TEKS UCAPAN HARI RAYA OLEH YBHG. DATO’ SRI ZOAL AZHA BIN

teks ucapan hari raya oleh ybhg. dato’ sri zoal azha bin yusof ketua setiausaha sumber asli dan alam sekitar pada 23 julai 2014 bismillahirrahmanirahi...

46 downloads 398 Views 67KB Size
TEKS UCAPAN HARI RAYA OLEH YBHG. DATO’ SRI ZOAL AZHA BIN YUSOF KETUA SETIAUSAHA SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR PADA 23 JULAI 2014

Bismillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Salam Ramadan, Salam 1 NRE dan Salam NRE BeST kepada semua warga NRE dan Jabatan-jabatan

di

bawah

NRE.

Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga yang beragama Islam dan kita juga bakal mengakhiri hari-hari terakhir Ramadhan dengan datangnya

bulan

Syawal

iaitu

bulan

kemenangan

untuk

kita.

Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia di mana kita diwajibkan berpuasa dan mengamalkan amalan-amalan baik yang dituntut oleh agama Islam. Saya percaya tuan-tuan dan puan-puan telah dan sedang melaksanakan amalan-amalan baik tersebut kerana dengannya kita dapat meningkatkan jati diri kita terutamanya dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai penjawat awam

yang

berintegriti

tinggi.

Saya juga berdoa dan mengharapkan agar semua warga Kementerian dan Jabatan serta Agensi di bawah NRE dapat bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh dalam menjayakan misi dan wawasan Kementerian ini. Ini bersesuaian dengan agenda Transformasi yang sedang dibawa oleh Kerajaan di dalam perkhidmatan awam iaitu di antaranya memecahkan tradisi silo, saling bekerjasama dan saling melengkapi serta meningkatkan kepelbagaian kompetensi. Kompetensi seseorang penjawat awam tidak hanya diukur melalui kebolehan mengurus tetapi juga melalui keperibadian yang luhur, jujur dan amanah. Ini boleh dicapai sekiranya semua penjawat awam boleh mengenepikan sikap mementingkan diri sendiri dan dapat

menzahirkan

sifat

tawadduk

iaitu

merendah

diri

dan

tidak

sombong.

YBhg.

Dato'-Dato',

Tuan-Tuan,

dan

Puan-Puan

Sekalian,

Tidak berapa hari lagi kita akan bercuti panjang dengan meninggalkan pejabat bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing. Keseimbangan antara tugas dan kehidupan berkeluarga adalah sangat penting seperti mana yang ingin diseru melalui Agenda NRE Work Life Balance. Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan YBhg. Dato'-Dato', Tuan-Tuan dan Puan-Puan, sebelum meninggalkan pejabat untuk bercuti, pastikan segala tugas-tugas yang memerlukan tindakan segera dapat disiapkan terlebih dahulu. Ini bagi memastikan kerja-kerja tersebut tidak tertangguh yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri apabila kembali bertugas. Kepada YBhg. Dato'-Dato', Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang akan balik berhari raya di kampung dengan menggunakan kenderaan sendiri, pastikan kenderaan berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Pandulah dengan cermat dan berhati-hati di samping mengamalkan sikap bertimbang rasa semasa memandu. Jangan memandu dalam keadaan mengantuk dan jagalah keselamatan diri dan keluarga. Saya mendoakan semoga YBhg. Dato'-Dato', TuanTuan dan Puan-Puan selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat sejahtera di samping dapat menemui ibu bapa dan ahli keluarga yang tercinta. Saya mendoakan YBhg. Dato'-Dato', Tuan-Tuan dan Puan-Puan akan pulang ke kampung halaman dan kembali semula

dengan

selamat.

Selain itu juga, sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini di sepanjang ketiadaan YBhg. Dato'-Dato', Tuan-Tuan dan Puan-Puan di rumah, perlu dipastikan rumah dan tempat kediaman dikunci dengan rapi dan mematikan semua suis agar ianya selamat untuk ditinggalkan. Sila hubungi Balai Polis berhampiran tempat kediaman masing-masing untuk memaklumkan bahawa YBhg. Dato'-Dato', Tuan-Tuan dan Puan-Puan akan

meninggalkan

rumah

pada

tempoh

yang

agak

panjang.

Sebelum kita meninggalkan pejabat, saya berharap agar semua warga NRE mengambil sikap bertanggungjawab ke atas bangunan dan aset di bawah seliaan masing-masing. Contohnya dengan mematikan semua suis seperti lampu, komputer, mesin pencetak dan sebagainya. Manakala dokumen penting dan terperingkat hendaklah dipastikan diletakkan di tempat yang selamat

dan

2

dikunci.

YBhg.

Dato'-Dato',

Tuan-Tuan

dan

Puan-Puan

Sekalian,

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada seluruh warga NRE yang selama ini menjadi tulang belakang dan aspirasi saya dalam menjalankan tanggungjawab menerajui Kementerian ini. Untuk itu, izinkan saya untuk menyampaikan beberapa rangkap pantun:"Ramadan Bakal Beransur Pergi, Syawal Menjelma Di Aidilfitri, Seikhlas Hati Menyusun Jari, Memohon Maaf Kekhilafan Diri." "Aidilfitri Hari Kemaafan, Memupuk Perpaduan Sesama Ehsan, Mengikat Tali Keakrapan."

Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, isteri anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Selamat Hari Raya

Aidilfitri,

Maaf

Zahir

dan

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3

Batin.