Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, ... (1883) dalam makalah beliau ya...

4 downloads 505 Views 625KB Size
BBM 3212 Semantik dan Pragmatik

Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik dan Pragmatik Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pengenalan Semantik Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna.

Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda" (sign) . ‘sema’ juga bermaksud ‘isyarat’. Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud ‘bererti’. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna. Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “ as the study of meaning in natural language”.

• Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis,

bernama Michel Breal pada tahun (1883) dalam makalah beliau yang bertajuk, “Les Lois Intellectuelles du Langage”.

• Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa semantik

mempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan hubungan makna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16).

• Semantik : teori makna atau teori erti (Verhaar, 1983)

 Manakala SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satu

kajian makna yang berdasarkan ekspresi linguistik. (Semantics is, generally defined, the study of meaning of linguistic expressions.)

 Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja mengkaji makna

sesuatu perkataan, frasa, ayat tetapi turut mencari bagaimana untuk menerangkan makna sesuatu perkataan, frasa, ayat .

 Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji

hubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, homonim dan hiponim.

 Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan

rujukan, syarat benar dan analisis wacana. Ilmu semantik mempunyai beberapa tahap perkembangan. Tahap permulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik linguistik.

 Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagai bidang yang paling

sukar untuk diterokai. Ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada "peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya.

 Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh yang demikian,

untuk memberikan makna yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah diambil perhatian.

Perkembangan Bidang Semantik  Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 misalnya berminat sekali dalam

mengkaji makna, khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa oleh ahli linguistik tradisional.  Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula, bidang ini semakin mendapat

perhatian, khususnya apabila munculnya golongan linguistik transformasi. Golongan ini beranggapan bahawa makna adalah satu aspek yang penting dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa

Peringkat Pertama  Plato (429 – 347 SM)  Bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandung makna tertentu. Dalam

bukunya yang bertajuk Crafylus, Plato telah menggunakan perkataan 'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasa secara tersirat, mengandungi makna" (Aminuddin 1985:15).  Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud 'isyarat' atau 'tanda' dan 'semainein' sebagai kata terbitan bermakna 'memperlihatkan' atau 'menyatakan'.

Plato

 Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah Aristotle (384-322 S.M.)

(Harimurti Kridalaksana 1982:14). Aristotle menghalusi falsafah metafizik dalam karangannya Filsafat Pertama.

 Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil yang mengandung makna. iatu (1)

makna yang hadir dari kata itu sendiri secara otonom (makna leksikal), dan (2) makna yang hadir akibat proses gramatika (makna gramatikal). (Ullman 1977:3)  Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman 'logika'. Logika atau lojik akal

menurut beliau merupakan pewujudan daripada lambang yang telah ditakrifkan maknanya. Dengan fahaman logika, perkataan yang samar-samar atau tidak pasti maknanya dan perkataan yang tidak terbatas maksudnya, dihindari.

Aristotle

 Memang ada perbezaan pendapat antara Plato dan Aristotle Plato

mempercayai tentang adanya hubungan bererti antara kata (bunyi-bunyi bahasa) dengan rujukannya. Sedangkan Aristotle, berpendapat bahawa hubungan antara bentuk dan erti kata adalah soal perjanjian antara pemakainya (Moulton 1976 : 3).

 Namun kajian terhadap bahasa tidaklah terhenti selepas Aristotle (yang

mengutamakan makna), sebaliknya kebanyakan kajian yang kemudiannya lebih tertumpu pada fonetik/fonologi, morfologi dan sintaksis yang tidak mengutamakan makna.

 Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr. Reisig (1820-1925)

(ahli bahasa Jerman) tentang nahu bahasanya telah menimbulkan semula peranan makna.

C. Chr. Reisig (1825)

Konsep baru mengenai gramatika : Gramatika terdiri dari tiga unsur utama, iaitu : a) Semasiologi – kajian tentang tanda b) Sintaksis – kajian tentang susunan kalimat/ayat c) Etimologi – kajian tentang asal usul kata, perubahan bentuk kata, dan perubahan makna

Peringkat Kedua  Michel Breal – kajian semantik dikaitkan dengan unsur di luar bahasa itu

sendiri.  Misalnya:  Perubahan makna  Makna yang berhubungan dengan logika  Makna yang berhubungan dengan psikologi

Peringkat Ketiga  Perbincangan semantik menjadi rancak semula. Ramai ahli bahasa

menekuni bidang ini sama ada kerana keperluan linguistik itu sendiri atau ilmu lain yang memerlukan semantik.

 Salah seorang daripada mereka ialah Ferdinand de Saussure (bangsa Swiss)

yang berpendapat bahawa bahasa merupakan satu kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian yang berhubung kait antara satu dengan yang lain. Beliau juga berpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah satu cabang semasiologi. (Abu Bakar Hamid 1978:152).

Ferdinand de Saussure

 Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat de Saussure dengan

mengambil kira pandangan budayawan Jerman, iaitu J.G. von, Herder (1772) dan sarjana bahasa dan ahli falsafah Jerman W. von Humboldt (1836) berkenaan dengan makna, sehingga lahirlah gagasan Medan Makna.

 Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier di sini ialah perkataan yang pada

mulanya mempunyai makna yang bertumpang-tindih akhirnya memiliki makna masing-masing secara khusus.

Jost Trier

 Untuk gagasan ini beliau mengambil contoh bahasa Jerman pada tahun 1200,

iaitu perkataan kunst dan list. Kedua-dua perkataan ini maknanya tercakup dalam perkataan wisheit yang mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'.

 Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300 didapati ketiga-tiga perkataan

tersebut telah memiliki maknanya sendiri. Perkataan kunst mengandungi makna 'pengetahuan', perkataan list yang berubah menjadi wizzen mengandungi makna 'seni' dan perkataan wisheit mengandungi makna 'pengalaman keagamaan' (Aminuddin 1985:108).

Bronislaw Malinowski

 Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi telah membuat kajian terhadap

sekelompok masyarakat yang hidup di Pulau Coral (di Lautan Pasifik).

 Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di pulau tersebut mempunyai

hubungan dengan keadaan pekerjaan mereka. Masyarakat petani misalnya mempunyai pertuturan yang agak berbeza daripada pertuturan masyarakat nelayan.

 Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan satu gagasan yang

kemudiannya dikenali sebagai context of situation (keperihalan keadaan) (M. Yunus Maris 1978:65-166).

 Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika) berpendapat bahawa dalam

kajian semantik, yang utama ialah behavior (kebiasaan berbahasa). Kebiasaan berbahasa ini menurut beliau erat hubungannya dengan perlakuan manusia yang tertakluk pada stimulus (rangsangan) dan response (tindak balas). Dengan demikian, bahasa ialah data yang didengar. Data yang diperoleh ini kemudian disusun dan diklasifikasikan. Hasil cerakinan inilah yang kemudian disebut nahu.

Leonard Bloomfield

John Rupert Firth

 John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris) seorang sarjana linguistik telah

tertarik dengan dapatan Malinowski. Jika Malinowski memandang bahasa dari sudut antropologi, Firth pula memandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itu sendiri. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatu masyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaan dan diterima oleh masyarakat tersebut.

 Gagasan ini kemudian dikenali sebagai Teori Semantik Kontekstual. Teori ini

sangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa yang terdapat dalam sesuatu masyarakat kerana setiap pentafsir makna akan dikaitkan dengan budaya masyarakat pengguna bahasa itu sendiri. Dari sinilah juga timbulnya istilah 'kata pusat' dan 'ungkapan pusat'. Antara buku Firth yang terkenal ialah The Tongue of Man and Speech (1984) dan Paper in Linguistics (1974).

 Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau lebih dikenali sebagai

Ogden & Richards berpendapat bahawa berlaku hubungan timbal balik antara gagasan dengan rujukan serta gagasan dengan lambang bahasa (lisan/bertulis) manakala lambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidak langsung (Mansoer Pateda 1989:36). Perhatikan rajah yang berikut ini: G

LB

Petunjuk: G = gagasan LB = lambang bahasa R = rujukan

R

 Pendapat Ogden & Richards telah dikritik oleh Stephen Ullmann (1972)

dengan hujah bahawa 'rujukan' sebenarnya di luar bidang bahasa. Hujah berikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan 'lambang bahasa-gagasanrujukan' sangat sukar untuk dijelaskan dan difahami. Oleh yang demikian, Ullmann memberikan beberapa kemungkinan hubungan 'maksud' dengan 'perkataan'.

 Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud (M), ia dapat digambarkan

seperti rajah yang berikut:

Nama

Makna

cantik

M1

segak

M2

ayu

M3

jelita

Hashim Hj. Musa

 Mengikut Hashim Hj. Musa, (1994:44), bunyi ucapan dan coretan tulisan yang

merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign. Tanda atau sign ialah sesuatu yang mewakili atau melambangkan sesuatu yang lain.

 Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagi kepada tiga

bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda, sintaktik – tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatik- tentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).

 Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) – pengkajian makna pada peringkat

semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur.  Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu

penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan linguistik ini dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.

Nor Hashimah Jalaluddin

Makna Referensial dan Non-referensial  Sebuah kata bermakna referensial kalau ada referensnya, atau acuannya dalam

dunia nyata. Misalnya kata kuda, merah, dan gambar. Sebaliknya kata-kata seperti dan, kerana tidak mempunyai referens.  Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu maujud, melainkan dapat

berpindah dari maujud satu ke maujud lain disebut kata-kata deiktik.  Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata ganti nama (dia, saya, kamu),

kata-kata yang menyatakan ruang, misalnya di sini, di sana; kata-kata yang menyatakan waktu, seperti sekarang, besok; kata-kata yang disebut kata penunjuk, seperti ini dan itu

Makna dan Jenisnya Geoffrey Leech (1974)  Geoffrey Leech (1974:26) menggolongkan makna kepada tujuh jenis: 1

Makna konsepsi

: makna kognitif.

2

Makna konotatif

makna asal: : makna kata yang berlainan daripada makna tersirat atau makna tambahan: makna emotif atau makna evaluatif.

3

Makna Stilistik

: makna berdasarkan situasi pengucapan.

4

Makna Afektif

: makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan pendengar.

5

Makna Refleksi

: makna yang pelbagai untuk sesuatu kata.

6

Makna Kolokasi

: makna berdasarkan hubungannya dengan kata lain.

7

Makna Tematik

: makna yang ditekankan dalam ayat.

 Terdapat juga makna lain seperti :

1. Makna denotasi. 2. Makna konteks.

Pengenalan Pragmatik  pragmatik diperkenalkan oleh seorang filosofi yang bernama

Charless Morris tahun 1938.  Morris ketika membicarakan bentuk umum ilmu tanda (semiotic) telah menjelaskan dalam (Levinson, 1983:1) bahawa semiotik memiliki tiga bidang kajian, iaitu sintaksis (syintax), semantik (semantics), dan pragmatik (pragmatics).  Sintaksis merupakan kajian lingustik yang mengkaji hubungan formal antara tanda. Semantik ialah kajian linguistik tentang hubungan tanda dengan penutur yang menginterpretasikan tanda tersebut. Pragmatik adalah subbidang linguistik yang mengkaji cara konteks menyumbang kepada makna.

Pengertian Pragmatik  Para pakar pragmatik mendefinisikan istilah ini secara berbeza-

 





beza.Yule (1996: 3), misalnya, menyebutkan empat definisi pragmatik, iaitu (1) bidang yang mengkaji makna pembicara/penutur; (2) bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya; (3) bidang yang, melebihi kajian tentang makna yang diujarkan, mengkaji makna yang dikomunikasikan atau terkomunikasikan oleh pembicara/penutur; dan (4) bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial yang membatasi partisipan yang terlibat dalam percakapan tertentu.

 Levinson (1983)- pragmatik - kajian bahasa yang bereferensi

atau berhubungan dengan faktor dan aspek-aspek kontekstual.  Levinson (1983:21-24) menjelaskan dua pengertian pragmatik.  Pertama, “Pragmatics is the study of the relation between language and context that are basic to an account of language understanding”. Pengertian ini menunjukkan bahawa untuk memahami makna bahasa seorang penutur, pendengar perlu mengetahui makna kata dan hubungan gramatikal antara kata tersebut juga menghubungkan apa yang dikatakan dengan apa yang diandaikan atau apa-apa yang telah dikatakan sebelumnya.

 Kedua,“Pragmatics is the study of the ability of language users to

pair sentences with the contexts in which they would be appropriate”. Pengertian kedua ini lebih menekankan pada pentingnya kesesuaian antara kalimat-kalimat yang diujarkan oleh pengguna bahasa dengan konteks tuturannya.

 Thomas (1995: 22) mendefinisikan pragmatik sebagai bidang

yang mengkaji makna dalam interaksi (meaning in interaction).  Thomas (1995: 2) menyebut dua kecenderungan dalam pragmatik, iaitu  pertama, dengan menggunakan sudut pandang sosial, menghubungkan pragmatik dengan makna pembicara (speaker meaning); dan  kedua, dengan menggunakan sudut pandang kognitif, menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran (utterance interpretation).

 Leech (1983: 6 ) - pragmatik sebagai bidang kajian dalam

linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik. Keterkaitan ini disebut semantisisme, iaitu melihat pragmatik sebagai bahagian dari semantik; manakala pragmatisisme, iaitu melihat semantik sebagai bahagian dari pragmatik; dan komplementarisme, atau melihat semantik dan pragmatik sebagai dua bidang yang saling melengkapi.

Rumusan  Semantik dan pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu yang

 

  

dipelajari dalam kajian linguistik. Dalam semantik kita mengklasifikasi makna, hubungan makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Dalam pragmatik kita mengkaji interaksi dan sopan santun, implikatur percakapan, pertuturan, referensi dan inferensi serta deiksis. Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa semantik adalah subdisiplin linguistik yang membicarakan makna , iaitu makna kata dan makna kalimat. Pragmatik pula berhubungan dengan pemahaman kita terhadap hal-hal di luar bahasa. Akan tetapi, hal-hal yang dibicarakan di dalam pragmatik sangat erat kaitannya dengan hal-hal di dalam bahasa.

 Pragmatik adalah kajian yang menelaah makna ujaran

dalam situasi/konteks sosial. Semantik adalah kajian yang menelaah makna kata  Perbezaan pragmatik dan semantik: - Pragmatik menelaah kata secara eksternal, sedangkan semantik menelaah makna kata secara internal.  Pragmatik terikat dengan konteks, sedangkan semantik bebas konteks.  Pragmatik menelaah makna yang dimaksudkan penutur, sedangkan semantik menelaah makna sesuai dengan ilmu linguistik

Kesimpulan  Semantik ialah kajian tentang lambang atau tanda yang menyatakan makna,

hubungan antara satu makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.  Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masih dibayangi terus

oleh falsafah. Daripada perkembangan semantik yang telah diperlihatkan jelas bahawa antara falsafah dengan bahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak dapat dipisahkan.  Pragmatik adalah kajian tentang penggunaan bahasa sesungguhnya.

Pragmatik mencakup bahasan tentang deiksis, praanggapan, tindak tutur, dan implikatur percakapan. Deiksis adalah kata yang tidak memiliki referen yang tetap tetapi berubah-ubah seperti kata saya, sini, sekarang.

 Latihan.

 1. Berikan 3 definisi semantik dan 3 definisi pragmatik.  2. Terangkan secara ringkas kemunculan istilah semantik

dalam ilmu linguistik.

Sekian, terima kasih.