UCAPAN MAJLIS PERASMIAN TAMU BESAR SEMPENA PELANCARAN

kekayaan kepelbagaian kebudayaan etnik yang terdapat di negeri Sabah dan ... ekonomi dan perpaduan. ... Ini juga menunjukkan peranan kerajaan sebagai ...

1 downloads 206 Views 57KB Size
UCAPAN MAJLIS PERASMIAN TAMU BESAR SEMPENA PELANCARAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI DI DAERAH TUARAN OLEH YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN PADA 30/4/2011 BERTEMPAT DI DEWAN TUN HAMDAN TAMPARULI Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. YB Datuk Jahid Jahim Pembantu Menteri Belia dan Sukan Merangkap ADUN N9 Tamparuli dan Datin Maliana Ugau; YB Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing Ahli Parlimen P170 Tuaran Merangkap Pengerusi Sabah Softwood Sdn. Bhd. Dan Datin Seri Panglima Rubinah YB Datuk Louis Rampas ADUN N11 Kiulu Merangkap Pengerusi Lembaga Sukan Sabah dan Datin Y.Bhg Encik Madiyem Layapan Pegawai Daerah Tuaran Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2011 Yang Berusaha Encik Mohd. Jasli Bin Hj. Dingol Pegawai Pertanian Daerah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tamu Besar Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2011 Ketua-Ketua jabatan Negeri dan Persekutuan: Pemimpin-Pemimpin Masyarakat: Ketua-Ketua Kampung; Hadirin-Hadirat yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil Tamu Besar Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2011 di atas usaha sehingga berjaya mengadakan Tamu Besar ini dengan jayanya. Juga kepada Pengerusi Penganjur Encik Madiyem Layapan yang bersungguh-sungguh memeriahkan Pesta Kaamatan pada kali ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pesta Kaamatan adalah satu acara tahunan yang diadakan di daerah ini. Ianya melambangkan kekayaan kepelbagaian kebudayaan etnik yang terdapat di negeri Sabah dan biasanya diraikan bersama oleh semua kaum.

Dan pada tahun ini, kita bertuah kerana dipilih sebagai Daerah

Penganjur Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.

Peluang seperti ini perlu

dimanfaatkan sepenuhnya supaya memberi impak yang positif khususnya dalam peningkatan ekonomi dan perpaduan. Antara lain, objektif Tamu Besar ini diadakan adalah: 1.

Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk meningkatkan pendapatan melalui

jualan kepada pengunjung-pengunjung Pesta Kaamatan;

2. Memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk tempatan seperti makanan, kraftangan, kebudayaan dan adat resam yang unik yang terdapat di daerah ini sebagai satu produk pelancongan; 3.

Sebagai wadah perpaduan kepada penduduk di daerah ini yang terdiri daripada pelbagai

etnik dan kaum; 4.

Mempamerkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jabatan dan agensi kerajaan melalui

penyertaan peserta bimbingan masing-masing; Melalui objektif yang dinyatakan tadi, saya yakin aktiviti Tamu Besar sempena Pesta Kaamatan lebih signifikan dan terarah. Dan seharusnya semua yang terlibat menghayatinya agar penganjuran Pesta Kaamatan di sini menjadi ikutan daerah-daerah yang lain. Dengan itu, barulah kita dapat menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah. Selain itu, langkah untuk menganjurkan Tamu Besar dalam Pesta Kaamatan selama 3 hari berturutturut bermula dari 29hb April 2011 hingga 1hb Mei 2011 adalah sangat dialu-alukan. Ini secara tidak langsung dapat memeriahkan daerah Tuaran khususnya Pekan Tamparuli selain membuka peluang untuk melayani pengunjung-pengunjung yang datang dari luar daerah dengan mempersembahkan keunikan budaya yang ada di daerah ini. Sesuai dengan tema tahun ini iaitu “Fahaman terhadap kebudayaan, langkah bijak ke hadapan” dapat kita gambarkan melalui penyertaan gerai pameran dan jualan oleh Jabatan dan agensi

kerajaan, Persatuan-Persatuan kebudayaan serta penjaja-penjaja makanan. Ini memberi peluang untuk kita mengenalpasti produk-produk tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan sekaligus menyediakan peluang peningkatan ekonomi. Saya percaya keaslian dan kepelbagaian produk dalam tamu besar ini akan menarik pengunjung untuk datang semula ke daerah ini. Datuk-Datuk, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sepertimana yang kita sedia maklum, kebanyakan penduduk di sini berlatarbelakang golongan petani dan nelayan. Konsep tamu besar seperti ini, dapat memberi peluang kepada golongan ini mempamer dan menjual produk melalui bimbingan jabatan dan agensi kerajaan adalah sangat baik. Secara tidak langsung ianya satu gambaran bahawa program dan usaha kerajaan telah memberi manfaat kepada rakyat.

Ini juga menunjukkan peranan kerajaan sebagai pemangkin kepada

peningkatan pendapatan dari pelbagai peringkat golongan petani. Dan yang paling penting ialah generasi muda secara tidak langsung mendapat pendedahan tentang khazanah budaya yang dimiliki. Dan ini diperolehi melalui pemerhatian dan penyertaan dalam Program Tamu Besar. Kita sangat berharap tradisi yang baik dapat dipertahan dan diteruskan oleh generasi pelapis ini. Oleh itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam usaha menjayakan tamu besar pada kali ini dan semoga objektif penganjuran tamu besar ini akan dicapai dengan jayanya. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua hadirin dan dengan besar hati saya Merasmikan Tamu Besar Sempena Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2011.