* *;S~E~~. ~LDKAN

Download 16 Apr 2009 ... kajian ini diadakan bertujuan mengetahui pilihan makanan yang tinggi kalon oleh kanak-kanak sekolah ... Seramai 411 orang p...

0 downloads 168 Views 3MB Size
PUM

99:1

L lTVERS ITI MALAYSIA SABAH

1-JAJA-\.\

] AZAH: .

~/IJA

.U vM '!:¥... I

SESI PENG AJIAN:

S. ~(X)S

)

.:2..009

;a ya_-==O:.,:...t-J_9::l.!..----'---L'"P-=O-.:...R-'------'--l-'--'f\-f-'--_ _---::=-=-=::-:-:=~:-:--:=-:-----------_ _ __ (HURUF BESAR) nengaku membenarkan tesis (LPS/ Sarjana/ Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah lengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmil1lc Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA Rf\HSIA RASMI 1972) SULIT

(Mengandungi maklurnat TERHAD yang telab ditentukakan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

v -J

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

~ (TANDATANGAN PENULIS)

1:' Ja.\qt\

cKQ.~,,\~c;. _ 1_ _,

---=10~\I\a.y) _ I},t\~sa'" ~\o..)

~I:{~O Mosal

-amflJ Tetap:

>

PUST AKA WAN)

1

1'" - S.ha'A~-\-i 0

~\N '"

:r

rt\\,\ \IV\

Nama Penyelia

:___:J l> herr .

Tarikh:_:!}

Mqj

~CJo9

-------------------------------------------------------------------------------*

Po tong yang tidak berkenaan.

* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD,

sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT

*

*;s~E~~.~~ldkan

penyeh£~an,

sebagai tesis bagi Ij azah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ata' disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM)

PERSEPSI DAN PIUHAN MAKANAN BERKALORI TINGGI OI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH 01 KOTA KINABALU, SABAH

ONG POR liM

TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN

SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN UNIVERsm MALAYSIA SABAH

2009

PENGAKUAN Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

16 APRIL 2009

Ong Por Lim HN200S-1053

ii

NAMA

ONG PORLIM

NO. MA1RIK

HN200S-10S3

TAJUK

PERSEPSI DAN PIUHAN MAKANAN BERKALORI TINGGI 01 KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH 01 KOTA KINABALU, SABAH.

IJAZAH

SARJANA MUDA SAINS MAKANAN OENGAN KEPWIAN

TARIKH VIVA :

1SMAY 2009

OISAHKAN OLEH 1. PENYELIA (Tandatangan)

(Pn. Shalawati @ Salwa Ibrahim)

2. PEMERIKSA I (Dr. Yasmin B. H. Ooi)

3. PEMERIKSA II (Datin Rugayah Issa)

Ad-.

4. DEKAN (Prof. Madra Dr. Mohd Ismail AtxJullah) iii

(Tandatangan)

PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi dan jutaan terima kasih kepada penyelia tesis saya iaitu Puan Shalawati @ Salwa Ibrahim. Beliau telah memberi banyak bimbingan dan pertolongan kepada saya sejak awal penulisan tesis ini. Selain itu, saya ingin memberikan penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang membenarkan saya menjalankan kajian. Ucapan terima kasih juga ingin disampaikan kepada semua pihak dan guru daripada enam buah sekolah yang dijalani kajian. Mereka ialah Cikgu Has/ina daripada Sekolah Kebangsaan Luyang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mutiara, Puan Florence, Penolong Kanan Sekolah Jenis Kebangsaan St. James, Puan Dora, Cikgu Borhan daripada Sekolah Kebangsaan Darau, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gudon, En. Guin dan Penolong kanan Sekolah Jenis Kebangsaan Good Shepherd, Puan Sia. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada saya. Penghargaan juga ingin disampaikan kepada semua pihak yang membantu saya untuk mengumpulkan data. Akhir sekali, penghargaan disampaikan kepada semua pihak yang membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung dan juga semua responden yang menyertai kajian ini. Sekian, terima kasih.

IV

ABSTRAK

~--

-

J

kajian ini diadakan bertujuan mengetahui pilihan makanan yang tinggi kalon oleh kanak-kanak sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah, dan juga persepsi mereka tentang makanan berkalon tinggi, keburukan yang akan dihadapi oleh mereka sekiranya mereka memakan makanan tersebut dengan kuantiti yang banyak dan juga perbandingan di antara kanak-kanak yang berada di kawasan bandar dan luar bandar. Kaedah lukis-dan-tulis digunakan untuk menilai tahap pengetahuan kanak-kanak tentang keburukan makanan yang kurang sihat. Seramai 411 orang pelajar terlibat di dalam kajian ini. Keputusan ujian Khi-Kuasa Dua (X2) dan ujian Mann Whitney U menunjukkan terdapat perkaitan dan perbezaan (p < 0.5) antara pelajar di kawasan bandar dan luar bandar tentang persepsi dan pilihan makanan yang berkalon tinggi oleh mereka. Keputusan kaedah lukis-dan-tulis dianalisakan dengan menggunakan ujian KhiKuasa Dua (.X2) dan secara kualitatif. Terdapat perkaitan (p < 0.5) di antara pelajar di kawasan bandar dan pelajar di kawasan luar bandar tentang ketepatan konsep. Lukisan-Iukisan tersebut juga mencadangkan bahawa fikiran ataupun persepsi seseorang kanak-kanak tentang kesan terlebih makan makanan yang berkalon tinggi adaJah berdasar1
v

ABSTRACT

This survey was aim to know the food choices of the primary school children in Kota Kinabalu, Sabah and also their perception of high caloriC foods, as well as the negative effects they get after consuming a large number of high caloric foods. There is also a comparison between the children from rural area and the children- fivm urban area of Kota Kinabalu. Draw-and-Write technique is used in this research to access the knowledge of the children about the negative effect of unhealthy foods. A total of 411 school children are participated in the research. The results of Chi Square test (X2) and Mann-Whitney U test suggested that there is relation and significant differences (p < 0.5) between the school children fivm rural area and urban area of Kota Kinabalu in their perceptions and choices ofhigh caloric food. Results fivm draw-and-write technique analyzed by using Chi Square test (X2) and qualitative analysis showed that there is relation (p < 0.5) between the school children from rural area and urban area of Kota Kinabalu in their concept of the effect of high caloric foods. The drawings also suggested that the perception of a children towards the effect of over-consuming high caloric foods are highly depends on their knowledge and imaginations.

VI

SENARAI KANDUNGAN Halaman

TAJUK PENGAKUAN

ii

PENGESAHAN

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

SENARAI KANDUNGAN

vii

SENARAI lADUAL

x

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI LAMPIRAN

xii

SENARAI SINGKATAN I SIMBOL

xiii

BAB 1: PENGENALAN

1

1.1

Pendahuluan

1

1.2

Kepentingan Kajian

3

1.3

Objektif

4

1.4

Hipothesis

4 5

BAB 2: SOROTAN LITERATUR 2.1

Pengenalan kepada kalori makanan

2.2

Faktor mempengaruhi persepsi dan pilihan makanan

6

kanak-kanak 2.3

5

Indeks Jisim Tubuh (lIT) sebagai ukuran untuk kelebihan berat badan dan obesiti

7

2.4

Kaedah 'Lukis-dan-Tulis' (Draw-and-Write technique)

8

2.5

Vegetarianisme dan obesiti

9

2.6

Pendidikan pemakanan dan kesihatan

10

2.7

Piramid makanan

12

2.7.1

Kumpulan bijirin

12

2.7.2

Kumpulan sayur-sayuran

13

2.7.3

Kumpulan buah-buahan

13

2.7.4 Kumpulan hasil daging, ternakan, ikan, telur dan

V11

kekacang

14

2.7.5

Kumpulan produk tenusu

14

2.7.6

Kumpulan lemak, minyak dan gula tambahan

14 16

BAB 3: METODOLOGI 3.1

Kaedah kajian

16

3.1.1

Penilaian persepsi dengan pemberian soal selidik ringkas

16

3.1.2

Penilaian pilihan dengan pemberian pemilihan makanan

17

melalui gambar 3.1.3

Penilaian status pemakanan dengan pengukuran Indeks

17

Jisim Tubuh pelajar 3.2

Persampelan

18

3.2.1

Kumpulan sasaran

18

3.2.2

Saiz sampel

18

3.2.3

Kaedah persampelan

19

3.3

Pengumpulan data

19

3.4

Kaedah penganalisaan data

19

3.4.1

Penganalisaan keputusan soal selidik

19

3.4.2

Analisis statistik

20

3.4.3

Analisis kualitatif kaedah lukis-dan-tulis

20

BAB 4: KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

21

4.1

Keputusan demografik

21

4.2

Keputusan pengetahuan dan persepsi

23

4.2.1

Pengetahuan pemakanan

23

4.2.2

Faktor yang mempengaruhi persepsi

24

4.3

Keputusan pili han makanan

27

4.3.1

Makanan berkalori tinggi (Kumpulan A)

28

4.3.2

Makanan berkalori rendah (Kumpulan B)

28

4.3.3

Kumpulan makanan yang paling disukai

28

4.4

Keputusan nilai Indeks Jisim Tubuh

29

4.5

Keputusan kaedah lukis-dan-tulis

30

4.5.1

Penganalisaan secara kuantitatif

31

4.5.2

Penganalisaan secara kualitatif

32

Vlll

BASS: KESIMPULAN DAN CADANGAN

46

5.1

Kesimpulan

46

5.2

cadangan

47

49

RUlUKAN

IX

SENARAI JADUAL Halaman Jadual4.1

: Ringkasan keputusan data demografik.

21

Jadual4.2

: Keputusan soalan 8 (pengaruhan sensori)

25

Jadual4.3

: Keputusan pemilihan makanan yang paling disukai.

29

Jadual4.4

: Status pemakanan pelajar mengikut kategori.

30

Jadual4.5

: Keputusan tafsiran lukisan mengikut kumpulan.

31

x

SENARAI RAJAH

Halaman Rajah 4.1

: Konsep obesiti (Iukisan pelajar lelaki tahun 5, luar bandar.)

32

Rajah 4.2

: Konsep obesiti (Iukisan pelajar lelaki tahun 3, bandar.)

33

Rajah 4.3

: Konsep obesiti dan punca (Iukisan pelajar perempuan tahun 4, bandar.)

33

Rajah 4.4

: Konsep obesiti (Iukisan pelajar lelaki tahun 5, bandar.)

Rajah 4.5

: Konsep pertumbuhan badan (Iukisan pelajar lelaki tahun 5, luar bandar.)

Rajah 4.6

33 35

: Konsep perkembangan badan (Iukisan pelajar lelaki tahun 3, bandar.)

35

Rajah 4.7

: Konsep jatuh sakit (Iukisan pelajar perempuan tahun 4, bandar.)

37

Rajah 4.8

: Konsep mendapat penyakit (lukisan pelajar lelaki tahun 4, bandar.)

37

Rajah 4.9

: Konsep kerosakan gigi (Iukisan pelajar lelaki tahun 4, bandar.)

38

Rajah 4.10

: Konsep menyihatkan badan (Iukisan pelajar perempuan tahun 3, bandar.)

Rajah 4.11

39

: Konsep kombinasi perubahan bentuk badan dan kesihatan (Iukisan pelajar lelaki tahun 5, bandar.)

40

Rajah 4.12

: Konsep hidung berdarah (Iukisan pelajar tahun 3, luar bandar.)

41

Rajah 4.13

: Konsep berpeluh (lukisan pelajar perempuan tahun 4, bandar.)

41

Rajah 4.14

: Konsep gabungan emosi dan penyakit (Iukisan pelajar lelaki tahun 3, luar bandar.)

Rajah 4.15

42

: Konsep gabungan emosi dan kesihatan (Iukisan pelajar perempuan tahun 4, luar bandar.)

Rajah 4.16

43

: Konsep psikologi sekiranya gemuk (Iukisan pelajar perempuan tahun 4, bandar.)

44

Xl

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A : SURAT KElUlUSAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LAMPIRAN B : SURAT KElUlUSAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH LAM PI RAN C : KERTAS SOAl SEUDIK LAMPIRAN D : CARTA TUMBESARAN CDC LAMPIRAN E : BORANG PERSEfUJUAN

xii

SENARAI SINGKATAN I SIMBOL

%

Peratus

=

Persamaan

<

Lebih besar dari

>

Lebih kecil dan

&

Dengan

I

Atau

Kcal

Kilokalon

k.J

Kilojoule

kg

Kilogram

sm

Sentimeter

m

Meter

oc

Darjah celcius

WHO

World Health Organization

lIT

lndeks Jisim Tubuh

N

Populasi

e

Tahap kepekaan

Xl

Khi-Kuasa Dua

xiii

BABl

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Gangguan pemakanan adalah biasa di kalangan kanak-kanak dan kepentingan untuk mencapai status pemakanan yang seimbang tidak seharusnya diabaikan. Salah satu daripada masalah gangguan pemakanan tersebut adalah obesiti (Klesgs et al 1991). Obesiti di kalangan kanak-kanak telahpun mencapai tahap yang membimbangkan. Lebih kurang 17.6 juta kanak-kanak di seluruh dunia yang berumur lima tahun ke bawah menunjukkan berat badan berlebihan (Ismail, 1999). Masalah obesiti ini telahpun menular dari negara maju kepada negara yang sedang maju (Ismail, 1999).

Obesiti dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang boleh membawa maut, antaranya termasuklah penyakit kardiovaskular, sistem pemafasan, sistem endokrin, sistem pencemaan dan sebagainya (Segal, 2001). Di Malaysia, peningkatan kelaziman kanak-kanak obesiti sejajar dengan peningkatan umur kanak-kanak, iaitu 6.6 peratus berlaku dalam kanak-kanak yang berumur enam tahun dan 13.8 peratus kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun adalah obese (Ismail, 1999). Perbezaan dalam kumpulan etnik juga diperhatikan, terutamanya di antara kanak-kanak lelaki. Di mana 16.8 peratus kanak-kanak Melayu adalah obese berbanding dengan 11 peratus kanak-kanak berkaum Cina dan India di Malaysia (Alice, 2002).

Di kebanyakkan negara di dunia, penerimaan gaya hidup masyarakat barat telahpu memungkinkan berlakunya peningkatan obesiti. Anjakan pola diet kepada pola diet kaum barat teJahpun menyebabkan kemuncuJan suatu senario

1

pemakanan di banyak negara yang sedang maju. Negara-negara tersebut telah berhadapan dengan dua masalah malnutrisi ialtu kekurangan zat makanan dan obesiti serta masalah kesihatan yang berkaitan (Tee, 1999). Di Malaysia, kemajuan sosio ekonomi yang cepat dalam masa dua dekad yang lalu telah membawa perubahan yang signiftkan kepada cara hidup masyarakat. Antaranya termasuklah

perubahan

dalam

poIa

pengambilan

makanan.

Contohnya

peningkatan pengambilan lemak, minyak dan karbohidrat ringkas (Ref7ned

carbohydrates) dan pengurangan pengambilan karbohidrat kompleks. Ini menyebabkan penurunan dalam kadar tenaga daripada karbohidrat dan peningkatan dalam peratusan pengambilan danpada lemak dan minyak (Tee, 1999). Penukaran tabiat makan juga menyumbang kepada fenomena ini. Sebagai contoh, semakin banyak keluarga kerap makan di luar, kerja yang berat menyebabkan sesetengah pekerja mengabaikan pengambilan makanan, dan semakin ramai generasi muda mengabaikan sarapan malah banyak bergantung kepada makanan segera. Jadi, komuniti menjadi lebih sedentan (Tee, 1999). Kesemua perubahan ini telahpun menyebabkan kesan yang tidak diingini dengan peningkatan masyarakat berpenyakit yang berpunca dari pemakanan berlebihan, seperti obesiti, hipertensi, sakit jantung, kencing manis dan kanser (Tee, 1999).

Salah

satu

punca

yang

menyebabkan

masalah

obesiti

adalah

pengambilan makanan berkalori tinggi dengan kuantiti yang terlalu banyak. Lemak, terutamanya lemak tepu yang kebanyakkannya dijumpai dalam makanan haiwan, seperti daging (termasuklah hasilan daging seperti sosej, pai daging dan sebagainya), marjerin, keju, susu penuh knm, minyak kelapa sawit dan juga minyak kelapa. Semua lemak dan minyak adalah tinggi dalam nilai kalorinya. Lemak mempunyai dua kali ganda kandungan kalon jika berbanding dengan protein dan karbohidrat yang sarna kuantitinya. Memakan terlalu banyak lemak (terlalu banyak kalon) dan kurang bersenam akan meningkatkan risiko kelebihan berat badan dan obesiti (Garrows et a/. 2000).

2

1.2

Kepentingan Kajian

Oleh kerana makanan dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang menyebabkan obesiti, kajian ini diadakan bertujuan menilai status dan tahap pemilihan makanan berkalori tinggi oleh kanak-kanak sekolah rendah di Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Ianya juga dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan mereka mengenai makanan berkalori tinggi, menilai keburukan yang bakal dihadapi sekiranya mereka mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak dan cuba membandingkan persepsi, pilihan makanan dan status pemakanan di antara kanak-kanak yang berada di kawasan bandar dan luar bandar

Kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada kajian obesiti ataupun tabiat makanan pelajar sekolah rendah di Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, perbandingan boIeh dibuat sekiranya kajian yang serupa dibuat di Daerah yang berlainan di Sabah. Kajian ini juga boleh membantu pihak kerajaan untuk mengetahui tahap pengetahuan kanak-kanak tentang kesihatan dari segi makanan. Oengan ini, pihak kerajaan boleh membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah pendidikan kesihatan yang dilaksanakan sepanjang ini.

3

1.3

Objektif

Menilai persepsi dan pilihan makanan berkalori tinggi di kalangan pelajar sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah.

1.

Menilai persepsi dan pilihan makanan berkalori tinggi pelajar sekolah rendah melalui penilaian soal selidik dan kaedah 'Iukis-dan-tulis'.

2.

Menilai status pemakanan kumpulan sasaran menggunakan indikator antropometri .

3.

Membandingkan persepsi, pilihan makanan yang berkalori tinggi dan status pemakanan di antara pelajar di bandar dan luar bandar.

1.4

Hipotesis

Terdapat perbezaan yang signifikan bagi persepsi dan pilihan makanan berkalori tinggi di antara pelajar di kawasan bandar dan di kawasan luar bandar.

4

BAB2

KAlIAN KEPUSTAKAAN

2.1

Pengenalan Kepada Kalori Makanan Kalori adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga dalam makanan. Tenaga makanan adalah jumlah tenaga yang didapati selepas makanan itu dicernakan

melalui

proses

penghadaman.

Unit

yang

digunakan

untuk

pengukuran tenaga makanan tersebut adalah kilokalori (kcal) dan juga kilojoule

(kJ). Satu kilokalori (kcal atau 1000 kalori) ialah jumlah tenaga (haba) yang mampu meningkatkan suhu satu kilogram (kg) air sebanyak satu darjah Celsius

(oC). Setiap makanan mempunyai nilai kilokalori (kcal) / kilojoule (kJ) yang berbeza (Grosvenor & SmOlin, 2002). Karbohidrat, lemak dan protein dalam makanan menyumbangkan tenaga dengan masing-masing 4 kcal/g, 9 kcal/g dan 4 kcal/g. Alkohol juga menyumbangkan tenaga yang agak tinggi iaitu 7 kcal/g. Makanan yang tinggi kandungan lemak adalah tinggi kalori (USDA, 1995).

2.2

Persepsi Kanak-Kanak dan Faktor Mempengaruhi Persepsi dan Pilihan Makanan Kanak-Kanak

Persepsi seseorang kanak-kanak tentang sesuatu adalah tafsiran sesuatu rangsangan selepas rangsangan tersebut diberikan kepada kanak-kanak tersebut (Baranowski & Suzanne, 1994). Ia bergantung kepada apa yang kanak-kanak tersebut terasa ataupun bayangan dalam hati tentang sesuatu (rangsangan) melalui pancaindera. Ia juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor contohnya pengaruh keluarga dan rakan sebaya. (Cullen K.W. et aI., 2004)

5

Menurut laporan American Heart Association (2005), pengaruh rakan sebaya semasa kanak-kanak tersebut mencapai umur remaja adalah lebih kuat jika dibandingkan dengan dorongan ibu bapa. Ia juga ditekankan oleh Woodward et at. (1996) dengan mengatakan bahawa pengambilan makanan oleh rakan sebaya telahpun dijadikan suatu dorongan yang signifikan kepada kanak-kanak tersebut dalam pemilihan makanan yang dikategorikan sebagai makanan yang 'kurang sihat'. Walaubagaimanapun, dorongan rakan sebaya adalah tidak begitu ketara jika umur kanak-kanak tersebut adalah lebih muda (Cullen et at., 2004).

Selain daripada pengaruh rakan sebaya, ibu bapa juga merupakan faktor yang amat penting dalam mempegaruhi persepsi dan pili han kanak-kanak tentang sesuatu makanan (KJesges et at. 1991 ; Cullen et at. 2004). Kajian telah menunjukan bahawa apabila seseorang kanak-kanak tersebut dibenarkan memilih makanan dengan sesuka-hatinya, mereka akan memilih makanan yang mempunyai nilai pemakanan yang rendah di mana makanan yang dipilih tersebut mempunyai hampir 25% kilokalori daripada keseluruhan tenaga yang diambilnya dalam bentuk gula tambahan. Apabila kanak-kanak tersebut diberitahu bahawa ibu

bapanya

akan

mengetahui

pilihan

makanan

mereka, mereka akan

mengurangkan pilihan makanan yang tinggi kandungan gulanya (Klesges et at. 1991). Selain daripada itu, Cullen et at. (2004) juga mengatakan bahawa pengambilan makanan oleh kanak-kanak banyak bergantung kepada makanan yang sedia ada untuk mereka. Iaitu makanan yang dibeli oleh ibu bapa kanakkanak tersebut.

Pengawalan makanan kanak-kanak yang tinggi kandungan tenaga oIeh ibu bapa adalah biasa dan merupakan cara yang langsung untuk memastikan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula oleh anak mereka dapat dikawal. Walaubagaimanapun, mengehad makanan kanak-kanak telahpun menunjukkan kesan yang tidak disengajakan tentang persepsi kanak-kanak tersebut kepada sesuatu makanan (Fisher & Birch, 1999). Peyekatan makanan kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut memberikan lebih banyak

6

tumpuan kepada makanan yang disekat tersebut. Dengan ini akan meningkatkan keinginan kanak-kanak tersebut untuk menaapatkan dan memakan makanan yang disekat. Jadi, pengawalan sesuatu makanan oleh ibu bapa bukanlah sesuatu cara yang berkesan untuk mengurangkan pengambilan makanan tersebut oleh kanak-kanak malah ia meningkatkan pengambilan makanan yang seharusnya dikurangkan pengambilannya (Fisher & Birch, 1999).

2.3

Indeks Jisim Tubuh (DT) Sebagai Ukuran Untuk Kelebihan Berat Badan dan Obesiti

Penentuan tahap kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak merupakan sesuatu masalah disebabkan oleh kematangan dan tumbesaran yang berbeza. Penentuan kegemukan adalah bergantung kepada tahap kematangan kanak-kanak semasa bacaan diambil. Terdapat dua peringkat tumbesaran kanakkanak di mana tahap kegemukan akan meningkat, iaitu semasa berumur 5-7 tahun dan sebelum remaja. Walaupun bacaan untuk mengetahui obesiti di kalangan dewasa adalah tetap, bacaan ini perlulah diubahsuai untuk kanakkanak mengikut umur mereka (WHO, 2000b). Nilai Indeks Jisim Tubuh kanakkanak berubah mengikut umumya. Semasa dilahirkan, bacaan median IJT adalah serendah 13 kg/m 2 , meningkat kepada 17 kg/m 2 pada umur 1 tahun, menurun semula ke 15.5 kg/m 2 pada umur 6 tahun dan meningkatkan lagi ke 21 kg/m2 semasa umur 20 tahun. Jelaslah bahawa bacaan untuk menentukan tahap pemakanan kanak-kanak sangat bergantung kepada umumya (Cole et al 2000). carta Indeks Jisim Tubuh dengan umur telahpun dipersetujui untuk menilai kegemukan di mana ia meJibatkan k1asiftkasi dan perbandingan di antara umur kanak-kanak (Segal, 2001). Mereka yang melebihi persentil ke-95 di dalam carta tersebut adalah dilora obese mana kala mereka yang melebihi persentil ke-85 dalam carta IJT untuk umur adalah bensiko, iaitu kelebihan berat badan (Segal, 2001)'

7

2.4

Kaedah 'Lukis-dan-Tulis' (Draw-and-Write technique)

Melukis adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh kanak-kanak di semua peringkat umur. Jadi, kaedah Lukis-dan-Tulis telahpun sebahagiannya memenuhi faktor tersebut. Walaubagaimanapun, dalam aspek psi kolog i dan kajian tumbesaran kanak-kanak, lukisan kanak-kanak memberi makna tentang intelektual, emosi, fikiran dan kesejahteraan. Lukisan juga digunakan dalam komunikasi di antara kanak-kanak dan dewasa. Terutamanya semasa menghadapi masalah yang berkaitan dengan konsep dan linguistik di mana isu yang dibincangkan adalah terlalu sukar dan mencabar untuk dijawab oleh kanak-kanak. Dengan itu, lukisan telahpun dijadikan sebagai bantuan untuk mendapat informasi yang susah untuk dijawab oleh kanak-kanak (Milburn & McKie, 1999).

Kaedah ini telahpun dikemukakan dalam penerbitan "A Way In: Ave Key

Areas of Health Education (Williams et al.I 1989).11 Kaedah ini adalah dianggap sebagai kaedah yang menitik-beratkan kanak-kanak dan ia berkebolehan untuk membolehkan kanak-kanak supaya menyatakan pandangan mereka mengikut tahap mereka (Piko & Bak, 2006). Kaedah ini digambarkan sebagai sesuatu kaedah yang inovatif dan boleh mendapatkan informasi daripada kanak-kanak secara efektif (Pridmore & Bendelow, 1995). Kaedah ini juga banyak digunakan dalam menilai kepercayaan lazim kanak-kanak tentang apakah yang sihat untuk badan dan perkara yang menyebabkan penyakit, pengetahuan tentang sesuatu tabiat kesihatan, contohnya adalah pili han makanan, pengambilan sayuran dan buah-buahan dan sebagainya (Milburn & MCKie, 1999).

Walaupun kaedah Lukis-dan-Tulis ini telahpun banyak digunakan di dalam kajian, kita patut memberikan perhatian tentang kritikan kaedah Lukisdan-Tulis ini. Salah satu kekurangan keadah Lukis-dan-Tulis ini adalah ia tidak memberikan data yang kuantitatif malah ia dianalisakan secara kualitatif. (Milburn & McKie, 1999). Kaedah ini juga dibahaskan tentang penglibatan proses dalam membina data yang tidak jelas. Selain itu, penggunaan lukisan sebagai

8

tafsiran

utama

data

juga

dipersoalkan.

Walaubagaimanapun,

dengan

menyertakan informasi secara bertulis, kaedah ini masih boleh dianggap sangat berguna sebagai sumber bagi konsep kesihatan kanak-kanak (Piko & Bak, 2006).

2.5

Vegetarianisme dan Obesiti

Vegetarianisme adalah suatu am alan makanan yang mengecualikan hasilan daging, ikan (termasuk kerang dan binatang dalam laut yang lain) dan ternakan. Terdapat beberapa amalan vegetarianisme, misalnya ada yang mengecualikan telur dan makanan yang didapati daripada hasilan haiwan seperti hasil tenusu, madu dan sebagainya. Kebanyakkan pengamal vegetarianisme mengambil hasil tenusu dan juga telur. Bagi lakto-vegetarian, mereka mengambil makanan yang mengandungi hasil tenusu tetapi mengecualikan telur, avo-vegetarian mengambil makanan yang mengandungi telur dan mengecualikan hasilan tenusu dan laktoova-vegetarian mengambil kedua-dua makanan hasilan tenusu dan telur. Diet vegan merupakan suatu amalan vegetarian di mana ia mengecualikan kesemua produk ataupun hasilan daripada haiwan seperti daging, ikan, ternakan, hasil tenusu, telur dan madu.

Faktor yang menyebabkan seseorang tersebut memilih diet vegetarian adalah berkaitan dengan moraliti, agama, etika, budaya, persekitaran, ekonomi, masyarakat ataupun demi kesihatan. Amalan diet vegetariani yang dirancang dengan baik adalah mencukupi untuk menemui keperluan pemakanan dalam semua peringkat umur (Dwyer, 1988).

Jika dibandingkan dengan mereka yang bukan vegetarian, pengamal diet vegetarian mempunyai lemak badan yang lebih rendah. Dalam kajian yang dijalankan oleh Hebbelinck

et at. (1999), pengambilan tenaga bagi kesemua

subjek vegetarian adalah lebih rendah daripada min data rujukan. Walaupun pengambilan tenaga adalah lebih rendah, namun subjek vegetarian yang dikaji tersebut mempunyai ketinggian yang normal. Ia juga ditunjukkan oleh Jacobs & Dwyer (1988) bahawa tumbesaran dan perkembangan normal boleh dicapai

9

dalam populasi vegetarian yang muda. Dwyer (1988) telahpun mengatakan bahawa berat badan bagi vegetarian adalah lebih unggul daripada mereka yang bukan vegetarian. Sebab bilangan vegetarian yang mengalami obesiti adalah lebih rendah daripada bukan vegetarian termasuklah penegasan pada kawalan pengambilan makanan, tabiat makanan sederhana, lebih banyak aktiviti fizikal dan gaya hidup yang lebih sihat. Amalan vegetarianisme akan membantu dalam masalah obesiti (Dwyer, 1988). Bagi amalan makanan lakto-ovo-vegetarian, ia menemui perkembangan fizikal dan kematangan yang mencukupi (Hebbelinck

et

at. 1999). 2.6

Pendidikan Pemakanan dan Kesihatan Kanak-kanak akan menghadapi tumbesaran yang pesat dari segi fizikal dan mental, dengan ini pemakanan yang baik diperlukan pada peringkat ini demi kanak-kanak tersebut boleh membesar dengan normal dan sihat. Tabiat makanan akan mula dibentukkan semasa kanak-kanak dan biasanya akan dibawa ke peringkat dewasa (Kelder

et at. 1994 & Melanson, 2008). Jadi,

pendidikan pemakanan seharusnya diberikan pada peringkat usia muda. Sekolah merupakan suatu tempat yang sesuai untuk melaksanakan program pendidikan pemakanan kerana ia mempunyai suatu persekitaran yang sistematik. Pendidikan pemakanan di sekolah boleh memperbaiki tabiat makanan kanak-kanak. Ini kerana sekolah merupakan tempat di mana hampir kesemua kanak-kanak dihimpunkan dengan rakan sebaya mereka. Penyemaian aktiviti-aktiviti dan latihan dalam sekolah yang mempunyai hubungan antara kanak-kanak dan makanan boleh membawa hasil-hasil positif yang menjurus pembangunan gaya hidup yang sihat (Moberg & Piper, 1990).

Di negara Malaysia, Kementerian Pelajaran telahpun bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyerap program yang menggalakkan dan memperbaiki kesihatan serta taraf pemakanan di kalangan kanak-kanak sekolah (Sahari, 1992). Contoh program-program tersebut adalah Program Kesihatan Sekolah, Program Pelajaran Kesihatan Sekolah, Program Makanan

10

RU1UKAN Alice E. C. 2002. The junk food generation: A multi-country survey of the influence of television advertisements on children, Consumers Intemational, Asia Pacific Region.

Baranowski T. & Suzanne B.D. 1994. A cognitive model of children's reporting of food intake. Am] Oin Nutr1994;59(suppl):212S-7S.

Boruchovitch E. & Mednick B. R. 1997. Cross-cultural differences in children's concepts of health and illness. Rev Saude Publica 31:448-56.

Cole T.J., Bellizzi M.G., Flegal K.M. & Dietz W.H. 2000. Establishing a standard definition for child overweight and obesity world wide: intemational survey. British Medical Journal 320: 1240-1243 Cullen KW., Baranowski T., Rittenberry L., Cosart c., Hebert D. & Moor C. 2001. Childreported family and peer influences on frUit, juice and vegetable consumption: reliability and validity of measures. Health Educ. Res. 16 (2): 187-200

Dwyer J.T. 1988. Health aspects of vegetarian diets. Am J Clin Nutr1988;48:721 -38

Fischer J.~. & Birch L.L. 1999. Restricting access to palatable foods affects children behavioral response, food selection and intake. Am J c/in Nutr1999;69:1264-72 Garrows J.5., James W.P.T. & Ralph A. 2000. Human Nutrition & Dietetics 10th ed. Churchill Livingstone, London.

Grosvenor M.B. & Smolin L.A. 2002. Nutrition: tivm science to life. Harcourt College publishers, United States.

Hebbelinck M., Clarys P. & Malsche A. 1999. Growth, development, and physical fitness of Flemish vegetarian children, adolescents, and young adults. Am ] Clin Nutr 1999; 70( suppl): 5795-855

Ismail M. & Tan C. 1998. Prevalence of obesity in Malaysia, Country report at the regional advisory board meeting on obeSity, August 1998, Manila, Philippines

49

Isreal. 1992. Agricultural education and Communition Department Florida Cooperative Extension Service, Institute of Food and Agricultural Sciences, University of Florida. Jacobs C.M. & Dwyer J.T. 1988. Vegetarian children: appropriate and inappropriate diets. Am J Clin Nutr1988;48(suppl):811-8

Kelder S.H., Perry c.L., K1epp K. & Lytle L.L. 1994. Longitudinal tracking of adolescent smoking, physical activity, and food choice behaviors. Am J Publ Hlth 84: 11211126 Kementerian Pelajaran Malaysia 1998. Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

K1esges R.c., Stein RJ., Eck L.H., Isbell T.R. & K1esges L.M. 1991. Parental influence on food selection in young children and its relationships to childhood obesity. Am J Clin Nutr 53:859-64.

Melanson KJ. 2008. Nutrition Review: Ufestyle Approaches to Promoting Healthy Eating for Children. American Joumal oflifestyle Medicine 2008; 2; 26.

Milbum K.B. & McKie L. 1999. A Critical appraisal of the draw and write technique. Health Educ. Res. 14:387-398.

Moberg D.P. & Piper D.L. 1990. An outcome evaluation of project model health: a middle school health promotion program. Health Education Quarter/y(17): 37-53.

Onyango-ouma W., Aargaard-Hansen J. & Jensen B. B. 2004. Changing Concepts of Health and Illness Among Children of Primary School Age in Western Kenya. Health Educ Res, 19:326-39.

Piko B.F. & Bak J. 2006. Children's perception of health and illness: images and lay concepts in preadolescence. Health Educ. Res. 21 (5):643-653.

Pridmore, P. & Bendelow, G. 1995. Images of health: exploring beliefs of children using the 'draw-and-write' technique. Health Education Joumal, 54, 473-488

50

Ruzita A.T., Wan Azdie M.A.B. & Ismail M.N. 2007. The effectiveness of nutrition education programme for primary school children. Mal J Nutr13(1): 45-54

Sahari Jantan 1992. Health and nutrition programmes of the Ministry Food and Nutrition in Malaysia: Assessment, Analysis and country paper for the FAD/WHO International Conference on Tee E.S. & cavalli-Sforza L.T. (eds). Institute for Medical Lumpur. Segal

of Education. In: Action. Malaysia Nutrition, Rome. Research, Kuala

D.G. & Sanchez J.e. 2001. Childhood obesity in the year 2001. Endocrinologist 11 (4): 296-306.

The

Shaw A., Fulton L., Davis e. & Hogbin M. 1995. Using The Food Guide Pyramid: A Resource for Nutrition Educators. U.S. Department of Agriculture. Food, nutrition, and consumer services, Center for Nutrition Policy and Promotion. Stafstrom c.E., Rostasy K. & Minster A. 2002. The Usefulness of Children's Drawing in the Diagnosis of Headache. Pediatrics 2002; 109;460-472

Tee E.S. 1999. Nutrition in Malaysia: where are we heading? Malaysian Joumal of Nutrition 5: 87-109.

U.s. Department of Agriculture 1995. Agricultural Research Service, Dietary Guidelines Committee. Report of the Dietary Guidelines Advisory Committee on the Dietary Guidelines for Americans

World Health Organization 2000. The Asia-Pacific perspective: Redefining obesity and its treatment. Western Pacific Regional Office. World Health Organization.

Woodward D.R., Ball PJ., Cumming F.J., Williams H.M., Hornsby H. & Boon J.A 1996. Adolescent usage of selected foods in relation to their perceptions and SOCial norms for those foods. Appetite, 27, 109-117.

51