SIAPA ITU BILL GATES - ilmuti.org

Bill Gates tidak faham mengapa DRI tidak berminat dengan projek system operasi ... http://ms.wikipedia.org/wiki/Bill_Gates Biografi...

17 downloads 813 Views 381KB Size
SIAPA ITU BILL GATES ? Barian Berial Siswoyo [email protected]

Abstrak William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali. Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga [1][2]. Pada tahun 2008, kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu.

Kata Kunci: sejarah Bill Gates

Pendahuluan Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan

Lisensi Dokumen: Copyright © 2008-2014 ilmuti.org Seluruh dokumen di ilmuti.org dapat digunakan, dimodifikasi dan disebarkan secara bebas untuk tujuan bukan komersial (nonprofit), dengan syarat tidak menghapus atau merubah atribut penulis dan pernyataan copyright yang disertakan dalam setiap dokumen. Tidak diperbolehkan melakukan penulisan ulang, kecuali mendapatkan ijin terlebih dahulu dari ilmuti.org

kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali. Berisi maksud, tujuan, manfaat dan target pembaca dari artikel ini ditulis sebagai bentuk sumbansih keilmuan dibidang teknologi informasi untuk mencerdasakan anak bangsa.

Pembahasan William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattle’s Swedish Hospital di Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955, sejurus selepas 9.00 malam. Bill Gates diberi nama timangan “Trey”, oleh neneknya merujuk kepada pemain kad ke-3 dan juga anak lelaki ke-3 dalam silsilah nama Gates (Berdasarkan III dalam nama akhirnya). Salasilah Nama Gates    

Moyang - William Henry Gates Datuk - William Henry Gates II Bapa - William Henry Gates Jr Beliau - William Henry Gates III

Beliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior, seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Mary Maxwell merupakan wanita pertama yang memegang jawatan Presiden di United Way, juga bekas ahli lembaga pengarah First Interstate Bank dan juga ahli kehormat University of Washington . Mary berhenti mengajar apabila mendirikan rumah tangga dan aktif dalam kerja-kerja amal. Beliau meninggal dunia pada 1994. Ibu bapa Bill Gates berkah win pada tahun 1951, dan mempunyai 3 anak, yang pertama ialah Kristi, diikuti dengan Bill Gates dan anak bongsu, Libby, 9 tahun muda darinya. Beberapa sumber luar mengatakan ibunya menyimpan unit amanah yang bernilai berjuta dollar Amerika untuk Bill Gates yang menyumbang kepada harta kekayaannya tetapi kenyataan itu dinafikan menerusi wawancara pada tahun 1994 dan juga menerusi buku yang ditulisnya “The Road Ahead”. Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah terutama dalam mata pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun, Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside School For Boys, sekolah yang paling unggul di Seattle, di mana yuran tahunannya ialah USD$5000 berbanding dengan Universiti Harvard sebanyak

Lisensi Dokumen: Copyright © 2008-2014 ilmuti.org Seluruh dokumen di ilmuti.org dapat digunakan, dimodifikasi dan disebarkan secara bebas untuk tujuan bukan komersial (nonprofit), dengan syarat tidak menghapus atau merubah atribut penulis dan pernyataan copyright yang disertakan dalam setiap dokumen. Tidak diperbolehkan melakukan penulisan ulang, kecuali mendapatkan ijin terlebih dahulu dari ilmuti.org

USD$1,760. Ketika di dalam gred 8, Kelab Ibu sekolah tersebut membuat kutipan jualan untuk membeli terminal teletaip ASR-33 dan juga beberapa blok masa menggunakan komputer dari Syarikat General Electric Computer (GE). Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Selepas sumber kewangan dari Kelab Ibu mula habis disebabkan pembayaran untuk kegunaan masa komputer, Bill Gates dan beberapa pelajar lain terpaksa mencari cara lain. Mereka berjaya mendapat kebenaran dari sebuah syarikat, Computer Center Corporation (CCC) untuk menggunakan komputer mereka, DEC PDP minicomputers secara percuma dengan membantu syarikat tersebut mencari pepijat (bugs) untuk perisian mereka. Pada suatu musim panas, para pelajar termasuk Bill Gates tertangkap apabila syarikat CCC mendapati mereka menyalahgunakan keistimewaan mereka dengan mengeksploitasikan pepijat supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk lebih lama. Sebagai hukuman, para pelajar Lakeside School diharamkan memasuki makmal komputer pada cuti musim panas. Setelah habis tempoh hukuman, Bill Gates dan 3 rakannya Paul Allen, Ric Weiland, and Kent Evans ditawarkan peluang sekali lagi oleh CCC untuk mencari pepijat di dalam aplikasi syarikat tersebut dan sebagai ganti, mereka boleh menggunakan komputer di situ secara percuma. Bill Gates tidak menggunakan teletaip pada kali ini, tetapi mula mempelajari kod punca (source code) dari pelbagai program yang digunakan oleh sistem tersebut. Beliau bukan saja mempelajari BASIC, tetapi juga mempelajari FORTRAN, LISP dan bahasa mesin (machine language). Mereka membantu CCC sehingga syarikat itu ditutup pada tahun 1970. Pada tahun berikutnya, Syarikat Information Sciences Inc menawarkan pelajar-pelajar dari Lakeside School untuk menulis program pembayaran (payroll) menggunakan COBOL. Mereka bukan sahaja ditawarkan dengan peluang menggunakan komputer secara percuma malah akan dibayar upah royalti. Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Mereka membina pengira trafik yang menyimpan data di dalam pita yang ditekan (Punched Tape). Ia merupakan sebuah komputer kecil yang digunakan untuk mengawal trafik lalu lintas dan mempunyai perisian untuk memproses data. Mereka mendapat keuntungan bersih USD$20,000 pada tahun yang pertama. Walau bagaimanapun apabila umur Bill Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan hampir kebanyakan peluang perniagaan. Traf-O-Data adalah syarikat pertama Bill Gates.

Lisensi Dokumen: Copyright © 2008-2014 ilmuti.org Seluruh dokumen di ilmuti.org dapat digunakan, dimodifikasi dan disebarkan secara bebas untuk tujuan bukan komersial (nonprofit), dengan syarat tidak menghapus atau merubah atribut penulis dan pernyataan copyright yang disertakan dalam setiap dokumen. Tidak diperbolehkan melakukan penulisan ulang, kecuali mendapatkan ijin terlebih dahulu dari ilmuti.org

Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki universiti di Amerik serikat dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musim luruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut, beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jabatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Corporation. Pada 1980, IBM menawar Microsoft untuk membina mengantaraan BASIC untuk komputer peribadi terbaru syarikat tersebut yang dipanggil IBM PC. Apabila diberitahu oleh IBM bahawa mereka mengkehendaki sistem operasi (Operating System), Bill Gates mencadangkan system operasi CP/M yang dibina oleh Dr. Gary Kildall dari syarikat Digital Research (DRI). Walau bagaimanapun, apabila perbincangan IBM dan DRI tidak berjalan lancar, wakil IBM, Jack Sams meminta Bill Gates mendapatkan mereka satu sistem operasi yang boleh digunakan. Menurut Jack Sams, perbincangan beliau dengan DRI menghadapi jalan buntu berkaitan dengan masalah lessen perisian. Beberapa minggu kemudian, Bill Gates mencadangkan 86-DOS (QDOS), sebuah sistem operasi yang hampir sama dengan CP/M, dibina oleh Seattle Computer Products (SCP), Microsoft berjaya mendapat persetujuan dari SCP untuk menjadi ajen untuk QDOS dan kemudiannya menjadi pemilik tunggal untuk lesen tersebut. Walau bagaimanapun, Bill Gates tidak pernah menyatakan bahawa IBM adalah bakal pelanggan untuk QDOS. Setelah kerja adaptasi dibuat untuk membolehkan QDOS berfungsi di dalam computer pribadi , Microsoft menjualkannya kepada IBM, yang dikenali sebagai PC-DOS. PC-DOS adalah sistem operasi untuk semua komputer peribadi IBM yang dijual oleh Microsoft kepada IBM tanpa syarat dan pembayaran hanya dibuat sekali sahaja. Dalam masa yang sama Microsoft membina MS-DOS, sebuat sistem operasi untuk komputer bukan milik IBM yang juga dikenali sebagai “klon”.. Bill Gates tidak faham mengapa DRI tidak berminat dengan projek system operasi bersama IBM dan bererapa tahun kemudiannya, beliau mendakwa Dr. Gary Kildall sebagai seorang yang mengambil sikap sambil lewa, dakwaan itu dinafikan oleh DRI. Beberapa lama kemudiannya, syarikat Compaq berjaya meniru BIOS IBM dan menjual komputer pribadi yang lebih murah. Tidak lama kemudian, pasaran komputer melimpah dengan komputer-komputer klon IBM di mana sistem operasinya menggunakan MS-DOS. Komputer peribadi mendapat permintaan yang banyak serata dunia dan dengan sekelip mata, Microsoft menjadi sebuat syarikat yang besar dan penting di dalam senarai syarikat perisian di dunia. Microsoft sehingga kini meneruskankan pembinaan sistem-sistem operasi, perisian applikasi dan banyak lagi.

Lisensi Dokumen: Copyright © 2008-2014 ilmuti.org Seluruh dokumen di ilmuti.org dapat digunakan, dimodifikasi dan disebarkan secara bebas untuk tujuan bukan komersial (nonprofit), dengan syarat tidak menghapus atau merubah atribut penulis dan pernyataan copyright yang disertakan dalam setiap dokumen. Tidak diperbolehkan melakukan penulisan ulang, kecuali mendapatkan ijin terlebih dahulu dari ilmuti.org

Penutup Sekian dari pembahasan tulisan saya tentang siapa itu Bill Gates? Dan sedikit sejarah tentang Bill Gates. Maaf jika banyak kesalahan maklumin saja karna saya juga masih dalam proses pembelajaran.

Referensi http://ms.wikipedia.org/wiki/Bill_Gates

Biografi

BARIAN BERIAL SISWOYO/ SEBUT SAJA BERINK . Pria kelahiran 19 Januari 1993 ini orangnya enak saking enaknya udah kaya mie ayam ceker yang gabisa saya sebutin siapa pembuatnya karna saya juga gatau. oia saya masih kuliah di STMIK RAHARJA ngambil jurusan Teknologi Informasi, udah kali yah jangan banyak-banyak ntar jatuh cinta lagi. kalo mau deket atau mau ngasih rezeki bisa kontak ni ke : Email : [email protected] Instagram/path/twitter : @ryanwisastra Bbm : kalo mau banget langsung aja

Lisensi Dokumen: Copyright © 2008-2014 ilmuti.org Seluruh dokumen di ilmuti.org dapat digunakan, dimodifikasi dan disebarkan secara bebas untuk tujuan bukan komersial (nonprofit), dengan syarat tidak menghapus atau merubah atribut penulis dan pernyataan copyright yang disertakan dalam setiap dokumen. Tidak diperbolehkan melakukan penulisan ulang, kecuali mendapatkan ijin terlebih dahulu dari ilmuti.org