehidupan dan perlindungan sosial yang mencukupi OKU mempunyai hak untuk makanan, air bersih, pakaian, dan akses kepada penempatan tanpa diskriminasi. Kerajaan perlu membantu kanak-kanak kurang upaya yang hidup dalam kemiskinan. Artikel 29:

Penyertaan dalam bidang politik dan kehidupan masyarakat OKU mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam bidang politik dan kehidupan masyarakat. Sebaik sahaja anda mencapai umur yang ditetapkan oleh undang-undang di negara anda, anda mempunyai hak untuk membentuk kumpulan, berkhidmat untuk masyarakat, akses ke pusat mengundi, mengundi dan dipilih untuk jawatan di dalam kerajaan, samada anda seorang OKU atau tidak. Artikel 30:

Penyertaan dalam persatuan kebudayaan, rekreasi, sukan dan riadah OKU mempunyai hak yang sama seperti orang lain untuk mengambil bahagian dan menikmati bidang seni, sukan, permainan, filem dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan. Oleh sebab itu, teater, muzium, taman permainan dan perpustakaan perlu diberi akses kepada semua orang, termasuk kanak-kanak kurang upaya. Artikel 31:

Statistik dan pengumpulan data Negara-negara mesti mengumpul data mengenai ketidakupayaan untuk membangunkan program-program dan perkhidmatan yang lebih baik. OKU yang menyumbang kepada penyelidikan mengenai ketidakupayaan mempunyai hak untuk diperlakukan dengan hormat dan berperikemanusiaan. Sebarang maklumat peribadi yang mereka kongsi mesti dirahsiakan. Statistik yang dikumpulkan mestilah boleh diakses oleh OKU dan lain-lain. Artikel 32:

Kerjasama antarabangsa Negara-negara harus membantu antara satu sama lain bagi memenuhi artikel konvensyen ini. Ini termasuklah negara-negara yang mempunyai sumber yang lebih banyak (seperti maklumat saintifik, teknologi berguna) digalakkan berkongsi dengan negara-negara lain, supaya lebih ramai orang di dunia ini boleh menikmati hak dalam konvensyen ini. Artikel 33-50: Peraturan

Lisa Lavoie

mengenai kerjasama, pemantauan dan pelaksanaan Konvensyen Konvensyen mengenai Hak OKU mempunyai 50 artikel kesemuanya. Artikel 33 hingga 50 ialah mengenai orang dewasa, terutamanya orang-orang kurang upaya dan organisasi mereka. Kerajaan harus bekerjasama untuk memastikan semua orang kurang upaya mendapat semua hak-hak mereka. Sila lihat teks artikel-artikel ini di .

aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

15

“Kami sedang bermain,” Tatev Danielyan, 15, Armenia

Dua Dunia... Dipisahkan di antara Kebisingan dan Kesunyian, Tidak pasti, tidak dapat bersama... Air mata mengalir... Tanpa disedari kedua-duanya terpisah, Disisih, membuatku rasa Tidak berkepunyaan Air mata mengalir... Hanya tangan-tangan tertentu Memimpin dan menggalakkan, Tidak henti-henti… Air mata mengalir, senyuman terukir… Masih di sini, Namun disayangi… — Sarah Leslie, 16, United States of America

16

Bagaimana hak menjadi kenyataan Hak kanak-kanak kurang upaya adalah sama seperti kanak-kanak lain. Terpulang kepada anda untuk membuatkan dunia tahu tentang Konvensyen ini. Orang ramai perlu bersuara dan mengambil tindakan jika mereka mahukan penglibatan semua orang. Jika anda mempunyai ketidakupayaan, Konvensyen ini memberikan kerajaan dan keluarga anda alat untuk mencapai hak-hak dan impian anda. Anda harus mempunyai peluang yang sama untuk pergi ke sekolah dan menyertai aktiviti-aktiviti lain. Orang dewasa dalam hidup anda harus membantu anda bergerak bebas, berkomunikasi dan Berjuanglah untuk hak anda dan orang lain bermain dengan kanak-kanak lain, tidak akan berdiri di sisi anda. Semua kanak-kanak kira apa jenis ketidakupayaan yang BOLEH pergi ke sekolah, BOLEH bermain mungkin anda miliki. dan BOLEH mengambil bahagian dalam semua perkara. Ia bukan tentang saya tidak Anda adalah seorang warganegara, ahli boleh, ia mengenai SAYA BOLEH! dalam keluarga dan masyarakat anda, dan anda mempunyai sumbangan —Victor Santiago Pineda besar untuk dilakukan.

Apa yang anda boleh lakukan Ia adalah penting untuk mengubah sikap dan peraturan supaya kanak-kanak kurang upaya boleh pergi ke sekolah, bermain dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mereka mahu lakukan. Adakah di sekolah anda melibatkan kanak-kanak kurang upaya dalam kelas dan semua aktiviti-aktiviti lain? Adakah guru-guru anda mendengar dan memberi respon kepada pelajar yang berkeperluan khas? Adakah terdapat landas angkat, penterjemah bahasa isyarat atau lain-lain bantuan teknologi? Bagus! Sekolah anda telah melayan kanak-kanak kurang upaya dengan adil dengan memberikan mereka peluang yang samarata untuk belajar. Sekolah anda telah mengikuti Konvensyen ini. Malangnya, ramai orang tidak melayan kanak-kanak kurang upaya dengan adil. Anda mempunyai peranan dalam menjadikan komuniti anda lebih inklusif. Anda boleh mulakan di rumah dan sekolah anda sendiri untuk mengubah minda ibu-bapa dan guru-guru anda. Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menghebahkan kepada orang awam tentang Konvensyen mengenai Hak OKU dan potensi belia kurang upaya. Sebagai contoh, anda boleh: l Melibatkan diri dalam organisasi atau kempen. Suara dari kumpulan yang ramai lebih berkesan. Untuk bergabung dengan organisasi yang lain, anda boleh menyokong atau menyertai unit tempatan bagi kelab kebangsaan atau organisasi antarabangsa. Mereka mungkin mempunyai program atau kempen khas untuk belia. l Buat projek anda sendiri. Mulakan kempen kesedaran, menubuhkan tabung kebajikan, melakukan kaji selidik (Adakah seseorang yang anda kenali telah diperlakukan secara tidak adil? Adakah sekolah anda hanya mempunyai tangga dan tiada landas angkat?). Tulis petisyen untuk menghapuskan halangan yang anda telah hadapi.

aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

17

l Menubuhkan kelab untuk mempromosikan Konvensyen ini. Pertemukan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan berbeza, anjurkan acara sosial dengan semua kawan-kawan anda dan jemput orang baru untuk turut serta. Adakan parti-parti menonton wayang atau mengadakan makan malam bersama. Bersukarialah dan menghargai keunikan anugerah dan keupayaan masing-masing. l Mengadakan persembahan di sekolah anda dan di sekolah-sekolah berdekatan tentang hak-hak OKU. Jadilah seorang yang kreatif. Buat poster-poster dan adakan persembahan lakonan untuk membantu rakan-rakan pelajar anda memahami hak-hak yang terkandung dalam Konvensyen. Anda boleh meminta bantuan ibu-bapa atau guru untuk mengaturkan persembahanpersembahan ini, rancang di mana dan bila anda boleh menyampaikannya. Jemput pengetua sekolah anda untuk menghadiri persembahan-persembahan tersebut. l Membuat seni kraftangan dengan kumpulan kawan-kawan anda tentang hak-hak OKU. Ianya boleh dalam bentuk lukisan, cat, ukiran - atau apa sahaja yang anda mahu buat untuk membantu berkongsi maklumat ini. Anda boleh usahakan untuk memaparkan kerja seni ini di sekolah, perpustakaan awam, galeri atau restoran – atau di mana sahaja yang orang ramai dapat melihat hasil kerja seni tersebut. Anda boleh memindahkan pameran anda ke lokasi yang berbeza dari masa ke semasa dan berkongsi mengenai Konvensyen dengan ramai orang. l Kongsikan pengalaman anda dan pelajaran yang anda telah perolehi dari orang lain. Voices of Youth UNICEF adalah sebuah forum perbincangan yang popular untuk/ dikalangan belia.

Ini hanyalah beberapa idea tentang perkara yang boleh anda lakukan – tiada had dalam berkreatif. Minta panduan seorang dewasa yang anda percayai untuk membantu anda mengatur aktiviti anda, dan bergembiralah!

“Kugiran rock kanak-kanak kurang upaya,” Valeria D’Avola, 13, Itali Untuk set bahan pembelajaran, sila rujuk pelengkap kepada buku kecil ini yang akan diterbitkan dan ianya bertajuk Kekurangupayaan Bukan Penghalang: Aktiviti untuk pembelajaran dan bertindak berpandukan Konvensyen mengenai Hak OKU.

18

Uji pengetahuan anda (1) Isikan tempat kosong.

a. Salah satu prinsip Konvensyen mengenai Hak OKU ialah dengan penyertaan dan ________________ penuh dalam masyarakat.



b. Banyak peraturan sedia ada, sikap dan bangunan perlu _________________ untuk memastikan kanak-kanak kurang upaya boleh pergi ke sekolah, bermain dan mengambil bahagian dalam perkara-perkara yang setiap kanak-kanak mahu lakukan.



c. Setiap orang mempunyai hak __________________.



d. Undang-undang tidak sepatutnya __________________ terhadap OKU.



e. __________________ datang dalam pelbagai bentuk, ia boleh ditulis, ditutur atau secara isyarat.

(2) Susunkan perkataan-perkataan ini dan bentukkan satu ayat.

tiak ____________________ aesum ____________________ ahalad ____________________



zebreba ________________ nda _________________ ismgna-agimns _________________



amipnmeuy ____________ aykeaunpa _______________ nyag _______________________



eabzebr ________________, nda _____________________ akit ________________________



uesam _________________ amipnmeuy ______________ kha ________________________



gnya ___________________ maas _____________________



____________________________________________________________________________________



____________________________________________________________________________________



aM

Iany

an

paya

i Keu

na enge

19

20 Jawapan : (1) a. penglibatan; b. diubah; c. yang sama; d. mendiskriminasi; e. Komunikasi; (2) Kita semua adalah berbeza dan masing-masing mempunyai keupayaan yang berbeza, dan kita semua mempunyai hak yang sama. (3) Mereka semua mempunyai hak yang sama.



_________________________________________________________________________________ Lisa Lavoie

(3) Apa persamaan yang kanak-kanak ini ada?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Bahagian Perlindungan Kanak-kanak Bahagian Program, UNICEF United Nations Children’s Fund (Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) 3 United Nations Plaza New York, NY 10017, USA [email protected] www.unicef.org ISBN: 978-92-806-4301-5 © United Nations Children’s Fund (UNICEF) April 2008 ii