SJK (C) PEI HWA JB BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 3

8. Apakah tujuan kursus ini diadakan? A. Mengisi masa lapang. B. Memberikan pengetahuan tentang Muzik. C. Memberikan pengetahuan tentang ilmu pertolon...

231 downloads 754 Views 947KB Size
SJK (C) PEI HWA JB BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 3 PENILAIAN 3 Nama :________________________ Kelas:3( )

Markah:_______% Tarikh:____/____/2013 T/tangan Ibu bapa:_____

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan 1 hingga 5 berdasarkan petikan tersebut. Rumah Anak yatim Ceria terletak di Sarawak. Rumah anak yatim itu dikendalikan oleh seorang usahawan yang bernama Encik Samshudin. Di rumah anak yatim itu terdapat 18 orang kanak-kanak anak yatim. Dua orang wanita Cina, seorang wanita Melayu dan seorang wanita India yang bekerja di situ untuk menjaga kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut berumur dari 5 tahun hingga 12 tahun. Kesemuanya masih bersekolah di sekolah rendah. Encik Samshudin seorang yang baik hati. Beliau sayang akan kanakkanak di situ. Rumah anak yatim itu juga mendapat bantuan daripada orang ramai. Kadang-kala ada persatuan sukarela yang datang melawat kanakkanak di situ. Pada musim perayaan, rumah anak yatim itu akan dikunjungi ramai budiman. 1. Di manakah Rumah Anak Yatim Ceria terletak? A. Sarawak

B. Johor

C. Melaka

2. Siapakah yang mengendalikan rumah anak yatim itu? A.Encik Samshudin

B. Kanak-kanak

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 1

C. Encik Ali

3. Berapa ramaikah kanak-kanak yang tinggal di rumah anak yatim itu ? A. 5 orang

B. 12 orang

C. 18 orang

4. Encik Samshudin seorang yang _______. A. baik hati

B. miskin

C. malas

5. Perkataan budiman dalam petikan bermaksud A. kedekut

B. murah hati

C. garang

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan 6 hingga 10 berdasarkan petikan ini. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) telah menganjurkan Kursus Rawatan Asas. Kursus tersebut diadakan di SJK (T) Jempol pada 18 Mei 2013 yang lalu. Tujuan

kursus

ini

diadakan

adalah

untuk

memberikan

pengetahuan tentang ilmu pertolongan cemas. Seramai 80 orang murid daripada 40 buah sekolah rendah telah menyertai kursus ini. Peserta menjalani latihan praktikal. Mereka memberikan bantuan awal seperti merawat mangsa yang mengalami pendarahan dan membalut kecederaan. Kursus ini dapat membantu murid-murid menolong mangsa sementara menunggu rawatan selanjutnya.

6. Di manakah kursus ini diadakan? A. SJK (T) Jempol

B. dewan

C. SK Suria

7. Bilakah kursus ini diadakan? A. 18 Mei 2013

B. 8 Jun 2013

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 2

C. 1 Mei 2013

8. Apakah tujuan kursus ini diadakan? A. Mengisi masa lapang. B. Memberikan pengetahuan tentang Muzik. C. Memberikan pengetahuan tentang ilmu pertolongan cemas. 9. Berapakah jumlah murid yang menyertai kursus ini? A. 80 orang

B. 40 orang

C. 8 orang

10.Peserta menjalani latihan praktikal bagi merawat mangsa yang_______. A. batuk B. keracunan makanan C. mengalami pendarahan dan membalut kecederaan.

Pilih Imbuhan yang betul bagi ayat di bawah.

Gambar soalan 11

11. Farhana ___________(siram) pokok bunga di halaman rumah. A. menyiram

B. penyiram

C. tersiram

Gambar soalan 12

12. Encik Bintung ______________(cat) pagar yang sudah pudar warnanya. A. pengecat

B. mengecat

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 3

C. bercat

Gambar soalan 13 13. Encik Kim dan keluarganya ____________ (lawat) ke Menara Kembar Petronas di Kuala Lumpur. A. dilawat

B. lawatan

C. melawat

Gambar soalan 14 14.Murid-murid __________(diri) tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. A. sendirian

B. berdiri

C. terdiri

15. Kim Ho mengangguk-angguk, tanda faham akan __________ (pesan) ibunya. A. pesanan

B. memesan

C. berpesan

16. Haikal sabar menunggu giliran untuk menerima _________(rawat) di hospital itu. A.rawatan

B. merawat

C. perawat

Pilih Kata Kerja Terbitan yang betul bagi ayat di bawah.

Gambar soalan 17 17. Ayah ___________ lubang dengan menggunakan cangkul. A. menggali

B. memasak

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 4

C. menonton

Gambar soalan 18

18. Lia suka ____________ gambar pemandangan pada waktu lapang. A. berlari

B. melukis

C. membaca

Gambar soalan 19

19.Haikal ___________ buku di bawah pokok. A. berjoging

B. menjerit

C. membaca

Gambar soalan 20

20.Kim Ho _____________ sampah ke dalam tong sampah. A. melompat

B. melambai

C. membuang

Gambar soalan 21

21.Adam dan kawan-kawannya __________ sambil berbual-bual. A. memasak

B. berenang

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 5

C. memandu

Gambar soalan 22 22. Puan Wong ____________ daun-daun kering di halaman rumah. A. menyiram

B. menyapu

C. berjoging

Bagi soalan di bawah, pilih jawapan yang menggunakan Kata Adjektif yang betul.

Gambar soalan 23

23.Bentuk jam dinding itu _____________. A. segi empat

B. bulat

C. kurus

Gambar soalan 24 24.Ai Ling sentiasa mengemas bilik tidurnya supaya _________ dan selesa. A. manis

B. kotor

C. bersih

Gambar soalan 25

25.Suara penyanyi lelaki itu sungguh lunak dan _____________. A.pahit

B. merdu

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 6

C. rajin

Gambar soalan 26

26.Buku cerita yang dibaca oleh Kalang itu sangat ____________. A.tebal

B. busuk

C. sedap

Gambar soalan 27

27.Bangunan perpustakaan itu sungguh ___________. A. sedap

B. tinggi

C. rajin

Gambar soalan 28 28.Bunga ros di dalam pasu itu berbau _________ dan segar. A. harum

B. tebal

C. rendah

Pilih Kata Ganda Penuh yang betul bagi ayat di bawah. Gambar soalan 29 29.______________ terbang pada waktu malam dan mengeluarkan cahaya. A. Ikan-ikan

B. Pokok-pokok

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 7

C. Kunang-kunang

Gambar soalan 30 30.Kanak-kanak bermain ____________ di padang dengan gembira. A. layang-layang

B. lalang-lalang

C. baju-baju

Gambar soalan 31

31.Kawan Ahmad bekerja sebagai penggembala _____________. A. burung-burung

B. biri-biri

C. bunga-bunga

Gambar soalan 32

32.Pesawah memasang ____________ di tengah sawah padi. A. orang-orang

B. belon-belon

C. buku-buku

Gambar soalan 33 33.____________ di dalam akuarium itu berwarna-warni. A. Kucing-kucing

B. Ayam-ayam

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 8

C. Ikan-ikan

Gambar soalan 34

34_____________ mestilah menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas. A. Ibu-ibu

B. Murid-murid

C. Burung-burung

Gambar soalan 35 35. Kita boleh meminjam ________________ di perpustakaan sekolah. A. baju-baju

B. kayu-kayu

C. buku-buku

Bagi soalan 36 hingga 40, pilih nama permainan yang betul berdasarkan gambar.

Gambar soalan 36

36.Nisya dan Tia bermain ____________ bersama-sama. A. congkak

B. tingting

C. wau bulan

Gambar soalan 37 37. Vinod dan Haikal bermain ____________ di belakang rumah. A. gasing

B. aci sorok

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 9

C.congkak

Gambar soalan 38 38. Vinod dan Kim Heng menyertai acara _________ di sekolah. A. bola sepak

B. lari ikat kaki

C. gasing

Gambar soalan 39 39. Siti bermain __________ di ruang tamu. A. aci sorok

B. batu seremban

C.congkak

Gambar soalan 40 40. Suresh suka bermain ____________ pada waktu lapang. A. gasing

B.tingting

Disediakan oleh : Rozilawana bt Ibrahim

______

Disemak oleh

______

: Caroline Siu

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 10

C. layang-layang