Rahsia Jerawat Terbongkar - drhasseenah.com

Terdapat ramai pesakit yang mengalami masalah jerawat mencari cara rawatan yang paling cepat, mudah dan murah untuk merawat jerawat...

38 downloads 354 Views 2MB Size
Rahsia Jerawat Terbongkar Bagaimana Mengawal Jerawat Dalam Masa 60 Hari

Dr Hasseenah Hassan www.DrHasseenah.com

© Copyright Protected

Isi Kandungan

________________________________________________________________________

Pendahuluan

1

Apakah Jerawat Sebenarnya?

4

Faktor-Faktor Punca Terjadinya Jerawat

7

Tahap-Tahap Jerawat

11

Statistik Jerawat Di Negara Lain

13

Cara-Cara Alternatif Dilakukan Untuk Merawat Jerawat

15

Kesan-Kesan Buruk Dari Jerawat Yang Tidak Dirawat

19

Penemuan Baru Dalam Rawatan Jerawat

23

Bagaimana Saya Mencapai Cara Ini Dan Kenapa Ianya Yang Terbaik

25

Rawatan Jerawat

27

Bahagian 1: Rawatan Luaran

28

Bahagian 2: Rawatan Dalaman

35

Bahagian 3: Langkah-Langkah Mengawal Jerawat Dalam Masa 60 Hari

38

Produk Rawatan Jerawat Keluaran Dr Hasseenah

45

Untuk Rawatan Jerawat Yang Lebih Serius

48

Mengenali Dan Mengelakkan Terlebih Rawatan (Over Treatment)

51

Tips Menambah Power Pada Rawatan

55

Saya Sudah Melakukan Seperti Yang Diterangkan Tetapi Mengapa Jerawat Masih Juga Keluar?

61

Rawatan Parut Jerawat

66

10 Kesilapan Biasa Pesakit Jerawat

70

Penutup

73

Koleksi Gambar Pelanggan Yang Telah Saya Rawat

74

Pendahuluan

_______________________________________________________________________________________

E-buku Rahsia Jerawat Terbongkar: Bagaimana Mengawal Jerawat Dalam Masa 60 Hari ini ditulis bertujuan untuk: 

Merungkai kebenaran dan kepelbagaian anggapan yang salah mengenai jerawat. Daripada pengalaman saya bertemu dan merawat pesakit jerawat, saya dapati di terdapat pelbagai anggapan yang salah mengenai jerawat dan ini adalah usaha saya untuk membetulkan tanggapan pesakit mengenai masalah jerawat. Contohnya:

Anggapan

Sesiapa masalah

sahaja

Kebenaran

yang

jerawat

juga

mengalami dikaitkan

Resdung

dan

jerawat

adalah

dua

penyakit yang berbeza.

dengan menghidapi ‘resdung’. Jerawat adalah perkara biasa yang

Tidak semua remaja akan menghadapi-

mana setiap remaja akan menghadapi-

nya dan ianya bukan perkara biasa.

nya dan akan hilang dengan sendiri

Jerawat boleh dikawal dan dirawat. Jika

bila tiba waktu.

tidak dirawat sewaktu remaja, ianya akan membawa kesan kepada fizikal dan mental pesakit.



Supaya

mereka

yang

mengalami

masalah

jerawat

faham

mengenai

proses

kejadian merawat sejak dari awal ia terjadi sehingga cara untuk mengawalnya dan bagaimana untuk mengurangkan parut yang telah pun terjadi. 

Agar anda menjumpai cara yang paling sesuai untuk mengawal jerawat anda secara individu. Apa yang baik untuk rakan anda tidak semestinya memberikan hasil yang sama bagi anda.



Agar anda tahu bagaimana untuk melakukan pengawalan jerawat langkah demi langkah dengan sistematik.

1



Agar anda tahu adakah anda melakukan rawatan dengan cara yang betul dan tidak terlalu agresif hingga merosakkan kulit anda.

Jangan terlalu agresif ketika mencuci muka kerana ia akan menyebabkan kerosakan kulit anda.



Saya dapati ramai individu, terutama remaja khususnya, yang mengalami masalah jerawat tetapi mereka tidak tahu kepada siapa untuk dirujuk. Mungkin juga mereka segan dan malu untuk bertanya kerana risau dipersendakan orang lain yang bebas masalah jerawat.



Setakat yang saya tahu, masih belum ada seorang doktor yang menulis e-buku untuk menceritakan masalah jerawat secara khusus. Saya juga telah membeli dan mengkaji laman-laman web dan buku-buku mengenai jerawat yang telah sedia ada di pasaran, namun saya dapati terdapat banyak anggapan yang salah yang digunakan dan ada juga untuk menakutkan pengguna. Terdapat cara yang kurang sesuai untuk merawat jerawat dan janji-janji yang mengatakan jerawat boleh hilang dalam masa tiga hari, seminggu dan sebagainya yang pada saya adalah kurang tepat.

Faedah yang anda akan perolehi dengan membaca e-buku ini: 

Tahu apakah sebenarnya bahan-bahan yang digunakan untuk merawat jerawat dan tindakan bahan tersebut terhadap kulit anda.



Tahu kenapa anda perlu menggunakan bahan-bahan tersebut.



Menjalani rawatan dengan sistematik dan tiada lagi shooting in the dark.

2

Akhir sekali harapan saya agar e-buku Rahsia Jerawat Terbongkar: Bagaimana Mengawal Jerawat Dalam Masa 60 Hari ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca sama ada yang mengalami masalah jerawat ataupun tidak.

SELAMAT MEMBACA. Dr Hasseenah

3

Apakah Jerawat Sebenarnya?

_______________________________________________________________________________________

Kita

pernah

mengalaminya dan kita melihat orang di sekeliling kita

mengalaminya. Jerawat adalah penyakit kulit yang paling biasa di dunia. Di Amerika Utara sahaja, 17 juta individu dilaporkan mengalami masalah jerawat dan jumlah itu hampir ¾ dari jumlah penduduk Malaysia! Tekanan perasaan, kecewa, sedih, murung, rasa rendah diri, rasa seperti sentiasa diperhatikan dan pelbagai lagi perasaan yang bermain dalam fikiran kita disebabkan oleh jerawat. Walaupun hanya sebiji, ia boleh menyebabkan havoc, apatah lagi kalau penuh di muka. Lebih teruk lagi jika ianya muncul juga di bahagian belakang badan dan di bahagian dada. Tetapi, adakah kita tahu apa jerawat sebenarnya?

Bagaimanakah jerawat terjadi? Dalam proses tumbesaran badan seseorang manusia, akan terjadi beberapa perubahan yang tidak dapat dielakkan. Setiap daripada kita akan melalui dan mengalaminya. 1. Sewaktu akil baligh, badan kita akan mula menghasilkan hormon Testosterone – Inilah yang membezakan perbezaan antara jantina lelaki dan perempuan.

2. Terdapat

sejenis

enzim

yang

akan

menukarkan

Testoterone

kepada

Dihydrotestosterone. 3. Dihydrotestosterone akan mengaktifkan kelenjar minyak untuk menghasilkan minyak atau sebum.

4

Oil gland (sebaceous gland).

4. Dalam kelenjar yang cenderung untuk terjadinya jerawat, akan tercetus Retention Hyperkeratosis yang menyebabkan jerawat.

Retention Hyperkeratosis adalah satu keadaan di mana sel-sel dihasilkan dengan kadar yang luar biasa cepat hingga menyebabkan liang tersumbat.

Ilustrasi kulit yang sihat dan kulit berjerawat.

Proses (1), (2) dan (3) akan berlaku pada setiap manusia secara amnya. Setiap manusia yang sampai masa akil baligh akan menghasilkan hormon-hormon tertentu di dalam badannya. Setiap remaja akan menghasilkan lebihan sebum dalam kelenjar di waktu remaja tetapi hanya individu yang mempunyai kecenderungan sahaja yang akan melalui proses (4) dan mengalami masalah jerawat. Penentunya adalah pada kecenderungan genetik (keturunan).

5

DNA yang menentukan genetik.

Dalam pada itu, di permukaan kulit terdapat sejenis kuman iaitu P. Acnes yang merupakan kuman pada kulit yang dalam keadaan biasa tidak menyebabkan apa-apa jangkitan. Tetapi, pada individu yang cenderung pada jerawat, P. Acnes akan membina koloni-koloni di dalam kelenjar minyak yang telah pun tersumbat dan menyebabkan jerawat yang bernanah.

6

Faktor-Faktor Punca Terjadinya Jerawat

_______________________________________________________________________________________

1. Stress – Badan kita akan mengambil masa dari 14 hari ke 1 bulan untuk menunjukkan kesan stress pada kulit. Takrifan stress pada badan adalah apa saja kelainan dalam aktiviti harian anda. Samada ianya Stress

Positive –

seperti gembira menanti hari untuk melangsungkan perkahwinan atau Stress Negative – tekanan menanti hari untuk mengambil peperiksaan. Kajian menunjukkan stress merupakan penyumbang sebanyak 70 peratus daripada sebab-sebab terjadinya flare up jerawat.

Stress Negative boleh menyebabkan jerawat mula tumbuh.

2. Matahari – Cahaya ultraviolet daripada matahari boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat lebih banyak pada setengah individu.

Terlalu banyak pendedahan cahaya ultraviolet juga boleh menyebabkan jerawat mula tumbuh.

7

3. Iklim – Iklim juga memainkan peranan. Iklim khatulistiwa seperti yang kita alami akan menyebabkan kita berpeluh sentiasa dan ini akan menyebabkan liang/kelenjar lebih senang tersumbat.

Jerawat juga boleh tumbuh dengan peranan iklim.

4. Tekanan dan geseran – tanpa kita sedari, bahagian kulit muka yang mengalami tekanan dan geseran juga akan lebih mudah terkena jerawat. Contohnya apabila kita pakai topi keledar atau head band semasa bersukan, bahagian dahi akan sentiasa ditumbuhi jerawat. Bila kita sedang leka buat sesuatu, belajar atau menonton televisyen misalnya, kita mungkin suka menggosok mana-mana bahagian pada muka kita. Dagu ke.. dahi ke..dan kita hairan, kenapalah jerawat selalu tumbuh di dagu.

Aktiviti lasak dan tekanan ke atas kulit juga boleh menyebabkan jerawat.

5. Picking – Picking ni maksudnya bila tangan kita tu suka pegang, garu dan kopek jerawat. Ini juga adalah satu sebab utama jerawat susah sembuh dan senang berparut.

8

Picking juga boleh menyebabkan jerawat dan bekas parut.

6. Bahan-bahan Kimia – Ini tergolong dalam bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang industri seperti kilang tayar, kilang buat racun serangga, bengkel membaiki kereta (banyak kena grease) dan apa-apa sahaja bahan kimia yang terdedah kepada anda. 7. Diet – Pemakanan memainkan peranan penting dalam flare up jerawat. Setengah individu alah pada Iodine. Saya selalu mendengar keluhan pesakit, “Bila saya makan udang atau apaapa makanan laut, mesti jerawat saya akan naik dengan banyak.” Sebenarnya, bukanlah disebabkan udang tersebut atau makanan laut tetapi disebabkan kandungan iodine yang tinggi terkandung di dalam udang atau lain-lain makanan yang berasaskan laut.

Deskripsi makanan laut.

8. Ubat – Ubat yang diambil secara berterusan juga memberi kesan pada jerawat. Contohnya pengambilan steroid. Ubat steroid yang diambil pada jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat kepada individu yang mengamalkannya. 9. Kitaran haid – Kitaran haid akan menyebabkan perubahan hormon pada badan setiap bulan. Keadaan ini juga mempengaruhi jerawat. 10. Mengandung – Minta maaf kepada ibu-ibu yang sedang mengandung kerana berita buruk ini. Sesetengah daripada wanita yang memang cenderung mendapat jerawat akan mendapati jerawat tumbuh dengan banyak pada tiga bulan pertama mengandung. Selepas

9

tiga bulan, OK sekejap, kemudian akan tumbuh banyak lagi tiga bulan selepas melahirkan bayi. Ini semua kita salahkan pada hormon.

Deskripsi wanita mengandung.

11. Pil Perancang – Wanita yang biasa mengambil pil perancang akan mendapati jerawat mula tumbuh tiga bulan selepas berhenti dari mengambil pil tersebut. Ini disebabkan badan anda yang telah biasa dengan hormon estrogen di dalam pil akan bertindak apabila hormon tidak ada lagi di dalam badan. This does not concern you guys, so again, don’t worry about this one.

Deskripsi pil perancang

12. Kosmetik – Hmm… Ini termasuk lelaki dan wanita. Bahan-bahan yang terdapat di dalam barangan kosmetik juga boleh menyebabkan jerawat.

Deskripsi kosmetik

10

Tahap-Tahap Jerawat

_______________________________________________________________________________________

Terdapat lima tahap utama masalah jerawat. Ini berdasarkan bagaimana ianya bermanifestasi secara klinikal (clinical manifestation). Empat tahap ini juga merupakan cara klasifikasi yang digunakan untuk menentukan cara rawatan yang sesuai terhadap masalah jerawat.

1. Komedon (tertutup) – Whitehead Terjadi apabila sel-sel terkumpul dan bercampur dengan sebum. Paling susah untuk dirawat.

2. Komedon (terbuka) – Blackhead Terjadi apabila gumpalan sel dan sebum tertolak keluar dan permukaannya bertindak dengan oksijen dan bertukar menjadi hitam.

11

3. Papule Benjolan merah pada permukaan kulit.

4. Pustule Papule yang dijangkiti koloni P.Acnes.

5. Nodule Bila jangkitan berlaku pada bahagian kulit yang dalam. Selalunya akan meninggalkan kesan parut berlubang.

12

Statistik Jerawat Di Negara Lain

_______________________________________________________________________________________

Jerawat adalah penyakit kulit yang paling biasa di kebanyakan negara di dunia. Contohnya, di Amerika Utara Utara, hampir 80 peratus penduduknya pernah mengalami jerawat dalam seumur hidup mereka. Untuk contoh yang lebih dekat dengan kita, statistik jerawat di Malaysia ialah 8 dari 10 rakyat Malaysia pernah mengalami masalah jerawat seumur hidup mereka. Begitu juga negara-negara di kawasan khatulistiwa dan tropikal. Tetapi didapati di Jepun dan Korea, amat jarang sekali penduduknya mengalami penyakit jerawat. Dari pemerhatian yang telah dibuat, cara pemakanan penduduk Jepun dan Korea memainkan peranan besar dalam menghasilkan kulit yang cantik dan bebas jerawat. Memang diketahui umum orang Jepun mengamalkan diet yang mengandungi soya. Soya dikenali sebagai antioksidan yang sangat baik. Disamping itu, soya juga kaya protin yang mana protin adalah merupakan bahan utama untuk pertumbuhan sel. Jadi, soya akan bertindak untuk mengurangkan radikal dalam badan dan memberikan protin kepada badan untuk memulihkan sel yang rosak.

Jepun juga merupakan negara yang masih mengamalkan pertanian secara organik yang tidak menggunakan racun serangga dan bahan kimia untuk penanaman pokok dan juga penternakan. Oleh itu, mereka tidak terdedah kepada hormon-hormon yang disuntik pada ternakan dan juga pemakan komersial yang diberikan kepada ternakan. Mereka menyediakan makanan dengan cara merebus, mengukus atau dimakan mentah. Jarang sekali makanan Jepun atau Korea digoreng. Mereka juga gemar makan ikan salmon dan lain-lain jenis ikan laut dalam yang kaya dengan minyak Omega 3. Kanak- kanak digalakkan untuk mengamalkan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan dari kecil.

13

Di kalangan masyarakat Jepun juga terdapat satu tradisi yang dipercayai membantu mereka memperolehi kulit yang cantik. Kanak-kanak mereka akan diurut menggunakan minyak Camellia sehingga berumur 5 tahun. Amalan ini dipercayai membuatkan kulit mereka halus dan lembab.

14

Cara-Cara Alternatif Dilakukan Untuk Merawat Jerawat

_______________________________________________________________________________________

Terdapat banyak cara alternatif yang dilakukan untuk merawat jerawat. Seperti yang anda ketahui, jerawat adalah penyakit kulit yang biasa dalam masyarakat di hampir setiap negara. Oleh itu, di dalam Internet sahaja terdapat bermacam-macam cara untuk merawat jerawat. Terdapat ramai pesakit yang mengalami masalah jerawat mencari cara rawatan yang paling cepat, mudah dan murah untuk merawat jerawat. Tidak kurang juga ada pesakit yang mencari cara rawatan jerawat menggunakan sumber alam semulajadi dan amalan petua tradisional. Berikut ialah rawatan alternatif yang digunakan pesakit jerawat untuk merawat masalah jerawat yang dialami oleh mereka.

Saya tidak menggalakkan anda untuk mencuba kaedah rawatan alternatif seperti ini untuk merawat masalah jerawat anda. Kaedah ini mungkin akan menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk. Saya paparkan di sini hanya untuk menambahkan ilmu pengetahuan semua pembaca e-buku ini.

1. Menyedut air ke dalam hidung Cara ini digunakan kerana dipercayai masalah jerawat disebabkan oleh resdung. Mereka yang menghidapi jerawat disarankan agar memasukkan air ke dalam hidung dengan cara menyedutnya. Kemudian mereka akan mengeluarkan semula air tersebut dengan cara memicit sebelah hidung mereka dan menghembus keluar dengan kuat. Kemudian diulangi pula dengan sebelah hidung lagi.

2. Menyedut asap dari kulit buah pinang Rawatan ini menggunakan kulit buah pinang yang dihiris nipis kemudian dicampurkan bersama dengan serbuk kunyit. Campuran tersebut dibakar dan asapnya disedut oleh pesakit.

15

Serbuk kunyit dan buah pinang.

3. Menyapu serbuk kulit kayu manis Saya juga pernah diberitahu oleh pesakit saya yang mereka telah dinasihatkan untuk menyapu kulit berjerawat dengan serbuk kulit kayu manis pada jerawat. Bagaimanapun, cara ini mempunyai kesan sampingan seperti ‘terbakar’ pada kulit dan saya pernah melihatnya daripada pesakit yang telah telah mencuba kaedah ini.

Kulit kayu manis.

4. Menggunakan herba tradisional Ada juga mereka yang mencuba herba-herba yang dikatakan dapat mengawal dan mengurangkan jerawat. Herba-herba ini dikatakan dapat membantu menguatkan fungsi hati, yang merupakan salah satu organ yang bertanggungjawab mengeluarkan toksin dari badan. Dengan menguatkan hati, ia dapat menjalankan fungsinya dengan optimum. Beberapa herba-herba yang digunakan adalah: i. Burdock – dapat menghilangkan toksik dari darah dengan menguatkan fungsi hati.

16

ii. Yellow Dock – menguatkan fungsi pundi hempedu dan memulihkan fungsi hempedu. iii. Dandelion Root – tonik hati yang kuat dan membantu penghadaman. iv. Oregon Grape – membantu melindungi hati. v. Ecchinacea – berkesan dalam membasmi kuman jerawat.

Ramuan herba.

5. Mengambil minuman Detox Terdapat pelbagai minuman berasaskan Detox yang digunakan untuk merawat jerawat. Minuman ini dikatakan dapat mengurangkan toksin dalam badan. Contohnya seperti Juvanex, minuman dalam bentuk teh dan bermacam-macam lagi.

Teh Detox.

17

6. Menggunakan bahan-bahan asli untuk Facial Mask Kaedah rawatan menggunakan masker yang diperbuat dari ramuan asli semulajadi seperti madu, oat dan jel Aloe Vera juga dipercayai dapat mengawal dan menghilangkan masalah jerawat. Kaedah seperti ini banyak digunakan oleh pusat-pusat rawatan yang berasaskan sumber alam semulajadi. Kaedah ini juga selalu diamalkan secara individu di rumah.

Madu, jel Aloe Vera dan oat.

18

Kesan-Kesan Buruk Daripada Jerawat Yang Tidak Dirawat

_______________________________________________________________________________________

Jerawat yang tidak dirawat dari awal atau dengan betul akan meninggalkan kesan yang mendalam pada pesakit dalam jangka masa panjang. Baik secara fizikal ataupun emosi. Tidak keterlaluan jika dikatakan jerawat boleh membunuh, walaupun tidak secara langsung. Antara kesan yang dapat dikenal pasti ialah:

1. Kesan Fizikal. Kesan ini amat mudah untuk dilihat kerana jerawat akan meninggalkan parut (scar) berbentuk lubang, bintik hitam serta kulit yang kelihatan berbenjol (hardened scar). Kesan fizikal dapat mengurangkan keyakinan diri pesakit untuk berdepan dengan dunia luar.

Contoh kesan bintik hitam, berlubang dan kulit yang berbenjol.

19

Pernah saya jumpa seorang bapa yang prihatin terhadap anaknya yang mengalami masalah jerawat dan membawa anaknya berjumpa saya kerana dia tidak mahu anaknya nanti bermuka ‘pizza’ sepertinya.

2. Kesan Psikologi Kesan ini dialami oleh setiap individu yang menghadapi jerawat samada jerawat yang sedikit atau banyak.

Jerawat selalunya terjadi sewaktu remaja di mana waktu itu adalah waktu peralihan di antara kanak-kanak kepada dewasa. Mereka cukup besar untuk dilayan seperti orang dewasa tetapi pemikiran mereka masih belum cukup matang. Orang dewasa sering mengatakan remaja amat susah difahami. Well... join the club! Kerana remaja sendiri pun tidak memahami kenapa mereka berkelakuan sedemikian. Sebahagian dari sebabnya adalah kerana perubahan hormon. Hormon memberikan kesan yang amat sukar difahami sehingga kini. Pakar-pakar masih mengkaji tentang kesan hormon terhadap badan manusia. Peringkat remaja adalah di mana badan mereka mula diperkenalkan dengan satu hormon yang baru iaitu Androgen. Hormon ini walaupun sangat penting untuk fungsi badan, ia jugalah yang akan menyebabkan huru-hara pada kulit remaja dan orang dewasa sekalipun. Pada waktu remaja jugalah, mereka mula mencari identiti diri dan jerawat berlaku pada waktu penampilan diri dan penerimaan di dalam sesuatu ‘clique’ adalah amat penting. Disebabkan masalah jerawat, mereka mempunyai nilai diri yang rendah (low self-esteem), merasa ‘kotor’ dan merasakan diri tidak layak untuk berkawan dengan mereka yang mempunyai wajah yang bersih dan licin.

20

Berikut disenaraikan beberapa masalah psikologi yang dihidapi oleh mereka yang menghidapi jerawat pada wajah:

i. Nilai diri dan imej diri • Merasa malu dan mengelak dari bertentang mata. • Membiarkan rambut di bahagian hadapan lebih panjang untuk menutup jerawat

pada bahagian dahi tanpa menyedari yang keadaan ini akan menyebabkan jerawat lebih teruk di dahi. • Jerawat pada bahagian dada dan belakang akan membuatkan mereka rasa malu

untuk melibatkan diri dalam sukan seperti renang atau bolasepak kerana perlu menyalin baju di bilik persalinan sukan yang dikongsi bersama yang lain.

ii. Hubungan Sosial • Setengah dari mereka yang menghidapi jerawat munkin akan diejek atau diperli

oleh kawan-kawan. • Mereka merasa malu untuk memulakan perhubungan serius. • Mereka merasa malu untuk keluar bersosial, tidak ada keyakinan untuk berkenalan

dan lebih teruk akan mengalami ‘Social Phobia’ kerana bimbang dipandang rendah oleh orang lain.

21

iii. Bidang Pelajaran/Kerjaya • Mereka enggan pergi ke sekolah kerana malu diejek atau dipandang rendah. Ini akan

memberi kesan pada prestasi persekolahan mereka. • Mereka yang telah bekerja akan kerap mengambil cuti atau cuti sakit ketika jerawat

naik dengan banyak. Ini akan memberi kesan kepada prestasi kerja. • Masyarakat juga akan lebih memberi perhatian kepada mereka yang mempunyai

kulit yang licin dan bersih. • Bagi sebahagian sektor pekerjaan, penampilan diri adalah amat penting. Jadi mereka

yang menghidapi jerawat tidak akan diberi peluang dan ini akan memburukkan lagi perasaan rendah diri mereka. • Lebih ramai yang tidak mempunyai pekerjaan adalah mereka yang menghidapi

jerawat dari mereka yang tidak menghidapinya.

22

Penemuan Baru Dalam Rawatan Jerawat

_______________________________________________________________________________________

Seperti yang saya telah nyatakan sebelum ini, diluar sana, ramai yang berlumba-lumba untuk mencari penawar untuk jerawat. Berikut ialah kaedah-kaedah rawatan yang telah diperkenalkan:

1. Rambazole Rambazole ialah ubat sebatian yang terbaru dan bertindak seperti Accutane yang terdapat di pasaran sekarang tetapi lebih selamat dan kurang risiko. Ia ditujukan untuk mereka yang mempunyai jerawat yang pertengahan dan teruk.

2. Photodynamic Therapy (PDT) Kaedah ini menggunakan kombinasi ubat yang disapu pada kulit dan cahaya yang dipancarkan pada kulit. Ubat sapu yang dimaksudkan adalah Levulan. Krim ini akan disapukan pada kulit dan dibiarkan selama 15 hingga 60 minit. Ia kemudiannya akan diaktifkan oleh satu cahaya lampu yang dipanggil BLU-U atau clear light. Ini akan mengambil masa lapan hingga 10 minit. Prosedur ini akan mengurangkan pengeluaran minyak oleh kelejar minyak dan akan mengecilkan saiz liang roma. Kelebihan cara ini adalah jerawat akan dapat dikawal dengan cepat pada seluruh wajah, tidak melibatkan pembedahan, tiada parut dan hanya melibatkan wajah.

Photodynamic Therapy.

23

Komplikasinya pula adalah kulit mungkin akan menjadi merah dan mengelupas beberapa hari selepas rawatan. Hari pertama dan kedua adalah paling teruk. Anda tidak boleh berjemur dibawah cahaya matahari terik selama 24 jam selepas membuat rawatan PDT ini. Kaedah ini agak baru dan masih dikaji keberkesanannya.

3. Rawatan menggunakan laser Kaedah baru sahaja diperkenalkan. Laser dipercayai dapat membunuh kuman P. Acnes (penyebab jerawat) dan juga mengurangkan pengeluaran sebum. Rawatan terkini adalah dengan menggunakan laser Isolaz.

Rawatan laser Isolaz untuk jerawat.

Pada masa hadapan, saya percaya, akan muncul lagi pelbagai jenis laser untuk rawatan jerawat. Itulah keindahan teknologi sains.

24

Bagaimana Saya Mencapai Cara Ini Dan Kenapa Ianya Yang Terbaik

_______________________________________________________________________________________

Saya telah mula fokus dalam merawat jerawat selama lima tahun. Itu tidak termasuk pengalaman sebagai doktor perubatan selama hampir 20 tahun! Cara yang saya paparkan di sini telah diolah setelah saya membaca buku-buku berkenaan jerawat, berbincang dengan pakar kulit dan yang paling penting berjumpa dan merawat psakit-pesakit yang menghidap jerawat secara langsung. Apa yang saya perhatikan adalah mereka mempunyai masalah-masalah tersendiri tetapi dari segi dasarnya hampir serupa. Bagaimana jerawat terjadi adalah sama tetapi apa yang menyebabkan jerawat merebak menjadi semakin teruk adalah unik untuk setiap pelanggan. Oleh itu, cara dasar untuk rawatan jerawat adalah sama, cuma ianya perlu di ‘fine tuned’ bagi setiap individu kerana cara badan kita bertindak adalah berlainan di antara satu sama lain. Jadi, saya dapati pada sesi perjumpaan yang pertama, kedua dan ketiga, ianya boleh dikatakan serupa untuk setiap pelanggan tetapi perjumpaan yang seterusnya ia akan mula menjadi unik untuk setiap pelanggan.

Sesi konsultasi.

25

Badan kita bertindak dengan caranya sendiri. Apa yang baik untuk orang lain tak semestinya baik untuk kita. E-buku ini menunjukkan cara merawat jerawat dengan sendiri dan bila anda perlu berjumpa doktor. Bila anda membaca e-buku ini, anda akan dapati yang pada permulaannya adalah umum. Bab-bab yang terkemudian, anda akan dapat tahu apa yang sesuai untuk anda, apa yang tidak, bagaimana untuk mengetahuinya dan apa yang perlu anda lakukan jika cara yang anda lakukan tidak menampakkan hasil yang diharapkan.

26

Rawatan Jerawat

_______________________________________________________________________________________

Setelah mengetahui bagaimana jerawat terjadi dan jenis-jenis jerawat, barulah kita dapat mencari jalan untuk mengawalnya. Untuk mengawal jerawat dengan berkesan, anda mesti ada 3 elemen ‘M’ seperti di bawah: 1. Mengenali apa itu jerawat dan bagaimana ia terjadi. 2. Mencari rawatan yang betul dan sesuai. 3. Mempunyai disiplin dan kecekalan hati untuk meneruskan rawatan dan cara pengawalan. Di dalam bab yang lepas, saya sudahpun menceritakan tentang apa itu jerawat, bagaimana ianya terjadi dan faktor-faktor yang boleh menyebabkan jerawat makin teruk ataupun susah dikawal. Sekarang kita pergi kepada elemen ke-2 iaitu Mencari dan memahami rawatan yang betul dan sesuai untuk anda. Rawatan untuk jerawat tertumpu kepada 2 bahagian. Bahagian 1 adalah rawatan luaran dan Bahagian 2 adalah rawatan dari dalam.

27

Bahagian 1: Rawatan Luaran

_______________________________________________________________________________________

Adalah penting untuk kita ketahui apakah bahan-bahan yang digunakan di dalam produkproduk yang berada di pasaran agar kita dapat membuat keputusan yang bijak dalam memilih produk yang berkesan dan sesuai untuk kita.

1. Pencuci Pastikan pencuci yang digunakan mengandungi bahan yang boleh mengeluarkan sel-sel dan sebum yang

telah tersumbat di dalam liang kulit anda. Bahan-bahan itu juga

menghalang sel-sel daripada tersumbat di dalam liang/kelenjar.

Bahan-bahan tersebut adalah:

i. Glycolic Acid Dihasilkan daripada tebu (sugar cane). Ia bertindak sebagai exfoliant contohnya untuk mengeluarkan sel-sel yang telah mati. Lebih rendah pHnya lebih tinggi penyerapan ke dalam kulit. Tapi harus juga diingatkan bahawa, pH yang rendah juga akan menyebabkan lebih risiko radang pada kulit. Tahap pH yang ideal adalah pada kepekatan 8 - 10 peratus. Anda boleh lihat pada senarai kandungan sesuatu produk tersebut.

28

ii. Lactic Acid Didapati

daripada

susu

haiwan.

Bertindak

sebagai

Humectant,

memberi

kelembapan pada kulit dan juga mampu mengeluarkan sel-sel yang telah mati.

Pada zaman dahulu kala, Cleopatra menggunakan susu masam untuk merendam badannya. Susu masam mengandungi kandungan asid laktik yang tinggi. Sebab itulah kulit Cleopatra menjadi halus dan sentiasa segar. Dengan sebab kehadiran lactic asid dalam susu juga, jika anda perhatikan, terdapat banyak produk-produk rawatan jerawat yang menggunakan susu kambing. Sekarang anda tahu rahsianya!

Sabun susu kambing.

iii. Asid Salicylic Asid ini diambil daripada kulit kayu willow tree. Fungsinya juga adalah sebagai exfoliant iaitu mengeluarkan sel-sel yang telah mati dan dengan itu menggalakkan pertumbuhan sel baru dan mengelakkan liang/ kelenjar daripada tersumbat.

29

iv. Phlorogine Ini adalah sejenis rumpai laut yang merupakan anti-sebum. Ia bertindak dengan mengurangkan pengeluaran sebum dari liang sebum.

Phlorogine di dalam laut.

2. Toner Toner jerawat selalunya mesti mengandungi Glycolic Acid atau Salicylic Acid. Elakkan dari menggunakan toner yang mengandungi terlalu banyak alkohol kerana ianya akan mengeringkan lagi kulit. Kulit yang kering akan menyebabkan kulit kita mengeluarkan lebih banyak minyak. Seboleh-bolehnya cuba dapatkan toner yang mempunyai bahan asli seperti witch hazel.

3. Krim jerawat Krim jerawat yang berkesan adalah dari Vitamin A. Ianya selalu dikenali sebagai Tretinoin ataupun Retinol.

Krim jerawat.

30

Fungsinya adalah untuk mempercepatkan kitaran sel. Ia juga memperbetulkan kitaran sel. Selain dari itu, krim Vitamin A juga didapati dapat mengurangkan pengeluaran minyak oleh kulit dan mengawal jangkitan P. Acne. Krim ini adalah krim kawalan. Anda hanya boleh mengambilnya atas nasihat dan preskripsi dari doktor. Krim Vitamin A amat berkesan untuk merawat dan mengawal jerawat. Sayangnya tidak ramai yang faham bagaimana krim vitamin A bertindak. Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu kesan krim Vitamin A adalah mempercepatkan kitaran sel. Oleh itu, ia juga akan menyebabkan jerawat yang hanya sedang menanti untuk keluar, keluar dengan banyaknya dalam masa empat hingga lima hari selepas menggunakannya. Kebanyakan orang akan panik dan berhenti dari terus menggunakan krim kerana menyangkakan krim adalah penyebab jerawat bertambah. Pada hakikatnya, krim hanyalah mempercepatkan pengeluaran jerawat yang memang akan keluar. Cuma menanti giliran. Jika anda persistant dalam penggunaan krim Vitamin A, anda akan mendapati jerawat akan terkawal dengan baiknya selepas empat hingga lima bulan. Sayang sekali, tidak ramai yang sabar untuk menunggu untuk tempoh masa tersebut. Pelik bukan? Sedangkan mereka telahpun menghidapi jerawat selama beberapa tahun.

4. Benzyl Peroxide Akan menyebabkan sel-sel menggelupas, termasuklah sel-sel di dalam liang/kelenjar. Ia juga berupaya mematikan kuman P. Acnes di dalam liang. Ini adalah kerana Benzoyl Peroxide akan membawa bersamanya oksigen. Kuman P. Acnes tidak dapat hidup di dalam persekitaran beroksigen. Benzoyl Peroxide juga didapati dapat mengurangkan pengeluaran sebum dari kulit. Kadangkala Benzoyl Peroxide boleh menyebabkan radang kulit pada sesetengah individu. Tetapi, yang bagusnya, produk yang mengandungi Benzoyl Peroxide senang diperolehi di farmasi.

Benzoyl Peroxide.

31

5. Chemical Peel Rawatan ini melibatkan penglupasan kulit. Cara rawatan ini memerlukan penglibatan doktor. Hanya doktor atau pembantu doktor yang terlatih sahaja sepatutnya membuat Chemical Peel. Tetapi ada banyak juga pusat kecantikan membuat Chemical Peel. Nasihat saya, berhati-hati dalam membuat pilihan.

Chemical Peel.

Rawatan Chemical Peel ini agak agresif namun hasilnya jerawat akan menjadi cepat kering. Bahan yang digunakan juga terdiri dari Glycolic Acid, Salicylic Acid dan juga Trichoroacetic Acid. Berbincanglah dahulu dengan doktor tentang rawatan ini. Ia TIDAK BOLEH dilakukan sendiri di rumah.

6. Extraction Rawatan ini adalah di mana semua komedon dipicit keluar dari kelenjar. Ini juga memerlukan kepakaran. Jerawat yang sedang merah dan bengkak TIDAK BOLEH dipicit keluar, kecuali oleh doktor terlatih. Jika tidak melakukannya dengan betul, boleh meninggalkan kesan parut. Komedon juga perlu dirawat dahulu agar senang dikeluarkan. Doktor selalunya memberi rawatan selama 2 minggu sebelum membuat melakukan proses extraction.

32

Satu daripada alat yang digunakan untuk proses Extraction.

Pada masa ini terdapat sejenis alat untuk mengeluarkan komedon dengan berkesan dan betul. Ianya tidak akan merosakkan sel-sel sekitar dan tidak meninggalkan kesan parut.

7. Pil perancang Dalam sesetengah kes jerawat, pil perancang dapat membantu dalam menstabilkan hormon. Kaedah ini digunakan untuk wanita yang menghidapi jerawat dan dalam masa yang sama ingin merancang kelahiran.

Pil perancang.

8. Suntikan steroid pada jerawat Rawatan ini dikhususkan pada mereka yang mempunyai jerawat yang besar dan bengkak. Tujuan memberikan suntikan ini adalah untuk mengurangkan bengkak dan yang lebih penting, mengurangkan risiko parut berlubang. Ini adalah kerana jerawat yang besar dan bengkak melibatkan bahagian Dermis iaitu lapisan bawah dari Epidermis. Jika kawasan ini terlibat, ianya akan menyebabkan parut yang berlubang dan berkekalan (permanent depressed scar).

33

Suntikan steroid pada jerawat.

9. Pembekuan (Freezing) Rawatan yang cukup mudah di mana kita hanya memerlukan ais untuk mengurangkan radang (inflammation) dan menggalakkan pemulihan jerawat jenis Papule, Nodule dan Cysts. Pembekuan daripada ais akan menghasilkan kristal ais yang menyebabkan ‘kecederaan’ pada epidermis. Bila kristal ais mula mencair, ‘kecederaan’ pada sel-sel di epidermis akan menggalakkan penumbuhan sel-sel yang baru. Kesannya – akan terjadi pengelupasan pada kulit.

Freezing with ice.

10. Antibiotik Rawatan antibiotik yang dimaksudkan di sini adalah jel atau krim antibiotik. Jel atau krim antibiotik yang digunakan adalah jenis Clindamycin, Erythromycin dan Tetracycline. Ia bertindak secara langsung pada kulit dan amat sesuai untuk mereka yang selalu memicit jerawat dan mendapat kesan-kesan luka daripada kuku. OK. Selesai bab luaran. Sekarang kita pergi kepada rawatan dalaman pula.

34

Bahagian 2: Rawatan Dalaman

_______________________________________________________________________________________

1. Antibiotik Untuk jerawat yang sederhana dan teruk, selalunya doktor akan memberikan antibiotik di samping rawatan luaran yang telah disenaraikan sebelum ini.

Antibiotik mestilah melalui preskripsi doktor dan tidak boleh dibeli melalui kaunter. Ini adalah untuk mengelakkan dari kuman menjadi kebal (resistant) dan antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jerawat. Kekebalan ini boleh terjadi jika antibiotik tidak digunakan dengan cara yang betul iaitu dos dan selang masa yang tertentu (dosage and duration). Oleh itu, anda mesti dapatkan nasihat doktor dan bukan hanya membeli di farmasi.

2. Pemakanan Jerawat adalah salah satu penyakit yang datangnya dari perut. Apa yang kita makan akan dilahirkan melalui kulit. Oleh itu, amat penting kita menjaga pemakanan kita agar kita dapat menyembuhkan dan seterusnya mengawal jerawat. Secara ringkasnya, saya senaraikan diet makanan yang PERLU DIBANYAKKAN dan PERLU DIKURANGKAN untuk mengawal Jerawat.

35

PERLU DIBANYAKKAN 1. Minum air dengan banyak – Sekurang-kurangnya tubuh kita memerlukan 8 gelas air

(kira-kira 1.5 - 2 liter) sehari. Pastikan ianya hanya air yang telah disuling sehingga bersih. 2. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran – Sekurang-kurangnya ambil

pemakanan ini sebanyak dua kali sehari. Jika anda tidak menyukai buah-buahan dan sayur-sayuran, minumlah jus buah-buahan. 3. Makan lebih ikan – Ikan mempunyai sumber Omega 3 yang banyak. Contoh ikan yang

sesuai dimakan Ikan Salmon, Tenggiri dan Kembung Besar. 4. Tingkatkan penganbilan makanan berserat tinggi – Makanan berserat tinggi ialah

seperti whole grain/whole wheat, ubi, kekacang. 5. Alternatif pada tenusu – Tofu, soya.

36

PERLU DIKURANGKAN 1. Gula – Elakkan dari mengambil apa- apa makanan atau minuman yang mengandungi

gula yang berlebihan. Minuman ringan yang bergas amat tinggi kandungan gulanya (7 - 8 sudu teh gula dalam satu tin minuman 325 mililiter). Elakkan juga kuih-muih yang menggunakan ramuan bergula yang tinggi. 2. Karbohidrat yang telah diproses – Roti putih, biskut, kek, pastry, pasta. 3. Makanan bercampur kimia – Apa-apa makanan yang ditinkan, diproseskan dan

diawetkan. 4. Makanan bergoreng – Kurangkan makanan yang digoreng seperti mee goreng yang

mempunyai minyak berlebihan. 5. Makanan makanan berlemak – Mentega, krim, aiskrim. 6. Lemak diproses (Transfat) – Ini terdapat pada krimer. Hadkan minuman 3-in-1 kerana

ia menggunakan krimer sebagai pemanis. 7. Minum teh atau kopi – Dibenarkan, namun hadkan kepada 1– 2 cawan sehari sahaja. 8. Minyak sayuran – kurangkan mengguna minyak sayuran untuk memasak. 9. Elakkan dari makan ayam daging – Ini adalah kerana ayam daging telah disuntik

dengan hormon untuk mempercepatkan tumbesarannya. Saya telahpun menyatakan yang hormon yang tidak seimbang dalam badan akan menyebabkan jerawat. Peniaga yang menjual ayam daging pun tidak memakannya kerana tahu ayam tersebut telah disuntik dengan hormon. Jika anda terasa ingin makan juga, belilah ayam kampung atau ayam yang dibela secara organik. 10. Daging – Daging lembu, kambing atau biri- biri, hadkan pengambilannya hanya tiga

(3) kali seminggu sahaja.

Baiklah! Mari kita ke Bahagian Ketiga. Bagaimana anda boleh merawat dan mengawal jerawat anda.

37

Bahagian 3: Langkah-Langkah Mengawal Jerawat Dalam Masa 60 Hari

_______________________________________________________________________________________

ANDA WAJIB MEMPUNYAI TIGA ELEMEN UNTUK BERJAYA!

Komitmen Disiplin Kesungguhan Elemen yang paling penting ialah disiplin dan kesungguhan. Bila anda telah memulakan program ini, anda harus meneruskannya. Tidak boleh ada hari-hari yang anda berasa ‘tidak ada mood’ untuk meneruskannya. Anda perlu ada kesabaran yang tinggi dan jangan terlalu cepat berputus asa. Beri masa untuk kulit anda bertindak. Ingat! Bahawa satu jerawat mengambil masa kira-kira 3 bulan, iaitu 90 hari, untuk terhasil di kulit anda. Jadi, anda tidak akan dapat menghalang jerawat yang telah pun dalam perjalanan untuk keluar. Tetapi anda boleh mengawal dan menghalang jerawat-jerawat lain dari tumbuh dan terjadi. Selama mana jerawat terbentuk, mungkin selama itu jugalah masa yang diperlukan untuk mengawalnya. Program rawatan jerawat ini bukan untuk mereka yang mudah putus asa.

Baik. Mari kita mulakan.

38

1. Ambil gambar anda Sebelum memulakan rawatan, ambil gambar anda. Ini adalah supaya anda boleh membuat perbandingan tentang keberkesanan rawatan. Gambar diambil setiap bulan. Just do it. You’ll be glad you did. Ambil gambar mengikut gambarajah di bawah.

Ambil gambar dalam tiga (3) posisi. Depan dan 2 sisi at 45º seperti gambar di atas.

2. Memilih produk yang sesuai untuk anda Sebelum memilih produk, terdapat beberapa perkara atau aturan yang anda perlu tahu. i. Walau apapun jenis jerawat yang anda hidapi, mulakan dari produk yang mempunyai kekuatan/ kepekatan yang paling rendah. Kemudian anda boleh meningkatkan kepekatan/kekuatan secara berperingkat. Ini disebabkan kemungkinan kulit mengalami kesan sampingan akibat terlebih kuat kesan produk. ii. Kulit gelap lebih sensitif dan boleh menjadi lebih gelap disebabkan kesan sampingan dari keradangan kulit. Jadi berhati-hati dalam memilih produk. iii. Kawasan di sekeliling mata, mulut dan dagu adalah kawasan ‘sensitif’ di mana penyerapannya lebih. Jadi, berhati-hati agar anda tidak terlebih letak krim atau pencuci di tempat tersebut. Kulit mungkin menjadi gelap akibat keradangan. Walaupun ianya hanya sementara dan kulit akan kembali cerah, tetapi ianya amat melecehkan. Tidak seronok pula melihat wajah kita lebih gelap.

39

Kawasan sensitif pada muka.

iv. Untuk mereka yang berkulit kering, mulakan dengan produk kekuatan/kepekatan yang rendah. Bagi yang kulit berminyak, anda bolehlah memulakan dengan kepekatan/ kekuatan yang lebih tinggi. v. Untuk krim/jel jerawat, kawasan larangan adalah di sekeliling mata. Kulit di sekeliling mata amat sensitif. Jika anda perhatikan, jerawat pada lazimnya tidak akan tumbuh berdekatan kawasan mata kita. Untuk keberkesanan yang maksimum tetapi stabil dalam rawatan jerawat, yang penting adalah kita meningkatkan kepekatan/kekuatan secara berperingkat. Bersabarlah dan jangan tergesa-gesa hendak jerawat hilang dalam sekelip mata.

INGATAN! Kulit anda perlu menggelupas untuk merawat jerawat!

Produk-produk yang diperlukan untuk rawatan jerawat ialah:

a. Pencuci (Cleanser) Terdapat banyak pencuci di pasaran sekarang. Saya telah pun menerangkan apakah bahan-bahan yang perlu ada di dalam pencuci untuk jerawat. Jadi, pilihlah yang mana bersesuaian untuk anda.

40

Pilih pencuci yang mengandungi Salicylic Acid atau Glycolic Acid. Atau anda boleh juga mencuba pencuci yang mengandungi Benzoyl Peroxide. Dalam memilih pencuci, gunakan aturan yang saya berikan di atas. Pilihlah pencuci yang bertindak paling lembut dahulu, kemudian secara berperingkat gantikan kepada produk yang lebih kuat jika tidak berkesan. Elakkan pencuci berbentuk scrub. Ini akan menambahkan trauma pada kulit anda.

b. Toner Penggunaan toner digalakkan kerana pencuci hanya akan membersihkan sebahagian daripada lapisan minyak pada kulit anda. Penggunaan toner juga akan mencuci dengan lebih bersih lapisan minyak pada kulit muka anda. Toner juga harus mengandungi Salicylic Acid, Glycolic Acid atau Witch Hazel. Bahanbahan ini akan melarutkan sel-sel mati di samping membersihkan minyak. Ini akan mengelakkan kelenjar daripada

tersumbat yang menjadi sebab utama terjadinya

jerawat. Elakkan dari toner yang mengandungi alkohol yang tinggi kerana toner jenis ini akan terlalu mengeringkan kulit. Ingat! Bila kulit kering, lebih banyak minyak akan dihasilkan untuk melembabkan kulit. Letakkan toner pada kapas dan sapu dengan lembut pada kulit.

INGATAN! Berlembutlah dengan kulit anda!

41

c. Krim jerawat Krim jerawat yang paling berkesan pada waktu ini adalah krim yang mengandungi Vitamin A. Ianya dikenali sebagai Tretinoin. Tetapi krim ini hanya boleh diperolehi dengan pemeriksaan dan nasihat doktor. Krim yang boleh dibeli di kaunter-kaunter famasi contohnya, tidak boleh mengandungi bahan Vitamin A. Krim Vitamin A ini bukan sahaja berfungsi membetulkan perjalanan sel-sel supaya mengikut sistem yang betul, tetapi ia juga mengurangkan pengeluaran minyak oleh kulit dan juga ada kesan anti-bakteria. Malah krim Vitamin A ini juga bertindak lebih jauh ke dalam permukaan kulit. Ia akan pergi ke dalam liang-liang dan juga kelenjarkelenjar untuk membaiki sistem perjalanan sel di situ juga. Biasanya apabila anda menggunakan krim Vitamin A ini, anda akan dapati kulit mula mengering dan menggelupas selepas 3 – 4 hari. Jangan bimbang kerana ini adalah reaksi yang positif daripada kulit anda. Selepas 1 – 2 minggu, mungkin jerawat akan keluar lebih banyak. Jangan panik! Ini juga tanda yang Vitamin A sedang menjalankan tugasnya. Sabar dan anda akan dapati jerawat akan semakin berkurang selepas 6 – 8 minggu. Selepas menggunakan beberapa minggu, anda akan dapati kulit tidak akan menggelupas lagi walaupun dengan menggunakan krim Vitamin A setiap malam. Ini adalah kerana kulit kita telah imun dengan krim Vitamin A permulaan. Tiba masanya untuk menambah kepekatan Vitamin A. Sekali lagi, anda perlu berjumpa doktor anda untuk menambahkan kekuatan krim Vitamin A. Selain dari krim Vitamin A, terdapat juga krim-krim jerawat yang boleh didapati di farmasi. Cari krim yang mengandungi Asid Kojik, Asid Azeleic, Asid Salisilik atau Asid Glikolik.

42

d. Sunblock Penggunaan sunblock adalah amat penting dalam rawatan jerawat. Apabila kulit mengalami radang, ianya akan kelihatan merah dan bengkak. Apabila ianya pulih kembali, kulit yang terlibat akan menjadi parut gelap. Inilah yang kita ingin elakkan dalam rawatan jerawat. Parut jerawat akan menjadi lebih gelap jika terdedah kepada sinaran Ultra Ungu (UV) yang mana sumber utamanya adalah matahari. Oleh itu, anda wajib memakai sunblock di waktu siang untuk mengelakkan kesan UV pada parut jerawat anda. Jika boleh pilihlah sunblock yang juga mengandungi Moisturizer. Dengan cara ini, anda seperti pepatah Inggeris, ‘kill two birds with one stone.’

Cara Pemakaian Seperti yang saya telah nyatakan, kita mulakan dengan kekuatan (strength) yang paling rendah. Untuk Glycolic Acid (AHA), biasanya tidak melebihi daripada lapan hingga 10 peratus. Bagi Vitamin A pula, saya biasanya memulakan rawatan kepada pesakit dengan kekuatan tidak melebihi 0.025 peratus. Pemerhatian selama satu hingga dua minggu untuk melihat reaksi kulit terhadap kesan rawatan. Jika tidak ada apa-apa perubahan dalam jangka masa 2 minggu, anda boleh mencuba kekuatan yang lebih tinggi. Tetapi anda mesti ingat, kulit biasanya mengambil masa minimum 3 - 5 hari untuk menunjukkan reaksi untuk pengelupasan. Jangan terlalu cepat untuk melangkah kepada kekuatan yang lebih tinggi. Tunggu sekurang-kurangnya 2 minggu. Bila anda telah mendapat kekuatan yang sesuai untuk anda – kulit anda akan mengalami pengelupasan tetapi tidak terlalu terlalu kuat. (Gently peeling – kekalkan dengan cara tersebut selama sekurang-kurangnya 1 bulan.) Sila rujuk mukasurat 52 untuk gambar gently peeling. Setiap minggu selepas anda mengekalkan penggunaan rawatan pada tahap yang sesuai, periksa tahap pertumbuhan jerawat anda. Sepatutnya jerawat anda akan semakin berkurangan. Jika masih juga tidak berkurangan, anda perlu tambahkan kekuatan rawatan yang lebih tinggi.

43

Jika anda menggunakan Benzoyl Peroxide, anda harus berhati-hati agar ia tidak kena pada rambut, kening, bulu mata atau baju anda. Benzoyl Peroxide ialah asid yang boleh melunturkan warna! Ianya adalah agen peluntur. Anda tidak boleh berbuat apa-apa pada jerawat yang telahpun tumbuh dan sedang bergerak untuk keluar ke permukaan kulit anda selain dari mengeringkannya dan mengurangkan kesan parut. Apa yang anda boleh buat ialah menghalang atau mengawal jerawat baru dari terjadi. Jerawat tumbuh pada muka mengikut pola yang boleh dijangkakan. Pada waktu remaja/ permulaan ia akan tumbuh dibahagian dahi, dagu dan hidung. Ia kemudiannya akan berpindah ke pipi dan akhir sekali akan melibatkan kawasan rahang dan bahagian leher. Lihat gambarajah di bawah:

Jadi, cara memakai produk jerawat yang berkesan adalah bukan hanya dengan menyapu di bahagian yang terlibat sahaja tetapi harus melebihi satu inci dari kawasan kulit yang terlibat.

Tahukah Anda! Peringkat pertama terjadinya jerawat ialah liang tersumbat, namun ianya tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

44

Produk Rawatan Jerawat Keluaran Dr Hasseenah

_______________________________________________________________________________________

Ini adalah cara untuk merawat jerawat dengan menggunakan produk keluaran saya sendiri yang diberi nama Dr Hasseenah. Produk-produk ini terhasil dari kajian dan pemerhatian saya sepanjang pengalaman saya merawat pesakit-pesakit jerawat selama ini. Jika anda ingin mencuba produk-produk ini, dapatkannya di www.DrHasseenah.com sekarang. Berikut ialah tatacara penggunaan produk saya:

RAWATAN WAKTU MALAM 1. Acne Gel Cleanser dengan SA 2 % (untuk kulit berminyak) Letakkan sedikit cleansing gel pada tapak tangan yang telah dibasahkan. Gosok sehingga ianya menjadi buih yang pekat. Sapukan pada seluruh kawasan muka anda. Elakkan kawasan mata. Biarkan selama dua minit agar salicylic acid dapat meresap ke dalam liang roma. Cuci sehingga bersih dan keringkan muka anda.

2.

Soothing Toner

Semburkan toner pada kapas muka (facial cotton) sebanyak dua ke tiga semburan. Sapukan kapas tadi dengan lembut pada seluruh kulit muka anda.

45

3.

Acne Serum

Sapukan acne serum pada keseluruhan kawasan muka secara nipis. Elakkan kawasan sensitif seperti mata. Biarkan serum menyerap ke dalam selama 10 minit.Kemudian bersihkan muka dengan menggunakan air bersih. Acne serum sesuai untuk jenis jerawat yang lebih kepada blackhead dan whitehead. Jika jerawat anda lebih menjurus kepada jerawat yang bengkak dan bernanah, lebih elok menggunakan Duac gel dan rawatan ais. Sila lihat rawatan menggunakan Duac Gel dan rawatan menggunakan ais.

4.

Aloe Vera Soothing Gel

Keringkan muka anda menggunakan tuala atau kapas muka dengan lembut dan tidak menekan terlalu kuat, kemudian sapu Aloe Vera Soothing Gel untuk melembabkan kulit anda.

5.

Lotion 10

Sapu nipis pada kulit muka selepas menggunakan pencuci muka. Ratakan dengan lembut menggunakan gerakan membulat (circular motion) pada kulit muka selama 10 min. Kemudian bilas dengan air biasa sehingga bersih. Lotion ini mengandungi Glycolic acid untuk melarutkan sel-sel mati agar tidak menutup liang. Dengan pertukaran sel mati dengan lebih cepat, akan menghasilkan kulit yang lembut dan berseri. Sesuai untuk mengawal jerawat, kulit kusam dan kulit matang.

46

RAWATAN WAKTU PAGI 1. Cleansing gel – Caranya seperti telah diterangkan di atas. 2. Toner – Caranya seperti yang telah diterangkan di atas. 3. Sunblock – Sapukan Sunblock ke seluruh muka anda.

1.

Skin Lightening Essence

Jika jerawat telah sembuh, sebelum memakai Sunblock, anda boleh memakai Skin Lightening Essence untuk mencerahkan kulit anda. Caranya ialah dengan meletakkan Skin Lightening Essence sebesar kacang pea di atas hujung jari dan sapukan pada seluruh kulit muka.

2.

Lightening SunBlock with SPF 40+

Sunblock untuk melindungi kulit dari sinaran suria. Untuk melambatkan proses penuaan kulit dan juga mengurangkan kesan parut hitam jerawat. Sapukan pada muka setiap kali terdedah pada cahaya matahari. Boleh dipakai pada waktu malam untuk mencerahkan dan melembabkan

kulit.

Mengandungi

vitamin

C

Ester

untuk

pencerahan kulit dan anti-oksidan.

47

Untuk Rawatan Jerawat Yang Lebih Serius

_______________________________________________________________________________________

Krim Vitamin A Sebaiknya mulakan dengan kepekatan yang terendah dahulu, contohnya 0.025%. Gunakan selang satu malam selama 2 minggu. Selepas 2-3 hari, kulit anda akan merasa kering dan kemudiannya mungkin akan mengelupas. Jika perkara di atas tidak terjadi dan kulit anda tidak mengelupas, maka anda bolehlah menggunakan krim Vitamin A pada setiap malam. Reaksi yang dikehendaki adalah reaksi yang ditunjukkan pada mukasurat 52.

Seperti yang telah saya katakan, kulit kita akan menyesuaikan diri dengan krim setelah beberapa waktu. Bila ini berlaku anda akan dapati kulit anda tidak lagi terasa kering atau mengelupas. Anda harus mula menggunakan kepekatan yang lebih tinggi ie 0.05%.

Sekali lagi, mulakan penggunaan selang satu malam. Ulangi tatacara seperti anda mula memakai krim 0.025%.

48

Kadangkala terdapat jenis kulit yang cepat menyesuaikan diri. Jika ini berlaku, anda mungkin perlu ke peringkat yang lebih tinggi iaitu 0.1%. Tapi ini jarang berlaku. 95% dari pelanggan saya cukup dengan kepekatan 0.05%.

Teruskan memakai krim Vitamin A sehingga jerawat dapat dikawal. Setelah jerawat tidak lagi tumbuh, anda bolehlah mengurangkan penggunaannya kepada 1 hingga 2 kali seminggu. Seperti yang telah diterangkan pada bab terdahulu di dalam e-buku ini jerawat mungkin akan lebih banyak pada 4 hingga 6 minggu pertama apabila menggunakan krim ini. Krim Vitamin A ini lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai jerawat lebih kepada komedon contohnya whitehead dan blackhead. Bagi mereka yang mempunyai jerawat yang bernanah, bengkak-bengkak dan merah, harus menggunakan krim yang mengandungi Benzoyl Peroxide bercampur Antibiotic. Saya mengesyorkan Rawatan Ais dan Duac Gel seperti di bawah.

Rawatan Ais dan Duac Gel 1. Basahkan sehelai tuala muka dan sejukkannya di dalam peti sejuk. 2. Sejukkan kulit muka dengan menyapu ketulan ais pada kulit muka. 3. Bila kulit muka terasa sejuk dan selesa, lap kulit muka sehingga kering. 4. Sapukan secara nipis Duac Gel yang telah disejukkan di dalam peti sejuk pada keseluruhan muka. (Duac Gel hendaklah sentiasa diletakkan dalam peti sejuk.) 5. Elakkan Duac Gel daripada terkena pada mana-mana bahagian rambut. 6. Selepas memakai Duac Gel, ambil tuala muka yang telah disejukkan dan letakkan pada muka selama selama 10 minit sahaja.

49

7. Selepas 10 minit, lap muka dengan tuala untuk membersihkan Duac Gel daripada kulit muka dan bolehlah anda tidur. Lap dan bersihkan sedikit-sedikit sahaja. Biarkan gel yang tertinggal pada kulit muka bertindak sewaktu anda tidur.

Lakukan langkah-langkah ini selang satu malam selama 2 minggu. Jika kulit tidak mengalami radang atau tidak terlalu merah, maka bolehlah teruskan membuat rawatan ais setiap malam. Lakukannya sehingga jerawat tidak lagi tumbuh. Untuk memudahkan anda, anda boleh membuat bongkah ais di dalam cawan polystyrene seperti gambar di bawah. Bila ais sudah mengecil, anda boleh koyakkan sahaja bahagian atas cawan. Dengan cara ini tangan anda juga tidak sejuk bila memegang cawan ais.

Letakkan air sehingga betul-betul penuh dan bekukan. Bila air membeku, ais akan menjadi bentuk dome dan ini menyenangkan anda menyapu ais pada mula.

50

Mengenali Dan Mengelakkan Terlebih Rawatan (Over Treatment)

_______________________________________________________________________________________

Tujuan rawatan kita adalah supaya kulit muka kering dan mengelupas. Pada reaksi peringkat awal, kulit akan menjadi merah, pedih dan radang sedikit. Kemudian ianya akan mengelupas. Over treatment adalah apabila anda melihat kulit anda menjadi sangat merah, sakit dan merasa sangat tegang hingga anda rasa kulit anda akan koyak jika anda bercakap atau senyum.

Sebelum dan selepas.

Tetapi anda tidak perlu risau dan panik. Apa yang anda perlu buat ialah hentikan serta merta semua rawatan untuk tiga hingga lima hari dan pakai krim pelembab atau yang lebih baik, krim steroid yang tidak terlalu kuat. Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan krim steroid ini. Kemudian selepas keadaan itu stabil, anda bolehlah mulakan semula rawatan jerawat anda. Tetapi, dinasihatkan supaya berhati-hati dan kurangkan kekuatan ubat/krim yang digunakan.

Jadi, bagaimana sepatutnya ? Hasil daripada rawatan yang kita mahu adalah pengelupasan yang lembut (gentle dry peeling).

51

Kalau dilihat sekali imbas, memang tidak perasan pun kulit sedang mengelupas. Tetapi jika dilihat secara dekat barulah anda akan perasan.

Close up pada bahagian pipi untuk menunjukkan mild soft peeling.

Pada peringkat awal rawatan, adalah lebih elok jika anda dapat menunggu seketika selepas mencuci muka dengan pencuci sebelum memakai toner. Ini adalah untuk memberi masa pada kulit muka mengeluarkan minyak semulajadi kulit sebelum memakai toner yang akan membersihkan lagi sel-sel mati dari kulit anda. Selalunya kita membersihkan muka bila mandi. Bila hendak tidur barulah kita menggunakan toner dan semua krim. Itulah juga apa yang saya buat untuk penjagaan muka saya sendiri.

Boleh pakai Moisturizer atau tidak? Elakkan dari memakai Moisturizer semasa rawatan. Ini adalah kerana, harus diingat, rawatan jerawat memerlukan kulit menjadi kering dan sedikit menggelupas. Jika anda memakai Moisturiser, kulit tidak mengelupas dengan sempurna. Jangan sekali-kali membasahkan muka dengan air untuk mengurangkan rasa ‘kering’ pada kulit. INGATAN! Jangan terlalu kerap membasuh muka. Ini akan menyebabkan kulit menggelupas sebelum masanya dan akan meninggalkan kesan parut.

52

Bila Saya Boleh Berhenti Dari Memakai Produk? Pemakaian produk secara berdisplin dan juga kecekalan diri adalah dua faktor penting memastikan jerawat boleh dikawal. Secara umumnya, jerawat mengambil masa 8 – 12 minggu untuk dikawal. Kecuali jerawat jenis ‘whitehead’. Jerawat ini memang susah untuk dikawal dan mungkin memakan masa 6 – 9 bulan. Bila kulit anda sudah mula bersih dari jerawat, anda perlu kekalkan cara rawatan tersebut sehingga 2 – 3 bulan tanpa lalai sedikit pun.

Kulit yang licin dan bersih

Selepas itu, anda bolehlah mula mengurangkan frekuensi pemakaian krim/jel jerawat. Namun kekalkan pemakaian Facial Cleanser dan Toner setiap hari. Contohnya: Jika anda memakai krim setiap malam, turunkan ke selang satu malam. Lakukan begitu selama 2 – 3 bulan juga. Jika jerawat masih boleh dikawal, turunkan lagi kepada hanya 2 kali seminggu. Cara ini akan berlarutan sehingga anda sudah terkeluar dari ‘Umur Jerawat’ anda.

53

INGATAN! Jerawat adalah sejenis penyakit kronik seperti juga Kencing Manis dan Darah Tinggi.

Bagi kaum lelaki, umur jerawat anda selalunya adalah awal atau pertengahan 20-an. Bagi wanita pula, agak susah dijangkakan. Selalunya pertengahan 20 tetapi boleh juga berlanjutan sehingga pertengahan 40.

54

Tips Menambah POWER Pada Rawatan

_______________________________________________________________________________________

1. Meningkatkan keberkesanan rawatan a) Cuci muka sebelum memulakan rawatan jerawat. Inilah masanya untuk menggunakan Cleanser. b) Sapu produk rawatan dengan lebih kerap. Ini dengan syarat anda telahpun menggunakan rawatan seperti yang disarankan dan anda masih belum mencapai peringkat pengelupasan kulit, anda bolehlah menggunakan produk dengan lebih kerap. Produk-produk rawatan yang telah disebutkan memberi kesan yang terbaik pada tiga hingga empat jam setelah disapu. Jadi jika perlu, cuci dulu kulit muka selepas empat jam dan pakai kembali krim/jel rawatan. Jika masa mengizinkan, seperti di hujung minggu, lakukan sepanjang hari. Tapi mesti ikut syarat di atas. Jangan lakukan untuk mendapat kesan yang lebih cepat. Ianya tidak akan berkesan. Mesti beri masa untuk kulit bertindak. JANGAN dera kulit anda. Anda tidak akan berjaya. c) Gunakan ais – Seperti yang disarankan oleh Doktor, penggunaan ais akan menyebabkan penyerapan produk lebih baik. Ais juga akan mengurangkan radang pada kulit. Caranya: Ambil cawan Styrofoam, isikan air sehingga betul-betul penuh. Letakkan ke dalam peti sejuk di bahagian freezer. Air akan mengembang apabila sampai ke tahap beku. Ianya akan membentuk dome pada bahagian atas cawan. Ambil dan sapukan ais pada kulit muka selama dua hingga tiga minit pada kulit yang hendak dirawat atau kulit yang sedang radang (merah). Lakukannya sekali atau dua kali sehari.

55

Koyak Styrofoam untuk mendedahkan ais.

d) Jika terdapat jerawat yang degil pada bahagian belakang atau dada, cuba tutupkan dengan plastik/ plaster setelah meletakkan krim/jel. Jangan terlalu banyak, cuma satu lapisan nipis. Ingat! Teknik ini hanya untuk jerawat degil di belakang atau dada sahaja. Jangan sekali-kali buat pada kulit muka.

2. Memicit jerawat dengan betul a) Hanya boleh dilakukan setelah melalui rawatan dengan produk rawatan selama sekurang-kurangnya 3 minggu. Beri

masa untuk produk melembutkan kulit dan

melonggarkan plug kulit pada liang kelenjar. b) Pastikan jerawat mana yang boleh dipicit. Jerawat jenis Blackhead boleh dipicit. Whitehead juga boleh dengan syarat ianya dekat dengan permukaan kulit dan anda mempunyai jarum yang sterile (bersih) untuk membuka kulit liang bahagian atas. Jika jerawat merah dan bengkak, jangan sekali-kali picit. Gunakan teknik ais untuk mengecutkannya dahulu.

Red Swollen Pimple – Jangan Picit!

56

b) Gunakan alat yang betul.

Dapatkan alat pemicit jerawat ini di DrHasseenah.com sekarang

3. Mengambil supplement seperti Multivitamin bersama mineral dan Omega 3 Multivitamin jila diambil bersama mineral akan membekalkan zat yang perlu untuk merawat kulit kulit yang rosak akibat jerawat dan Omega 3 berupaya untuk mengawal keradangan pada kulit. Contoh produk ialah seperti di bawah. Dapatkannya di www.DrHasseenah.com sekarang.

4. Mengambil Zinc Tablet Pada setengah individu, Zinc Tablet mungkin boleh menolong. Ini terutamanya pada mereka yang mempunyai jerawat yang bengkak dan merah. Zinc boleh melegakan radang pada kulit.

57

Zinc Tablet – Boleh didapati di farmasi

Caranya: Mulakan dengan pengambilan 100mg sehari. Anda sepatutnya dapat melihat kesan jerawat yang semakin mengecut dan kurang merah dan bengkak, dalam masa 6 minggu. Jika ada kesannya, sambung makan sehingga enam bulan. Jika tidak, tunggu sehingga 3 bulan, jika tiada kesan juga, berhenti makan.

5. Diet Amalkan diet seperti yang telah saya senaraikan di Bab Bahagian 2 – Rawatan Dalaman.

6. Mulakan Program Senaman Mulakan program senaman yang mudah dan ringkas. Ianya mestilah aktiviti yang anda suka dan ringkas supaya anda mudah untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu. Cuba senaman aerobik, jogging,berenang, badminton, tenis atau apa saja sukan yang anda minati. Yang paling penting, lakukan.

Senaman sahaja tidak akan menghilangkan jerawat anda tetapi senaman adalah penghilang tekanan yang amat berkesan. Ia juga pencuci (cleanser) yang hebat. Bila anda berpeluh, setiap liang akan dibersihkan.

58

7. Tidur yang mencukupi (7 – 8 jam sehari) Badan kita memerlukan rehat yang mencukupi untuk proses pemulihan. Badan hanya boleh dipulihkan sewaktu kita tidur. Oleh itu, amat penting untuk mendapatkan tidur yang cukup. Amat sukar untuk mengawal jerawat jika anda berjaga malam dan tidur siang hari.

8. Kurangkan tekanan (stress) yang menghantui anda Cuba kurangkan stress dalam hidup anda. Tidak mungkin kita dapat menghapuskan stress secara total dalam hidup kita kerana ujian hidup akan silih berganti. Apa yang kita boleh lakukan adalah mengurangkannya. Caranya: 1) Berbincang dengan sesiapa saja yang anda percayai. Kadangkala orang luar akan dapat melihat dengan jelas masalah kita hadapi dan memberi pandangan yang berbeza. 2) Jika ada masalah, cuba senaraikan satu persatu dan leraikan lagi menjadi sub-sub tajuk. Seperti pepatah Inggeris – How do you eat an elephant? Bit by bit. Just like you eat anything else. You do not swallow the whole elephant. That’s ridiculous! 3) Belajar menerima apa yang kita tidak boleh ubah dan tumpukan pada apa yang kita boleh ubah. Contohnya – anda tidak boleh mengawal kesesakan kenderaan untuk ke tempat pada waktu pagi, tetapi sebagai penyelesaiannya, anda boleh turun awal untuk mengelakkan kesesakan. 4) Belajar bertolak ansur dengan orang di sekelliling anda. Anda tidak perlu sentiasa jadi sempurna.

59

5). Seimbangkan di antara pekerjaan dan beriadah. Cuba relaks dan beri tubuh badan serta minda anda untuk berehat. Cari tempat-tempat menarik untuk bercuti. Saya sarankan tempat-tempat pelancongan alam semulajadi. Ini kerana, alam semulajadi adalah medium yang paling berkesan untuk menenangkan minda anda.

Pekerjaan dan riadah harus diseimbangkan.

6) Belajar teknik-teknik untuk menenangkan minda dan tubuh badan. Terdapat banyak teknik-teknik yang anda boleh dapatkan melalui bacaan buku dan Internet.

60

Saya Sudah Melakukan Seperti Yang Diterangkan Tetapi Mengapa Jerawat Masih Juga Keluar?

_______________________________________________________________________________________

Bab ini dikhususkan untuk mereka yang mempunyai jerawat yang degil. Ya, mungkin degil, tapi tidaklah mustahil untuk dikawal. Jangan putus asa. Satu perkara penting yang anda perlu ingat ialah untuk rawatan jerawat yang berkesan, kulit mesti mengelupas! Bukanlah bermakna pengelupasan kulit itu yang menyembuhkan jerawat anda tetapi ianya merupakan indicator yang bagus yang menunjukkan apa yang anda pakai sebenar-benarnya telah meresap jauh ke dalam kulit dan telah melepasi the skin barrier.

1. Review atau periksa kembali jadual rawatan jerawat anda. 

Adakah anda telah melakukan tip-tip untuk mendapat keputusan yang lebih POWER seperti yang telah diterangkan di atas?



Adakah anda telah melakukan rawatan dengan cara konsisten dan mencuba kepekatan bahan yang lebih tinggi?



Adakah anda konsisten pada minggu pertama dan kedua tetapi mula lemah semangat dalam minggu ketiga bila tidak nampak kesan yang diharapkan dan mula tidak konsisten?



Adakah anda melakukan langkah-langkah rawatan pada hari minggu tapi lalai pada hujung minggu?



Kebanyakan orang tidak faham tentang kesan Vitamin A pada kulit dan jerawat. Krim Vitamin A sangat-sangat berkesan dalam merawat jerawat.



Malangnya, salah satu kesan daripada memakai Vitamin A ini adalah kulit akan menjadi sedikit merah, kering dan mengelupas. Dan yang paling ditakuti oleh pesakit jerawat ialah, kemungkinan jerawat semakin banyak keluar. Bila ini berlaku, amat ramai sekali akan terus membuang krim tersebut dan mengatakan yang krim yang dibeli tidak

61

berkesan dan mereka mencari krim yang baru. And this will go on and on until they finally give up. Sangat menyedihkan! 

Lagi satu kebimbangan yang saya selalu dengar adalah, “Kulit saya sensitif. Tidak boleh memakai krim sebarangan.”



Jadi apabila kulit mula merah dan mengelupas, mereka menjadi panik dan takut. Mereka akan berhenti rawatan and lebih teruk lagi, mereka tidak pergi berjumpa dengan doktor yang memberi rawatan kerana beranggapan yang doktor telah tersalah memberi ubat atau anda alah pada ubat yang diberi. Perkara terbaik ialah, telefon atau SMS sahaja doktor tersebut.



Perkara lain yang terbaik ialah, anda sendiri perlu memahami perbezaan allergic reaction dan normal and expected reaction.



Jika ingin tahu samada kulit anda alah pada apa-apa bahan, kulit anda akan menjadi merah dan akan timbul melepuh (air di bawah kulit). Ini menandakan anda memang alah pada krim tersebut.



Reaksi ini selalunya berlaku pada hari ke-2 atau ke-3 setelah anda memakai krim tersebut.



Reaksi yang normal dan memang dijangkakan adalah kulit akan menjadi sedikit merah bila terdedah pada matahari. Pada hari ke-2 atau ke-3, kulit akan mula merasa tegang, kering dan bagi sesetengah individu, ianya akan mula menggelupas.



Sekali lagi saya ingin mengingatkan, tahap mengelupas yang kita mahu adalah gentle dry peeling. Bukan pengelupasan yang keterlaluan.

62



Sila rujuk kembali bab Mengenali dan mengelakkan terlebih rawatan (overtreatment).

2. Review atau lihat kembali cara hidup dan aktiviti harian anda. Mungkin terdapat aktiviti di dalam kehidupan harian anda yang menghalang jerawat dari terkawal. Cuba telitikan: 

Adakah anda ada mengambil pil hormon? Contohnya pil perancang.



Adakah anda masih menggunakan mekap yang lama yang mungkin menyebabkan jerawat lagi teruk atau susah dikawal?



Adakah anda bekerja megikut shift? Mungkin pertukaran shift menyebabkan stress pada badan anda dan seterusnya menyukarkan pengawalan jerawat.



Adakah anda baru bertukar tempat kerja atau mendapat tugas yang baru? Itu juga boleh menyebabkan stress pada badan anda.



Adakah anda tidur dengan cukup? Badan yang tidak cukup rehat akan menyebabkan stress.



Adakah anda terlibat dalam competitive sport yang menambahkan stress pada anda?



Adakah anda ada menyentuh apa-apa bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan menumbuhkan jerawat lebih cepat daripada anda dapat mengawalnya?



Adakah anda ada membuat aktiviti luar yang menyebabkan anda terdedah ada sinaran UV lebih daripada biasa? Sesetengah individu amat sensitif dengan sinaran UV. Oleh itu, saya menyarankan, jika anda tidak dapat mengelakkan diri dari terdedah pada sinaran UV, anda seharusnya memakai sunblock, tanpa lupa untuk memakainya! Iaitu, setiap kali anda keluar dan pakai semula selepas 3 – 4 jam. Pakai topi yang boleh menutup bahagian wajah anda.



Salah satu sebab yang paling utama jerawat susah dikawal adalah tabiat picking iaitu mengorek dan memicit serta mengopek jerawat. Hentikan tabiat ini jika ada!

63

Memicit dan mengorek jerawat akan meninggalkan kesan parut 

Adakah anda ada mengambil supplement/makanan tambahan yang menghalang jerawat dari sembuh?

Tablet iodine dan gula-gula Horlicks

3. Menyembuhkan dan mengawal jerawat dibawah pengawasan dan bantuan doktor Di bawah ini saya senaraikan sembilan rawatan tambahan yang mungkin akan disarankan oleh doktor anda untuk mengawal dan menyembuhkan jerawat anda. 1) Benzoyls Peroxide Gel/Cream 2) Krim vitamin A 3). Gel atau krim antibiotik 4) Tablet atau kapsul antibiotik 5) Pil perancang.

64

6) Extraction 7) Suntikan steroid pada jerawat ‘batu’ 8) Membekukan jerawat yang besar dan merah dengan menggunakan liquid nitrogen. Tetapi, ini adalah amat jarang sekali dilakukan.

Rawatan liquid nitrogen

9) Pil accutane – Ubat ini merupakan langkah terakhir untuk mengawal jerawat yang degil. Ini adalah kerana pil ini mempunyai banyak kesan sampingan.

Contoh pil accutane

65

Rawatan Parut Jerawat

_______________________________________________________________________________________

Apakah pilihan rawatan terbaik untuk jenis-jenis parut jerawat? Jika dilihat didalam akhbar serta media televisyen, tidak terkecuali media Internet, kita dapati terdapat terlalu banyak cara yang dicadangkan. Tetapi persoalannya, yang manakah yang terbaik untuk parut jerawat yang khusus untuk anda? Semuanya bergantung kepada jenis dan betapa dalamnya parut tersebut. Untuk perbincangan ini, saya bahagikan kepada : 1. Parut Berlubang – Icepick dan Saucer-shaped 2. Keloid – Parut timbul dan berbonjol 3. Bekasan hemosiderin – Parut gelap/kemerahan

Parut berlubang – Icepick

Untuk parut Icepick, rawatan yang terbaik adalah punch excision. Kaedah ini dilakukan dengan cara menggunakan satu alat untuk memotong sebahagian kulit yang terlibat. Ini adalah seperti yang dilakukan terhadap kulit bermasalah seperti kanser di mana sebahagian kulit dipotong untuk dikaji. Cuma untuk rawatan parut jerawat jenis ini, sebahagian kulit

66

yang berparut dipotong dan dikeluarkan dengan alat seperti penekap biskut (cookie cutter) untuk menggalakkan pertumbuhan kulit baru untuk menutup kulit yang berparut yang telah dikeluarkan. Cara ini dilakukan hanya jika anda mempunyai parut yang dalam tetapi sedikit. Jika terlalu banyak, cara ini tidak praktikal. Terdapat satu lagi cara iaitu dengan cara subcision dan diikuti dengan filler. Kaedah ini adalah dimana jarum dimasukkan kebawah parut dan melepaskan tisu yang menarik permukaan kulit yang menyebabkan parut terbenam. Ini kemudiannya diikuti dengan menyuntik filler iaitu sejenis bahan ke bawah lapisan kulit untuk menimbulkan bahagian yang terbenam. Cara ini agak tidak praktikal kerana filler yang digunakan terpaksa disuntik selepas beberapa waktu kerana akan diserap oleh kulit. Jika filler yang digunakan bersifat kekal, ianya boleh menimbulkan reaksi alahan (allergic) pada kulit selepas beberapa lama tertanam dibawah kulit.

Parut berlubang – Saucer Shaped

Rawatan untuk parut ini lebih luas tetapi setakat ini, rawatan yang terbaik adalah dengan menggunakan laser Fractional CO2. Laser yang lain tidak berkesan atau akan memerlukan sesi yang lebih kerap dan ini akan memakan belanja yang besar. Mikrodermabrasion hanya berkesan untuk parut seperti ini yang cetek dan tidak terlampau dalam. Pengelupasan menggunakan kimia (chemical peel) juga boleh membantu.

67

Parut Keloid

Parut ini lebih cenderung untuk berlaku di kawasan dagu, rahang dan dibahagian atas dada. Cara rawatan yang telah dicuba dan mendatangkan hasil yang agak memuaskan adalah dengan memberi suntikan steroid kebawah lapisan kulit parut tersebut. Rawatan ini agak menyakitkan dan memerlukan beberapa sesi. Boleh meninggalkan kesan merah. Penggunaan laser juga boleh membantu untuk melembutkan parut.

Parut bekasan hemosiderin – Parut merah/gelap

Laser Pulsed Dye memberikan kesan yang paling baik tetapi kosnya amat tinggi. Cara yang lebih ekonomi tetapi masih memberi kesan yang memuaskan adalah dengan membuat chemical peel untuk beberapa sessi dan diikuti dengan memakai krim yang mengandungi hydroquinone. Walaubagaimanapun, chemical peel dan krim hydroquinone haruslah diberikan oleh mereka yang bertauliah dan berpengalaman kerana ianya juga boleh menimbulkan komplikasi.

68

Kesimpulannya – walau apa cara sekalipun, kita tidak akan dapat memulihkan parut 100 peratus kepada kulit asal sebelum berparut. Oleh itu, mencegah lebih baik dari merawat.

69

10 Kesilapan Biasa Pesakit Jerawat

_______________________________________________________________________________________

1. Mengharapkan keajaiban Janganlah menyangka jerawat anda akan hilang secara ajaib dalam masa beberapa hari. Terdapat ramai di luar sana yang menjanjikan jerawat boleh hilang dalam masa 2 – 3 hari. Yang sebenarnya, berilah masa untuk kulit anda membaikpulih. Kulit memerlukan 30 – 40 hari untuk matang. Mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan produk baru yang anda perkenalkan. Kemudian mereka perlu bekerjasama dengan produk tersebut untuk memberi hasil yang terbaik. Beri masa untuk kulit anda. Kesan yang paling cepat saya pernah lihat adalah 2 minggu dan yang paling lama adalah 5 bulan.

2. Tidak konsisten Dalam apa jua usaha yang kita inginkan hasil yang lumayan, usahanya juga haruslah kuat dan konsistan. Jika kita tidak konsisten, kita tidak akan berjaya dalam apa sekalipun. Mungkin akan ada hari yang anda merasa penat dan malas untuk membersihkan muka dan memakai krim, tetapi ingat, kulit kita tidak pernah malas dan akan terus mengeluarkan sebum dan sel-sel yang telah mati yang akan menutup liang kulit anda!

3. Mengharapkan hasil dengan cepat Setiap perkara ada tempoh masanya. Begitu juga kulit anda. Ia memerlukan masa untuk pulih.

70

4. Sering bertukar produk Terlalu cepat putus asa dengan produk atau set yang dipakai. Seperti yang dinyatakan, kulit memerlukan masa 30 – 40 hari untuk matang. Sebenarnya, masa yang sama juga diperlukan untuk melihat keberkesanan sesuatu produk itu.

5. Malaslah, kawan pakai OK je. Saya pakai tiada kesan pun Jangan cepat putus asa. Apa yang baik untuk kawan kita tidak semestinya baik untuk kita. Teruskan mencari apa yang sesuai untuk anda.

6. Tidak mengikut tatacara dengan betul Setiap produk ada cara penggunaannya. Lebih banyak penggunaan bukan bermakna lebih cepat baik!

7. Mungkin yang ini lebih baik Suka mencuba atau melakukan eksperimen pada muka. Ini bukan bermakna anda tidak boleh mencuba sesuatu yang baru. Apa yang saya maksudkan adalah, bila anda telah menjumpai set produk yang sesuai untuk anda, lebih bagus anda kekalkan mengguna produk tersebut! Jangan mudah bertukar daripada satu produk ke satu produk yang lain.

8. Terlalu kasar pada kulit Berlembutlah dengan kulit anda. Jangan menggunakan scrub sewenang-wenangnya pada kulit muka anda. Menggosok terlalu kuat akan menghilangkan lapisan perlindungan semulajadi pada kulit anda. Bila mencuci muka contohnya yang ada blackhead, jangan scrub dengan harapan ia akan keluar dengan scrubbing. Anda hanya akan boleh mengeluarkannya dengan mempercepatkan pertumbuhan sel dan ia akan keluar dengan sendirinya.

71

9. Lebih banyak menyapu atau mengambil ubat lebih berkesan Ini adalah satu anggapan yang salah. Banyak tidak semestinya berkesan, malah kadangkala boleh membawa kesan sampingan akibat terlebih dos. Dengarlah nasihat doktor anda. Pakailah mengikut tatacara yang dinasihatkan.

10. Terlalu cepat putus harapan Jangan terlalu cepat berputus asa. Mungkin juga produk yang anda ada sekarang sesuai untuk anda, Cuma cara memakainya atau dosnya yang perlu diambil secara terkawal. Berikan masa enam hingga lapan bulan untuk melihat kesan sesuatu kaedah dan produk yang anda cuba.

72

Penutup

_______________________________________________________________________________________

Sebelum saya mengakhiri e-buku ini, saya ingin mengingatkan sekali lagi tujuh fakta penting: 1. Jerawat boleh dikawal. 2. Tidak mustahil untuk mengawal jerawat. 3. Jerawat tumbuh dari dalam dan ianya mengambil masa tiga bulan untuk keluar ke

permukaan kulit. 4. Rawatan yang berdisiplin dan berkekalan adalah kunci untuk mengawal jerawat. 5. Jerawat adalah penyakit kronik seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ianya

boleh dikawal tetapi agak sukar diubati. 6. Jangan picit jerawat anda untuk mengelakkan parut kekal. 7. Jangan putus asa dalam merawat/mengawal jerawat. Jika anda merasakan seakan berputus

asa, cuba teruskan untuk tempoh sebulan lagi atau lebih baik, pergi berjumpa doktor.

Selamat Mencuba Dan Mengawal Jerawat Anda. Saya Yakin Anda Akan Berjaya Dengan Usaha Yang Betul Dan Berkekalan. Yakinlah Bahawa Anda Boleh Mengawal Jerawat Anda!

73

Koleksi Gambar Pelanggan Yang Telah Saya Rawat

_______________________________________________________________________________________

“Saya mengalami masalah jerawat sejak tingkatan satu. Saya tidak pernah peduli dengan penjagaan kulit kerana tiada orang yang menasihati. Sejak kerja, jerawat semakin teruk dan saya mula mencari tempat untuk rawatan. Secara tidak sengaja saya ternampak Klinik Doktor Hasseenah dan terus buat temujanji. Rawatan pertama memang sakit tapi mula menampakkan perubahan. Selepas 4 kali rawatan, walaupun terpaksa berbelanja lebih tapi saya puas hati. Masalah jerawat dah berkurang dan kulit kembali normal. Terima kasih doktor!” Nurul Haanim Perunding Insurans

“Dulu saya mengalami masalah jerawat batu yang teruk di muka. Jerawatnya berair, bernanah dan kadang-kadang ada yang berdarah. Muka rasa gatal-gatal dan sakit apabila ditekan. Keadaan ini membuat saya rasa sungguh tidak selesa, tambahan lagi apabila guru-guru di sekolah mula menegur tentang jerawat saya. Kini Alhamdulillah setelah menjalani rawatan di Klinik Jerawat dan Jeragat Dr Hasseenah muka saya sudah tidak kelihatan kemerahan lagi. Kaedah rawatannya cukup mudah dan berkesan. Saya sangat berpuashati dan gembira apabila ada rakan mengatakan bahawa muka saya sudah licin. Terima kasih doktor.” Muhammad Afiq bin Salehuddin Pelajar

74

75

Mengenai Produk Formula Dr Hasseenah

_______________________________________________________________________________________

Produk Rawatan Jerawat Formula Dr Hasseenah adalah daripada hasil kajian dan pencarian produk yang ideal dan sesuai dengan jenis jerawat serta pesakit-pesakit saya. Formula ini saya yakini ianya berkesan untuk mengawal dan mencegah serangan jerawat yang dialami pesakit. Namun yang pentingnya, ianya mampu dibeli oleh semua orang. Produk ini adalah hasil daripada pengilang tempatan yang terbaik dan sesuai dengan keadaan kulit orang Asia. Saya pernah mencuba produk keluaran luar negara, namun kebanyakannya adalah tidak sesuai dengan iklim tropika dan tidak memberi kesan yang terbaik untuk pesakit. Produk ini sudahpun berada di pasaran sejak awal tahun 2011. Jika anda berminat untuk mencuba, sila dapatkan Produk Formula Dr Hasseenah melalui laman web saya DrHasseenah.com. Saya masih lagi melakukan kajian untuk mengeluarkan lebih banyak produk rawatan kulit. Pada masa hadapan, saya akan memperkenalkan Pembersih Jerawat dan Losyen Jerawat yang lebih berkesan dan sesuai dengan penggunaan tempatan.

76