Sikap Masyarakat Terhadap Program Kitar Semula: Kajian Kes

Journal of Techno-Social 77 Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada tingkah laku masyarakat dalam pelaksanaan program kitar semula ini. Secara u...

53 downloads 570 Views 128KB Size
Journal of Techno-Social

Sikap Masyarakat Terhadap Program Kitar Semula: Kajian Kes Di Daerah Batu Pahat, Johor Seow Ta Wee & Indera Syahrul Mat Radzuan [email protected] & [email protected] Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ________________________________________________________________________ Abstract

A recycling programme is one of the strategies implemented to avoid the risk on increasing number of domestic waste at national dumping sites. Numerous efforts and initiatives are carrying out by the government to reduce waste management cost burdened to national local authorities which yearly contributes about RM1 billion. There are many significant factors contribute to community behaviors towards this particular programmed. In general, it can be classified into two (i) behavioral factor and, (ii) community participation in recycling programmed. This research intends to understand the community behavior towards recycling programmed in the district of Batu Pahat, Johor, Malaysia. A total of 383 respondents were selected in a random sampling within the municipality and major town in the district. The result of the study indentified that most of the respondents are not involved with recycling programmed in their locality. Therefore, the authorities should consider an integrated and holistic approach in order to reform the recycling programmed to the local context and facilitate to change the mentality among those communities.

Keyword: Recycling, local authorities, community behaviours ________________________________________________________________________________

75

Journal of Techno-Social

PENGENALAN Kepesatan pembangunan dan peningkatan kadar urbanisasi di Malaysia telah memberi satu kesan tersembunyi dalam senario masyarakat hari ini iaitu penghasilan sampah sarap domestik. Keadaan ini menuntut komitmen yang berterusan khususnya pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan sistem pelupusan sisa pepejal domestik yang efektif. Walau bagaimanapun, komitmen ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerajaan semata-mata, malahan ia memerlukan perhatian dan kerjasama seluruh masyarakat bagi memastikan keberkesanannya. Program kitar semula merupakan salah satu strategi untuk menangani risiko peningkatan sampah sarap domestik di tapak-tapak pelupusan sisa di negara ini. Sampah sarap atau sisa pepejal didefinisikan sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir. Sisa perbandaran domestik di Malaysia dianggarkan mencecah kira-kira 15,000 tan pepejal sehari berbanding 12,467.6 tan sehari yang dicatatkan pada tahun 1991 (Seow, 2003). Pada tahun 2000, kadar penjanaan sisa pepejal di negara ini telah meningkat sebanyak 0.9 hingga 1.0 kilogram per kapita sehari. Pada tahun 2005, sebanyak 7.34 juta tan pepejal domestik dicatatkan di seluruh negara dan jumlah ini dijangka meningkat 30,000 tan sehari menjelang tahun 2020 (Abdul Yazid Alias, 2010). Pelbagai bentuk usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal yang ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan di seluruh negara yang dianggarkan kira-kira RM 1 bilion setiap tahun (Malaysia, 2006). Pada peringkat awal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan program kitar semula pada tahun 1993, tetapi program ini didapati tidak berjaya dalam mencapai matlamatnya. Pada 2 Disember 2000, sekali lagi KPKT telah melancarkan kembali program kitar semula yang diformulasi berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:

Untuk memupuk tabiat kitar semula dan 3R (program kitar semula) dalam masyarakat Malaysia Untuk mencapai sasaran fizikal peningkatan sebanyak 1 peratus Sasaran dalam pengitaran semula sisa pepejal setiap tahun. Penstabilan dan pengurangan dalam penjanaan sisa per kapita dalam tempoh yang ditetapkan. Sumber: Seow, 2004. Objektif

Program kitar semula yang dinyatakan di atas bermatlamat untuk mencapai peningkatan satu peratus dalam program kitar semula tahunan. Walau bagaimanapun, sehingga kini aktiviti kitar semula didapati bukanlah suatu tabiat yang sering diamalkan oleh warga Malaysia dalam menguruskan sampah sarap harian. Kertas kajian ini bermatlamat untuk memahami pengetahuan dan sikap masyarakat di daerah Batu Pahat, Johor dalam pelaksanaan program kitar semula. Kajian oleh Kironde & Yhdego (1997) mendapati, penduduk Dar es Salaam, Tanzania; tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengurusan sampah sarap setempat kerana pihak kerajaan tempatan dan swasta di bandaraya itu tidak pernah memberi penerangan mahupun perundingan kepada warga tempatan. Keadaan ini telah menimbulkan masalah kerana kurangnya kefahaman warga ini terhadap pengurusan sampah sarap yang bersistematik. Mereka mencadangkan suatu model pengurusan sampah sarap yang berasaskan kepada keperluan komuniti tempatan. Kajian oleh Mongholnchaiarunya (2005) juga mendapati pentingnya suatu amalan pengurusan kitar semula yang baik diterapkan bagi mengurangkan kesesakan di tapak pelupusan sisa. Ini dilakukan melalui pelaksanaan kempen ‘sampah untuk telur’ yang telah menarik penduduk tempatan terutamanya golongan miskin melalui penukaran sampah (yang boleh dikitar semula) kepada telur. Hasilnya, sampah yang sepatutnya dibuang ke tapak pelupusan sisa dapat dikurangkan dan peratusan aktiviti kitar semula dapat ditingkatkan sebanyak dua kali ganda.

76

Journal of Techno-Social

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada tingkah laku masyarakat dalam pelaksanaan program kitar semula ini. Secara umum ia terbahagi kepada dua iaitu; (i) faktor tingkah laku, dan (ii) faktor penglibatan masyarakat dengan program kitar semula. Menurut Wang et. al (1997), jika persepsi masyarakat di peringkat awal terhadap program kitar semula adalah negatif, maka aktiviti kitar semula bagi seseorang penghuni juga adalah negatif. Kajian oleh Gurder Adams (1990) dan Burca et. al. (1994) menunjukkan bahawa penduduk yang lebih minat menjalankan aktiviti kitar semula akan menghasilkan lebih banyak sampah yang boleh dikitar semula berbanding dengan penduduk yang kurang minat aktiviti kitar semula. Kekerapan pungutan bahan yang boleh dikitar semula ini boleh meningkatkan kadar pungutan bahan tersebut seperti yang dijalankan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development bagi komuniti di Brussels (OCED, 1993). Penyediaan tong bagi bahan plastik dan tin aluminum di setiap rumah akan meningkatkan pungutan bahan kitar semula bagi bahanbahan tersebut (Howkins, 1991). Beberapa kajian di Amerika Syarikat juga menunjukkan bahawa tong kitar semula yang diberi secara percuma bagi setiap isirumah akan meningkatkan kadar pungutan bahan boleh dikitar semula sebanyak dua kali ganda (Hageman, 1989 & Schmerling, 1990). Maka, jelaslah di sini bahawa dengan peningkatan pungutan sampah (yang boleh dikitar semula) dan penyediaan tong kitar semula bagi setiap isirumah secara langsung akan meningkatkan kadar bahan kitar semula yang dipungut. Strategi promosi yang efektif di antara firma pemungut sampah dengan penduduk setempat merupakan salah satu kunci kejayaan yang boleh meningkatkan kadar bahan yang boleh dikitar semula di sesuatu kawasan itu.

METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN Satu set soal selidik telah dibentuk bagi meninjau tingkah laku masyarakat terhadap program kitar semula di kawasan kajian. Set soal selidik ini mengandungi; (1) latar belakang responden; (2) sikap terhadap kitar semula; dan (3) isu yang berkaitan kitar semula. Seramai 383 responden telah dipilih melalui persampelan rawak di kawasan bandar dan pekan utama di daerah Batu Pahat, Johor. Sampel tersebut adalah mengikut kadar kepadatan penduduk di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti. Jumlah responden adalah seramai 383 orang. Batu Pahat (Rajah 1) adalah salah satu daerah dari lapan daerah yang berada di negeri Johor. Daerah Batu Pahat terletak di Barat Johor (103°T, 1.93°U), daerah ini mempunyai penduduk seramai 335,368 orang dengan merangkumi keluasan 187,702 hektar, yang meliputi 14 buah mukim. Daerah Batu Pahat ditadbir oleh dua buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terdiri daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP). Jumlah penduduk di daerah ini pada tahun 2000 mengikut Laporan Banci Penduduk 2000 adalah seramai 336,509 dengan kadar pertumbuhan purata bagi tahun 1991 hingga tahun 2000 adalah sebanyak 1.46 peratus, yang mana majoriti penduduk adalah kaum Melayu Bumiputera (66.02 peratus), Cina (32.15 peratus), India (1.68 peratus) dan lain-lain komposisi etnik ialah 0.14 peratus

Rajah 1: Daerah Batu Pahat dalam Peta Negeri Johor Darul Ta’zim.

77

Journal of Techno-Social

Jadual 1 menunjukkan data jumlah kutipan daripada tong kitar semula di beberapa tempat kutipan di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pada tahun 2005. Jumlah kutipan sampah keseluruhan daripada tong kitar semula dicatatkan berjumlah 77,032.00 kg. Mengikut pecahan, kutipan di sekolah menunjukkan angka tertinggi dengan jumlah kutipan sebanyak 56,533.50 kg. Manakala kutipan daripada sektor institusi dan komuniti masing-masing mencatatkan jumlah sebanyak 15,440.50 kg dan 5,058.00 kg.

Jadual 1: Jumlah Kutipan daripada Tong Kitar Semula di Kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pada Tahun 2005 Tempat Kutipan Jumlah (kg) Institusi 15,440.50 Komuniti 5,058.00 Sekolah 56,533.50 Jumlah Keseluruhan (kg) 77,032.00 Sumber: Southern Waste Management Sdn Bhd (2006)

Daripada maklumat yang diperolehi daripada pihak Southern Waste Management Sdn. Bhd., 95 peratus bahan yang yang diperolehi daripada tong kitar semula akan menjalani proses kitar semula setelah kerja-kerja pengasingan dilakukan. Ini jelas menunjukkan bahawa penyediaan tong kitar semula banyak membantu meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap penerimaan amalan kitar semula.

HASIL KAJIAN Hasil kajian ini mengetengahkan ciri-ciri latar belakang responden, hubungan di antara jumlah ahli keluarga dengan volum sampah yang dihasilkan, sumber informasi mengenai kitar semula, jenis bahan yang diguna dan dikitar semula, penggunaan dan pengetahuan mengenai tong 3 warna, penjualan bahan kitar semula, pengetahuan dan penyertaan responden dalam program kitar semula, pengetahuan mengenai masa pungutan sampah dan lokasi tapak pelupusan, sumber didikan mengenai program kitar semula, dan isu-isu berkaitan dengan program kitar semula. Latar Belakang Responden Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 383 orang, 185 responden terdiri daripada lelaki (48 peratus) dan 198 responden perempuan (52 peratus). Manakala pecahan responden mengikut umur ialah responden yang berumur kurang daripada 20 tahun adalah seramai 57 orang (15 peratus), 20 tahun hingga 30 tahun adalah seramai 120 orang (31 peratus), 30 tahun hingga 40 tahun adalah seramai 85 orang (22 peratus), 40 tahun hingga 50 tahun seramai 78 orang (20 peratus) dan responden lebih daripada 50 tahun adalah seramai 43 orang (11 peratus). Pelajar merupakan jumlah responden teramai yang terlibat dalam kajian soal-selidik ini iaitu 20 peratus, diikuti dengan jenis pekerjaan sendiri (15 peratus), suri rumah (15 peratus), pegawai (9 peratus), profesional (6 peratus), pesara (6 peratus), pendidik (6 peratus) dan lain-lain (21 peratus). Seramai 45 responden kajian ini berpendidikan di peringkat ijazah (12 peratus), Diploma/STPM/Matrikulasi 87 responden (23 peratus), sekolah menengah 191 (50 peratus), sekolah rendah 56 (15 peratus) dan pendidikan sekolah rendah 4 responden.

78

Journal of Techno-Social

Hubungan di antara Jumlah Ahli Keluarga dengan Penghasilan Volum Sampah Kajian mendapati sebanyak 63 peratus daripada responden (240 responden) mempunyai ahli keluarga dalam lingkungan 4 hingga 6 orang, 17 peratus mempunyai ahli keluarga seramai 7 hingga 10 orang, 16 peratus responden mempunyai bilangan ahli keluarga di antara 2 hingga 3 orang, 2 peratus mempunyai bilangan ahli keluarga melebihi 10 orang, manakala 2 peratus tinggal bersendirian. Terdapat 38 peratus daripada responden (147 responden) menghasilkan sampah di antara 0.5 hingga 1 kilogram, 30 peratus (113 responden) menghasilkan sampah di antara 2 kilogram hingga 3 kilogram, 21 peratus (79 responden) menghasilkan sampah melebihi 4 kilogram sehari, manakala 12 peratus (44 responden) menghasilkan sampah kurang daripada 500 gram. Kajian mendapati, terdapat hubungan yang signifikan di antara bilangan ahli keluarga dengan berat sampah harian yang dihasilkan (dengan paras kesignifikanan 0.89). Sumber Informasi Berkaitan Kitar Semula Responden memperoleh informasi berkaitan kitar semula melalui televisyen, diikuti surat khabar, radio, kawan ataupun saudara-mara, sekolah atau institusi pengajian, papan tanda, risalah, tempat kerja, internet, dan oleh pengendali perkhidmatan pemungutan sampah sarap; Soutern Waste Management (SWM) dan lain-lain sumber. SWM yang dipertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pungutan sampah bukan merupakan sumber utama bagi orang awam untuk mendapatkan informasi kitar semula (Jadual 2).

Jadual 2: Sumber atau Media Utama Informasi yang Diperolehi oleh Responden Berkaitan Kitar Semula Sumber / Media Televisyen Surat khabar Radio Kawan / saudara Sekolah / institusi pengajian Papan tanda Risalah Tempat kerja Internet Southern Waste Management Sdn. Bhd. Lain-lain Jumlah

Jumlah Kekerapan (%) 304 (23.6) 269 (20.9) 190 (14.8) 108 (8.4) 84 (6.5) 117 (9.1) 84 (6.5) 60 (4.7) 39 (3.0) 23 (1.8) 9 (0.7) 1,287 (100)

Bahan yang Dikitar Semula dan Diguna Semula Kajian mendapati bekas plastik, tin aluminium, kertas, besi keluli, dan kaca merupakan antara bahan utama yang dikitar semula (Jadual 3). Lazimnya, penduduk di kawasan kajian akan menjual bahan-bahan buangan mereka kepada pihak industri yang datang membeli ataupun menjualnya kepada pengutip sampah yang berhampiran dengan kawasan perumahan mereka. Responden mengguna semula bekas plastik, pakaian, tin aluminium, dan kaca. Bahan-bahan seperti perabot, sisa dapur/makanan, permainan kanak-kanak juga merupakan di antara bahanbahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula.

79

Journal of Techno-Social

Jadual 3: Kekerapan Jenis Bahan yang Dikitar Semula dan Diguna Semula Jenis Bahan Sisa dapur / Makanan Perabot Permainan kanak-kanak Pakaian Bekas plastik Tin aluminium Besi keluli Kaca Kertas Jumlah

Dikitar Semula (%) 14 (1.2) 31 (2.8) 26 (2.3) 30 (2.7) 274 (24.4) 273 (24.3) 139 (12.4) 120 (10.7) 215 (19.2) 1,122 (100)

Diguna Semula (%) 15 (2.2) 42 (6.1) 40 (5.8) 95 (13.9) 276 (40.3) 70 (10.2) 30 (4.4) 82 (12.0) 35 (5.1) 685 (100)

Penggunaan dan Pengetahuan Responden Mengenai Tong 3 Warna Seramai 87 peratus (332 orang) responden pernah melihat tong 3 warna yang terletak di sekolah (209 frekuensi), stesen minyak (44 frekuensi), pasar (46 frekuensi), pasar raya (69 frekuensi), taman kediaman (116 frekuensi), tepi jalan (63 frekuensi), dan lain-lain (34 frekuensi) seperti tempat kerja, taman kanak-kanak, surau, taman rekreasi, pejabat PBT, balai raya, tempat letak kereta dan hospital, manakala 13 peratus (51 frekuensi) responden tidak pernah melihat tong 3 warna (Jadual 4). Daripada seramai 332 responden, hanya 130 responden (39 peratus) yang pernah menggunakan tong 3 warna ini, manakala 202 responden (61 peratus) tidak pernah menggunakan tong tersebut. Hasil yang ditunjukkan pada Rajah 2 mendapati 248 responden (65 peratus) tidak tahu akan kegunaan tong 3 warna, hanya masing-masing 78 responden, 72 responden dan 69 responden menjawab betul bagi kegunaan tong warna biru, jingga dan perang. Jumlah ini hanya 18 peratus hingga 20 peratus sahaja daripada responden yang pernah melihat tong 3 warna tersebut. Sebahagian besar daripada responden iaitu kira-kira 73 peratus (284 responden) menyatakan bahawa perletakan tong 3 warna berkenaan berada sesuai di lokasinya berbanding dengan 27 peratus responden yang menyatakan sebaliknya. Hal ini demikian kerana ia terletak jauh daripada tempat tinggal dan jumlah yang disediakan adalah sedikit. Berdasarkan tempoh penggunaan pula, majoriti responden menggunakan tong tiga warna dalam tempoh melebihi sebulan (59 peratus), manakala 34 peratus responden menggunakannya dalam bulan berkenaan, dan hanya lapan responden menggunakannya setiap hari kerana tong 3 warna terletak berhampiran dengan rumah mereka. Jadual 4: Kekerapan Responden Melihat dan Mengguna Tong 3 Warna

Pernah Tidak Pernah Jumlah

Melihat (%) 332 (87) 51 (13) 383 (100)

80

Mengguna (%) 130 (39) 202 (61) 332 (100)

Journal of Techno-Social 300

284 248

250

248

200 Betul 150

Salah Tidak Tahu

100 72

78

69

50 12

15

6

0 Jingga

Perang

Biru

Rajah 2: Jawapan Responden Terhadap Kegunaan Tong 3 Warna

Penjualan Bahan Kitar Semula Walaupun, penggunaan tong 3 warna ini didapati kurang mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat, tetapi aktiviti kitar semula ini dijalankan secara tidak langsung melalui penjualan bahan boleh dikitar semula kepada pengutip sampah atau pihak industri. Sebanyak 42 peratus responden menjual sampah sarap yang dikutip kepada pihak industri yang datang membelinya dengan harga yang lebih tinggi berbanding dijual kepada pengutip sampah. 22 peratus daripada responden akan menjual bahan kitar semula kepada pengutip sampah manakala 35 peratus daripada responden mengamalkan prinsip penjualan kepada kedua-dua pihak berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. Bahan yang dijual akan ditimbang sama ada dengan menggunakan peralatan timbang (90 peratus), ukuran menggunakan jari (2 peratus) dan angkatan mengikut berat tanpa timbang (8 peratus). Jadual 5 menunjukkan julat harga bagi hasil bahan kitar semula yang dijual oleh responden dalam tempoh 3 bulan terdekat ini. Kertas atau kadboard dan tin aluminium merupakan bahan yang menjana pendapatan yang terbesar iaitu masing-masing mencatatkan RM 0.25 hingga RM 60.00 bagi jenis kertas atau kotak dan RM 1.00 hingga RM 10.00 bagi jenis tin aluminium (Jadual 5). Jadual 5: Julat Harga Bagi Hasil Bahan Kitar Semula yang Dijual Bahan Kitar Semula Kertas / Kotak Plastik Botol kaca Tin aluminium

Berat (kg) 1 - 20 1 - 10

Julat Harga (RM) 0.25 – 60.00 1.50 – 2.00 0.40 – 5.00 1.00 – 20.00

Pengetahuan dan Penyertaan Responden dalam Program Kitar Semula Kajian ini turut mengkaji tahap pengetahuan responden mengenai program kitar semula, 63 responden (16 peratus) mengetahui akan program kitar semula, 181 responden (47 peratus) tidak mengetahui manakala 139 (37 peratus) responden kurang pasti terhadap program tersebut. Daripada responden yang mengetahui akan program kitar semula di tempat tinggal mereka, didapati hanya 31 responden yang mengetahui masa program kitar semula dan 32 responden tidak mengetahui masa bagi program tersebut. Daripada responden yang mengetahui akan progam kitar

81

Journal of Techno-Social

semula di tempat tinggal mereka hanya 19 orang akan mengikuti program kitar semula tersebut berbanding dengan 9 orang tidak mengikuti dan 3 orang kurang pasti. Jadual 6 menunjukkan faktorf responden tidak mengikuti dan mengetahui program kitar semula iaitu kerana mereka tidak mahu mempraktikkan aktiviti kitar semula, mereka akan mendapatkan maklumat sendiri, mereka kurang pasti akan jadual program kitar semula, kesibukan kerja, kurang informasi mengenai program ini, tidak ada kesatuan atau program khas yang berkaitan dengan kitar semula, aktiviti menyusahkan mereka serta beranggapan bahawa kitar semula bukan tanggungjawab mereka. Jadual 6: Faktor Responden Tidak Mengetahui dan Mengikuti Program Kitar Semula Faktor-faktor Tidak Mahu Mempraktikkan Aktiviti Kitar Semula Menyusahkan Orang Kitar Semula Tidak Memberi Sebarang Faedah Saya Sendiri Akan Pergi Mengetahuinya Pengurusan Sampah Bukan Tanggungjawab Saya Kurang Pasti Jadual Program Sibuk Dengan Kerja Kurang Informasi Mengenainya Tiada Program atau Kesatuan Kurang Kesedaran Tidak Tinggal Di Rumah Tiada Kesatuan Kitar Semula Jumlah

Frekuensi (%) 55 (25.7) 31 (14.5) 25 (11.7) 45 (21.0) 23 (10.7) 10 (4.7) 15 (7.0) 5 (2.3) 2 (0.9) 1 (0.5) 1 (0.5) 1 (0.5) 214 (100)

Sumber Didikan Responden dalam Aktiviti Kitar Semula Kajian mendapati, sumber didikan responden dalam aktiviti kitar semula diperolehi berdekatan dengan persekitaran sosial mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa 213 responden (56 peratus) dididik dengan pengetahuan ini (kitar semula) manakala 239 responden (63 peratus) lagi mendidiknya kepada persekitaran sosial mereka. Melalui kajian ini, didapati bahawa ibu bapa, kawan, adik beradik, saudara-mara, anak, jiran merupakan sumber utama yang mendedahkan mereka tentang kitar semula dan golongan ini juga yang akan mengajar mereka (Rajah 3). Sumber lain yang menyumbang kepada perkara ini ialah nenek / datuk, suami / isteri dan guru. Sumber didikan ini penting adalah supaya mereka mempraktikkan amalan baik kitar semula, cinta akan alam sekitar, berjimat-cermat, mengetahui kebaikan kitar semula, menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan kitar semula, kitar semula mudah dipraktikkan, beranggapan bahawa kitar semula bermula daripada diri sendiri, sebagai contoh dan tauladan kepada orang lain, dan kitar semula adalah tanggungjawab bersama (Jadual 7). Seramai 170 responden (44 peratus) tidak mendidik orang lain mengenai pengetahuan kitar semula kerana mereka beranggapan bahawa mereka sendiri tidak tahu mempraktikan kitar semula, kitar semula merupakan satu kerja yang menyusahkan, kitar semula tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mereka, dan kitar semula bukan tanggungjawab mereka, kitar semula adalah tanggungjawab sekolah, program kitar semula tidak penting, serta pihak lain akan mengetahui sendiri kitar semula, kurang informasi, dan tidak pernah bincang isu ini (Jadual 8).

82

Journal of Techno-Social 140 122 120

107

100

89

85 73 64

80 60

60

45 38

Dididik Mendidik

57 47

52

40 20

106

42

13 5

96 96

18 13

0

Ib u Ba ikB pa er ad ik An Sa ak ud ar Ka a wa n Su Ji am ran i/I st e Pe ri la ja r G ur u Ad

N

en ek D at uk

0

Rajah 3: Sumber Didikan Responden dalam Program Kitar Semula

Jadual 7: Faktor Responden Dididik dan untuk Mendidik Pengetahuan Kitar Semula Alasan Mempraktikkan amalan baik Cinta akan alam sekitar Berjimat cermat Mengetahui kebaikan amalan ini Menyahut seruan Kerajaan Menjadi insan mulia Kitar semula mudah dipraktikan Kitar semula bermula daripada kita Sebagai contoh Tanggungjawab semua Jumlah

Dididik (%) 137 (16.9) 130 (16.0) 98 (12.1) 92 (11.3) 73 (8.9) 42 (5.2) 57 (7.0) 49 (6.0) 59 (7.3) 76 (9.3) 813 (100)

Mendidik (%) 174 (19.9) 146 (16.8) 113 (12.9) 84 (9.6) 65 (7.4) 51 (5.8) 60 (6.8) 54 (6.1) 60 (6.8) 69 (7.9) 876 (100)

Jadual 8: Kekerapan Mengapa Responden Tidak Mendidik Orang Lain Alasan Tidak tahu mempraktikkan kitar semula Kitar semula menyusahkan Kitar semula tidak mendatangkan faedah Kitar semula bukan tanggungjawab Kitar semula adalah tanggungjawab pihak sekolah Kurang informasi Orang lain akan tahu sendiri kitar semula Tidak pernah bincang isu ini Jumlah

83

Kekerapan (%) 111 (61.1) 13 (7.1) 10 (5.5) 11 (6.0) 24 (13.2) 5 (2.7) 3 (1.7) 5 (2.7) 182 (100)

Journal of Techno-Social

Pengetahuan Responedn Mengenai Masa Pungutan Sampah, Lokasi dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Perbandaran Pengetahuan responden mengenai masa pungutan sampah dan perletakan lokasi tapak pelupusan merupakan maklumat penting yang menunjukkan kesensitivitian responden terhadap program kitar semula. Dapatan menunjukkan bahawa 213 responden (56 peratus) mengetahui masa kutipan sampah di kawasan kediaman masing-masing. Manakala baki 170 responden (44 peratus) tidak mengetahui masa pungutan sampah dengan memberi alasan bahawa hari pungutan tidak penting bagi mereka, tong sampah sudah disediakan, jadual pungutan yang tidak menentu, kesibukan kerja serta kekurangan informasi mengenai masa pungutan. Walau bagaimanapun, dapatan mengenai pengetahuan responden terhadap perletakan lokasi tapak pelupusan mendapati 102 responden (27 peratus) mengetahui lokasi perletakan tapak pelupusan. Akan tetapi, hanya 87 responden yang menjawab dengan betul. Alasan 281 (73 peratus) responden tidak mengetahui perletakan lokasi tapak pelupusan adalah kerana mereka tidak memperolehi informasi berkaitan (233 responden), mereka tidak mengambil berat akan hal ini (51 responden), kesibukan dengan kerja (3 responden) dan mereka tidak pernah melihat tapak pelupusan (2 responden). Pandangan Terhadap Isu-isu Alam Sekitar Sebanyak 21 isu yang berkaitan dengan kitar semula telah dikemukakan kepada responden (Jadual 9). Dapatan kajian mendapati bahawa hampir 63 peratus daripada penduduk berpuas hati dengan aktiviti pengurusan sampah yang diamalkan sekarang. Hampir 20 peratus responden beranggapan bahawa kitar semula di kawasan perumahan serta pengasingan sampah sarap di rumah sebagai bebanan terhadap kerja rumah. Hampir 60 peratus responden berpuas hati dengan perletakan lokasi tong 3 warna, akan tetapi 33 peratus daripada responden beranggapan tong 3 warna tidak mencukupi. Promosi program kitar semula yang dijalankan oleh pihak kerjaan, iklan dipaparkan di tepi jalan dan iklan televisyen serta di kawasan kediaman mereka berada di tahap yang memuaskan. Hanya promosi program kitar semula di kawasan sekolah yang dikatakan berjaya (58 peratus bersetuju dengan kenyataan ini). Majoriti menyatakan bahawa kerjasama daripada semua pihak adalah kunci kejayaan program kitar semula. Selain itu, hampir 61 peratus daripada responden menyatakan bahawa ahli keluarga mereka menyokong program kitar semula dijalankan. Majoriti responden tidak menyatakan pandangan bahawa pihak berkuasa tempatan dan Southern Waste Management (SWM) telah banyak menjalankan aktiviti kitar semula. Lebih 86 peratus daripada responden bersetuju bahawa orang awam perlu dididik melakukan aktiviti kitar semula serta aktiviti kitar semula perlu diajar di peringkat sekolah dan di rumah lagi. 90 peratus daripada responden bersetuju bahawa lori sampah amat berbau. Sebanyak 43 peratus daripada responden mengakui bahawa lori sampah sangat buruk manakala 63 peratus daripda mereka menyatakan bahawa tapak pelupusan sangat kotor. Mereka mempunyai pengetahuan bahawa sampah boleh menghasilkan tenaga, 90 peratus daripada responden bersetuju bahawa sampah mencemarkan alam sekitar. Jadual 9: Isu-Isu Berkaitan dengan Program Kitar Semula (Peratus) Bil.

Isu

STS* 3

TS* 17

KP* 17

S* 51

SS* 12

1.

Aktiviti pengurusan sampah sarap amat memuaskan buat masa ini.

2.

Aktiviti kitar semula di kawasan perumahan saya membebankan lagi kerja rumah saya.

20

42

19

16

3

3.

Aktiviti pengasingan sampah sarap di rumah membebankan kerja rumah saya.

15

41

24

17

3

4.

Tong sampah 3 warna sesuai di kawasan yang sedia ada.

5

9

26

48

12

84

Journal of Techno-Social 5.

Bilangan tong sampah 3 warna memang mencukupi.

14

19

27

31

9

6.

Promosi program kitar semula yang dijalankan oleh pihak kerajaan amat berjaya.

8

20

38

28

6

7.

Promosi program kitar semula melalui iklan di tepi jalan sangat berjaya.

7

19

32

38

4

8.

Promosi program kitar semula melalui iklan TV sangat berjaya.

5

14

31

43

7

9.

Promosi program kitar semula melalui aktiviti sekolah sangat berjaya.

3

10

29

47

11

10.

Promosi program kitar semula melalui program / aktiviti kitar semula di kawasan kediaman sangat berjaya.

6

21

44

26

4

11.

Untuk menjayakan program kitar semula perlukan kerjasama daripada semua pihak.

1

3

11

53

32

12.

Ahli keluarga saya menggalak saya menjalankan aktiviti kitar semula.

2

12

25

54

7

13.

Pihak PBT menjalankan banyak aktiviti program kitar semula.

6

15

50

24

5

14.

Pihak Southern Waste Management Sdn. Bhd. menjalankan banyak aktiviti program kitar semula.

6

16

53

20

5

15.

Orang awam sepatutnya diajar bagaimana untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

1

3

10

60

26

16. 17.

Aktiviti kitar semula sepatutnya diajar pada peringkat sekolah lagi. Aktiviti kitar semula sepatutnya diajar di rumah lagi.

1 1

2 1

5 9

56 56

36 33

18.

Lori sampah berbau.

2

3

5

50

40

19.

Lori sampah sangat buruk.

4

30

23

32

11

20.

Tapak pelupusan sangat kotor.

1

3

33

42

21

21.

Sampah boleh menghasilkan tenaga.

4

10

38

38

10

22.

Sampah mencemarkan alam sekitar.

2

1

7

44

46

* STS – Sangat Tidak Setuju; TS – Tidak Setuju; KP – Kurang Pasti / Tidak Ada Pandangan; S- Setuju; dan SS – Sangat Setuju

KESIMPULAN Kesimpulannya, penduduk di kawasan kajian mempunyai pengetahuan asas terhadap bahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula. Tingkah laku responden terhadap penjualan bahan kitar semula hanya berlaku apabila bahan yang boleh dikitar semula telah dikumpulkan. Responden kurang mempraktikkan penggunaan tong 3 warna yang disediakan oleh pihak yang bertanggunjawab. Kebanyakan responden tidak melibatkan diri dalam program kitar semula di kawasan kediaman mereka. Alasan utama responden ialah mereka tidak mempraktikkan aktiviti kitar semula, jadual program tidak menentu dan kesibukan kerja. Kajian mendapati terdapat satu komunikasi di antara responden dengan persekitaran sosial mereka bagi pertukaran informasi berkaitan dengan kitar semula. Responden menyatakan pandangan bahawa mempraktikkan kitar semula merupakan satu amalan yang baik, cinta terhadap alam sekitar, sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang mulia dan bertanggungjawab serta sebagai contoh kepada orang lain. Kesedaran ke atas kepentingan kitar semula adalah agak tinggi di kalangan penduduk tempatan akan tetapi bagi mempraktikkan amalan ini pada peringkat masyarakat umum adalah agak sukar. Isu yang harus difikirkan bersama ialah adakah program kitar semula yang dijalankan selama ini telah berjaya? Sejauh manakah peranan kita dalam menjayakan program kitar semula ini di kawasan kejiranan kita? Justeru, pihak bertanggungjawab perlu memikirkan satu pendekatan holistik dan bersepadu agar program kitar semula ini dapat disesuaikan dengan keadaan setempat dan mampu mengubah mentaliti masyarakat kita. Apa yang pasti perubahan

85

Journal of Techno-Social

mentaliti ke arah merealisasikan program kitar semula ini seharusnya bermula di peringkat mikro dengan komitmen awal oleh individu dan seterusnya komuniti. RUJUKAN Abdul Yazid Alias (2010) ”Amal Kitar Semula” dlm. Utusan Malaysia, 27 Jan. Burca, D.D., Dodd, V.A. Dennison, G.J., Cullinan, N., & Madden, N. (1994) Assessing the Role of Kerbside Recycling in Municipal Waste Management in the Dublin Region. Proceeding of the 10 th International Conference on Solid Waste Management, Philadelphia: USA. Gruder-Adams, S. (1990) Recycling in Multifamily Units. BioCycle. April. pp. 36-37. Hageman, K. (1989) How to Make a Good Recycling Program Better. BioCycle. April. pp: 62-64. Hawkins, D.J. (1991) Recycling Container Study 1991. City of Waverley: Victoria. Kironde J.M.L. & Yhdego, M. (1997) The Governance of Waste Management in Urban Tanzania: Towards a Community Based Approach. Journal of Resources, Conservation and Recycling. No 21. pp: 213-226. Malaysia (2006) The Study on National Waste Minimisation in Malaysia, Ministry of Housing & Local Government. Kuala Lumpur. Mongkolnchaiarunya, J. (2005) Promoting a Community-based Solid-Waste Management Initiative in Local Government: Yala Municipality, Thailand. Habitat International Journal. No 29. pp: 27 – 40. Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) (1993). Household Waste Separate Collection and Recycling. OECD: Paris. Schmerling, E. (1990) Recycling Container Choices. BioCycle. March. pp: 36-37. Seow Ta Wee (2004) Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia. Jurnal Sains Sosial. Penerbit KUiTTHO: Parit Raja. Jilid 2. Bil 1. pp 9 – 25. Wang, F. S., Richardson A.J. & Roddick F.A.. (1997) Relationships Between Set-out Rate, Rarticipation Rate and Setout Quantity in Recycling Program. Journal of Resources, Conservation and Recycling. No 20. pp: 1 – 7.

86