PERINTAH AM BAB G - sisteminhouse.johor.gov.my

Tafsiran •“Kawasan Pejabat” bermaksud suatu lingkungan kawasan yang jaraknya dari pejabat – 25km jika dihubungi oleh jalanraya;...

461 downloads 889 Views 596KB Size
PERINTAH AM BAB G WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA

Tafsiran • “Hari Rehat” bermaksud hari yang ditetapkan bagi berehat. • “Jabatan” termasuk Kementerian; Jabatan Persekutuan; dan Organisasi lain yang ditetapkan oleh KPPA.

Tafsiran • “Kawasan Pejabat” bermaksud suatu lingkungan kawasan yang jaraknya dari pejabat – 25km jika dihubungi oleh jalanraya;

16km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah; dan 8km jika boleh dihubungi dengan basikal

atau laluan air.

Tafsiran • “Ketua Jabatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah jabatan.

• “Masa Kerja” bermaksud tempoh masa yang ditetapkan bagi seseorang pegawai bekerja. • “Lebih Masa” bermaksud suatu tempoh masa pegawai bekerja di luar masa kerjanya.

Tafsiran • “Masa Rehat” bermaksud tempoh masa yang ditetapkan bagi seseorang pegawai untuk berehat dalam masa kerja. • “Pegawai” bermaksud kategori pegawai yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak . • “Waktu Bekerja” bermaksud tempoh waktu bekerja yang ditetapkan di bawah sistem waktu bekerja dan lain-lain waktu bekerja yang diluluskan oleh KPPA.

Asas Waktu Bekerja Pejabat • Masa kerja sehari tidak melebihi sembilan jam. • Masa rehat sejam.

• Sehari Hari Rehat Mingguan seminggu iaitu Ahad atau Jumaat.

dalam

Asas Waktu Bukan Bekerja Pejabat • Masa kerja sehari selama lapan jam tetapi tidak melebihi 12 jam. • Masa rehat sejam.

• Sehari Hari Rehat Mingguan dalam seminggu yang ditetapkan dalam jadual waktu bekerja syif

Asas Waktu Bukan Bekerja Pejabat Contoh waktu bekerja terputus-putus: Waktu Kerja

-

6.00 pagi – 9.00 pagi

(3 jam)

Bebas dari tugas

-

9.00 pagi – 11.00 pagi

(2 jam)

Waktu Rehat

-

11.00 pg – 12.00 t/hari

(1 jam)

Waktu kerja

-

12.00 t/hari – 2.00 ptg

(2 jam)

Bebas dari tugas

-

2.00 ptg – 4.00 ptg

(2 jam)

Waktu kerja

-

4.00 ptg – 6.00 ptg

(2 jam) 12 jam

Waktu Bekerja Berperingkat • Pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat Di Semua Agensi Kerajaan Persekutuan – Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 • Pelaksanaan Waktu Pejabat dalam Sistem WBB di Kedah seperti berikut: Hari

Waktu Bekerja

Waktu Rehat

Waktu Bekerja

Ahad

7.30 pg – 12.15 tgh

12.15 tgh – 2.45 ptg

2.45 ptg – 5.30 ptg

Isnin Khamis

7.30 pg – 1.00 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

2.00 ptg – 5.30 ptg

Mengadakan Waktu Bekerja Berlainan • perlu memohon kebenaran KPPA. (P.A. 4 Bab „G‟)

Mematuhi Waktu Bekerja • Semua pegawai (P.A. 5 Bab „G‟)

Hari Mingguan Mengikut Agama

• Jabatan yang dibuka 7 hari seminggu, boleh mengatur hari bertugas supaya pegawai boleh beri hari rehat mengikut agama. (P.A. 8 BAB „G‟)

Menunaikan Sembahyang Jumaat • pegawai beragama Islam dan hari rehatnya bukan Jumaat, maka masa bagi menunaikan solat Jumaat boleh diberi. (P.A. 10 BAB „G‟)

Lebih Masa Pegawai Kumpulan Sokongan Pengurusan & Profesional Pengurusan Tertinggi Polis, Penjara, ATM, Bomba & APMM

Kerja Lebih Bayaran Cuti Masa Lebih Masa Gantian

Bila Bayaran Boleh Dibayar Dalam Waktu Bekerja

Waktu Rehat Masa Kerja Jika tidak diganti

Selepas Waktu Bekerja

Hari Rehat

Hari Kelepasan Am

Buat sewenangwenangnya

Diarah atas sebab kecemasan

Kerja bersifat peribadi

Tugas rasmi Jabatan

Terima Bayaran Khas Lain

Corak Kerja Yang Layak Dibayar •

Semua jenis tugas tertakluk kepada syarat kerja seperti berikut:

Kerja kecemasan; Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan; Kerja yang melebihi bidang tugas biasa;dan Kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa terhad.

Jenis Kerja Bagi Lebih Masa • “Kerja Siang” bermakna kerja di antara jam 6 pagi hingga 10 malam. • “Kerja Malam” bermakna kerja di antara jam 10 malam hingga 6 pagi. (P.A. 12 BAB „G‟)

Kerja kecemasan • pulih perhubungan atau perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu, atau memelihara perhubungan atau perkhidmatan daripada terganggu atau terancam. • berakhir bila perhubungan atau perkhidmatan penting telah pulih, atau lepas daripada gangguan atau ancaman. (P.A. 12 BAB „G‟)

Kadar Bayaran Lebih Masa • Kadar sejam (RM) [Gaji Pokok x 12 x Kadar Gandaan] 2504

• Kadar gandaan Hari Bekerja Hari Rehat Hari Kelepasan Biasa Biasa Kerja Siang

1⅛ kali

Kerja Malam 1¼ kali (P.A. 13 Bab „G‟ & PP Bil. 2/1977)

1¼ kali 1½ kali

*1¾ kali *2 kali

Contoh • Jurusolek Gred B17, Gaji RM1290.81 (P1T10), memangku Gred B22 Gaji RM1733.93(P1T1). Kerja lebih masa sebanyak 8 jam bagi bulan Julai, jenis kerja siang selepas hari bekerja biasa. Kadar sejam (RM)= 1290.81 x 12 x 1⅛ 2504 = 6.959 Maka, jumlah bayaran (RM) = 6.959 x 8 = 55.672 = 55.67

Berkhidmat Di Luar Masa Biasa • kepentingan awam/perkhidmatan. • Seperti hadir ke pejabat lebih awal/ tinggal di pejabat lebih lewat/pada hari minggu/ Kelepasan Am. (P.A. 17 BAB „G‟)

Mula Dan Akhir Tugas • tempat bekerja jauh, pegawai mula dan tamat bekerja di tempat melapor diri. (P.A. 19 BAB „G‟)

Had Tuntutan • tidak lebih ⅓ daripada gaji sebulan. (PP Bil. 2/1977)

Terima Elaun Tanggungan Kerja • layak diberi dengan syarat ditolak 2 jam setiap hari. (PP Bil. 10/1997)

Anak Kurang Upaya • Dibenarkan guna waktu kerja mengikut kesesuaian bagi mengurus kebajikan dan keperluan anak kurang upaya dengan syarat masa-masa yang digunakan diganti semula.

Pelbagai • Peserta kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya serta perhimpunan/ perarakan anjuran Kerajaan tidak layak menerima bayaran lebih masa kecuali pegawai urusetia.

SEKIAN